Wednesday, 11 July 2018

PEMUDA UMNO KEDAH KELUAR DARI TRADISI SUBAHAT DENGAN PEMIMPIN BERMASAALAH

KETUA PEMUDA UMNO KEDAH DATUK SHAIFUL HAZIZY KELUAR DARI TRADISI LAPUK UMNO  DENGAN MENYUARAKAN BANTAHAN TERHADAP  UMNO KERANA MASIH MENYEKUTUKAN DIRI  DENGAN  PEMIMPINNYA  YANG MENGHADAPI KES MAHKAMAH.
BELIAU YANG  JUGA TIDAK TIMBALAN KETUA UMNO BAHAGIAN MERBUK  TIDAK BERSETUJU UMNO MELANCARKAN PESTA MENGUTIP DERMA KOS GUAMAN KEPADA PEMIMPIN BERKENAAN  DAN  MAHU UMNO MENJARAKAN DIRI DARINYA
PATUTNYA SUARA BERANI INI DI JUARAI OLEH KETUA PEMUDAA UMNO YAG BARU DATUK DR ASYRAF  WAJIDI ATAU OLEH BEKAS KETUA PEMUDANYA KHAIRY JAMALuDDIN TETAPI MEREKA INI TIDAK BERBEZA DENGAN PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO YANG MASIH MALU UNTUK BERSUARA BERANI.
kALAU BAGINILAH SIKAP MEREKA MAKA JANGANLAH HARAP AKAN DAPAT MENGEMBALIKAN SOKONGAN RAKYATkepada umno

SYABAS PEMUDA UMNO KEDAH!

bACALAH BERITA HANGAT  INI  YANG MENGGEMPARKAN INI YANG DIPETIK  DARI MAAYSIAKINI.

'Umno perlu jarak diri dari bekas pemimpin ada kes'

Diterbitkan   |  Dikemaskini 
"Umno perlu mengasingkan diri daripada kes mahkamah yang dihadapi bekas pimpinan. Tak perlu risiko kemungkinan kebangkitan parti dengan isu mahkamah.
"Tapi parti jauh lebih besar daripada individu. Kita tak boleh jangka keputusan mahkamah," kata Shaiful Hazizy dalam suatu kenyataan.
Bagaimanapun, dalam kenyataan itu beliau tidak menamakan bekas pemimpin Umno berkenaan.
"Perbicaraan ini akan memakan masa panjang. Apakah selama itu juga Umno mahu terkait dengan kes? Apakah langkah ini strategik untuk Umno?
"...kita mempertaruhkan risiko yg terlalu tinggi," katanya.
'Pesta kutip derma'
Shaiful yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Merbok juga menggesa pemimpin parti mengambil tindakan wajar dan menyuarakan beliau tidak bersetuju dengan 'pesta kutip derma kos guaman' anjuran parti.
"Pimpinan tertinggi mesti ambil keputusan paling wajar. Parti mesti diasingkan daripada diheret dalam kes peribadi.
"Saya juga agak kurang bersetuju apabila parti menganjurkan pesta kutip derma bagi menampung kos guaman dan dan jaminan mahkamah," katanya lagi.
Walaupun tidak menyebut nama, namun kenyataan itu dipercayai merujuk kepada bekas presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang berhadapan dengan pendakwaan di mahkamah atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu tuduhan salah guna kuasa berkaitan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah kira-kira RM42 juta.
Ikat jamin RM1 juta
Beliau dibebaskan oleh mahkamah dengan ikat jamin sebanyak RM1 juta.
Najib pada hari yang sama membayar wang tunai RM500,000 dan perlu membayar baki RM500,000 pada keesokan harinya.
Peguambela, Datuk Seri Shafie Abdullah sebelum ini menawarkan geran rumah Najib bernilai RM4 juta, memandangkan akaun bank bekas presiden Umno itu telah dibekukan.
Bagaimanapun, pihak pendakwaan membantah perkara itu.
Seterusnya, Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutan Datuk Mod Razlan Rafiie melancarkan Tabung Solidariti Najib bagi membantu bekas perdana menteri membayar wang ikat jamin.

12 comments:

  1. lim guan end...anak lim kit sial apa citer pulak zam..............bukan kah si apek ni ada kes mahkamah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kes LGE adalah ciptaan Najib,...itu pun susah nak faham ke?Memang dasar melayu bangsat!

      Delete
  2. 1. SPRM dan bosnya Datuk Seri Shukri wajib mendedahkan benarkah seorang Pegawai gred 54 iaitu Norhartaty Rahmat yang dilaporkan memiliki wang dalam akaunnya sebanyak RM29 juta telah dilepaskan daripada sebarang pertuduhan?

    2. Norhartaty adalah bekas Timbalan Setiausaha Bahagian Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Beliau ditahan reman pada 6 Oktober 2017 kerana disyaki terlibat melakukan penyelewengan dana awam sebanyak RM1.5 bilion untuk projek pembangunan luar bandar di Sabah. Ketika itu Menterinya ialah Shafie Afdal yang kini adalah Ketua Menteri Sabah.

    3. Persoalannya betulkah dalam akaunnya ada RM29 juta? Bagaimana Pegawai gred 54 ada RM29 juta dalam akaunnya? Kalau benar, tidakkah itu pelik? Dari mana sumbernya. Kenapa tidak disiasat menggunakan akta AMLA?

    4. Kalau benar kes itu telah ditutup maka kredibiliti Kerajaan Malaysia Baru akan tercalar kerana Norhartaty seperti yang dilaporkan sanggup menjadi saksi jika Shafie Afdal didakwa.

    5. Kalau benar SPRM di bawah Malaysia Baru tegas membenteras rasuah, maka tolong tampil sebagai “anak jantan” dan buat penjelasan apa jadi pada kes tersebut. Betulkah Norhartaty tidak akan didakwa demi menyelamatkan Shafie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, saya pun nak tahu.
      1. benar ke ada 29 juta dalam akaun Norhartaty pegawai gred 54 Kementerian Kemajuan Luar bandar dan Wilayah ketika Shafie Afdal menjadi menterinya.........????
      2. Kalau benar, apa jadi dengan pegawai ini..........????
      3. KETELUSAN ialah salah satu cabang keadilan.

      Delete
  3. Lagi bagus kalu ada pesta kutip derma utk orang tua, anak yatim, OKU, bagi pelajar bayar yuran sekolah, rohingya, repair rumah orang miskin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua saya setuju, kecuali ROHINGYA.
      Mereka lebih kaya daripada kita hasil mintak sedekah.
      Ada yang mempunyai pendapatan rm10 ribu sebulan!!!!!

      Delete
  4. Strategi najib membela diri ialah dengan meraih simpati rakyat dan berkata dia tidak tahu menahu semua yg terjadi dlm skandal2 dia. Hatta duit masuk dlm akaun pun dia kata tahu dan tak mahu tahu. Apakah umno ingat mereka juga bolih mendapat sokongan rakyat dari strategi najib ni?

    Memang tak masuk akal untuk umno terus menerus mempertahankan najib. Umno dan BN kecundang pd pru lepas sebab rakyat teramat benci pd Najib dan rosmah. Ini adalah peluang berbaik umno untuk menjauhkan diri dari kedua2 pembawa sial dan malapetaka ini. Bahkan bila najib dijatuhkan hukuman yg pertama nanti, dia mesti dipecat dari umno.

    ReplyDelete
  5. Sapa nak dengar saranan ketua pemuda kedah? Ahli umno hanya dengar zahid shahrizat mat maslan mat bashah jamal yunus dan orang2 sekepala dgn nya kah kah kah kah

    ReplyDelete
  6. Saya saran kan umno tubuh bahagian sungai buluh. Banyak ahli nanti.

    ReplyDelete
  7. UMNO era Pak Lah, Najib, Zahid adalah UMNO yg mati pucuk. Hilang maruah diri sebok sendat tembolok diri/keluarga/gengsi/balaci. Dedakawan ( dedakians) ini tak berdaya meneruskan hidup tanpa suapan dedak meskipun penuh keladak.

    ReplyDelete
  8. panglimo potaseh12 July 2018 at 14:47

    Pak Zam.

    Saya tertarik dengan pesta pungut derma UMNO bagi tujuan bayar saman Najib. Sepantas kilat mereka berjaya kutip RM500,000.

    Dengan pungutan itu Najib rasa sgt banga dan terharu.. membuktikan dia masih punya sokongan yang kuat.

    Tapi betul ke ..macam-macam kelentong Najib dah buat.

    Aku takut apa yang berlaku.. Pemuda UMNO punggut derma. Najib hulor RM500,000.. lepas tu derma balik kat Najib..

    ReplyDelete
  9. TSZ ni bias. Dendamnya pd Najib tak berkesudahan, nak jdi hakim pd kes yg belum dijatuhkan hukuman bsalah lg.
    Baik ckp pasal kes lain yg terlepas mcntu je, mcm kes terowong LGE.

    ReplyDelete