Friday, 25 May 2018

PRASANGKA: MAHATHIR BUKAN PILIHAH RAJA -RAJA SEBAGAI PERDANA MENTERI.

PERANAN SULTAN PERAK

Image result for Pic Of Sultan Nazrin Perak

Hubungan antara beberapa orang  Raja dengan Tun Mahathir selepas kembali  menjadi Perdana Menteri adalah ibarat "mata berpandangan budi kedapatan". Ada Raja yang tidak lagi hormati beliau ketika berada di luar pentabiran negara malah Istana Johor meanggap Pindaan Perlembagaan yang dilakukannya bertujuan untuk  membolot kuasa negara.

Ketika Mahathir menentang habisan-habisan pemerintahan kleptokrasi Najib ,Majlis Raja-Raja tidak menunjukan sikap prihatin terhadap perjuangan ini yang didukong oleh berjuta rakyat malah seorang dua raja  menunjukan sikap besama Najib sebagai keturunan Bugis.


Kemurkaaan Sultan Selangor dalam hal ini menyebabkan Mahathir mengembalikan darjah kebesaran yang dikurniakan oleh Sultan Selangor yang tindakan itu disambut hangat oleh rakyat yang tidak lagi meanggap besar kurniaan darjah-darjah dari  Istana.Dalam pada itu Sultan Kelantan telah  menarik balik  kurniaan darjah kebesaran kepada Mahathir untuk  menghina Mahathir.

Bagaimanapun Allah Mahakaya,mereka akhirnya  terpaksa berperdana menteri Tun Mahathir.

Posting saya terkini yang merujuk balik peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam masa menghadapi pilihanraya  di atas tajuk " Raja tidak boleh terlihat memihak dalam sengketa politik rakyat"  telah mendapat reaksi positif dari rakyat  (silat lihat 23 Mei 2018)) 


Jika  Majlis Raja-Raja telah terlihat oleh  rakyat sebagai tidak menyokong perjuangan menentang Najib dan mempunyai prasanga buruk terhadap kelewatan melantik Mahathir sebagai Perdana Menteri, maka apakah salahnya jika  kekerohan hubungan rakyat dan raja diatas prasangka ini dijernihkan oleh MRR sendiri.

Ini boleh dilakukan dengan MRR menegaskan semula ikrak pendirian untuk mematuhi  Pindaan Perlembagaan sekali dan selama-lamanya  dan tidak lagi diantara mereka yang dengan mudah mengugut rakyat  dengan membuat laporan polis kerana  bersuara atas hak mereka membantah ketidakadilan raja  dam  penyelewengan dari perbatasan undang-undang.Ini kerap berlaku di Johor.

Saya mempunyai kepercayaan  penuh Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Sultan Nazrin Muizuddin Shah, Raja yang hormati oleh rakyat sebagai seorang intelektual  dan berperadaban di raja akan dapat menjalankan  peranan utama untuk memulihkan semula  imej Majlis Raja-Raja.

Dibawah ini adalah salah sebuah komen dari sekian banyak komen yang menolak campurtangan raja-raja dalam politik dan pentadbiran negara dan apa yang berlaku semasa Mahathir memimpin perjuangan rakyat untuk menjatuhkan Najib.



MO1 TEWAS KERANA  RAKYAT DAN STRATEGI BIJAK MAHATHIR

 Oleh MRS
Saya setuju dgn lontaran sdra Zam tetapi berpandangan "senang cakap dari perbuatan".

Selagi Raja-Raja  itu manusia selama itulah  akan ada campur tangan  mereka didalam politik negara oleh, cumanya besar atau kecil.

Adalah hakikat bahawa MRR(Majlis Raja-Raja)  telah tidak bertindak terhadap mantan MO1 setelah diberi taklimat hingga ke 2 kali oleh Shukri dan Abu Kasim dari PSRM justeru itu apa yg rakyat boleh harapkan dari MRR.

Syed Danial boleh menafikan tetapi mantan MO1 tewas bukan kerana tindakan oleh Raja2 tetapi oleh kehendak rakyat dan kepandaian, kegigihan dan strategi bijak yg dilaturkan oleh 'orang tua' 93 tahun.
'Org tua'ini juga telah dikecewakan oleh MRR.

Dan saya percaya 'org tua' 93 tahun ini juga bukanlah pilihan dan digemari oleh Raja2 .

Tetapi suara dan kehendak rakyat telah memihak kpd beliau ternasuk saya.'sdra Zam dan saya percaya ramai lagi pembahas diblog ini.

Pokoknya MRR telah tidak membantu apa2 hingga membolehkan Tun M dan PH menjadi Kerajaan,justeru itu lebih baik MRR hanya kekal dan berperanan seperti  yg termaktub didlm Perlembagaan.

Jika perlu campurtangan,hanyalah kearah kebenaran jika diperlukan.atau dlm perkara2 ugama.sealiran dgn peranan mereka sbg ketua ugama.

Saya percaya semua rakyat mahu dibela. jika pemimpin rakus melakukan kejahatan,bukan mahu Raja2 yg tidak dpt atau tidak mahu melakukan sesuatu.
Tetapi kerana sudah ada Raja-Raja maka kekalkan sahaja tetapi mereka jangan   memihak atau campur tangan dlm politik.

Terima kasih.
IMBAS KEMBALI

Mahathir pulangkan darjah Selangor dan Istana Kelantan tarik balik

 | February 8, 2018
Makluman penarikan balik Darjah Kerabat (DK) Al-Yunusi Kelantan dihantar ke rumah bekas perdana menteri itu di Seri Kembangan semalam.
PETALING JAYA: Sehari selepas menarik balik darjah kebesaran Naib Presiden Amanah Husam Musa dan Pengerusi Amanah Kelantan Wan Abd Rahim, Istana Kelantan mengambil tindakan sama terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sumber memberitahu FMT, makluman penarikan balik Darjah Kerabat (DK) Al-Yunusi Kelantan itu dihantar ke rumah bekas perdana menteri itu di Seri Kembangan semalam.
Surat penarikan balik darjah kebesaran berkenaan bertarikh 6 Februari dan sumber memberitahu Dr Mahathir dalam proses menyerahkan semula pingat terbabit.
Semakan FMT mendapati Dr Mahathir menerima pingat DK itu pada April 2002, dianugerahkan oleh Sultan Ismail Petra, bapa kepada Sultan Muhammad V.
Semalam, media melaporkan Sultan Muhammad V menarik balik darjah kebesaran Kelantan yang membawa gelaran “Datuk” yang dikurniakan kepada Husam dan Abd Rahim.
Mereka menerima surat daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Faudzi Che Mamat petang semalam, memaklumkan Sultan Muhammad V menarik balik tauliah pelantikan Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK).
Sementara itu, Tengku Laksamana Kelantan Tengku Abdul Halim Ibni Almarhum Sultan Ibrahim ketika dihubungi FMT memaklumkan tidak mengetahui sebab tindakan Istana Kelantan itu.
“Saya tidak boleh komen secara teperinci.
“Saya juga tidak tahu punca sebenar, saya mengetahui pekara ini melalui laporan akhbar,” katanya.
Pada Disember lalu, media melaporkan Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, menyerahkan semula anugerah kebesaran yang diterima daripada Sultan Selangor sebelum ini.
Pingat tersebut diserahkan selepas Dr Mahathir dikritik Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam wawancara yang diterbitkan The Star dan Utusan Malaysia selepas bekas perdana menteri itu merujuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai “keturunan lanun Bugis”.

Wednesday, 23 May 2018

RAJA-RAJA TIDAK BOLEH LAGI TERLIHAT MEMIHAK DALAM SENGKETA POLITIK RAKYAT

Bakal Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijemput mengadap
 oleh Sultan Johor setelah beliau diberi pengampunan
PINDAAN PERLEMBAGAAN PERLU  DIHORMATI TIDAK SAHAJA SEMASA MAHATHIR  BERKUASA 

IT TAKES A LITTLE BIT OF GUTS
KOMEN:
All it takes is a little bit of guts and taking actions instead of rhetorics and issuing statement (however stern or serious) that does not carry any 'weight',
eg.1- The said statement issued by MRR regarding 1MDB, it only became just any 'REMINDER' and Najib and his band of thieves simply ignored it! Whats worst are the abuses, the purgings, the sackings, the intimidations, the threat, the transfers, the collusions that followed were done without an inch of guilt or worry on the basis Majlis Raja Raja just could not do anything!
2- MKN were 'STEAMROLLED' into Law despite Majlis Raja Raja asking for a review.
3- Citizens' Declaration weren't strong enough for the Majlis Raja Raja to dare take a GUTSY ACTION? The signatures of the millions rakyat are voices of appeal to the MRR yet it fell on DEAF & DUMB ears?
Yet, on the eve night of the GE14 Tun M had to 'DECLARE' (which is his hallmark of gutsy feelings on the probability/consequences if not done) when Najib did not CONCEDE! He (Najib) even tried in vain to influence Agong's rationale the morning after with some 'SORE-LOSER' statements?(Lihat sepenuhnya di Komen)
Rakyat memahami penjelasan  Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja  Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad atas  kuasa Raja-Raja yang  "Dalam ruang lingkup dan kuasa  berlandaskan Perlembagaan."

 Penjelasan ini dibuat oleh beliau bagi menjawab kenyataan Ketua SPRM Datuk Seri  Mohd Shukri Abdul yang kecewa kerana Raja- Raja tidak bertindak diatas aduannya mengenai PM Najib menyelewengkan  wang negara.

Rakyat sedar adanya kebimbangan  Majlis Raja-Raja Melayu atas isu IMDB  yang  jika tidak ditangani dengan bijak berpontensi menjejaskan ekonomi negara tetapi kuasa raja terbatas kerana  terpaksa bertindak dalam ruang lingkup dan kuasa berlandaskan Perlembagaan.

Dalam pada itu rakyat melihat ketidakbijaksanaan berlaku apabila seorang dua raja memihak  kepada Datuk Seri Najib dalam percaturan politik rakyat   walaupun beliau telah tidak  lagi  disenangi oleh rakyat.Bukankah  Ini di luar ruang lingkup Perlembagaan?.

Hal ini terpancar jelas  sekali  bila raja turut   membanggakan keturunan Bugis yang  ditafsirkan  oleh rakyat sebagai memberikan  sokongan  politik kepada Najib sehingga Tun Mahathir memulangkan anugerahnya kepada Istana.

Menambahkan lagi kemarahan rakyat ketika  Raja-Raja hendak menenangkan perasaan rakyat bila  Tunku Mahkota Johor  TMJ  menuduh seorang yang lidah bercabang pernah mahu merampas kuasa raja dengan pindaan perlembagaan.

Walaupun tidak menyebutkan nama Tun Mahathir tetapi rakyat tahu  ditujukan kepada Tun Mahathir kerana Tun lah yang  bertanggungjawab dalam tindakan ini dan lebih jelas lagi bila TMJ  menegaskan  "Negeri Johor tidak akan dapat melupakan seorang yang cuba  apa sahaja termasuk mengharamkan Johor Malitary Force untuk membolot kuasa negara."

Tujuan Mahathir sebenarnya adalah  untuk memelihara keselamatan rakyat dan menjamin  kedaulatan raja berasaskan peristiwa  buruk yang berlaku ke atas seorang rakyat di Istana Bukit Serene lebih 20 tahun dahulu tetapi anak  raja  telah cuba memutarbelitkannya  sebagai  Mahathir hendak membolot kuasa negara.

Rakyat marah kepada  kenyataan ini kerana ketika itu  mereka  melihat Tun Mahathir  sebagai  pejuang rakyat yang  berani dan terus terang menyerang Najib sebagai  pencuri wang negara yang tentunya berasaskan kepada bukti-bukti kukuh yang telah beliau dapat.

Campurtangan Istana   dalam urusan politik dan pentadbiran yang menentukan   perlantikan-perlantikan tertentu menyebabkan  Menteri Besar dilihat sebagai Robot yang pada akhirnya menyebabkan rakyat merasakan mereka  telah kehilangan kuasa

Maka itulah juga sebabnya perlantikan Menteri Besar Johor  yang baru telah menimbulkan kecurigaan penyokong Pakatan Harapan kerana tidak berlaku pada orang yang mereka harapkan dapat membawa dinamisme ke negeri Johor. Tweet saya yang menyatakan ini sebagai kesilapan Muhyiddin kerana MB yang baru    takkan berani betulkan kesilapan besar yang menyebabkan UMNO diruntuhkan di Johor telah dikunjungi hampir 30,000 

Rakyat memahami peranan raja-raja dalam ruang lingkup berlandaskan Perlembagaan tetapi rakyat tidak memahami bagaimana tidak ada pengertian  bersama untuk berada di atas  landasan  tidak  mencampuri urusan politik negara yang menampakan  raja memihak kepada sesuatu parti yang boleh melebarkan perpecahan rakyat .

Perasaan rakyat yang terpendam telah terdedah apabila mereka  memberi reaksi sambutan hangat kepada  kenyataan Ketua Suruhanjaya SPRM,Datuk Seri Mohd Sukri atas  kekecewaannya  dengan sikap raja-raja  yang tidak bertindak atas maklumat benar yang diberikannya.

Mungkin Majlis Raja-Raja juga berada dalam keadaan tergamam untuk bertindak  kerana tidak pernah berlaku dalam sejarah  negara ini seorang Perdana Menteri mencuri wang negara berbillion.

Tun Mahathir telah mengambil langkah popular apabila meminda Perlembagaan  untuk mempastikan raja-raja berada di landasan Perlembagaan  dan Timbalan Perdana Menteri Ghafar Baba  dalam ucapannya mengemukakan usul  pindaan itu di Parlimen Malaysia pada 10 Disember 1992 telah mengingatkan  " Raja Adil Raja disembah,Raja Zalim Raja disanggah"

Tun Mahathir harus memikirkan semula bagaimana untuk memantapkan  lagi penghormatan terhadap  Pindaan Perlembagaan yang memperjelaskan kuasa rakyat dan Raja supaya tidak dihormati hanya pada ketika beliau berkuasa tetapi dikutuk setelah baliau tidak lagi berkuasa.

Rakyat telah merasakan kuasa mereka tidak lagi dihormati bila Tun Mahathir hilang kuasa.

Rakyat mahu dipastikan pindaan Perelmabagaan itu dimantapkan semula dan   dihormati sehingga kebeberapa keturunan Raja Raja lagi dan tidak dilupakan bila sampai hanya keperingkat cucu.

Hanya dengan itu   Raja Raja tidak lagi akan  mencampuri urusan politik rakyat dan  Raja-Raja akan  semakin dihormati.Raja-Raja juga harus mengambil iktibar dari kebencian rakyat melihat kehidupan mewah Najib dan isterinya Rosmah .

Rakyat telah pun terluka perasaan kerana  Raja- Raja terlihat tidak sekata seperti dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada rakyat berhubung dengan penyalahgunaan wang negara oleh Perdana Menteri.

Rakyat masih berada dalam kengerian memikirkan  apakah yang akan berlaku kepada merek  dan negara ini sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib tidak berjaya digulingkan dan terus mendapat dukongan Raja-Raja.

Bersukur kepada Allah Subhanahuwataala kerana negara ini senantiasa berada di bawah perlindunganNYA  






Tuesday, 22 May 2018

RAJA-RAJA JAWAB KENYATAAN PESURUHAJAYA PENCEGAHAN RASUAH (SPRM)

Raja-raja Melayu telah memberikan perhatian yang berat berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.
Merujuk kepada kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull pada satu sidang media khas hari ini, Syed Danial berkata susulan itu, Raja-raja telah menitahkan satu kenyataan pada 6 Oktober 2015 berhubung isu itu.
“Sebenarnya, atas titah Duli Yang Maha Mulia Raja-raja, saya telah mengundang Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Timbalan serta pegawai kanan beliau menghadap baginda sekalian bagi menyembahkan taklimat yang berkaitan.
“Dalam ruang lingkup peranan dan kuasa Raja-raja berlandaskan Perlembagaan, Raja-raja telah menitahkan untuk satu kenyataan, yang menunjukkan bahawa Duli-duli Yang Maha Mulia memberikan perhatian yang berat, dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja (pada 6 Okt 2015),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Syed Danial (gambar) turut melampirkan kenyataan tersebut yang antara lain menyatakan Raja-raja Melayu maklum bahawa kerajaan sedang melakukan siasatan dan menegaskan perlunya pihak kerajaan menyelesaikan secepat mungkin penyiasatan yang sedang berjalan itu.
Kenyataan lebih dua tahun lepas itu turut menyatakan kerajaan hendaklah mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat.
Selain itu, kenyataan itu juga menyatakan bahawa Raja-raja Melayu bimbang jika isu itu tidak ditangani dengan bijak serta berlarutan dan memakan masa lama, ia berpotensi menjejaskan keadaan ekonomi negara dan memudaratkan kehidupan rakyat jelata.
Mohd Shukri hari ini mendakwa beliau dan bekas ketuanya di SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed telah berjumpa dengan beberapa menteri kabinet sebelum ini bagi menyakinkan mereka untuk mengambil tindakan terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mohd Shukri yang merupakan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM ketika itu berkata selepas usaha menyakinkan menteri-menteri pada waktu itu tidak mencapai seperti yang dihasratkan, beliau dan Abu Kassim kemudian mengadakan pertemuan dengan Majlis Raja-raja untuk menyakinkan majlis itu supaya mengambil tindakan terhadap Najib, namun hampa.
-Bernama
 BERITA

Dua kali SPRM menghadap Majlis Raja-Raja tapi...

Diterbitkan   |  Dikemaskini 
Pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini telah menghadap Majlis Raja-Raja sebanyak dua kali berhubung RM2.6 bilion yang didepositkan ke akaun peribadi bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Bagaimanapun, ketua pesuruhjaya SPRM yang baru dilantik, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata mereka akhirnya kecewa dengan hasil pertemuan berkenaan.
Pertemuan itu berlaku pada tahun 2015, ketika SPRM masih aktif menyiasat akaun Najib.
"Kami bertemu Majlis Raja-Raja sebanyak dua kali. Kami dua kali bertemu dengan mereka.
"Tetapi kami kecewa," kata Mohd Shukri dalam sidang akhbar di ibu pejabat SPRM hari ini.
Beliu juga memberitahu Puteri diraja Arab Saudi yang dikatakan “menderma” RM2.6 bilion kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tidak dapat menunjukkan dokumen sokongan bagi membuktikan perkara itu.
Dipetik dari Malaysiakini

Sunday, 20 May 2018

RAKYAT MESTI SEDAR HAK UTUSAN MENENTANG MAHATHIR SEBAGAI SUARA UMNO

Banyak orang bertanya kenapa Utusan Malaysia  tidak berubah menyesuaikan dasarnya dengan cita rasa rakyat yang telah memilih Pakatan Harapan  dan terus menyuarakan suara Najib walaupun UMNO telah tewas.

Malah Mingguan Malaysia hari ini   menyuarakan suara Najib atas nama Awang Selamat yang sama dengan  suara Najib yang tersiar diakhbar lain tentang pengakuan PH mewarisi  keadaan ekonomi yang baik dan mahu meneruskan BRIM.

Awang Selamat masih mahu raihkan simpati rakyat kepada Najib dan memperkecilkan Tun Dr.Mahathir kerana  masih tidak hapuskan GST dan beberapa janji dalam manifesto disamping  membuat beberapa kesilapan dalam perlantikan menteri kabinet dan lain-lain perlantikan.

Jika tidak betujuan membela Najib masakan Utusan membodohkan diri menuntut  Mahathir melaksanakan semua janjinya  dalam sekelip mata sedangkan rakyat yang waras telah melihat Mahathir  dalam usia lanjutnya  mengejar masa dan bergelut  mengambil beberapa langkah segera untuk menyelamatkan kuasa  dan menunaikan janji yang diamanahkan oleh rakyat dari sejak  malam pilihanraya.

Setelah menyedari ada percubaan untuk menghalang kuasa rakyat, Mahathir dengan nekad  dan berani mengisytiharkan rakyat telah menang  dengan memerintahkan Ketua Setiuasaha  Negara  mengisytiharkan cuti kemenangan PH yang dijanjikan kepada rakyat walaupun belum disahkan oleh Suruhajaya Pilihanraya. Sekaliguas rakyat tahu mereka telah menang.

Kecekapan Mahathir ini diluar jangkaan Najib yang dalam keadaan panik tidak dapat menerima kekalahan dan telah menyebabkan SPM melewatkan pengesahan kerajaan  BN telah  runtuh dan  PH telah  berkuasa.

Hasrat Najib untuk terus berkuasa walaupun telah kalah  terserlah lagi bila pada pagi sebelum Mahathir  mengangkat sumpah, Najib  telah mempertikaikan kesahihan  majoriti PH mengikut pembahagian parti-parti  tetapi Mahathir segera menjawab bahawa majoriti bergantung kepada sokongan anggota Dewan Rakyat  dan beliau mendapatkan tandatangan semua pemimpin-pemimpin parti PH yang menyetujui perlantikannya sebagai  perdana menteri.

Jelas Najib mahu melakukan kecurangan demokrasi dan jika Mahathir tidak pantas dan  cekap mungkin kerajaan PH tidak dapat ditubuhkan dan menghadapi krisis perlembagaan dan kebuntuan untuk menubuhkan kerajaan PH. Ini adalah perbuatan hendak mengkhianati undi rakyat.

Mahathir  telah bekerja keras dari malam pilihanraya itu, tidak sahaja umtuk mempastikan dirinya dilantik menjadi Perdana Menteri atas harapan rakyat tetapi juga melantik kabinet teras, menubuhkan  Majlis Penasihat Kerajaan bagi merangka  penghapusan segera  GST  dan memperkenalkan  semula cukai jualan dan perkhidmatan dalam dua tiga bulan lagi.

Tugas Mahathir bukan mudah kerana beliau bukanlah mewarisi atau menyambung kerajaan yang telah berkuasa tetapi sebuah kerajaan baru dan  beliau terburu-buru kerana beliau sedar masa baginya adalah suntuk tetapi beliau perlu mempastikan asas sebuah kerajaan yang mantap yang diyakini oleh rakyat.

Dalam keadaan ini, rakyat yang  akan memberikan kemaafan terhadap satu dua kesilapannya. Perlantikan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan sekali gus membangkitkan keyakinan yang sangat besar di kalangan rakyat atas hasratnya untuk membentuk kerajaan yang tidak bercorak   perkauman. Demikian juga dalam melantik dirinya menjadi Menteri Pelajaran atas  hasratnya yang sangat besar untuk mencerdikkan rakyatnya yang berfikiran tidak seimbang kerana kelemahan Bahasa Inggeris.

Walaupun GST belum dihapuskan tetapi kalangan perniagaan telah menyambutnya  dengan positif dengan lebih dahulu mengurangkan harga barangan jualan mereka  malah penjual kereta yakin jualan mereka akan melonjak segera.

Bagaimanapun hari ini Awang Selamat mendakwa bahawa Mahathir telah banyak melakukan kesilapan dalam masa yang singkat sehingga menjadi bahan sinikal rakyat. Rakyat mana yang diwakili oleh Utusan? Sinikal bagi  orang UMNO dan bagi beberapa kerat pembaca  Utusan yang masih dalam kegilaan hilang kuasa.

Awang Selamat menunjukkan  perlantikan Azmin Ali  sebagai Menteri Hah Ehwal Ekonomi tidak sepatutnya berlaku kerana dia adalah Menteri Besar Selangor

Juga dipertikaikan lantikan Lim Guang Eng sebagai Menteri Kewangan  dan perlu ketua baru SPRM, pemecatan  Pegaum Negara  Apandi Ali dan pembatalan keputuan ROS mengenai status Pakatan Harapan dan PPBM. Kononnya pembatalan ini  tidak ikut peraturan.

Jika ini semua tidak mengikut peraturan maka apakah kecurangan  Najib untuk terus berkuasa  dan menghalang PH untuk mengambil alih kuasa yang menjadi kemarahan dan sumpah seranah rakyat hingga melewatkan peralihan kuasa bukan sesuatu yang tidak ikut peraturan dan peradaban demokrasi?

Nasib baik Polis Diraja  Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia telah datang kepada kewarasan dan mengambil tindakan bijaksana untuk mengawal kemarahan rakyat dari memuncak  menjadi suatu rusuhan besar yang boleh membawa kepada perisyhtiharan darurat.

Bagaimanapun orang ramai tidak boleh mempunyai persepsi yang salah terhadap Kumpulan Utusan Melayu yang terus  menafikan cita rasa  rakyat terbanyak sebaliknya terus bersuara mengikut naluri  Najib dan  UMNO kerana akhbar ini adalah kepunyaan UMNO. Pemegang terbesar sahamnya  adalah  UMNO.

Maka itu jika mengharapkan Utusan berubah maka samalah seperti mengharapkan UMNO menjadi Pakatan Harapan.

Sebaik-baiknya Utusan harus dibiarkan terus menyanyi lagu lama , memuja   Najib dan  menyokong UMNO  yang kerananya  telah menyebabkan rakyat tidak lagi menganggapnya suara mereka, memulaukannya tanpa diarahkan.

Utusan telah menjadi suara yang dibenci rakyat. Nostalgia dan sentimental orang Melayu terhadapnya sudah lenyap. Hidup matinya sudah tidak bernilai lagi kepada rakyat kerana telah terputus dari hati nurani rakyat sejak menjadi suara Najib.

Pengedarannya melonjak sehari dua sahaja selepas pilihanraya baru -baru ini kerana orang ramai hendak melihat perubahannya  tetapi apabila jelas ia meneruskan dasar - dasar UMNO dan Najib, masih beirama sumbang dan basi. Maka rakyat  yang menolak UMNO akan tetap menolak akhbar ini.

Tidak sewajarnya mana-mana parti  dalam Pakatan Harapan mengambil alih akhbar ini kerana ia akan mati dengan sendirinya atas kegagalannya memahami citarasa rakyat kecuali jika UMNO masih ghairah untuk menyelamatkannya tetapi orang UMNO sendiripun  tidak lagi membacanya.

Friday, 18 May 2018

UTUSAN BERGOLAK PENGARAH URUSAN DIDESAK BERHENTI DAN JABATAN PENGARANG DIROMBAK

Pengarah Urusan Utusan Melayu Datuk Noordin Abbas

Syarikat Kumpulan Utusan Melayu sedang bergolak dengan tuntutan kakitangannya supaya  Pengarah Urusan Utusan Melayu Datuk Noordin Abbas  berhenti segera dan Jabatan Pengarang Utusan Melayu disusun semula kerana dasarnya yang membawa kepada kejatuhan pasaran Utusan dan kemerosotan perniagaannya

Desakan ini dibuat secara terbuka dihadapan Nordin yang memanggil pertemuan dengan semua kakitangan dengan tujuan untuk memberikan jaminan bahawa UMNO akan terus memberikan perhatian kepada nasib mereka  dan juga kedudukan kewangan tetapi beberapa orang yang bercakap mewakili  kakitangan telah menolak jaminan itu.

Mereka mendakwa  Noordin tidak dapat menunaikan berbagai janjinya sejak beliau menjadi Pengarah Urusan  Utusan Melayu sebaliknya gaji kakitangan Utusan terus terpaksa bergantung dari bantuan luar dan tidak boleh berdiri atas kaki sendiri.

Disamping itu beberapa orang dari  Jabatan Pengarang   menuduh seorang dua editor  berlagak sebagai Napoleons kecil menjalankan dasar Utusan Melayu tanpa etika kewartawanan yang menjatuhkan maruah  dan kehormatan Utusan sehingga dibenci oleh orang ramai.

Pertemuan itu yang diadakan pada 16 Mei(Rabu lalu) dihadiri oleh sebahagian besar petugas Utusan dari semua bahagian dari Bangi dan juga di Jalan Chan Sow Lin. 

Dua orang anggota Jabatan Pengarang  Mustafa Kamal dan Ramli Karim memberitahu  Noordin  bahawa dia mungkin berjaya merayu sana sini untuk mendapat bantuan kewangan kepada syarikat tetapi gagal menterjemahkan janji2nya untuk membawa perniagaan baharu kepada Utusan yg kekal bergantung hanya kepada perniagaan akhbar dan majalah.

Banyak cadangan untuk terlibat dalam perniagaan seperti  perumahan, IT dan komputer, serta pengiklanan luaran gagal menghasilkan pendapatan baharu yang  diperlukan oleh syarikat bagi mempelbagaikan perolehan Kumpulan Utusan.

Ketika diajukan  soalan pertukaran dan perubahan editorial, Noordin hanya berkata, dia akan berbincang dengan Ketua Pengarang Kumpulan yg diketahui sudah menyatakan kesediaan untuk  melepaskan jawatan tetapi tidak memberikan  tempoh masa. Ini adalah sama seperti juga janjinya beberapa kali di masa lalu..

Jawapan tersebut mendukacitakan banyak wartawan yang tidak yakin pimpinan Jabatan Pengarang Utusan Melayu sekarang  dapat menyesuaikan diri dengan cita rasa pembaca yang tidak menyenangi dasar -dasar Utusan di era Najib sebaliknya mereka akan meneruskan dasar yang sama  yang  menyebabkan UMNO runtuh.

Tuesday, 15 May 2018

UTUSAN ENGGAN CETAK SEMULA BUKU BESTSELLER MAHATHIR DI SEBALIK TABIR

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan 
buku saya  Mahathir di Sebalik Tabir pada 22 September 1994


BAGAIMANA PUN ANDA BOLEH DAPATKAN TERUS DARI SAYA

Telah beberapa kali saya meminta Utusan Publication  &Distributors Sdn Bhd supaya mencetak semula buku saya Mahathir Di Sebalik Tabir yang menjadi best seller setelah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr.Mahathir pada 22 September 1994.

Buku ini yang diterbitkan dalam tiga bahasa iaitu Inggeris,China dan Tamil dan dicetak semula lima kali boleh dianggap sebagai paling lengkap mengenai perwatakan  dan juga perjuangan  Dr. Mahathir yang tersembunyi dan terdedah  ketika di dalam dan di luar kerajaan yang penuh  dramatik dan kontroversi.

Edisi dalam Bahasa Inggeris bertajuk The Other Side Of Mahathir

Edisi tambahan ditukar kepada tajuk Surat-Surat daripada  Dr. Mahathir yang diterbitkan pada 2008( Ulang cetak 2010) mengandungi bab sengketanya  dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi setelah meletak jawatan sehingga  beliau mengucapkan selama tinggal pada UMNO pada 19 Mei 2008.

Catitan-catitan  saya dalam bab terakhir edisi pertama buku itu ternyata benar hingga beliau kembali menjadi Perdana Menteri kali kedua:

"Terbentang jelas jejak -jejak jatuh bangunnya yang merangkumi peristiwa kecil dan besar, pahit manis, benar dan salah tetapi segala kelemahannya tidak dapat menutup kecepatan dan keulungan pencapaiannya dalam masa singkat yang tidak ada tolak banding dalam sejarah kepimpinan negara."

Edisi pertama buku ini melihat 12 tahun kebelakang sejak saya berkenalan dengannya  sebagai wartawan Utusan Melayu di Alor Setar dan beliau menjalankan kliniknya di Pekan Melayu  dalam keadaan tersisih  diri dari politik kerana perselisihan fahamnya  dengan Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman.

Edisi bahasa Inggeris  diterjemahkan oleh seorang bekas wartawan akhbar Inggeris dan penulis buku-buku dalam bahasa Inggeris yang terkenal  yang telah  menetap di London hingga sekarang  sebagai wartawan bebas Wan A. Hulaimi

Saya telah berkali-kali meminta Utusan Publication mencetak semula buku ini kerana sekiranya apa-apa berlaku kepada Tun Mahathir maka inilah sebaik-baik warisan dan khazanah buku untuk disimpan oleh rakyat yang akan membolehkan mereka dari generasi ke generasi memahami dan menjiwai  perjuangan seorang pemimpin   yang tidak sahaja dibanggakan oleh negaranya tetapi dikagumi  dunia antarabangsa tetapi Utusan Melayu takut dan enggan untuk mencetaknya kerana ada tekanan politik.

Sayang Utusan Melayu telah melepaskan peluang keemasan ini  kerana mereka tidak menyangka akan datang suatu episod yang lebih besar dalam hidup Mahathir  sebelum pemergiannya yang abadi.

Saya telah berusaha untuk mencari saki baki buku ini  dan berjaya mendapat hanya sekadar 300 buah dalam bahasa Melayu ( edisi tambahan) dan  50 buah dalam bahasa Inggeris  The Other side of Mahathir.

Orang ramai boleh membeli terus buku ini dari saya yang akan saya autografkan. Harganya RM50 sebuah termasuk belanja pos. Bayaran boleh dibuat menerusi akaun CIMB 8002397357. Sertakan alamat anda dan nombor telefon. Maklumkan pembayaran telah dibuat kepada zainudinmaidin@ gmail.com



Ini adalah buku saya yang diautografkan oleh Mahathir pada 21 September 1994 di bawah catitan saya yang berbunyi: Dato Seri Dr.Mahathir: Sekadarkan sebuah catitan panjang untuk kenangan dan penghargaan kepada bakti teragung seorang pemimpin terulung di abad ini.

MOHON MAAF
Mohon maaf kerana ada kesilapan no A/C yang saya berikan dan telah dibetulkan.Terlebih no. Zainuddin Maidin

Monday, 14 May 2018

ANWAR IBRAHIM SEDAR KENYATAAN RAFIZI MENCEMARKANNYA.

MAHATHIR: SAYA YANG  AKAN LANTIK MENTERI

TERKINI: Dalam suatu sidang akhbar hari ini Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir menegaskan baHawa beliau  yang akan menentukan perlantikan anggota-anggota kabinetnya  walaupun akan berunding lagi dengan pemimpin- pemimpin parti Pakatan Harapan jika perlu.Harap Rafizi Ramli memahami mesej ini.

ANWAR IBRAHIM SEDAR
Kenyataan segera Ketua  PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi sokongan kepada kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad  menunjukan sensitiviti  beliau terhadap kerosakan politik yang dilakukan oleh  Naib Presiden PKR Rafizi Ramli  yang juga membangkitkan keraguan terhadap kesetiaannya kepada Mahathir.

Kenyataan Rafizi yang mendakwa perlantikan menteri-menteri kanan  Mahathir tanpa kesepakatan,tidak muktamad dan bersifat sementara telah menimbulkan kecaman hangat di kalangan semua peringkat rakyat yang seddang mengharapkan perpaduan diambang  penubuhan kerajaan baru.

Dalam hal ini , Anwar yang mempunyai record tidak sabar untuk menjadi Perdana Menteri di era Mahathir telah segera dianggap sebagai baling batu sembunyi tangan kerana Rafizi adalah orang setianya.

Populariti Rafizi yang memucnak kerana kewibawaan, keberanian dan keintelektualismenya telah jatuh merudum dengan kemarahan dan cacian orang ramai yang meanggapnya sebagai sangat ambitiuos dan egoistik,tidak matang dan tidak dapat memahami situasi negara yang dalam keadaan memerlukan kemantapan  dan perpaduan.

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ai  memisahkan dirinya dari kenyatan naibnya  dengan meanggap itu sebagai pandangan peribadi Rafizi semata-mata.

"Itu pandangan dia,kita harus menghormati,tapi pada akhirnya dalam jemaah ini melihat kepada  keputusan parti dan keputusan rasmi itu telah dinyatakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim,"katanya.

Anwar telah menyampaikan pandangannya kepada kepimpinan PKR untuk memastikan kerajaan Pakatan Harapan di bawah pimpinan Dr. Mahathir yang juga Pengerusi PH dan Presiden PKR,Datuk Seri Wan Azizah selaku Timbalan Perdana Menteri adalah mantap dan kukuh serta dapat menyempurnakan tanggungjawab dengan cemerlang.

Diantara reaksi pengikut blog saya ekoran dari tweet saya yang mengecam Rafizi tidak berhak bercakap bagi pihak PM Tun Mahthir mengatakan perlantikan menteri kanannya belum muktmad ialah dari Kitty yang mengatakan "Ramai sungguh yang nak susahkan Tun susun kabinet,perangai Rafizi macam ketam dalam bakul,akan tarik ketam  lain kebawah bila nak naik keatas"

Athirah Abdullah: Tun ada agenda negara yang lebih besar untuk diselesaikan.Tun mengorbankan keselamatan & nyawa dari ancaman, semata-mata untuk rakyat Malaysia yang Tun sayang.Saya hilang hati terhadap Rafizi. Beliau tidak layak untuk jadi pemimpin."

" Saya rasa Rafizi itu hanya mouthpiece DSAI.Kesian dia yang kena hentam" M Kha Sha.

Kerisiano"Rafizi adalah aset.No worry."

Sunday, 13 May 2018

TV3 DAN UTUSAN TELAH KELUAR HOSPITAL GILA DIRAWATI OLEH DOCTOR NYANYUK

DARI TWEET ZAM
    NISAN PUSARA CINTA NAJIB ROSMAH
  1. WARISAN NAJIB BANGUNAN TUN RAZAK EXCHANGE (TRX)YANG BELUM SIAP DIBINA UTK SAINGI KETINGGIAN MENARA KEMBAR PETRONAS MAHATHIR.ADAKAH AKAN DITERUSKAN? PAK LAH BATALKAN JAMBATAN BENGKOK DAN MONORAIL DIPUTRAJAYA. ADAKAH TRX AKAN JADI NISAN PUSARA CINTA ABADI NAJIB ROSMAH?


TAHNIAH TUN LANTIK BUKAN MELAYU MENTERI KEWANGAN
  1. Rafizi Ramli tidak berhak bercakap bagi pihak PM Tun Mahathir mengatakan perlantilkan menteri2 kanannya belum muktamad.Apakah kerana Guan Eng telah mengambil tempatnya sbg Menteri Kewangan? Tahniah Tun kerana berani hadapi sentimen Melayu dlm soal ini.
  2. Dengan ini diumumkan TV3 dan Utusan telah keluar dari Hospital Gila Tanjung rambutan setelah rawatan tiga suku mereka berjaya dipulihkan oleh Dr.Nanyuk Tun Dr.Mahathir Mohammed
  3. Kenyataan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa perlantikan menteri2 kanan oleh Mahathir tanpa rundingan dg PKR menampakan sumbangan besar Tun membawa kp Kemenangan revolusi social tidak dihargai.Tun bekejar dg masa
  4. Perlantikan Muhyiddin sbg Menteri Dlm Negeri adalah kuasa tertinggi Dalam Negara berbanding dg TPM yg dilihat sbg pembantu kp PM dan Ahmad Sabu sebagai Menteri Pertahanan akan mempopular dan merakyatkan kementerian itu.

  5. Perlantikan Guan Eng sebagai Menteri Kewangan menepati kehendak politik semasa dan beri status tinggi kp DAP dan sekali gus menghapuskan prasangka rasis thp Mahathir

  6. Datuk Seri Najib letak jawatan sbg President Umno.Jika dia letak jawatan sebelum pilihanraya, Umno dan BN tidaklah runtuh

  7. Patutnya dialah mendahului lain2 Pemuda Umno menuntut Najib berundur. You are nut compared to Syed Saddiq

  8. NAIB Presiden Umno kata Umno kekal demi agama bangsa negara. Nak kekal macam mana ramai ahli Umno dah lari kepada Mahathir KUTTY yg tua nyanyuk