Showing posts with label utama. Show all posts
Showing posts with label utama. Show all posts

Thursday, 14 June 2018

SALAM AIDILFITRI MOHON AMPUN MAAF : SAYA TETAP SEDAR DOSA SAYA YANG TERSEMBUNYI

Dengan setulus hati saya mengucapkan Selamat Aidilfitri kepada seluruh rakan-rakan yang tidak jemu-jemu mengikuti catatan saya di  blog ini yang adakalanya  mungkin keras, kasar dan  terus terang melampaui batas yang sepatutnya.Maka atas semua keterlanjuran ini   saya memohon ampun dan maaf.

Dan jika diampunkan sekalipun saya tetap mengenang segala dosa saya dan tidak  menganggap diri saya telah bersih. Allah dan saya sendirilah yang lebih mengetahui dosa saya yang tersembunyi  dan bukan hanya dari pandangan masyarakat umum.Saya  tetap akui  kesilapan yang telah saya  lakukan untuk keinsafan dan menjadi panduan kepada perjuangan dalam penulisan saya seterusnya.

Kita merayakan Aidilfitri kali  ini  dalam Malaysia Baru yang keluar dari fahaman perkauman yang sempit dan marilah kita berdoa agar negara kita terus berada di bawah pimpinan yang ikhas dan  bermoral, bersih dari skandal dan rasuah , tidak menipu rakyat ,tidak pepat di luar rencong didalam dan mempunyai keupayaan yang tinggi untuk meningkatkanBERITA


Sunday, 10 June 2018

BUKAN MAHATHIR TETAPI RAKYAT AKAN TENTUKAN KELAYAKAN ANWAR UNTUK JADI PERDANA MENTERI


  1. KOMEN:

    Balik balik nak jumpa al gore, erdogan. Tak nak jumpa gandalf dan harry porter kaa? Lord jedi?

    Come on anwar, your audience are no longer budak2 U kampong macam tahun 70an dulu. Your audience are mostly educated, urbane middle class melayu yang nak dengar substance yang logical untuk masa depan anak cucu. The chinese and borneons couldnt care less about you.

    Nobody cares bila kau nak masuk parlimen, sapa kau nak jumpa, puisi apa kau dah baca. Your intellectual capacity is being judged by the results of your ideas and actions...bukan decibel level of your noise
  1. TUN BERI JAMINAN AKAN TERUS BERKHIDMAT
  2. Tentunya rakyat Malaysia menyambut dengan perasaan lega dan gembira jaminan yang diberikan oleh Perdana Meneri Dr.Mahatir di Jepun hari ini bahawa beliau akan  terus berkhdmat selagi dikehendaki rakyat.Lihat berita Bernama di bawah sekali.(Dipetik dari Malaysiakini)
  3. RAKYAT AKAN TENTUKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Dr.Mahathir Mohammad  telah mengulangi jaminan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahimlah yang akan menggantikannya sebagai Perdana Menteri bila beliau bersara kelak tetapi belum pasti   beliau akan berhenti dalam masa dua tahun jika  masih ada kerja yang perlu diselesaikannya bagi mengembalikan negara ini kepada kemakmuran dan kestabilan terutamanya bagi kemantapan ekonomi.
  4. Jaminan ini melegakan majoriti  rakyat tetapi tentu tidak menyenangkan Anwar yang tidak terjamin akan jadi PM dalam masa dua tahun lagi .Ketidakpastian seperti inilah yang mendorongkan Anwar untuk membangkitkan gerakan dari dalam bagi menggulingkan Ghafar Baba dan menjatuhkan Mahathir sebagai Perdana Menteri  yang memecah belahkan UMNO.
  5. Apabila Mahathir menampakkan kelonggaran tentang tarikh  bersaranya, tentunya Anwar dan juga  penyokong-penyokongnya mengingatkan  pengalaman masa lalu tetapi apa yang harus diingatkan oleh Mahathir sendiri  pada kali ini  ialah beliau sendiri  tidak boleh mempastikan Anwar yang akan menggantikannya  sebaliknya bergantung kapada rakyat yang akan memberikan pertimbangan samaada Anwar masih layak atau relevan  untuk menjadi Perdana Menteri.
Penentuan ini  adalah bergantung kepada konsensus parti-parti Pakatan Rakyat terutamanya Parti Keadilan Rakyat, DAP,  Parti Amanah dan Bersatu sendiri. Lim Kit Siang tidak memikirkan kemungkinan akan berlaku lagi sengketa perebutan kuasa antara Mahathir  Anwar kerana menurut beliau  keduanya telah belajar dari pengalaman.

Katanya Mahathir bukan lagi Mahathir 22 tahun dahulu tetapi Mahathir yang bertukar dari  berpegang kepada kuasa penuh kepada seorang yang bergantung  kepada  persetujuan bersama-"He has transformed from hegemon to  cosensus builder"( Interviu Kit Siang dengan Malaysian Insight)

Harus diingatkan kemenangan Pakatan Harapan bukan kerana undi ahli parti  sahaja tetapi yang lebih besar datang dari perpaduan undi sentimen rakyat  anti Najib yang melampaui batas parti,kaum dan agama.

Mahathir  mungkin berubah tetapi adakah Anwar berubah dan belajar dari pengalaman.Kit Siang juga tidak menjelaskan apakah perubahan Anwar,

 Kepada umum Anwar tidak nampak berubah dan kerana itu beliau tidak terlihat sebagai relevan dengan citarasa  semasa terutama dalam membantah kritikan Kadir Jasin  terhadap Istana. Ini mungkin kerana beliau tidak dekat dengan perkembangan semasa dan tidak mendapat maklumat terkini dengan segera dan jauh dari pergaulan politik  sekian lama kerana berada dalam penjara.

Maka itu tidak hairanlah kalau ketagihan politiknya nampak jelas  seperti tidak sabar mahu berada di tengah gelanggang dan mahu mencampuri urusan pembentukan kerajaan dan sebagainya. 

Beliau mungkin tidak menyedari hal ini tetapi  dapat diciumi dan dilihat oleh  pemerhati-pemerhati  politik dan juga wartawan-wartawan  di dalam dan luar negara. (termasuk Kadar Jasin).  Akhbar Strait Times  Singapura umpamanya mendakwa perlantikan Azmin Ali sebagai Menteri Ekonomi  adalah untuk mencairkan pengaruh Anwar disamping mengawasinya  dari dalam.

Pandangan serong orang ramai terhadap Anwar  bermula bila  orang kuatnya , Rafizi dengan berani mempersoalkan  perlantikan Kabinet  Mahathir yang didakwanya  tanpa berunding dengan PKR yang dibuat dalam keadaan Mahathir baru sahaja hendak meyakinkan rakyat terhadap kerajaan barunya.  Ini  menimbulkan kemarahan rakyat dan  menyebabkan Tun Daim mengingatkan Anwar  bahawa  pembangkang berjaya menubuhkan kerajaan kerana sumbangan Dr.Mahathir  setelah gagal di masa lalu.

Rakyat merasa Anwar berada dibelakang teguran ini.


Semakin jelas menampakkan ketidak sabarannya bila baru-baru ini beliau mengumumkan untuk bertanding dalam pilihanraya kecil  Parlimen lebih awal dari yang dijangkakan oleh orang ramai.

Langkahnya mengadap raja-raja juga  mengejutkan  umum dan diluar jangkaan  para wartawan yang mengetahui situasi antara Istana dan Mahatir selepas PRU 14.

Beliau mengambil kesempatan untuk menyerang balas teguran wartawan Kadir Jasin dalam pekara ini dengan menggunakan alasan ketidaktertiban Kadir kerana  menegur perbelanjaan besar Istana Negara tetapi sebenarnya beliau tersinggunng kerana Kadir tidak dapat menerima alasannya menemui raja-raja untuk memberikan jaminan terhadap keselamatan dan keselesaan mereka yang dilihat oleh Kadir sebagai tidak perlu.

Dari pengalaman saya dan lain-lain wartawan, Anwar semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri  tidak mempunyai toleransi terhadap kritikan  media dan orang-orang media yang tidak sependapat dengannya. Beliau mempunyai team wartawannya sendiri yang terbentuk dari akhbar dan TV3.

Sikapnya dimasa lalu  adalah bertentangan sama sekali dengan berita utama muka 1 akhbar Sunday Star hari ini  yang memaparkan Anwar  memberi jaminan kepada media dan rakyat  tidak akan menyekat kebebasan mereka untuk  bersuara dan sanggup menerima perbezaan pendapat.Tajuk berita itu GO AHEAD AND CRITICIE

Katanya adalah penting untuk tidak kembali kepada masa lalu yang mengancam mereka yang memberikan pandangan yang berbeza.

Dalam hal ini adakah beliau mengingatkan dirinya sendiri atau menampakkan dirinya berada dalam denial syndrome kepada wartawan-wartawan yang rapat dengannya atau yang bekerja di zamannya. Tentunya Kadir Jasin ketawa besar membaca berita ini.


Di bawah ini saya perturunkan sebahagian sahaja dari komen-komen kepada posting saya terdahulu yang bertajuk :Wartawan bimbang terhadap toleransi bakal PM kepada suara bebas. Kebanyakannya tidak bersetuju untuk Anwar menjadi PM tetapi saya harap ini akan membuka fikiran saudara Anwar untuk sesuaikan diri dengan kehendak semasa.


BERITA

Saya akan berkhidmat selagi diperlukan rakyat - Mahathir

Diterbitkan   |  Dikemaskini 

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau bersedia untuk berkhidmat sebagai perdana menteri jika itu adalah kehendak rakyat atau selagi mereka memerlukan khidmat beliau.
“Tetapi sudah tentu, saya tidak tahu berapa lama saya sendiri akan bertahan,” katanya sambil menambah bahawa dalam tempoh dua tahun beliau akan berusia 95 tahun.
Berucap pada Persidangan Nikkei di Tokyo, Jepun pada Isnin, Dr Mahathir menegaskan bahawa beliau sudah menjadi perdana menteri tertua di dunia.
"Ia akan menjadi satu rekod jika saya mencapai usia 95 tahun dan masih menjadi perdana menteri," katanya secara bergurau.
Beliau menegaskan bahawa apa yang difikirkannya adalah berkhidmat kepada negara.
“Jika itulah apa yang rakyat mahu saya lakukan, saya akan mengikut kehendak mereka,” katanya
Dr Mahathir telah mengangkat sumpah sebagai perdana menteri untuk kali kedua bulan lepas selepas mengetuai gabungan Pakatan Harapan untuk mraih kemenangan yang menakjubkan dalam pilihan raya umum 9 Mei.
Beliau adalah perdana menteri dari tahun 1981 hingga 2003.
Dr Mahathir adalah dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Jepun.
- Bernama








  1. Balik balik nak jumpa al gore, erdogan. Tak nak jumpa gandalf dan harry porter kaa? Lord jedi?

    Come on anwar, your audience are no longer budak2 U kampong macam tahun 70an dulu. Your audience are mostly educated, urbane middle class melayu yang nak dengar substance yang logical untuk masa depan anak cucu. The chinese and borneons couldnt care less about you.

    Nobody cares bila kau nak masuk parlimen, sapa kau nak jumpa, puisi apa kau dah baca. Your intellectual capacity is being judged by the results of your ideas and actions...bukan decibel level of your noise.
    ReplyDelete
  2. Dsai nampaknya masih tidak berubah .Masih tipikal umno..saya tidak nampak keikhlasannya Untuk berubah. Masih memainkan isu isu lapok kononnya dia adalah pejuang agama, bangsa dan negara. Mohon Allah tidak makbulkan hasratnya untuk menjadi pm kerana apa yg saya nampak tidak tanduknya hanyalah untuk memperjuangkan nasib dirinya.. Malang sungguh tun m terpaksa mengotakan janjinya mengambil dsai yg saya tidak nampak ketokohannya sebagai pm.. Bimbang MO1 muncul kembali
    ReplyDelete
  3. Rakyat Malaysia hari ini perlu sedar akan kualiti kepimpinan apa yang ada pada individu yang bernama Anwar ini?Terutama sekali para bijak pandai yang berada di dalam parti PKR sendiri.Dalam pepatah Melayu ada peribahasa berbunyi 'batu api'.Inilah kepimpinan yang dibawanya.Pemimpin jenis ini akan sentiasa menimbulkan ketegangan,persengketaan,permusuhan,dan perpecahan.Kerana apa?Kerana,hanya dengan cara ini sahaja dia akan dilihat ada kerja atau tugas 'penting' yang 'wajib diperjuangkan kononnya.Orang jenis 'batu api' ini senantiasa ada banyak cara untuk mereka cipta masalah.Daripada perkara kecil,mahu pun perkara yang tidak ada,dia boleh perbesarkan.Ini semua dilakukannya demi untuk melindungi kekurangan dan kelemahannya dalam mentadbir.Malanglah bagi sebuah negara,sekiranya rakyat daripada peringkat bawahan sehinggalah kepada golongan istana gagal nampak akan kelemahan yang ada pada pemimpin jenis ini.Negara sentiasa adalah lebih penting daripada nafsu seseorang yang kita semua sudah tahu akan kebolehannya.Ini soal negara yang sangat penting bagi seluruh rakyat Malaysia,yang telah sama-sama bersatu hati dalam merubah pengurusan negara pada 9 Mei,2018 yang lalu.Sia-sia sahaja pengorbanan dan usaha rakyat,sekiranya seseorang yang tiada kualiti kepimpinan diangkat sebagai 'penyelamat' kononnya.Pembebasan beliau dikira sudah cukup baik,apatah lagi bila isteri diberi jawatan TPM.Ini sudah satu kejayaan sebenarnya.Jangan rosakkan perjuangan rakyat.Hentikan kepura-puraan ini.Sekiranya dibiarkan,maka ianya adalah satu tragedi kepada Malaysia.

    24 Ramadan,1439.
    ReplyDelete
  4. Anwar kata dia cuba nak tenangkan perasaan curiga dan ketegangan antara raja2 dengan kerajaan PH. Tapi bila semuanya selesai dia pulak yg kritik AKJ. Dengan itu dia sebenarnya memanjangkan lagi isu ini.

    Sebaliknya kenyataan TDM lebeh berhemah dan bijak. Dia kata dia tidak menolak raja2. Kalau raja2 melakukan kesalahan tindakan akan diambil bukan untuk menghukum tapi untuk menyelamatkan mereka. Cukup bijak kenyataan ini. Bukan nak hukum tapi nak selamatkan. Rakyat sokong dan raja tak leh pertikai.

    TDM juga ada membangkitkan isu raja2 yg menceburi perniagaan. Walaupun ini tak dilarang olih perlembagaan, tapi ia juga tidak menyenangkan rakyat. Macam mana nak menang kontrak lawan dengan raja. Rakyat yg rugi.

    Zaman raja2 ditaati membuta tuli sudah berlalu. Pru14 menunjukkan orang melayu sudah berani menghukum umno kerana sudah teruk dikhianati. Tidak mustahil orang melayu bertindak serupa terhadap raja2 kalau mereka dikhianati macam umno. Di zaman malaysia baru ini bukan saja rakyat perlu transformasi, tapi raja2 perlu mentransformasi diri mereka sendiri. Perkara2 yg mereka lakukan yg tidak disukai rakyat walaupun dibenarkan perlembagaan mestilah di hentikan. Ini menguntungkan diri mereka sendiri. Ini sebaiknya dilakukan mereka sendiri tanpa menunggu kerajaan atau rakyat yg memaks







    1. Tsz. Dulu saya sukakan Anwar Ibrahim. Tetapi sejak akhir2 ini saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Tindak tanduknya selepas keluar dari penjara nampak menjurus kebimbangan apa akan berlaku sekiranya beliau menggantikan Tun M sebagai Perdana Menteri. 
    2. Serangan terhadap A.Kadir Jasin kerana peruntukan Istana Negara yang besar jumlahnya dan pertemuan dengan Raja-Raja Melayu, dua (sebagai contoh) perkara sangat mencurigakan. Sepatutnya, buat sementara waktu ini Anwar sebaiknya "low profile" dan biarkan Kerajaan Ph menerajui Negara mengikut acuan Tun M@Team. Anwar tidaklah perlu campurtangan yang mana akibatnya nanti akan jadi "too many cooks spoil the broth". Ada baiknya sekiranya Anwar pergi ke luar Negara samada bercuti rehat setelah sekian lama dalam penjara atau memenuhi undangan berceramah di universiti2 antarabangsa atau bertemu dengan rakan2 karib termasuk Presiden Turki Tayyib Erdogan dan bekas Naib Presiden Amerika Ke-45 Al Gore. Dengan cara begitu, adalah lebih baik daripada mengganggu gugat sedikit sebanyak pentadbiran Tun M@Team yang kini (cukup sebulan) sudah nampak menuju ke arah kecemerlangan yang pastinya akan direstui oleh sebahagian besar Rakyat Malaysia kecuali puak2 yang tegar menyokong Umno dan Pas
    3. Anonymous9 June 2018 at 20:07
    1.  Saya jarang memberi komen di blog Zamkata tapi dalam permerhatian saya terhadap DSAI sejak dahulu hinggalah sekarang dia masih berada di dalam kepompong fahaman radikal yg tidak lagi relevan di zaman ICT nie. Kebebasan bersuara tidak tertakluk hanya kepada kita tetapi juga kepada pandangan org lain terhadap kita, sekeliling kita malah merangkumi semua. Sesiapa saja berhak mengkritik tapi fakta2 kena la betul. Tulisan yg dianggap propaganda pada saudara mungkin dianggap berasas pada org lain kerana apa yg Kadir Jasin nukilkan sebagai wartawan tidak sepatutnya dikeruhkan oleh DSAI tetapi dibalas fakta2 apa yg didakwa tidak patut. Zam hanya menekankan kemungkinan2 kebebasan tersekat hasil pemerhatian beliau terhadap DSAI yg jelas sedang berusaha habis-habisan agar pentas politik malaysia masih meletakkan beliau sebagai teraju utama walhal episode bersiri di mana beliau dianggap hero telah lama berlalu. Skrg adalah ibarat cerita yg sama tapi musim yg baru. Yg jelas Nurul Izzah makin beraura dikalangan generasi muda...juga pemimpin2 muda yg lain. TDM masih diperlukan dlm setiap musim kerana tanpa kelibat beliau politik malaysia akan menjadi hambar dan tidak berplot. Ikhlas cakap, sesiapa yg berada dikeliling TDM skrg mmg akan rugi besar tidak belajar drp seseorang yg cuma akan muncul mungkin sekali dalam seratus tahun berbanding dgn pengganti DSAI yg akan muncul berkali2 dgn kepetahan berpidato sebagai halwa telinga dan buaian minda.
  5. Saya setuju dgn pndgan RD tentang kelibat org ini.

    Rafizi kritik dan sindir Tun tentang lantikan menteri baru2 ini... dia ok pula... dgn alasan kebebasan bersuara.
    Selain itu Rafizi menidakan faktor Tun tumbang Umno....dia mcm ok juga.

    Tetapi bila Dato Kadir membuat statement dan bercakap benar tentang Raja2....dia melompat spt kera kena belacan.... marah....hingga dijadikan isu.

    Dato Kadir adalah kawan dlm team sama.....tetapi dia tidak senang....dia marah sebab dia mungkin tngah 'lobby' sesuatu.... maka kawan pun dia terjah.

    Perangai ini serupa mcm ketua2 Umno pula.....tidak boleh tegur atau bersuara...dan dia terang2 bersikap kontradik.

    Tentulah.....sebab ini sikap dia sebenar.
    Warba boleh bertukar2.... harap2 Tun...Muhyiddin....Daim Sabu dan semu dlm PH tetmasuk rakyat sedar awal2 siapa org ini yg mahu jadi PM ke8 kelak.I


Saturday, 9 June 2018

WARTAWAN BIMBANG TOLERANSI BAKAL PM KEPADA HAK SUARA BEBAS RAKYAT

AMARAN KEPADA MEREKA YANG NAK CABAR MAHATHIR
(Lihat dibawah sekali)

Seorang pejuang rakyat murhin sejak zaman siswa yang dibebaskan dari tahanan dengan pengampunan Diraja,tiba -tiba bagitu sensitif terhadap teguran seorang wartawan veteran Datuk Kadir Jasin tentang perbelanjaan besar Sri Paduka Baginda Yang Yang diPertuan Agung.

Walaupun teguran itu dianggap bukan jenayah oleh  kalangan peguam dan tidak  salah oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia(SUHAKAM) , tetapi Datuk Seri Anwar Ibrahim meanggapnya tidak wajar atau di luar tatatertib.

Kritikan Anwar Ibrahim ini  mendorongkan beberapa orang tertentu untuk membuat lapuran  polis yang akan menyiasat Kadir  di bawah Akta Hasutan dan ini dengan sekali gus menampakan Anwar berada di pihak yang mahu menekan kebebasan bersuara.

Penegerusi  SUHAKAM Tan Sri Razali Ismail bekata pihak berkuasa perlu mengelakan  penggunaan undang-undang sebagai cara untuk sekat perdebatan awam  dan hak untuk rakyat dapat maklumat.

Bagaimanapun pada hemah saya yang mendorongkan Anwar untuk mengecam Kadir adalah lebih  kerana Kadir mempertikai keperluan Anwar menemui raja-raja Melayu kerana mereka tidak perlu jaminan atau keselesaan kerana kedudukan mereka telah dijamin oleh Perlembagaan.

Rakyat yang masih ingat penghinaan seorang dua raja terhadap Dr.Mahathir semasa beliau menjadi rakyat biasa  tidak melihat teguran Kadir sebagai tidak wajar seperti yang dirasakan oleh Anwar  tetapi Anwar mungkin merasa perlu menemui raja-raja untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana telah memberikan pengampunan tanpa syarat kepadanya yang baginya dianggap sebagai bukti beliau telah terhukum tanpa dosa.

Rakyat juga melihat tidak ada  keperluan bagi beliau menemui Raja-Raja setelah Dr Mahathir mengalami peristiwa pahit untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Dalam  interviu dengan akhbar Sinar Harian pada 8 June 2018,Dr.Mahathir  telah menyatakan kesedarannya terhadap kemarahan rakyat atas perbuatan melewatkannya  mengangkat sumpah dan memberikan  persetujuan perlantikan Peguam Negara.

Menurut Mahathir dalam hal ini sebenarnya majoriti raja-raja tidak bersetuju dilewatkan dan ada  yang datang berjumpa dengan beliau untuk meredakan keadaan  termasuk dalam soal perlantikkan peguam negara.

Katanya pekara  macam itu tidak harus berlaku tetapi menurut Mahathir   ada raja-raja yang sedar yang berusaha supaya  semua  raja- raja dan Agong patuh kepada undang-undang( Berarti ada seorang dua yang tidak mahu patuh)

Harus diingatkan dalam masa menghadapi PRU14 pihak UMMO dan khususnya akhbar Utusan Malaysia telah  menimbulkan kebimbangan di kalangan orang Melayu terhadap kerjasama Mahathir dengan DAP yang didakwa mereka mengancam hak orang Melayu dan kedaulatan Raja-Raja Melayu .

Kritikan terhadap Kadir dilihat oleh mereka sebagai peluang keemasan untuk  menyemarakan kembali  sikap prajudis ini bagi menegakan benang basah mereka.Maka itu Utusan Malaysia menjadikan berita Sultan Selangor dukacita sebagai berita utama muka 9 Jun 2018.

Dalam kontroversi ini Anwar Ibrahim telah terlihat sebagai berada dipihak yang tidak mempunyai toleransi terhadap teguran sopan yang memihak pandangan rakyat dan  hak kebebasan bersuara dan meragukan rakyat terhadap janji Pakatan Harapan  untuk menghapuskan undang-undang dan provision Akta Hasutan dan Akta Multimedia yang menekan.

"Sesiapa yang terlibat dengan article berkenaan sewajarnya bertindak balas dengan cara yang civilised dan bukannya membuat lapuran polis kerana tidak ada jenayah dalam tulisan Kadir,"kata peguam Latheefa Koya.

Para wartawan,pengamal media sosial dan juga rakyat biasa mulai bimbang apakah Anwar akan mengulangi sikap tidak ada toleransinya terhadap wartawan-wartawan dan media dan bertindak terhadap mereka yang tidak sejalan, tidak menyokongnya dan mengkritikannya semasa beliau menjadi Timbalan Perdana.

Beliau adalah bakal Perdana Menteri Malaysia ke 8



MEREKA YANG NAK CABAR MAHATHIR MESTI FAHAM INI

Power is when even your political adversary ‎seeks your advice on how to turn around the fortunes of the political party you have just defeated.
Power is when senior judges at the Palace of Justice suddenly sound like judges at your re-emergence.
Hard as it may be to imagine, Prime Minister Dr Mahathir Mohamad 2.0 may actually be more powerful and influential than Prime Minister Dr Mahathir Mohamad 1.0.
At least, that is the perception. 
If Dr Mahathir of 1981-2003 derived his power from ruthlessness and single-mindedness of ambition, Dr Mahathir of 2018- has the all of the above, and more.
Today, he enjoys the solid backing of a cabinet and the Pakatan Harapan government who want what he wants. He does not need to cajole them. It is their reform agenda that he has embraced and they love it.
Today, ‎he has an army of grateful Malaysians who feel empowered and liberated by the fall of Najib Razak and Barisan Nasional.
Dr Mahathir enjoyed periods of popularity in his first tour as the PM but this is different. Now he has prayer warriors and keyboard warriors. Now, the people's agenda is his agenda, not the other way around.
That means he pretty much has a free hand to achieve the people's agenda.‎ This bond between Dr Mahathir and the masses also means that anyone who obstructs him is immediately ticked as an enemy; an enemy of the will of Malaysians expressed on May 9.
The Malay rulers who visited him during the standoff between Agong and Dr Mahathir over the appointment of Attorney-General Tommy Thomas understood this
They wanted to make it clear that many of the sultans did not support the Palace's decision to delay the appointment of the new A-G. 
To be sure, the sultans are not fans of Dr Mahathir.  
But they understand that this Dr Mahathir is even more formidable than the‎ one who took them on twice and humiliated them just as many times.
This Dr Mahathir does not need to whip Malaysians into a frenzy over the excesses of the country's elite the way he did in the 1980s and 1992. 
No need to manufacture any groundswell, because the tide of fury at the excesses of the rich, famous and connected was on full show on May 9.
That groundswell is on tap – and it can be tapped anytime by Dr Mahathir.‎ 
Dr Mahathir 1.0 was clinical and ruthless but often he was a one-man army trying to re-shape the country-Petikan dari Malaysian Insight






Thursday, 7 June 2018

JAWA JUMPA KUTTY UNTUK MINTA MAAF

Pemangku Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi bagitu pantas menemui Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir pagi ini di Yayasan Perdana Putrajaya  untuk meminta maaf kepadanya atas keletanjuran cemohannya terhadap Dr Mahathir sebelum PRU14.


Penghinaan yang paling teruk Zahid terhadap Mahathir ialah dengan membangkitkan Tun  sebagai keturunan India dengan menunjukan Kad Pengenalan Mahathir berasal dari keturunan Kutty.Katanya: Nama dia Mahathir anak lelaki Iskandar kutty .

 Mahathir membalas  dengan mendedahkan kekayaan Zahid yang berjumlah lebih dari RM 200 juta dan rancangannya untuk menjatuhkan Perdana Menteri  Datuk Seri Najb.

Tentunya pertemuan Zahid  dengan Tun Mahathir  hari ini tanpa meminta izin dari Datuk Seri Najib.Saya difahamkan Zahid telah meminta ampun dan maaf dari Tun dalam pertemuan itu

 Zahid mencatit dalam twitternya:

Syukur alhamdulillah, sempena dengan bulan Ramadan al-Mubarak saya telah bertemu dengan YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia. Semoga pertemuan ini memberi kebaikan kepada semua. @chedetofficial

LAPURAN MALAYSIAKINI:

Zahid ikut jejak presiden PAS, PBB jumpa Mahathir

Diterbitkan   |  Dikemaskini 
Pemangku presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menjadi pemimpin utama pembangkang yang ketiga mengunjungi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Syukur alhamdulillah, sempena dengan bulan Ramadan al-Mubarak saya telah bertemu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia.
"Semoga pertemuan ini memberi kebaikan kepada semua," katanya.
Sebelum ini Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang diiringi Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan bekas setiausaha agung PAS Mustafa Ali mengunjungi Dr Mahathir di pejabatnya.
Selain itu, hujung Mei lalu, Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg turut mengunjungi Dr Mahathir dan memaklumkan keputusannya untuk membawa PBB keluar BN.
Sementara itu, tahun lalu, Ahmad Zahid membidas Dr Mahathir dengan mempersoalkan asal-usul pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu.
Susulan itu, Dr Mahathir mengecam Ahmad Zahid dengan mendakwa beliau mempunyai kekayaan luar biasa dan merancang menjatuhkan perdana menteri ketika itu Datuk Seri Najib Razak.

Tuesday, 5 June 2018

CABARAN SAMSENG TUA KEDAH KEPADA KETUA PEMUDA UMNO YANG PENGECUT.

Walaupun sesetengah pihak menganggap Perdana Menteri Datuk Seri Dr.Mahathir  jujur dalam merestukan Ketua Pemuda UMNO  Khairy Jamaluddin sebagai yang terbaik  untuk bertanding merebut jawatan Presiden UMNO tetapi  Khairy menganggap Mahathir hendak menjadikannya sebagai bahan ketawa." I think Dr. Mahathir is making  fun of me " katanya

Bagi saya sendiri sekiranya Khairy benar-benar mahu menyelamatkan UMNO dengan langkah utama  memberikan wajah baru kepada UMNO maka beliau tentunya tidak mencalonkan dirinya setakat jawatan Naib Presiden tetapi terus pergi kepada Presiden.

Tetapi Khairy adalah Khairy. Beliau bukan seorang pejuang tulen yang berani walaupun bakat kepimpinannya dengan kualiti yang diperlukan terserlah tetapi sekian lama pergerakannya dilihat oleh rakyat bergantung kepada kekuatan bapa mertuanya, umpamanya terawal dari pertandingannya untuk merebut  Ketua Pemuda UMNO dan percubaannya untuk menukar semua orang lama dengan calon  baru dalam plihanraya 2008.

Jika beliau seorang pemimpin yang  berani megambil risiko maka beliau telah pun bersama dengan Tan Sri Muhyiddin dan Shafee Afdhal bertindak keluar dari UMNO kerana membantah penyelewengan 1MDB tetapi Khairy  sebaliknya menyatakan kekesalan kerana tidak berbuat demikian sesudah kekalahan teruk UMNO dalam PRU14. Ini  menampakkan kualitinya yang sebenar disebalik keterampilannya yang hebat, tarafnya sama sahaja dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang lebih mementingkan kedudukan dan kepentingan diri.

Berbagai reaksi yang menarik diberikan kepada komen di twitter saya  yang mengatakan restu  Tun Mahathir untuk Khairy  merupakan   sokongan moral yang jujur tetapi  Khairy tidak akan  berani mencabar Dr Ahmad  Zahid Hamidi yang mahu bertanding sebagai Presiden.

Ramai juga yang berpendapat  sokongan Mahathir  itu tidak ikhlas sebaliknya  bertujuan untuk melaga-lagakan pemimpin UMNO kerana  semua orang tahu Tun  sangat membenci KJ yang kalahkan anaknya  Mukhriz pada pemilihan Ketua Pemuda UMNO.

Bagaimanapun mereka tetap bersetuju Khairy sekiranya anak jantan tidaklah sekadarkan bertanding jawatan Naib Presiden tetapi hendaklah mencabar Zahid bagi jawatan Presiden.

Mereka meminta Zahid bagi peluang kepada Khairy "Jika tidak sampai  ketualah UMNO tidak akan ke mana. "KJ tak perlu takut pada Zahid. He is nothing now" kata Zulkifli

Mohd Tarmizi pula berpendapat "Demi  kepentingan UMNO, KJ must take action now. Saya percaya roh perjuangan parti UMNO akan kembali bila KJ dipilih jadi Presiden."

"Inilah satu-satunya cara pembersihan UMNO yang  sesuai masa kini" kata Pak Su Pencen

Eddy Zaid berkata "Tun melihat mereka  yang memegang jawatan atas masih lagi mengamalkan sikap seperti Najib. Lihat Zahid kecuali Hishamudin yang berhati-hati bila berkata. Khairy boleh untuk Timbalan Presiden jika Hishamuddin berani lawan Zahid"

Pada pandangan saya sendiri jika Khairy benar-benar ikhlas untuk membawa perubahan kepada imej UMNO  sebagai parti yang masih relevan dan sezaman  maka beliau mestilah berani menyekat  Zahid Hamidi dari menjadi Presiden .

Pemuda UMNOlah yang patut menunjukkan keberanian untk  mengambil  tanggungjawab memberikan nafas baru kepada UMNO  dengan  menyingkirkan pemimpin -pemimpin lama yang masih tidak dapat membaca situasi dan harapan baru setelah ditolak oleh rakyat. Tampilkan wajah-wajah baru yang boleh meyakinkan  generasi baru bahawa mereka  masih relevan dengan  UMNO.



Dalam suatu majlis berbuka puas bersamanya dua tahun lalu,kita telah bertanya dengan Tun Mahathir kenapa beliau memakai songkok senget kedepan , jawabnya itulah   cara samseng Kedah.
Gambar diatas Tun ketika melawat Pekan Rabu  dan membeli songkok baru di sebuah kedai baru baru ini.

Saturday, 2 June 2018

BILA UMNO BUKAN LAGI KING OF MONEY


ZAHID,KJ,HISHAM. KU NAN TAK PATUT BERTANDING
Komen:
Zahid, Hisham, KJ, Ku Nan, sepatutnya tidak bertanding. Mereka mesti dipertanggungjawabkan diatas kekalahan umno, dan bukan saje Najib. Langkah bermaruah yg mereka perlu ambil ialah menyerahkan pimpinan parti pd orang lain. Muka2 baru. Masadepan umno amat gelap sekali jika mereka2 ini masih memegang pimpinan umno.
ReplyDelete

Apakah ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang masih  berminat untuk bertanding bagi merebut jawatan  dari peringkat cawangan ke bahagian dan seterusnya  ke   Majlis Kerja Tertingginya setelah ketiadaan incentive yang bersifat material,wang,pangkat darjat,kedudukan dan kekayaan.

Falsafah dan nilai  cash is king ini telah membudayakan   UMNO  sehingga  memberi rasuah ,menerima rasuah dan penyalahgunakan kuasa dianggap sebagai amalan biasa di dalam parti dan juga dipentas terbuka politik.

Puncaknya  pada  PRU ke 14  yang  melihat  perbuatan itu berlaku secara rampant  tanpa menghormati pihak berkuasa dengan sogokan wang kepada pengundi diatas pentas yang  dibuat konklusi oleh rakyat kejadian ini berlaku   kerana dirastui pemimpin tertinggi.

Rasuah telah diterima sebagai keharusan oleh kerana  ramai  pemimpin-pemimpin  politik UMNO atau orang-orang kuatnya  yang berada dalam badan berkanun atau pun menteri  telah terlepas dari hukuman mahkamah,dari peniaga  lembu  hingga pemegang amanah  MARA dan  peneroka Felda.

Samseng-samseng UMNO  terang-terangan menjadi pengutip cukai tak berlesen  bagi kemudahan mendapat projek berjuta ringgit atau bagi melepaskan  diri dari  kes rasuah ,skandal dan jenayah atau bagi membantu  menjatuhkan sesaorang   dari kedudukannya yang mulia  dan dihormati kerana menjadi penghalang kepada perluasan kuasa pemimpin tertentu (Ini berlaku kepada  Dr.Zeiti Akhtar Aziz Gabenor  Bank Negara)

Tetapi apabila rakyat membuat hukuman atas kebencian melihat segala kemungkaran  maka runtuhlah empire kewangan yang  berasaskan nilai cash is king yang menjadi kiblat  Datuk Seri Najib dan isterinya Rosmah.

Nilai ini telah menjadi hambatan kepada seluruh ahli UMNO sehingga mereka yang dekat dengan kuasa sanggup mendiamkan diri dan bersubahat. Hanya sesudah dihukum oleh rakyat maka  barulah masing-masing besuara menyatakan kekesalan kerana mendiamkan diri  walaupun mereka sedar kesilapan besar pemimpin utama malah ada yang menyatakan kesal  tidak  ikuti langkah Tan Sri Muhyiddin.

Terbukti  kepada rakyat bahawa mereka adalah pemimpin-pemimpin UMNO yang lebih mementingkan kedudukan dan kepentingan diri dan tidak mengutamakan kepentingan rakyat.Tidak ada seorang pun pemimpin UMNO samada yang menang atau yang kalah boleh dianggap sebagai bersih dari dosa yang dilakukan oleh Najib  yang menyebabkan UMNO runtuh.

Semua  mereka yang masih berhasrat untuk kekal sebagai pemimpin tertinggi UMNO  adalah berada dalam keyakinan mereka  akan diterima lagi oleh perwakilan  ahli-ahli UMNO.Mereka membezakan penolakan rakyat dengan penerimaan ahli-ahi UMNO .Mereka tidak sedar  ahli UMNO  yang menyokong mereka adalah kerana wang dan bukan atas komitment kepada UMNO.

Apakah money politic akan berlaku lagi untuk merebut jawatan   Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan juga persaingan di peringkat  bahagian dan cawangan? Adakah mereka yang bertanding sanggup untuk mencurahkan wang bagi masa depan yang tidak pasti kerana parti tidak lagi berkuasa yang dapat menjanjikan sesuatu.Masih adakah peluang  untuk  menjadi wakil rakyat,parlimen atau negeri kerana kedudukan tertinggi dalam UMNO?

Menjadi Ketua Bahagian bagi sebuah parti yang tidak lagi berkuasa tidak mungkin mendapat keutamaan bagi sesuatu projek di peringakt daerah atau negeri dan menjadi ketua  cawangan UMNO sudah tidak ada lagi peluang bagi menjadi  Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung

Maka untuk apa lagi berjuang mencari kedudukan bagi sebuah parti yang tidak lagi memberikan peluang  dari segi kewangan dan berbagai habuan.

Apakah akan ada pemimpin-pemimpin UMNO yang sanggup membiayai bas percuma,hotel dan makan minum dan sebagainya bagi perwakilan menghadiri perhimpunan agung UMNO?

Adakah Dr.Ahmad Zahid Hamidi atau Khairy Jamaluddin sanggup membelanjakan wang simpanan mereka berjuta ringgit bagi penanaman modal untuk memenangi jawatan tertinggi dalam UMNO   yang tidak lagi  menjamin dapat jadi menteri?

Apakah ahli-ahli UMNO akan pulih keyakinan mereka kepada UMNO dengan penggantian  pemimpin-pemimpin lama yang juga telah bersubahat dengan keyakinan Cash is King.?

Yang  akan bertanding tentunya ramai yang terdiri dari mereka yang tidak berpegang kepada nilai moral yang baik jika tidak masakan mereka  hanya merasa kesal kemudian kerana tidak menyertai Tan Sri Muhyiddin dalam memberitahu  Najib akan kesilapannya.

Apa akan terjadi kepada negara sekiranya Najib menang PRU 14 diatas pembohongan dan penipuan untuk membayar hutang 1MDB? Mereka yang berada disekelilingnya akan meneruskan sikap yang sama dengan   bersekongkong   untuk menutup pekong sehingga negara muflis dan  musnah.

Inilah jenis  pemimpin pemimpin  UMNO yang akan kembali untuk berhadapan dengan perwakilan UMNO bagi mendapatkan mandat baru atau dipilih semula.

Trajidi yang berlaku keatas UMNO ini harus menyedarkan seluruh ahi UMNO dan juga rakyat tentang parti yang tidak lagi berpegang kepada ideologi tetapi beimankan wang. Nasionalisme telah mati dalam UMNO, tiada lagi  pemimpin-pemimpin UMNO dan ahli-ahli yang  sanggup kerkorban apa sahaja untuk UMNO.

Nasionalisme Malaysia telah berpindah kepada Pakatan Harapan yang terbukti dengan sokongan himpunan ribuan rakyat tanpa upahan wang dan penyediaan bas untuk datang.Ribuan rakyat yang secara sepontan menyambut Mahathir diluar Istana Negara setelah  mengangkat sumpah sebagai PM adalah puncak revolusi aman kebangkitan rakyat yang menyokongnya  tanpa upahan demi untuk menjatuhkan kerajaan yang telah mengkhianati harapan mereka.

Ketika ini Najib yang sudah tersungkur tidak lagi  berkata mereka itu telah diupah seperti kepercayaannya bila melihat sambutan hebat terhadap himpunan-himpuna  besar rakyat  menyokong PAKATAN HARAPAN dalam masa kempen pilihanraya.

Najib hanya   percaya  bila satu demi  satu kepingan  runtuhan tercampak dihadapannya namun kegilaan kuasanya menyebabkan beliau berputar belit  tidak mahu menyerah kuasa sehingga saat terakhir.

Keruntuhan ini akan semakin parah   kerana UMNO bukan lagi  King Of  Money yang dapat   menghidupkan  kembali semangat kepartian kerana aliran kewangan kepadanya akan terbantut.Siapakah lagi yang mahu memberikan  wang kepada parti yang tidak lagi dapat membalas budi?

Setiausaha Agung UMNO telah pun mengumumkan peruntukan wang kepada bahagian-bahagian UMNO telah  dihentikan,pejabat-pejabat  UMNO di beberapa bahagian akan terpaksa ditutup dan kakitangannya akan terpaksa  diberhentikan.Ahli-ahli UMNO akan lari tetapi BERSATU  mesti berhati-hati untuk menerima mereka kerana kemenangan BERSATU atau Pakatan Harpan  bukan hanya  kerana ahi tetapi kerana sokongan rakyat  yang menyeluruh.Biar ahli kecil tetapi sokongan umum besar.

Masa depan UMNO adalah gelap kecuali jika ada pemimpin UMNO yang mempunyai simpanan beratus juta ringgit sanggup berkorban untuk UMNO bagi masa depan yang tidak pasti.

Tuesday, 29 May 2018

HASRAT GUNAKAN WANG PNB UNTUK BAYAR HUTANG 1MDB

KOMEN:
ZETI SEBAGAI PENGERUSI PNB
1-Bagaimana kalau saya mencadangkan Tan Sri Dr.Zeti Akhtar Aziz bekas Gabenor Bank Negara yang diiktiraf sebagai Gabenor Bank Negara yang terbaik di dunia dan juga  "Tokoh Ma'al Hijrah1432H" di lantik untuk menjadi Pengerusi PNB bagi meninggikan lagi imejnya sebagai Institusi Saham  yang paling berjaya membangunkan ekonomi rakyat Bumiputra- Tan Melaka

2-Zeti telah teruji integritinya.Dia terkorban di Bank Negara kerana mempertahankan prinsipnya  dan tidak mahu menjadi alat politik.Mak apakah lagi kualiti dan kriteria yang diperlukan untuk memimpin sebuah Institusi kewangan yang memegang amanah  besar rakyat khususnya Bumiputra kecuali kalau beliau sendiri mahu berihat -Suraya

Image result for pic zeti ex gabenor bank negara


Image result for PIC OF pnb cHAIRMAN tan Sri Abdul Wahid






Apabila membaca berita Permodalan Nasional Berhad (PNB) terlibat dengan  projek untuk membina rumah mampu milik  sebagai sebahagian dari tanggungjawab sosialnya saya tiba-tiba di buru oleh prasangka buruk  bahawa ini adalah  dalam rangka perancangan untuk menggunakan wang PNB bagi membayar hutang 1MDB.

Dalam kata-kata lain adalah untuk siphone wang PNB bagi membayar hutang 1MDB.

PNB telah pun memegang saham besar dalam beberapa syarikat yang terjamin termasuk syarikat perumahan yang ternama  maka kenapa ia harus terlibat pula dengan projek membina rumah mampu milik.

Berasaskan kepada apa yang berlaku kepada KWSP, Tabung Haji dan beberapa lagi Institusi Kewangan separuh kerajaan atau kerajaan yang terlibat dengan 1MDB maka saya melihat ini sebagai persediaan untuk membantu 1MDB bila diperlukan.

Jika PNB telah terlibat maka wang yang besar boleh disalurkan atas berbagai alasan untuk membayar  hutang 1MDB dengan cara siphoned the money  dari masa kemasa dengan berbagai alasan yang dilihat munasabah seperti menambah modal, membesarkan modal, menampung kerugian dan sebagainya.

Saya sedikit pun tidak mempunyai prasangka buruk kepada Pengerusi PNB Tan Sri Abdul Wahid  yang dihantar  oleh Najib ke PNB tetapi saya tidak boleh melenyapkan prasangka  bahawa Abdul Wahid akan terperangkap dalam permainan percaturan wang yang diluar kawalannya.

PNB tidak perlu  terlibat dengan perniagaan lain secara langsung kecuali menambah pegangan  saham yang kukuh dan terjamin dari masa kemasa. Pemegang-pemegang sahamnya pun tidak mengharapkan ia mencari keutungan melibatkan diri dalam pernigaaan lain yang mungkin akan menjejas atau mencemarkan namanya.

FGV syarikat saham  peneroka FELDA  cukup untuk menjadi contoh buruk kepada PNB. Peneroka-peneroka  bukanlah terdiri dari orang  yang tamak haloba untuk menjadi kaya-raya menerusi pasaran saham  kerana  mereka amat bersyukur dengan perubahan hidup mereka menerusi evolusi sosial.

Mereka dapat tinggal dalam rumah moden dan sempurna, anak-anak berjaya  dalam pelajaran dan ramai yang menjadi orang-orang profesional  tetapi Najib nak menjadikan mereka kaya  sepertinya  dan Rosmah serta Isa Samad tetapi akhirnya mereka terpaksa menanggung hutang baru setelah sekian lama membayar ansuran hutang ketika menjalankan penerokaan.

Pada fikiran saya eloklah Pengerusi PNB Tan Sri Abdul Wahid Omar memikirkan semula untuk membatalkan penglibatan PNB dengan projek perumahan mampu milik. Biarlah syarikat yang sudah dipertanggungjwabkan menjalankan tugas ini.

Perdana Menteri Tun Dr.Mahahir Mohamed  tentulah lebih tajam untuk memikirkan dan melihat dakwaan saya bahawa  tujuan melibatkan PNB secara langsung dalam perniagaan adalah untuk sapu  wang PNB bagi membayar hutang 1MDB.


Friday, 25 May 2018

PRASANGKA: MAHATHIR BUKAN PILIHAH RAJA -RAJA SEBAGAI PERDANA MENTERI.

PERANAN SULTAN PERAK

Image result for Pic Of Sultan Nazrin Perak

Hubungan antara beberapa orang  Raja dengan Tun Mahathir selepas kembali  menjadi Perdana Menteri adalah ibarat "mata berpandangan budi kedapatan". Ada Raja yang tidak lagi hormati beliau ketika berada di luar pentabiran negara malah Istana Johor meanggap Pindaan Perlembagaan yang dilakukannya bertujuan untuk  membolot kuasa negara.

Ketika Mahathir menentang habisan-habisan pemerintahan kleptokrasi Najib ,Majlis Raja-Raja tidak menunjukan sikap prihatin terhadap perjuangan ini yang didukong oleh berjuta rakyat malah seorang dua raja  menunjukan sikap besama Najib sebagai keturunan Bugis.


Kemurkaaan Sultan Selangor dalam hal ini menyebabkan Mahathir mengembalikan darjah kebesaran yang dikurniakan oleh Sultan Selangor yang tindakan itu disambut hangat oleh rakyat yang tidak lagi meanggap besar kurniaan darjah-darjah dari  Istana.Dalam pada itu Sultan Kelantan telah  menarik balik  kurniaan darjah kebesaran kepada Mahathir untuk  menghina Mahathir.

Bagaimanapun Allah Mahakaya,mereka akhirnya  terpaksa berperdana menteri Tun Mahathir.

Posting saya terkini yang merujuk balik peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam masa menghadapi pilihanraya  di atas tajuk " Raja tidak boleh terlihat memihak dalam sengketa politik rakyat"  telah mendapat reaksi positif dari rakyat  (silat lihat 23 Mei 2018)) 


Jika  Majlis Raja-Raja telah terlihat oleh  rakyat sebagai tidak menyokong perjuangan menentang Najib dan mempunyai prasanga buruk terhadap kelewatan melantik Mahathir sebagai Perdana Menteri, maka apakah salahnya jika  kekerohan hubungan rakyat dan raja diatas prasangka ini dijernihkan oleh MRR sendiri.

Ini boleh dilakukan dengan MRR menegaskan semula ikrak pendirian untuk mematuhi  Pindaan Perlembagaan sekali dan selama-lamanya  dan tidak lagi diantara mereka yang dengan mudah mengugut rakyat  dengan membuat laporan polis kerana  bersuara atas hak mereka membantah ketidakadilan raja  dam  penyelewengan dari perbatasan undang-undang.Ini kerap berlaku di Johor.

Saya mempunyai kepercayaan  penuh Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Sultan Nazrin Muizuddin Shah, Raja yang hormati oleh rakyat sebagai seorang intelektual  dan berperadaban di raja akan dapat menjalankan  peranan utama untuk memulihkan semula  imej Majlis Raja-Raja.

Dibawah ini adalah salah sebuah komen dari sekian banyak komen yang menolak campurtangan raja-raja dalam politik dan pentadbiran negara dan apa yang berlaku semasa Mahathir memimpin perjuangan rakyat untuk menjatuhkan Najib.



MO1 TEWAS KERANA  RAKYAT DAN STRATEGI BIJAK MAHATHIR

 Oleh MRS
Saya setuju dgn lontaran sdra Zam tetapi berpandangan "senang cakap dari perbuatan".

Selagi Raja-Raja  itu manusia selama itulah  akan ada campur tangan  mereka didalam politik negara oleh, cumanya besar atau kecil.

Adalah hakikat bahawa MRR(Majlis Raja-Raja)  telah tidak bertindak terhadap mantan MO1 setelah diberi taklimat hingga ke 2 kali oleh Shukri dan Abu Kasim dari PSRM justeru itu apa yg rakyat boleh harapkan dari MRR.

Syed Danial boleh menafikan tetapi mantan MO1 tewas bukan kerana tindakan oleh Raja2 tetapi oleh kehendak rakyat dan kepandaian, kegigihan dan strategi bijak yg dilaturkan oleh 'orang tua' 93 tahun.
'Org tua'ini juga telah dikecewakan oleh MRR.

Dan saya percaya 'org tua' 93 tahun ini juga bukanlah pilihan dan digemari oleh Raja2 .

Tetapi suara dan kehendak rakyat telah memihak kpd beliau ternasuk saya.'sdra Zam dan saya percaya ramai lagi pembahas diblog ini.

Pokoknya MRR telah tidak membantu apa2 hingga membolehkan Tun M dan PH menjadi Kerajaan,justeru itu lebih baik MRR hanya kekal dan berperanan seperti  yg termaktub didlm Perlembagaan.

Jika perlu campurtangan,hanyalah kearah kebenaran jika diperlukan.atau dlm perkara2 ugama.sealiran dgn peranan mereka sbg ketua ugama.

Saya percaya semua rakyat mahu dibela. jika pemimpin rakus melakukan kejahatan,bukan mahu Raja2 yg tidak dpt atau tidak mahu melakukan sesuatu.
Tetapi kerana sudah ada Raja-Raja maka kekalkan sahaja tetapi mereka jangan   memihak atau campur tangan dlm politik.

Terima kasih.
IMBAS KEMBALI

Mahathir pulangkan darjah Selangor dan Istana Kelantan tarik balik

 | February 8, 2018
Makluman penarikan balik Darjah Kerabat (DK) Al-Yunusi Kelantan dihantar ke rumah bekas perdana menteri itu di Seri Kembangan semalam.
PETALING JAYA: Sehari selepas menarik balik darjah kebesaran Naib Presiden Amanah Husam Musa dan Pengerusi Amanah Kelantan Wan Abd Rahim, Istana Kelantan mengambil tindakan sama terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sumber memberitahu FMT, makluman penarikan balik Darjah Kerabat (DK) Al-Yunusi Kelantan itu dihantar ke rumah bekas perdana menteri itu di Seri Kembangan semalam.
Surat penarikan balik darjah kebesaran berkenaan bertarikh 6 Februari dan sumber memberitahu Dr Mahathir dalam proses menyerahkan semula pingat terbabit.
Semakan FMT mendapati Dr Mahathir menerima pingat DK itu pada April 2002, dianugerahkan oleh Sultan Ismail Petra, bapa kepada Sultan Muhammad V.
Semalam, media melaporkan Sultan Muhammad V menarik balik darjah kebesaran Kelantan yang membawa gelaran “Datuk” yang dikurniakan kepada Husam dan Abd Rahim.
Mereka menerima surat daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Faudzi Che Mamat petang semalam, memaklumkan Sultan Muhammad V menarik balik tauliah pelantikan Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK).
Sementara itu, Tengku Laksamana Kelantan Tengku Abdul Halim Ibni Almarhum Sultan Ibrahim ketika dihubungi FMT memaklumkan tidak mengetahui sebab tindakan Istana Kelantan itu.
“Saya tidak boleh komen secara teperinci.
“Saya juga tidak tahu punca sebenar, saya mengetahui pekara ini melalui laporan akhbar,” katanya.
Pada Disember lalu, media melaporkan Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, menyerahkan semula anugerah kebesaran yang diterima daripada Sultan Selangor sebelum ini.
Pingat tersebut diserahkan selepas Dr Mahathir dikritik Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam wawancara yang diterbitkan The Star dan Utusan Malaysia selepas bekas perdana menteri itu merujuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai “keturunan lanun Bugis”.