Tuesday, 10 July 2018

MERBAHAYA JIKA TAK SETARAF DENGAN SEKOLAH KEBANGSAAN

MENTERI  UMUM ITERVENSI DI SEKOLAH TAHFIZ(LIHAT BERITA TERKINI DI BAWAH)


Pelajar -pelajar Maahad Mahmud dalam uniform sekolah yang dimodenkan oleh  Allahyarham Sheikh Abdul Halim untuk membezakan  dengan sekolah-sekolah pondok yang berkupiah putih
dan berkain sarong. Dibelakang sekali nombor lima dari kiri ialah Dr.Halim Ismail(Pengarah  Urusan Bank Islam Pertama dan saya disebelah kanannya.

Kenapakah anjuran saya supaya ditutup sekolah persendirian tahfiz telah membangunkan gelora  reaksi yang lebih  hebat dari pandangan saya  yang sama terdahulu. Siapakah saya  tanpa kuasa politik, kedudukan berpengaruh  untuk ditakuti?

Golongan yang membantah ini terutamanya dari pedagang-pedagang kelas thafiz dan juga kalangan agama yang menjangka kerajaan tidak lagi akan memberikan perhatian  kepada perakuan-perakuan untuk pengawalan dan penyelian sekolah ini.

Pertumbuhan sekolah-sekolah tahfiz ini berlaku dengan liar kerana kerajaan Barisan Nasional yang lalu membiarkannya kerana takut kehilangan pengaruh    politik tanpa  melihat bahayanya.

Ini terus berlaku   sekalipun   Jawatankuasa Tindakan Khas Mengenai Sekolah Tahfiz ditubuhkan dengan dipengerusikan  oleh bekas TPM Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi ekoran beberapa tragedi buruk di sekolah tahfiz dan pendedahan  kepincangan kelemahannya.

Khabarnya Blue print yang  inclusive telah pun disiapkan berasaskan kepada siasatan dan perbincangan dengan  semua pihak yang berkelayakan didalam bidang keselamatan, pelajaran dan pegawai jabatan-jabatan agama.

Tentunya jawatankuasa ini  mengambil kira standard bangunan sekolah, persekitaran dan keperluan lain untuk  memperbaiki taraf supaya  sama dengan sekolah-sekolah kebangsaan di negara ini.

Jika kerajaan sekarang  tidak mengambil tanggungjawab ini, maka tentunya sekolah-sekolah ini akan terus berada ditaraf yang rendah dan bergantung kepada bantuan ramai. Mereka tidak akan mampu berdiri sendiri  seperti sekolah-sekolah Cina yang boleh berkembang subur atas  kemampuan masyarakatnya yang kaya.

Imej murid-murid sekolah tahfiz sebagai peminta sedekah akan terus kelihatan. Kita tidak seharusnya menghadapi masalah Al Arqam sekali lagi.

Saya akui saya tidak mengemukakan  sebarang cadangan yang konstruktif dalam mengesyorkan penutupan sekolah-sekolah tahfiz persendirian ini kerana memikirkan perakuan yang comprehensive  berasaskan kajian dan perbincangan semua pihak dengan kepakaran masing-masing   telah pun dikemukakan kepada jawatankuasa berkenaan tetapi semuanya hanya hangat-hangat tahi awam dan mahu disapu di bawah tikar.

Tanggungjawab ini sekarang mestilah dipikulkan oleh kerajaan PH pimpinan  Perdana Meneri kali kedua Tun Dr Mahatir.

Menteri Agama yang baru Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa  dan Menteri Pelajaran  Dr.Maszlee Malik  yang merupakan tokoh  modenis Islam yang sefahaman dalam pendekatan Islam yang terbuka dan progresif tentu dapat menjalankan tugas yang berkesan dalam bidang ini.

Jika keadaan sekolah-sekolah ini terbiar tanpa penyeliaan maka pastinya akan menyuburkan kebangkitan dissenters dan pelampau  di negara ini  kerana tekanan perasaan sebagai rakyat kelas kedua  dan tidak dapat menyesuaikan diri   dengan aliran perdana.

Menggerunkan institusi-institusi  yang beridentiti keAraban ialah mesej , Datuk Dr.Mujahid  sebaik sahaja dilantik menjadi menteri agama di JPM. Katanya "Islam di Malaysia mesti digayakan seperti orang Islam tempatan" dan beliau juga telah bertanya "Adakah dengan memakai songkok dan baju Melayu kita tidak boleh menjadi tahfiz?

Dan Menteri Pendidikan  Dr.Maszlee Malik menegaskan " Saya tidak mahu politik kepartian sempit mempengaruhi insitusi-institusi pendidikan  yang bakal membentuk masa depan anak kita"

Bagi saya yang berasal dari  sekolah Arab dan agama yang pertama dimodenkan di negara ini ditengah-tengah suasana pertumbuhan  pondok di Kedah iaitu Maktab Mahmud atau Maahad Mahmud  di tahun 50an, saya tidak menganggap  kecil dan remeh kenyataan ini tetapi akan membawa suatu perubahan besar dalam membangunkan imej Islam moden selari dengan nilai keilmuannya  di negara ini jika kedua-dua menteri ini  berani "walk the talk"

Negara mempunyai sejarah yang panjang untuk membawa ketamadunan dalam perkembangan sekolah-sekolah agama yang bermula dari pondok terutama di Kedah dengan  baginda-baginda Sultan sendiri memberi perhatian.

Mudir Maktab Mahmud Alor Setar yang pertama Sheikh Abdulah Halim   dengan berani membawa pemodenan dalam mata pelajaran dan juga imej Maahad   yang membezakannya dengan sekolah-sekolah pondok walaupun   menimbulkan kemarahan di kalangan guru-guru  pondok yang konservatif di Kedah.

Selain dari memperkenalkan mata pelajaran akademik beliau juga memperkenlkan uniform sekolah berkemeja putih, berseluar kain kaki panjang  dan bersongkok hitam.

Tujuannya adalah untuk membezakan dengan sekolah-sekolah pondok yang murid-muridnya berkopiah putih, berkain sarung dan berbaju Melayu yang dipanggil pak lebai. Beliau mahu uniform  pelajar Maktab Mahmud kemas seperti  Sultan Abdul Hamid College Sekolah Inggeris yang terkemuka di Kedah. Pelajar-pelajar Maahad  aktif dalam bidang sukan, drama dan lain-lain yang  menaikkan imej maktab.

Saya sempat melalui proses ini di Maktab Mahmud sekalipun tidak panjang masa saya disini.

 Bekas pelajar-pelajar  Maahad Mahmud  yang seangkatan  dengan saya sukar untuk meninggalkan  songkok hitam setelah memakainya selama 8 tahun. Mereka termasuk Allah Yarham Presiden Pas Datuk Fadhil Noor, bekas Menteri Besar Kedah(PAS) Allahyarham  Datuk Azizan dan kawan-kawan saya  seperti bekas Duta Malaysia di Arab Saudi Datuk Dr.Ismail Ibrahim, Pengarah Urusan Bank Islam yang pertama Datuk Dr.Abdul Halim Ismail dan beberapa orang pegawai tinggi kerajaan lagi yang sampai sekarang masih lebih selesa dengan songkok hitam.

Jika tidak kerana penghayatan yang diberikan oleh Sheikh Abdul Halim, saya tidak fikir kami akan ke sekolah Inggeris malam dan petang.

Kerana kesedarannya juga terhadap Bahasa Inggeris maka anaknya Ahmad Fairuz(Tun) berjaya menjadi   Ketua Hakim Negara dan anak perempuannya menjadi  pemberita Berita Harian.

Baru-baru ini saya menerima ucapan selamat hari raya dari  Tun Fairuz    yang antara lain mencatitkan "Semasa Allahyarham ayahanda saya masih hidup dia selalu juga mengesahkan hal Tan Sri kepada saya  dan saya ikuti aktiviti Tan Sri  sebelum dan semasa menjadi menteri ,juga selepas menjadi menteri".

Saya bukanlah kawan kepada Datuk Mujahid Yusuf Rawa tetapi   kawan kepada bapanya  Yusuf Rawa seorang nasionalis yang berani dan pemimpinpemimpin Pas yang lain seperti  Datuk Asri Haji Muda, Hassan Adli , Abu Bakar Hamzah y yang mendukung perjuangan nasionalisme dan  Islam. Yusuf Rawa mempunyai sejarah yang menarik dan kali terakhir saya menemuinya  semasa beliau  menjadi Duta Malaysia di Iraq di zaman Tun Hussein Onn.

Semasa mereka mendukung Pas, imej Pas adalah sebagai parti nasionalis walaupun memperjuangkan agama tetapi ini bertukar kepada imej
pelampau agama yang taksub ,bengis dan ganas  bila dipimpin  oleh ulama.

KPM akan laksana intervensi bantu sekolah tahfiz

Diterbitkan   |  Dikemaskini 
Kementerian Pendidikan (KPM) akan melakukan beberapa intervensi untuk membantu sekolah tahfiz bagi memastikan pelajar tahfiz mampu berdaya saing sama ada di dunia akademik atau pasaran kerja yang semakin mencabar.
"Biasanya, isu yang berbangkit di sekolah tahfiz adalah mengenai kualiti pengajaran dan pendidikan. Jadi, kita ingin memastikan supaya sekolah tahfiz tidak menggadaikan kualiti pendidikan untuk anak-anak kerana mereka inilah masa depan negara," kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik kepada Bernama.
Ketika ditemui selepas merasmikan Konvesyen Pendidikan Kebangsaan ke-24 dan Persidangan Agung Perwakilan ke-36 Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia, di Subang Jaya dekat Petaling Jaya semalam, beliau berkata langkah itu bagi memastikan semua pelajar tahfiz mempunyai keseimbangan antara ilmu ukhrawi dan duniawi.
"Kita tidak mahu apa yang diajarkan di sekolah tahfiz itu akan melahirkan pelajar yang tidak mengenal ilmu duniawi. Ia kena ada keseimbangan di antara ilmu akhirat (ukhrawi) dan duniawi yang diperlukan terutamanya dari segi Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik,” katanya.
Ditanya mengenai kenyataan bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin yang mencadangkan penutupan sekolah tahfiz yang disifatkan terlalu radikal, Maszlee berpendapat semua ibu bapa mempunyai hak untuk memilih pendidikan yang terbaik untuk anak-anak mereka.
"Itu tidak menepati dengan aspirasi saya yang percaya kepada kebebasan ibu bapa untuk memilih pendidikan yang terbaik buat anak-anak mereka,” katanya.
Sementara itu, Maszlee juga menggesa agar setiap sekolah rendah menyediakan sudut pidato atau sudut berbicara (speakers’ corner) sebagai medium kepada murid mengasah bakat dalam bidang pengucapan awam.
"Setiap hari, hendaklah ada dalam kalangan anak-anak murid yang dilatih untuk menyampaikan pidato atau pengucapan awam. Kita dapati di kebanyakan negara-negara maju, mereka mempunyai sudut-sudut yang sedemikian di sekolah-sekolah.
"Ia akan membantu melahirkan anak-anak murid yang bukan sahaja mempunyai kemahiran untuk berbicara di khalayak ramai tetapi juga berkeyakinan tinggi," katanya.
- Bernama








10 comments:

  1. Disesetengah negara, adalah salah dari segi undang-undang (illegal) jika ibu-bapa tidak menghantar anak mereka ke sekolah bertauliah. Malaysia patut hukum penjaga2 yg menghantar anak kesekolah tahfiz ini yg tiap-tiap hari cuma menghafal quran... tiada langsung ilmu yang boleh membantu pelajar tersebut apabila bekerja nanti. Akhirnya mereka jadi ustaz tak bertauliah yg jumud dan tidak tahu satu apa pun mengenai dunia. Mereka ini akan menjurus menjadi extremist.

    ReplyDelete
  2. Ulasan zam kali ini ke arah syor penutupan pondok tahfiz lebih terbuka, rasional dan logik.

    Bagi saya penutupan tidak semestinya fizikal, bangunan tetapi lebih kepada format dan sistem.

    Zam adakah masih seorang ahli umno?

    ReplyDelete
  3. Tan Sri,

    Kebanyakkan sekolah tahfiz didirikan atas tanah yang diwakafkan, begitu juga dengan bangunannya serta peralatan.

    Persoalan saya:

    1. Adakah tanah wakaf boleh dijual sesuka hati.

    2. Siapakah yang berhak keatas tanah wakaf sekolah tahfiz selepas ia tidak beroperasi lagi.

    3. Sekiranya dijual, kemanakah wang hasil jualan akan serahkan.

    Dengar ceritanya Ustaz Kazim akan menjual sebahagian dari pusat tahfiznya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isu tanah boleh diuruskan, dalam negeri kita ramai ahli yang pakar soal hukum dan urus-tadbir. Negara Islam lain misalnya ada jabatan dan kementerian khusus untuk Awqaf. Tanah tak boleh berkata-kata, tak boleh bersenggama dan berkembang-biak, tak boleh menyumpah seranah dan mendatangkan mudarat. Yang jadi persoalan utama di sini ialah ANAK-ANAK KITA, ke mana haluannya selepas tanah-tanah yang kita risaukan habis tergadai oleh pedagang ugama.

      Hubaya hubaya tuan-tuan.

      Delete
  4. Apa yang Zam kata betul. Jangan menjadi emosi tanpa ilmu dan pemerhatian yang mendalam. Sudah banyak kajian dibuat tentang kegagalan dan kepincangan sistem ini dan ramai anak2 kita menjadi mangsa. Dari mana datang sistem pengajian tahfiz ini. Tunjukkan satu dalil dari Quran atau Hadis yang menyokong sistem pengajian yang menumpukan kepada hafazan semata2. Jengok lah anak2 di sekolah2 tahfiz, hampir kesemuanya lemah dlm pelajaran lain ( byk tahfiz yg dah tak tumpu kepada akademik) kemahiran berfikir hampir sifar, tidak kreatif. Hafazan mereka pula akan hilang tak lebih dari 2 tahun. Sistem ini semua diambil secara membuta tuli dari India dan Pakistan tanpa kajian yang mendalam. Ibubapa pula mahukan anak2 yang hafiz dan member syafaat kepada mereka. Semuanya ilusi atas agama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak rasa sesaorang itu akan jadi lebih dekat dengan Allah kerana dia belajar disekolah tahfiz atau mendapat PHD dalam bidang agama.Kalau tuan tuan lihat Dr Zamihan saudara akan dapat maksud saya.Yang lebih penting bagi Allah ialah hati yang bersih dan berharap kepadanya bukan polemik yang tak ada penghujung.

      Delete
    2. Ko x baca lagi kot hadith yg mafhumnya 'sesiapa yg Allah hendakkan kebaikan kpdnya, maka Dia akan memberinya kefaqihan di dalam agama'.

      Delete
  5. Saya mempunyai kenalan yang anaknya dihantar ke pusat tahfiz sedangkan anak anaknya yang lain dihantar ke sek kebangsaan. Anak yg dihantar ke pusat tahfiz hilang minat Dan sudahnya belajar sekerat jalan. Sekarang bekerja di Giant sebagai tukang angkat barang. Anak ini tidak mempunyai sijil pmr atau spm utk digunakan mencari kerja.sudahnya anak ini terasa tersisih dan rendah diri berbanding adik beradiknya Yg lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibu bapa yang hantar anak ke pondok tahfiz sangat berharap anak mereka boleh membaca dan menghafal Quran. Minda orang Melayu sangat simple. Bila ada ceramah-ceramah yang menceritakan kelebihan orang hafal Quran, mereka mahu anak hafal Quran. Ibu bapa tak mampu hafal.

      Di mana anak mereka boleh belajar hafal Quran?

      Sekolah agama dan pusat tahfiz kerajaan sangat terhad. Jadi naturally ibu bapa akan cari pondok-pondok tahfiz persendirian yang ada. Minda Melayu juga sangat naif. Tidak siasat apa yang ada dan berlaku di pondok-pondok berkenaan. Dari segi guru, kurikulum, kemudahan dan bajetnya.

      Keadaan ini boleh diatasi dengan cara yang agak senang. Tempatkan seorang guru tahfiz yang ada sijil tahfiz (e.g. Darul Quran) di setiap sekolah menengah seluruh negara. Anak-anak kepada ibu bapa yang berhajat besar ini boleh belajar dengan guru ini. Bukan semua ibu bapa mahu. Bukan semua pelajar minat. Waktu belajar boleh disesuaikan dengan waktu pelajar tanpa meninggalkan pelajaran SPM mereka. Sabtu, Ahad, petang dan malam. Sediakan hadiah untuk pelajar yang boleh menghafal dengan baik. Buat hebahan yang meluas supaya sampai kepada semua orang Melayu.

      Dengan adanya kemudahan ini ibu bapa tidak lagi perlu mencari pondok-pondok tahfiz persendirian.

      Selepas tingkatan lima pelajar yang betul-betul minat dan ada kemampuan menghafal boleh mohon untuk belajar di Darul Quran dan cawangan-cawangannya. Belajar menghafal Quran boleh. Pelajaran SPM tidak tercicir!

      Delete
  6. Tan Sri.....
    Teruskan lah berjuang untuk kebenaran dan berkata benar walaupun pahit didengar.
    Allah bersama orang yang berkata benar.
    Selamat Berjuang Tan Sri untuk anak bangsa.
    Syabas.

    ReplyDelete