Sunday, 28 January 2018

SIASAT TUN HASMAH SABATOJ DARI DALAM TERHADAP NAJIB


DR.SITI HASMAH TIDAK PERNAH DISOAL SIASAT

Isteri bekas Perdana Menteri Dr.Siti Hasmah tidak pernah disoal siasat oleh pihak polis mengenai penyertaannya dalam perhimpunan " Toxic Politics" September tahun lalu sebaliknya hanya mengambil kenyataan darinya berhubung dengan perhimpunan haram itu.

Demikian dijelaskan oleh Ketua CID Bukit Aman Wan Ahmad Najmuddin Mohd yang juga menegaskan bahawa kenyataan diambil dari Siti Hasmah secara profesional  dengan menghormati kedudukan dan statusnya.Beliau tidak pernah disoal siasat.

Bagaimanapun rakyat pada umumnya tidak dapat membezakan antara soal siasat dan megambil kenyataan malah faktor usia Dr.Hasmah telah menimbulkan rasa simpati yang meluas dan memberikan keuntungan politik yang besar kepada pembangkang khususnya BERSATU.

Perasaan simpati ini meluas melampaui batas kaum dan peringkat  masyarakat termasuk bekas-bekas menteri merasa tidak wajar Tun Dr Hasmah yg sudah berumur lebih 90tahun menghadapi siasatan polis..

Mereka juga tidak percaya Datuk Sri Najib akan melakukan arahan politik yg bersifat menggali kubur sendiri.
Reaksi yg timbul adalah simpati yg amat tinggi kepada Tun Hasmah dan kutukan yg bertubi-tubi terhadap NAJIB.
Tentunya Najib dapat mejangkakan ini.
Maka itu orang ramai tidak percaya beliau yg memberikan arahan tetapi sebaliknya ini adalah usaha menggunting dlm lipatan yg bertujuan utk sabotaj Najib dari  sebelum pilihanraya 14. Semua tuduhan sekarang dihadapkan pd NAJIB.

Orang-orang UMNO sendiri berfikir bahawa apa juga cara peyiasatan oleh polis terhadap Dr.Siti Hasmah patut ditangguhkan dulu kerana UMNO adalah berada dalam keadaan yang amat runcing dan mencemaskan dalam menghadapi Pilihanraya ke 14. Patutnya ada orang yang menasihatkan Najib dalam hal ini.

Friday, 26 January 2018

ORANG SOKONG UMNO TAPI NAJIB ADALAH WABAK

  1. Ambil ingatan: orang sokong UMNO tapi tak sokong Najib maka itu orang tak sokong UMNO. Jika Najib letak jawatan sebelum pilihanraya orang akan kembali sokong UMNO. Najib Wabak.
  2. Terbanglah ke Pekan Baru Ibu negeri Riau utk makan durian yg harganya bagi 10 biji yg terbaik lebih murah dari kos penerbangan dibandingkan dg harga durian di Malaysia ekoran kejayaan Najib export durian ke China
  3. BN dlm panik,ikan murah dibungkus simbol BN Umno, kain batik,kain ela tuala diberi percuma,ekonomi buruk dicerita indah,tokoh tak laku jadi celebrity TV dan akhirnya Amok GST membongkar segala
  4. Cerita indah ekonomi ini tidak difahami dan dirasakan oleh rakyat bawahan kecuali gulongan atasan yg tidak rasakan kesakitan ekonomi
  5. Orang Malaysia lebih bertumpu ke Bandung utk shopping dari mencari keindahan alam tanah Minang.Pandangan Danau Meninjau dari Puncak Lawang
  6. Haji Hadi Pas sindir Dr. Mahathir nak utamakan bahasa Inggeris.Ini lebih baik dari momondokan fikiran Melayu yg mungkin menyebabkan Melayu dan Islam tak bermaruah dinegara sendiri
  7. Sokong penuh hasrat Sultan Johor utk pindaan Perlembagaan jika bertujuan utk menjernihkan kedaulatan di raja dari tercemar oleh politik sesuai dg kesedaran semasa
  8. Tun Mahathir nak tahu siapakah calun PM pilihan Pas. sudah gaharu cendana pula sudah tahu bertanya pula : Mestilah Najib dan Hadi TPM
  9. Najib mahu siasatan kes jualan tanah Felda Jln Semarak diteruskan. Siapa selamat dan siapa tak selamat. Rakyat sedang meneka.
  10. TUNGGU DAN LIHAT SEJAUH MANA SANDIWARA INI. ADA DOSA KP PENEROKA YG TAK BOLEH DI TRANSFER
  11. Jika tiada tangkapan atau sesiapa dihadapkan di mahkamah maka cerita FELDA DAPAT BALIK TANAH SEMARAK INI hanyalah sandiwara utk tutup dosa lebih besar kp peneroka Felda