Monday, 31 July 2017

ZAHID NAIK DARAH KENANGKAN "KELING" PIMPIN MELAYU 22 TAHUN.

RAHMAT KEPADA TUN MAHATHIR

KOMEN:TPM Zahid Hamidi terlanjur lidah dalam menghina Tun Mahathir adalah atas kehendak Allah yang mahu memberikan rahmat kepada Tun sehingga mendapat simpati yang meluas di seluruh negara dan  memberikan masalah baru kepada PM Datuk Seri Najib - Tan Melaka.

ZAHID NAIK DARAH KENANGKAN "KELING".......
Jika Tun Dr.Mahathir pernah mengungkit Perdana Mentari Pertama Tunku Abdul Rahman sebagai keturunan Siam, maka apakah salahnya jika Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi membangkitkan soal Tun Dr.Mahathir sebagai keturunan Keling yang telah memimpin Melayu dan sekarang mahu mempengaruhi lagi orang Melayu.

Beliau telah menunjukkan  IC Tun Mahathir yang nama sebenarnya Mahathir anak lelaki  Iskandar Kutty seolah-olah  suatu penemuan besar yang berjaya didedahkan oleh beliau sebagai Menteri Dalam Negeri untuk meyakinkan  rakyat kerana  dari sumber sah iaitu  dari Pejabat Pendaftaran negara.

Barangkali tidak salah bagi Zahid membangkitkan soal keturunan pimpinan negara  tetapi situasi dan kedudukan kedua mereka berbeza  dalam mengungkit pekara ini  dan inilah yang seharusnya menjadi pertimbangan rakyat,samaada wajar atau tidak.

Mahathir membuat pendedahan itu ketika beliau tidak mempunyai kedudukan dalam kerajaan tetapi sebagai rakyat biasa yang menghayati perasaan rakyat dalam ketegangan negara  tetapi sebaliknya Zahid Hamid berada pada kedudukan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri dan juga Naib Presiden UMNO. Maka apakah dalam  kedudukan itu wajar bagi beliau  untuk menyentuh peribadi seorang pemimpin UMNO sehinga keperingkat paling rendah? Hinakah seseorang kerana keturunannya. Tidakkah Zahid dengan itu mendedahkan dirinya sebagai seorang yang rasis, tidak sahaja kepada rakyat umum tetapi kepada UMNO sendiri.

Situasi politik  selepas tragedi 13 Mei memerlukan suara berani ke arah tindakan drastik  yang kebetulan hanya sanggup  dilakukan oleh seorang Keling untuk membawa suatu perubahan segera dalam pucuk pimpinan negara bagi survival  Melayu yang pada akhirnya membantu Tun Razak mengambil alih sebagai  Perdan Menteri.

Zahid  yang berada  dalam pucuk pimpinan negara membangkitkan perkara keturunan ini  adalah kerana beliau tidak mengenali sejarah racial identity yang telah pun dipadamkan oleh Datuk Onn Jaafar bila UMNO ditubuhkan untuk menentang Malayan Union dengan kesepaduan bangsa dan Islam.

Sebenarnya akhbar Utusan Melayu ditubuhkan di Singapura pada 1938 bukan kerana semangat anti penjajahan British tetapi  adalah kerana dorongan semangat anti keturunan India DKK  (Darah Keturuan Keling dan juga DKA(Darah Keturunan Arab)  yang dijuarai oleh Yusuf Ishak seorang keturunan Minangkabau  yang wajahnya kelihatan sebagai seorang India kerana DKA dan juga DKK mengexsploitasi pemikiran dan juga ekonomi Melayu. (Lihat buku  Sejarah Utusan Melayu: Didepan Api Di Belakang Duri terbitan Utusan Publication and Distributors Sdn Bhd)

Apabila perpaduan seluruh orang Islam dan Melayu diperlukan bagi menentang Malayan Union Datuk Onn Jaafar yang menubuhkan UMNO atas anjuran Utusan Melayu telah meminta soal keturunan itu dilupakan  untuk perpaduan Islam dan Melayu yang diperlukan bagi  kejayaan perjuangan menentang Malayan Union.

Sekarang Datuk Zahid Hamidi telah membuka semula pintu racial politic  dalam UMNO sendiri sedangkan UMNO telah pun menempah nama besar dan berjaya sebagai sebuah parti politik Melayu di bawah  pimpinan  berbagai keturunan dari Siam,Bugis,Turkey hingga ke India.
Agak malang  hal ini berlaku ketika  PM Datuk Seri  Najib sedang mempromokan persahabatan Melayu dengan orang India  sehingga sanggup pergi ke rumah filem Star India terkemuka  dan menjemput  Kajol Top Star filem Divale ke Malaysia. Tidakkah Zahid telah mencacatkan  usaha yang baik ini?.

Dalam perspective  yang lebih luas Zahid tidak hanya menyinggung perasaan Mahathir tetapi cuba kita lihat  siapakah KSN Ali Hamsa dan  keturunan mamak yang telah menempah nama dalam UMNO seperti Allahyarham Sulaiman Ninam Shah. Salahkah Allahyarham bertahun-tahun  menjadi Pengerusi tetap UMNO? Bagaimana dengan Aziz Rahim "Keling" menjadi Pengerusi Tabung Haji? Salahkah Aziz Sheikh Fadhil, Reezal Merican Naina Merican dan lain-lain menjadi ahli UMNO. Apakah hanya Jawa dan Bugis sahaja boleh memimpin UMNO?

Zahid tidak sewajarnyra membangkitkan  semangat perkauman  dalam kalangan ahli  UMNO ketika UMNO memerlukan perpaduan hanya semata-mata kerana  beliau berasa  terancam dengan seorang keturunan Turkey menjadi penghalang untuknya  menjadi  Perdana Menteri dan kerana itu perlu baginya untuk membuktikan  dirinya sebagai Hang Tuah Moden  kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib.

Kepada rakyat ini adalah tambahan bukti bahawa pemimpin-pemimpin UMNO sekarang  benar-benar berada dalam  keadaan panik kerana  telah mendapat maklumat yang buruk bahawa apapun yang dipromokan oleh Najib tetapi tidak memberi  kemajuan politik kepada UMNO. Sambutan kepada Pakatan Harapan semakin hebat dimana-mana  di akar umbi.

Bagaimanapun saya dengan ikhlas mengangkat topi  kepada Datuk Seri Najib di atas keteguhan dan kegigihan semangatnya untuk  terus berjuang.

Anda semua Bumiputra, Najib Beritahu India Muslim
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak bersetuju yang masyarakat India Muslim di Malaysia adalah sebahagian daripada kumpulan Bumiputera, tetapi berkata kerajaan perlu mengkaji secara mendalam tuntutan supaya status tersebut diwartakan.
“Hakikatnya, tuan-tuan dan puan-puan Bumiputera,” katanya pada majlis Hari Raya dihadiri masyarakat India Muslim di Seri Kembangan.




Saturday, 22 July 2017

TUN DR.MAHATHIR WAJAR SAMBUT CABARAN PUAD ZARKASHI


LEBIH BAIK SEORANG PELIWAT

KOMEN:
Sebelum skandal 1MDB-Jho Low meletop, saya pun tak rela seorang peliwat dan gila sex menjadi PM Malaysia.
Bermakna, saya juga sudah membuat U-turn.

Lebih baik seorang peliwat, daripada seorang penyamun terus menjadi PM.
Sekurang-kurangnya, peliwat hanya meliwat seorang-dua anak muda. Itu pun, mereka sendiri yang datang, tonggeng pungkoq kat dia.
Tetapi, penyamun... dia 'liwat' Rakyat 1Malaysia tanpa kita sedari... sampai ke anak-cucu, hutang Negara, termasuk interest, tak habis bayar.
ReplyDelete


Sebagai sebuah parti berdisplin yang menguasai kerajaan,tentulah cabaran ahli MKT UMNO,Datuk Puad Zakarshi untuk Mahathir berdebat dengannya mengenai  isu 1MDB dalam forum NothingTo Hide 2 adalah mewakili kerajaan dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib.

Tun Mahathir sewajarnya menyambut cabaran ini walaupun hanya datang dari ikan bilis atau ulak ayak UMNO kerana pada akhirnya debat ini pasti akan terhalang,dibatalkan,tidak diberikan kebenaran atau diharamkan kerana soal keselamatan.

Kerana menduga bahawa apa yang berlaku kepada  cabaran debat  Pondan Padang Rengas akan juga berlaku kepada cabarannya  maka itulah ikan bilis berani kehadapan untuk menunjulkan dirinya sebagai ikan pauh kerana Puad tidak mengenal sifat Tun Dr.Mahathir yang tidak memileh bulu atau taraf malah sanggup melayan siapa sahaja termasuk budak-budak berhingus untuk berintraksi dengannya.

Masalah pertama yang menghalang Puad ialah beliau tidak boleh membuka semula kitab maha suci IMDB dan keduanya pemimpin- pemimpin UMNO yang cerdik dan rasional termasuk Datuk seri Nasjib sendiri akan melihat ini sebagai suatu kesempatan yang amat besar bagi Tun Dr Mahathir untuk meratah dan menghancurkan ikan bilis walaupun giginya sudah tua.Inilah kesemptan mas bagi Mahathir untuk menelanjangkan segala-galanya mengenai IMDB bagi menapati tajuk forum Nothing To Hide

Walaupun cabaran Puad kepada Dr.Mahathir ini  bertujuan untuk memperkecil  Tun Dr.Mahathir dan untuk mengingatkan Najib supaya jangan lupa dia sebagai salah seorang calun  Pilihanraya 14 tetapi  permainan  politik murahannya  akan memberi kesan sangat buruk kepada kepimpinan negara bila ia dibatalakan.

Puad sendiri sebagai seorang yang melukut ditepi gantang,tentulah tidak boleh menapikan bahawa beliau mewakili Datuk Seri Najib dalam menunjulkan  diri sebagai ikan pauh  walaupun beliau sebenarnya hanya ikan bilis jenis paling murah.

Wednesday, 19 July 2017

SUHAKAM BIMBANG DENGAN SEBAT YANG RUNTUHKAN SOSIAL FABRIC NEGARA

Pengerusi Suhakam Tan Sri Razali Ismail berkata kerajaan persekutuan mesti memastikan bahawa "hak asasi dihormati di seluruh negara".
Razali berkata merotan adalah hukuman "kejam, tidak berperikemanusiaan dan menghina" yang melanggar larangan terhadap penyeksaan dalam perjanjian hak asasi manusia yang ditandatangani Malaysia.
"Merotan tidak boleh dijadikan sebahagian daripada sistem keadilan jenayah kita kerana ia tidak mempunyai potensi pemulihan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Minggu lalu, Dewan Undangan Negeri Kelantan sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang antara lainnya membolehkan hukuman sebat dijalankan di khalayak ramai.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi, berkata rang undang-undang itu perlu dilihat dalam konteks hanya untuk orang Islam di negeri itu sahaja dan tidak melibatkan orang bukan Islam.
Razali bagaimanapun berkata bahawa undang-undang syariah yang dilaksanakan di negeri-negeri mesti mematuhi kewajipan hak asasi manusia Malaysia.-DARI MALAYSIAKINI



Friday, 14 July 2017

SEBAT: KEGEMPARAN RAKYAT TIDAK DAPAT DITENANGKAN OLEH ZAHID

NAZRI DAN AZLINA AKAN SEDAR BILA KENA BERKHATAN SEKALI LAGI.  
 



Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi tidak menjawab dengan tepat soalan yang terpendam di kalangan masyarakat, ahli undang-undang,NGO,tokoh masyarakat,ilmuan  dan orang UMNO sendiri yang melihat penghukuman cara terbuka dikhalayak terhadap pesalah jenayah syariah  sebagai keruntuhan peradaban Malaysia.

Bahawa undang-undang itu tidak melibatkan bukan Islam telah difahami oleh semua orang tetapi  menjalankan hukuman itu cara barbaric  bukan sahaja  mengejutkan bukan Islam yang sekian lama memahami sifat- sifat toleransi Melayu  Islam negara ini  tetapi juga memalukan orang Islam yang mahu membina imej Islam sebagai agama sezaman dan progresif

Zaman mendedahkan hukuman untuk tuntonan ramai bagi memalukan atau menakutkan hanya berlaku di negara yang tidak bertamadon seperti Arab Saudi yang menolak ilmu Sains Sosial dan melaksanakan hukuman agama dengan tafsiran jumud dan  sempit.

Walaupun di peringkat ini hanya dilaksanakan  di negeri Kelantan tetapi sekaligus mencemarkan imej Malaysia sebagai negara Islam Wasatiah.

UMNO sebagai sebuah parti tunjang  pemerintah tidak boleh membasoh tangan dari terlihat dalam mencacatkan Perlembagaan Negara yang suci , dinamik,sentiasa sezaman,saksama ,harmony dan adil pada semua kaum di negara ini yang telah berjalan tanpa menimbulkan krisis besar.

Sistem perundangan  sedia ada telah dapat mengawal keadaan moral rakyat dan tidak menimbulkan prasangka buruk di kalangan bukan Islam di negara ini. Banyak kejadian pelanggaran moral yang dahsyat dan pelek berlaku di negeri Kelantan yang telah menjadi negeri tertutup  sejak di bawah pemerintahan Pas. Rujukan boleh dibuat dengan pihak polis atau mahkamah.

Menjalankan hukuman dengan tujuan untuk memalukan atas kes-kes moral bertentangan dengan  Declarasi  Hak-Hak Kemanusiaan Antarbangsa dan  di Malaysia menghalang perkembangan ketamandunan Melayu Islam  yang cuba dikembangkan menerusi pendidikan  di sekolah hingga kepada sistem perundangan dan perlembagan .

Tidak syak lagi walaupun rang undang-undang ini tidak melibatkan bukan Islam tetapi reaksi negatif  bukan Islam telah memancilkan  parti  Pas dari aliran perdana dan menjadikannya  sebuah parti terasing yang tiada lagi masa depannya di negara ini kecuali hanya di Kelantan.

Dalam hal ini kita harus melihat kembali kebelakang  usaha kerajaan untuk membentuk manusia Malaysia yang bermoral tinggi yang ukurannya tidak sahaja dari syariah tetapi dari kemampuan sosial sesaorang malayakan dirinya dengan peradaban Malaysia seperti bertoleransi,sopan santun, bertimbangrasa terhadap nilai bersama yang melampaui batas kaum dan agama dan tidak anti sosial kerana sifat sifat keugamaan sempit,jumud dan dogmatik.

Apakah tujuan kita  membatalkan hukuman sebat dihadapan umum   terhadap murid-murid sekolah seperti didepan murid dalam kelas atau  di perhimpunan sekolah?

Semasa saya menjadi pemberita Utusan Melayu di Kedah dan Perlis lima puluh tahun dahulu ,orang  tidak berpuasa di tangkap dan diarahkan membawa pinggan mangkok makanan  mereka ke  Balai Polis malah ada yang diarak mengelilingi bandar Kangar  diatas lori untuk memalukan mereka.

Kenapakah ini semua telah dihentikan.Ini adalah bukti  Malaysia berkembang selaras dengan  ajaran  Sains Social dan perundangan negara yang dipelajari dari negara-negara maju dan bukannya dari Arab  Saudi dan lain-lain negara Arab yang rakyatnya  tidak terdedah  kepada ilmu luar.

Hingga sekarang  kebanyakan negara ini melambangkan sifat-sifat tidak bertemadun malah percaya kepada penyelesaian krisis menerusi kekerasan dan keganasan berpandukan emosi.

Kajian Sains Sosial telah menunjukan  cara degrading form of punishment tidak dapat mengubah kelakuan manusia sebaliknya menanam perasaan dendam yang berpanjangan  dan pemberontakan jiwa  yang akhirnya menyebabkan manusia tidak condong untuk mencari penyelesaian mengikut proses pelajaran dan  pembelajaran sebaliknya menjadikan emosi sebagai panduan dan mudah dilagakan  oleh kuasa asing.

Ini adalah bertentangan dengan hasrat pengasas-pengasas kemerdekaan dan kepimpinan  UMNO terdahulu yang bermati -matian menentang Pas kerana boleh merosakan dasar harmony  masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.Kecendorongan mereka adalah untuk meniru Islam Arab dan Islam Iran.

Sekiranya Perdana Menteri Tun Abdul Razak masih hidup, kerjasama dengan Pas tidak mungkin akan berlaku sekiranya Pas mahu memaksakan  dasar dogmatik,fanatik, anti sosial   keatas UMNO tetapi kerana kelemahannya sekarang, UMNO  terpaksa menjual maruahnya kepada  Pas sekalipun terpaksa mengorbakan imejnya yang mulia dan  disanjung tinggi selama ini.

Suatu hal yang amat menyedihkan bila ahli undang-undang dalam UMNO sendiri seperti Datuk Nazri Aziz dan Azlina membisu seribu bahasa  dalam saat UMNO menghadapi keruntuhan peradabannya malah Azlina seolah-olah tidak dapat melihat lebih jauh bila  beliau mengatakan bahawa RUU 355  itu hanya terbatas di Kelantan sahaja

Ini adalah sifat hipokrasi di taraf yang sangat rendah  sekali  kerana hendak terus berada dipinggir kuasa dan mereka hanya akan sedar bila Pas berkuasa dan menghukum mereka untuk berkhatan sekali lagi kerana ke Islaman mereka belum cukup sempurna.

Thursday, 13 July 2017

NAZRI AZIZ DAPAT PRODUK BARU UNTUK TARIK PELANCONG KE KELANTAN.





RUU355 PINCANG HANYA MELAYU KENA SEBAT
KOMEN: sukasamasuka13 July 2017 at 13:58
Tan Sri Zam,

1. Saudi Arabia dan Brunei mempunyai penduduk beragam Islam melebihi 98%.

2. Kedua2 negara itu pada asas nya adalah dua buah negara asal...maknanya sudah ujud sekian lama yang diiktiraf sebagai "natural state or region"

3. Malaysia bukan negara asal...hanya sebuah wilayah baru...ia lahir dengan Perjanjian Antarabangsa antara 5 buah negara...dipanggil Malaysia Agreement 1963...antara Malaya, Sabah, Sarawak, Singapura dan United Kingdom...dengan persetujuan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu...bukan Kerajaan PAS atau kerajaan Perikatan atau Kerajaaan BN.

4. Secara kasarnya, mungkin Malaysia mempunyai 60% penduduk beragama Islam...maka RUU355 itu pincang dan berat sebelah sebab hanya orang Islam yang kena sebat sedangkan orang bukan Islam tidak kena.

5. Bukan ke ini bercanggah dengan Perlembagaan?
NAZRI DAPAT PRODUK BARU

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Dato' Seri Mohamad Nazri Aziz tentulah sangat gembira dengan langkah Kerajaan Pas Kelantan hendak melaksanakan hukuman sebat dikhalayak ramai terhadap pesalah RUU355 (Tatacara Hukuman Jenayah Syariah2002(Pindaan2017) bila dikuatkuasakan di Kelantan kelak.

Ini akan menjadi product baru pelancongan Malaysia untuk dijual oleh Nazri di luar negara  bagi membolehkan orang bukan Islam terutama dari negara maju menyaksikan hukuman ikut cara kuno dan barbaric di sebuah negara demokrasi dan  moden Malaysia.

Walaupun ini dilaksanakan di Brunei dan Arab Saudi tetapi perlaksanaannya di Malaysia adalah lebih menarik perhatian kerana kedua negara itu bukan negara demokrasi sebaliknya negara pemerintahan beraja.

Pelancong-pelancong bukan Islam yang tidak dapat menyaksikannya di tanah haram Arab Saudi tentulah akan bertumpu ke Malaysia kerana disini tidak ada sekatan.

Langkah ini juga boleh dipromokan oleh Nazri di kalangan negara-negara Arab  sebagai usaha  membantu memperbaiki  imej Arab Saudi  yang  masih mengekalkan cara hukuman yang tidak bertamadun. Tentunya dengan itu Arab Saudi  akan meningkatkan quota bilangan jemaah Haji Malaysia ke Mekah.

Walaupun Brunei  melaksanakan hukuman-hukuman Islam yang keras ke atas mereka yang melanggar dosa-dosa besar dalam  Islam tetapi Brunei dan Saudi bukanlah negara Islam yang democratic seperti Malaysia yang mahu dikenali sebagai negara pasaran bebas, liberal dan  berbilang kaum dan agama yang mendedahkan  rakyatnya melihat ketidakadilan undang-undang terutama atas kesalahan jenayah.

Walapun langkah ini akan dilaksanakan hanya di negeri Islam Pas tetapi ia tetap menjejaskan imej Kerajan Barisan Nasional khususnya UMNO kerana diketahui bersubahat dengan Pas bagi melaksanakan hukuman itu. Dunia tentu tertanya bagaimana sebuah kerajaan negeri yang dogmatik, mundur dan miskin boleh menekan Kerajaan Pusat dibawah pimpinan golongan terpelajar.

Lebih menyedihkan ialah penguatkuasaaan undang-undang ini kelak merupakan  pengkhianatan terhadap  perjuangan dan asas kemerdekaan negara yang diletakkan oleh  pengasas-pengasas   UMNO terutama Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail yang telah membina imej  perkongsian kuasa untuk membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang bertolransi , harmony,liberal , moden dan demokratik yang setaraf dengan negara-negara maju lain di dunia.

NAZRI: PELANCONG BOLEH ELAK "SERAMBI MEKAH" 

Tindakan Kelantan meluluskan hukuman sebat di khalayak ramai bagi kesalahan syariah di negeri itu tidak akan menjejaskan industri pelancongan Malaysia, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz.
Nazri berkata, kerana banyak lagi destinasi pelancongan yang lebih menarik berbanding Kelantan.
Malah, Nazri berkata pelancong juga boleh mengelak ke negeri "Serambi Mekah" itu.
"Ia tidak akan menjejaskan pelancongan kerana terdapat negeri-negeri lain yang lebih menarik lagi dan terpulang kepada pelancong.
"Kalau mereka tak nak pergi (Kelantan), mereka boleh tak pergi. Kalau risau tentang itu jangan datang ke Kelantan.
"Banyak lagi negeri lain mereka boleh mereka pergi seperti Sabah dan Sarawak dan kalau mereka takut datanglah negeri-negeri lain macam Selangor, Pulau Pinang atau Langkawi, Kedah," kata Nazri.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Kuala Lumpur selepas merasmikan bengkel Malaysia My Second Home (MM2H) di Kuala Lumpur, hari ini.
Nazri mengulas tindakan kerajaan Kelantan meluluskan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang antara lainnya membolehkan hukuman sebat dijalankan di khalayak ramai.
Pindaan itu dicadangkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Mengulas lanjut, anggota Majlis Tertinggi Umno itu berkata Kelantan kini bukan lagi merupakan pilihan utama pelancong.
Oleh demikian, Nazri berkata kerajaan negeri Kelantan boleh berbuat apa saja.
"Kalau risau tentang itu jangan datang ke Kelantan. Kelantan adalah negeri yang tidak sering dikunjungi jadi jika mereka mahu menjadikannya lebih kurang menarik, itu adalah masalah mereka," kata Nazri.- MALAYSIAKINI





Friday, 7 July 2017

BUKTI KEBEBASAN MEDIA DI ERA NAJIB LEBIH HEBAT

Bekas Gabenor Bank Negara Dr.Zeti Akhtar  Aziz telah mengambil keputusan untuk tidak lagi bercakap kepada media kerana katanya beliau telah belajar darinya.(LIHAT MALAYSIAKINI)

Bunyinya pahit walaupun beliau telah mengalami kemanisan berintraksi dengan media sekian lama.

Bukti kebebasan media di Era Perdana Menteri Datuk Seri Najib adalah lebih hebat dari Era Tun Dr.Mahathir.

Biar pun menyepi tetapi keagungan namamu Zeti  bersama bapa mu Pak Ungku dan Kak Azah  tidak akan hilang dari sejarah negara.

Zeti: No more interviews with media, I have learned my lesson



Former Bank Negara Malaysia (BNM) governor Zeti Akhtar Aziz has decided
 to stop giving media interviews as she had learned her lesson well.
"I don't give interviews anymore. I learned my lesson already,"
 she said at an event in Kuala Lumpur on today.
However, Zeti did not explain the reason for declining to give future 
interviews to the news media.
When asked if the reason was that she had been quite vocal in recent interviews,
 she said she only spoke to the media in conjunction with the 20th anniversary
 of the Asian Financial Crisis (June 29)...



Read more: https://www.malaysiakini.com/news/387698#ixzz4m6d7g






Monday, 3 July 2017

DAP BUKAN LAGI MUSUH MELAYU AKIBAT PEMESONGAN NASIONALISME UMNO

JIN ISLAM DAN NAGA CINA

PM 1 Tunku Abdul Rahman gambarkan PAS sebagai JIN ISLAM  untuk takutkan orang Cina supaya terus mengundi UMNO untuk selamat ,Tun Mahathir jadikan DAP sebagai SYAITAN CHINA supaya tidak didekati  orang Melayu dan kekal dengan UMNO dan PM NAJIB  membawa masuk JIN ISLAM dan NAGA CINA  ke dalam kelambu menyebabkan Cina, Hindu dan Melayu lari lintang pukang dari UMNO- Tan Melaka

DAP BUKAN LAGI MUSUH MELAYU....
DAP bukan lagi musuh Melayu kerana yg bukan sahaja bawa modal China,tapi kontraktor China dan pekerja China adalah UMNO.Orang Cina pun marah

Tweet saya yang ringkas diatas telah mendapat sambutan hangat. Ini  mungkin didorong oleh sentimen dan  semangat nasionalisme  yang tidak memperhitungkan  geo economic Power.

Atau mungkin juga  kerana misguided nationalism seperti pandangan  Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri  Datuk Mustapha Mohamed.

Dari pandangan rasional, penanaman modal dari China atau kerjasama ekonomi Malaysia dengan Republik Rakyat China secara besar-besaran  tidak seharusnya menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat.

Dari sejak awal kemerdekaan negara, rakyat terdidik untuk  bersikap terbuka terhadap pasaran bebas, setiap orang bebas untuk berniaga dan tiada sekatan kepada kemasukan  modal asing sebaliknya digalakan dengan pengawalan  di bawah peraturan tempatan demi untuk  kepentingan rakyat.

Malaysia dan Singapura telah jauh kehadapan dalam hal ini  berbanding dengan negara-negara lain di Asia yang berpegang kepada dasar ekonomi sosialisme atau komunisme yang  mencemburui penanaman modal asing. Malaysia melihat modal asing  sebagai lonjakan ekonomi negara tetapi negara lain menganggap sebagai penindasan dan pemerasan  terhadap rakyat untuk kepentingan kapitalis.

Tentunya kita tidak pernah terfikir negara Komunis China yang menjuarai  dasar ekonomi tertutup yang diperjuangkan oleh partinya di Malaysia(PKM)  dengan darah   akhirnya menjadi kuasa ekonomi kedua terbesar di dunia  yang bukan sahaja menakutkan Malaysia tetapi mencabar bapa kapitalis dunia Amerika Syarikat sendiri.

Rakyat Malaysia telah menerima baik penjajahan ekonomi Barat sejak merdeka tetapi kenapa  takut pula kepada penjajahan ekonomi China?

Apakah sekiranya Tun Mahathir masih berkuasa sebagai Perdana Menteri  beliau akan menyekat penanaman  modal dari China  sedangkan beliau sendiri pernah meyakinkan rakyat  bahawa China tidak pernah berperang untuk menawan negara lain.

Ini berbanding dengan kuasa  Barat yang  berselindung disebalik kemanisan  globalisasinya untuk mengembangkan tidak sahaja penguasaan ekonominya tetapi juga penjajahan politik dan tentera terutama keatas negara-negara Islam.

Faktor utama Masyarakat Melayu Malaysia lebih mencemburui dan membimbangi  penjajahan ekonomi China ini oleh kerana Cina tempatan sendiri berada dihadapan dalam  kemajuan ekonomi negara ini  yang  dianggap  sebagai ancaman kepada bangsa.

Menghadapi cabaran ini berbagai  perancangan diadakan untuk menebus maruah ekonomi Melayu  termasuk  dasar  perlindungan seperti Hak Istimewa Orang Melayu yang aktif dan dinamik  di bawah kepimpinan Tun Abdul Razak dengan Dasar Ekonomi Baru,FELDA dan  diikuti dengan ASB,pengambilan ladang British menerusi pasaran terbuka   dan sebagainya.

Umumnya orang Melayu tidak menyalahkan diri sendiri atas kemunduran mereka tetapi sebaliknya melihat kehadiran orang Cina sebagai penyebab kemunduran mereka sekalipun pada hakikatnya tanpa orang Cina, negara  dan juga orang Melayu tidak akan mendapat faedah ekonomi yang boleh  membantu kemajuan mereka sendiri.

Mahathir menyedari hakikat kejayaan orang Cina kerana sifat kerajinan dan keusahawanan mereka  tetapi beliau sendiri tidak berani untuk menyeru orang Melayu supaya mencontohi  Cina untuk kejayaan  sebaliknya melancarkan dasar Pandang ke Timur  iaitu pandang ke Jepun kerana tidak mahu menyinggong perasaan orang Melayu yang prejudis kepada orang Cina.

Najib tidak bagitu mengambil berat perasaan ini dan agresif  membawa banyak penanaman modal  dari China atau usaha sama dengan Negara China di kawasan sensitif yang dengan itu   mudah  menjadi suatu isu panas di kalangan Melayu  walaupun penanaman modal China  hanya 2% sahaja dibandingkan  dengan keseluruhan modal asing di  negara ini.

Dalam beberapa hal sikap pengasingan diri orang Cina tempatan dari aliran nasional atau aliran perdana dan  mahu mengekalkan identiti  Cina, juga  tidak memesrakan  orang Melayu dengan Cina tempatan.

Keadaan ini adalah  berbanding dengan China Singapura yang dipaksakan  oleh perdana menteri pertamanya Lee Kuan Yew  untuk bersatu menerusi  bahasa Inggeris  dengan kaum-kaum lain dengan menutup institusi-institusi pengembangan  kebudayaan China terutama  sekolah China dan Universiti China.

Sekarang nasionalisme Singapura membangkitkan masalah yang sama dengan sikap orang Melayu di Malaysia terhadap kedatangan perkerja dari negara China di bawah dasar Singapura membawa perkerja asing  untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja dan juga bagi mengatasi keruncingan  kadar kelahiran rendah di kalangan rakyat Cina Singapura.

Singaporean Chinese mempersoalkan kesetiaan Cina dari China yang walaupun sebangsa tetapi tidak  mempunyai nilai kebudayaan dan keperibadian  yang sama dengan mereka, tidak dapat berbahasa Inggeris, tidak berdiplin dan melakukan kerja-kerja yang tidak sanggup dilakukan oleh Cina tempatan seperti  berkerja di restoran Melayu atau India yang mereka anggap menjatuhkan maruah Cina Singapura.

Melayu Malaysia mempunyai asas kebimbangan yang lebih besar terhadap kedatangan Cina  dari China kerana mereka ditakuti mudah menyerap  dengan Cina tempatan yang masih kuat dengan kefahaman dan penghayatan kebudayaan China yang terbentuk dari sikap pengasingan diri menerusi sosio budaya; bahasa,persekolahan,politik dan ekonomi.

Orang Melayu bimbang perkongsian Proton Holding Berhad dengan pembuat kereta China, China's Zhejiang Geely Holding Group akan membuka peluang pekerjaan kepada orang Cina dari China  di Proton yang selama ini eksklusif kepada orang Melayu. Perkongsian ini mungkin membuka permintaan pasaran lebih besar kepada Proton yang tidak mungkin dapat dipenuhi dengan tenaga Melayu sahaja kecuali dengan membawa masuk pekerja dari China.

Demikianlah juga dalam pembinaan keretapi laju ke Pantai Timur dari Ibu Negara yang akan dibiayai oleh China dengan kos sebesar RM 55 billion.

Apakah cukup dengan tenaga tempatan  sahaja sedangkan China boleh membekalkan sebanyak mana pun tenaga kerja yang diperlukan untuk menyiapkannya  dalam jangka masa yang ditentukan. Apakah semua pekerja ini akan pulang atau menyerap masuk ke dalam masyarakat Malaysia?

Kebanyakan pendatang dari  Cina adalah miskin walaupun China digembar gemburkan sudah maju dan kaya.Tidak benar anggapan PM Najib mereka adalah dari kalangan mewah yang tidak mahu menetap di negara ini.Ini pandangan yang terlalu elitis dan tidak berjejak dibumi nyata.

Lebih menggugat keyakinan rakyat kerana perkembangan ini berlaku dalam masa Malaysia  tidak mempunyai barisan kepimpinan negara yang berwibawa dan bermaruah  sebaliknya  disyaki terlibat dengan berbagai  penyalahgunaan kuasa.

Orang Melayu sekarang  melihat UMNO sebagai menambah ancaman dan cabaran kepada mereka dibandingkan DAP yang semakin matang dalam melihat nilai-nilai politik yang diperlukan untuk  kerjasama politik yang progresif, dinamik ,bersih dan cekap yang tidak lagi berasaskan politik perkauman dan sentimen keugamaan yang sempit.

Semakin ramai Orang Melayu yang melihat,  memahami dan menghayati ancaman kepada nasionalisme Malaysia tidak lagi datang dari DAP yang mahu meMalaysiakan negara ini tetapi melihat  UMNO yang  mahu menChinakan Malaysia menerusi penjajahan ekonominya.

Disamping itu orang bukan Melayu melihat perubahan dasar sekularisme dan liberalisme UMNO  sejak permuafakatan politik  dengan Pas untuk bersama menguasai negara ini. Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah atau Akta 355) menimbulkan prasangka buruk bukan Melayu terhadap matlamat UMNO yang telah dimaktubkan oleh kepimpinan awalnya Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Islam dan lain-lain lagi.

Peguam-Peguam Islam yang terkemuka di negara ini juga bimbang pindaan ini  akan membawa kepada pencerobohan  terhadap  prinsip-prinsip asal perlembagaan negara yang mahu membina suatu bangsa atas nasionalisme Malaysia yang menolak dan perbezaan hukuman  kaum di Malaysia termasuk orang Islam sendiri yang menyemai perasaan ketidakadilan  dari segi perlembagaan.Hukuman jenayah tidak seharusnya berbeza antara Melayu Islam dan bukan Islam.

UMNO telah sanggup untuk berkerjasama dengan PAS sebuah parti yang mempermainkan agama yang  pernah bersubahat dengan DAP  untuk menjatuhkan  kerajaan Melayu UMNO bagi memenuhi nafsu serakah extresmisma agamanya  dan sekarang menyusun strategi  untuk menghancurkan UMNO dari dalam.

Anwar Ibrahim juga cuba melakukan ini tetapi kepimpinan UMNO yang bijak, berintegriti, berpengaruh, kuat, dihormati dan diyakini rakyat telah dapat mematahkannya tetapi PAS yang  belum pun berada dalam kerajaan telah berjaya mempergunakan UMNO untuk menggugat kesucian Perlembagaan Negara  menerusi Parlimen dengan mengambil kesempatan di atas kelemahan UMNO dan  pucuk pimpinannya.


PAS  bukanlah sebuah parti politik yang bodoh yang tidak menyedari hakikat bahawa Najib sedang bergantung di dahan rapuh. Penyokong-penyokong PAS di Terengganu yang membantah kerjasama dengan UMNO  telah pun diyakinkan  oleh Haji Hadi bahawa PAS boleh mencapai semua hasratnya untuk menegakkan negara Islam denga hanya  bekerjasama  dengan UMNO dan sekaranglah peluang keemasannya .

Orang Melayu tidak menolak penanaman  modal dari China kerana kesesatan dari nasionalisme  atau misguided nasionalism  tetapi kerana kehilangan keyakinan mereka terhadap nasionalimse UMNO yang  terpesong dari dasar asalnya dan juga dari Perlembagaan Negara .