Tuesday, 31 October 2017

PERGINYA SEORANG WAKIL PERTAMA UTUSAN MELAYU DAN TAN SRI MUHAMMAD ALI HASHIM



TAN SRI ALI MENINGGAL

Bekas Ketua Eksekutif JCorp TAN SRI MUHAMMAD ALI HASHIM TELAH MENINGGAL DUNIA HARIINI .SUATU NAMA BESAR YG MESTI DIPAHAT EMAS DLM SEJARAH NEGARA. SEORANG YANG CUBA MEMBAWA UNSUR UNSUR ISLAM DALAM DUNIA PERNIAGAAN DI MALAYSIA TETAPI TELAH DIFITNAHKAN. SAYA CUBA MEMBAWANYA KE UTUSAN MELAYU SELEPAS BELIAU DISINGKIRKAN TETAPI GAGAL.JENAZAH AKAN DIKEBUMIKAN SELEPAS ISYAK DI BUKIT KIARA- ALFATIHAH.

Wakil Utusan Melayu di Kuala Lumpur  yang pertama  Encik Hussein Abdul Hamid yang dihantar oleh Ketua Pengarang dan Pengarah Urusan Utusan Melayu Yusof Ishak pada tahun 1946 telah meninggal dunia di rumah anaknya  di Alam Impian Shah Alam pada subuh pagi ini ketika dalam  tidur di usia 94 tahun.

Jenazah Allah yarham akan dikebumikan  di Bukit Kiara  selepas Asar  dan akan lebih dahulu  ditempatkan  di Masjid ATaqwa  Taman Tun Ismail.

Gambar Allahyarham sedang meliputi upacara menaikan bendera UMNO bagi pertama kali  telah menjadi hiasan kulit buku sejarah Utusan Melayu Di Depan Api di Belakang Duri yang dihaselkan oleh saya 3 tahun yang lalu.

Keterangan gambar itu berbunyi: Wakil Utusan Melayu pertama Hussein Hamid sedang meliputi upacara menaikan bendera PEKEMBAR(UMNO) oleh Sultan Selangor Sultan Hishamudddin Alam Shah pada 13 April 1947 di Sultan Sulaiman Kelab Kampung Baru Kuala Lumpur

Dalam buku ini dicatitkan kedudukan Utusan Melayu yang beribu pejabat di Singapura setelah diasas oleh beberapa orang Meayu dengan diketuai oleh Yusof Ishak telah  menjdi semakin penting apabila ia menempatkan seorang wartawan yang baru berkhidmat sembilan bulan dengan Utusan sebagai wakilnya yang pertama selepas perang.Beliau ialah Hussein Abdul Hamid.

Hussein yang berkelulusan Senior Cambridge Grade 1 Raffles Institution Singapura menyertai  Utusan Melayu pada tahun 1945 ketika kerja-kerja pumulihan Utusan Melayu sedang dilakukan oleh Yusof slepas tamat perang Dua Keddua.

Yusof telah menempah pejabat Utusan di Kuala Lumpur di 157 Basrai Brothers Stationery,Batu Road( Sekrang Jalan Tuanku Abdul Rahman) kepunyaan seorang kawannya Noor Basrai yang menyediakan sebuah meja kecil di satu sudut untuk Hussein menjalankan kerjanya dan sebuah bilik tidur dengan sewaannya $50 sebulan.

Oleh kerana ketibaannya pada hari Ahad dan semua kedai ditutup,Hussein tidak dapat  membeli tilam dan tidur di atas lantai dengan bertikarkan surat khabar dan berbantalkan beg pakaiannya.

Sebagai wakil Utuan ,Hussein diberikan tanggungjawab untuk meliputi semua berita jenayah,sukan dan umum dan juga membuka cawangan baharu bagi menigkatkan jualan akhbar disamping menjalankan tugas kutipan iklan.Beliau sendiri yang menjalankan tugas menghantar khbar dan berita ke pejabat pos untk kemudian di hantar ke Singapura.

Beliau membuka wakil-wakil penjual Utusan di Kajang,Semenyeh,Beranang,Kuang,Port Swettenham,Tapah dan Tanjung Malim di samping aktif membuat laporan berita mengenai perkembangan politik Melayu terutamanya UMNO yang giat membka cawangan.Laporan mengenainya membantu kenaikan pasaran Utusan Melayu.

Bagaimanapun tidak lama kemudian Hussein telah dibuang kerja oleh Yusof dengan bayaran gaji sebulan kerana bertanya kenapa gaji adiknya Aziz Ishak yang menggantiknnya di Kuala Lumpur meleibihi gajinya, Yusof memberitahunya " Ini adalah perkara keluarga".

 Yusof mempunyai saham terbesar dalam Uusan Melayu masa itu.Hussein dibayar sebulan gaji  dan sebulan lagi gaji sebagai ganti notis tamat perkhidmatan serta merta. Hussein meanggap Yusof sebagai diktator.

Yusof juga menghantar  Samad Ismail ke Jakarta sebagai wakil Utusan untuk memisahkannya dari gulongan komunis dan sosialis di Singapura atas kehendak Tunku Abdul Rahman yang tidak mahu Samad datang berkhidmat dengan Utusan di Kuala Lumpur kerana meanggapnya sebagai seorang komunis. Samad meletakan jawatan.

Sejak itu putuslah hubungan Samad dengan Yusof yang merupakan trajidi pedih di Utusan kerana kedua mereka bersama membina Utusan Melayu ketaraf yang dihormati semua kaum kerana menjadi suara berani rakyat.

Nota: Yusof Ishak Penaja Utusan Melayu dan Pengarah Urusan Utusan Melayu yang pertama yang ditubuhkan  di Singapura pada tahun 1938(Utusan mulai terbit sebagai akhbar harian jawi pada 1939) adalah merupakan Presiden Singapura yang pertama.

Beliau mulanya diambil oleh Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew(LKY) sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Singapura setelah disingkirkan oleh Tunku Abdul Rahman Presiden UMNO kerana beliau gagal untuk mengawal gulongan komunis dan sosialis yang pro Indonesia dalam Utusan Melayu.

Beliau kemudiannya diangkat menjadi Yang Dipertuan Negara Singapura dan seterusnya sebagai Presiden Singapura oleh LKY bila Singapura merdeka. LKY mengenali Yusof bila menjadi peguam Utusan yang pertama.  

Sunday, 29 October 2017

MUSNAH UMNO KERANA NILAI METERIALISTIK DISEMAI DR.MAHATHIR

Nabihah HamidTHE MALAYSIAN INSIGHT diterbitkan pada 29 Oct 2017  Musnah Umno kerana nilai materialistik disemai Dr Mahathir
BEKAS menteri Umno, Zainuddin Maidin menyalahkan Dr Mahathir Mohamad kerana nilai materialistik yang disemainya menjadi punca kemusnahan parti Melayu itu.
Dalam bukunya bertajuk “Pergi Mampuslah Umno” yang menghimpunkan tulisan blognya, bekas ketua pengarang Utusan Melayu itu berkata Dr Mahathir kini perlu “membayar” kepincangan sikap materalistik pemimpin dan bangsa Melayu yang lahir pada zamannya.
“Walaupun tajuk itu ganas tetapi pada keseluruhannya akan dapat rasionalisasi dengan keadaan (Umno dan politik) sekarang. Saya beri tanggungjawab apa yang berlaku sekarang kepada Dr Mahathir.
“Beliau dari awal bersikap bahawa untuk menjadi orang Melayu bermaruah dan terhormat mestilah bersandarkan materialistik. Orang Melayu mesti kaya dan selain menguasai politik perlu menguasai ekonomi Melayu.
“Betul tapi dalam proses membentuk masyarakat ekonomi yang kuat dalam beberapa hal (Dr) Mahathir mengetepikan nilai-nilai yang baik. Tidak hairanlah Najib kata ‘money is the king’,” katanya dalam satu temubual bersama The Malaysian Insight baru-baru ini.
Najib Razak sebelum ini dilaporkan menggunakan pendekatan “cash is king” pada pertemuan di White House saat mengumumkan pelaburan berbilion ringgit dalam ekonomi Amerika Syarikat (AS).
Walaupun anak kelahiran Kedah itu hanya menyertai Umno pada 2004 selepas menjadi calon pilihan raya umum (PRU), beliau mendakwa dirinya lebih menjiwai Umno berbanding pemimpin lain termasuk Perdana Menteri Najib Razak.
“Saya umur 18 tahun sudah mengikuti perkembangan Tunku Abdul Rahman. Saya melihat Umno dari awal. Apa yang Najib buat saya kecewa. Saya bandingkan semua PM (perdana menteri) tak pernah saya rasa seperti keadaan sekarang,” kata bekas ahli Parlimen Merbok itu.
“Saya lebih Umno dari Najib. Mana yang mengata saya, mereka hanyalah budak hingusan,” katanya yang terlalu kecewa dengan pentadbiran Najib kini kerana terpalit pelbagai skandal.
Untuk menzahirkan kecewanya, Zainuddin, 77, yang dikenali sebagai Zam menerbitkan kompilasi tulisan blognya sejak 2013. Sebanyak 5,000 naskhah diterbitkan dan mula dijual 20 Oktober yang lalu.
Buku itu mendapat jualan memberangsangkan melalui jualan atas talian dan turut dijual di kedai-kedai buku tempatan dan lebih 20 pengedar dilantik di seluruh negara
Tolak gejala rasuah, Dr Mahathir hanya retorik
Mengakui pemerintahan Najib dicemari pelbagai skandal rasuah, Zainudin menambah gejala itu terus berlaku kerana sikap pejam mata Dr Mahathir yang tidak tegas menanganinya sepanjang 22 tahun pentadbirannya.
Amalan kronisme berlaku pada zaman Dr Mahathir, bahkan, anaknya sendiri dilabel jutawan dan modal itu sering digunakan media Umno untuk mengkritik Dr Mahathir.
“Walaupun dia (Dr Mahathir) tahu orang ini menggunakan wang untuk kepentingan diri, tapi dia pejam mata kerana kroni dan kawan dia. Berapa banyak masa zaman dia,” katanya tanpa menamakan sesiapa yang terlibat.
“Anda hendak betulkan keadaan dan anda bercakap retorik, masyarakat kena bersih. Tetapi orang tahu anda tidak bersih. Macam Dr Mahathir tak sepatutnya timbul, anak anda jadi jutawan,” katanya lagi.






Untuk menzahirkan kecewanya, Zainuddin menerbitkan kompilasi tulisan blognya sejak 2013. Sebanyak 5,000 naskhah diterbitkan dan mula dijual 20 Oktober yang lalu. Buku bertajuk
Untuk menzahirkan kecewanya, Zainuddin menerbitkan kompilasi tulisan blognya sejak 2013. Sebanyak 5,000 naskhah diterbitkan dan mula dijual 20 Oktober yang lalu. Buku bertajuk

Pada 2010, hasil kaji selidik majalah Malaysian Business menyenaraikan anaknya, Mokhzani Mahathir tersenarai dalam 20 orang terkaya di Malaysia, lapor Malaysiakini.
Pemimpin Parti Kita Zamil Ibrahim pada 2015 pula pernah menuntut penjelasan pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mengenai kehidupan mewah anak-anaknya yang dikatakan memiliki kereta mewah berharga berjuta ringgit dan jet peribadi, lapor Mstar Online.
Namun, Dr Mahathir menjelaskan anaknya bukanlah seperti yang disangkakan kerana perlu mereka juga perlu membuat pinjaman kewangan untuk membiayai perniagaan.
Masih setia dengan Umno walau rasa dikhianati
Walaupun kecewa dengan parti terbesar Melayu itu, Zainudin masih setia dan enggan keluar dari Umno mahupun menyertai parti lain.
“Umno, ibarat saya mencintai seorang wanita dengan kasih sayang yang ikhlas. Tapi apabila wanita itu mengkhianati saya. Saya tak boleh hapuskan perasaan cinta. Saya tak sanggup menceraikannya.
“Saya tidak akan menjadi mana-mana anggota parti politik kerana saya tidak ada cita-cita politik. Kewartawanan adalah medan perjuangan saya secara sendirian,” katanya lagi.
Justeru, beliau sebagai bekas wartawan akan sentiasa memberikan kritikan membina demi memastikan kesejahteraan negara sentiasa dijaga.
“Saya masih dengan jiwa kewartawanan saya dan akan terus bersuara. Saya tidak berminat dengan politik mahupun sertai mana-mana parti,” katanya lagi. – 29 Oktober, 2017.

Anda boleh membeli  terus PERGI MAMPUSLAH UMNO dari penulisnya Tan Sri Zainuddin Maidin dengan harga sebuah RM35 temasuk belanja pos, hantar ke akaun CIMB 8002397357. Sertakan slip bank-in dan alamat lengkap anda dan nombor phone ke e-mail  zainudinmaidin@gmail.com

Thursday, 26 October 2017

UCAPAN PERGI MAMPUSLAH UMNO TANPA LAMBAIAN SELAMAT TINGGAL

Komen:
UMNO nak mampus,who cares?
Umno nak mampos? Who cares. Orang felda masih nak sokong umno dan jadi masyarakat subsidi selamanya? Lantak lah, itu nasib korang. 200,000 graduan menganggur? Padan muka, masa kat U apa korang buat untuk tegur kerajaan, walhal otak cerdik?. Tak ada duit beli rumah? Tunggu la rumah PR1MA setengah juta unit tuuu, korang jugak yg percaya manifesto BN dulu. Anak2 tak fasih english? Baguuusss, percaya laa lagi dgn nasionalis bahasa umno.
PUNCANYA TUN DR.MAHATHIR SENDIRI

Lihat panduan membeli buku ini di bawah sekali

Tajuk buku PERGI MAMPUSLAH UMNO  dianggap sebagai ganas dan tidak seharusnya datang dari seorang yang sepatutnya berterima kasih kepada UMNO kerana pernah menjadi menteri menerusi UMNO. Inilah  sikap orang yang tidak tahu mengenang budi.

Inilah  pandangan terhadap saya dari  penyokong UMNO  yang tidak mempunyai kejatian diri, tidak menghayati dan memahami sejarah UMNO untuk membolehkan mereka merasa dan  melihat  betapa UMNO telah tersesat dari jalan kebenarannya.

Saya dapat merasakannya kerana saya  mengenali UMNO dari sejak  era kepimpinan  presidennya yang pertama Datuk Onn Jaafar hingga sekarang, mengikuti dan mendekati mereka sebagai wartawan tetapi saya tidak pernah melihat dan merasa kehilangan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan mereka  seperti yang berlaku di era Abdullah Badawi dan Najib Tun Abdul Razak.

Dalam keadaan UMNO berada pada nafasnya yang terakhir pada pilihanraya 1990, saya boleh  mendakwa telah  menyelamatkan UMNO bila Tengku Razaleigh  berkonspirasi dengan PBS untuk  menggulingkan kerajaan BN  pada Piliharaya Umum. BN dan khsususnya UMNO sudah terkapar-kapar  kerana semua benteng pertahanannya telah runtuh dua hari menjelang  pilihanraya itu.

Ditakdirkan  Allah  pada malam 18 Oktober 1990, ketika mesyuarat  Jawatankuasa Perang Sarap Pilihanraya BN di rumah Wan Ismail Wan Mahmood (bapa mertua Anwar Ibrahim) di Jalan Maarof, saya  ternampak di kaca TV RTM Tengku Razaleigh memakai tengkolok berlambang salib dalam sidang akhbar bersama Presiden PBS Joseph  Pairin Kitingan di Sabah.

Saya mengexploitasi gambar  ini sepenuhnya  dengan menjadikannya sebagai sisipan kepada Utusan Malaysia keluaran 19 Oktober yang diedarkan sebanyak lebih 250,000 naskah keseluruh negara. Di bawah gambar itu tertulis "Oh Tuhan Jesus Christ selamatkan  46 Amin"

Gambar ini sangat berkesan seperti berkesannya video Kelantan Dalam Gerhana semasa saya menjadi Timbalan Menteri Penerangan yang hampir menjatuhkan kerajaan Pas Kelantan. MB Kelantan  Tok Guru Nik Aziz mengecap saya sebagai  budak celaka.

Apabila saya disingkirkan dari jawatan Ketua Pengarang Utusan Melayu kerana dianggap menderhaka kepada Mahathir, saya tidak merasa sedih atau marah kerana saya rasa telah menjalankan tanggungjawab saya mengikut kepercayaan saya atas prinsip profesionalisme.

Apabila Mahathir  melantik saya sebagai Senator mungkin kerana menyedari kebenaran pendirian saya menganggap  Anwar Ibrahim sebagai  anasir asing yang menyusup ke dalam  UMNO, Pengerusi Utusan Melayu, Tan Sr Khalid Abdullah menyatakan  "Zam, Mahathir tak terhutang apa2 lagi pada you". Saya faham.

Kebimbangan saya dengan kehadiran Anwar  ialah mengancam masa depan Najib  dalam UMNO. Najib pernah memanggil saya ke pejabatnya ketika dia menjadi menteri pertahanan  apabila mengetahui saya akan disingkirkan dan memberitahu "Zam you pergilah jumpa Mahatir" dan saya bertaya "mengapa harus saya berjumpa dengannya."

Saya sempat berada bersama Najib di bawah pimpinan Abdullah Badawi tetapi saya kecewa kerana apabila beliau mengambil alih dari Abdullah Badawi beliau  mahu mengambil hati rakyat terutama orang Cina dengan menunjukkan liberalisme yang lebih hebat dari Abdullah. Beliau seolah-olah tidak memahami sejarah  keharmonian dan kestabilan Malaysia  kerana kebebasan yang terbatas.

Beliau dengan bangga menghapuskan ISA yang menerima tentangan dari dalam UMNO sendiri dan dari sini bermula berbagai dasar dan sikap flip-flop. Menyedari kelemahan ini pembangkang mengexsploitasi sepenuhnya menyebabkan maruah kepimpinannya terhakis hari demi hari.Yang terakhir tertipu  dengan projek menggulingkan kerajaan negeri Selangor yang gagal walapun menteri -menteri dan sidang media  tergempar dipanggil berserta siaran langsung TV.Hal ini menjadi bahan ketawa negara.

Bila semakin tertekan ternyata beliau semakin tidak demokratik. Hasratnya hendak menggambarkan dirinya sebagai tokoh demokrasi terbalik kepada imej autoritarian yang tidak bijaksana.Media antarabangsa  mengecamnnya sebagai "undemocratic tyrant and human right violator"

Pandangan saya yang  kritikal terhadap Najib dilihat oleh sesetengah orang sebagai  merbahaya kepada UMNO jika saya terus berada dalam UMNO. Mereka ini tentuya melihat diri saya lebih besar dari  saya yang sebenarnya. Siapalah saya.

Saya tidak akan menjadi mana-mana anggota parti politik walaupun telah dijemput berkali- kali kerana saya tidak ada cita-cita politik. Politik bukan lapangan saya sebaliknya penulisan dan kewartawanan  adalah medan perjuangan saya secara sendirian. Ada orang yang menilai saya lebih dari sepatutnya

Hubungan saya dengan UMNO sekarang  adalah ibarat putusnya hubungan  cinta sejati. Saya merasa kekasih berkhianat dan  bersikap curang. Sekalipun saya kecewa, patah hati, sedih dan hiba tetapi sukar untuk dipadamkan kasih sejati yang terpendam amat mendalam sekian lama. Sekalipun dalam kekecewaan  tetapi  sukar untuk mengucapkan selamat tinggal.

Untuk mengetahui perasaan  sebenar saya terhadap UMNO, bacalah "PERGI MAMPUSLAH UMNO" yang merupakan kompilasi dari tulisan saya di blog zamkata.

Saya mengakhiri buku ini dengan konklusi  bahawa Tun Mahathir  menjadi  punca keruntuhan peradaban suatu bangsa yang dibinanya atas kepercayaan  meterialisme sebagai  pengangkat maruah dan pertahanan bangsa tanpa memberikan perhatian berat kepada pengawalan  moral dan integriti yang  membawa kepada pendedahan memalukan manusia Melayu yang tamak haloba  memburu kekayaan dan kehidupan mewah dengan mengenepikan nilai-nilai yang baik  sehingga akhirnya mengheret peneroka Felda membeli saham dengan menanggung hutang.

Perbezaan nilai inilah yang  menyebabkan negara kecil Singapura menjadi besar dan negara besar Malaysia menjadi kecil kerana tidak menyemai dan menekankan   prinsip moral dan undang-undang kepada rakyatnya menerusi sistem kepartian dan kepimpinan negara dengan tegas dan berani.

 Anda boleh membeli  terus PERGI MAMPUSLAH UMNO dari penulisnya Tan Sri Zainuddin Maidin dengan harga sebuah RM35 temasuk belanja pos, hantar ke akaun CIMB 8002397357. Sertakan slip bank-in dan alamat lengkap anda dan nombor phone ke e-mail  zainudinmaidin@gmail.com


MENYAMBUT BUKU INI DENGAN SALAM SEDIH DARIPADA KETURUNAN PEMBACA UTUSAN MALAYSIA

Tan Sri,

Saya menulis adalah untuk menzahirkan sokongan saya atas buku karangan Tan Sri - yang betul-betul merasai denyut nadi orang Melayu, kebimbangan orang Melayu khususnya yang duduk di kampung-kampung dan di FELDA-FELDA dan juga kebimbangan orang Melayu akan masa hadapan anak bangsanya di bumi sendiri.

Tan Sri,

  Saya percaya bahawa dengan pengalaman dan pengetahuan Tan Sri, yang mengikuti dari zaman pentadbiran Almarhum Tunku Abdul Rahman - dari Perundingan Baling - hinggalah ke zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi - dengan zaman Islam Hadharinya, yang kita boleh bincang dan pertikaikan dalam masa dan hari yang lain, zaman Najib inilah zaman yang membimbangkan. Dengan Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri pada tahun 2009 yang dasarnya, kita boleh cakap, sebagai dasar ultra-liberalisme, siapakah yang mendapat keuntungan daripada dasar tersebut. Pada saya, Tun Dr Mahathir, dengan cacat cela dalam pentadbirannya, boleh kita gambarkan sebagai zaman Modernis, Alhamdulillah, semua rakyat dapat mengaut keuntungan. Harga minyak pun, kita boleh kira berapa kali naiknya dalam setahun dan kita boleh tahu dan congak akan duit subsidi itu pergi ke mana. Tetapi, zaman Najib ini, serba serbi, kita tidak tahu. Harga minyak menjadi trend mingguan, duit sabsidi minyak, gula dan barang-barang asas yang lain pun sudah ditarik balek, tetapi bagaimanakah duit-duit yang ditarikbalik ini digunakan, kita pun tak tahu.

Tan Sri,

   Saya memandang tinggi budi dan jasa Tan Sri dalam Utusan Melayu (sekarang dikenali sebagai Utusan Malaysia). Arwah datuk saya, seorang bekas pencen polis, membeli Utusan Melayu tiap-tiap hari setelah pencen daripada PDRM dan hinggalah Arwah datuk saya menjadi seorang yang nyanyuk. Sayang dan cintanya Arwah Datuk saya kepada Utusan Melayu sampai sebegitu rupa. Setelah dibacanya, Arwah Datuk saya akan menandatangani muka depan Utusan Melayu itu di bahagian atas kanan dan menyimpannya kembali. Dahulu Tan Sri, akhbar Utusan Melayu menyelami hati nurani bangsa Melayu, tetapi sekarang, saya hanya memandang jauh Utusan Melayu - yang kian pudar kegemilangannya, jauh sekali saya membelinya.

  Saya berdoa agar Tan Sri dan keluarga diberikan kesehatan terbaik dan dipanjangkan usia bersama keluarga. In Sha ALLAH, kita akan berjumpa di Putrajaya satu masa kelak.

Yang Ikhlas,

Nik
Subang Jaya





Wednesday, 25 October 2017

BENARKAH ZAM MAHU UMNO MAMPUS


Pertanyaan yang popular: Datuk apa akan jadi pada negara kita?
Tan Sri, apa akan jadi pada cucu cicit kita akan datang?
Tan Sri, kenapa Najib tak mahu berhenti?
Tan Sri, dasar negara kita telah porak peranda.
 
Semua pertanyaan ini akan terjawab apabila anda membaca buku ini yang tajuknya boleh dianggap paling ganas *PERGI MAMPUSLAH UMNO.*

Sesiapa yang berminat boleh membuat pesanan  kepada penulisnya Zainuddin Maidin dengan cara bank-in ke akaun CIMB 8002397357 sebanyak RM35 senaskah termasuk bayaran pos. Slip bank-in dan alamat lengkap penghantaran serta nombor hand phone anda di e-mail terus ke zainudinmaidin@gmail.com

Friday, 20 October 2017

NEGARA SEMAKIN RUNCING DENGAN TERCEMARNYA INSTITUSI KUASA NEGARA

PEOPLE WHO LIVE IN  GLASS HOUSES.....

Negara sedang berhadapan dengan keruncingan masalah kehilangan keyakinan rakyat terhadap integriti kepimpinan negara dalam kerajaan dan pembangkang dan juga dalam institusi-institusi penguatkuasa  yang diharapkan untuk melakukan pembersihan.

Berita terkini bekas menteri  Shafie Afdal ditahan oleh SPRM tetapi  Pejabat Peguam Negara pula menubuhkan pasukan petugas khas untuk membantu siasatan rapi ke atas  Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad kerana dikatakan terlibat dengan skandal.

Keraguan samaada benar atau tidak Tan Sri Dzulkifli terpalit dengan dakwaan mempunyai hubungan sulit dengan  seorang wanita menampakkan seperti ada kebenaran bila siasatan berlaku ke atas kesnya. Maka integritinya menjadi persoalan untuk meneruskan tanggungjawab.

Sama seperti siasatan kes Forex ke atas Tun Mahthir yang menimbulkan berbagai prasangka tetapi dalam kes Tan Sri Dzulkifli lebih berat implikasinya kerana  beliau sedang menjadi tumpuan perhatian masyarakat  kerana keberaniannya bertegas  membongkar,mendedah dan bertindak  terhadap  beberapa kes rasuah yang selama ini tertutup.

Secara sepontan pandangan umum  tindakan terhadap Dzulkifli merupakan tindakan balas yang mengingatkan kepada pepatah  Inggeris  " Mereka yang  tinggal  di rumah kaca janganlah membaling batu" (People who live in glass houses shouldn't throw stone")

Bekas KPN Tan Sri Musa Hassan dalam tweetnya berdakwah " Tegakkanlah keadilan  dengan tegas-QS4 An-Nisaa:135"

Beliau tentulah sedar, ini sakadarkan pengucapan  retorik yang beliau lebih faham sebagai bekas  Ketua Polis Negara  betapa sukarnya untuk bertegas kerana pandang kiri pandang kanan, pandang atas pandang bawah, pandang siang,pandang malam semuanya terpalit.

Kita berhadapan dengan masalah kehilangan  keyakinan rakyat yang amat ketara terhadap nilai moral dan kemurnian  kepimpinan, kita  tidak mempunyai  kepimpinan yan berintegriti dari semua institusi dari atas kebawah, dari politik hingga kepada institusi  penguatkuasaan kerajaan.

Tun Mahathir meminta rakyat memberikan keyakinan kepada Pakatan Harapan tetapi kebersihan kepimpinan barisannya juga menjadi persoalan. Mahathir sendiri tidaklah sebersih  atau setaraf integriti  Lee Kuan Yew Perdana Menteri Singapura yang nikat dan berani  menanam nilai negara bersih bermaruah  tanpa belas kasihan. Mahathir  lebih mementingkan kemanusiaan dan kawan.

Negara kita hebat dengan sejarah tindakan- tindakan pembongkaran skandal,rasuah,penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa  bukanlah kerana matlamat untuk integriti negara tetapi untuk integriti politik dan pengekalan kuasa.

Ini adalah warisan politik negara  dari sejak awal kepimpinan negara hingga sekarang yang sukar untuk ditamatkan sekalipun pimpinan  silih berganti, dari kes Datuk Haron Idris hingga kepada Anwar Ibrahim, Shafie Afdal dan terkena pada Mahathir sendiri.

Apakah masih ada cahaya dihujung terowong?

Thursday, 12 October 2017

WIRA TAK DIDENDANG MELETUP SEMULA

WAJAR DIBACA OLEH GENERASI BARU TENTERA DAN  POLIS




Saya tidak menyangka buku Wira Tak Didendang yang saya tulis semasa menjadi Menteri Penerangan dan dicetak kali kedua pada tahun 2006 telah meletup semula berikutan dengan posting yang bertajuk " Jika tidak kerana Mahathir Negara akan terus dihantui" di blog saya bertarikh 5 Oktober 2017.

Saya telah menerima pesanan secara mendadak dari orang ramai dan terpaksa meminta bekalan tambahan dari penerbit kerana habis  dalam simpanan saya. Buku itu boleh didapati dari saya sekarang.

Rencana tersebut  bukan ditulis oleh saya tetapi oleh  sorang  pendokong tegar  Tun Mahathir, Sani Ahmad yang mengetahui dari dekat dan dengan mendalam  mengenai proses perundingan perdamaian dengan Parti Komunis Malaya yang direstui  oleh Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir pada tahun 1989

Pengarah Polis Cawangan Khas Tan Sri Rahim Noor amat bersetuju dengan konklusi yang saya buat dalam sebuah rencana saya berikutan dengan kejayaan rundingan itu bahawa  " Tunku memulakannya (rundingan) dan Mahathir menamatkannya" yang dianggapnya menepati sejarah yang telah tercipta.

Bagi saya buku Wira Tak Didendang ini wajar dibaca oleh setiap anggota pasukan keselamatan terutama anggota-anggota polis dan tentera generasi baru yang tidak melalui sejarah genting negara untuk memahami dan menghayati sejarah secara ringkas dan padat dengan  mudah dan cepat.

Buku ini merupakan anekdot dari perspektif saya sebagai seorang wartawan yang menyaksikan sendiri detik-detik penting  dalam pemprosesan peristiwa penting negara yang kadangkala saya terlibat secara langsung dengannya.

Mengenai peranan Mahathir menamatkan perjuangan pengganas Komuis di Malaysia, Sani Ahmad berkata Jasa Mahathir tidak boleh diremehkan "Tetapi  apabila kepentingan diri mengatasi kepentingan majoriti rakyat, semuanya akan dilakukan termasuk bukan saja melupakan jasa Tun Mahathir, malah menghina beliau seolah-olah tidak ada jasa yang perlu dikenang"


Anda boleh memesan terus buku ini menerusi  online kepada: zainudinmaidin @gmail.com dengan bayaran RM30 kepada CIMB 8002397357.Sertakan alamat yang lengkap dan no telefon anda.

Saya akan autograp buku ini.


Tuesday, 10 October 2017

PERGINYA SEORANG INTELEKTUAL ULUNG YANG DIHINA OLEH JAWI

Perhatian: Mereka yang telah membuat pesanan buku saya WIRA TAK DIDENDANG boleh hantar bayarannya kerana telah ada  tambahan dalam simpanan saya.Pesanan baru juga diterima. Lihat maklumat di bawah tajuk sebelum ini-ZAM 




Berita kematiannya pada umur yang telah  lanjut 84 tahun tetap mengejutkan saya kerana memandang kepada kekuatan daya intelektualnya , semangat tinggi  dan keberanian perjuangannya yang tidak pernah pudar untuk  menegakkan kepercayaannya dari seorang Marxist kepada Islamis yang radikal dan progresif.

Akidahnya boleh dipersoalkan kerana beliau mentafsirkan Al Quran dari kacamata Marxism tetapi semua pihak sewajarnya berterima kasih kepada pihak polis khususnya Polis Bahagian Khas yang telah dapat mendekatkan Kassim kepada agama dengan kebijaksanaan akal dan bukan hukuman.

Dengan mudah saya  mentafsirkan Kassim mahu ada persamaan di kalangan nabi dan tidak ada yang istimewa antara nabi-nabi sebagai pesuruh Allah.

Saya amat kesal sehingga hari ini kepada cara JAWI menangkap dan menahannya di rumahnya di Kulim tanpa menghormati seorang yang mempunyai kedudukan tinggi dan terhormat dalam kalangan intelektual dan akademik di negara malah tidak berunding dengan polis untuk memahami latar belakang dan aliran berfikir Kassim Ahmad.

Tangkapan yang dilakukan  secara Taliban di rumahnya di Kulim menampakkan salah seorang pegawai Jawi bersikap  cukup biadab menunjukkan kegembiraan dengan menunjukkan jari keatas kepala Kassim. Kurang ajar. Gambar ini saya ingat masih ada dalam simpanan saya.

Saya mengenali Kassim Ahmad tidak sahaja dari perjuangannya sebagai seorang socialis Marxist sejak di universiti tetapi dari sejak saya masih pelajar dan dia sebagai salah seorang dari beberapa kerat Mahasiswa di kalangan anak Melayu yang berjaya ke Universiti Malaya. Kami memandang mereka dengan rasa hormat yang amat tinggi bila mereka pulang bercuti di Alor Setar. Ada yang membantu bapa menjual ikan di pasar.

Semasa menjadi pelajar di Sultan Abdul Hamid College Alor Setar, beliau telah  memperjuangkan masalah makanan yang tidak berkualiti dan juga  mahal bagi pelajar- pelajar asrama yang dibekalkan oleh seorang guru. Beliau seorang yang cerdik dan kuat belajar atas kesedaran ketinggalan bangsanya (Apa yang JAWI tahu selain dari menghukum?)


Kepercayaannya kepada  Marxist  Sosialis amat kuat sekali  dan dalam tahun 1975 pernah dalam suatu interview dengan  saya di Hotel Majestic Kuala Lumpur ketika dia menjadi pemimpin Party Rakyat Malaya, dia menyatakan kepercayaannya   bahawa Malaysia akan jatuh  ke tangan komunis dalam masa lima tahun lagi. Ketika itu sedang memuncak perang Vitenam. Vietnam jatuh ke tangan komunis tetapi domino teori tidak berlaku.

Saya bertanya kepada Tunku Abdul Rahman Perdana Menteri Malaysia kenapa tidak ditangkap sahaja Kassim Ahmad yang menyokong perjuangan kiri ketika Kassim belajar  di London, Tunku berkata saya tidak mahu jadikannya sebagai Martyr (Syahid dalam perjuangannya.).

Beliau bagaimanapun  telah di tahan di bawah  ISA dan Tahniah kepda pihak Keselamatan  khususnya Polis  Bahagian Khas yang convert  Kassim  untuk berpaling kepada agama. Maka itulah terbit bukunya UNIVERSITI KEDUA yang menampakkan peralihan kecenderongannya kepada agama dan Islam.

Tetapi malangnya Kassim walau kekiri atau kekanan namun tetap seorang yang extreme dan keras  dalam pandangannya, memandang sesuatu dari sudut  melampau yang tidak dapat diterima ramai dan dan tidak  difahami ramai. Dia adalah dalam  dunia intelektualnya sendiri yang tertutup.

Pada pandangan saya apabila beliau  kembali kepada Islam, Kassim mahu mentafsirkan Al-Quran menurut faham Marxism. Beliau tetap mahu keadilan dan persamaan dalam  semua hal termasuk kepercayaan agama. Beliau mahu menyamakan kedudukan Nabi Muhammad dengan nabi-nabi yang lain.

Saya tidak faham kenapa JAWI terlalu memberikan perhatian soal ketidak percayaan Kassim  kepada Hadis pada hal dia bukanlah lagi seorang ahli politik yang bepengaruh atau agamawan  yang popular tetapi kenapa membiarkan Pemimpin Besar Pas Haji Hadi menyesatkan  orang Islam dengan fatwa Kafir dan Allahyarham Nik Aziz dengan berbagai fatwa yang karut marut???. Inilah kesepakatan  dan persubahatan  agama yang tidak disedari  antara orang-orang agama.

Bagi saya, pemergian Kassim adalah  kehilangan seorang sosialis yang bersih yang berakhlak mulia ( Bukan semua sosialis bersih).Beliau bukan kaki perempuan, peminum arak atau kaki judi atau melakukan pekara-pekara yang terlarang oleh agama.Beliau seorang yang jujur dan ikhlas dalam kesetiaan kepada perjuangan dan fahamannya dan juga terhadap sesama manusia.

Beliau adalah lebih mulia dari seorang agamawan yang tidak seimbang pemikiran dan pertimbangan kemanusiaan . Kematiannya adalah suatu kehilangan besar kepada dunia intelektual Malaysia, ahli pikir besar dan tajam  dan kehilangan kepada  perjuangan keadilan manusia sejagat tanpa perbatasan agama dan bangsa.

Semoga Allah mengampunkan dosa mu Kassim dan dicucuri rahmat keatas rohnya. Alfatihah. .

Thursday, 5 October 2017

JIKA TIDAK KERANA "PROJEK KHAS" TUN MAHATHIR NEGARA AKAN TERUS DIHANTUI

BUATLAH PESANAN SEGERA SEMENTARA 
BUKU MASIH ADA

MEREKA YANG TELAH MEMESAN BUKU INI BOLEH HANTAR BAYARANNYA KERANA TAMBAHAN TELAH ADA DALAM SIMPANAN SAYA.(lihat dibawah sekali)


Wira tak Didendang

Jika baru-baru ini  banyak ditular tentang kenyataan Tan Sri Sanusi Junid berkata "kalau tak kerana Tun Mahathir, Afghanistan hingga kini tak merdeka, Bosnia & Herzegovina pun tidak merdeka".

Saya juga ingin menambah bahawa, jika tidak kerana Tun Mahathir memberi lampu hijau kepada Tan Sri Rahim Noor selaku Pengarah Cawangan Khas ketika itu dan Tun Hanif selaku Ketua Polis Negara untuk menggerakkan 'Projek Khas' bagi berunding membawa kepada perletakan senjata Parti Komunis Malaya (PKM), rasanya sehingga kini negara terus dihantui masalah keganasan pengganas komunis.

 Saya baru  membaca dua bab dari buku Wira Tak Didendang hasil karya Zainuddin Maidin atau lebih dikenali sebagai ZAM. Daripada pembacaan tersebut, banyak hal-hal yang cukup penting dapat dipetik betapa hasil usaha mantan perdana menteri (PM) kita Tun Mahathir yang tidak begitu mudah diremehkan.

 Namun, apabila kepentingan diri mengatasi kepentingan majoriti rakyat, semuanya akan dilakukan termasuk bukan saja melupakan jasa Tun Mahathir, malah menghina beliau seolah-olah tidak ada jasa yang perlu dikenang.

Bayangkan betapa sukarnya kehidupan pegawai dan anggota pasukan keselamatan di era PKM masih meneruskan perjuangan di hutan belantara kita termasuk di sempadan Malaysia/ Thailand. Kehidupan rakyat tidak semudah yang disangka kerana ada sebahagian kawasan yang menjadi sasaran pengganas komunis. Perjalanan dari Kedah dan lain-lain negeri di pantai barat ke pantai timur amat memeritkan sebelum adanya Lebuhraya Timur Barat menghubungkan Gerik/Jeli.

Pembangunan di kawasan sempadan dengan negara jiran sudah pasti tidak mampu dilaksanakan kerana bukan saja di sempadan Malaysia Thailand, kita juga berdepan dengan ancaman Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) di Sarawak. Kawasan seperti Wang Klian, Padang Besar, Bukit Kayu Hitam, Sintok (dapatkah UUM diwujdukan?), Gerik, Baling, Lebuhraya Timur Barat dan seluruh kawasan sempadan tidak akan dapat dibangunkan seperti sekarang termasuk di Sarawak (tapi ada pemimpin mengatakan Tun Mahathir tidak ada jasa di Sarawak).

Banyak perbelanjaan yang terpaksa dihabiskan untuk tujuan menangkis ancaman PKM dan PKKU sebelum perjanjian perletakan senjata PKM pada tahun 1989 di Hatyai, Thailand. Wang tersebut boleh digunakan untuk tujuan pembangunan, kesihatan, pendidikan dan bermacam-macam lagi.

Daripada catatan ZAM dalam bukunya itu, Cawangan Khas menganggarkan untuk menghapuskan seorang pengganas komunis memerlukan tidak kurang dari RM1 juta ringgit bagi tujuan risikan dan memburu mereka.Dengan jumlah keseluruhan anggota PKM dan PKKU, berapa jumlah yang diperlukan dan berapa ramai anggota pasukan keselamatan serta rakyat yang akan menjadi korban samada nyawa atau tercedera. Kawasan seperti di sempadan Betong, Thailand dengan Keroh (kini Pengkalan Hulu), Sintok dan sekitar dipenuhi banyak jerangkap samar.

Negara memerlukan pemimpin yang tegas dan berani seperti Tun Mahathir bukan yang 'flip-flop' dan menjadi pak turut kepada kuasa-kuasa besar serta menjadikan negara lubuk hutang yang begitu dalam. Negara juga tidak memerlukan pemimpin dan keluarganya berpesta wang ringgit dari kantung negara.

Tun Mahathir telah mengambil risiko yang agak merbahaya walaupun ditaklimatkan oleh Tan Sri Rahim Noor tentang kemungkinan ianya akan dijadikan isu politik akibat masalah penentangan dari dalam UMNO yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah, kemarahan keluarga mangsa keganasan pengganas komunis, kekecewaan anggota tentera dan polis yang terbunuh dan tercedera ketika memerangi ancaman PKM jika projek khas untuk menamatkan gerakan bersenjata PKM ini diteruskan.

Namun semuanya dikesampingkan dan dipersetujui Tun Mahathir bagi menamatkan ancaman PKM demi kepentingan negara dan rakyat setelah mendengar perancangan teliti oleh Pengarah Cawangan Khas itu.

Seperkara lagi yang menarik untuk ditegaskan, janganlah kita terlalu terikut-ikut rentak mengheret sentimen perkauman sehingga melupakan jasa-jasa kaum Cina yang banyak membantu menamatkan perjuangan PKM.

Robert Kuok hartawan Malaysia yang dikenali sebagai 'raja gula' ketika itu beroperasi di Hong Kong dan mempunyai hubungan akrab dengan pemimpin Republik China telah menjadi penghubung kepada Cawangan Khas dengan pemimpin Parti Komunis China yang diketahui menjadi pendokong utama perjuangan PKM.

Malah Chin Peng pemimpin utama PKM juga berada di sana dan tidak semudah itu memujuk pemerintah Republik China itu membantu kita untuk menamatkan perjuangan PKM tanpa bantuan beliau.

Selain dari itu, keupayaan untuk 'penetration' ke dalam unit-unit PKM banyak bergantung kepada pegawai-pegawai Cawangan Khas dari kaum Cina diketuai oleh SAC II Yau Kong Yew Timbalan Pengarah Cawangan Khas dan merekalah menjadi tulang belakang operasi ini sehingga kejayaan dicapai yang turut dibantu pegawai-pegawai Cawangan Khas bangsa Melayu ketika itu.

Malangnya, bangsa Melayu kita sendiri sering mengaitkan Cina dengan Komunis dengan sengaja melupakan atau kejahilan tentang kewujudan Rejimen Ke10 PKM yang kesemua mereka adalah dari bangsa Melayu.

Pada 21 Mei 1949, satu mesyuarat sulit telah diadakan di hutan Kerdau, Pahang yang dihadiri oleh Abdullah CD, Wahi Annuar, Musa Ahmad dan Chin Peng, dimana dalam perjumpaan itulah Ching Peng telah mengutarakan cadangannya untuk menubuhkan satu rejimen baru dimana anggota-anggotanya hanya terdiri dari orang-orang Melayu.

 Rejimen ini diletakkan dibawah pimpinan Abdullah CD, dan Wahi Annuar dilantik sebagai Timbalan Komander, manakala Musa Ahmad pula dilantik sebagai Pegawai Politik.

Tiga bulan selepas tarikh penubuhan Rejimen ke-10 ini, seramai 500 anggota yang dinamakan "Tentera Tani" telah dimasukkan ke dalam Rejimen ke-10. Mereka adalah orang-orang Melayu yang kebanyakkannya berasal dari Temerloh dan Mentakab, Pahang.

Itu belum lagi Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh dan lain-lain cukup terkenal di kalangan sebahagian rakyat yang gemar membaca. Cina kah mereka?

Kesimpulannya, jasa mantan PM kita Tun Mahathir jangan diremehkan malah menghina beliau tanpa adab sopan kerana banyak jasanya yang kita nikmati sejak beliau memimpin negara hingga sekarang. Begitu juga dengan peranan kaum Cina dan lain-lain kaum di negara ini tidak dihargai hanya memenuhi selera pihak yang sedang nazak.

Wallahualam

Rencana ini ditulis oleh: Sani Ahmad

Catitan:Buku Wira Tak Didendang (BM) dan The Unsung Heroes(BI) ada bekalan terbaru dalam simpanan saya.Harganya  sebuah RM30 termasuk belanja pos.Pesanan boleh di buat on line kapada zainudinmaidin@gmail.com dengan bayaran terus kepada CIMB 8002397357.Harap sertakan alamat anda yang lengkap. 

Monday, 2 October 2017

HANYA TUNKU ABDUL RAHMAN YANG TIDAK MAHU ANAKNYA JADI PERDANA MENTERI.


Saya menemu ramah Tunku Abdul Rahman selepas tragedi 13 Mei. Sebelah saya Allahyarham Osman Abadi Timbalan Ketua Pengarang Utusan

Saya telah meliputi UMNO dalam segala pergolakannya dan kebangkitannya sejak Presiden Pertama Datuk Onn Jaafar meninggalkan UMNO dan menjadi Presiden Parti Negara.

Saya ingat meliputi Datuk Onn berucap  hampir satu jam kepada hanya lima orang di bawah rumah Dato Panglima Garang seorang fanatiknya di Bukit Pinang Alor Setar Kedah dalam akhir tahun 50an. Ketika itu beliau sebagai Presiden Parti Negara.

Seterusnya saya berpengalaman meliputi Perdana-Perdana Menteri Tunku  Abdul Rahman, Abdul Razak, Hussein Onn dan Dr.Mahathir dan memasuki bidang politik sebagai Senator di era Mahathir hingga menjadi menteri penuh di zaman  Abdullah Badawi.

Tujuan utama saya menyebutkan kembali sejarah ini secara ringkas untuk menyatakan bahawa sepanjang ingatan saya dalam berkhidmat di bawah Perdana Menteri yang bertukar ganti secara teratur, saya dapati hanya seorang sahaja yang tidak pernah menampakkan hasrat mahu menjadikan  anaknya Perdana Menteri. Beliau ialah Almarhom Tunku  Abdul Rahman Putra Al Haj  malah anak lelakinya Tunku Ahmad Nerang tidak menyertai  politik dan tidak pernah menonjolkan dirinya bersama bapanya.

Ketika Abdul Razak menjadi Perdana Menteri,saya mendapat tahu bahawa Ketua Pengarang Utusan Melayu  Melan Abdulah dan kemudiannya Mazlan Nordin dari masa ke masa   menerima arahan dari Jabatan Perdana Menteri untuk mempromosikan anaknya Najib sebagai pemimipin masa depan. Beliau menjadi Menteri Besar Pahang yang termuda dalam sejarah.

Peranan ini dimainkan dengan aktifnya  oleh setiausaha politik Perdana Menteri, Abdullah Ahmad dan pegawai akhbar Abdullah Majid dan juga UMNO Pahang.

Apabila Hussein Onn menjadi Perdana Menteri, anaknya Hishamuddin telah pun  aktif dalam UMNO dan matlamatnya  jelas bila sepupunya Najib  menjadi Perdana Menteri.

Dr.Mahathir tidak nenampakkan hasrat untuk anaknya menjadi Perdana Menteri dan menyekat anaknya Mukhzani  dari menandingi Ketua Bahagian UMNO Merbok malah katanya kepada Mukhzani  "tengok muka dahulu" yang tercatit di suatu rencana Joselin Tan dalam The Star.

Umum mengetahui Mahathir  mahukan Anwar Ibrahim menggantikannya. Beliau mengkagumi bakat kepimpinan Anwar dan membawa masuk ke dalam UMNO untuk membunuh Pas tetapi sayang Anwar Ibrahim tidak sabar dan masalah peribadinya telah meruntuhkan jambatannya. Sehingga saat akhir beliau  tidak mahu percaya masalah peribadi Anwar walaupun diyakinkan kepadanya oleh dua Ketua Polis Negara Hanif Omar dan  Rahim Noor.

Bagaimanapun  setelah anaknya Mukhriz disekat oleh UMNO Pahang, Najib dan "hamba sahaya nya"  dalam UMNO  telah  membolehkan Mukhriz tersingkir dengan rakus dalam perlumbaan untuk merebut jawatan Naib Presiden UMNO. Beliau rebah di kaki sepupu Najib, Hishamuddin Hussein Onn. Penghinaaan ini tidak dapat diterima oleh Mahathir dan mendorongkannya untuk  melakukan personal vendeta. Itulah bacaan saya.

Lebih dari itu hasrat Mukhriz sebagai MB Kedah untuk membina lapangan terbang antarabangsa  di Kulim bagi menggantikan lapangan terbang Pulau Pinang telah dicantas. Jika ini terjadi akan  membawa perubahan dinamik dalam  pembangunan ekonomi Kedah. Ini akan mendedahkan  Menteri Besar sebelumnya Madzir Khalid sebagai tidak bervisi.

Bagaimanapun apa yang berlaku kepada  Perdana Menteri Pertama Singapura  Lee Kuan Yew boleh  ambil sebagai iktibar peringatan  dari Allah iaitu apapun yang mahu ditentukan oleh ibubapa tetapi kehendak Allah mengatasi segala-galanya.

Integriti Lee Kuan Yew membina Singapura yang kuat dan bermaruah tinggi  dalam masa lebih 30 tahun lalu sehingga sebati menjadi nilai dan inspirasi rakyat Singapura telah dicemarkan bukan oleh rakyat Singapura tetapi oleh anak-anaknya sendiri.

Dengan tangan besinya dan visi yang jelas dan  berpegang teguh kepada prinsip bersih dan jujur kepimpinannya telah mendapat pengikhtirafan dari pemimpin-pemimpin dunia.

Tidak lama selepas kematiannya, anaknya meruntuhkan keagungannya yang menampakkan kepada umum  dia tidak berjaya membentuk anaknya sendiri walaupun berjaya menanam nilai yang baik kepada rakyat. Dalam sekelip mata,namanya tercemar.

Hanya anaknya yang menggantikannya sebagai Perdana Menteri Lee Hsien Leong yang lebih sentimental terhadap rumah asal bapanya  di 38 Oxley Road di mana bermulanya tapak perjuangan PAP sejak dari perancangan penubuhannya. Hsien  Leong mahu mengekal rumah itu  sebagai warisan sejarah tetapi dua  orang lagi anaknya lebih mementingkan  berbillion dollars dari  penjualan  tapak ini. Hsien Leong menjiwai hasrat rakyat dan nilai sejarah. Sengketa ini terdedah kepada dunia.

Demikiamlah juga apa yang terjadi kapada Tun Abdul Razak dan kita tidak tahu apa yang akan terjadi kepada Tun Mahahtir. Tetapi yang jelas Tun Razak tidak pernah mahu wang peneroka Felda membina kekayaaan Isa Samad dan lain-lainnya. Cukuplah jika hasil penerokaan peneroka  dapat  membawa perubahan sosial yang besar kepada anak-anak peneroka   dan inilah kejayaan yang telah tebukti.

Saya benar-benar dapat melihat dan merasakan kejayaan Felda kerana saya  melihat sendiri pembukaan awal Felda Sungai Tiang Kedah oleh orang-orang kampung yang miskin di awal tahun 60 an. Mereka telah mencapai kejayaan yang jauh dari yang mereka harapkan, anak-anak mereka mendapat pelajaran yang sempurna malah menjadi orang profesional  dan mereka tidak pernah bercita-cita untuk menjadi kaya raya menerusi saham.

Sekarang mereka kembali menanggung hutang kerana saham. Hutang ini  cuba ditutup dengan pemberian demi pemberian tetapi tidak akan membebaskan mereka dari hutang.

Sungai Tiang Air Jernih
Tempat Pak Mat gesek Biola
Duduk termenung menahan tangis
Bapa anak jauh berbeza.