Wednesday, 4 July 2018

ANTARA KEARABAN DAN IDENTITI NASIONALISME MALAYSIA

SAYA TIDAK FAHAM KENAAPA KUNJUNGAN TERKINI KEPADA TWEET INI  MENINGKAT  KEPADA LEBIH 80,000.BARANGKALI WANITA CINA KELIHATAN LEBIH ANGGUN DAN  CANTIK DLM PAKAIAN TRADISI DAN LELAKI MELAYU MERINDUI WANITA MELAYU DALAM PAKAIAN INI


Tweet saya yang memberikan penghargaan kepada wanita Cina memakai pakaian tradisional yang menggambarkan identiti dan  nasionalisme dalam keadaan wanita Melayu condong ke Araban dengan berjubah telah mendapat sambutan yang hangat. Tidak sampai 2hari, tweet ini telah mendapat perhatian lebih 65k. PIC: Menteri -menteri wanita bukan Melayu dalam pakaian tradisi di upacara angkat sumpah kelmarin.  

27 comments:

  1. Dah jadi kerajaan terpaksalah ambil hati melayu sekali sekala.. tengok wayang boleh tetapi percaya jangan sekali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak habis habis prasangka buruk terhadap orang. Patut la orang macam ko tak boleh cakap english, tak ada kawan non malay, tak comfortable kerja di private sector, tak senang kalu ada jiran cina atau india....semua dalam kepompong sendiri. Dan patut la bila ada sebilangan bukan melayu (termasuk pribumi sabah dan sarawak) yg berprasangka buruk terhadap melayu. Cuba laaa ubah mindset tu sikit. At the least, kasi la dulu the benefit of the doubt. Ada 80,000 anak melayu di srjk(c), cuba ko cari sorang dua budak2 nie dan belajar dari dia orang.

      Delete
    2. Najib buat wayang boleh pulak ko layan? Cakap nak bersihkan imej tp Minta makhamah keluarkan gag order supaya apa2 dalam makhamah tidak diberitahu kepada rakyat. Dia takut rakyat tahu Ke segala benda busuk yg dia cuba sorokkan dari rakyat

      Delete
    3. Tu melayu totok namanya. Ikut membabi buta tak pakai otak. Ni yang najib suka sangat ni

      Delete
  2. Zam, nabi adalah berbangsa arab dan apa yang dibuat oleh nabi seperti memakai jubah adalah menjadi sunnah. Kalau budaya melayu tidak dikira sebagai sunnah. Ikut sunnah mendapat pahala zam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di Malaysia ni iklim panas lembap, tuan. Awak cuba buat kerja sikit di luar rumah dengan uniform sunnah nabi nak dapat pahala tu tengok ketiak, pungkok berpeluh2 tak ?
      Berjalan 5 minit keluar masjid ke kereta dalam baju melayu dan kain pelekat pun berpeluh2.
      Bila berpeluh cucu pun tak mau dekat...bau masam. Kurang hygine.
      Bukan tak boleh ikut sumnah, tapi pakai ikut ocassion la

      Delete
    2. Nabi pakai jubah sebab tu pakaian dia. Yg penting menutup aurat, berpakaian sopan dan sederhana. Tu yg perlu diikuti bukan jenis pakainan.
      Nabi naik unta sebab tu kenderaan dia. Naik unta tu sunnah ke?

      Delete
    3. Pakaian baju kurung orang melayu ni memang cukup sopan. Pakaian yg mencerminkan rasa dan budi orang melayu. Cukup manis dipandang, tak kira siapa yg memakainya. Diantara mereka berempat tu, Hannah yeo memang kerap memakai baju kurung.

      Delete
    4. 1428 dan 1438, di mana sensitiviti kamu mengenai sunnah? harap berjaga2 dengan tutur kata anda...Semoga diberi hidayah untuk mencintai sunnah..

      Delete
    5. Zainudin Maidin5 July 2018 at 08:24

      Potongan Jubah sekarang pun dah tak ikut zaman Nabi,berbagai fesyen,berwarna warnidri jenis kain yang mahal malah telekong sembahyang wanita pun sudah berwarna warni. Sunnah sudah hilang dalam pemodenan dan dalam comercialism. Sebaliknya peniruan belaku oleh orng Melayu kerana fahaman Islam yang sempit bahawa Arab itu Islam dan Islam itu Arab

      Delete
    6. Anti Najib 0813
      Ni bukan pasal sensitif tak sensitif sunnah. Ni pasal menggunakan sedikit akal yg tuhan anugerahkan kita untuk menilai. Tak kan bila sebut nabi je kena ikut membuta tuli tanpa penilaian. Cara terbaik kita mengikut sunnah nabi ialah dengan memahami terlebeh dahulu kenapa nabi melakukannya. Kalau tak mengerti sebabnya amat mudah melakukan kesilapan. Mungkin sunnah yg diikuti tu tak kena pada tempatnya atau waktunya. Mungkin juga sunnah tu bolih ditukar menjadi lebeh baik seperti kenderaan unta diganti kenderaan kereta.

      Delete
    7. Bercakap pasal sunnah ni saya cukup heran kenapa ramai orang masih bersiwak.

      Kalau kita tanya kenapa nabi bersiwak? Kerana nak menjaga kesihatan gigi dan mulut agar tidak rosak dan mulut tak busuk.

      Nabi pakai siwak kerana tu cara terbaik waktu tu. Belum ada berus gigi, obat gigi, dental floss dan lain2 ilmu dan teknologi mengenai kesihatan mulut dan gigi. Kalau nabi hidup sekarang, sudah tentu dia menggunakan berus gigi dan obat gigi dan bukan siwak kerana itu lebeh baik untuk menjaga kesihatan gigi dan mulut.

      Yg sunnah bukan siwak tapi menjaga kesihatan mulut dan gigi.

      Delete
    8. Perempuan melayu skarang pakai tudung pakai jubah tapi perangai mengalahkn set an. Buat malu kaum lain je

      Delete
    9. Ya setuju. Even yg beragama islam di Arab Bela anjing, minum arak. Tu belum ambil
      kira bwrbunuhan sesama sendiri. Islam pebendanya.. Tu yg najib baik sangat dgn " pak arab" sampai dapat" derma"

      Delete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. panglimo potaseh4 July 2018 at 16:09

    Pak Zam.

    Saya sekolah di KGV Seremban pada 1970an. Masa itu pakaian murid Melayu, China dan India/Benggali sama saja.

    Yang perempuan kesemua berskirt.. ada harinye berbaju kurung.. ada satu dua bertudung.

    Tidak ada berita guru cabul murid atau murid mati bergasak.. seperti kerap kita dengar disekolah aliran ugama sekarang ini.

    Masa tu di kantin sekolah semua kaum ada meniaga.. saya dan kawan2 tak ada pantang.. tak ada hal makan mee kari Cina.

    Tanpa apa2 slogan..kita dapat rasa kita SATU. Malah murid Cina/Melayu/india bercinta/berdating perkara biasa.

    Hasilnye pada 1980an.. kita lihat contoh dalam bidang hiburan.. berapa ramai artis bukan melayu berada dipasaran dan ada yang sangat popular. Malah kita banga dgn pasukan bola negara yg dua kali layak olimpik dgn pemain berbagai kaum.

    Pada saya cara kita berugama dah sampai ketahap kritikal sekarang ini. Ustat memberi fakta secara syok sendiri.. jerit-jerit.. main-main hukom je.. yang sunat di wajibkan.. semua perlu di Arabkan.

    Arab suka rumput hijau sebab mereka tak ada rumput.. melayu anggap rumput sebagai semak.. kan lain padang lain belalang.. tapi akal kita telah dibontotkan.

    Contohnye semalam.. saya sebelum solat di masjid.. saya biasa dgr ceramah agama diradio 98.3. Mcm biasa Ustat yang bagi ceramah semacam ngalau binatang ternakan masuk reban.

    Dalam ceramah.. Ustat tu mengertak betapa Umat Islam kena ngapal surah Baqarah yang punya lebih 200 ayat.. dan dua surah lagi saya tak ingat. Kalau tak hapal akan terus dihumban kedalam neraka jahanam bersama orang Kapir?. Agakan saya betul.. rupa nye Si Ustat ni tokeh ajar ngaji.. dia menjaja katakutan untuk jual produknye.. sebijik UGAMA.

    Saya harap hal-hal seperti ini perlu di lihat dgn rapi oleh Menteri Penerangan kita.. ingat kita punye kerajaan baru sekarang. Kerajaan lama memang berselindung disebalik bungkusan ugama.

    Saya amat setuju JAKIM di nilai semula atau di hapuskan terus sebelum nasi goreng kampong menjadi nasi Arab.





    ReplyDelete
    Replies

    1. Saya setuju sangat dengan pendapat saudara Panglimo.
      Saya pun dari era yang sama.
      Cuma saya belajar di SMUJ, Jelebu.
      Keadaan dan suasananya sama macam di KGV jugak.
      Ada berbilang kaum dan kepercayaan.
      Semuanya okay takda masalah besar.
      Harmonis dan bersatu.
      Sehingga ke hari ini kawan-kawan dan sahabat berbilang kaum.
      How I miss those happy days.

      Delete
    2. Tuan Panglimo,

      Kami kek SDAR tak ado pompuan. Cikgu pompuan ado la. Tak ingek den ado cikgu pakai tudung kepalo pun. Dolu la tu. Cikgu pun berbagai bangso..Melayu, Cino, India, Serani, Orang Asli, orang puteh pun ado.

      Poei kelas pun pakai seluar pendek laei kalu belum pass LCE. Masuk kelas ugamo pun pakai seluar pendek. Ustad2 pun steady jarang nampak pakai songkok ko ketayap ko. Ustazah tak ado. Time tu ustazah tak laku. Sokarang ni jo ustazah ramai dari ustad. Yang melalut laei ramai dari yang mengajar ikut sukatan.

      Pelajar Cina, India ado gak tapi tak ramai la. Sampai sekarang kami berkawan. Bilo jumpo balik, berpeluk2 laei..tu tando sahabat bukan nak ikut macam arab.

      Sentosa belakang Rex tu tompek pot kami tu. Sodap nasi eh..tak pornah tanyo tokeh tu halal ko tak. Bedal jo. Kawan Cino ado comfirm tak ado hal.

      Yang den ingek laei kito dolu sanggup menapak berbatu2 poei dongar ceramah berapi brader tu kek Masjid Negeri. Dia ketuo Abim lo kato kan. Lopeh brader tu jadi menteri pelajaran agak eh tunggang langgang hari ni sumo start. Power brader kito ni. Tapi den agak dio tak cukup power nak ganti Tun la.

      Hal ugama ni, terlobih taksub pun tak bagus jugak. Sebonar eh tak buleh ado paksaan kono buek macam ni dan macam tu dalam berugama ni.

      Den setuju manis betul pakai tradisi pompuan Melayu macam yang 4 menteri tu. Agak eh pompuan Melayu hari ni tak ramai nak pakai kebaya macam 4 menteri tu takut kono lecture dek ustazah moden. Lamo2 hilang jo identiti asal pompuan Melayu ni. Mintak jangan la.

      Delete
  5. Mungkin jugak ramai lelaki yang bertweet sebab serabut tengok isteri atau adik beradik perempuan pakai baju kelambu yang ada bling- bling!

    ReplyDelete
  6. Harap org cina dapat berpakaian Melayu dan berbahasa walaupun tidak menjadi menteri di negara Melayu
    Harap org Cina dapat menghormati Hak Melayu seperti melayu menghormati hak kaum lain
    Ramai melayu yg tidak berbangga menjadi melayu dan berbudaya melayu
    Wanita melayu sekarang lebih Arab dari Arab kerana itu banyak hak melayu yg hanyut
    Tampa disedari,,
    Emmmm....????

    ReplyDelete
  7. Dan UMNO parti keramat melayu pun di dalam bahasa inggeris.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alip tending mim, nun tending wau. Sarkis daa...

      Delete
  8. panglimo potaseh4 July 2018 at 23:03

    Pak Zam.

    Apa dia hak melayu.. apa dia Ketuanan melayu.. tapi ekonomi melayu masih di bawah kaum Cina dan India.

    Sekarang ni tanpa sebarang hak.. tanpa sokongan Raja, Menteri dan Agensi.. Pak Bangla dan Myanmar dah pun menawan Jalan Silang, Kota Raya, Petaling Street..

    Nasib baik BN kecundang itu ari. Kalau tidak Zahid dah bertepuk tangan nyambut 1.6 juta wira-wira Bangla.

    Jomm kita pelihara hak orang melayu. Bukan buat apa pun pelihara je.

    ReplyDelete
  9. Gambar di atas tu dah ok; tapi lagi ngam kalu masing masing ada handbag Bijan dan Birkin...kan makaysia negara berpendapatan tinggi?

    ReplyDelete
  10. Mana pergi kebaya pendek ala tahun2 60an? Zaman tu nampak Melayu lebih berani. Tapi sekarang ni Melayu sebenarnya Islam pada rupa dan ritual saja. Bukan pada hati. Melayu majoriti tapi masih takut hilang pengaruh. Takutkan minority. Melayu ni dah lama ditakut2kan. Tak ada confidence. Kosong diri melayu tu. Cakap saja kuat. Bergaduh bawak geng. Nak pukul cari mangsa lemah spt Bangla kurus. Sedih.

    ReplyDelete
  11. Artis pun dah banyak berjubah bertudung litup. Siapa yang tak mau Syurga? Harap jadikan jubah sebagai pakaian kebangsaan supaya menonjol kan identiti Melayu terbaru dan terkini. Kebaya, kebarung, kain sarung dah tak sesuai dengan keislaman Melayu. Islam itu merangkumi semua yang dibawa oleh Muhammad saw. Termasuklah cara tidur, cara makan, cara cakap kecuali membaca dan menulis. Sebab nabi junjungan kita Ummi, yakni tidak tahu membaca dan menulis. Membaca dan menulis bukanlah sunnah nabi. Kalaulah nabi Muhammad saw pandai membaca dan menulis, tentu ianya menjadi suatu sunnah yang akan dapat melahirkan bangsa melayu yang terkehadapan.
    Maafkan saya Tan Sri.
    Selamat.

    ReplyDelete
  12. Anonymous 5/7/18 11;32 menyebut membabi buta. ustad kata bukan babi ttpi khinzir..jadi yg betul mengkhinzir buta bunyi lebih keAraban. Bagi saya itu pencemaran Bahasa Melayu. Kita patut kekal yg asal. apa salahnya dikatakan gila babi atau membabi buta. Bukankah babi itu makhluk Allah..kita hanya dilarang memakannya sahaja bukan menghina atau berlaku kejam terhadapnya.

    ReplyDelete