Sunday, 25 February 2018

ROBERT KUOK: NAJIB LEBIH PERCAYA PADA RAJA PETRA DARI TUN ISMAIL


HUBUNGAN KUOK DENGAN BEIJING
The Star malam ni lapor PMO akui kejayaan robert kuok sebagai warga berjaya. Ha ha...apa dah jadi? Hulubalang umno terkedu agaknya bila PMO perlu buat statement. Kenapa PMO keluar statement walhal najib pun dah komen?

Saya rasa robert kuok ada bisik apa2 kat telinga pembesar2 beijing. Mamat ni bukan jaguh kampung; he is well connected. Lagi tamparan pada Najib.
Komen Terpileh:
Anonymous26 February 2018 at 16:11
Ahli2 perniagaan cina bukan rasa bahang NEP. Selepas NEP pun cina boleh berniaga. Mereka kecewa dgn kepimpinan pak lah dan najib. Contoh terbaik isu Monsoon Cup yg tah apa apa di zaman pak lah, ramai ke usahawan terengganu dapat manfaat lumba kapal?

Sekarang pulak isu lembu condo, felda, MARA, 1mdb. Apa kesudahannya?

Cukai gst dikenakan; tapi hospital kurang ubat. Statistik ekonomi bagus tapi suruh graduan bawak uber dan jual nasi lemak. Kata brjuta peluang pekerjaan diujudkan tapi banyak graduan menganggur, kedai KR1M pun tutup...tah apa apa punya ekonomi.

Usahawan spt robert kuok dan tokey mydin peka dgn situasi perniagaan. Bila dia orang bukak mulut; bukan cakap sebarangan, mereka juga jaga kredibiliti.
NAJIB PERCAYA PADA RAJA.......
Saya tidak tahu kenapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib merasa perlu untuk  turut mengapikan sentimen dan emosi Melayu terhadap orang terkaya di Malaysia Tan Sri Robert Kuok berasaskan kepada maklumat seorang yang diketahui umum tidak mempuyai kredebiliti tanpa merujukan peranan Kuok  dalam sejarah negara terutamanya dalam usaha mengadakan hubungan dengan Republik Rakyat China  dan juga dalam masa peristiwa 13 Mei.

Najib nampaknya percaya kepada dakwaan Raja Petra Kamaruddin bahawa Kuok mempunyai agenda untuk menggantikan pemerintahan kerajaan sedia ada dengan DAP bagi membolehkan kaum Cina menjadi pemerintah di negara ini.

Jika Najib lebih berhati-hati dan merujuk kepada buku The RELUCTANT POLITICIAN Tun Dr. Ismail and His Time( Muka 6,49,171,172,189,194,217 ,226) maka  mungkin Najib tidak bagitu mudah membuat anggapan buruk terhadap Robert Kuok yang menghakiskan kehormatan terhadap dirinya sendiri.

Tidaklah perlu bagi beliau mengungkit kejayaan Robert Kuok sebab pertolongan  kerajaan. Ada orang Cina lain yang kaya dengan mudah yang menjadi pertanyaan rakyat yang belum dijelaskan. 

Robert Kuok adalah rakan   rapat Allahyarham  Timbalan Perdana Menteri Tun Dr. Ismail dan keluarganya malah beliaulah yang menjadikan Tun Ismail sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Malayan Sugar Refinery  dan memilihnya  menganggotai Lembaga Pengarah Guthrie Corporation setelah  beliau meletakkan jawatan kerana sebab-sebab kesihatan pada 1967.

Kuok  adalah sahabat karib dan rakan kepercayaan Tun Ismail yang diajaknya  berunding dalam masalah nasional terutama dalam soal hubungan antara kaum dan  keselamatan negara sehingga  Kuok menganggap Tun Ismail sebagai "The most non-racial,non racist Malay I have met in My life"(PG 263).

Malah untuk membuat ucapannya yang sangat penting dalam masa kegentingan rusuhan 13 Mei  Tun Ismail  telah memanggil Kuok supaya terbang dari Singapore untuk menyemak ucapannya dengan pantas untuk disampaikan  menerusi telivisyen setelah Tunku gagal untuk menenangkan rakyat.

Kuok telah meminda beberapa bahagian dengan persetujuan  Tun Ismail.(Muka 192).Inilah ucapan yang sangat berkesan  yang mengembalikan keyakinan rakyat kepada negara ini apabila Tun Ismail mengistiharkan "Democracy is dead in this Country" tetapi beliau kemudian memberitahu para wartawan" A Poweful govemrment is  one that is not afraid to practise democracy"

Kuok juga yang  mengatur persediaan lawatan rombongan Malaysia bagi mengadakan perbincangan awal untuk mengadakan hubungan Malaysia  China diatas  tiga isu besar sebelum lawatan Perdana Meneri  iaitu mengenai sokongan Parti Komunis China kepada Parti Komunis Malaya, kedudukan orang  Cina yang berasal dari China dan juga mengenai perjanjian pertahanan Malaysia dengan Britain

Mungkin dalam keadaan cemas, lemas  dan panik menghadapi pilihanraya, Najib begitu mudah percaya kepada apa juga maklumat yang diberikan kepadanya tanpa menimbangkan samaada maklumat itu fake.

Ini adalah oleh kerana beliau percaya semua maklumat dari penyokong UMNO dan kerajaan adalah benar belaka terutamanya yang datang dari Raja Petra.

MCA Youth holds demo to demand Nazri apologisePublished on   |  Modified on 
A group of MCA Youth members held a demonstration to demand an apology from Tourism and Culture Minister Nazri Aziz over his remarks on business tycoon Robert Kuok and MCA.
The demonstration was held outside Wisma MCA in Kuala Lumpur today, amidst the party’s 69th-anniversary celebration at the MCA headquarters.
“Actually, today we did not intend to hold any demonstration but this is the wishes from the grassroots.
"We respect what the grassroots want and we held a demonstration,” said MCA Youth secretary-general Leong Kim Soon to reporters after the demonstration...

Saturday, 24 February 2018

NAJIB MAKAN BERAS AMERIKA TAMBAH KERJA BAGI SALLEH SAID KERUAK

Komen:
QUINOA AKAN JADI PILIHAN WALAU PUN  TAK SEDAP





Sekarang sedang heboh antara Beras tempatan vs Quinoa


Yang mana lebih hebat dari sudut harga hingga ke sudut politik


Ada satu lagi yg juga elok untuk di perbahas kan sekurang kurangnya akan memberi pengetahuan kepada rakyat Malaysia,, contoh nya dulu rakyat Malaysia tidak ramai yg pernah dengar perkataan Billion dan ada antara yg tak tahu yg Billion tu wujud dan ada berapa kosong


Tapi sekarang berbeza rakyat marhein yg buku wang simpanan yg tidah pernah mencecah jumlah 10ribu juga tahu menyebut Billion. Gulungan nelayan penoreh getah dan gulungan bawahan juga dah kenal denganBillion termasuk broker broker maut juga bercakap tentang  projek Billion Billion,


Terbaru rakyat Malaysia gulungan bawahan pula di dedah kan dengan Quinoa


Maka akan berlaku lah satu evolusi baru,, dan mungkin jualan Quioa di pasaraya juga meningkat, dan munkin ramai penjawat awam dan org politik akan membeli Quinoa untuk menjamu tetamu vip yg berkunjung kerumah mereka ,  walau pun rasa Quinoa tak sesedap nasi tempatan atau beras Basmathi,, tetapi Quinoa akan menjadi pilihan,,


Sama apa yg berlaku dengan kempen jangan merokok Tun Abdullah TAKNAK


Yang mana telah mengeluar kan peruntukan perbelanjaan yg tinggi dan akhir nya bila Najib naik maka bertukar lah mood penjawat awam dan org politik dari rokok kepada CIGAR,,, maka ramai lah mula kenal CIGAR dan mula membeli Cigar yg berharga mahal yg mana tampa segan silu membeli Cigar yg lebih mahal dari pemdapatan Bulanan dan ada CIGAR yg lebih mahal dari DADAH ,

Twitter:
  1. PEMAKAN2 DEDAK SEDANG CARI JAWAPAN NAK BANTU SALLEH SAID KERUAK. MEREKA SEPAKAT NAK MINTAK TAMBAH DEDAK DARI DERMA ARAB NAK BELI BERAS QUINOA DARI AS NAK RASA APA YANG NAJIB RASA.

  2. Kerja baru bagi Salleh Said Keruak , Dahlan dan pemakan dedak nak bersihkan Najib tersilap makan beras Amerika dekat Pilihanraya. Bukan shj rakyat marah pemakan dedak pun marah kerja bertambah

  3. Najib buktikan tak dapat rasakan perasaan rakyat dg kenyataan yg memisahkan diriya dari rakyat dg beritahu dia makan nasi beras quinoa dari US dan salahkah Mahathir jika terus tawan hati rakyat dg beritahu dia hanya makan beras tempatan
  4. Kata lidah rasmi Umno Utusan Malaysia Pakatan Harapan tidak berhenti berebut jawatan.Dlm UMNO ketua2 bahagian dan wakil2 rakyat mulai bercakaran mahukan pencalunan MP dan ADUN-AWANG TAK SELAMAT





Selfies, warm wishes meet Dr Mahathir during Bangsar breakfast

Tun Mahathir diberikan sambutan hangat oleh pengunjung-pengunjung berbilang kaum  di sebuah restoran daun pisang di Bangsar pagi ini


RAKYAT JOHOR TAK SUKA KERAJAAN PERSEKTUAN



MENTERI Besar Johor Khaled Nordin tampil mempertahankan kerajaan persekutuan bawah pimpinan Perdana Menteri Najib Razak yang mendukung kerajaan negeri itu selama ini.
Katanya, pengundi perlu mengekalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memastikan kesejahteraan di negeri itu berkekalan.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai hasil satu tinjauan baru-baru ini yang menunjukkan ramai warga Johor berpuas hati dengan kerajaan negeri tetapi tidak berpuas hati dengan Putrajaya.
"Itu mungkin sesuatu yang pada pandangan sebahagian pengundi, tapi kita percaya berasaskan kepada pandangan, bahawa sebahagian masyarakat (lebih gemar) terhadap kerajaan negeri (berbanding kerajaan persekutuan)," katanya.
Beliau mengulas hasil tinjauan oleh Merdeka Centre for Opinion Research pada bulan lalu yang menunjukkan, 55% warga Johor tidak berpuas hati dengan kerajaan persekutuan.
Namun, 68% daripada 1,007 orang responden tersebut setuju bahawa pentadbiran Johor menghala ke arah yang betul, dan hanya 26% tidak bersetuju.
Sentimen positif ke atas Khaled juga tinggi, pada kadar 58% berbanding hanya 17% yang tidak berpuas hati dengan pentadbirannya.  
Responden berkenaan berpendapat, kekuatan Khaled adalah pada kemahiran pengurusan, mutu kepemimpinan dan keprihatinan terhadap kebajikan warga Johor.
PETANI KEDAH DALAM KEADAAN BERHUTANG


A woman burning padi straw as the sun sets in Kubang Rotan, Kedah. Costs to hire workers to plant seedlings, spray pesticides and rent tilling and harvesting machines have gone up, leading many farmer to debts. – The Malaysian Insight pic by Hasnoor Hussain, February 25, 2018.

Wednesday, 21 February 2018

NAMEWEE KURANG AJAR KERANA AJARAN NAZRI YANG BELAJAR KURANG AJAR DARI MAHATHIR


BN telah mendapat suatu isu perkauman baru dengan  mendakwa Namewee yang pernah menghina Lagu Negaraku dengan Negarakuku telah pula mengedar klip video "Lika A Dog" yang dikatakan  di filemkan di hadapan Masjid Putrajaya  yang boleh menggugat keharmonian kaum di negara ini.

Tetapi sesiapa yang melihat klip video  penjelasan dari Namewee mungkin akan memaafkan Namewee kerana laporan mengenai video itu telah di fake kan yang  disebarkan kebanyakannya oleh  media  yang memperjuangkan supaya  diwujudkan akta fake demi untuk kepentingan menghadapi pilihanraya.

Yang menarik dalam isu ini  ialah kemunculan Menteri  Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang pernah menjadi hero kepada Namewee  menuntut supaya Namewee segera disiasat dan ditahan oleh polis.

Beliau nampaknya seperti tidak sabar menunggu  Menteri Dalam Negeri menjalankan tugasnya sehingga  mencampuri urusan kementerian lain.

Barangkali Nazri hendak membasuh dosanya kerana  beliaulah yang mengajar Namewee menjadi "kurang ajar" apabila memberi penghormatan kepada Namewee untuk menemuinya di Parlimen dalam pakaian yang tidak sopan ketika kemarahan rakyat sedang memuncak kepada Namewee kerana menghina lagu Negaraku.

Beliau sebenarnya boleh menemui Namewee di pejabatnya tetapi kerana hendak menunjukkan sikapnya sebagai seorang menteri yang paling liberal dalam kabinet Najib yang berhasrat mahu  memberikan demokrasi yang lebih baik kepada rakyat dari apa yang diberikan oleh Tun Mahathir maka Parlimenlah yang lebih sesuai untuk publisiti dan populariti.

Sekarang senjata makan tuan.

Dalam hal ini Nazri boleh mendakwa dia mengajar Namewee menjadi kurang ajar kerana dia telah dikurang ajarkan oleh Tun Mahathir seperti didakwanya.

Nazri mendakwa   berlaku adil kepada Namewee sebelum ini  kerana penyanyi kontroversi itu  tidak menyentuh atau mengaitkan dengan agama khususnya Islam.

Nazri  menunjukkan kemesraan kepada Namewee walaupun  tidak menunjukkan penghormatan kepada lagu negaraku yang merupakan roh  bangsa, agama dan negara ini. Nazri lebih kuat keugamaannya dari kebangsaannya.

Hidup  Nazri! Hidup Nazri! Hidup Nazri! boleh menang lagi


PERBEZAAN JOHOR ERA MAHATHIR DAN SEKARANG

Disillusionment with BN grows as inflation goes up in Johor





MECHANIC Leong remembers the days when government agencies would pay him promptly for repairing their vehicles at his workshop on the outskirts of Johor Baru.
“When Dr Mahathir was in charge, it was easier. It was easier to collect payment because the economy was good,” he told The Malaysian Insight of the days under former prime minister Dr Mahathir Mohamad.
“Now, it’s hard to collect payment,” said the father of two in lamenting the state of the economy today.
Leong’s complaints were echoed by other Johoreans in their mid-50s, who said they were more financially squeezed these days compared to a year ago.
Their anger over the rise in living costs is the top most issue in Johor – a Barisan Nasional fortress that is under assault from opposition coalition Pakatan Harapan.
Johor PH, which is being led by former Umno leader and menteri besar Muhiyiddin Yassin, hopes to capitalise on the anguish over pocket-book issues among Johoreans to take over the state.
However, despite seething anger over bread-and-butter issues, some Johoreans met by The Malaysian Insight said they did not think it would affect support for BN.  
A survey by the Merdeka Centre of Opinion Research revealed that 50% of 1,007 respondents in Johor chose cost of living as their top concern.
About 64% of respondents said they were dissatisfied with the federal government’s handling of the economy.
The feeling of being financially squeezed has influenced their mood on the direction of the country, where 57% of those surveyed said they believed it was headed in the wrong direction.
“Voter sentiments in Johor appear to mirror the national mood in its negative sentiments towards economic pressures as well as conduct of the government,” said the Merdeka Centre, which ran the poll in January.
PH is betting that this anger will sway Johoreans who in the past had been staunch BN supporters.
In the 13th general election BN swept 21 out of Johor’s 26 parliamentary seats. In the 2008 election, it won all but one of those parliamentary constituencies.  
At the state level, BN retained a two-thirds majority in the Johor legislature by winning 38 out of 56 seats in the 2013 polls. But it was also a year in which opposition parties DAP, PKR and PAS made big inroads into the state.
In GE13, DAP won 13 seats, PAS four and PKR one seat.
BN support
Retiree-turned taxi driver Alias Mohd Jamil is one of those BN supporters who could have a change of heart during polling day due to how cash strapped he feels now.
“Honestly, ever since I started voting, I’ve never voted for anyone else except BN. But now that I am being squeezed like this, I am thinking choosing someone else,” the 56-year-old said.
“I don’t care who becomes the government, as long as they do not burden the people like this,” said-Dari Malaysian Insight