Friday, 29 June 2018

PELABUR ASING TIDAK PERCAYA KEPADA PIMPINAN MASA DEPAN NEGARA INI

Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir berkata pelabur asing tidak menerima secara positif  usaha kerajaan untuk menambah baik keadaan ekonomi  dan kewangan yang menyebabkan pengaliran keluar modal sebaliknya mereka  lebih suka  menerima pembohongan dari kebenaran.

Sebenarnya pelabur asing tidak dapat memberitahu kebenaran yang mereka nampak yang Tun Dr.Mahathir tidak nampak. Mereka tidak mempercayai kepada kestabilan politik,pentadbiran,ekonomi dan keselamatan   negara selepas Tun tidak ada lagi.

Mereka tidak percaya kepada hierarki yang akan ditinggalkan oleh pemerintahannya yang pendek  dalam  keadaan yang belum mantap.

Jangka hayat Tun Mahathir yang telah memasuki 93 tahun  tidak dapat mereka pastikan  dan mereka juga tidak yakin kepada warisan kepimpinan yang diamanahkan kerana beliau sendiri tidak pasti.

Walaupun  Mahathir telah menyatakan bahawa beliau akan menyerahkannya selepas dua tahun kepada Anwar Ibrahim  tetapi beliau dapat menciumi perasaan rakyat. Maka itu dalam  kenyataan terakhirnya beliau menyatakan akan  berkhidmat selagi dikehendaki oleh rakyat.

Pelabur-pelabur asing tidak dapat mempastikan apakah perpaduan Pakatan Harapan akan kekal tanpa pimpinan  Mahathir yang telah membawa kemenangan kepada Pakatan Harapan bukan atas dasar kekuatan atau jumlah besar ahli tiap parti komponen PH tetapi atas sokongan rakyat yang melampaui batas parti yang bersatu dalam kebencian  kepada kerajaan kleptokrasi pimpinan Najib Rosmah.

Keyakinan kepada Anwar Ibrahim  sebagai bakal Perdana Menteri  terhakis dengan bagitu parah apabila beliau membuat kesilapan  sebaik sahaja dibebaskan dengan membanggakan "Dari Penjara ke Istana" sedangkan rakyat berada dalam kemarahan  kerana mengetahui ada usaha Istana untuk melewatkan Mahathir  mengangkat sumpah sebagai  Perdana Menteri.

Dengan tindakannya itu menyebabkan popularitinya di kalangan bukan Melayu  dan juga generasi Melayu baru merosot kecuali dikalangan penyokong-penyokong fanatiknya. Tindakan orangnya mengkritik perlantikan kabinet awal Mahathir juga telah memalit namanya.

Walaupun Azmin Ali telah dilihat sebagai berpotensi untuk megantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri  dengan  imej besar kecekapan dan kepintarannya   sebagai MB Selangor yang berjaya menghadapi berbagai cabaran politik,ekonomi dan pentadbiran  dan keluar dari Selangor tanpa tercalar seperti menteri-meneri besar terdahulu  tetapi beliau tidak berpengalaman dan tidak pernah teruji diperingkat pusat.

Pada pandangan pelabur-pelabar  asing kedudukan kerajaan PH belum mantap  dan belum keluar dari  Trust Deficit yang ditinggalkan oleh kerajaan  kleptokrasi Najib dan Tun Mahathir terpaksa bekerja keras untuk mengembalikan keyakinan rakyat  dalam masa yang amat terbatas baginya.

Ketidakyakinan pelabur asing terhadap kepimpinan masa depan negara ini selepas Mahathir adalah penyebab utama mereka keluar dari Malaysia walaupun mereka nampak ada usaha untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan berbagai langkah telah diambil bagi memperbaiki ekonomi dan keadaan kewangan negara ini.

Ini adalah pandangan saya yang terus terang dan ikhlas.

Rakyat Malaysia  hanya dapat berdoa agar Allah memberikan masa yang secukupnya  kepada Tun Mahathir untuk memulihkan negara ini.

TAHNIAH KEPADA TAN SRI ZETI

Alhamdulillah hasrat saya untk melihat anak Pak Ungku Aziz dan Allahyarhamah Kak Azah,Tan Sri Dr.Zeti Akhtar Aziz untuk  menjadi Pengerusi PNB telah tercapai.Pengumuman rasmi mengenainya telah pun dibuat hari ini.

Lihat komen saya atas nama Tan Melaka pada posting 29 Mei 2018:


KOMEN:
ZETI SEBAGAI PENGERUSI PNB
1-Bagaimana kalau saya mencadangkan Tan Sri Dr.Zeti Akhtar Aziz bekas Gabenor Bank Negara yang diiktiraf sebagai Gabenor Bank Negara yang terbaik di dunia dan juga  "Tokoh Ma'al Hijrah1432H" di lantik untuk menjadi Pengerusi PNB bagi meninggikan lagi imejnya sebagai Institusi Saham  yang paling berjaya membangunkan ekonomi rakyat Bumiputra- Tan Melaka

2-Zeti telah teruji integritinya.Dia terkorban di Bank Negara kerana mempertahankan prinsipnya  dan tidak mahu menjadi alat politik.Maka apakah lagi kualiti dan kriteria yang diperlukan untuk memimpin sebuah Institusi kewangan yang memegang amanah  besar rakyat khususnya Bumiputra kecuali kalau beliau sendiri mahu berihat -Suraya

Image result for PIC OF pnb cHAIRMAN tan Sri Abdul WahidImage result for pic zeti ex gabenor bank negara









Apabila membaca berita Permodalan Nasional Berhad (PNB) terlibat dengan  projek untuk membina rumah mampu milik  sebagai sebahagian dari tanggungjawab sosialnya saya tiba-tiba di buru oleh prasangka buruk  bahawa ini adalah  dalam rangka perancangan untuk menggunakan wang PNB bagi membayar hutang 1MDB.

Dalam kata-kata lain adalah untuk siphone wang PNB bagi membayar hutang 1MDB.

PNB telah pun memegang saham besar dalam beberapa syarikat yang terjamin termasuk syarikat perumahan yang ternama  maka kenapa ia harus terlibat pula dengan projek membina rumah mampu milik.

Berasaskan kepada apa yang berlaku kepada KWSP, Tabung Haji dan beberapa lagi Institusi Kewangan separuh kerajaan atau kerajaan yang terlibat dengan 1MDB maka saya melihat ini sebagai persediaan untuk membantu 1MDB bila diperlukan.

Jika PNB telah terlibat maka wang yang besar boleh disalurkan atas berbagai alasan untuk membayar  hutang 1MDB dengan cara siphoned the money  dari masa kemasa dengan berbagai alasan yang dilihat munasabah seperti menambah modal, membesarkan modal, menampung kerugian dan sebagainya.

Saya sedikit pun tidak mempunyai prasangka buruk kepada Pengerusi PNB Tan Sri Abdul Wahid  yang dihantar  oleh Najib ke PNB tetapi saya tidak boleh melenyapkan prasangka  bahawa Abdul Wahid akan terperangkap dalam permainan percaturan wang yang diluar kawalannya.

PNB tidak perlu  terlibat dengan perniagaan lain secara langsung kecuali menambah pegangan  saham yang kukuh dan terjamin dari masa kemasa. Pemegang-pemegang sahamnya pun tidak mengharapkan ia mencari keutungan melibatkan diri dalam pernigaaan lain yang mungkin akan menjejas atau mencemarkan namanya.

FGV syarikat saham  peneroka FELDA  cukup untuk menjadi contoh buruk kepada PNB. Peneroka-peneroka  bukanlah terdiri dari orang  yang tamak haloba untuk menjadi kaya-raya menerusi pasaran saham  kerana  mereka amat bersyukur dengan perubahan hidup mereka menerusi evolusi sosial.

Mereka dapat tinggal dalam rumah moden dan sempurna, anak-anak berjaya  dalam pelajaran dan ramai yang menjadi orang-orang profesional  tetapi Najib nak menjadikan mereka kaya  sepertinya  dan Rosmah serta Isa Samad tetapi akhirnya mereka terpaksa menanggung hutang baru setelah sekian lama membayar ansuran hutang ketika menjalankan penerokaan.

Pada fikiran saya eloklah Pengerusi PNB Tan Sri Abdul Wahid Omar memikirkan semula untuk membatalkan penglibatan PNB dengan projek perumahan mampu milik. Biarlah syarikat yang sudah dipertanggungjwabkan menjalankan tugas ini.

Perdana Menteri Tun Dr.Mahahir Mohamed  tentulah lebih tajam untuk memikirkan dan melihat dakwaan saya bahawa  tujuan melibatkan PNB secara langsung dalam perniagaan adalah untuk sapu  wang PNB bagi membayar hutang 1MDB.


Thursday, 28 June 2018

UMNO MESTI BERKABUNG ATAS DOSA BERSUBAHAT MEROMPAK WANG NEGARA

Himpunan UMNO khusus untuk pemilihan pucuk pimpinan barunya Sabtu ini sewajarnya berkabung dengan para perwakilan memakai lilitan putih disongkok hitam  untuk menunjukkan kepada rakyat keinsafan dan kesedaran atas  dosa bersubahat dengan President UMNO dan Perdana Menteri  Datuk Seri Najib dan isterinya melakukan rompakan wang negara  yang terbesar dalam sejarah.

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh mendedahkan wang tunai, barangan bernilai antara RM900 juta dan RM1.1 billion dirampas dalam serbuan  di enam premis dikaitkan dengan Datuk Seri Najib dalam siasatan terhadap penyalahgunaan wang 1MDB.

Pendedahan ini tidak memerlukan UMNO  melakukan  pembedahan siasat  mengenai punca keruntuhannya  dalam PRU 14 seperti yang dikehendaki oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Bekas pemimpin UMNO  Tun Dr.Mahathir telah berjaya melakukan pembedahan ini dengan bantuan dan sokongan rakyat.

Dr.Mahathir membuktikan ilmu perubatannya lebih kuat dari ilmu hitam seorang isteri yang menurut bekas President Persatuan  Psychiatric Dr. Abdul Kadir Abu Bakar dikuasai oleh narsissistic behaviour(Narsisisme.)

Langkah berkabung ini adalah sejajar  dengan anjuran Tengku Razaleigh supaya  UMNO meminta maaf kepada rakyat kerana telah  membuatkan rakyat  benci dan menolak UMNO

Pemimpin-pemimpin UMNO  seharusnya sedar sekiranya mereka mendengar nasihat bekas pemipin mereka Tun Dr.Mahatir supaya membuang Datuk Sri Najib dari pimpinan UMNO untuk menyelamatkan UMNO  dan mengikuti langkah berani dan jujur Tan Sri Muhyiddin yang sanggup meninggalkan jawatan Timbalan Perdana Menteri   dan Menteri Shafie Afdhal  maka UMNO tidak akan hilang kuasa yang telah dipegang sejak 60 tahun lalu.

Sebaliknya  pemimpin-pemimpin UMNO yang gila kuasa, rasuah dan tidak berprinsip bertindak balas  memaki  hamun Mahathir sebagai orang tua nyanyuk dan gila kuasa malah Timbalan Presiden  UMNO Zahid Hamidi menganggap Mahathir sebagai bukan Melayu sebaliknya keturunan India Kutty yang tidak layak untuk jadi pemimpin negara ini.

Seluruh pucuk pimpinan UMNO yang telah mendokong Najib hingga membawa UMNO  rebah ke lembah kehinaan  tidak boleh membasuh tangan kerana semua mereka adalah bersubahat termasuk Tengku Razaleigh yang berdolak dalik demi untuk mengekalkan kerusi parlimennya di Gua Musang dan kerana dendamnya pada Mahathir.

Lebih terdedah hipokrasinya ialah Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat yang menyatakan kesediaan untuk  berundur setelah UMNO hilang kuasa. Ini bukanlah suatu kenyataan  ikhlas tetapi  membuktikan dirinya sebagai seorang oportunis besar. Dia tidak akan berundur sekalipun tidak dilihat bersih sekian lama oleh rakyat sekiranya dia masih dapat  melihat UMNO dapat menyelamatkan masa depannya, sekiranya UMNO  kembali ke tampuk kuasa atau masih ada peluang baginya untuk menjadi menteri. Inilah kualiti pemimpin  UMNO yang menyokong Najib.

Selain  dari  UMNO, Utusan  Malaysia dan juga TV3  yang suatu masa lebih dikenali sebagai TV tiga suku wajib meminta maaf kepada  pembaca dan penontonnya kerana menjatuhkan profesionalisme kewartawanan negara ini ketaraf yang paling rakus dan hina, pengarang-pngarangnya sanggup  menjadi hamba abdi untuk meyakinkan rakyat kepada Najib dengan membuat berbagai-bagai pembohongan dan penghinaan terhadap Mahathir.

Tidak pernah dalam sejarah Utusan, dari sejak era Yusuf Ishak hingga kepada Ketua Pengarang Khalid Mohamed dan dari sejak Tunku Abdul Rahman hingga kepada Abdullah Badawi taraf Utusan Melayu menjadi akhbar  paling dibenci dan dipulaukan oleh pembaca tanpa arahan.

Walaupun kita tidak dapat menafikan penyelewengan kuasa dan  rasuah telah berlaku  dari sejak zaman Tunku  Abdul Rahman hingga ke Mahathir tetapi mereka tidak mencuri  wang negara  untuk pemborosan dan kemewahan hidup  yang melampaui batas kemanusiaan.

Yang tepat  mensifatkan apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib dan Isterinya ialah Ketua Umum  PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang  melihatnya sebagai  "kemewahan dan pemborosan yang mengaibkan dan memualkan"

Berkabunglah seluruh pemimpin UMNO atas dosa yang dilakukan terhadap parti, negara dan rakyat dengan membohongi rakyat, khususnya ahli-ahli UMNO.

Tuesday, 26 June 2018

CONSTRUCTIVE ENGAGEMENT IMEJ BARU HUBUNGAN KERAJAAN NEGERI PAS DAN PUSAT.



Abang Johari says the meeting was on Dr M's invitation for a belated Harvest Festival celebration.
MALAYSIAKINI.COM
Walaupun Menteri Besar Pas Kelantan Datuk Ahmad Yakob lewat mengadakan  kunjungan hormat kepada  Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir seolah-olah berat untuk menerima realiti kejayaannya menjadi PM bagi kali kedua tetapi Kerajaan Pas Terengganu di bawah pimpinan modenis Islam Dr.Ahmad Shamsuri Mokhtar  telah menunjukan sikap terpelajar  dan bertemandon dengan lebih dahulu mengujungi Tun Mahathir.

Langkah   MB Terengganu dilihat sebagai bijaksana dan berani untuk keluar dari konkongan ideologi keras dan imej tradisi hubungan permusuhan kerajaan PAS dengan Kerajaan Pusat sebaliknya mahu mengutamakan  pembanguan dan kesejahtaeran rakyat.

Dr.Ahmad dengan tegas menyatakan sebaik sahaja mengangkat sumpah sebagai MB bahawa kerajaan barunya akan berbeza dengan kerajaan Pas 1999  kerana telah belajar dari kesilapan lalu dan keadaan juga telah berbeza.

Perseteruan sekian lama  kerana ideology antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Pas sewajarnya ditamatkan sejajar dengan semangat Malaysia Baru yang lebih demokratik, lebih terbuka dan lebih adil di bawah kerajaan Pakatan Harapan.

Menteri Besar Kelantan juga berada dalam kesedaran ini bila beliau menyatakan bahawa hubungan itu harus mengutamakan  semangat federalisme.

Jika semangat  federalisme ini dipatuhi secara jujur oleh kedua pihak ia akan membawa kepada perkembangan hubungan membina )constructive engagement).Persetujuan Kerajaan PH pimpinan Mahathir untuk menyalurkan terus royalti petroleum kepada kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu menampakan perubahan sikap Mahathir sendiri.

Walaupun sebelum PRU 14 sudah ada  kerjasama antara UMNO dan PAS tetapi lebih didorongkan oleh  kepentingan politik yang tidak dihayati dan dirastui oleh pimpinan bawahan dan akar umbi kedua parti sebaliknya lebih menunjolkan keakraban Hadi Najib.

Hubungan Hadi Najib ini  yang didorongkan oleh kepentingan politik Najib    menyebabkan pandangan serong parti-parti komponen  BN terhadap UMNO yang merosakan asas keyakinan dengan parti-parti kompoen yang terbina sejak zaman Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.

Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir tetap sedar kerosakan imej Islam Pas yang dilakukan oleh pimpinan Ulama Pas dan tidak perlu bagi  Pas meneruskan pendekatan agama yang tidak praktikal di negara ini sebaliknya lebih merosakan imej Islam di kalangan bukan Islam.

Lebih banyak kerugian politik kepada  UMNO bila UMNO berkerjasama dengan Pas untuk menyelamatkan Najib bagi  menutop kelemahan pemeritanhannya yang tidak Islamic.

Langkah kerajaan Pas Terenganu dibawah pimpinan Dr.Ahmad   telah menampakan dari awal lagi untuk keluar dari imej Islam yang sempit sebaik sahaja beliau  mengambil alih kerajaan Terenganu selepas PRU 14..

Sikap  pragmatik dan visinya  jelas apabila  beliau bersama dengan Haji Hadi telah menemui Mahathir selepas PRU 14  atas penerimaan hakikat samaada beliau dibenci atau disukai oleh PAS ,Mahathir  adalah  PM  Malaysia yang luar biasa yang  tidak sahaja diiktiraf  oleh rakyat Malaysia tetapi mengkagumkan dunia.

Sekali gus  penemuan segera ini menampakan sikap  praktis  kerajaan Pas Terengganu yang baru  mahu keluar dari kongkongan ideology yang rhetoric dan beku  sebaliknya lebih mementingkan masa depan rakyat dalam kontek ke Islaman moden  dan semangat  federalisme.

Kerajaan PH di bawah Perdana Menteri lama tetapi era baru sewajarnya keluar dari imej tradisi hubungan perseteruan ideologi sebaliknya memasuki era baru dibawah Malaysia Baru dengan mengutamakan Consructive Engagement dari ideologi yang dalam bentuk politik atau agama telah  terbukti di mana-mana dari zaman berzaman lebih membawa malapetaka  kepada umat  manusia jika hanya berasaskan kepada idealisme dan wahyu dan  tidak diimbangi oleh pragmatisme.

Langkah kerajaan Sabah dan Serawak  yang lebih menunjukkan sikap  untuk  hubungan membina   dengan Kerajaan pusat seharusnya menjadi contoh kepada keajaan Pas Terenganu dan Kelantan.

Thursday, 14 June 2018

SALAM AIDILFITRI MOHON AMPUN MAAF : SAYA TETAP SEDAR DOSA SAYA YANG TERSEMBUNYI

Dengan setulus hati saya mengucapkan Selamat Aidilfitri kepada seluruh rakan-rakan yang tidak jemu-jemu mengikuti catatan saya di  blog ini yang adakalanya  mungkin keras, kasar dan  terus terang melampaui batas yang sepatutnya.Maka atas semua keterlanjuran ini   saya memohon ampun dan maaf.

Dan jika diampunkan sekalipun saya tetap mengenang segala dosa saya dan tidak  menganggap diri saya telah bersih. Allah dan saya sendirilah yang lebih mengetahui dosa saya yang tersembunyi  dan bukan hanya dari pandangan masyarakat umum.Saya  tetap akui  kesilapan yang telah saya  lakukan untuk keinsafan dan menjadi panduan kepada perjuangan dalam penulisan saya seterusnya.

Kita merayakan Aidilfitri kali  ini  dalam Malaysia Baru yang keluar dari fahaman perkauman yang sempit dan marilah kita berdoa agar negara kita terus berada di bawah pimpinan yang ikhas dan  bermoral, bersih dari skandal dan rasuah , tidak menipu rakyat ,tidak pepat di luar rencong didalam dan mempunyai keupayaan yang tinggi untuk meningkatkanBERITA


Sunday, 10 June 2018

BUKAN MAHATHIR TETAPI RAKYAT AKAN TENTUKAN KELAYAKAN ANWAR UNTUK JADI PERDANA MENTERI


  1. KOMEN:

    Balik balik nak jumpa al gore, erdogan. Tak nak jumpa gandalf dan harry porter kaa? Lord jedi?

    Come on anwar, your audience are no longer budak2 U kampong macam tahun 70an dulu. Your audience are mostly educated, urbane middle class melayu yang nak dengar substance yang logical untuk masa depan anak cucu. The chinese and borneons couldnt care less about you.

    Nobody cares bila kau nak masuk parlimen, sapa kau nak jumpa, puisi apa kau dah baca. Your intellectual capacity is being judged by the results of your ideas and actions...bukan decibel level of your noise
  1. TUN BERI JAMINAN AKAN TERUS BERKHIDMAT
  2. Tentunya rakyat Malaysia menyambut dengan perasaan lega dan gembira jaminan yang diberikan oleh Perdana Meneri Dr.Mahatir di Jepun hari ini bahawa beliau akan  terus berkhdmat selagi dikehendaki rakyat.Lihat berita Bernama di bawah sekali.(Dipetik dari Malaysiakini)
  3. RAKYAT AKAN TENTUKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Dr.Mahathir Mohammad  telah mengulangi jaminan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahimlah yang akan menggantikannya sebagai Perdana Menteri bila beliau bersara kelak tetapi belum pasti   beliau akan berhenti dalam masa dua tahun jika  masih ada kerja yang perlu diselesaikannya bagi mengembalikan negara ini kepada kemakmuran dan kestabilan terutamanya bagi kemantapan ekonomi.
  4. Jaminan ini melegakan majoriti  rakyat tetapi tentu tidak menyenangkan Anwar yang tidak terjamin akan jadi PM dalam masa dua tahun lagi .Ketidakpastian seperti inilah yang mendorongkan Anwar untuk membangkitkan gerakan dari dalam bagi menggulingkan Ghafar Baba dan menjatuhkan Mahathir sebagai Perdana Menteri  yang memecah belahkan UMNO.
  5. Apabila Mahathir menampakkan kelonggaran tentang tarikh  bersaranya, tentunya Anwar dan juga  penyokong-penyokongnya mengingatkan  pengalaman masa lalu tetapi apa yang harus diingatkan oleh Mahathir sendiri  pada kali ini  ialah beliau sendiri  tidak boleh mempastikan Anwar yang akan menggantikannya  sebaliknya bergantung kapada rakyat yang akan memberikan pertimbangan samaada Anwar masih layak atau relevan  untuk menjadi Perdana Menteri.
Penentuan ini  adalah bergantung kepada konsensus parti-parti Pakatan Rakyat terutamanya Parti Keadilan Rakyat, DAP,  Parti Amanah dan Bersatu sendiri. Lim Kit Siang tidak memikirkan kemungkinan akan berlaku lagi sengketa perebutan kuasa antara Mahathir  Anwar kerana menurut beliau  keduanya telah belajar dari pengalaman.

Katanya Mahathir bukan lagi Mahathir 22 tahun dahulu tetapi Mahathir yang bertukar dari  berpegang kepada kuasa penuh kepada seorang yang bergantung  kepada  persetujuan bersama-"He has transformed from hegemon to  cosensus builder"( Interviu Kit Siang dengan Malaysian Insight)

Harus diingatkan kemenangan Pakatan Harapan bukan kerana undi ahli parti  sahaja tetapi yang lebih besar datang dari perpaduan undi sentimen rakyat  anti Najib yang melampaui batas parti,kaum dan agama.

Mahathir  mungkin berubah tetapi adakah Anwar berubah dan belajar dari pengalaman.Kit Siang juga tidak menjelaskan apakah perubahan Anwar,

 Kepada umum Anwar tidak nampak berubah dan kerana itu beliau tidak terlihat sebagai relevan dengan citarasa  semasa terutama dalam membantah kritikan Kadir Jasin  terhadap Istana. Ini mungkin kerana beliau tidak dekat dengan perkembangan semasa dan tidak mendapat maklumat terkini dengan segera dan jauh dari pergaulan politik  sekian lama kerana berada dalam penjara.

Maka itu tidak hairanlah kalau ketagihan politiknya nampak jelas  seperti tidak sabar mahu berada di tengah gelanggang dan mahu mencampuri urusan pembentukan kerajaan dan sebagainya. 

Beliau mungkin tidak menyedari hal ini tetapi  dapat diciumi dan dilihat oleh  pemerhati-pemerhati  politik dan juga wartawan-wartawan  di dalam dan luar negara. (termasuk Kadar Jasin).  Akhbar Strait Times  Singapura umpamanya mendakwa perlantikan Azmin Ali sebagai Menteri Ekonomi  adalah untuk mencairkan pengaruh Anwar disamping mengawasinya  dari dalam.

Pandangan serong orang ramai terhadap Anwar  bermula bila  orang kuatnya , Rafizi dengan berani mempersoalkan  perlantikan Kabinet  Mahathir yang didakwanya  tanpa berunding dengan PKR yang dibuat dalam keadaan Mahathir baru sahaja hendak meyakinkan rakyat terhadap kerajaan barunya.  Ini  menimbulkan kemarahan rakyat dan  menyebabkan Tun Daim mengingatkan Anwar  bahawa  pembangkang berjaya menubuhkan kerajaan kerana sumbangan Dr.Mahathir  setelah gagal di masa lalu.

Rakyat merasa Anwar berada dibelakang teguran ini.


Semakin jelas menampakkan ketidak sabarannya bila baru-baru ini beliau mengumumkan untuk bertanding dalam pilihanraya kecil  Parlimen lebih awal dari yang dijangkakan oleh orang ramai.

Langkahnya mengadap raja-raja juga  mengejutkan  umum dan diluar jangkaan  para wartawan yang mengetahui situasi antara Istana dan Mahatir selepas PRU 14.

Beliau mengambil kesempatan untuk menyerang balas teguran wartawan Kadir Jasin dalam pekara ini dengan menggunakan alasan ketidaktertiban Kadir kerana  menegur perbelanjaan besar Istana Negara tetapi sebenarnya beliau tersinggunng kerana Kadir tidak dapat menerima alasannya menemui raja-raja untuk memberikan jaminan terhadap keselamatan dan keselesaan mereka yang dilihat oleh Kadir sebagai tidak perlu.

Dari pengalaman saya dan lain-lain wartawan, Anwar semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri  tidak mempunyai toleransi terhadap kritikan  media dan orang-orang media yang tidak sependapat dengannya. Beliau mempunyai team wartawannya sendiri yang terbentuk dari akhbar dan TV3.

Sikapnya dimasa lalu  adalah bertentangan sama sekali dengan berita utama muka 1 akhbar Sunday Star hari ini  yang memaparkan Anwar  memberi jaminan kepada media dan rakyat  tidak akan menyekat kebebasan mereka untuk  bersuara dan sanggup menerima perbezaan pendapat.Tajuk berita itu GO AHEAD AND CRITICIE

Katanya adalah penting untuk tidak kembali kepada masa lalu yang mengancam mereka yang memberikan pandangan yang berbeza.

Dalam hal ini adakah beliau mengingatkan dirinya sendiri atau menampakkan dirinya berada dalam denial syndrome kepada wartawan-wartawan yang rapat dengannya atau yang bekerja di zamannya. Tentunya Kadir Jasin ketawa besar membaca berita ini.


Di bawah ini saya perturunkan sebahagian sahaja dari komen-komen kepada posting saya terdahulu yang bertajuk :Wartawan bimbang terhadap toleransi bakal PM kepada suara bebas. Kebanyakannya tidak bersetuju untuk Anwar menjadi PM tetapi saya harap ini akan membuka fikiran saudara Anwar untuk sesuaikan diri dengan kehendak semasa.


BERITA

Saya akan berkhidmat selagi diperlukan rakyat - Mahathir

Diterbitkan   |  Dikemaskini 

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau bersedia untuk berkhidmat sebagai perdana menteri jika itu adalah kehendak rakyat atau selagi mereka memerlukan khidmat beliau.
“Tetapi sudah tentu, saya tidak tahu berapa lama saya sendiri akan bertahan,” katanya sambil menambah bahawa dalam tempoh dua tahun beliau akan berusia 95 tahun.
Berucap pada Persidangan Nikkei di Tokyo, Jepun pada Isnin, Dr Mahathir menegaskan bahawa beliau sudah menjadi perdana menteri tertua di dunia.
"Ia akan menjadi satu rekod jika saya mencapai usia 95 tahun dan masih menjadi perdana menteri," katanya secara bergurau.
Beliau menegaskan bahawa apa yang difikirkannya adalah berkhidmat kepada negara.
“Jika itulah apa yang rakyat mahu saya lakukan, saya akan mengikut kehendak mereka,” katanya
Dr Mahathir telah mengangkat sumpah sebagai perdana menteri untuk kali kedua bulan lepas selepas mengetuai gabungan Pakatan Harapan untuk mraih kemenangan yang menakjubkan dalam pilihan raya umum 9 Mei.
Beliau adalah perdana menteri dari tahun 1981 hingga 2003.
Dr Mahathir adalah dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Jepun.
- Bernama








  1. Balik balik nak jumpa al gore, erdogan. Tak nak jumpa gandalf dan harry porter kaa? Lord jedi?

    Come on anwar, your audience are no longer budak2 U kampong macam tahun 70an dulu. Your audience are mostly educated, urbane middle class melayu yang nak dengar substance yang logical untuk masa depan anak cucu. The chinese and borneons couldnt care less about you.

    Nobody cares bila kau nak masuk parlimen, sapa kau nak jumpa, puisi apa kau dah baca. Your intellectual capacity is being judged by the results of your ideas and actions...bukan decibel level of your noise.
    ReplyDelete
  2. Dsai nampaknya masih tidak berubah .Masih tipikal umno..saya tidak nampak keikhlasannya Untuk berubah. Masih memainkan isu isu lapok kononnya dia adalah pejuang agama, bangsa dan negara. Mohon Allah tidak makbulkan hasratnya untuk menjadi pm kerana apa yg saya nampak tidak tanduknya hanyalah untuk memperjuangkan nasib dirinya.. Malang sungguh tun m terpaksa mengotakan janjinya mengambil dsai yg saya tidak nampak ketokohannya sebagai pm.. Bimbang MO1 muncul kembali
    ReplyDelete
  3. Rakyat Malaysia hari ini perlu sedar akan kualiti kepimpinan apa yang ada pada individu yang bernama Anwar ini?Terutama sekali para bijak pandai yang berada di dalam parti PKR sendiri.Dalam pepatah Melayu ada peribahasa berbunyi 'batu api'.Inilah kepimpinan yang dibawanya.Pemimpin jenis ini akan sentiasa menimbulkan ketegangan,persengketaan,permusuhan,dan perpecahan.Kerana apa?Kerana,hanya dengan cara ini sahaja dia akan dilihat ada kerja atau tugas 'penting' yang 'wajib diperjuangkan kononnya.Orang jenis 'batu api' ini senantiasa ada banyak cara untuk mereka cipta masalah.Daripada perkara kecil,mahu pun perkara yang tidak ada,dia boleh perbesarkan.Ini semua dilakukannya demi untuk melindungi kekurangan dan kelemahannya dalam mentadbir.Malanglah bagi sebuah negara,sekiranya rakyat daripada peringkat bawahan sehinggalah kepada golongan istana gagal nampak akan kelemahan yang ada pada pemimpin jenis ini.Negara sentiasa adalah lebih penting daripada nafsu seseorang yang kita semua sudah tahu akan kebolehannya.Ini soal negara yang sangat penting bagi seluruh rakyat Malaysia,yang telah sama-sama bersatu hati dalam merubah pengurusan negara pada 9 Mei,2018 yang lalu.Sia-sia sahaja pengorbanan dan usaha rakyat,sekiranya seseorang yang tiada kualiti kepimpinan diangkat sebagai 'penyelamat' kononnya.Pembebasan beliau dikira sudah cukup baik,apatah lagi bila isteri diberi jawatan TPM.Ini sudah satu kejayaan sebenarnya.Jangan rosakkan perjuangan rakyat.Hentikan kepura-puraan ini.Sekiranya dibiarkan,maka ianya adalah satu tragedi kepada Malaysia.

    24 Ramadan,1439.
    ReplyDelete
  4. Anwar kata dia cuba nak tenangkan perasaan curiga dan ketegangan antara raja2 dengan kerajaan PH. Tapi bila semuanya selesai dia pulak yg kritik AKJ. Dengan itu dia sebenarnya memanjangkan lagi isu ini.

    Sebaliknya kenyataan TDM lebeh berhemah dan bijak. Dia kata dia tidak menolak raja2. Kalau raja2 melakukan kesalahan tindakan akan diambil bukan untuk menghukum tapi untuk menyelamatkan mereka. Cukup bijak kenyataan ini. Bukan nak hukum tapi nak selamatkan. Rakyat sokong dan raja tak leh pertikai.

    TDM juga ada membangkitkan isu raja2 yg menceburi perniagaan. Walaupun ini tak dilarang olih perlembagaan, tapi ia juga tidak menyenangkan rakyat. Macam mana nak menang kontrak lawan dengan raja. Rakyat yg rugi.

    Zaman raja2 ditaati membuta tuli sudah berlalu. Pru14 menunjukkan orang melayu sudah berani menghukum umno kerana sudah teruk dikhianati. Tidak mustahil orang melayu bertindak serupa terhadap raja2 kalau mereka dikhianati macam umno. Di zaman malaysia baru ini bukan saja rakyat perlu transformasi, tapi raja2 perlu mentransformasi diri mereka sendiri. Perkara2 yg mereka lakukan yg tidak disukai rakyat walaupun dibenarkan perlembagaan mestilah di hentikan. Ini menguntungkan diri mereka sendiri. Ini sebaiknya dilakukan mereka sendiri tanpa menunggu kerajaan atau rakyat yg memaks







    1. Tsz. Dulu saya sukakan Anwar Ibrahim. Tetapi sejak akhir2 ini saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Tindak tanduknya selepas keluar dari penjara nampak menjurus kebimbangan apa akan berlaku sekiranya beliau menggantikan Tun M sebagai Perdana Menteri. 
    2. Serangan terhadap A.Kadir Jasin kerana peruntukan Istana Negara yang besar jumlahnya dan pertemuan dengan Raja-Raja Melayu, dua (sebagai contoh) perkara sangat mencurigakan. Sepatutnya, buat sementara waktu ini Anwar sebaiknya "low profile" dan biarkan Kerajaan Ph menerajui Negara mengikut acuan Tun M@Team. Anwar tidaklah perlu campurtangan yang mana akibatnya nanti akan jadi "too many cooks spoil the broth". Ada baiknya sekiranya Anwar pergi ke luar Negara samada bercuti rehat setelah sekian lama dalam penjara atau memenuhi undangan berceramah di universiti2 antarabangsa atau bertemu dengan rakan2 karib termasuk Presiden Turki Tayyib Erdogan dan bekas Naib Presiden Amerika Ke-45 Al Gore. Dengan cara begitu, adalah lebih baik daripada mengganggu gugat sedikit sebanyak pentadbiran Tun M@Team yang kini (cukup sebulan) sudah nampak menuju ke arah kecemerlangan yang pastinya akan direstui oleh sebahagian besar Rakyat Malaysia kecuali puak2 yang tegar menyokong Umno dan Pas
    3. Anonymous9 June 2018 at 20:07
    1.  Saya jarang memberi komen di blog Zamkata tapi dalam permerhatian saya terhadap DSAI sejak dahulu hinggalah sekarang dia masih berada di dalam kepompong fahaman radikal yg tidak lagi relevan di zaman ICT nie. Kebebasan bersuara tidak tertakluk hanya kepada kita tetapi juga kepada pandangan org lain terhadap kita, sekeliling kita malah merangkumi semua. Sesiapa saja berhak mengkritik tapi fakta2 kena la betul. Tulisan yg dianggap propaganda pada saudara mungkin dianggap berasas pada org lain kerana apa yg Kadir Jasin nukilkan sebagai wartawan tidak sepatutnya dikeruhkan oleh DSAI tetapi dibalas fakta2 apa yg didakwa tidak patut. Zam hanya menekankan kemungkinan2 kebebasan tersekat hasil pemerhatian beliau terhadap DSAI yg jelas sedang berusaha habis-habisan agar pentas politik malaysia masih meletakkan beliau sebagai teraju utama walhal episode bersiri di mana beliau dianggap hero telah lama berlalu. Skrg adalah ibarat cerita yg sama tapi musim yg baru. Yg jelas Nurul Izzah makin beraura dikalangan generasi muda...juga pemimpin2 muda yg lain. TDM masih diperlukan dlm setiap musim kerana tanpa kelibat beliau politik malaysia akan menjadi hambar dan tidak berplot. Ikhlas cakap, sesiapa yg berada dikeliling TDM skrg mmg akan rugi besar tidak belajar drp seseorang yg cuma akan muncul mungkin sekali dalam seratus tahun berbanding dgn pengganti DSAI yg akan muncul berkali2 dgn kepetahan berpidato sebagai halwa telinga dan buaian minda.
  5. Saya setuju dgn pndgan RD tentang kelibat org ini.

    Rafizi kritik dan sindir Tun tentang lantikan menteri baru2 ini... dia ok pula... dgn alasan kebebasan bersuara.
    Selain itu Rafizi menidakan faktor Tun tumbang Umno....dia mcm ok juga.

    Tetapi bila Dato Kadir membuat statement dan bercakap benar tentang Raja2....dia melompat spt kera kena belacan.... marah....hingga dijadikan isu.

    Dato Kadir adalah kawan dlm team sama.....tetapi dia tidak senang....dia marah sebab dia mungkin tngah 'lobby' sesuatu.... maka kawan pun dia terjah.

    Perangai ini serupa mcm ketua2 Umno pula.....tidak boleh tegur atau bersuara...dan dia terang2 bersikap kontradik.

    Tentulah.....sebab ini sikap dia sebenar.
    Warba boleh bertukar2.... harap2 Tun...Muhyiddin....Daim Sabu dan semu dlm PH tetmasuk rakyat sedar awal2 siapa org ini yg mahu jadi PM ke8 kelak.I


Saturday, 9 June 2018

WARTAWAN BIMBANG TOLERANSI BAKAL PM KEPADA HAK SUARA BEBAS RAKYAT

AMARAN KEPADA MEREKA YANG NAK CABAR MAHATHIR
(Lihat dibawah sekali)

Seorang pejuang rakyat murhin sejak zaman siswa yang dibebaskan dari tahanan dengan pengampunan Diraja,tiba -tiba bagitu sensitif terhadap teguran seorang wartawan veteran Datuk Kadir Jasin tentang perbelanjaan besar Sri Paduka Baginda Yang Yang diPertuan Agung.

Walaupun teguran itu dianggap bukan jenayah oleh  kalangan peguam dan tidak  salah oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia(SUHAKAM) , tetapi Datuk Seri Anwar Ibrahim meanggapnya tidak wajar atau di luar tatatertib.

Kritikan Anwar Ibrahim ini  mendorongkan beberapa orang tertentu untuk membuat lapuran  polis yang akan menyiasat Kadir  di bawah Akta Hasutan dan ini dengan sekali gus menampakan Anwar berada di pihak yang mahu menekan kebebasan bersuara.

Penegerusi  SUHAKAM Tan Sri Razali Ismail bekata pihak berkuasa perlu mengelakan  penggunaan undang-undang sebagai cara untuk sekat perdebatan awam  dan hak untuk rakyat dapat maklumat.

Bagaimanapun pada hemah saya yang mendorongkan Anwar untuk mengecam Kadir adalah lebih  kerana Kadir mempertikai keperluan Anwar menemui raja-raja Melayu kerana mereka tidak perlu jaminan atau keselesaan kerana kedudukan mereka telah dijamin oleh Perlembagaan.

Rakyat yang masih ingat penghinaan seorang dua raja terhadap Dr.Mahathir semasa beliau menjadi rakyat biasa  tidak melihat teguran Kadir sebagai tidak wajar seperti yang dirasakan oleh Anwar  tetapi Anwar mungkin merasa perlu menemui raja-raja untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana telah memberikan pengampunan tanpa syarat kepadanya yang baginya dianggap sebagai bukti beliau telah terhukum tanpa dosa.

Rakyat juga melihat tidak ada  keperluan bagi beliau menemui Raja-Raja setelah Dr Mahathir mengalami peristiwa pahit untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Dalam  interviu dengan akhbar Sinar Harian pada 8 June 2018,Dr.Mahathir  telah menyatakan kesedarannya terhadap kemarahan rakyat atas perbuatan melewatkannya  mengangkat sumpah dan memberikan  persetujuan perlantikan Peguam Negara.

Menurut Mahathir dalam hal ini sebenarnya majoriti raja-raja tidak bersetuju dilewatkan dan ada  yang datang berjumpa dengan beliau untuk meredakan keadaan  termasuk dalam soal perlantikkan peguam negara.

Katanya pekara  macam itu tidak harus berlaku tetapi menurut Mahathir   ada raja-raja yang sedar yang berusaha supaya  semua  raja- raja dan Agong patuh kepada undang-undang( Berarti ada seorang dua yang tidak mahu patuh)

Harus diingatkan dalam masa menghadapi PRU14 pihak UMMO dan khususnya akhbar Utusan Malaysia telah  menimbulkan kebimbangan di kalangan orang Melayu terhadap kerjasama Mahathir dengan DAP yang didakwa mereka mengancam hak orang Melayu dan kedaulatan Raja-Raja Melayu .

Kritikan terhadap Kadir dilihat oleh mereka sebagai peluang keemasan untuk  menyemarakan kembali  sikap prajudis ini bagi menegakan benang basah mereka.Maka itu Utusan Malaysia menjadikan berita Sultan Selangor dukacita sebagai berita utama muka 9 Jun 2018.

Dalam kontroversi ini Anwar Ibrahim telah terlihat sebagai berada dipihak yang tidak mempunyai toleransi terhadap teguran sopan yang memihak pandangan rakyat dan  hak kebebasan bersuara dan meragukan rakyat terhadap janji Pakatan Harapan  untuk menghapuskan undang-undang dan provision Akta Hasutan dan Akta Multimedia yang menekan.

"Sesiapa yang terlibat dengan article berkenaan sewajarnya bertindak balas dengan cara yang civilised dan bukannya membuat lapuran polis kerana tidak ada jenayah dalam tulisan Kadir,"kata peguam Latheefa Koya.

Para wartawan,pengamal media sosial dan juga rakyat biasa mulai bimbang apakah Anwar akan mengulangi sikap tidak ada toleransinya terhadap wartawan-wartawan dan media dan bertindak terhadap mereka yang tidak sejalan, tidak menyokongnya dan mengkritikannya semasa beliau menjadi Timbalan Perdana.

Beliau adalah bakal Perdana Menteri Malaysia ke 8



MEREKA YANG NAK CABAR MAHATHIR MESTI FAHAM INI

Power is when even your political adversary ‎seeks your advice on how to turn around the fortunes of the political party you have just defeated.
Power is when senior judges at the Palace of Justice suddenly sound like judges at your re-emergence.
Hard as it may be to imagine, Prime Minister Dr Mahathir Mohamad 2.0 may actually be more powerful and influential than Prime Minister Dr Mahathir Mohamad 1.0.
At least, that is the perception. 
If Dr Mahathir of 1981-2003 derived his power from ruthlessness and single-mindedness of ambition, Dr Mahathir of 2018- has the all of the above, and more.
Today, he enjoys the solid backing of a cabinet and the Pakatan Harapan government who want what he wants. He does not need to cajole them. It is their reform agenda that he has embraced and they love it.
Today, ‎he has an army of grateful Malaysians who feel empowered and liberated by the fall of Najib Razak and Barisan Nasional.
Dr Mahathir enjoyed periods of popularity in his first tour as the PM but this is different. Now he has prayer warriors and keyboard warriors. Now, the people's agenda is his agenda, not the other way around.
That means he pretty much has a free hand to achieve the people's agenda.‎ This bond between Dr Mahathir and the masses also means that anyone who obstructs him is immediately ticked as an enemy; an enemy of the will of Malaysians expressed on May 9.
The Malay rulers who visited him during the standoff between Agong and Dr Mahathir over the appointment of Attorney-General Tommy Thomas understood this
They wanted to make it clear that many of the sultans did not support the Palace's decision to delay the appointment of the new A-G. 
To be sure, the sultans are not fans of Dr Mahathir.  
But they understand that this Dr Mahathir is even more formidable than the‎ one who took them on twice and humiliated them just as many times.
This Dr Mahathir does not need to whip Malaysians into a frenzy over the excesses of the country's elite the way he did in the 1980s and 1992. 
No need to manufacture any groundswell, because the tide of fury at the excesses of the rich, famous and connected was on full show on May 9.
That groundswell is on tap – and it can be tapped anytime by Dr Mahathir.‎ 
Dr Mahathir 1.0 was clinical and ruthless but often he was a one-man army trying to re-shape the country-Petikan dari Malaysian Insight






Thursday, 7 June 2018

JAWA JUMPA KUTTY UNTUK MINTA MAAF

Pemangku Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi bagitu pantas menemui Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir pagi ini di Yayasan Perdana Putrajaya  untuk meminta maaf kepadanya atas keletanjuran cemohannya terhadap Dr Mahathir sebelum PRU14.


Penghinaan yang paling teruk Zahid terhadap Mahathir ialah dengan membangkitkan Tun  sebagai keturunan India dengan menunjukan Kad Pengenalan Mahathir berasal dari keturunan Kutty.Katanya: Nama dia Mahathir anak lelaki Iskandar kutty .

 Mahathir membalas  dengan mendedahkan kekayaan Zahid yang berjumlah lebih dari RM 200 juta dan rancangannya untuk menjatuhkan Perdana Menteri  Datuk Seri Najb.

Tentunya pertemuan Zahid  dengan Tun Mahathir  hari ini tanpa meminta izin dari Datuk Seri Najib.Saya difahamkan Zahid telah meminta ampun dan maaf dari Tun dalam pertemuan itu

 Zahid mencatit dalam twitternya:

Syukur alhamdulillah, sempena dengan bulan Ramadan al-Mubarak saya telah bertemu dengan YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia. Semoga pertemuan ini memberi kebaikan kepada semua. @chedetofficial

LAPURAN MALAYSIAKINI:

Zahid ikut jejak presiden PAS, PBB jumpa Mahathir

Diterbitkan   |  Dikemaskini 
Pemangku presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menjadi pemimpin utama pembangkang yang ketiga mengunjungi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Syukur alhamdulillah, sempena dengan bulan Ramadan al-Mubarak saya telah bertemu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia.
"Semoga pertemuan ini memberi kebaikan kepada semua," katanya.
Sebelum ini Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang diiringi Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan bekas setiausaha agung PAS Mustafa Ali mengunjungi Dr Mahathir di pejabatnya.
Selain itu, hujung Mei lalu, Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg turut mengunjungi Dr Mahathir dan memaklumkan keputusannya untuk membawa PBB keluar BN.
Sementara itu, tahun lalu, Ahmad Zahid membidas Dr Mahathir dengan mempersoalkan asal-usul pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu.
Susulan itu, Dr Mahathir mengecam Ahmad Zahid dengan mendakwa beliau mempunyai kekayaan luar biasa dan merancang menjatuhkan perdana menteri ketika itu Datuk Seri Najib Razak.

Tuesday, 5 June 2018

CABARAN SAMSENG TUA KEDAH KEPADA KETUA PEMUDA UMNO YANG PENGECUT.

Walaupun sesetengah pihak menganggap Perdana Menteri Datuk Seri Dr.Mahathir  jujur dalam merestukan Ketua Pemuda UMNO  Khairy Jamaluddin sebagai yang terbaik  untuk bertanding merebut jawatan Presiden UMNO tetapi  Khairy menganggap Mahathir hendak menjadikannya sebagai bahan ketawa." I think Dr. Mahathir is making  fun of me " katanya

Bagi saya sendiri sekiranya Khairy benar-benar mahu menyelamatkan UMNO dengan langkah utama  memberikan wajah baru kepada UMNO maka beliau tentunya tidak mencalonkan dirinya setakat jawatan Naib Presiden tetapi terus pergi kepada Presiden.

Tetapi Khairy adalah Khairy. Beliau bukan seorang pejuang tulen yang berani walaupun bakat kepimpinannya dengan kualiti yang diperlukan terserlah tetapi sekian lama pergerakannya dilihat oleh rakyat bergantung kepada kekuatan bapa mertuanya, umpamanya terawal dari pertandingannya untuk merebut  Ketua Pemuda UMNO dan percubaannya untuk menukar semua orang lama dengan calon  baru dalam plihanraya 2008.

Jika beliau seorang pemimpin yang  berani megambil risiko maka beliau telah pun bersama dengan Tan Sri Muhyiddin dan Shafee Afdhal bertindak keluar dari UMNO kerana membantah penyelewengan 1MDB tetapi Khairy  sebaliknya menyatakan kekesalan kerana tidak berbuat demikian sesudah kekalahan teruk UMNO dalam PRU14. Ini  menampakkan kualitinya yang sebenar disebalik keterampilannya yang hebat, tarafnya sama sahaja dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang lebih mementingkan kedudukan dan kepentingan diri.

Berbagai reaksi yang menarik diberikan kepada komen di twitter saya  yang mengatakan restu  Tun Mahathir untuk Khairy  merupakan   sokongan moral yang jujur tetapi  Khairy tidak akan  berani mencabar Dr Ahmad  Zahid Hamidi yang mahu bertanding sebagai Presiden.

Ramai juga yang berpendapat  sokongan Mahathir  itu tidak ikhlas sebaliknya  bertujuan untuk melaga-lagakan pemimpin UMNO kerana  semua orang tahu Tun  sangat membenci KJ yang kalahkan anaknya  Mukhriz pada pemilihan Ketua Pemuda UMNO.

Bagaimanapun mereka tetap bersetuju Khairy sekiranya anak jantan tidaklah sekadarkan bertanding jawatan Naib Presiden tetapi hendaklah mencabar Zahid bagi jawatan Presiden.

Mereka meminta Zahid bagi peluang kepada Khairy "Jika tidak sampai  ketualah UMNO tidak akan ke mana. "KJ tak perlu takut pada Zahid. He is nothing now" kata Zulkifli

Mohd Tarmizi pula berpendapat "Demi  kepentingan UMNO, KJ must take action now. Saya percaya roh perjuangan parti UMNO akan kembali bila KJ dipilih jadi Presiden."

"Inilah satu-satunya cara pembersihan UMNO yang  sesuai masa kini" kata Pak Su Pencen

Eddy Zaid berkata "Tun melihat mereka  yang memegang jawatan atas masih lagi mengamalkan sikap seperti Najib. Lihat Zahid kecuali Hishamudin yang berhati-hati bila berkata. Khairy boleh untuk Timbalan Presiden jika Hishamuddin berani lawan Zahid"

Pada pandangan saya sendiri jika Khairy benar-benar ikhlas untuk membawa perubahan kepada imej UMNO  sebagai parti yang masih relevan dan sezaman  maka beliau mestilah berani menyekat  Zahid Hamidi dari menjadi Presiden .

Pemuda UMNOlah yang patut menunjukkan keberanian untk  mengambil  tanggungjawab memberikan nafas baru kepada UMNO  dengan  menyingkirkan pemimpin -pemimpin lama yang masih tidak dapat membaca situasi dan harapan baru setelah ditolak oleh rakyat. Tampilkan wajah-wajah baru yang boleh meyakinkan  generasi baru bahawa mereka  masih relevan dengan  UMNO.



Dalam suatu majlis berbuka puas bersamanya dua tahun lalu,kita telah bertanya dengan Tun Mahathir kenapa beliau memakai songkok senget kedepan , jawabnya itulah   cara samseng Kedah.
Gambar diatas Tun ketika melawat Pekan Rabu  dan membeli songkok baru di sebuah kedai baru baru ini.