Exco Hal Ehwal Agam Islam dan Pendidikan, Aminohuda Hassan berkata, kerajaan negeri turut menasihatkan pusat tahfiz yang berada di negeri ini supaya berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij)

“Kita mahu pusat tahfiz yang berada di Johor supaya betul-betul mematuhi kelulusan dan mengikut piawai keselamatan yang ditetapkan.

“Bukan itu sahaja, soal pemakanan pelajar tahfiz juga perlu mengikut peraturan yang ditetapkan.

“Infrastuktur di dalam kelas juga amat penting yang mana sekurang-kurangnya kelas berkenaan perlu mempunyai kerusi dan meja untuk keselesaan pelajar ketika sesi pembelajaran selain mempunyai peralatan yang munasabah,” katanya kepada Sinar Harian. 

Selain itu, beliau berkata, kerajaan negeri turut memastikan tenaga pengajar di pusat tahfiz ini terdiri daripada masyarakat tempatan dan bukannya warga asing.

“Langkah ini adalah untuk mengelak sebarang pemahaman yang mengganggu gugat masyarakat Islam di sini yang telah berpegang dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.-Sinar Harian