Monday, 9 July 2018

ANAK-ANAK SEKOLAH TAHFIZ DIEXPLOITASI JADI PEMINTA SEDEKAH CEMARKAN MARUAH ISLAM

Langkah segera mestilah diambil bagi mencegah murid-murid sekolah tahfiz di exploitasi menjadi peminta sedekah oleh pihak berkuasa sekolah untuk menjalankan kutipan derma bagi pembiayaan pengurusan dan kemajuan  sekolah mereka.

Disebalik kenyataan Menteri Agama Dr. Mujahid Yusuf Rawa kunonnya sekolah-sekolah ini telah di kawal selia, kita boleh melihat anak-anak tahfiz   berada di hadapan pintu- pintu bank,di pasar-pasar, di kedai-kedai mamak dan ditempat-tempat umum dengan membawa risalah-risalah mengenai sekolah mereka yang memerlukan bantuan atau untuk pembinaan sekolah baru tahfiz.

Kenapa tidak  meminta sahaja  dari pejabat zakat?

Tidakah ini mencemarkan imej Islam sebagai agama rasmi negara?

Kenaapa ini tidak berlaku di kalangan masyarakat Cina di negara ini?

Kenyataan beberapa orang yang mempertahankan sekolah tahfiz,kunonya  telah diberikan nilai baru,tidak seperti dahulu lagi  dan ramai  lepasan  tahfiz yang boleh masuk ke pelbagai bidang  adalah kenyataan yang tidak mengetahui situasi sebenar,kenyataan yang membohongi diri sendiri,bersifat umum dan serkap jarang.Sebuah dua sekolah berubah dan berjaya  bukan menjadi suatu aliran umum untuk dibanggakan atau berupaya  menutup kelemahan. Ia hanya merupakan setitik nila dalam susu sebelanga.

Sebagai wartawan saya boleh mendakwa saya tahu hal sebenar dan bukan pegawai-pegawai Yadim yang tidak berada di lapangan tetapi diawangan kerana tidak menjalankan tangungjawab sepenuhnya.

Realitinya selepas berlaku berbagai trajidi sekolah tahfiz,tidak ada langkah kongkrit yang telah diambil bagi memantapkan  sekolah-sekolah tahfiz dengan penilaian displin ilmu  dan keselamatan sebagai sekolah berasaskan nilai sekolah yg ditetapkan oleh kerajaan sebaliknya masih berperaturan pondok.
Uniform mereka sudah cukup membayangkan permulaan penutupan minda yang tidak selari dengan imej aliran perdana,tiada keterbukaan ,displin dan kurikulum yang disesuaikan  dengan sistem pelajaran kebangsaan negara dalam artikata sebenar.

Semua sekolah ini masih belum dibawah kawal selia seperti yang didakwa oleh Menteri Agama Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.Lapuran siasatan yang dijalankan oleh beberapa pihak selepas berlaku kebakaran yang membunuh lebih 20 murid sekolah tahfiz tidak pernah dikeluarkan untuk pengetahuan orang ramai.

Kita tidak boleh membuat kenyataan sekadarkan untuk  melepaskan batuk ditangga.Orang ramai menunggu lapuran rasmi dari Kemenertaian Pelajaran.

Saya tidak faham   mangapakah mesti ada sekolah untuk orang Melayu dan Islam  yang diluar aliran perdana yang pastinya menambah kecelaruan kepada sitem pelajran kebangsaan dan mengancam perpaduan masa depan orang Islam sendiri. Jika orang bukan Melayu memikirkan dengan berada di luar sistem ini akan mendatangkan faedah kepada mereka maka biarlah mereka  menempah masa depan yang berada di luar aliran utama negara.

Kenapakah  tahfiz ini tidak dimasukan sebagai satu kurikulum  di Sekolah Kebangsaan yang akan memudahkan untuk dikawal selia dan memberikan kualiti dan nilai kepada pelajar-pelajarnya.

Reaksi  dari seorang pengikut   blog saya sewajarnya diberikan perhatian berat walaupun ringkas oleh Menteri Pelajaran baru dan juga Menteri Agama  baru jika kita benar-benar kita hendak membina Malaysia Baru dengan mempunyai Islam yang berkualiti dalam masyarakt berbilang kaum dan antarabangsa.

Inilah pandangannnya:

Saya juga setuju dengan pandangan Tan Sri. Kerajaan patut ambilalih pendidikan TAHFIZA dengan 
memasukkannya sebagai salah satu kurikulum. Setakat ini cuma ada 3 kurikulum selepas PT3 iaitu SAINS TULIN,
 AKAUN dan SASTERA. Patut tambah satu lagi iaitu AGAMA bagi mereka yang cenderong untuk menjadi
 TAHFIZA atau mendalami hal-hal berkaitan ISLAM. Dengan cara ini tidak perlu ditubuhkan pusat-pusat TAHFIZ
 sendirian untuk mengkayakan ustaz- ustaz secara mudah. Dengan cara ini, anak-anak yang minat dalam bidang 
TAHFIZ tidak perlu jadi peminta sedekah, memalukan ISLAM

NOTA: MOHON MAAF  JIKA MENEMUI KESILPAN EJAAN KERANA BELUM DIBETULKAN-ZAM

29 comments:

  1. Nilai fi sabilillah mereka jga ada masalah. Bagi saya kalau perlu pungutan derma utk buka tahfiz x pyhla.

    Ini kerana sumber kewangan tidak tetap. Bila x cukup utk perbelanjaaan mula lah compromize keselamatan, kesihatan dan sebagainya.

    Ini bkn fi sabilillah. Ini amalan tidak bertanggungjwb. Akibatnya nama islam yg busuk. Tragedi demi tragedi terjadi.

    Saya consistently menerima email utk derma di tahfiz. Kenapa sampai begitu desperate ?

    Kalau kewangan tidak kukuh tidak perlu pn buka.

    Kalau.masih mahu buka maka selaraskan dgn kurikulum negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang terpaksa buka sekolah tahfiz kerana tenaga guru lulusan agama tak ada kerja lain.Kalau kita teliti Al Quran,kita dapati banyak ayat tentang nabi nabi yang memperkatakan yang mereka tidak meminta gaji dari kaumnya kerana gaji mereka datang dari Allah.Dizaman ini berbeza sedikit dimana banyak orang yang bergantung kepada agama untuk cari makan.

      Delete
    2. Sebab itulah perlunya ada kerajaan (yang buat kerja). Kawal selia. Pantau pematuhan pada kurikulum nasional dan undang-undang. Tak patuh, tutup.

      Sebab itulah perlunya zakat (dan institusi yang menguruskannya). Satukan dana-dana orang yang pemurah supaya disalurkan secara sistematik dan berterusan. Agar peruntukan sentiasa ada, bukan tiba-tiba memuncak di bulan puasa dan 11 bulan kering kontang lalu dihantarlah budak-budak menjadi tollgate di depan mesin ATM.

      Aku teringat Mamat ada buat filem Zombi Kilang Biskut. Berapa banyak antara kita yang dah termakan biskut dan menjadi zombi? Jangan sampai tahfiz jadi kilang pengeluaran zombi. Zombi-zombi penghisap darah penghabih boreh.

      Delete
  2. Mengapa Zam pergi serang Asyraf Wajdi tak tegur isu anak Najib? Saya tak rasa perlu serang peribadi orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ASYRAF bukan rakyat biasa tetapi Ketua Pemuda UMNO yang bertaggungjawab untuk membetulkan akhlak pemuda-pemuda terutama anak pembesar-pembesar yang menjadi contohburuk kapada rakyat.Beliau mesti mempunyai keberanian yang laur biasa demi untuk membersihkan imej pemuda yang telah korup moral dan akhlak.Dia tahu Allah tidak suruhnya membisu dalam hal seumpama ini sekurang-kurangnya dengan lidah.

      Delete
    2. MACAM INI PUNYA KETUA PEMUDA TIDAK AKAN MEMBAWA PERUBAHAN IMEJ KEPADA UMNO

      Delete
    3. "PERGI MAMPUSLAH UMNO!"

      Dapatkan di toko-toko buku berhampiran anda.

      Delete
  3. ts zam,
    isu ni macam dah lama, atau ada pihak yg dah ketandusan isu, makanya dikorek2 tang mana yg boleh naikkan nama org2 tertentu. Hanya di Malaysia saje kah yg ada org Islam? Mentaliti (terutamanya org Melayu) yg menyebabkan org Islam masih jauh dibelakang walaupun dah 60 tahun kerajaan dahulu mentadbir...sigh

    ReplyDelete
  4. Yg pi sekolah tahfiz orang macam mana? Yg pi international school anak2 sapa? Ada buat kajian kaaa jurang antara aliran? Kalu student pon kena kerah kutip derma, tak ka parah namanya tu?

    Tabik pada zam kerana bagi ruang kedua dua pihak berhujah. Bukan macam utusan. Patut la blog ts zam ada pengaruh

    ReplyDelete
  5. Zam2 sebelum cakap sekolah tahfiz tengok dulu sekolah gereja itu adakah mereka tak terima derma

    http://www.bishopgilpin.org/BG-School-Fund/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dol...berapa ramai anak murid sekolah gereja mati terbakar? Apa tahap keselamatan di sana? Pencapaian pasca sekolah? Dah buat research ke, budak2 kristian lagi teruk dari sini ke? Nak bahas tapi otak cetek. Paham la dulu apa isunya.

      Delete
    2. Ayat pertama posting Tan Sri Zam ialah "langkah segera mestilah diambil bagi mencegah murid-murid sekolah tahfiz DI EXPLOITASI MENJADI PEMINTA SEDEKAH...".

      Ini isunya. MINTAK SEDEKAH!!@@ Bukan isu sekolah minta derma. Benda simple pun tak faham.

      Delete
  6. Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barang siapa yang membuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi.

    Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian) ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh?"

    Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

    ynag membusukkan nama Islam bnayak dari ornag biasa dan
    ada pegawai tinggi kerajaang pm menteri mp adun dll
    kononnya puak ni ngaji tinggi pandai
    apa kerja depa
    rasuah tipu dzolim sorok salah guna kuasa
    bila ada kuasa lagak macam maharaja dunia
    bila hilang kuasa baru nampak perangai depa ni
    memang macam aram bejadah pung

    ada satu puak lagi ngan pakaian yang macam kapir tak segan silu langsung tayang bentuk tubuh kat orang ramai di tv n pentas n tempat awam
    Allah n Rosul tak ajar macam ni
    buat malu saja melayu jenih ni

    kalau setakat keluar sekolah kerajaang tak dak asas ugama Islam ynag kuat tak jadi ornag lagi seperti ynag Allah suruh

    mata jangan pejam sibelah buka luas luas pikiran jangan nampak satu bucu saja
    baru nampak segala macam kacau bilau lani berpunca dari
    pihak mana?????

    yang mana tak betoi betoikan

    ada ynag nak ngaji dunia saja
    ada yang nak ngaji bab ugama saja
    tak salah pung ynag salah tak mau tuntut ilmu
    ada ynag nak ngaji dunia n agama
    silakan ......
    kakalau tak mau sodaqah nduk diam diam

    malu konon
    diri sendiri tak rasa malu pulak
    dah tua merega ada yang baca Quran pun tak reti
    tu baru bab baca belum lagi bab pemahaman ayat ayat quran

    ramai yang tak peduli ajaran Islam cuma bila ada kematian
    nak nikah tu jam baru cari ugama

    pencapaian dunia pun tak tera mana
    60 tahun penuh ngan segala macam muisbah
    dalam tm ni

    ReplyDelete
  7. panglimo potaseh9 July 2018 at 18:37

    Pak Zam.

    Sengkek nye islam .. eeh! bukan ..bukang.. buke yg sengkek tu pengikutnye.

    Jadi yg jadi pengikut Islam hari ini hanya dari kalangan atau kaum yang sengkek ke. Jadi aku pun sengkek lah.. mungkin.

    Kaum apa yang nganut Islam cara dominan hari ini.. Arab, Aryan, Turki, Tengah Asia, India/Bangla dan Melayu.

    Apa kah sumbangan kaum ini pada kemajuan dunia. Aman damai kah mereka atau bergasak sama sendiri atau mintak tolong kapir gasak sudara sendiri.

    Apa akhabar Raja islam.. dgr jadi kepala ugama ye.. menteri nye ok tak. Nak tanya bila las sekali Islam menang perang lawan kapir.

    Kita masih lagi berdebat pasal sekolah tahfiz. Ari tu aku masuk utan.. aku dapati orang asli lebih berminat pada Kristian drp Islam. Ngapa .. ngapa Ye.. sebab mubaligh Kristian sanggup tidur dalam utan.

    Ustat kita tak rugged lah masuk utan.. baik bukak kelas tahfiz atau bagi ceramah di masjid pada yg dah sedia ada Islam ..Yg Ada kat masjid Mmg dah byk tau ttg islam .. SONANG.

    Dan ..dan orang Kapir Amerika baru melangkau Pluto dan terserempak dgn sebijik lagi planet.. ini jelas bukti Quran itu benar ngatakan Yg kita ada 10 planet. Yang kita dok ngapal Quran.. bila tanya berapa planet ada dlm Tata-Suria.. jawapnye "tak tahu".. ontah lah.

    Jadi pada Menteri Ugama dan Menteri Pendidikan .. mereka ada byk homework nak kono buek. Jgn dok khayal bukan2 dgn jawatan.. dulu jadi pembangkang ..SONANG.

    ReplyDelete
  8. Saya harap isu ini diketengahkan Dan dibincagkan sehingga ke peringkat kabinet. Saya amat bersetuju dengan pandangan tuan zam berkaitan isu ini. Pandangan sempit kebanyakan ibu bapa yg menyebabkan percambahan pusat pusat tahfiz yang tidak bertauliah yang menyebabkan budak budak tahfiz ini disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Cthnya di tempat saya di setiawangsa Kl. Kerap kali saya melihat budak budak ini merayau di pusat mebeli belah AEON setiawangsa meminta sedekah daripada pengunjung.. Memang kasihan tapi saya cuba menahan hati daripada memberi wang kepada mereka dengan niat tidak mahu budak budak ini berterusan disalahgunakan oleh " ustaz ustaz atau ustazah ustazah" yang kononya ingin melatih pelajar pelajar mereka berniaga.

    ReplyDelete
  9. Nampaknya JAKIM tidak harus ditutup malah diluaskan lagi. Kerana kesian pada anak2 tahfiz di industri mana yang mereka boleh diserap. Jadi kalau JAKIM diperluaskan boleh menyerap memberi gaji kepada tahfiz2 ini. Takper lah pada pembayar cukai tutup mata sebelah kira sedekah kepada mereka.

    ReplyDelete
  10. Macam la kelab malam tak pernah terbakar. Takde pun kau mengilai suruh tutup kelab malam. Bab islam, mampuih pakat nak kacau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelab malam tu tempat pengajian ke tempat orang pergi berhibur atau release tension? Nak tambah baik kelab malam? Kalau terbakar kelab malam pun, pergi mampus lah. Yang masalahnya sekarang pusat pengajian terbakar. Anak-anak kita pergi mengaji. Tu yang merisaukan. Adakah pak ustaz nak anggap semuanya takdir? Adakah pak ustaz berlagak tuhan dalam menentukan syahid yang, syurga atau nerakanya seseorang itu akibat tidak pekanya tentang keselamatan? Adakah keselamatan tidak termasuk dalam Islam? Adakah langkah-langkah keselamatan diambil peduli? Atau hanya mengejar nak menjadi penyebar agama Islam tetapi alpa atau tidak peduli tentang keselamatan? Atau sudah merasakan bahawa pusat tahfiz dilindungi tuhan? Jadi tidak perlu berusaha menjaga atau menitik beratkan soal keselamatan?
      Bagi saya, tuhan tidak melindungi seseorang itu kalau orang itu tidak berusaha melindungi dirinya. Sekolah saya dahulu tidak membenarkan pelajar asrama guna ubat nyamuk tetapi seminggu sekali kawasan asrama akan difogging. Ubat nyamuk dilarang sama sekali untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Susah sangatkah? Apabila dikatakan jumud, marah. Apabila dikatakan menggunakan agama untuk mencari keuntungan dunia yang sedikit, marah.
      Sampai bila? Sampai bila orang-orang yang merasakan diri mereka dekat dengan agama dapat memahami hukum Tuhan? Adakah mereka mengharapkan keajaiban?

      Delete
    2. Anon 01:31, sdr bekas budak tahfiz ke? Hujah sdr sedikit dangkal.

      Kalau kelab malam terbakar tak de hal. Pengunjung nya dah lebih 18 thn & boleh buat pilihan sendiri. Sekolah tahfiz ni ada kanak2 semuda 9 thn. Mereka x tahu apa2 & perlu dilindungi dari apa jua bentuk exploitasi.

      Delete
    3. Ni lagi sorang bodoh piang. Kelab malam terbakar; itu pilihan orang dewasa nak mampos kat situ. Tarak sapa mintak sedekah buat kelab malan. Ni soal anak2 yg tiada pilihan kecuali mengikut arahan mak bapak pi sekolah yg tahap keselamatan diragui. Kalu nak bahas, biarlah berasaskan ilmu. Ni tak...menambahkan lagi tahap sinikal orang terhadap sekolah tahfiz.

      Delete
    4. Bukan nak kacau tapi taknak budak budak yang dihantar oleh ibu bapa disalahgunakan oleh pihak yang gunakan agama utk kepentingan sendiri. Apa cerita buka tahfiz tapi gunakan pelajar pi minta sedekah??

      Delete
    5. Kelab malam terbakar patutlah tempat maksiat katakan. Sekolah tahfiz banyak terbakar pasai apa? Cobaan dan takdir agak nyer.

      Delete
  11. Ko nie dah kena rasuk ke

    ReplyDelete
  12. Kalau nak pusat-pusat TAHFIZ ni ditutup, JANGAN BANTU DENGAN MEMBERI DERMA dan sedekah kepada anak-anak Tahfiz yanmg mintak sedekah di b ank-bank, pusat beli belah, pasar basah, pasar malam dll. Tanpa derma dan sdedekah orang ramai, INSHAALLAH, pusat-pusat ini akan hilang perlahan-lahan. Selagi ada sedekah dan derma orang ramai, selagi itulah pusat-pusat ini akan tumbuh macam cendawan lepas hujan kerana inilah cara mudah ustaz-usataz menjadi kaya raya dan hidup mewah berbini 3-4.

    ReplyDelete
  13. Institusi tahfiz sangat dekat di hati ramai orang Melayu. Memang nature orang Melayu sangat cinta kepada Islam dan Quran. Walaupun dia tidak mengamalkan ajaran agamanya dengan baik, jangan sekali-kali kata dia kafir. Dia akan mengamuk!

    Begitulah bila ada pendapat yang menyuruh tutup institusi tahfiz, response marah-marah memang mencurah. Macam nak mengamuk.

    Ibu bapa yang hantar anak ke pondok tahfiz sangat berharap anak mereka boleh membaca dan menghafal Quran. Minda orang Melayu sangat simple. Bila ada ceramah-ceramah yang menceritakan kelebihan orang hafal Quran, mereka mahu anak hafal Quran. Ibu bapa tak mampu hafal.

    Di mana anak mereka boleh belajar hafal Quran?

    Sekolah agama dan pusat tahfiz kerajaan sangat terhad. Jadi naturally ibu bapa akan cari pondok-pondok tahfiz persendirian yang ada. Minda Melayu juga sangat naif. Tidak siasat apa yang ada dan berlaku di pondok-pondok berkenaan. Dari segi guru, kurikulum, kemudahan dan bajetnya.

    Keadaan ini boleh diatasi dengan cara yang agak senang. Tempatkan seorang guru tahfiz yang ada sijil tahfiz (e.g. Darul Quran) di setiap sekolah menengah seluruh negara. Anak-anak kepada ibu bapa yang berhajat besar ini boleh belajar dengan guru ini. Bukan semua ibu bapa mahu. Bukan semua pelajar minat. Waktu belajar boleh disesuaikan dengan waktu pelajar tanpa meninggalkan pelajaran SPM mereka. Sabtu, Ahad, petang dan malam. Sediakan hadiah untuk pelajar yang boleh menghafal dengan baik. Buat hebahan yang meluas supaya sampai kepada semua orang Melayu.

    Dengan adanya kemudahan ini ibu bapa tidak lagi perlu mencari pondok-pondok tahfiz persendirian.

    Selepas tingkatan lima pelajar yang betul-betul minat dan ada kemampuan menghafal boleh mohon untuk belajar di Darul Quran dan cawangan-cawangannya. Belajar menghafal Quran boleh. Pelajaran SPM tidak tercicir!

    ReplyDelete
  14. Bagai memulangkan paku yang keras. Ramai orang duduk hentam Zam dalam malaysiakini mahu utusan malaysia sekalipun duduk cadangkan sekolah tahfiz ditutup. Bertaubatlah Zam.

    ReplyDelete
  15. Kadangkala, Bukan keadaan dan suasana yang perlu di ubah, tetapi rasa didalam hati yg perlu diperbaiki.

    Bila hati telah mati, perkara mulia dilihatnya hina, telah telupa gamaknya situa ini dengan kuburnya. Astagfirullah adalah sebaik baik pengingat diri.

    ReplyDelete
  16. Salam.. Tan Sri .. daya memahami sesuatu provikasi yang sengaja dilemparkan nampaknya daif di kalangan pembaca kita. Mereka tidak dapat membaca kilau dalam kilat dan mengukur daripada luar sahaja, lantas ada menghukum Tan Sri sebagai kurang iman. Bagi yang faham isu yang diangkat itu disengajakan bagi mencari solusi kepada masalah yang terkait dengan sekolah tahfiz. Tan Sri sudah sertakan elemen keburukan di sebalik sekolah itu, namun mereka sengaja tidak mahu memahaminya. Selagi sikap dan kecetekan daya memahami setiap isu atau tulisan ini wujud, maka kita lambat untuk maju dan mencapai status warga yang edukated. Saya suka kepada isu atau polemik yang dibawa Tan Sri kerana ia menyegarkan minda. Syabas.

    ReplyDelete
  17. Saya hormat pandangan TS Zam kepada perlu pendekata afirmatif diambil oleh kementerian dan pihak berkuasa berkenaan supaya sekolah bermasalah seperti sekolah tahfiz dikaji semula supaya tidak menjadi penyumbang masalah jangja panjang.

    Kita tidak perlu berselindung untuk menghalalkan segalanya atas nama islam selagi pendekatan untuk mengkajinya hendaklah juga bersifat islamik. Bagaimanapun terma islamik hendaklah berpaksi kepada toleransi untuk memelihara keamanan hidup dalam suasana berbilang bangsa, kaum dan ugama.

    Kalau kita kaji sekolah tahfiz, kajilah juga sekolah vernikular dan modul pengajian sekolah arus perdana.

    Ambik kira juga keperluan sekolah dieujudkan mungkin telah berubah aspirasinya dan kaedahnya. Impak atau outcome seperti mengasilkan high order thinking, peradaban dan semangat kebangsaan seterusnya menghasikan bakal tenaga kerja yg bersesuain dengan dinamika industri yg semakin cepat berubah menjadi faktor utama atau take central stage.

    Kita rata rata masih berada dalam selimut dan bermimpi sempadan negara menjadi sempadan peluang pekerjaan sedangkan hakikatnya tidak begitu. Begitu jugalah nasib sempadan ruang pendidikan perlu lebih universal dan bukan hanya mendokong aspirasi domestik.

    Sayang kalau isu isu sebenar kenapa keperluan menhadkan atau membuat reformasi sekolah tahfiz di buat atas dasar mencemarkan islam. Kita perlu lebih islamik dalam pendekatan tanpa perlu berselindung lagi.

    ..nowwhat..

    ReplyDelete