Sunday, 8 July 2018

MENGAPA SAYA MAHU SEKOLAH TAHFIZ DITUTUP

 
Dr. Mujahid Bin Yusof

Dr. Maszlee Malik

   DUA MENTERI BOLEH BANTU MAHATHIR KEARAH PENGISLAMAN YANG DINAMIK

Pertama sekali saya mengalu-ngalukan kenyataan   Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Mujahid Yusuf Rawa yang menjawab pertanyaan umum apakah langkah kerajaan untuk mengawal sekolah-sekolah  Tahfiz berikutan dengan tragedi dahsyat kebakaran yang membunuh lebih 20 orang pelajar tahfiz di Kuala Lumpur tidak lama dahulu.

Kajian dan siasatan telah dijalankan oleh beberapa pihak termasuk Kementerian Pelajaran  tetapi  sepi kerana kerajaan BN pimpinan Najib tidak berani menyentuh senstiviti agama dan  tidak pernah diumumkan secara terperinci apakah langkah seterusnya yang akan diambil. Kajian itu terus terbenam bersama terbenamnya kerajaan BN . Jabatan-jabatan agama  yang terlibat juga mendiamkan diri seolah-olah mahu melepaskan diri dari tanggungjawab ini.

Provokasi saya telah menghasilkan jawapan yang ditunggu oleh masyarakat Islam di negara ini yang semakin ramai memandang serong dan negatif terhadap sekolah-sekolah tahfiz persendirian. Masih tidak ada kawalan berkesan terhadap pertumbuhannya.

Langkah kerajaan untuk mengawal selia sekolah-sekolah tahfiz supaya tidak terasing daripada sistem pendidikan yang ditetapkan seperti yang dinyatakan oleh Dr.Mujahid,  itulah yang menjadi harapan masyarakat Islam di negara ini.

Kejayaan sekolah tahfiz  melahirkan huffaz profesional adalah terpencil tetapi banyak anak-anak  kita  yang akan menjadi korban dan membuang masa di sekolah-sekolah tahfiz persendirian yang masih di luar kawalan.

Saya ingin menarik perhatan Dr. Mujahid   sebab yang mendorongkan saya supaya ditutup dulu semua sekolah tahfiz persendirian  di negara ini  kerana menjadi perdagangan ustaz-ustaz.

Antaranya:

1. Seorang rakan peguam saya di Pulau Pinang  mempunyai kes aduan seorang ustaz telah menukarkan tanah yang diwakafkan kepadanya tanpa surat perjanjian untuk membuka sekolah tahfiz telah menukarkan tanah itu menjadi miliknya. Kes belum selesai dan banyak lagi kes penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa mengambil kesempatan dari sentimen agama.

2-  Murid- murid sekolah tahfiz  diexpolitasi oleh ustaz-ustaz mereka  untuk menjual  buku-buku agama dan mengutip derma dari orang ramai. Banyak  menunggu di hadapan bank-bank atau mengutipnya  di kedai-kedai mamak dan juga dari rumah ke rumah- suatu cara yang dijalankan oleh Al-Arqam yang telah diharamkan suatu masa dahulu.

3-Ibu bapa yang telah berjaya dalam hidup termasuk dari kalangan profesional menghantar  anak-anak mereka ke sekolah tahfiz dengan kepercayaan mempunyai anak huffaz  akan membantu membasuh dosa mereka dan jika mati, mayat tidak akan hancur.
(Mayat Stalin dan juga Mao Zedong tidak hancur di simpan di mousoleum di Moscow dan Beijing). Mayat sami Buddha yang terkenal juga disimpan di Thailand dan dikeluarkan sesekali untuk tontonan ramai. Apa perlunya mayat tidak hancur?

4-Banyak tragedi  telah berlaku di sekolah-sekolah agama bukan kerajaan. Selain dari kebakaran dan  kemalangan juga penderaan, hukuman dan tekanan dalam  pembelajaran kerana ustaz-ustaz tidak mempunyai  latihan pendidikan yang sempurna dan profesional. Anak-anak  yang masih muda membuang masa di sekolah-sekolah ini  yang tidak mempunyai kokurikulum dan sistem pendidikan  akademik yang  moden.

5-Perkembangan sekolah-sekolah tahfiz  berlaku setelah ustaz-ustaz  yang tidak mempunyai nilai ekonomi menyedari inilah  satu cara yang mudah untuk mendapatkan sedekah  atau  memperdagangkan agama. (Ini juga akan diwarisi oleh murid-murid mereka yang juga nanti tidak mempunyai nilai komersial)

6-Pejabat-pejabat agama negeri tidak berani bertindak kerana senstiviti agama dan menghormati orang-orang yang berjubah dan berkopiah putih.

Pimpinan BN Tun Dr.Mahathir dahulu  berani mencabar senstiviti pemimpin-pemimpin agama, ulama-ulama yang tidak relevan dan juga tokoh-tokoh politik Islam yang karut dengan  tujuan ikhlasnya  untuk mengubah pemikiran umat Islam negara ini ke arah  kemampuan menghadapi cabaran zaman  dengan membina pendidikan agama dan indoktrinasi  Islam yang bersifat universal, progresif, dinamik dan  profesional. Beliau membina  institusi-institusi   Islam yang bertujuan  membangunkan imej Islam tidak sahaja di kalangan umat Islam tetapi juga bukan Islam di negara ini.

Tetapi apabila beliau bersara tidak ada lagi Perdana Menteri yang sanggup  memerangi aliran pemikiran  Islam yang jumud, kolot dan  mundur ke belakang di dalam bidang politik, ekonomi dan keilmuan. Program agama di TV dan radio mengutamakan komersial dan menjalankan indoktrinasi doa dan doa untuk ke syurga.

UMNO tunduk kepada hukum hudud PAS yang menyebabkan orang bukan Islam terutama MCA merasa mereka dikhianati oleh UMNO yang menjadi kawannya sekian lama dan orang Cina menolak UMNO.

Alhamdulillah setelah Mahathir kembali sebagai Perdana Menteri, beliau mendapat dua orang Islamic Scholars yang dinamik dan progresif  iaitu  Menteri Pelajaran Dr. Mazlee Malik dan Menteri Agama Dr. Mujahid Yusuf Rawa.

Mereka boleh meminta bantuan untuk memajukan Islam yang sihat  daripada interlektual Islam yang terhormat di negara ini  seperti Pakar Motivasi Dr.Mohd Fadzilah Kamsah, Mufti Perlis Dr. Maza,  Bekas Ketua Pengarah IKIM Dr.Ismail Ibrahim  dan bekas Pengerusi Bank Islam Dr. Abdul Halim Ismail.

Saya percaya kedua orang menteri ini yang mempunyai latar belakang akademik yang seimbang, boleh menjadikan diri mereka sendiri sebagai contoh pembinaan masyarakat Islam(role model) yang berkualiti dan  terhormat di negara ini. 

Adalah menjadi harapan saya agar program -program  agama TV dan Radio  mempunyai penasihat yang tidak berasaskan doktrin doa dan doa sebagai jalan ke syurga dan komersial semata. Cabaran zaman sekarang tidak boleh hanya di jawab dengan doa dan doa sepanjang masa. Doa tanpa usaha adalah khayal dan usaha tanpa doa adalah bongkak.

Jalan ke syurga  bagi anak-anak Islam masa depan adalah  dengan pencapaian cemerlang dalam semua bidang ilmu termasuk penguasan Bahasa Inggeris yang baik yang boleh meninggikan martabat orang Islam di negara sendiri.

Bahasa Arab tidak lagi mempunyai nilai sebagai bahasa Ilmu kecuali dibidang agama. Mana ada orang Arab yang terkenal di dunia dalam bidang profesional kerana bahasa Arab sendiri terbantut kemajuannya dalam bidang ilmu. Orang kita tidak berani berterus terang dalam hal ini kerana menyekutukan Arab dengan agama. Anak-anak Melayu lebih maju di bidang  profesional dari orang Arab yang maju dalam bidang berbunuhan sesama sendiri.


DIEXPLOITASI MENJADI PEMINTA SEDEKAH

Langkah segera mestilah diambil bagi mencegah murid-murid sekolah tahfiz di exploitasi menjadi peminta sedekah oleh pihak berkuasa sekolah untuk menjalankan kutipan derma bagi pembiayaan pengurusan dan kemajuan  sekolah mereka.

Disebalik kenyataan Menteri Agama Dr. Mujahid Yusuf Rawa kunonnya sekolah-sekolah ini telah di kawal selia, kita boleh melihat anak-anak tahfiz   berada di hadapan pintu- pintu bank,di pasar-pasar, di kedai-kedai mamak dan ditempat-tempat umum dengan membawa risalah-risalah mengenai sekolah mereka yang memerlukan bantuan atau untuk pembinaan sekolah baru tahfiz.

Kenapa tidak  meminta sahaja  dari pejabat zakat?

Tidakah ini mencemarkan imej Islam sebagai agama rasmi negara?

Kenaapa ini tidak berlaku di kalangan masyarakat Cina di negara ini?

Kenyataan beberapa orang yang mempertahankan sekolah tahfiz,kunonya  telah diberikan nilai baru,tidak seperti dahulu lagi  dan ramai  lepasan  tahfiz yang boleh masuk ke pelbagai bidang  adalah kenyataan yang tidak mengetahui situasi sebenar,kenyataan yang membohongi diri sendiri,bersifat umum dan serkap jarang.Sebuah dua sekolah berubah dan berjaya  bukan menjadi suatu aliran umum untuk dibanggakan atau berupaya  menutup kelemahan. Ia hanya merupakan setitik nila dalam susu sebelanga.

Sebagai wartawan saya boleh mendakwa saya tahu hal sebenar dan bukan pegawai-pegawai Yadim yang tidak berada di lapangan tetapi diawangan kerana tidak menjalankan tangungjawab sepenuhnya.

Realitinya selepas berlaku berbagai trajidi sekolah tahfiz,tidak ada langkah kongkrit yang telah diambil bagi memantapkan  sekolah-sekolah tahfiz dengan penilaian displin ilmu  dan keselamatan sebagai sekolah berasaskan nilai sekolah yg ditetapkan oleh kerajaan sebaliknya masih berperaturan pondok.
Uniform mereka sudah cukup membayangkan permulaan penutupan minda yang tidak selari dengan imej aliran perdana,tiada keterbukaan ,displin dan kurikulum yang disesuaikan  dengan sistem pelajaran kebangsaan negara dalam artikata sebenar.

Semua sekolah ini masih belum dibawah kawal selia seperti yang didakwa oleh Menteri Agama Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.Lapuran siasatan yang dijalankan oleh beberapa pihak selepas berlaku kebakaran yang membunuh lebih 20 murid sekolah tahfiz tidak pernah dikeluarkan untuk pengetahuan orang ramai.

Kita tidak boleh membuat kenyataan sekadarkan untuk  melepaskan batuk ditangga.Orang ramai menunggu lapuran rasmi dari Kemenertaian Pelajaran.

Saya tidak faham   mangapakah mesti ada sekolah untuk orang Melayu dan Islam  yang diluar aliran perdana yang pastinya menambah kecelaruan kepada sitem pelajran kebangsaan dan mengancam perpaduan masa depan orang Islam sendiri. Jika orang bukan Melayu memikirkan dengan berada di luar sistem ini akan mendatangkan faedah kepada mereka maka biarlah mereka  menempah masa depan yang berada di luar aliran utama negara.

Kenapakah  tahfiz ini tidak dimasukan sebagai satu kurikulum  di Sekolah Kebangsaan yang akan memudahkan untuk dikawal selia dan memberikan kualiti dan nilai kepada pelajar-pelajarnya.

Reaksi  dari seorang pengikut   blog saya sewajarnya diberikan perhatian berat walaupun ringkas oleh Menteri Pelajaran baru dan juga Menteri Agama  baru jika kita benar-benar kita hendak membina Malaysia Baru dengan mempunyai Islam yang berkualiti dalam masyarakt berbilang kaum dan antarabangsa.

Inilah pandangannnya:

Saya juga setuju dengan pandangan Tan Sri. Kerajaan patut ambilalih pendidikan TAHFIZA dengan 
memasukkannya sebagai salah satu kurikulum. Setakat ini cuma ada 3 kurikulum selepas PT3 iaitu SAINS TULIN,
 AKAUN dan SASTERA. Patut tambah satu lagi iaitu AGAMA bagi mereka yang cenderong untuk menjadi
 TAHFIZA atau mendalami hal-hal berkaitan ISLAM. Dengan cara ini tidak perlu ditubuhkan pusat-pusat TAHFIZ
 sendirian untuk mengkayakan ustaz- ustaz secara mudah. Dengan cara ini, anak-anak yang minat dalam bidang 
TAHFIZ tidak perlu jadi peminta sedekah, memalukan ISLAM




174 comments:

  1. Saya bersetuju... kerajaan perlu bertegas dan mempunyai perancangan rangka panjang pendidikan negara. Sekolah-sekolah yang tidak mengikut dasar pendidikan negara mesti ditutup san tidak boleh dibiarkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Termasuklah juga sekolah2 Cina yg tak ikut dasar pendidikan negara...barulah adil

      Delete
    2. Penguatkuasaan amat perlu bukan tutup.. Apa guna ada authority power? Jika gagal bukan tutup.. Tetapi arahan penambah baikan.. Umpama ada anak cacat tapi bukan bunuh.. Protect mereka Bantu mereka untuk mereka upaya kekal berjuang demi kelangsungan hidup.. Kes seleweng salah laku mesti ada.. to err is human.. Haramkan kutipan derma atau jual buku oleh kanak2 sbb itu child exploitation.. Siapa boleh halang? Authorities la.. Sudah pun memerintah masih kekok menyelia dan menjalankan amanah? Bagi pandangan anda adakah hantar sekolah agama hanya untuk basuh mayat? Subhanallah.. Bersangka buruk.. Kerana belajar agama adalah untuk akhirat.. Bukan jenazah ibubapa...Pandangan karut kamu perlu diubah... Jika tak dapat kembang kan ajaran islam, janganlah pula bertopeng dengan agama islam.. Masyarakat berbilang bangsa tapi tak dapat menghormati agama yang dipegang negara sendiri? Itukah perjuangan kawan... Saya pernah diberitahu oleh kawan cina saya semasa kawan saya melayu hina islam.. Mereka lebih tahu apa yang betul walaupun mereka agama budha tapi benci pada orang yang pura2.. Mereka (cina)la saya berkawan baik.. Makan dan tidur bersama. Waktu sakit mereka berikan ubat dan air.. Tetapi melayu memulaukan saya... Saya rasa sikap awak ni perlu musabah.. Berdoalah agar kita sentiasa ke jalan Allah

      Delete
    3. Saya adalah antara ibubapa yg mnghantar anak ke tahfiz, sangat setuju jika langkah penambahbaikan dibuat, bkn ditutup.tersentak dgn tuduhan ibubapa yg htr anak ke tahfiz sbb ingin mmbasuh dosa sendiri & tak ingin mayat reput??? Berat & hina sungguh tuduhan ni.yg saya tau saya wajib beriman pd janji2 Allah.termasuk janji2 Allah kpd Ahlullah iaitu penghafaz alquran.jadi kpd 'so called islamic scholars' yg dikatakan sgt bijaksana spt ditulis di atas, tlg lah cari solution yg terbaik utk isu ini.bkn semua madrasah tahfiz suka meminta2 ( mmg ada, tp bkn semua) , anak sy xprnah brdiri d dpn bank, pasar mlm etc mmbawa tabung derma.mksud sy ada madrasah yg betul2 baik pentadbiran & kurikulum pondoknya, ini yg patut dibantu & dtambah baik..sgt setuju dgn ' ada anak cacat bkn dibunuh, tp diberi perhatian khusus malah dibantu!'

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
    5. This comment has been removed by the author.

      Delete
    6. Ni pemikiran apologetic sebahagian dari orang melayu.

      1. Isu tanah. Isu pelajar cari dana.. perlu di kemukakan data. Bukan cakap saja.
      2. Masyarakat Cina telah bukan saja pertahan sistem pelajaran mereka tetapi telah berjaya mengembeling dana dan usaha untuk ujudkan rangkaian sekolah yg berpaksi dengan cara traditional n nilai mereka.
      Orang kaya Cina lebih suka sumbang duit untuk sekolah sekolah mereka dari habiskan duit beli kereta, kuda dan kediaman.mewah. Orang Cina yakin dengan sistem pelajaran yg berasas pd tradisi mereka. Mereka sokong dan baiki sistem.
      Atas sebb ni sekolah cina tak perlu minta derma.

      3. Di indonesia, india, Bangladesh n Pakistan system.pengajian islam berkembang dengan baik. Jauh lebih maju dari kita.

      4. Sistem pelajaran kebangsaan yg ada sekarang perlu di nilai dan di banding dengan sistem di Finland dan Jepun. Dua negara yg menpunyai sistem pelajaran yg di akui terbaik di dunia.

      Tulisan TS Zainuddin maidin jelas bias dan tidak berasas pd kajian empirical . Ia terlalu jumud dengan pemikiran ala barat dan menafikan ada IQ.EQ dan SP..

      Pemikiran seperti ni sudah ketinggalan zaman.
      TS Zainuddin Maidin perlu lah berlaku adil dan buat kajian atas kepembangan institusi tahafiz di bawah pentakbiran Tun Abdullah n DSNajib.
      Mungkin TS Zainudin tak pernah lawat dan dapat taklimat tentang institusi tahafiz negara.

      Delete
    7. Saya TAK SETUJU ditutup, tambahbaikan je lah.. Yg tak berdaftar, daftarkan , yg tak selamat, upgradekan sistem keselamatan.. Kalau kita bayangkan dari sudut bisnes, bila nak untung dunia kita sub pada company lain.. Mcm tu jugak tahfiz, Kerajaan perlukan tahfiz2 lainsbg sub utk keuntungan akhirat.. . Faham ke idok

      Delete
    8. Cuba tutup kedai yg jual arak, kelab malam, judi ekor pulak bulan ini tgok boleh atau tidak.

      Delete
    9. Cukup2 wahai kedua org pak menteri tuu...usahlah bertopengkan agama padahal sudah sedia maklum yg mana perancangan BN utk menjadikan para Huffaz intelektual sudah pun berjln hya sygnya gagal disebabkn fitnah2 dajjal yg dilempar sehingga BN tewas. Takpe mungkin ada hikmah disebaliknya tunggulah Allah maha mengetahu

      Delete
  2. Saya juga bersetuju agar sekolah2 tafiz persendirian ini di susun semula dan diletak dibawah kementerian agar mudah dipantau dan dikawal selia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah, moga dipermudahkan segala urusan... Saya yakin kerajaan baru mampu membawa 1 perubahan yf jauh lebih baik dari kerajaan lalu....

      Delete
  3. Apabila melayu kafir harbi berkata kata..ko ni spesis keturunan anak babi ke mamak zam pukimak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah orang Islam yang merasa dirinya Islamic dan mulia dengan memaki orang Islam lain yang tak sejalan dengannya.Contoh manusia Islam yang memalukan Islam.

      Delete
    2. Lawak la hang ni pak maidin,adakah dengan buah fikiran ala yahudi hang tu lebih nampak kata hang islam

      Delete
    3. Ni yg di katakan jumud. X bersetuju maka berhujah dgn ilmu bkn maki hamun. Islam apa yg kamu anuti?. Pandangan dan pendapat zam itu adalah dari sudut pandang dia dan kamu berikan hujah kenapa perlu pandangan zam itu tidak sesuai atau tidak tepat dgn keperluan pusat tahfiz. Itu je. Perlu ke sampai membabikan org lain yg pada pandangan kamu tidak se'islam' kamu?. Hahaha...ni yg di kata jumud, yg tertutup dari menerima pandangan dan idea org lain. Rugi ke bila seorg tahfiz juga seorg jurutera atau doktor atau saintis?. Tepuk dada tanya selera.

      Delete
    4. Zainuddin, knp org maki demo. Apakah penyebab org maki demo. Sebab nya demo buat statement spy org maki demo. IslIslmmg x ngajar umatnyau maki org. Tp demo kena ingat din, kita ni manusia biasa, bkn para wali. P k p k kan lah. Wallahua'lam

      Delete
    5. Kata Islam tapi maki hamun orang. Ini penyakit orang Islam. Maka satu dunia turut benci Islam. Kajian menunjukkan agama yang paling dibenci manusia ialah Islam. Kenapa? Kita kena tanya diri kita sendiri. Jangan nak marah kat orang lain. Kita yang bodoh dan lemah. Kita yang asyik berperang sesama sendiri. Kita yang miskin dan mundur di dunia ini. Kita yang menjadi pelarian. Pelarian pula mahu ke negara-negara yang diperintah bukan Islam. Kenapa tidak memilih negara-negara Islam? Ini terbukti yang kita hidup berpura-pura dengan hanya tahu bermain dengan sentimen agama untuk mendapat kuasa dan selira nafsu kita sendiri. Hasil kosong, added economic value kosong. Integriti kosong, amanah kosong, kemajuan kosong, sumbangan kepada manusia kosong. Hanya tahu mendabik dada dengan bersorak mengatakan kitalah yang hebat. Ini sebenarnya ciri-ciri orang munafik.

      Delete
    6. الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا

      “… Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu untukmu, dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku bagimu, dan telah Aku ridhai Islam sebagai agamamu…” [al-Mâidah/5:3]

      Sejak akhir-akhir ini , ramai umat islam dikelirukan oleh ahli-ahli kitab .

      Mereka melebelkan islam sebagai lgbt lah , islam sekular lah dan sebagainya.
      Sedangkan islam adalah agama yang benar dan amat lengkap dan amat sempurna.

      Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (karena kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah kemunkaran, dan beriman kepada Allah. Apabila para Ahli Kitab beriman, maka itu akan lebih baik bagi mereka. Beberapa dari mereka ada yang beriman ... ‘ (Q.S. Al 'Imran, 110)



      ‘Mereka itu tidak (semuanya) sama. Ada di antara Ahli Kitab yang jujur, mereka membaca ayat-ayat Allah pada malam hari, dan mereka (juga) bersujud (sholat).’ (Q.S. Al 'Imran, 113)



      ’Mereka beriman kepada Allah dan hari akhir, menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah kemunkaran, dan bersegera (mengerjakan) berbagai kebajikan. Mereka adalah di antara orang – orang yang saleh.’ (Q.S. Al 'Imran, 114)



      'Dan kebajikan apa pun yang mereka kerjakan, tidak ada yang mengingkarinya. Dan Allah Maha Mengetahui orang - orang yang bertakwa.’ (Q.S. Al 'Imran, 115)



      ’Dan sesungguhnya di antara Ahli Kitab ada yang beriman kepada Allah dan kepada apa yang telah diturunkan kepadamu dan yang diturunkan kepada mereka, karena mereka orang - orang yang berendah hati kepada Allah, dan mereka tidak memperjualbelikan ayat-ayat Allah dengan harga yang murah. Mereka mendapatkan pahala di sisi Tuhan mereka. Sungguh Allah sangat cepat perhitungannya-Nya.’ (Q.S. Al Imran, 199)



      ’Orang – orang yang telah Kami berikan kepada mereka Al-Kitab sebelum Al-Qur’an, mereka beriman (pula) kepadanya (Al-Qur'an).’ (Q.S. Al-Qasas, 52)



      ’Ketika dibacakan (Al-Qur’an) kepada mereka, mereka berkata, "Kami beriman kepadanya, sesungguhnya (Al-Qur’an) itu adalah suatu kebenaran dari Tuhan kita. Sungguh, sebelumnya kami adalah orang muslim”. ’(Q.S. Al-Qasas, 53)

      Delete
    7. Islam liberal

      Delete
    8. Inilah produk sek tahfiz, bhs yg memalukan Islam

      Delete
    9. Zam ni status Al Munafikun Wal Kafirun

      Delete
    10. Assalamualikum??cara pcakapan awk ni menunjukkn islam ape ye??

      Delete
    11. percakapan yg tak bersandarkan al-quran dan sunnah nabi s.a.w
      Itu yg menunjukkan kelemahan sesorang.cakap semua orang boleh cakap.adakah percakapan kita ni tidak menginggung perasaan orang lain..???
      Bertaubatlah sebelum terlambat..waalluhuaqlam..

      Delete
  4. Setuju dengan saranan Dato'. Pusat Tahfiz perlu dinaiktaraf. Pemantauan dan standazasi adalah perlu bagi memastikan pusat tersebut terus relevan dan tidak diambil kesempatan oleh anasir-anasir yang mempunyai agenda tertentu.

    ReplyDelete
  5. 18.56
    Sifat keji anda memaki hamun org,memalukan Islam,jauh benar dp sifat2 Rasullullah yg org2 Islam patut contohi.
    Baik anda berzikir dp memaki org.....

    ReplyDelete
  6. Mohon beberapa orang yang tak tesiar lagi komen mereka menghantar semula kerana saya telah terpadam(delete)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu tutup...tetapi dimurnikan lagi dgn mengadakan kursus2 kepada tenaga pengajar..dan serapkan pelajar2 yg telah hafiz kesemua sektor kerajaan dan swasta sebagai imam atau tenaga pengajar alquran...serta masukkan subjek dakwah dimadrasah2 tahfiz agar mereka keluar nanti boleh menjadi seorang dae....islam itu indah tuan zam...

      Delete
    2. Ya ALLAH.. sesungguhnya adakah Tuan sedia dgn jawapan dlm alam berikutnya nanti soalan ALLAH kenapa perlu tutup sekolah ini? Adakah Tuan yakin dgn alasan yang diberikan dpn ALLAH nanti? Perkara ini saya rasa perlu difikirkan melalui IMAN kita.. setiap Muslim perlu sedar tugas Dan tanggungjawab kita sebagai Muslim.. Alam ini milik ALLAH.. ilmu paling utama sebagai seorang Muslim Ada Quran.. adakah WAJAR perlu ditutup tempat bg seorang Muslim utk mempelajari Quran? Adakah dgn system pendidikan kini sudah cukup kita mengenal Quran? Berbicara lah melalui IMAN

      Delete
    3. Salam tuan
      Pertamanya saya ingin petik kata2 tuan bahawa apa perlunya mayat tak reput dan tuan mengambil contoh stalin,mau ze dong dan sami di thailand. Tuan sedar ke mengapa mayat mereka tak reput.Tak perlulah tuan buat perbandingan dangkal sebegitu kerana ia boleh disamakan umpama ayam yang disembelih dan ayam mati yang tak disembelih. Tuan makan ke kedua2nya. Kenapa perlu disembelih mengikut tertibnya. Dua2 ayam boleh dimasak tapi satu halal dan satu lagi haram. Kita orang islam yang beribadat dengan kepercayaan yang Allah itu esa dan nabi Muhammad itu pembimbing kita jadi tak payahlah tuan memberi fakta yang cuma mengikut hukum akal sahaja. Bertaubatlah tuan.
      2. Tuan juga pertikaikan bahasa arab kononnya penghalang kemajuan tapi sedarkah tuan bahawa itu bahasa Al Quran dan dibaca oleh lebih dari separuh penduduk bumi. Sedang orang kafir mengkaji Quran sebagai petunjuk Tuan pula menolak pemikiran apa yang ada dikepala tuan.
      3. Untuk itu tua satu nasihat saya ada perkara yang boleh kita tafsirkan ikut akal dan ada perkara perlukan quran dan hadis sebagai sumber rujukan insyaAllah hidup kita akan jadi lebih bermakna.
      Moga apa yang saya sampaikan ini mampu memberi sedikit manafaat untuk tuan dalam perjalanan singkat mengadap Allah. Moga tuan mendapat keampunan dan redhanya dalam meniti hari2 terakhir sebagai hambanya insyaAllah. Maaf andai coretan ini mengguris hati tuan

      Delete
    4. SECARA jujur saudara mesti akui bahasa Arab bukan lagi bahasa yang membawa kemajuan ilmu berbanding dengan bahasa2 lain.Maka itu negara-negara Arab bukanlah pusat pelajaran yag menjadi tumpuan manusia dari lain-lain negara yang hendak mecari kemajuan kecuali tumpuan mereka yang mahu mendalami agama yang terbatas pasarannya dalam dunia.Ilmu-Ilmu yang membawa kemajuan dalam bidang sain,teknologi dan ekonomi , kemanusiaan dan keugamaan(termasuk kapal terbang ke Mekah) bukan dalam Bahasa Arab.
      Maka itu jarang kita temui pilot Arab malah kerana gagal berfikir mentafsirkan Quran seimbang dengan ilmu dunia(kerana pelajaran mereka terbatas kepada agama sahaja),maka wanita-wanita Arab menjadi wanita yang mundur.Baru sekarang boleh memandu kereta apatahlagi untuk menjadi pemimpin wanita Islam yang boleh meninggikan taraf Islam dimuka dunia kecuali dari Malaysia.Apakah Quran dan Bahasa Arab membawa kemjuan kepada mereka
      Saya akui bahawa bahasa Arab adalah bahasa Al Quran tetapi apakah ilmu yang dikembangkan oleh orang Islam sendiri dari kitab ini kecuali mewariskan cerita Quran sebagai sumber ilmu,cerita yang sama dari masa kemasa termasuk saudara sendiri.

      Cerita separuh dunia membaca Al Quran adalah tanpa fakta sebenar,hanya cerita dari mulut kemulut untuk kebanggaan tak berasas tetapi hakikatnya bahasa yang diguna oleh umat manusia hari ini termasuk saudara untuk dapat ilmu adalah dari bahasa internet dengan menumpang kemajuan ilmu Barat.Hadapilah realiti dengan berani dan jujur.Sentimen fanatik tidak membawa kemana2.


      Delete
    5. Orang Cina mempertahankan Dan memperjuangkan bangsanya. Org Melayu yg berjaya merendahkan bangs a Dan agamanya sendiri. Kalau tak faham Islam lbh baik Dia je. Itu lbh baik. Semoga Allah memberi Hidayah kpd Kita semua. Aamiin. Kpd penulis mayat org Bkn Islam diawet. Itu pn x Blh fikir ke

      Delete
  7. Saya setuju tutup tahfiz-tahfiz yang bermasalah. Yang x bermasalah dikekalkan. X boleh nak pukul rata mcmtu.

    Isu mak bapak x nak mayat reput tu salah mak bapak. Bukan salah tahfiz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tutup dulu semua. Biar kementerian buat semakan dan susun semula. Bagi satu tempoh tarikh untuk buat pendaftaran semula dan beri tempoh tarikh kepada kementerian untuk semakan kali kedua yang libatkan kelulusan pihak-pihak berkaitan pula.

      Dah ok semua baru kementerian umum dan senaraikan sekolah yang boleh beroperasi; belum boleh beroperasi sebab tunggu kelulusan pihak berkaitan; serta tidak boleh beroperasi sebab tak penuhi syarat.

      Letak 3 kategori dalam senarai itu.

      Selepas itu umumkan untuk 3-5 tahun ke hadapan tidak akan ada permohonan baru dibenarkan sehingga pemantauan ke atas sekolah yang telah dibenarkan beroperasi dilihat berkesan operasinya. Baru buat keputusan sama ada bolej buat pendaftaran baru atau kekalkan yang sedia ada. Buat penambahbaikan selepas 3-5 tahu pemantauan itu.

      Kalau semua benda nak buat sekelip mata kumpulkan para magician untuk laksanakan.

      Delete
    2. Nak tutup sekolay agama? Apa kamu rasa sekolah kebangsaan adalah sekolah terbaik di negara ini? Apa yang di lahirkan oleh sekolah kebangsaan? Hanya manusia yang tak kenai agama.. Bodoh...

      Delete
    3. Xperlu tutup semua..tambah baik sistem yg sedia ada..sekolah agama perlu dikekalkan..remaja sekarang semakin hilang adap..

      Delete
    4. Kenapa perlu tutup.Kan bagus kalau dinaiktaraf premis sekolah dan guru2 tahfiz. Kenapa nak singkirkan bahasa arab? Mulia sangat ke b.inggeris tu? Tahu tak Berapa ramai rakyat Malaysia ni yg belajar dr darjah 1 hingga habis SPM yg tak pandai berbahasa Inggeris? Ramai sgtkah manusia yg berjaya dlm dunia ni bila pandai brbahasa Inggeris? B.Arab adalah bahasa AlQuran,tidakkah penulis sedar ttg itu? Kenapa boleh selia dan beri peruntukan sekolah cina dan tamil tapi tak boleh nak selia tahfiz? Inilah Melayu sekrg hanya brtopengkan Islam dan mengeksploitasi Islam.Inilah cara2 mereka utk mencipta Islam sekular. Nauzubillah...Islam adalah Islam bukan Islam Sekular.

      Delete
    5. amar amri... awak dari sekolah agama penuh ke? kalau ya... sayangnya! sekolah agama tak ajar awak menjadi manusia tapi lebih kepada syaitan yang tahu memaki hamun

      Delete
    6. Amar amri..sedih orang yg kononnya sekolah agama kenal agama .. aku rasa hang pun tak kenal agama Islam

      Delete
    7. Anon 09.41 saya setuju

      Delete
  8. Tak perlu tutup. Perlu naik taraf. Kenapa perlu radikal sampai tutup tahfiz. Pada sy x perlu. Ini saranan mengarut.
    Buat sistem yg strategik-berdaftar. Kerajaan Dah bertukar. Jadi INI tugas menteri2 ni dalam mengiktiraf agama. Skrg masa utk perubahan sistem, bukan statik dgn saranan jumud utk menutup tahfiz.
    Sediakan silibus utk anak2 tahfiz maju ke depan. Itu lebih baik. Selitkan acuan rohani Dan jasmani Dalam membentuk minda Dan sahsiah yg baik. Maaf, sy sama sekali x bersetuju dgn cdgn utk menutup tahfiz. Kunci penting TAMBAH BAIK. bukan TUTUP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat2 setuju dgn saranan saudara abdul abdul azfar..tambah baik bukan tutup..lain la kalau nk tengok hilangnya penghafal2 al quran kt tanah melayu ini...

      Delete
    2. Mohon share artikel ni.

      Delete
    3. Saya pun setuju. tapi kalau tuan betul2 baca, saya rasa, ini 'provokasi' terancang Dato Zainudin utk orang ambil peduli semula kepada maahad tahfiz yg ada. Sama2 kena gembeleng tenaga utk tambahbaik maahad tahfiz...

      Delete
  9. Alasan2 yg dikemukakan berbentuk persepsi yg minoriti. Bukan semua yang begitu. Jangan dipukul sama rata. Perjalanan madrasah/pusat tahfiz harus diberi sokongan penuh dari semua sudut kerana itu tanggungjawab kita semua sbg org islam dlm memartabatkan Al Quran. Andainya bermasalah, tutup bukan cara penyelesaian. Tetapi perbaiki kesilapan dan kekurangan.

    ReplyDelete
  10. Dah mereng ke apa orang tua ni. .Bahasa arab xde nilai? Bahasa inggeris lebih bak?kalau xde bahasa arab ko blh faham makna dlm al quran x? Ingat satu keturunan ke nak hidup di dunia ni. .Orang jepun. .cina. .korea x cakap pun bahasa inggeris . jauh lebih professional. .Yg menjadikan professional tu sikap n tanggungjawab kita bkn bahasa lah bodoh. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara Wan Suri.

      Selama ni... sejak Merdeka... pasal apa kita tidak boleh ikut 'Orang jepun. .cina. .korea x cakap pun bahasa inggeris . jauh lebih professional" ?

      Apa yang pasti, orang Jepun, Cina dan Korea... langsung tak tahu bahasa Arab atau faham makna Al-Quran. Mungkin sebab itu mereka jauh lebih maju dari segi sains & teknologi.

      Dari segi kebersihan, tidak buang sampah merata-rata... tak payah cakap la.

      Delete
    2. Anda perlu hadam ayat 'Bahasa Arab tidak lagi mempunyai nilai sebagai bahasa Ilmu kecuali dibidang agama' itu terlebih dahulu sebelum mengulas. Tidak dinafikan hampir segala keilmuan sains, astronomi, perubatan, sastera, matematik dan berbagai lagi adalah dipelopori oleh sarjana arab yang berpandukan alquran dan hadis. Tetapi itu dulu dan orang arab sendiri tidak meneruskan keunggulan ilmu yang telah mereka terokai. Dan seterusnya anda juga perlu mahir mentafsirkan ayat 'Anak-anak Melayu lebih maju di bidang profesional dari orang Arab yang maju dalam bidang berbunuhan sesama sendiri' yang terdapat di hujung perenggan yang anda rujuk itu.

      Delete
    3. Yang memberi nilai kepada bahasa Arab itu apabila terkarangnya Al-Quran oleh penulisnya. Juga pengarangan buku-buku saintifik didalam bahasa Arab oleh saintis Islam pada zaman dahulu sehingga ianya menjadi rujukan barat. Kini bahasa arab hanya dijadikan mentera dan dihafal untuk memperoleh tiket mudah ke syurga akibat ajaran-ajaran yang diseleweng. Sebaliknya orang yang dikatakan kafir meneruskan tradisi ilmu yang dimulakan oleh pengarang Al-Quran. Bagi muslim pula, daripada Al-Quran itu dijadikan panduan kini ia ditinggalkan sekadar menjadi lantunan suara yang mengusik jiwa. Al-Quran bukan lagi dibaca untuk mendapatkan ilmu tetapi dibaca, dihafal untuk tujuan yang lari dari tujuan asal, iaitu sebagai petunjuk dan panduan. Kemunduran dan kejumudan yang berlaku pada orang Islam hanyalah kerana percaya sangat kepada penyeleweng-penyeleweng agama yang menjadikan diri mereka tuhan untuk ditaati dimana sejarah membuktikan yang manusia suka mengikut, menjadi penyokong setia, pengikut setia kepada individu-individu tertentu berbanding mengikut Al-Quran. Mereka tidak berpegang kepada Al-Quran, sebaliknya berpegang kepada tafsiran orang lain didalam mendapat panduan sehingga mereka mengabaikan Al-Quran dalam erti kata memahami Al-Quran. Mereka tidak mendapatkan panduan dari Al-Quran, sebaliknya mendapatkan panduan dari manusia sehingga mereka menegaskan bahawa pandangan individu pilihan mereka itu yang terbetul dan menyebabkan perbezaan pandangan sehingga tahap kafir mengkafir.

      Delete
    4. Mantap 👍 . Dia ingt nak faham al quran senang2 . .

      Ingt beli terjemah al quran boleh faham...piii lahhh .

      Delete
    5. Tepat sekali Saudara Ir.Miringila. Terima Kasih.

      Delete
  11. Islam itu perfect. Tetapi nyata umah yg tidak beradab menjatuhkan Islam sendiri.

    ReplyDelete
  12. Pendidikan tahfiz menambah kepada kepelbagaian di dalam pilihan pendidikan. Ia juga menawarkan kelebihannya tersendiri selaku.satu cabang ilmu. Oleh yang demikian, imej negatif yang terbit harus dijadikan iktibar bagi memartabatkan institusi pendidikan tahfiz.

    ReplyDelete
  13. Bodoh lah kau ni.. Tgk muka pon dah nampak mcm ahli nerak..

    ReplyDelete
  14. Kena ada garispanduan. Kalau kurang bajet bantulah atau minta derma. Mantan Pm pun ada yang sanggup derma inikan pulak utk akhirat. Ikut garispanduan boleh jadikan institusi terbaik. Ramai engineer yang saya jumpa dari Pakistan Dan India misalnya belajar hafiz dulu sebelum kesekolah biasa. Mereka TAK makan rasuah sebab quran dihati. Boleh buat Zam. Kena positif. Malaysia boleh spirit is back kan?

    ReplyDelete
  15. Dalam erti debat ada dua - cadang dan bangkang. Zam telah berhujah sebagai pencadang. Mana pula hujah pembangkang? Bagi yang tidak setuju berhujahlah macam Zam. Hurailah panjang lebar bukan maki hamun dan memperbodohkan orang. Hanya orang bebal saja yang mampu berbuat demikian. Tidak dapat menangkis hujah pencadang dengan baik jelas dianggap kalah teruk. Menghentam Zam membabi buta tanpa menilai rasionalnya konfirm mereka sememangnya menghidapi penyakit terencat akal.

    ReplyDelete
  16. Salam tuan, dalam tuan ingin menyumbang kepada pembangunan islam janganlah tuan turut meruntuhkannya. Perspektif pemimpin islam sekarang lebih terarah kpd material dan keduniaan semata mata. Diwaktu Rasulullah, bangsa arab adalah bangsa yg tertinggal dari segi ilmu kedunian dan ekonomi berbanding rom dan parsi. Atas kehendak Allah dan usaha Rasulullah islam mengatasi dua kerajaan ini bukan kerana ekonomi tertapi kerana ketakwaan yg tdk berbelah bagi. Allah tidak menjanjikan syurga kepada org islam yg terkaya, tercerdik ilmu dunia atau pandai berbahasa inggeris. Dalamilah islam itu untuk menjadi umat yg lebih baik mudah mudahan kita terselamat di dunia dan akhirat. Wassalam.

    ReplyDelete
  17. Syabas Tan Sri Zam kerana berani menghulur-leher untuk di'sembelih' orang yang berfikiran jumud dan tidak bertamaddun dalam berfikir dan berAgama, demi mengembalikan kegemilang Islam yang maju, progressive dan dipandang mulia, terutamanya oleh bukan-Islam.

    Saya pun pelik. Zaman sains & technology ini, kita boleh rakam sebanyak mana dan setepat mana sekalipun, bacaan & sebutan ayat2 Al-Quran... nak buat apa lagi dengan Sekolah Tahfiz. Setakat hafazan dan Ustaz-Ustaz yang berlambak, masih tak cukup kah?
    Dan bila anak-anak yang belajar Tahfiz ini besar nanti... apa kah bidang kerja yang paling sesuai kepada mereka, selain jadi Ustaz & Ustazah?

    Bangsa-bangsa lain bertungkus-lumus bekerja, cari duit untuk hantar anak-anak mereka belajar bahasa Inggeris dan menjuruskan mereka kebidang sains, mathematic dan technology. Lama-kelamaan, profession kejuruteraan, doctor & scientist akan dipelopori dan dikepalai oleh majority bukan-Islam diNegara kita sendiri.

    Cuba lihat sekeliling kita... dari handphone, TV, mesin-basuh, blender, sterika, motor/kereta, game Dota yang menjadi kegilaan anak-anak muda-Melayu, sehinggalah ke microphone & pembesar-suara yang kita gunakan untuk melaungkan Azan, lima kali sehari... semuanya ciptaan atau buatan orang-orang Kapir yang kaya-raya, maju dan berkuasa dari segi persenjataan-perang.

    Bangsa Melayu mesti beringat... berpecahnya Islam kepada pelbagai Mahzab, Terikat dan Fahaman... malah Ayah Pin sekali pun... adalah kerana terlalu ramai 'orang Agama' dikalangan kita. Lagi banyak kita hasilkan Agamawan, lagi terbuka banyak peluang kita berselisih fahaman mengenai Agama... lebih-lebih lagi, jika Agama digunakan oleh Ahli-Politik demi meraih undi.

    Mungkin ada baiknya kita buat seperti Oliver Cromwell... yang menyebabkan golongan Agama Christian dipusatkan di Vatican, mengakibat mereka terpisah dari Politik. Sebab itu Masyarakat Eropah menjadi Aman, Maju & Makmur sejak ~1500. (Walaupun hanya tinggal permusuhan terpencil Protestant-Catholic, saki-baki dari Zaman Dark Ages Eropah)
    Malangnya, Umat Islam Arab ketika itu, 200 ~ 300 tahun setelah wafatNya Baginda Rasulullah SAW, mula menghalau ilmuan cerdik-pandai Islam akibat terpengaruh dengan dakyah Golongan Agamawan yang berpengaruh dikalangan pemerintah.
    Hakikatnya, ketika Umat Kristian telah berjaya menghentikan berbunuhan sesama-sendiri dengan memisahkan Agama dari Politik, demi kelangsungan golongan Agamawan, Umat-Islam pula mengambil pendekatan yang ditinggalkan Kristian. Sebab itu Pak-Pak Arab saling berbunuhan sesama sendiri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Kristian di zaman gelap dahulu.

    Oleh yang demikian, demi kemajuan Bangsa, Agama & Negara, marilah kita mula pisahkan Agama dari Politik dengan menempatkan semua Institusi Agama, termasuk Jakim, di dalam Istana. Bakal Raja, sejak dari kecil lagi, seharusnya dijuruskan pendidikan Baginda kepada Agama atau Tahfiz. Maklumlah, apabila menjadi Raja nanti, Baginda adalah Ketua Agama.
    Mustahil kaum lain dapat 'merampas' Negara ini dari tangan Melayu dan Islam jika YDPA menjadi KETUA AGAMA seperti yang termaktub dalam Perslembaggan Persekutuan.
    Yang paling mustahak, KERAJAAN Malaysia-Baru mesti memastikan tiada lagi Tanah-Pusaka Rakyat terlepas, terjual atau tergadai kepada Warga/Negara Asing, lebih-lebih lagi secara Pegangan KEKAL.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang ni kerja roket saintis ka?? Dari komen diatas memang dah tahu tak hafaz alquran. Nak jugak tahu, kerja apa, dah jadi billionaire ka?? Kalau semua tu tak ada malanglah tuan. Didunia pun miskin, akhirat apatah lagi. Harap ruan boleh berubah, insyaallah

      Delete
    2. Dari tulisan panjang-lebar saya diatas, apa yang kena atau tidak betul, Saudara Kyrie?

      Dengan menghafal Al-Quran, apakah teknologi baru yang mampu dicipta demi kemajuan dan memudahkan kehidupan Umat Melayu Islam secara keseluruhan?

      Hang terang la, dengan lebih panjang, jika ada yang saya kata, tidak betul.

      Satu lagi Saudara Kyrie... InsyaAllah, dalam kontek Melayu, membawa maksud, tidak tentu atau tidak pasti.
      Contohnya:-
      Orang ajak makan-kenduri, kita jawab, 'InsyaAllah'.

      Delete
    3. berapa peratuskah pelajar yang keluar sekolah tahfiz ni berjaya menghafal al quran? 100%? 75%? 50%?

      kalau dalam 50 pelajar hanya 2 orang saja berjaya baik tutup je la..

      hantar 2 yang berjaya tu hafal anatomi dan ubat-ubatan. boleh tolong orang sakit..

      Delete
    4. kalau begitu. berapa peratuskah yabg habis SK/SMK yang dapat straight A dlm peperiksaan besar? UPSR&SPM? 100%? 50%? 75%?

      kalau dalam 50 pelajar hanya 2 org saja berjaya baik tutup je la SK/SMK.

      Delete
    5. tujuan sekolah tahfiz untuk jadi hafiz. sk/smk untuk lulus peperiksaan besar (bukan straight A)

      ya setuju. kalau sk/smk hanya 4% lulus, baik tutup je sekolah tu

      Nak hafal 6236 ayat tanpa salah titik, baris, dll bukan senang bro.. budak genius je boleh buat

      Delete
  18. Orang islam yg nak menjatuhkan orang islam dengan alasan dan komen yg menunjukkan tidak satu hatinya orang islam sendiri. Inilah yang orang kafir suka.

    ReplyDelete
  19. Di England,India,pakistan dan banyak negara lg, institusi tahfiz dibiayai oleh pusat zakat mereka.cukup utk keperluan institusi tahfiz utk menajalankan aktiviti,sehingga bangunan2 mereka cukup sempurna. Korikolum mereka dapat dijalankan dg sempurna tetapi di Malaysia tiada semua itu sehingga utk guru2 sangup dg gaji rm1000 semata2 ingin berbakti dg masyarakat.makan ala kadar,bangunan yg x sempurna. Masyarakat tidak berani utk memberi zakat terus kpd tahfiz sebab ditakut2kan jika bayar kepd lain dari pusat zakat negeri. Ini lah rialitynya

    ReplyDelete
  20. Persatuan Madrasah Tahfiz AlQuran Malaysia (PERMATA) kesal dengan kenyataan Tan Sri Zainuddin Maidin (Zam) di portal Malaysiakini pada 7hb Julai 2018 yang mencadangkan institusi tahfiz ditutup. Ianya sangat keterlaluan dan menunjukkan kejahilan terhadap realiti institusi tahfiz. Pendapat Zam tidak bersifat membina tetapi lebih merujuk kebencian beliau terhadap institusi agama. Ianya menghina cabang keilmuan Islam dan menimbulkan keresahan umat Islam yang meletakkan Al Quran sebagai panduan hidup.

    Rasulullah SAW mengajar kita bahawa 'sebaik-baik orang ialah yang belajar dan mengajar Al Quran'. PERMATA meminta YB Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa agar tidak mempedulikan kenyataan Zam itu malah wajar menasihati Zam atas keceluparannya.

    PERMATA yakin YB Menteri mempunyai visi dan misi untuk memajukan sistem pendidikan Islam termasuk sekolah tahfiz di Malaysia.Institusi Islam di Malaysia harus terus dimajukan, bukannya mengundur ke belakang dengan menutup institusi agama. Amalan Islam suatu yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Jika sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil dibiarkan tumbuh subur, kenapa institusi yang dekat di hati umat Islam hendak ditutup?

    Institusi Tahfiz telah wujud sejak 1961 dan sehingga kini terdapat 1281 buah maahad tahfiz di seluruh negara.Ianya membantu meningkatkan kualiti modal insan.

    Pelbagai pembaharuan telah dilaksanakan terhadap institusi umat ini. Pihak PERMATA umpamanya telah mengambil inisiatif bekerjasama dgn kerajaan dan swasta untuk memperkasakan institusi Tahfiz:

    1. Membantu mengubal DASAR PENDIDIKAN TAHFIZ NEGARA pada tahun 2016 yang akan menggangkat pendidikan Tahfiz sebagai pendidikan arus perdana (main stream) negara.

    2. Membantu kewujudan MAAHAD TAHFIZ SAINS yang telah melahirkan ramai graduan huffaz professional seperti doktor,jurutera dll.

    3. Mewujudan TAHFIZ TVET secara kerjasama dgn Kolej Komuniti, Giat Mara dan politeknik yang dapat melahirkan huffaz berkemahiran,

    4. Persatuan juga bekerjasama dgn Kementerian Sumber Manusia utk mengujudkan NOSS (National Occuputional Skill Standard) meliputi Pengurusan Tahfiz , Pengajaran Tahfiz dan Pengurusan Masjid . Ini akan melahirkan Huffaz yang berketerampilan dan bernilai tambah (value added).

    5. Pelbagai pembaharuan telah dilaksanakan oleh maahad-maahad tahfiz dalam sistem pendidikannya merangkumi pembangunan kurikulum, latihan perguruan, sistem pengurusan, infrastruktur dan keselamatan.

    Hari ini banyak insitusi pendidikan arus perdana berintegrasi dengan sistem hafazan Al Quran sehingga melahirnya Sekolah Imtiaz, MRSM ULUL ALBAB , Sekolah Tahfiz Integrasi Sains & Teknologi dan wujud pula kerjasama langsung dengan institusi vokasional sehingga lahir lebih ramai pelajar cemerlang dalam gabungan dua aliran iaitu sains teknologi dan hufaz.

    Pihak yang prejudis dengan institusi Tahfiz perlu berlaku adil dan lebih teliti di dalam mengeluarkan kenyataan. Ketepikan sentimen kebencian dan kebebalan lama yang 'ellergic' dengan sesuatu yang bersifat agama. Era ini adalah era kebangkitan Islam di seluruh dunia, zaman merapu dan menjelekkan agama seperti yang pernah dilakukan oleh Zam dahulu telah berakhir.

    Sehubungan itu, pihak PERMATA AL QURAN tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis terhadap Zam atas perbuatan menghasut sekiranya beliau masih terus menghina institusi Islam seperti sekolah-sekolah tahfiz. Ini bagi mengelak berlakunya kemarahan rakyat, perpecahan, permusuhan serta tanggapan negatif terhadap institusi Islam.

    Kami mengharapkan agar Kerajaan pasca PRU 14 dapat memperkukuhkan lagi insititusi Tahfiz, sekolah pondok dan sekolah agama dengan menyediakan lebih banyak peruntukan, menyediakan pelbagai latihan malah memberi ruang yang lebih luas untuk lepasan Maahad Tahfiz agar dapat melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dan menyediakan bidang pekerjaan dalam pelbagai sektor.

    Hj Manilito Bin Dahlan
    Presiden, Persatuan
    Permata Al Quran Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik ustaz. Penerangan yg cukup jelas. Kita bersama dlm melaksanakan PISH negara.

      Delete
  21. Persatuan Madrasah Tahfiz AlQuran Malaysia (PERMATA) kesal dengan kenyataan Tan Sri Zainuddin Maidin (Zam) di portal Malaysiakini pada 7hb Julai 2018 yang mencadangkan institusi tahfiz ditutup. Ianya sangat keterlaluan dan menunjukkan kejahilan terhadap realiti institusi tahfiz. Pendapat Zam tidak bersifat membina tetapi lebih merujuk kebencian beliau terhadap institusi agama. Ianya menghina cabang keilmuan Islam dan menimbulkan keresahan umat Islam yang meletakkan Al Quran sebagai panduan hidup.

    Rasulullah SAW mengajar kita bahawa 'sebaik-baik orang ialah yang belajar dan mengajar Al Quran'. PERMATA meminta YB Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa agar tidak mempedulikan kenyataan Zam itu malah wajar menasihati Zam atas keceluparannya.

    PERMATA yakin YB Menteri mempunyai visi dan misi untuk memajukan sistem pendidikan Islam termasuk sekolah tahfiz di Malaysia.Institusi Islam di Malaysia harus terus dimajukan, bukannya mengundur ke belakang dengan menutup institusi agama. Amalan Islam suatu yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Jika sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil dibiarkan tumbuh subur, kenapa institusi yang dekat di hati umat Islam hendak ditutup?

    Institusi Tahfiz telah wujud sejak 1961 dan sehingga kini terdapat 1281 buah maahad tahfiz di seluruh negara.Ianya membantu meningkatkan kualiti modal insan.

    Pelbagai pembaharuan telah dilaksanakan terhadap institusi umat ini. Pihak PERMATA umpamanya telah mengambil inisiatif bekerjasama dgn kerajaan dan swasta untuk memperkasakan institusi Tahfiz:

    1. Membantu mengubal DASAR PENDIDIKAN TAHFIZ NEGARA pada tahun 2016 yang akan menggangkat pendidikan Tahfiz sebagai pendidikan arus perdana (main stream) negara.

    2. Membantu kewujudan MAAHAD TAHFIZ SAINS yang telah melahirkan ramai graduan huffaz professional seperti doktor,jurutera dll.

    3. Mewujudan TAHFIZ TVET secara kerjasama dgn Kolej Komuniti, Giat Mara dan politeknik yang dapat melahirkan huffaz berkemahiran,

    4. Persatuan juga bekerjasama dgn Kementerian Sumber Manusia utk mengujudkan NOSS (National Occuputional Skill Standard) meliputi Pengurusan Tahfiz , Pengajaran Tahfiz dan Pengurusan Masjid . Ini akan melahirkan Huffaz yang berketerampilan dan bernilai tambah (value added).

    5. Pelbagai pembaharuan telah dilaksanakan oleh maahad-maahad tahfiz dalam sistem pendidikannya merangkumi pembangunan kurikulum, latihan perguruan, sistem pengurusan, infrastruktur.

    Hari ini banyak insitusi pendidikan arus perdana berintegrasi dengan sistem hafazan Al Quran sehingga melahirnya Sekolah Imtiaz, MRSM ULUL ALBAB , Sekolah Tahfiz Integrasi Sains & Teknologi dan wujud pula kerjasama langsung dengan institusi vokasional sehingga lahir lebih ramai pelajar cemerlang dalam gabungan dua aliran iaitu sains teknologi dan hufaz.

    Pihak yang prejudis dengan institusi Tahfiz perlu berlaku adil dan lebih teliti di dalam mengeluarkan kenyataan. Ketepikan sentimen kebencian dan kebebalan lama yang 'ellergic' dengan sesuatu yang bersifat agama. Era ini adalah era kebangkitan Islam di seluruh dunia, zaman merapu dan menjelekkan agama seperti yang pernah dilakukan oleh Zam dahulu telah berakhir.

    Sehubungan itu, pihak PERMATA AL QURAN tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis terhadap Zam atas perbuatan menghasut sekiranya beliau masih terus menghina institusi Islam seperti sekolah-sekolah tahfiz. Ini bagi mengelak berlakunya kemarahan rakyat, perpecahan, permusuhan serta tanggapan negatif terhadap institusi Islam.

    Kami mengharapkan agar Kerajaan pasca PRU 14 dapat memperkukuhkan lagi insititusi Tahfiz, sekolah pondok dan sekolah agama dengan menyediakan lebih banyak peruntukan, menyediakan pelbagai latihan malah memberi ruang yang lebih luas untuk lepasan Maahad Tahfiz agar dapat melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dan menyediakan bidang pekerjaan dalam pelbagai sektor.

    Hj Manilito Bin Dahlan
    Presiden, Persatuan
    Permata Al Quran Malaysia

    ReplyDelete
  22. Zam Awang Selamat ni memang sejak dulu mereng pemikiran Islamnya

    ReplyDelete
  23. Iblis dan syaitan akan kepanasan bila ada cadangan nak tutup sekolah tahfiz.Ini kerana,di situ lah tempat pembiakan yang paling subur.Jika anda benar2 mendalami Al-Quran,tiada kesedihan seandainya sekolah ini ditutup.Allah memerintahkan kita membaca Al-Quran dengan teliti dan berhati-hati.Bacalah!

    ReplyDelete
  24. Assalamulaikum.

    Saya rasa Tuan Haji Zainuddin Maidin berkemungkinan ada masalah peribadi dengan beberapa institusi tahfiz di tempatnya berdasarkan beberapa contoh serta keterangan yang dipaparkan.

    Contoh-contoh di atas tadi telah mempengaruhi Tuan Haji Zainuddin Maidin mengemukakan pandangannya yang keterlaluan untuk membalas dendam atau mungkin cemburu, irihati, tidak senang, gelisah, resah dengan anak berjubah putih, lalu ia mencari beberapa alasan yang barangkali boleh dijadikan "umpan" dan perangkap kepada masyarakat yang jahil.

    Hakikatnya institusi tahfiz merupakan pendidikan persendirian ia sekaligus mengurangkan gejala sosial masyarakat yang semakin kronik.

    Masyarakat hari ini kurang percaya dengan pendidikan yang sedia ada kerana ia tidak menjurus ke arah akhlak dan nilai harmoni. Gejala buang anak, mengandung, penzinaan, pelajar nakal, samseng semuanya adalah hasil pendidikan dari sekolah yang sedia ada sekarang tetapi ia tidak begitu di ambil berat dengan serius, berbanding institusi tahfiz.

    Jika kita fikir secara bijak institusi tahfiz sebenarnya dapat mengurangkan kos kerajaan. Kerajaan tidak perlu mengeluarkan perbelajaan berjuta ringgit untuk membina sekolah pada setiap tahun di sebabkan adanya bantuan institusi tahfiz swasta.

    Negeri Selangor sahaja mencatat peningkatan dengan jumlah 265 institusi tahfiz dengan jumlah keseluruhan pelajar seramai 30 ribu pelajar. Cuba bayangkan di mana hendak di tempatkan jumlah pelajar seramai 30 ribu orang? Itu baru Selangor belum lagi negeri lain.

    Hari ini kita lihat institusi tahfiz ibarat "pisang goreng panas" di kalangan artis seperti anak Norman Hakim telah pun berjaya mengkhatamkan 30 juzuk al quran. Ia sekaligus memberikan kepercayaan kepada institusi tahfiz.

    Dunia hari ini melihat Malaysia telah melahirkan ramai penghafaz al quran, nama Malaysia harum di persada antarabangsa wakil-wakil Malaysia di hantar untuk bertanding ke peringkat dunia.

    Saya berikan contoh kejayaan beberapa pelajar saya yang telah pun khatam al quran mendapat tawaran sebagai juru teknik kapal terbang di program uroangkasa,di Melaka. Bahkan tidak kurang menyambung pelajaran ke luar negara seperti Turki, Yaman dan lain-lain

    Apa pun, masalah tetap ada di mana-mana, cuma cara mengatasinya sahaja. Jangan kerana nyamuk kelambu dibakar.

    Semoga tulisan ini dapat membuka minda yang membaca

    Sekian Wassalam

    Maahad Tahfiz Al Ghazaly
    Kelang Selangor

    ReplyDelete
  25. tutup tidak munkin boleh dinaiktaraf. sekolah agama untuk sekolah pada waktu petang ada tapi tidak menyeluruh, tahfiz lebih memberi peluang kepada anak2 yang mahukan lebih mendalam dengan hafazan dan pembacaan al quran dengan lebih baik.

    kalau sekolah jenis cina dan india boleh. kita sebagai umat islam yang baik kita kena fikir secara baik dan jauh ke depan.

    ReplyDelete
  26. Ko nak tutup sekolah tahfiz?
    Sebelum tu nak tanya apa jasa ko pada bangsa dan agama?

    ReplyDelete
  27. Jadi menteri tapi guna otak orang bodoh..

    ReplyDelete
  28. bak kata p.ramlee.... dah tua2 pon bodoh

    alasan yang diberi terlalu dangkal

    ReplyDelete
  29. Bukan TUTUP.....kalu ikhlas usahakan utk tmbahbaikan. Apa masalahnya? Bab bahasa dan mayat reput tak reput JANGAN main rembat,kawan.Bukan boleh emo utk perjuangkan bangsa. Dengan ilmu serta byak hal yg perlu d teliti, kena rangka elok2, jangan sampai rugikan ank bangsa sendiri.

    ReplyDelete
  30. Pemikiran Zam adalah pemikiran Muslim arus-perdana hari ini.

    Muslim arus-perdana hari ini adalah mangsa indoctrinasi musoh2 Islam:
    kafir2 barat yang berjaya,
    hampir 100 tahun lalu,
    hancurkan pemerintahan superpower Islam terakhir, Khilafah Uthmaniah.

    Muslim arus-perdana hari ini kejarkan apa yang hampir seluroh dunia kejarkan:
    kejayaan material & komersial,
    dibawah sistem kapitalis,
    berasaskan riba.

    Sistem ini berjaya dominasi dunia,
    termasok seluroh dunia Islam,
    setelah Uthmaniah dihancurkan,
    & dipecah-belahkan,
    melalui membahagi2kan umat Islam ke pada negara2 kecil
    (ada 57 wilayah2 orang Islam dalam OIC hari ini,
    umat2 Islam dalam wilayah2 ini berpecah-belah, bergadoh sesama sendiri).

    Kafir2 barat ini letakkan proksi2 mereka sebagai pemimpin di wilayah2 kecil umat Islam ini.

    Pemimpin2 ini & waris2 mereka tunduk kepada Barat hingga hari ini
    (lihat majoriti pemimpin2 di dunia Arab hingga hari ini).

    Perlembagaan & sistem2 undang2, ekonomi, kewangan, perbankan, sistem kehidupan, dll ala-kafir ditanamkan diwilayah2 ini.

    Semuanya maju & subor hingga hari ini
    menurut landasan kafir,
    dimana matlamatnya semata2 kejayaan material & komersial.

    Mengejar redha & rahmat Allah tak benar2 disedari lagi.

    Kita harus faham apa yang Zam laungkan (tutup tahfiz2 persendirian) wajar bagindia,
    sebab ia selari dengan nilai2 kafir ini.

    Dia utamakan progressif, dinamik & professsional
    disudut material & komersial,
    dilandasan kafir tersebut.

    Zam bukan membela Islam,
    dia tak layak pun,
    sebab dia mangsa pemikiran kafir barat
    yang dibincangkan diatas

    Kita hanya harus doakan agar dia utamakan Islam.

    •••
    Hujjah lawanan pemikiran kafir:

    Inti-pati Islam:
    -hidup didunia ini adalah satu DUGAAN
    yang akan tentukan hidup di akhirat,
    shurga atau neraka, &
    -hidup didunia ini sementara;
    hanya sekitar 100 tahun paling lama,
    hidup diakhirat SELAMA2NYA.

    Mereka yang benar2 Muslim:
    -akan fokuskan 100 tahun didunia ini
    untuk kejarkan kesejahteraan kehidupan selama2nya diakhirat kelak.

    Implikasi 100 tahun ini terlalu besar.

    Muslim dibawah pemerintahan yang benar2 Islami,
    utamanya dibawah Rasulullah saw hingga ke Khalifah ar Rashidin:
    nikmati kesedaran ini.

    Pemerintahan Muslim selanjutnya terpengaroh dengan nilai2 kafir,
    kejarkan dunia,
    bukan semata2 kerana Allah.

    Ini meleset hingga runtuhnya pemerintahan Islam,
    dibawah Khilafah Uthmaniah;
    bila mana amalan2 kafir diterap, menggantikan hukum2 Islam:
    undang2, sistem kewangan & perbankan, sosial, dll.

    Pincanglah kehiduoan umat Islam hari ini.

    Moga kita dikalangan hang sedar.
    •••

    ReplyDelete
  31. nobody will hear u zam coz ure nobody in the government now...lagipun apa yang ditulis lebih kepada persepsi atas faktor usia...moga anda dalam lindungan Allah aminn

    ReplyDelete
  32. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  33. TAMBAH BAIK BUKAN TUTUP. JABATAN AGAMA NEGERI2 ADA KUASA MELALUI ENAKMEN YG DIBUAT DI DUN.Majlis Agama dibawah Sultan juga perlu berperanan pro aktif. Kerajaan Pusat boleh selaras dgn tubuh lembaga pendidikan tahfiz melalui Akta Parlimen. Lembaga tugasnya membina kurikulum wajib, pendaftaran serta kelulusan pembinaan tahfiz, mengawal kutipan derma orang ramai, wakaf serta infaq. Termasuk mendaftar semua pengusaha, pentadbir dan guru tahfiz yg diberi tauliah.Akhir sekali melaksanakan peperiksaan tahafiz dan sijil tahfiz yg diiktiraf oleh kerajaan seperti yg ada di Universiti Al Azhar, Mesir dan Universiti2 di Jordan.

    ReplyDelete
  34. Saya tak bersetuju dengan alasan-alasan yang dato nyatakan. Dato memberi faktor2 yang dangkal untuk menutup pusat tahfiz atas alasan yang kurang munasabah. Untuk pengetahuan zamkata, semolah menengah agama persekutuan juga menpunyai program ulul albab dimana pelajar2 akan mengikuti pelajaran seperti sekolah menengah biasa dan menghafal al quran dimasa yang lain. MRSM juga ada sistem ulu albab. Jika zamkata lihat statistik keputusan SPM sekolah2 aliran ulul albab ini mempunyai keputusan SPM yg membanggakan. Zamkata boleh lihat ranking MRSM ulul albab dalam keputusan SPM tahun sebelum ini.
    Tidak dinafikan sesetengah maahad tahfiz mempunyai fasiliti yang begitu asas dan kurang lengkap. Sepatutnya zamkata memberi cadangan untuk menambah baik kemudahan asas pusat tersebut daripada memberi cadangan untuk menutup terus. Untuk pengetahuan zamkata kebanyakan ibubapa professional menhantar anak ke pusat tahfiz sebagai asas, bukan untuk mencari pekerjaan. Ia ibarat tadika sebelum meneruskan pengajian diperingkat seterusnya. Bayangkan professional yang menghafal alquran, ahli politik yang menghafaz dan mengamalkan alquran. Alangkah bagusnya. Mungkin Malaysia akan datang bebas dari gejala2 rasuah dan maksiat. Tetapi apa yang kita boleh harapkan dari seorang bekas menteri parti keramat yang memerintah selama 60 tahun?

    ReplyDelete
  35. Saya sangat bersetuju dengan pandangan yg diutarakan oleh Zam. Islam itu tertegak dengan realiti Dan bukannya fantasi. Meminta supaya sekolah tahfiz ditutup sedikit sebanyak telah membuka ruang perbincangan mengenai realiti sebenar yg dihadapi institusi Islam hari ini. Kajian dan mekanisme terperinci perlu dilakukan.

    Islam tidak hanya tertegak dengan pakaian jubah & kopiah. Tetapi Islam tertegak dengan nilai yg ada dalam masyarkat itu sendiri. Bahasa Arab kini bukan lagi bahasa penting, dunia Arab sudah bankrup idea dan inspirasinya. Masalah yg jadi di sana berpunca dari masalah mereka sendiri.

    Masalah umat Islam pada hari ini juga berpunca dari kita sendiri yg lebih mementingkan penampilan luar...tudung kopiah jubah Dan nak masuk syurga dengan murah. Kita lupakan ilmu...kita lupakan perpaduan ...apa yg kita ingat ini semua salah Yahudi...ini penilaian liberal...kafir Dan sebagainya.

    Teringat saya dengan kata2 Muhammad Assad dalam bukubya Islam in Crossroad.

    "Umat Islam hari ini tak ada hak untuk mengagungkan kegemilangan silam Islam. Kerana merekalah yg bertanggungjawab menjatuhkannya"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nk smbung skit "Dan orang yg brfahaman mcm anda ni lah yg bertanggungjawab menjatuhkannya"

      Delete
    2. Hujah perlu dijawab dengan hujah...bukan emosi. Dan janganlah berfahaman terlalu sempit encik Anonymous.

      Delete
    3. Setuju dgn hujah blog dan hujah saudara azar. Kerana terlalu ramai org kita membaca dgn emosi bukan memahami dgn akal dan mendalam. Islam itu luas dan mendalam. Islam itu indah dan sempurna. Cuma masalah die org yg membawa itu menjadi cermin. Org kita mudah jatuh hukum. Dari asyik menjatuh hukum share idea mcm mana nak memperbaiki. Byk perkara kita tak nampak.

      Saya sedia utk dikecam. Dah biasa kena kecam pun

      Delete
  36. Salam. Semoga ZM sntsa sehat walafiat.
    Alquran wajib dan mesti didaulatkan oleh setiap orang yg beriman,termasuk ZM jika jika dan mind a ideologies Islam.
    Surah Albawaqarah ayat 2.
    Islam jugak merupakan Agama yg diikitraf oleh Allah,surah Alimran ayat 19&85.
    Dan Islam jugak merupakan satu cara hidup yg lengkap,sempurna dan menyeluruh. Albaqarah 208 & Almaidah ayat 3.

    Jadi sbgmana mendaulatkan Islam adalah wajib,maka Alquran wajib didaulatkan.
    Ibnu Ali.0182888084

    ReplyDelete
  37. Al Quran Wahyu Ilahi

    "Al Quran adalah kalam Allah ia adalah wahyu ilahi, apakah manusia yang membaca kalam Allah dan wahyu ilahi di tempat yang jernih lagi suci ditutup? Nauzubillah. Benarlah firman Allah Hati Hati mereka telah dikunci, pendengaran mereka telah di tutup dan mata mereka telah ditipu"

    ReplyDelete
  38. Kami setuju dengan pendapat Zam. Semua sekolah Tahfiz mesti ditutup. Bukan itu sahaja, semua sekolah agama rakyat turut ditutup. Murid dipindah ke sekolah kerajaan dan disuruh belajar mengikut sukatan pelajaran yang disediakan oleh kerajaan. Sekolah-sekolah Tahfiz dan agama rakyat ini akan hanya memundurkan bangsa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebijik pemikiran anda mcm kamal atartuk..bapak sikularism yg menjatuhkn othoman empayer...benci sangat dgn islam..mati besuk jgn minta disenggara mcm org islam... kemana nk bawak sngt hidup ni..akhirnya akan mati juga... didklah anak supaya menjadi baik.. bukan rasa nk hidup kekal atas mukabumi ni... hidup kekal abadi yg bahgia kita nak atau seneng sementara atas mukabumi ni yg fana ni...terpulanglah..

      Delete
    2. Mana Ada mundur.anak2 muda skg engineer lawyer pegawai tinggi lepasan Sekolah Agama. Mereka berjaya je

      Delete
  39. SETUJU!
    Ya, Al Quran itu SAKTI bagi Ahli Kitab.
    Ahli tahfiz amat cintakan SAKTI ini.

    Mari lihat fakta...
    Malangnya tiada satu pun ayat dalam Al Quran menjelaskan keperluan menghafal ayat-ayat Al Quran.
    Yang sangat banyak ditunjukkan adalah "JADIKAN ia PELAJARAN":
    (QS.Al Qamar 54:17) - Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?
    (Sila search sendiri keyword "PELAJARAN", sangat banyak!)

    Mari lihat sunnah pula...
    SAKTI Nabi Musa mampu menundukkan kekuatan tukang sihir firaun.
    Pada masa kini, adakah kita sudah mendapat pelajaran dari SAKTI itu? Nak menakluki nafsu dalam diri pun susah, apatah lagi nak takluk ekonomi?

    Nabi Muhammad jadi usahawan Islam yang berjaya dengan SAKTI itu, hingga dapat menawan Kota Mekah kembali secara aman.
    Tahfiz yg ada SAKTI itu pada harini? Hujungnya menjual kismis di tepi jalan & meminta-minta seperti pengemis akibat kekurangan ilmu perniagaan & kemahiran dalam pelbagai lapangan.

    (QS Ali Imran 3:110) - Umat yang ada SAKTI itu sepatutnya menjadi yang terbaik di antara semua manusia. Malangnya Ramai yang fasiq (Tahu, tapi tak laksana)

    Jadi, memahami & melaksanakan petunjuk di dalamnya itu lebih vital! Bukan menghafal.

    ReplyDelete
  40. Salam tan sri, saya sangat setuju. Kasi tutup aje. Dari setiawangsa sampai ampang, budak2 tahfiz dtg minta derma/sedekah kalau kita xnak beli produk mereka. Umur 14-15 tahun. Kenapa budak perempuan buat benda ni time2 tgh world cup pukul 2am? Budak2 baya dia lain semua tgh tidur utk ke sekolah esoknya.

    Yang reply maki2 tu biasa tan sri, mereka anggap bertentangan dgn islam. Zaman nabi dan para sahabat ada ke pusat tahfiz? Mcm mn para2 sahabat jadi tahfiz? Mcm mn proses pengumpulan al quran apabila para2 tahfiz terbunuh ketika perang? Waktu tu dah kurang tahfiz pasal tu dibukukan alquran. Arab pun waktu tu xde tahfiz. Mereka ingat dgn ada pusat tahfiz islam gemilang? Salah la hamba Allah oii... Situ la budak2 kena dera, liwat, mati... Sila google..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg kita nak hentikan peminta sedekah ni, jangan pulak tahfiz yg d tutup, zaman dulu pengajian dan hafazan alquran d buat kat rumah sebab emak ayah celik ilmu kitab, zaman sekrg dah lain. Utk mereka yg tak minat, janganla hampiri tahfiz, dan jangan ganggu yg berminat, lainlah kalau ianya bising dan mengganggu masyarakat setempat seperti pusat2 hiburan..., harap kita bertoleransi dalam hal ni.

      Delete
    2. Singkat Betul pemikiran penyokong Zam. Dulu org x pandai menulis. Tu yg Menghafal Quran. Oleh Kerana itu dibukukan jadi AlQuran spy dpt dibaca oleh org Islam kemudiannya. Menghafaz tu lbh baik spy menjadi pelindung Dan cahaya Di Alam Bazar. Bykla lg menafaatnya.tu sebab Jgn pandai merendahkan org Tahfiz. X tah lbhbaik diam je

      Delete
  41. Menambah baik sistem pembelajaran tahfiz adalah tanggungjawab kita semua umat islam, menutup tu jangan sekali, khuatir murkah Allah akan mendatang.

    Daripada Anas r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah itu mcmpunyai keluarga yang terdiri daripada manusia.”

    Kemudian Anas bertanya: “Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?”

    Baginda menjawab: “Iaitu ahli Al-Quran (orang yang membaca atau menghafal al-Quran dan mengamalkan isinya). merekalah keluarga Allah dan orang yang istimewa bagi Allah.” (Riwayat lbn Majah)



    Mafhum sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca al-Quran dan menghafalnya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberikannya hak syafaat untuk 10 orang anggota keluarganya yang mereka semuanya telah ditetapkan untuk masuk neraka.” (Riwayat al-Tirmizi dan al-Nasa’i)

    Jauhi diri kita dari kesilapan seperti Kamal Atatuk, semat d hati yg janji Allah tu nyata, Allah dan rasulnya tdk bergurau dalam mentarbiah kita umat islam, selamilah ajaran mereka sebaik mungkin



    DARI jabir Abdillah, suatu hari Rasulullah shallallahu alaihi wassalam mendatangi sebuah pasar dari sebuah dataran tinggi, sahabat ada di kiri kanan beliau kemudian beliau melewati kambing yang menjadi bangkai dalam keadaan cacat telinganya, kemudian beliau mengambil bangkai tersebut dan mengangkat telinga dan bersabda:

    “Siapa yang mau membeli ini seharga satu dirham?” Maka para sahabat berkata: “Gratis saja kami tidak mau ya Rasulullah shallallahu alaihi wassalam, apa yang bisa kami perbuat dengan bangkai tersebut” beliau kemudian berkata: “siapa yang mau mengambil bangkai ini secara cuma cuma” dan sahabat pun berkata “Jika kambing tersebut hidup pun telinganya cacat, kami tidak mau, bagaimana jika sudah menjadi bangkai ya Rasulullah”
    Kemudian Rasulullah shallallahu alaihi wassalam bersabda: “Demi Allah dunia ini lebih hina di sisi Allah dibanding bangkai ini di mata kalian”. (HR Muslim)

    Itulah harga dunia yang selama ini menyita kehidupan kita sehari hari. Dunia yang membuat kita lalai dalam beribadah kepada Allah tak ada harganya di sisi Allah. Hal ini juga di pertegas dalam hadist lain.

    ReplyDelete
  42. Tuan Zam apa sumbangan tuan kepada kemajuan pemikiran rakyat ? senaraikan disini

    ReplyDelete
    Replies
    1. apakah sumbangan encik kepada rakyat?

      Delete
  43. Masalah timbul apabila ada sekolah tahfiz bermasalah. Masalah dari segi kelulusan bangunan; disiplin tenaga pengajar itu sendiri selain disiplin murid; duit nak teruskan tahfiz itu sendiri tak mencukupi hingga menimbulkan masalah lain; dan bermacam masalah lagilah.

    Pengendali / Yang membuka sekolah tahfiz ini sebenarnya ada dua matlamat. Yang pertama untuk tujuan mendidik. Yang kedua kerana mereka ada sikit modal tapi berfikir nak buat bisnes (ada kerja; ada gaji) melalui penubuhan sekolah tahfiz. Tanyalah yang mengajar; mereka mengajar percuma ke?

    Apa pun matlamatnya; perancangan para penubuh sekolah ini bersifat jangka pendek. Bukan jangka panjang. Kerana jika perancangan jangka panjang; anak murid tak perlu keluar berjualan (sebab modal untuk mengurus jangka panjang tersedia). Setiap masa meminta minta derma menjual agama dengan alasan 'tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima'. Kenapa tak rancang cari penaja untuk 5-10 tahun untuk kos operasi sekolah tahfiz sebelum beroperasi?

    Kebanyakan sekolah tahfiz bergantung kepada sumbangan masyarakat untuk terus 'hidup'. Amalan matlamat menghalalkan cara ini kena buang jauh jauh.

    Jadi, saranan saya; tutup dululah semua sekolah tahfiz. Serah nama sekolah (tidak kira berdaftar atau tidak; sudah dapat kelulusan atau belum) kepada kementerian untuk buat kajian ke atas sekolah-sekolah ini. Biar kementerian buat keputusan selanjutnya...

    ReplyDelete
  44. Jika ayat menutup sekolah tahfiz itu diolah menjadi 'penstrukturan semula sekolah tahfiz', mungkin itu akan mengurangkan kontroversi.

    ReplyDelete
  45. ianya hanyalah satu pendapat.tidak perlu untuk memaki hamun.

    ReplyDelete
  46. Dato’ (or whatever your salutation is)

    Mana bukti aliran pendidikan sekarang membawa kita ke tamadun yg lebih tinggi? Are you unaware of social ills happening around you with 60 years dasar pendidikan negara? Our society is a sick society - physically and mentally. Is there nobel laureate among malaysians? Mainstream academics and institutions failed to play their role optimally.

    Accusing sekolah tahfiz for bringing pemikiran jumud, supaya mayat tak hancur, using kids to minta sedekah are merely baseless stupid accusations. Hence, I am not surprised your solutions to the challenges to bangunkan ummah are just dumb.

    ReplyDelete
  47. Tutup sekolah cina tamil dulu.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Jauh lg baik tutup sek jenis kebangsaan. Nama je kebangsaan, bahasa kebangsaan masing² ke laut.

      Delete
  48. Ya, bahasa menunjukkan bangsa...tak perlulah maki hamun.

    ReplyDelete
  49. Asalamualaikum dato Zam.

    Kerana itu bila tuan keluarkan isu ini, saya perlu tabayyun ( bersangka baik ) . Alhamdulillah, sangkaan saya benar. Teruskan tuan untuk lebih kritis demi kemajuan agama menurut al quran dan hadis sohih. Semoga Allah ampunkan dosa kita semua.

    ReplyDelete
  50. Komen sdr zam ada kebenarannya.

    Kenapa tidak boleh memerintah pandangan berbeza. Kenapa perlu mcari dan mbabikan org. Sdr zam ada bukannya. Kita yg lain jugak ada pendiriannya Berbahas dan berbeza pendpt itu baik dan pintar. Maka carilah kesudahan yg sempurna

    Sama2lah kita org melayu islam berfikir dan mcari keputusan yg baik

    Yg baiknnya segala kekurangan dan ketidaksempurnaan sek tahfiz dan agama bukan dituduh tetapi perlu dibaiki dan dibantu serta dinaiktaraf sbg sek yg mempunyai standards baik dan kecemerlangan pdp serta kurikulum kependidikannya yg lebih terjaga.

    Tahniah sdr zam kerana berani mbangkitkan is sek tahfiz dan agama

    Sek jenis keb (cina dan Tamil) juga perlu dibahaskan

    Baharin, fakulti pendidikan utmjb

    ReplyDelete
  51. Masa jd menteri dulu atau masa berkuasa dulu, apa yg penulis pernah buat utk atasi masalah ini?

    ReplyDelete
  52. Tutup sekalai semua sekolah aliran jenis kebangsaan cina & tamil...

    ReplyDelete
  53. Mmg bnyk kes gini tp apa bleh buat, tu salah individu yg memperdagangkan Islam. Tanah2 tu dh diwakaf. Pahala dh dpt. Biarknlah. Klu dh trtangkap amek balik bg tnh kpd tahfiz betul2.

    Ckp psl jual buku, x salah edar ilmu. Klu org beli xpe. Klu xnak beli xyah beli. Sama mcm derma. Ada yg kena ugut dgn pljr tahfiz ke? Klu ada report, mgkin bkn bdk tahfiz pn depa tu. Jd jgn salahkan bdk yg menghafaz kitab Tuhan.

    Ibubapa nk basuh dosa apa? Ibubapa nk anak soleh solehah. Dh dia tau dia susah nk berubah apa slah nakkan zuriat yg bleh bntu dia sdikit sbnyk.

    Ni baru sikit komen aku. Stay tune. Pemikiran dh pelik. Makan garam kt mne lah abg ni.

    ReplyDelete
  54. Dimanakah kekuatan Islam itu?
    Ada pendapat mengatakan penampilan mencerminkan keperibadian.
    Ada juga pendapat yg mengatakan sebaliknya jgn pandang pada luaran. Hati dan niat lebih utama. Seiring peredaran zaman setiap perkara didunia perlukan penambahbaikan. Agar kita tidak ketinggalan. Bekerjalah umpama kita akan hidup selamanya dan beramal umpama kita akan mati esoknya. Al-Quran itu bukan sekadar hanya utk dibaca dan dihafal malah dituntut utk difahami dan diikuti apa yg diajar dan disampaikan didalam kandungannya.
    Berbincanglah dgn beradab.
    Yg dulu katanya org Melayu beradap sopan. Berbincang seperti seorg Islam Muslim yg jadikan Al-Quran dan Rasullulah sbgi panduan rujukan.
    ISLAM ITU INDAH.

    ReplyDelete
  55. Panggil anak-anak tahfiz buat solat hajat bagi...... .....

    ReplyDelete
  56. panglimo potaseh10 July 2018 at 06:49

    Sudara Jamal Shahrom.

    Cantek soalan tu.. dimana kah kekuatan Islam itu? Dan kamu akhiri dgn nyatakan ISLAM ITU ENDAH.

    Islam tampak kuat pabila mereka bergasak sesama sendiri. Bila sebut Islam itu endah.. terbayang saya sangat Kuala Krai, Sungai Nigiri di Kelantan Serambi Mekah.

    ReplyDelete
  57. Saya harap bila hang mampus, hang golek sendiri masuk lubang

    ReplyDelete
  58. Nak tanya, apakah jenis bidang pekerjaan yg mereka ceburi kini oleh seluruh penuntut tahfiz selepas tamat pengajaran??

    ReplyDelete
  59. Zam Maidin ni BODOH dari dulu kini dan selamanya.

    ReplyDelete
  60. Yuuk ale.Belajar tinggitinggi ijazah berjelajela.Marah nyamuk Aedis....Bakar kelambu pula.Siapa guru mereka NIH!!

    ReplyDelete
  61. Apa guna memaksa sekolah2 tahfiz tutup, sedangkan sekolah di bawah kerajaan sendiri belum mencapai tahap yg baik secara keseluruhan. Cuba tuan2 kembara ke pedalaman semenanjung dan sabah sarawak. Sekolah2 di sana masih amat dhoif. Tak dapat dibayangkan, pd era menghampiri wawasan 2020 ini, masih ada banyak sekolah2 beroperasi dalam bangunan kayu yg seperti 70-an dahulu?

    Apa perlunya memaksakan penutupan sekolah2 tahfiz yg dhaif, baikilah sekolah di bawah kerajaan dahulu, buktikan bahawa kerajaan mampu wujudkan sekolah2 tahfiz yg maju, nescaya pelajar sekolah2 dhaif ini nanti akan perlahan2 beralih kepada sekolah kerajaan yg maju itu.

    Apa guna memaksakan sesuatu, tetapi tidak mampu untuk menggantikan dgn yg lebih baik pun?

    ReplyDelete
  62. Kesaktian palsu yang langsung tidak ada faedah kepada ummah.Islam itu bukan agama kepercayaan,... kerana sesuatu kepercayaan itu juga mampu menyesatkan.Ramai yang percaya dengan agama masing-masing,walaupun ia sangat menyesatkan.Islam itu addin, yang masih gagal untuk difahami oleh kebanyakkan orang yang kononnya beriman dengan Al-Quran.

    ReplyDelete
  63. Dah lama saya fikirkan bahawa sekolah persendirian terutamanya sekolah agama dan sekolah atau pusat tahfiz tumbuh kerana tiada sekolah seperti itu yang diadakan di dalam aliran perdana. Jika aliran perdana kerajaan itu ada dan dikawal selia dengan baik tak perlu adakan sekolah persendirian itu. Boleh serap pekerja dan pusat yang ada dengan penambah baikan. Tetapi mesti ada urusan yang telus dari segi objektif, kurikulum dan cara mengajar. Boleh Kerajaan ambil alih tetapi pastikan yang diajar adalah Islam versi yang Allah dan r
    rasulNya mahukan bukan yang lain-lain pihak mahukan. Wallahuaklam.

    ReplyDelete
  64. "Bahasa Arab tidak lagi mempunyai nilai sebagai bahasa Ilmu kecuali dibidang agama. Mana ada orang Arab yang terkenal di dunia dalam bidang profesional kerana bahasa Arab sendiri terbantut kemajuannya dalam bidang ilmu. Orang kita tidak berani berterus terang dalam hal ini kerana menyekutukan Arab dengan agama. Anak-anak Melayu lebih maju di bidang  profesional dari orang Arab yang maju dalam bidang berbunuhan sesama sendiri."

    Pernyataan di atas sy kurang setuju...

    AlQuran sumber utama umat Islam.. menjadi rujukan manusia dlm segenap bidang.. termasuk sains teknologi, geografi..hubungan kemasyarakatan dan sebagainya.. AlQuran dlm bahasa Arab.. jgn disebabkan org Arab berbunuhan sesama sendiri kita nak burukkan bahasa AlQuran itu sendiri.. fikirkanla.. klu ada kanser dlm badan..kanser tu la yg perlu dihapuskan bukan badan seluruhnya... fikir2kan.. penerapan AlQuran penting utk generasi kita yg semakin tenat dgn pengaruh tidak sihat... waAllahu A'lam... (nukilan hati sekadar utk mengajak kita semua berfikir)

    ReplyDelete
  65. Perenggan ketiga mengakui ini provokasi. Orang islam berakhlak tidak buat provakasi.
    Anak saya seorang hafizah.. umur 9thn masuk tahfiz sepenuh masa, terus syahadah. 1thn saya rehatkn (sertai ptandingan hafazann kursus2). Umur 17thn belajar akademik form 4 (swasta) 18thn masuk unismart utk fast track SPM. Alhamdulillah dpt 7A.pastu buat asasi..sekarang tahun 2 syariah dan undang2. Takde apa2 masalah. Saya takde alasan utk setuju pusat tahfiz ditutup.

    Satu jer nak cakap. Malaysia ada undang2. Ustaz ke menteri ke yg salah gunakuasa dakwalah. Apa jua ksalahan report n dakwalah..tbukti bsalah jlnkn hukuman.

    Berapa banyak kes di sekolah rendah, menengah dan universiti..ada kita dengar sekolah ke universiti kena tutup. Semua kes dsantuni dgn undang2 kan..
    Kalu ikut macam pandangan tan sri ni banyaklah sekolah, universiti di tutup. Jadi takde logiknya pasal salah itu salah ini, sorang dua punya pasal semua institusi tahfiz nak dtutuًp.

    Yang betulnya utk akhlak dan saksiyah..pantau kelab2 malam jgn ada org islam ke situ..pusat2 pelacuran dan judi tu pi selidik ada tak org biasa ke menteri ke yg beragama islam yg kesana..buatlah apa yg patut. Nak tutup menteri takkn buat..tapi jlnkan kerja, kuatkuasakan undang2 yg ada.

    Soal syurga, soal bahasa tak usahlah kait2kn..nampak sangat alasan tambahan yg tak konkrit.

    Muhasabah lah.

    ReplyDelete
  66. kalo nak adil tutup skali skola cina dan skola india.wujudkan skola satu aliran je..bahasa melayu pun baghal nak ckp x pandai

    ReplyDelete
  67. Tidak semua sekolah tahfiz berbuat demikian. Yg tak elok memang cepat tersebar. Yg baik lambat nak nampak. Pada pandangan saya sebagai parent kepada sekolah tahfiz. So far alhamdullilah. Sek ini banyak membantu parent seperti saya. Saya terpaksa bekerja demi menyara dua keluarga. Dari 8.30am sampai 5.30am. Office yg sentiasa di pantau & tidak boleh keluar masuk sesuka hati. Begitu juga suami saya. Jika anak saya berada d sek biasa. Tak hairanlah anak saya terpaksa tertido di sekolah sehingga jam 6pm tampa kawalan. Sebab tak ada org nak ambik. Di sek tafiz amat prihatin dgn masaalah parent. Ada khidmat menjaga anak sehingga parent sampai. Siapa cakap dari segi keselamatan tak de? Ini pun keselamatan juga. Dah banyak case melibatkan kanak2 sek rendah yg hilang, rogol & kemalangan kerana bermain d tempat yg bahaya & dll. Mohon lihat dari sudut lain. Dengan keadaan dunia yg sudah berubah. Mcm2 boleh berlaku. Gov boleh mewujutkan 1 jawatankuasa yg bertanggungjwp memantau sek tahfiz. Hmm...bukan sahaja tahfiz. Sek private yg lain.

    ReplyDelete
  68. Saya amat tidak setuju jika sekolah Tahfiz ditutup kerana selagi ayat Quran dibacakan setiap hari, itulah kekuatan ummah. Hidup di dunia ini hanya sementara sahaja. Lagi ramai ummah yang menghafal AlQuran, lagi tinggi kekuatan umat Islam diMalaysia dari segi batin dan rohaniah. Kenapa kita sampai pertikaikan sekolah Agama, Sekolah Tahfiz dan sekolah yang mengagungkan penggunaa Quran sebagai satu pusat ilmu? Tidak semua orang boleh jadi doktor atau jurutera atau ahli politik. Kita memerlukan pelopor Islam yang jitu. Yang Hafiz. Bukan hafal beberapa kerat hadis ataupun beberapa Ayat Quran. Mungkin dari menghafal Quran samada sepenuhnya membentuk ilmiah generasi yang akan datang. Tak semua subjek sekular membentuk generasi yang boleh membimbing generasi yang seterusnya. Mungkin Kementerian Pelajaran boleh membantu untuk menyelaraskan silibus Tahfiz supaya lebih sistematik dan bantuan kewangan untuk pelajar2 belajar di tempat yang lebih kondusif dan selamat dari mengharap yuran atau derma muslimin semua. Itu yang sepatutnya. Kalau gereja2 di Malaysia di bantu secara kewangan oleh bangsa lain dengan agresifnya. Mereka juga ada akademi sami2 dan juga melatih paderi2 dimana organisasi mereka sangat mantap. Dakwah bukan setakat dengar khutbah jumaat, tetapi memperbesarkan ilmu Allah, satu jihad yang sebaik ummah. Kalau seseorang itu memikirkan akhirat dan melaburkan masa, wang dan melatih anak2 nya ke arah itu, kenapa masyarakat Melayu Islam mengkritik? Bukankah perjalanan kita selepas mati lebih panjang? Kalau kita sendiri tidak berkeupayaan untuk bertadarus dan bertarbiyah, berilah peluang anak2 muda belajar di sekolah tahfiz. Yang diperlukan sedikit kewangan dan pengiktirafan dari kerajaan. Jangan nanti kera di hutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan. Yang mati dan kehausan ialah pembangunan taqwa dan iman Umat Islam kita...

    ReplyDelete
  69. Puiii....malu tengok anak hafiz mengemis memalukan islam. Yg patut awak malu tengok perempuan islam kerja di kelab malam pemuda islam hisap dadah di lorong gelap lelaki islam jadi pondan,penjara dipenuhi orang islam.Tapi paling patut awak malu pada diri awak sendiri kerana gagal menjadi orang islam yg berani membela islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yG terbaik.jikalau tahfiz ditutup,pasti ada bala yg akan menimpa kita semua..Harap mereka² ni fikir semula cadangan yg boleh mndatangkan kemurkaan Allah. Saya terbaca,Klu saya x komen & protes..pasti akan dipersoalkan kelak.. saya tak setuju..Isu Islam..Isu Quran,& Isu tahfiz tak boleh buat main²..Astagfirullahalazzim..

      Saya jahil..tak sempurna..Tapi isu begini..buat sy jadi vibrate..Geram yg teramat sgt..Ya Allah,berikanlah hidayah & InnayahMu pada hamba²Mu yang masih berpegang pada JalanMu yaAllah...Amin.

      Delete
  70. Sepatutnya ditutup dulu kelab² malam, pusat Judi yg terang terangan membawa keburukan. Pusat tahfiz melahirkan hafiz al Quran yg membawa satu²nya mukjizat Rasulullah SAW yg akan Kekal selama lamanya. Kalau perlu pun mungkin dinaik taraf buka ditutup. Wallahu a'lam

    ReplyDelete
  71. Menghapuskan maaahad tahfiz bukan semudah menutup sebuah tadika. Ada pro dan kontra selagi ada ibu bapa memandangkan keperluan kepada sekolah tersebut. Sebagai orang islam kita harus lihat adakah usul ini datang dari agenda yahudi ysng ingin menghapuskan alquran sekiranya tiada lagi yang menghafal. Soal utama adakah kita mencadangkan alternatif kepada keujudan maahad tahfiz supaya lebih sistemetik dan terkawal dibawah kementerian pelajaran sebagaimana keujudan sekolah swasta yang lain. Kita sering menyalahkan kerajaan terdahulu sedangkan BN telah mencadangkan untuk menaik taraf Darul Quran sebagai sebuah universiti. Sepatutnya usaha ini diperakui oleh kerajaan PH dan memperkasakan agenda islam dan intitusi agama sekiranya PM masih bercita2 untuk PPBM menjadi parti menjaga hak orang Melayu Islam.

    ReplyDelete
  72. Yaa.. Kita patut tutup semua yg bermasalah..
    Hospital terbakar, tutup semua hospital.
    Lhdn terbakar, tutup lhdn.
    Parti2 politik byk masalah dan mendatangkan masalag, tutup semua parti politik.

    Kalo Zam bermasalah, mgkn tutup jugak zam..

    ReplyDelete
  73. kerana org islam itu sendiri menyerang institusi islam...maka bukan islam ketawa dan bertepuk tangan melihat perpecahan ini...mengapa tidak anda menyeru agar sekolah persendirian cina mengikut acuan pendidikan yang diterima oleh bangsa lain yg berbilang kaum ini?kenapa dibiarkan sekolah persendirian cina ini berleluasa menuntut yang bukan-bukan dr pihak kerajaan?mengapa?

    ReplyDelete
  74. Tahniah Zainudin Maidin...

    Kala rumah pelacuran, rumah urut, pusat hiburan larut malam berleluasa, keberanian LGBT menyebar luas kemaksiatan, keberanian kelompok liberal menyerang Islam, konsert dan pesta arak saban tahun ditambah kes-kes pembuangan bayi - solusi paling cerdas tuan bekas menteri adalah menutup semua sekolah tahfiz..

    Rasanya tuan bekas menteri boleh tinggalkan wasiat bila mati nanti tak perlu dimandikan jenazah, disolatkan jenazah, ditalqinkan dan tak perlu waris sedekahkan bacaan AlQuran almaklum bahasa arab ni tak ada nilai kemajuan pendidikan, ekonomi dan sosial..

    Malah kalau mahu, mayat tuan boleh dibakar macam penganut agama lain, barulah liberal tuan..

    p/s: sekolah jenis tamil dan sekolah jenis cina pun patut dihapuskan untuk jadi satu aliran kebangsaan juga kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sokong Statment Tuan!. Org mcm ni tak perlu talkin. Campak jer dlm lubang kubur suruh dia kambus sendiri!..

      Delete
  75. Bagus. Namun sebagai wartawan, buatlah juga penilaian pada sekolah2 jenis kebangsaan yg wajib diselaraskan juga utk mengelakkan sikap assobiyah dan perkauman dan akan lebih ke arah bersatunya rakyat malaysia dan meningkatkan patriotik kebangsaan. Kenapa tidak dikupas pula pada sekolah yg berbangsa2 ini?

    ReplyDelete
  76. Saya bersetuju sek tahfiz dibuat tambah baik, jgn tutup. Semua sek tahfiz yg nak minta derma perlu berdaftar, kita nak pantau derma tu. Biar penderma puashati ada yg pantau dia derma. Gov bantu permudahkan urudan biar byk lg tahfiz dr persendirian tumbuh, kita subur agama supaya lahir rakyat berqualiti

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerajaan pun tak mampu nak beri peruntukan kepada sekolah kerajaan utk penyelenggaraan.... Oleh itu jangan mendabik dada nak urus selia sekolah2 tahfiz bagai. Tak payahlah.... retorik belaka tu.

      Delete
  77. Tahfiz mengkayakan ustaz-ustaz? Apa ustaz tak berhak untuk kaya ke?

    ReplyDelete
  78. kekalkan lah... naikkan martabat sekolah tahfiz.. jika pupus.. siapa lagi yang ada.. huhuhu

    ReplyDelete
  79. 1. Tak setuju sekolah tahfiz ditutup.
    2. Setuju jika ia diperkemaskan dan diperkasakan.
    3. Jgn dipadam pusat2 ilmu.
    Ilmu bukan diambil dari sekolah saja.

    ReplyDelete
  80. susah juga kalau ada yg x bc habes atau bc lompat2.. isi kndungn artikel ini , mesej yg ingin disampaikan x sampai.. trus mghukum pulak.. Allahu Akbar.. cuba hadamkn betul2.. patutla Allah SWT turunkan para Nabi & Rasul di bumi/negara Arab, bukan nye kt benua Afrika/Eropah/Korea ker... sbb ini la kot.. berbalah2, maki-hamun dgn kata2 kesat, xde disiplin, simply nk mghentam mncemuh mncaci mnyindir mgherdik.. Allahu Akbar.. Allah & Nabi SAW x ajar mcm ni.. aduhai.. Wallahualam.. (akupendosa)

    ReplyDelete
  81. Setuju Pusat Tahfiz Seliaan Kerajaan dikekalkan dan Tidak setuju Pusat Tahfiz Persendirian ditutup tetapi dikuatkuasakan cara pengoperasiannya.

    Tidak pasti samada fakta ada mak bapak mahu mayat tidak reput ke sek tahfiz itu benar atau auta

    ReplyDelete
  82. Nak menjadikan subjek Pendidikan Islam sebagai Wajib Lulus pun kerajaan dulu dan sekarang tak berani.... cuba bayangkan apa akan berlaku pada masyarakat Islam, keluarga Islam.....jika tiadanya peranan sekolah2 tahfiz ni (persendirian atau kerajaan). Dah lama masyarakat Islam di Malaysia ni mereput tanpa roh Islam. Sebagai contoh, bila pengurusan jenazah mereka mengharapkan bantuan sekolah2 tahfiz inilah.... walaupun itu bukan tugas utama mereka kerana tujuan penubuhan mereka adalah menghasilkan kemenjadian manusia mengikut wadah Al Quran. Sebagai cabaran kepada masyarakat saya meminta pihak2 tertentu membuat perbandingan aspek kemenjadian manusia antara 2 institusi ini (sekolah tahfiz dan sekolah biasa). Yang manakah lebih menjadi.

    ReplyDelete
  83. Ada kebenaran dari artikel tan sri dari segi pengelolanya sesebuah pusar tahfiz,ada baiknya jika kerajaan mengambil peranan tersebut agar ketelusan sesebuah pusat pengajian agama islam ditambah baik dari pelbagai sudut yang dianggap kurang pada kebaikan dan kesyumulan agama islam itu sendiri.

    ReplyDelete
  84. Maka 5 tahun lagi jatuh la kerajaan PH... Patutnya buat keputusan mcm tarik rambut dlm tepung... Syabas menteri2 PH... Semakin anda membelakangi rakyat semakin jauh rakyat dr diri anda...

    ReplyDelete
  85. Beriman dgn kitab suci Al Quran.

    Salahkah sebagai mak bapak yg lahir dlm islam utk bwk anak2nya ke jln Allah. Jln yg diredhaiNya.

    Pembelajaran selain Alquran adalah asing di zaman KekasihNya tetapi kini pembelajaran adalah asing di zaman tn2 sbgi pemimpin.

    Come out with data n dont talk with assumption or kebarangkalian yg tidak ada asas.

    Y all madrasah tahfiz berkembang sendiri, sbb tiada sokongan dr kerajaan yg kononnya memegang islam sbgi agama rasmi.

    Jgn dibunuh tempat2 belajar ini tapi do something to help them thus they never ask gov money to raise the child with Islam n Sunnah.

    Dunia ni sementara bro, ull be ask by mungkar n nangkir bout what u did in your life. Quran n Sunnah are the wasiat drpd Rasulullah SAW, islam is the way of life... so think deeply coz itu yg akan slmt you di negari yang kekal abadi.

    ReplyDelete
  86. Cuba belajar dengan muslim india dan pakistan..bagaimana mereka mendirikan madrasah,apa tujuan?
    Di sana masjid dibina dengan dana sendiri

    ReplyDelete
  87. saya salah seorang guru pra tahfiz, mendidik anak2 tahfiz ini lebih mudah berbanding anak disekolah yang lain.

    https://www.facebook.com/PraTahfizAlRidzuan/

    ReplyDelete
  88. Nampaknya kita tak perlu memerangi Israel kerana org spt saudara nie lebih kejam drp Israel. Membunuh Islam dalam diam.

    ReplyDelete
  89. Kami juga adalah yang mengharapkan sekolah tahfiz ni ditambah baik bukan ditutup. Jangan buat kami pandang serong pada kerajaan masa kini. Nak sama rata dengan yang lain? Fikirkan agama Islam terlebih dahulu. Tak semua tahfiz sebegitu. Pendekatan terbaik adalah penambahbaikan. Kat sekolah kebangsaan sekarang pun terlalu lari dari skop pembelajaran utama. Jadi seimbangkan sekolah kebangsaan dengan tahfiz ni. Jangan nak tutup je sedangkan ramai pelajar berkebolehan dan pandai di sekolah tahfiz ni. Kenapa ibu bapa memilih sekolah tahfiz? Selidik terlebih dahulu. Jangan ambil mudah. Dan fikirkan sensetiviti agama juga. Tak salah nak betulkan. Tapi amat salah andai diguna perkataan tutup yang mana agama dan bangsa lain pandang serong. Kami respect kerajaan sekarang. Tapi jangan ambil mudah sekolah2 tahfiz yang berkebolehan juga.

    ReplyDelete
  90. Syukur alhamdulillah. Ramai yg membela pusat tahfiz...

    Kenyataan utk menutup adalah teknik menyampaikan maklumat secara aktif... Ada desakan utk memperbaiki pusat tahfiz..

    Saya faham..niat sebenar menyataan utk menutup.. Tetapisebenarnya.. Adalah utk mendapatkan sokongan kuat...

    ReplyDelete
  91. perlu ditutup.. sebab tak muat..dan diganti dengan yang baru dan lebih teratur dan kalau boleh ditambah peruntukan lebih besar kerana islam untuk semua bukan untuk melayu sahaja.. tanpa agama manusia akan jadi terpesong jauh seperti liberal dan sekutunya..

    ReplyDelete
  92. Takkan kerana beberapa point itu kamu terus melupakan pusat pusat takfiz yang berjaya menghasilkan golongan yang lebih berilmu dunia akhirat?? Adakah dgn penutupan pusat2 ini akan menyelesaikan masalah? sudah tentu tidak, kalau ada masalah daripada segi peibadi atau salah urus tadbir, patutnya bagi idea untuk perkemaskan lagi urus tadbir pusat2 tahfiz ini.. bukan tutup... tepuk dada tanya iman.... klu tipis iman kita sudah tentu niat atau keputusan yang hadir itu selari dengan tingkatan iman kita dan ingatlah kita ada tujuan hidup di dunia ini, akhirat sedang menanti dan tentulah nasib kita disana bergantung dengan amalan dan perbuatan kita didunia ini.

    ReplyDelete
  93. Salam...bukan semua pusat tahfiz persendirian mohon bantuan org ramai mengkayakan ustaz2...Ada pusat tahfiz persendirian mohon bantuan ikhkas krn Allah SWT...perlu selidik terlebih dahulu tahfiz mana yg mohon bantuan utk mengkayakan ustaz2..jika pasti benar,ambil tindakan kearas ustaz2 tersebut dan murid2 tahfiz di pindahkan ke pusat tahfiz yg mmng benar menjalankan ikhkas krn Allah SWT.

    ReplyDelete
  94. Salam...bukan semua pusat tahfiz persendirian mohon bantuan org ramai mengkayakan ustaz2...Ada pusat tahfiz persendirian mohon bantuan ikhkas krn Allah SWT...perlu selidik terlebih dahulu tahfiz mana yg mohon bantuan utk mengkayakan ustaz2..jika pasti benar,ambil tindakan kearas ustaz2 tersebut dan murid2 tahfiz di pindahkan ke pusat tahfiz yg mmng benar menjalankan ikhkas krn Allah SWT.

    ReplyDelete
  95. Alhamdulillah.
    Bagi sye.,lakukanlah yg terbaik dlm pendidikan buat generasi kita kini dn akn dtg.

    Teruskanlah perancangan,keputusan dn tindakan yg dpt membina dn melahirkan generasi yg berjaya d dunia n jua akhirat.

    Di akhir zaman ini, bukan hye anak2 shj yg perlukan bimbingan dn pendidikan., kita yg dewasa ini jua perlukan.

    Agar sama2 thu knp kita diberikan kehidupan di dunia dn knp kita harus membina kehidupan di akhirat kelak.

    Wallahualam.
    In shaa Allah.

    Allah lebih mengetahui apa yg kita tidak tahu.Apa yg baik utk yg terbaik, sama2 kita mohon padaNYA agar segala urusan dipermudahkan dgn izinNYA..

    In shaa Allah.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekolah2 Tahfiz perlu diberi jaminan serta diperbaharui dan dipertingkatkan ketahap yg terbaik bg melahirkan serta mewujudkan para ilmuan yg terbaik dr segi akhlak dan peranannya dlm memperkenalkan Islam keseluruhannya.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  96. Terima kasih la dengan pandangan tu tpi aku nk tanya kenapa pusat pusat perjudian pusat pelacuran kelab malam tu kilang sebesar2 alam tu tak ditutup ye ni kan negara islam tk patut benda ni dibiarkan....aku nk tau ape yg kerajaan psal benda ni. Klau tk amail tindakan mmg sah kerajaan baru ikut telunjuk DAPorg Melayu dlme ph hanya jdi tunggangan mereka

    ReplyDelete
  97. Aku pelik knape ade melayu yg x suka dgn ade nya sekolah tahfiz. Sape kata klu masuk tahfiz nnt xde masa dpn? Ramai je aku tgk yg masuk tahfis bila kluar ade yg jd engineer, doktor dn pelbagai lg. Ko sibuk nk tutup pusat tahfiz tp ko x pk ramai remaja melayu yg idup jd lbh teruk sbb pengaruh sosial yg melampau. Klu tgk kt malaysia ni lbh ramai melayu yg bmasalah drp bangsa lain sbb kurangnya pendidikan agama dan jauh drp quran. So.... pikir la ye.

    ReplyDelete
  98. Ibu bapa yang telah berjaya dalam hidup termasuk dari kalangan profesional menghantar anak-anak mereka ke sekolah tahfiz dengan kepercayaan mempunyai anak huffaz akan membantu membasuh dosa mereka dan jika mati, mayat tidak akan hancur.
    (Mayat Stalin dan juga Mao Zedong tidak hancur di simpan di mousoleum di Moscow dan Beijing). Mayat sami Buddha yang terkenal juga disimpan di Thailand dan dikeluarkan sesekali untuk tontonan ramai. Apa perlunya mayat tidak hancur?

    adakah anda ingin membandingkan antara mayat nabi2@ kekasih Allah dengan mayat2 musuh Allah@ firaun?
    Firman Allah: adakah sama yang panas dengan yang teduh?
    Firman Allah: adakah kamu ingin Allah menyamakan orang2 yang bertaqwa dengan orang2 kafir@engkar tentang kehidupan dan kematian mereka?

    ReplyDelete
  99. Selesaikan masaalah sosial yang berkembang merosakkan bangsa dulu, pusat2 judi tutup kan dulu, hapuskan pengedar2 dadah yang berhubung rapat dengan pegawai2 polis yang membolehkan pengedar menjual dadah dengan senang, berapa ramai anak2 melayu yang mengambil dadah dalam malaysia ni, hapuskan dulu pengedar2 dadah itu lebih penting menjamin masa depan anak2 bangsa, berapa ramai pegawai2 polis melindungi pengedar2 dadah ni, ambil tindakan dulu, baru cerita yang lain2,

    ReplyDelete
  100. jgn bergaduh..perbaiki pendapat yg x betul.minta petunjuk/hidayah dari Allah.pasti Allah bagi jalan keluar bagi seluruh umat islam m'sia.

    ReplyDelete
  101. Apa ke Punahsihat Kjaan ada utk tutupkan Tahfiz ni? Bodoh betul lah. Buat apa nak tutup Tahfiz? Tutuplah pusat judi pusat pelacur tu?

    Org spt Zainudin ni Menteri Pelajaran nak ambik kira? Org yg mempertikaikan AlQuran? Boleh dia cakap Al Quran ni is about Hearsay? Wow... hebatnya??? Pikirlah balik apa komen komennya pasal Bahasa Arab dan AlQuran.... sungguh tak mencerminkan dia Agamanya!...

    Sorry lah Tok!... Pada Pak Menteri saya nasihatkan Buatlah keputusan yg bijak.

    Tengok Pusat Pusat Tahfiz yg kita ada di Malaysia skrg spt Ahlul Albab di Trg Mahad Tahfiz di Phg dan bbrp negeri yg ada...

    ReplyDelete
  102. Tak perlu tutup.
    Hanya perlu penguatkuasaan undang2 dan pemantauan yg rapi.
    Di turki pun ada byk2 sekolah2 swasta tahfiz ni dan byk lahirkan para tahfiz yg berjaya.tiada masalah.

    ReplyDelete
  103. Assalamualaikum,saya adalah ibu pada pelajar pusat tahfiz,memang ada kebenarannya segelintir pusat tahfiz tidak amanah,Kerna ini atas dasar pengalaman saya sendiri.mereka tidak pantau anak2 kita dengan baik,sampai boleh terjadi pergaduhan dan melibatkan kecederaan,dan makanan yg di hidangkan dengan menu yg sama setiap hari.dan kerap minta dana pada ibubapa di dalam group wassap yg ibu bapa sedia ada dalam group itu.pusat tahfiz ni bukan percuma ada bayarannya setiap bulan.gaji ustaz2 dan tenaga pengajar tidak di bayar sampaikan ustaz dan tenaga pengajar terpaksa meninggalkan pusat tahfiz dan pelajar semua itu.dan ustaz2 tenaga pelajar masuk ke pusat tahfiz lain.serta ibubapa pelajar tahfiz yg lain juga banyak keluarkan anak2 mereka di pusat tahfiz tersebut,pengasas pusat tahfiz itu bukan la ustaz dan tiada sijil atau pengalaman hanya buka guna nama dan ambil ustaz2 di luar tenaga pengajar yg drpd pelajar dan ada Dr golongan cikgu2 untuk mengajar.dan pengasas itu pun tiada adab dan terlalu kurang ajar terutama pada para ulamak yg sentiasa berikan ilmu agama utk anak2 tahfiz tersebut.saya mohon agar kerajaan pantau semua pusat tahfiz pastikan pengasasnya ada sijil dalam bidang keagamaan,atau pun yg mmg sah di pilih oleh jabatan agama islam.saya mohon kerajaan Malaysia agar lihat pusat tahfiz yg saya maklum kan ini berada di Johor bahru.iaitu akademik tahfiz darul Ameer yang berada di kulai.boleh lihat page nya ada di Facebook...sijil berhenti anak saya pengasasnya tidak mahu serahkan walhal sudah berjanji dgn sy akan serahkan,sampai kes ini sy bawak ke balai polis Kerna anak sy dipukul di dalam pusat tahfiz itu dengan pelajar tahfiz yg berumur 16tahun di mana masa itu pengasas atau pun ustaz2 yg sedia ada...sy mohon jika mahu tutup periksa pusat tahfiz ini dah sy setuju pusat tahfiz yg merosak kan nama tahfiz perlu di tutup.agar anak2 tahfiz tidak menjadi mangsa.

    ReplyDelete
  104. Pusat pengajian tahfiz perlu dipantau, diselia, dan diperkasakan. Bukan terus ditutup. Jangan kerana nila setitik ditumpahkan susu sebelanga. Mana yang kurang kita tambah baik. Kelulusan dan penguatkuasaan dpd pihak berkuasa perlu dilaksanakan agar pusat tahfiz mengikut standard dan berkualiti. tenaga pengajarnya perlu diberikan kursus yang diwajibkan sebelum dibenarkan mengajar supaya tahu metode yang betul dalam pengajaran. Sukatan pelajaran juga perlu ditetapkan agar sesuai dengan perkembangan zaman. Pusat tahfiz adalah warisan ulama dulu-dulu yang ingin memelihara dan menjaga kemurnian ilmu Islam dan akhirat. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  105. Bila dh masuk kubur nnti baru org- org yg tolak al quran ni akan sedar diri..

    ReplyDelete
  106. Replies
    1. Bayun ni apa bende yop.. aku hayun kang baru kau tau..

      Delete
  107. Sekolah Cina & Tamil juga patut diseragamkan hanya satu jenis sekolah sahaja. Kerajaan sekarang pun sama. Sibuk menjaga hati bangsa Chinese & Indian. Perpaduan bagai tidak diambil kisah. Tak perlu lagilah menjadi negara yang pelik.Sibuk menjaga bangsa yang memang ada negara asal usual mereka. Bangsa Melayu bakal hilang dalam 100 tahun ni tiada siapa yang pernah kisah.
    Perpaduan bermula dari Sekolah. Tolonglah faham ni.

    ReplyDelete