Thursday, 29 March 2018

SAKITNYA MELAHIRKAN RADIO KLASIK

Chuari Selamat dengan Anugerah Seni Negara & Kakitangan asal Radio Klasik

Azah Aziz
Radio Klasik sedang merayakan dua dekad usianya dengan identiti dan  kekuatannya yang tersendiri dalam keadaan yang semakin mantap atas asas didedikasi para pendukung asalnya  yang diwarisi oleh pendukung-pendukung barunya  dengan terus  berinisiatif, inovatif dan kreatif dalam semangat yang tinggi.

Dengan penghayatan terus menerus terhadap pemeliharaan pusaka bangsa  dan dengan adanya  khazanah muzik lagu-lagu lama di RTM dan iltizam  yang tinggi terhadap matlamatnya  maka saya mempunyai keyakinan bahawa Radio Klasik  akan terus  maju dan bertambah popular dengan cara tersendiri  yang tidak boleh ditandingi oleh stesen radio swasta lain.

Kelahiran Radio Klasik Nasional  ketika saya menjadi Menteri Penerangan lebih  20 tahun lalu sebenarnya bukanlah mudah, tersembunyi halangan dan tentangan  tetapi sebaik sahaja dilancarkan saya mendapat kerjasama yang hangat dan mudah kerana telah tersedia ramai kakitangan dan pegawai yang sedar bahawa Radio Nasional telah melencong  jauh dari matlamat asal dan tidak lagi diminati ramai.

Banyak yang yang tidak tahu rahsia kelahiran radio ini. Maka itu eloklah saya mengenangnya semula ketika perayaan usianya yang semakin remaja yang memerlukan setiap pendukung mempunai kesedaran dan insipirasi yang terus tinggi dan komitment  yang sebati bagi meneruskan perjuangan untuk berada pada kedudukan tertinggi sebagai juadah nanyian bangsa dan negara, .

Sebenarnya Radio Klasik  berasal dari Radio Nasional.

Apabila Tan Sri Kadir Sheikh Fadhil menjadi Menteri Penerangan beliau menukarkan nama RIMA FM93.9(Radio Irama Melayu) yang siarannya terbatas kepada Lembah Klang kepada nama Radio Klasik tetapi menerima bantahan yang hangat apabila beliau mahu mencampur adukannya dengan lagu lama Inggeris, China dan India.

RIMA telah diinisiatifkan oleh Menteri Penerangan Tan Sri Mohamad Rahmat.

Bantahan itu termasuk dari budayawan  Rais Yatim dan ramai peminat-peminat lagu-lagu Melayu Rhetro. Saya sebagai Timbalan Menteri ketika itu  hanya menyimpan panas di hati tetapi Kadir menuduh saya berada di belakang bantahan ini.

Dalam masa yang sama Radio Nasional sudah tidak lagi mampu menyaingi rangkaian radio-radio  swatsa yang lain dan pendengarnya jatuh merudum kepada kurang  200,000.

Apabila saya mengambilalih dari Tan Sri Kadir  sebagai Menteri Penerangan (2006-2008), saya teringat harapan Kak Azah( Azah Aziz isteri kepada Professor Ungku Aziz) yang selalu menyatakan pada saya semasa saya menjadi Timbalan Menteri  agar siaran RIMA diperluaskan keseluruh negara kerana apabila beliau kembali ke Johor tidak lagi dapat mendengarnya. Sebenarnya ini sungutan menyeluruh.

Sebaik sahaja menjadi Menteri Penerangan, saya mencadangkan  supaya Radio Klasik(asalnya RIMA) dijadikan siaran  nasional tetapi saya terkejut kerana memerlukan peruntukan RM50juta kerana perlu mengadakan  pencawang baru di seluruh negara bagi rangkaian baru.

Saya terfikir kenapa tidak ditukar sahaja Radio Nasional yang sudah tidak didengar ramai kepada Radio Klasik.

Yang peliknya sebaik sahaja cadangan ini tersebar bantahan senyap di pihak  Radio Nasional terdedah.Surat bantahan tersiar di Forum Pembaca Utusan Malaysia. Sehingga hari ini saya tidak tahu tujuan  mereka membantah tetapi prasangka saya  mereka  yang berkepentinagn takut hilang kedudukan masing2 dan banyak peluang aktiviti siaran di luar yang terpaksa dipotong dan akan melibatkan rezki mereka.

Soalan yang ditimbulkan bagaimana pula dengan   Radio Klasik (RIMA) yang terbatas di Lembah Klang sekiranya wujud Radio Klasik Nasional. Saya mencadangkan rangkaian itu diberikan kepada Bernama untuk dijadikan  Radio Berita  24 jam.Ini juga terima bantahan  dalaman  kerana diberikan percuma.

Tanpa sebarang upacara pelancaran besar-besaran, maka  Radio Klasik Nasional  akhirnya dilancarkan dalam tahun 2006 tanpa sebarang perbelanjaan yang dipenuhi dengan lagu-lagu Rhetro;irama Melayu lama dan baru yang mengutamakan lagu-lagu menggamit memori (nostalgia)

Saya meminta supaya semua program bicara termasuk program  agama diringkaskan dan lagu -lagu nasyid tidak seharusnya  berunsur keAraban. Radio Klasik Nasional mencapai kejayaan yang menakjubkan dalam masa singkat.

Dalam masa hanya beberapa bulan radio yang berasal dari Radio Nasional ini telah meningkat dari 200,000 kepada 500,000 dan tidak sampai setahun telah meningkat kepada lebih dari  satu juta pendengar.

Orag kuat di belakang  Radio Klasik ini ialah Pengawalnya Chuari Selamat yang juga sebelumnya Pengawal RIMA dan beliau dibantu oleh orang-orang yang memounyai cita rasa yang  sama seperti Rosni Yusuff (Isteri kepaa Allah yarham Ibrahim Bachik) ,Rosle Drani,Akbar Nawab (mereka telah bersara) dan beberapa orang lagi yang pandai  memilih lagu-lagu mengikut selera pendengar

Suatu kebakaran kecil yang berlaku di RTM telah menyebabkan banyak khazanah lagu-lagu Melayu lama yang hanya ada dalam simpanan RTM turut terbakar. Chuari Selamat segera membuat pengumuman meminta mereka yang mempunya simpanan piring hitam atau kaset lagu-lagu lama agar menyumbagkannya kepada RTM  untuk penerusan Radio Klasik. Diantara yang telah memberikan sumbangan besar ialah seorang Iban dari Sarawak yang pernah menjadi pelayar kapal. Namanya Lucas Josnny ( seorang Islam) dan juga  Datuk Sri Adnan Yaacob Menteri Besar Pahang.

Chuari Selamat dan rakan-rakan seangkatan dengannya telah pun meninggalkan RTM  tetapi nama mereka  telah sebati dengan Radio Klasik .Walaun Namanya sekarang hanya  Radio Klasik tanpa  Nasional tetapi ialah satu-satunyaradio di negara ini yang bersifat nasional. Nama nasional dirampas darinya kerana  ada pihak dalam RTM yang mahu menghidupkan kembali  Radio Nasional. Mereka menukar Radio Muzik kepada Radio Nasional tetapi tidak mendapat sambutan.

Radio Klasik tanpa Nasional tetap harum, paling popular,mencandui peminatnya  yang setia sepanjang hari.

Ini sahajalah yang saya tinggalkan di Angkasapuri disamping kenangan kepada  kawan-kawan yang masih berkhidmat atau telah bersara yang telah bersama-sama dengan saya dalam usaha menyuburkan dan mengekalkan kesenian indah pusaka bangsa. 

Saya ucapkan Tahniah kepada Radio Klasik yang meningkat keusia remaja dengan harapan tinggi pendukong-pendukongnya akan terus gigih, komited, berinisiatif ,berinovatif dan  kreatif   untuk menghadapi cabaran-cabaran baru di dunia muzik.

Kita telah membuktikan kita boleh malah semakin hebat.

Hidup Radio Klasik!.

Monday, 26 March 2018

PENILAIAN UMUM TERHADAP PROFESSOR" KANGKONG" UUM


NEWS

After 'tree-nosed' Najib, Thai cartoonist jabs Dr M's 'blatant hypocrisy'

Published on   |  Modified on 

Di bawah ini adalah reaksi komen terpileh  yang  kebanyakannya dari  ahli akademik terhadap professor UUM yang menapikan dirinya gementar menghadapi Tun Mahathir tetapi umum  menilai  tingkah lakunya  telah mencemar kualiti dan kebebasan akademi  UUM ketika  universiti -universiti lain di negara ini sedang membina kecemerlangan mereka - zam.
  1. Professor ini kata dia tak faham kenapa video ni dapat 2.3juta tontonan dan 61 ribu kongsian. Macam mana seorang yg berjawatan Pengarah Institut Kajian Politik UUM mengaku secara terbuka bahawa dia tak faham? Maksudnya dia tak paham bahawasanya pengaruh TDM sangat kuat? Apa yg dia research selama ni? Jangan la pulak dia terkejut bila Umno tumbang nanti. Pi la buat research dulu tahap populariti TDM. Forum ni tanpa kehadiran TDM tak akan viral videonya sampai jutaan tontonan pun.

    Dan dia kata dia pandai berpidato? Sejak bila seorang panelist perlu berpidato? Apa kena mengena dgn pidato? Tak pernah pula saya tengok panelist berucap pun, tapi sekadar bagi pandangan dan berhujah. Majlis hari tu ialah forum, bukan debat atau bahas atau perlu berucap pun.

    Dan apabila pengerusi MPN kata "next time stay cool, composed"; itu bermakna the other day you were NOT cool, NOT composed; i.e. you gelabah laaaa hari tu prof.
    ReplyDelete
  2. panglimo potaseh25 March 2018 at 23:51
    Pak Zam.

    Itu lah taraf professor kita hari ini.. macam tak tau apa. Bukan saya nak tuduh melulu.. saya ada juga mendepani mereka dan cuba untuk mempelajari sesuatu drp mereka.. al maklum professor lah katakan. Tapi biasanye saya kecewa.

    Dulu kita ada membangkitkan isu.. yang apa kita buat dengan tesis peringkat falsafah yang berlambak. Tesis falsafah ini.. melayakan sesaorang itu bergelar Dr.PhD.

    lsu ini berbangkit apabila berapa orang pegawai dan professor bidang pertanian kita telah ke Siam untuk membongkar ilmu, bagaimana petani Siam boleh buat durian tahan lama. Malangnye mereka telah tidak dilayan.

    Begitu juga bila saya pergi ke gedung buku. Sememangnye banyak buku ilmu berbagai bidang berlambak di tulis oleh sarjana luar.

    Tak ada apa yang saya perolehi dari tulisan sanjana tempatan.. mereka seolah dah sedap dan kekenyangan menerima gaji dari universiti mereka.

    Usia lanjut Tun Mahathir ini sebenarnye tak de apa Yg nak diherankan. Sememang usia penduduk dah semakin panjang. Dulu pun ada nabi dan pemimpin yang aktif memimpin walaupun usia mereka beratus tahun.

    Kalau lah professor kangkung malam tu, buat sedikit bacaan tentang Tun M.. sudah tentu dia selamat. Sememang usia Tun M tu 93 tahun.. tapi Tun M masih punya kudrat dan pikiran yang hebat.. itu tidak dinafikan.

    Ada tak sesiapa yg pikir berapa usia jantung Tun M?

    Apa pun saya melihat pertembungan Tun M yg tak punya PhD itu dgn seorang yg bergelar Professor.. mengingatkan saya aksi filem koboi Clint Eastwood "The Outlaw J.Wales" dan "The Unforgiven" ..atau jom kita nonton "The Tombstone" sekali lagi.
    ReplyDelete
  3. Tidak berdiri hormat seperti khalayak yang lain ketika munculnya Tun M, hanyalah profesor yang seorang ini seorang saja. Kenapakah begitu sekali adabnya? Kesipuankah atau angkuh atau tenggelam punca? Siapakah yang telah menghalangnya untuk berdiri memberi tanda hormat kepada tokoh yang dikatakan tua itu? Memperkatakan tentang isu ini sahaja pun, jelas bahawa profesor tersebut kantoi dengan sendirinya. Itu belum lagi dikaitkan dengan bahan bicara beliau yang kebanyakan hujahnya tidak menepati tajuk forum tersebut.
    ReplyDelete
  4. Pensyarah setaraf guru tadika. Sepatutnya hujah pensyarah setanding ahli politik, gaya bahasa dan penggunaan kata sepatutnya lebih baik dari ahli politik....
    ReplyDelete
  5. Wahai Prof. Kangkong,...sila pindah ke Universiti Malaysia Kelantan.Anda lebih sesuai di sana.Bukan soal petah atau tidak yang menjadi masalahnya,...kemampuan kamu berfikir sebenarnya yang berada pada tahap bukan seorang yang patut bergelar profesor.Walau bagaimana pun kamu tidak keseorangan,kerana sekarang ini kamu adalah majoriti di fakulti-fakulti.Kamu membaca nota di tangan dengan lancar dan petah.Seumur hidup saya,ini lah kali pertama menonton seorang bergelar profesor yang tekun memberi hujah dengan membaca nota.
    ReplyDelete
  6. Setiap kemunculan dalam TV,majalah,radio,dan acara-acara bual bicara diambil kira untuk melonjak seorang profesor itu ke kedudukan lebih tinggi dalam perjawatanan mereka.Peluang membicarakan soal Mahathir,apatah lagi menghentam beliau,sudah tentu mendapat markah yang lumayan.Biarlah kelihatan bodo sedikit,tetapi keberanian itu tetap menguntungkan.Gran akan bertambah selepas ini."Strange as it seems,no amount of learning can cure stupidity,and higher education positively fortifies it."

    -Stephen Vizinczey.


Sunday, 25 March 2018

HAJI HADI JILAT PUNGGONG UMNO SEKARANG

  1.  TERIMA KASIH PENSYARAH UUM ATAS SOKONGAN(LIHAT DI BAWAH SEKALI)


  2. Nasihat saya pada Prof ini supaya tonton semula rakaman forum berkenaan dan lihat sendiri dengan mata hati secara terbuka bagaimana reaksi Prof sebelum dan semasa ketibaan Tun kemajlis berkenaan. Tak kan berjuta penonton yg komen tu semuanya buta dan tak tahu nak membedakan apa yang nyata dan apa yang auta.
    ReplyDelete
  3. This is the standard of professorship in Msia.This is what high income nation standard suppose to be? Hahaha pathetic is'nt it?
    ReplyDelete


  1. BN BOLEH BANGGA DENGAN SOKONGAN PAS
  1. Seluruh ahli UMNO sekarang mestilah merasa bangga dan terubat kerana PAS  parti yang sekian  lama menjadi musuh utama mengutuk,mencaci dan mengkafirkan mereka sekarang sudah sujud menjilat buntut mereka dan mengharapkan kemenangan dengan berkerjasama dengan mereka kerana parti ini yang hidup dengan membakar sentimen dan rhetoric agama tidak ada lagi bahan taksub agama  yang berkesan untuk dijual dan diapikan malah mesuyuarat-mesyuaratnya di Kedah tidak lagi dihadiri ramai oleh penyokong seperti dahulu-ZAM.
    1. Presiden Pas Hajj Hadi kata janji Tun Mahathir mahu hapuskan Akta Univetsiti 1971 jika PH menang adalah menjilat ludah sendiri.Hadi bersubhat dg UMNO yg dikafirkan adalah menjilat buntut UMNO
  2. lihatlah Wajah Pengarah Institut Kajian Politik Kamarul Zaman yg telah menaikan Imej UUM bila berhadapan Mahathir
  3. Dg sekelip mata Mahathir mendapat keuntungan politik yg amat besar dan memberikan inpspirasi kp berjuta anak muda dg keberaniannya hadir dimajlis yg mencabar kelayakannya menjadi PM diusia 93.Pensyarah tu dah jadi kera sumbang d UUM

  4. PENGARAH Institut Kajian politik Malaysia UUM Kamarul Zaman patut letak jawatan kerana berbohong tak terkedu bila Tun Mahthir tiba mengejut di majlis bincang apakah Tun tak terlalu tua utk jadi PM. Berjuta orang nampak dia hampir terkenching tapidia cuba menapikan. Ini adalah ketidak jujuran yang tidak sepatutnya menjadi sifat seorang professor dam seorang pensyarah.Ini bukanlah contoh keterampilan kepada siswa dan masyarakat.

  5. Tak heranlah TPM telah mengenali pengacau pilihanraya kerana mereka terdiri dari orang partinya sendiri yg memprovokasi parti pembangkang dan majlis tempatan dg meletakan poster kempen BN lebih awal termasuk di Putrajaya








Terima kasih atas sokongan, kata pensyarah UUM


 (Dikemaskini )
ULASAN | Baru berkesempatan membaca komentar rakan-rakan sehubungan dengan isu yang dimainkan oleh para pentaksub Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai "keterkucilan" saya apabila Dr Mahathir datang menerjah Wacana Sinar Harian Ke-53 bertajuk 'Apakah Tun M Terlalu Tua Untuk Jadi PM?'.
Saya tidak faham mengapa video trollke atas diri saya yang kononnya berubah muka jadi "macam kena telan ubat gegat" ekoran kedatangan Dr Mahathir yang disebarkan oleh Kelab Che Det ini begitu mendapat sambutan sehingga telah mencapai 2.3 juta tontonan dan 61 ribu perkongsian.
Sedangkan hakikatnya di dalam video itu sendiri pun masih kelihatan yang saya terus konsisten berhujah selepas Dr Mahathir datang. 
Walau apa pun, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan mahupun pandangan dan teguran yang diberikan oleh semua pihak kepada saya yang, insyaAllah, akan saya gunakan untuk memperbaiki diri saya di masa hadapan.
Saya sebenarnya sangat terbuka dengan sebarang pandangan dan teguran, khususnya ke atas aspek penyampaian lisan saya.
Malah apabila dijemput berucap, saya sendiri selalunya akan memaklumkan terlebih dahulu mengenai kekurangpetahan saya dalam berpidato bagi mengelakkan kehampaan pihak penganjur dan penonton. Hanya apabila saya tetap dijemput juga barulah saya akan hadir.
Tidak mahu jadi ahli politik
Saya bukanlah lahir dari kalangan keluarga yang mempunyai kebolehan berpidato yang baik dan saya sendiri sebelum ini tidak berusaha untuk mengasah dan memperbaiki kemampuan berpidato saya kerana saya memang tiada sebarang impian untuk mengubah kerjaya ke kerjaya seperti ahli politik atau pakar motivasi yang memerlukan kemampuan berpidato yang baik.
Terima kasih khususnya kepada sokongan dari dunia akademik, termasuk:
Pengerusi Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Raduan Che Rose, yang menulis mengenai "hujahan (saya) yang baik dan well-researched" dan "next time stay cool, composed".
Naib Canselor Universiti Utara Malaysia, Prof Datuk Seri Dr Mohamad Mustafa Ishak, yang menulis mengenai saya "presenting (my) argument based on facts", "Tun M should not make a come back" dan "the moderator was quite biased".
Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz yang menulis mengenai "(saya) orang yang hebat dalam bidang (saya)", "analisis (saya) padat" dan "analisis (saya) jelas dengan fakta yang ramai orang tidak mengerti".
Dr Muhaimin Sulam yang menulis mengenai "(saya) semacam dijadikan ahli gusti WWF yang dijadikan badut untuk dimalukan" dan "ternyata politik media yang dimainkan oleh Sinar Harian adalah sesuatu yang mengejutkan tetapi ia suatu yang tidak wajar".
Ahmad Farami Abdul Karim yang menulis mengenai "moderator tidak menunjukkan sikap tidak memihak", "dalam banyak situasi, beliau bersikap ofensif terhadap (saya) dan berhujah seperti panelis" dan "ada masanya (moderator) defensif seakan mewakili parti politik".
Terima kasih juga di atas sokongan dari dunia politik, termasuk:
Ketua Penerangan Umno Malaysia, Tan Sri Annuar Musa, yang menulis mengenai "seorang ahli akademik lazimnya bebas bercakap walau jarang menarik perhatian sesiapa tapi kali ini (saya) sangat berjaya mencuri perhatian", "ia satu kejayaan" dan "ternyata mesej (saya) sampai".
Ketua Penerangan PAS Malaysia, Nasruddin Hassan, yang menulis mengenai betapa, "walaupun berhadapan dengan pelbagai tekanan kiri dan kanan, namun (saya) masih berupaya menyampaikan pandangan dan hujah disokong dengan fakta yang kuat" dan "penghujahan yang diutarakan (saya) sahaja sudah cukup komprehensif dari segala segi dan selayaknya itulah laras yang perlu dibahaskan secara teliti".
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, yang menulis mengenai "kepetahan saya berbicara tidaklah sehebat sebahagian penceramah yang hebat tetapi idea dan pandangan (saya) sangat bernas", "hujahan yang (saya) tampilkan dalam forum di Sinar Harian semalam sangat bernas dan akademik" dan "ia perlu dinilai menerusi neraca akademik bukannya neraca emosi".
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Datuk Nik Abdul Aziz, yang menulis mengenai betapa "(beliau) berbangga dengan (saya) kerana pandangan-pandangan intelektual (saya) terhadap politik tanah air", "'ada ubi ada batas' adalah doa (saya) sebagai seorang yang rasa dipermainkan atau diperangkap oleh 'tuan rumah'" dan "(beliau) amin-kan 10 kali".
Ahli Majlis Tertinggi Umno Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, yang menulis mengenai betapa "Tun patut mari awal lagi waktu sebut fakta-fakta bagaimana Tok Guru sebagai orang tua yang patut tak jadi menteri besar, nyanyuk dan lain-lain" dan "insya Allah kebenaran akhirnya akan tertegak walaupun ramai yang masih dalam lamunan mimpi".
Sekali lagi terima kasih saya ucapkan kepada semua di atas sokongan, pandangan dan teguran dari semua pihak kepada saya, baik yang berbuat demikian atas nama pertubuhan, termasuk beberapa pertubuhan bukan kerajaan, mahupun atas nama individu.

Dr Kamarul Zaman Yusoffmerupakan pensyarah Universiti Utara Malaysia. 
Tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi Malaysiakini