Tuesday, 28 November 2017

BERPISAH DENGAN KEKASIH YANG BERHARGA.

Menyerahkan buku TunRazak: Jejak Bertapak Seorang Patriot
kepada Timbalan Ketua Perpustakaan UIM Azman Abdul Rahim
Setelah berfikir panjang dan merenung jauh kehadapan saya mengambil keputusan untuk berpisah dari bahan-bahan kesayangan saya yang tersimpan di perpustakaan kecil di rumah saya demi untuk kepentingan mereka yang mencintai sejarah dan mencintai buku.

Saya telah menyerahkan bahan-bahan ini kepada Universiti Islam Malaysia. Diantaranya ialah bahan-bahan sejarah Utusan Melayu yang sukar lagi untuk ditemui, keratan-keratan berita saya dan juga tulisan-tulisan saya lainnya yang bernilai sejarah, surat-surat asal Tun Dr.Mahathir kepada saya, Interview TV dengan Tun Ghafar Baba dan kontroversi saya dalam Parlimen mengenai video Kelantan dalam Gerhana dan sebagainya.

Paling banyak buku-buku yang telah saya baca dan juga yang belum dibaca walaupun dibeli untuk di baca yang  telah banyak memberikan faedah kepada saya sebagai bahan rujukan penulisan dan bagi mengenangkan masa lalu.

Saya juga menyumbangkan semua buku karya saya. Antaranya Mahathir di Sebalik Tabir dan Tun Razak: Jejak Bertapak Seorang Patriot.

Seorang rakan saya Tan Sri Johan Jaafar mencatitkan kepada saya " There' s no shamed in leaving the books on your self unread." Tetapi saya merasa berdosa jika telah berfaedah kepada saya tetapi tidak dikongsi bersama dengan lebih ramai orang.

Bagaimanapun  ada juga buku-buku yang terus mengikat saya yang saya tidak sanggup melepaskannya buat waktu ini tetapi saya terfikir siapakah yang akan membaca bila saya sudah tiada lagi. Zaman depan bukan zaman buku tetapi zaman semuanya di hujung jari anda (online). 

Terima Kasih kepada buku-buku yang telah memberi faedah kepada saya dan saya  terhutang budi kepada Allahyarham Tan Sri Mazlan Nordin Ketua Pengarang Utusan Melayu yang telah mendidik saya menjadi seorang terpelajar menerusi pembacaan.

Jika anda tertarik untuk mengetahui latar belakang sejarah pembentukan kehidupan saya dari awal maka bukalah You Tube di bawah tajuk Library Universiti Islam Malaysia. Saya merasa besar dengan pencapaian saya kerana saya tidak melalui proses biasa.

Thursday, 23 November 2017

SAYA TAHU MAHATHIR TAK PERCAYA ANWAR LIWAT HINGGA SAAT TERAKHIR.











MESTI POSITIF LIHAT ANWAR AKHIRI POLITIK BERSAMA TUN
KOMEN:
Saya pelik sebenarnya. Kapal dah nak tenggelam tapi melayu masih nak bernostalgia dgn cerita2 lama seolah2 tiada kesudahan. Tiada siapa pun yg keramat dalam politik Malaysia ni. Tak kira la pak2 lebai serban seribu lilit ke...melayu ultra ke...melayu reformasi ke...kesemuanya mengamalkan politik pelbagai ragam. Yang pasti era keempat2 Perdana Menteri Malaysia memberi banyak rahmat kepada rakyat khususnya org2 melayu. Selepas itu kita hanya bersandarkan retorik2 politik melayu yg bukan sahaja membodohkan pemikiran rakyat malah lebih teruk lagi mencuri hak2 rakyat dan memperalatkan agama. Suasana politik Malaysia skrg mmg jelas ibarat cerita Star Wars...dark side vs light side.

Sekarang adalah masa utk kita berpihak sebelah mana dan bukannya mengungkit kisah2 silam yg tiada kesudahan. Tun M bukan la keramat hidup tetapi beliau terbukti strategis yg unggul. Anuar juga bukan keramat hidup tetapi kesanggupan beliau utk mengakhiri perjuangan politiknya bersama Tun M sepatutnya dilihat secara positif oleh org2 Melayu. Begitu juga LKS, LGE, Bang Mat Sabu dan lain2 termasuklah pemimpin2 muda seperti Mukhriz, Nurul Izzah, Husam Musa dan Azmin. Kesemua ahli2 politik pembangkang sudah pun bulat utk menjatuhkan regim Najib laki bini, anak beranak berserta angkatan2 lanun yg disokong kuat oleh penagih2 dedak yg kronik. PAS juga sudah bulat utk menjadi King Maker utk mengalahkan Cash is King sampai sanggup menjual agama dan pada yg sama menerima derma drp King of Cash yg sejak kebelakangan ini semakin kerap mencarut mcm org hilang akal.

Persoalan sekarang kepada rakyat Malaysia termasuk la saudara Zam, dengan siapa anda sanggup bersama? Lebih baik di arena cyber ini kita menjelaskan terang2 tanpa berada di tengah2 dgn siapa kita berpihak dan kenapa. Pendapat saya kita cuma membuang masa bernostalgia kisah2 silam si polan itu si polan ini sedangkan kita sendiri pun boleh berfikir sendiri sebagai manusia yg waras utk memilih utk percaya atau tidak. Tidak perlu utk kita turut mempengaruhi org lain utk perkara yg menjadi semakin remeh ditelan masa berbanding malapetaka yg sedang menghampiri kita seandainya fokus kita terpesong dek nostalgia2 lama. Kesemua itu hanya lah rencah2 politik...mainan harian YB2 kita.

Tugas kita sekarang adalah menyelamatkan negara dan generasi anak cucu kita. Saya selalu merenung mata anak saya...dan setiap kali itu lah saya benar2 insaf. Demi kesinambungan generasi dia, saya sudah pun membuat keputusan...UMNO sudah tidak boleh dipercayai lagi.
ReplyDelete

Zamkata: POLIS TERPAKSA PENTINGKAN MARUAH DAN KESELAMATAN NEGARA

Saya tahu Mahathir tak percaya Anwar melakukan liwat hingga saat terakhir malah polis takut utk beritahunya tapi polis terpaksa mengutamakan keselamatan dan masa depan negara.Pegawai-pegawai tinggi polis juga mengadapi masalah untuk meyakinkannya kerana imej agama Anwar terlalu besar kepada Mahathir dan Mahathir mudah percaya keada orang yang pandai bercakap dan karismatik seperti juga dia percaya keada Najib kerana keterampilannya.

Saya percaya Mahathir hanya percaya bila dia diyakinkan oleh orang rapat dengannya yang juga takut kepentingan ekonomi mereka terhakis bila Anwar berkuasa.

Dalam beberapa hal saya tersingkir sebagai Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu juga kerana Mahathir lebih percaya kepada Anwar yang ketika itu sokongan dari dalam parti semakin kuat sehingga Ghafar Baba juga tersingkir secara halus dan Mahathir tidak berbuat apa-apa.

Mahathir akan sanggup berbuat apa sahaja untuk kepentingan politik dan mencapai cita-citanya yang saya percaya bukan untuk kepentingan dirinya. Maka itu apabila saya berundur dari Utusan Melayu saya sedikit pun tidak mempunyai perasaan marah atau dendam kepadanya kerana saya percaya beliau perlu meneruskan perjuangannya yang belum selesai.

Saya tidak boleh menerima pemulihan hubungannya dengan Anwar tetapi itulah Mahathir yang dari awal percaya tidak ada musuh yang kekal dalam politik.Politik tidak mendarah daging dalam jiwa saya.Dalam permainan politik taraf Mahathir sama sahaja dengan Nazri Aziz yang sekarang bertukar menjadi pejuang Islam yang lebih kehadapan dari Pas demi untuk membunuh retorik Islam Pas.Cuma kita tahu matlamat Mahathir tetapi matlamat Nazir hanya hendak kekal dipinggir kuasa seperti Rais Yatim

Apapun saya percaya perjuangan Mahathir sekarang bukanlah untuk kepentinagn drinya atau anaknya Mukhriz tetapi adalah untuk menyelamatkan negara bangsa dan agama.

Friday, 17 November 2017

ISTERI PM ROSMAH DUDUK JAUH DARI ISTERI ANWAR WAN AZIZAH

ZAHID HAMIDI JUGA IKUT MELAWAT
  1. Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan isteri melawat bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Hospital hari ini.Ini mencetuskan harapan besar penyokong-penyokong Anwar terhadap kemungkinan Anwar dibebaskan lebih awal atas ehsan Perdana Menteri. Mahathir tak ada kuasa.

  2. Bagaimanapun gambar sensasi ini dengan jelas tidak menampakkan kehangatan persahabatan sebaliknya menepati kata - kata "dekat tetapi jauh."Ini mungkin tidak disedari oleh ramai orang yang hanya melihat luaran tetapi tidak nampak dalaman, kedudukan Datin Seri Rosmah Mansor  terpisah jauh dari isteri  Anwar Ibrahim, Datin Seri Wan Azizah, dipisahkan oleh katil.Kenapa Rosmah tidak terus pergi  duduk disamping Wan Azizah jika ada rasa persahabatan sejati. Demikianlah sebuah drama politik yang tidak natural, yang penuh dengan kepuraan, yang mudah mengelirukan  rakyat biasa.

  3. Tetapi demikianlah politik, penuh dengan hipokrasi dan kepalsuan untuk ditonton oleh rakyat.

  4. Nampaknya Anwar sebagai banduan menjadi rebutan politik. Najib juga sanggup melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa sekalipun memaafkan Anwar. Mungkin ini diluar jangkaan Mahathir sendiri.
  5. Hayat politik Anwar Ibrahim nampaknya semakin panjang dan suatu pusingan sosio politik yang tak dijangka sedang berlaku. Nilai moral sudah tidak lagi terpakai dalam politik Malaysia.

  6. Jika Tun Mahathir sanggup melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan Najib maka Najib juga menunjukkan dengan kuasa yang ada padanya beliau sanggup dan boleh melakukan lebih dari Mahathir   untuk mempertahankan dirinya.

Siapakah yang akan menang dalam pertarungan yang terhebat dalam sejarah politik pilihanraya  Malaysia? Yang pasti Najib telah melakukan sesuatu  yang bukan sahaja diluar perhitungan Mahathir tetapi juga di kalangan rakyat pada keseluruhannya dan banduan Anwar Ibrahim sedang memperhitungkan nilainya yang semakin mahal dalam politik negara.

TPM ZAHID HAMIDI PULA MELAWAT ANWAR IBRAHIM

Wednesday, 15 November 2017

BERITA HARIAN UTUSAN MALAYSIA MESTI PECAHKAN PEKONG DEDAHKAN MAHATHIR

Berita Harian dan Utusan Malaysia mestilah sanggup  untuk menyiarkan "pekong" di kalangan  kerajaan yang akan didedahkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir  sebagai tindak balas terhadap dua akhbar itu yang membongkar gaya hidup mewah cucu perempuannya.

Mahathir telah memberi amaran akan berbuat demikian kerana "dalam politik memburukkan orang lain menjadi strategi,"katanya

Jika BH dan UM  berani membuat pendedahan tetapi tidak sanggup  menyiarkan keburukan yang  akan didedahkan  oleh Tun maka ini akan memburukkan lagi imej kedua akhbar perdana itu yang pengedaran mereka  semakin parah menjunam sekarang.

Laporan yang bertujuan merosakkan imej Mahathir itu berpunca dari kedua akhbar itu  dan jika tindak balasnya  tak disiarkan mereka maka akan menelanjangi  ketidakadilan pemberitaan, kecemaran kredibiliti dan benar-benar  menjadi akhbar porpaganda murahan  yang tidak profesional. 

Mahathir diketahui umum sebagai seorang ahli politik yang sanggup pergi kepada langkah serendah-rendahnya dalam menjatuhkan lawannya.

Beliau dipercayai menyimpan banyak  cerita-cerita menarik tentang menteri-menteri di bawahnnya terutama yang melibatkan peribadi  yang hanya menunggu saat sesuai  untuk didedahkannya.
"Kamu pergi korek keburukan orang lain, saya boleh korek keburukan juga," kata Mahathir semasa sidang akhbar di pejabat Pakatan Harapan (HARAPAN) di parlimen hari ini.
Ahad lalu, Utusan Malaysia dan Berita Harian menyiarkan berita muka depan mengenai gaya hidup cucu bekas perdana menteri itu, Meera Alyanna Mukhriz.
Utusan Malaysia menerbitkan gambar Meera di atas kapal layar yang didakwa dinamakan sempena namanya dan mendakwa gadis itu sering memakai pakaian berjenama dan menjalani gaya hidup mewah.
Berita Harian, sebaliknya menerbitkan gambar-gambar Meera dan adik perempuannya Melia Serena di atas bot dengan kawan-kawannya.
Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz semalam berkata tidak ada semua pihak juga mahu tahu sumber kekayaan keluarga bekas perdana menteri itu.

Monday, 13 November 2017

DEMI MARUAH POLIS DAN NEGARA USIR SEGERA WARGA CHINA INI

  • Tweets, current page.
  •  
  • Tweets & replies
  •  
  • Media
  1. Adakah rakyat Malaysia yg bekerja di China akan berani menentang polis China?Bahaya yg dibawa atas jasa baik MCA bukan DAP.Sedarlah!

  2. TV3 sembunyikan pekerja dari China tetapi KOSMO dedahkan dan Utusan Malaysia kecilkan dimuka dlm.

  3. Buletin TV3 1.30.tak sebut warga asing yg ditahan serang polis warga China.kenaapa agaknya?. Nak sembunyikan kesan negatif investment China


PANDANGAN ZAMKATA:
Desakan Patriot(Persatuan Patriot Kebangsaan) supaya  pihak yang bertanggungjawab bertindak sekeras-kerasnya  mengusir warga China yang menyerang polis kerana melanggar undang-undang negara adalah sesuai dengan hasrat rakyat untuk melihat pasukan keselamatan negara ini terus dihormati, ditakuti dan berkesan dalam mengawal keselamatan negara.

Wajar bagi persatuan ini yang terdiri dari bekas pegawai-pegawai tinggi tentera dan polis untuk menyatakan kesal kerana sehingga ini  tidak ada suatu kenyataan yang tegas terutama dari Menteri Dalam Negeri untuk mempastikan sokongan yang kuat kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tindakan keras yang boleh meyakinkan rakyat.

Adakah dalam soal ini pun hendak diambil kira soal hubungan perdagangan dan lain-lainnya dengan China dengan bertolak  ansur dalam soal keselamatan, maruah polis, rakyat dan pimpinan negara? Sikap akhbar dan TV memperkecilkan berita ini menampakkan sikap kerajaan sebagai hendak menyembunyikan sesuatu.

Saya melihat pandangan Patriot ini  mengambil kira bukan sahaja dari sudut ekonomi tetapi keselamatan negara sekarang dan juga masa depan.

Saya bersetuju dengan kekesalan yang dicurahkan oleh Presiden Patriot Brig.Jeneral (Bersara) Mohd Arshad Raji kerana pihak berkuasa tidak mengeluarkan suatu kenyataan tegas dalam menghadapi cabaran yang menggemparkan rakyat.

Kata Patriot, warga negara asing ini  telah bertindak di luar batas dan memberi kesan negatif terhadap martabat negara yang menuntut suatu tindakan yang keras yang akan menjadi mesej untuk dihantar  keluar negara khususnya kepada warga asing yang bakal datang bekerja di  negara ini.
Patriot berkata :"Kami mendesak pihak bertanggungjawab bertindak sekeras-kerasnya
terhadap semua pesalah dengan mengusir mereka keluar daripada negara ini.
"Ini harus dilakukan serta-merta. tetapi kami tidak nampak sebarang kenyataan
 tegas dikeluarkan oleh pihak bertanggungjawab berkaitan kejadian ini," katanya 
dalam kenyataan hari ini.
Pada insiden yang berlaku pada pukul 10.30 malam itu, sejumlah warga China
 menyerang tujuh anggota polis berpakaian preman yang
 membuat pemeriksaan di tempat tinggal mereka kerana dijadikan tempat bermain judi.
Sejumlah 68 yang terlibat dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

 Setakat pagi semalam, lapan individu masih ditahan untuk siasatan lanjut.
Mohd Arshad berkata, tindakan tegas juga perlu bagi memberi pengajaran kepada

 pekerja asing lain agar sentiasa mematuhi undang-undang ketika berada din negara ini.
"Jika kerajaan tidak menunjukkan ketegasan dalam menangani rusuhan itu,

 kemungkinan kejadian sama boleh dilakukan pekerja negara lain yang berada di sini," 
Kumpulan Patriot terdiri daripada 25 pemegang jawatan dan kira-kira 100 ahli.

Para pemegang jawatan adalah Mohamad Arshad, Maj Mior Rosli Mior
Jaffar Kapten Kung Boon Chin, Laksamana Mior Rosdi,
Lt Kol Fabian Wong, Kol Kamal Omar, Kapten Zainuddin Che Din,
DSP Mior Roslan Mior Jaffar, Mejar Baldev Singh,
Kol Anthony Edgar Joseph , Lt Kol Yunus Ali, Kapten Dr Wong Ang Pe