Sunday, 1 July 2018

KEEGOAN TENGKU RAZALEIH MEMAKAN DIRI SENDIRI.PRESIDEN BARU UMNO HADAPI SIASATAN RASUAH HARI INI

SPRM MAHU TAHU  WANG HADIAH SAUDI DAN PENGGUAAN KAD KREDIT RM800,000 

PETALING JAYA: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi will have to face graft investigators who will be calling him tomorrow to seek an explanation on the alleged use of funds belonging to a foundation.
Malaysian Anti-Corruption Com­mission officers are also expected to take statements on his purported meeting with a member of Saudi Arabia’s royal family who is said to have donated money to former prime minister Datuk Seri Najib Tun Razak.
Highly-placed sources said the former deputy prime minister will be asked to explain allegations that funds from the foundation were used to pay off credit cards belonging to him and his wife amounting to RM800,000.
Dr Ahmad Zahid is the chairman of the foundation. Records showed the foundation was registered in 1997 and its role is to receive and administer funds to eradicate poverty.
“We will want to find out if there is any truth to these claims of Datuk Seri Dr Ahmad Zahid using funds from the foundation for personal use,” a source told The Star.

KEEGOAN TENGKU RAZALEIGH
Terbukti cerah jelas keegoan Tengku Razaleigh Hamzah telah memakan dirinya sendiri dengan parahnya. Beliau menjangka masa depan Khairy Jamaludin bekas Ketua Pemuda yang  menentangnya  dalam pencalonan sebagai Presiden UMNO tidak ada tempat lagi dalam UMNO jika kalah tetapi sekarang beliau sendirilah yang sudah tidak ada lagi masa depannya dalam UMNO.

Beliau mengukur dirinya sebagai seorang veteran UMNO yang paling layak untuk menjadi Ketua Pembangkang menentang PM Tun Mahathir dalam Parlimen tetapi ternyatalah beliau  hanya akan kekal sebagai suara Gua Musang.

Tengku Lee telah tertinggal jauh kebelakang berbanding dengan pencabar-pencabarnya Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mendapat 93 undi,Khairy Jamaluddin 51 dan beliau hanya mendapat 23 undi.

Kedudukannya  yang terkebawah sekali  membuktikan bahawa nama Tengku Razaleigh kukuh berada dalam arena politik tanah air sejak berabad, sejak zaman Tun Abdul Razak PM Kedua tetapi tenyata namanya tidak tertanam di hati akar umbi ahli UMNO. Sebab utamanya adalah beliau tidak menunjukkan iltizam dalam perjuangan UMNO selepas kekalahannya  dengan Tun Dr.Mahatir selain dari perjuangan untuk menjadi Perdana Menteri dan yang terakhir untuk jadi Presiden UMNO.

Ahli-ahli UMNO juga tidak dapat melihat komitmennya dalam  pergolakan  politik UMNO dan tekanan dari luar parti untuk menggulingkan Datuk Seri Najib dan pemerintahan BN sebaliknya beliau terus membuat langkah dan hitungan politik untuk survivalnya sendiri. Orang UMNO sudah terlalu cerdik untuk membaca permainan politik ini.

Dengan penolakan oleh UMNO maka imejnya yang semakin kukuh ialah sebagai wakil rakyat  Gua Musang terutama mewakili orang asli  dan tidak mewakili UMNO dan politik diperingkat Nasional. Beliau memikirkan bahawa beliaulah yang paling layak untuk mencabar PM Tun Mahathir  sebagai Ketua Pembangkang dalam Parlimen tetapi ternyata pengukuran dirinya sendiri itu berbeza dengan penilaian akar umbi UMNO walaupun mungkin dilihat layak oleh orang di luar UMNO.

Khairy walaupun kalah tetapi mungkin masih mempunyai harapan masa depan dalam parti sekiranya Presiden boleh memberikan tempat yang sesuai kepadanya  dalam parti kerana beliau mempunyai beberapa kualiti yang boleh menarik minat generasi baru kepada UMNO.

Orang UMNO marah kepadanya kerana dalam krisis Najib ternyata beliau  seorang pemimpin yang tidak mempunyai  pendirian dan sikap  yang ikhlas yang hanya berani mengkritik pemimpin setelah dia jatuh. Dia adalah oportunis  besar.

Kemenangan Datuk Zahid Hamidi adalah kerana kesetiaannya kepada parti (UMNO) ,kepada Ketua dan fahamannya kepada politik yang mendarah daging dalam dirinya iaitu tidak ada rakan yang kekal dan musuh yang abadi dalam politik dan  beliau  tidak menolak bahawa wang adalah sangat  penting untuk pengukuhan pengaruh dalam politik dan  parti..

Zahid telah membuktikan bertaat setia kepada semua ketuanya dalam parti (UMNO) dan dengan kualiti  Hang Tuah inilah beliau berjaya menempa sejarah  menjadi Presiden UMNO yang ketujuh dalam keadaan yang paling tercabar dan UMNO tidak lagi mempunyai kuasa. Tugasnya amat berat dibandingkan dengan presiden -presiden UMNO terdahulu. Beliau memerlukan sokongan padu dalam parti.

14 comments:

  1. Kemenangan Zahid
    Ada 3 pembikin film dalam umno
    Untuk gulungan muda yg suka barhayal, bersensasi, berglamour, bergaya, cepat kaya,
    Pukul orang bila org dah di ikat kaki tangan, suka jadi Hero dari kemenangan org, kuat tampa usaha

    2) gulungan politik tulin, cari makan, setia parti, gulungan pusing pusing cakap
    Gulungan ,gulungan dukun , gulunga sekolah tafis, gulungan lelong lelon agama sikit
    Samun menyamun di benar kan jika pandai, yg. Mahal sekali gulungan ini cuba menegak kan benang yg basah wlp benang dah hancur tapi tetap nak di tegak kan
    Buat kata org "biar jatuh menyembah bumi namum misai tetap di urut"


    3) ini gulungan yg org sekarang tak faham apa yg dia mahu , sekejap ini sekejap itu
    Masa pertlu dia buat bodoh je kekiri pun tidak ke kanan pun tidak tapi ada ketika satu kaki letak di kiri satu kaki letak di kanan tampa di sedari,, berani berkata tapi tak berani bercakap, perasan bagus, suka berkecuali, lembut tapi suruh org kerja keras


    Sedikit tentang 3jenis pembikin film
    Akhirnya penuntun yg akan akan membuat keputusan film mana yg mereka suka( itu kuih itu lah acuan)
    Dan akhir kita tahu isi hati dan siapa sebenarnya pewakilan umno
    Dan apa mereka mahu, nampaknya mereka mahu umno terus jadi umno
    Haram boleh makruh boleh, sunat boleh, wajib boleh
    Pendek kata ada had ada hari semua hukum boleh terpakai untuk di halal kan
    Jangan lupa umno masih banyak harta karun ,,,,


    Adaikata nasib Zahind mengikuti nasib Najib di zamanPH
    Siapa yg akan mengatikan zahid dan menerajui UMNO


    Sebelum arang menjadi Abu

    ReplyDelete
  2. Melayu hanya mahir berdendam.Pengurusan hancur.Zahid sebagai taukeh UMNO,bermakna Anwar adalah taukeh besar.

    ReplyDelete
  3. Salah satu sebab Zahid ni menang ialah dia memberi gambaran yg umno munkgin akan kembali berkuasa tanpa menunggu pru15 dengan mengadakan gabungan dengan parti2 dari pembangkang dan kerajaan. Ini adalah penipuan. Tapi bagi ramai umno yg masih lagi tak dapat menerima kebenaran dan kekalahan teruk pru14 tentunya akan termakan dengan pembohongan ini.

    ReplyDelete
  4. Saya berbedza pndgan.
    Melayu tetap Melayu.

    Ku Li... spt yg sy katakan sebelum ini..."bukanlah seorg yg hebat".....kekalahan dia ...memang diduga....ini sebenarnya bukan medan untuk dia bertempur.

    Manakala ketokohan Zahid pd pndgan majoriti org Melayu dari luar Umno... juga hampas.

    Kita wajar melihat.. ..
    kenapa rakyat khususnya org Melayu (selain 91 Ketua Bahagian Umno) menolak BN pd PR14.

    Kita percaya faktor utama adalah Najib...tetapi faktor Zahid...dll ketua dlm BN dgn sikap egoistik....menyerupai samseng....kuat fitnah.....kuat bohong (spt Zahid
    betcerita berjumpa Tok Arab tentang duit derma....fitnah jahat terhadap asal usul Tun M sbg pedatang .....dan bnyk lagi) juga menguatkan kebencian rakyat terhadap Umno dan diri dia.

    Dlm keadaan begini...apa pilihan yg dia ada...jika tidak meneruskan sahaja kelangsungan karier politik diri disamping pula memangku jawatan Presiden Parti.

    Sejarah Umno menyokong secara membuta tuli....kenyang dedak atau atas sentimen setia kawan berulang lagi....bilamana majoriti Ketua Bahagian memilih beliau (91/191).
    Tidak kah ini sama spt dulu bila Najib ditatang dan disokong berterusan oleh majoriti Ketua Bahagian walau pun telah terpalit dgn 1001 kontroversi.

    Melayu tetap Melayu.
    Masih tidak mahu melihat realiti....dan tidak mahu melihat sesuatu dari luar kotak.
    Sbg contoh... fahaman jumud dan sempit tentang semangat/erti 'setia kawan.. ulil Amri.....sokong membuta tuli....terlalu sensitif....tidak mahu menongkak arus. .dsb....masih berterusan' akhirnya membawa rebah sahaja.

    Kemenangan Zahid....menterjemahkan semua ini.. . bila mana Ketua2 Bahagian yg tentunya rakan lama memilih beliau demi persahabatan ....tidak mahu dia merasa kecil hati dsb.

    Mereka tetap 'melihat pokok dan tidak melihat hutan' bila saja menerus kelangsungan tradisi begini.
    Kalau betul mahu memilih....biar semua ribuan ahli yg pilih....besar kemungkinan....Zahid akan kalah besar.

    Tetapi sdra Zam....bila ketua pembangkang yg 'serial liar' spt ini dipilih alamatnya PH akan berterusan memerintah negara dlm tempuh yg agak lama....mungkin 70 tahun.

    Melayu tetap Melayu.
    Hah.

    Alahai 91 Ketua Bahagian....masih Melayu kamu semua.....memilih kaki bohong sbg ketua.

    ReplyDelete
  5. Bukti jelas golongan kelas pertengahan dan profesional tidak ada dalam umno. Umno kekal parti kampong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana ada orang profesional cari makan di kampung..umno memang parti kampung termasuk pas. parti bandar cina dap..

      Delete
    2. Di kawasan tempat tinggal saya, ketua pemuda yang dipilih merupakan seorang pemuda yang bodoh-bodoh alang (mungkin kerana demam panas pada waktu kecil), dalam erti kata tak berapa cukuplah otak dia bukannya saya berkata dia bodoh. Tidak. Tetapi kerana penyakit. Dia menewaskan seorang lagi calon yang merupakan seorang Peguam muda. Saya pening memikirkan kenapa lawyer ni boleh kalah? Bapa kepada ketua pemuda yang bodoh-bodoh cerdik itu adalah bendahari yang turut dipilih sekali lagi sebagai bendahari. Bagi saya, itulah UMNO. Yang betul-betul cerdik dan bijak tidak diterima. Apatah lagi orang yang cerdik itu juga amanah menyebabkan dia terlupa menyogok ahli-ahli...
      Kesian... Inilah nasib UMNO. Tempat melayu mencari rezeki tanpa perlu usaha keras. Perjuangan hanya indah kata dari usaha...

      Delete
    3. Professional mana nak jadi macai lulusan SRP dan SPM?

      Delete
    4. kalau ada macai cerdik yang memimpin umno di kg hanyalah kepentingan peribadi

      Delete
  6. Apabila pokok telah tumbang,maka berjemaah monyet-monyet yang menumpangnya akan mencari pokok lain yang lebih rendang sebagai dahan berteduh,begitu juga dengan umnooo.

    ReplyDelete
  7. Pemimpin dan wakil rakyat umno dan BN harus ditolak habis habisan oleh PH.

    Ahli biasa boleh diterima tapi bersyarat tak boleh tanding jawatan parti2 PH selama 2 penggal. Banyak sangat katak...bising lebih nanti tak boleh tidur.

    Di sarawak pula PH perlu tentang GPS habis habisan. Pemimpin2 GPS hidup senang lenang tapi ramai rakyat sarawak masih mundur. Jangan kasi muka sama GPS

    ReplyDelete
  8. hutang 1trilion, 1MDB, Najib, UMNO dan BN bukan
    Licence yg menghalalkan PH untuk membuli orang melayu
    Terutama Hak hak orang Melayu
    Tunjukan sedikit rasa simpati kepada orang Melayu dan HORMATI hak orang Melayu sebagai mana orang Melayu menghormati hak KAUM lain,

    Melayu telah teraniaya oleh umno sekarang bunga2 untuk Melayu terus
    Teraniaya nampak lebih jelas berterusan

    Tan Sri tumpang tanya
    pada siapa lagi agaknya tempat yg harus Malayu
    Mangadu?


    ReplyDelete
  9. Apa yang telah berlaku tidak lansung membuat orang melayu ingin BERSATU. Jumlah penduduk 65% tapi disebabkan dendam, khianat dan lain-lain perangai buruk, orang melayu kini dipimpin oleh majoriti bukan melayu. PRU 15 boleh mengembalikan kuasa kepada orang melayu , kita hanya perlu bersatu.

    ReplyDelete
  10. 16.03 dan 10.55
    Yg menganiaya ,membodohkan,dan memomokkan melayu selama ini melayu juga...
    Yg khianat kami rakyat melayu selama ni umno le,bersekongkol dgn parti2 utama dlm bn......mengumpul harta secara haram ,tak habis makan sampai kiamat..
    Bertopengkan demi Islam,kaum dan negara...poraaah...
    Wahai melayu jgn bodoh terus2an

    ReplyDelete