Tuesday, 12 December 2017

UTUSAN MALAYSIA MESTI MEMINTA AMPUN DAN MAAF PADA SULTAN SELANGOR





Di muka satu Utusan Malaysia  hariini terpampang promo berita  muka 6 :Pulang pingat: Bukti Dr.Mahathir bongkak tetapi apabila anda membaca berita ini kandungannya tidak  ada sesiapa pun yang mengatakan demikian kecuali mengenai  Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah akan megeluarkan kenyataan berhubung dengan pemulangan darjah kebesaran oleh Dr.Mahathir dan isterinya.(lihat kenyataan baginda di bawah sekali)

Namun oleh kerana terpampang gambar Setiausaha Sulit Sultan Mohamad Munir Bani  bersama berita itu dan tanpa catitan sesiapun yang berkata demikian maka  persepsi pembaca kata-kata itu  adalah dari Sultan Selangor kerana ini adalah merupakan berita dan bukannya suatu analisis. Jelas menunjukan Utusan Malaysia cuba mengelirukan rakyat.

Ini adalah suatu perbuatan yang tidak beretika untuk cuba menyeret  Istana khususnya Sultan  Selangor kedalam keadaan berkonfrantasi  secara langsung dengan Tun Dr Mahathir. Utusan mahu memperalatkan Sultan Selangor  untuk kepentingan matlamat politik dengan menggunakan Journalisme  di taraf yang paling rendah yang tidak cukup dengan tulisan dan berita yang bias pada setiap hari . Sekarang  secara tidak langsung cuba pula meletakan kata pada mulut yang tidak berkata.

Saya rasa adalah sewajarnya  Utusan Malaysia memohon ampun dan maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharifuddin Idris Shah  kerana cuba mengheretnya  ke dalam krisis politik yang boleh memecahbelahkan rakyat. 

Cukuplah bagi UMNO mengheret Istana  ke dalam kancah politik untuk menutup kelemahannya sehingga rakyat merasakan jika UMNO boleh berbuat demikian maka mengapa  mereka tidak boleh.

Rakyat mesti terus mempertahankan kesucian perlembagaan dan kedaulatan Sultan dan Raja-Raja.


Orang ramai tentu menyangka kenyataan dari Istana akan mempunyai unsur politik atas tindakan keras Dr. Mahathir dan Isteri  tetapi nyatalah kehalusan dan keagungan peradaban Istana tetap dipelihara oleh Sulan Selangor dalam kenyataan bersih dan ringkas baginda:



SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenankan menerima kembali darjah kebesaran yang dipulangkan Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan Dewan Diraja Selangor, baginda mengesahkan Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah sudah memulangkan dan menyerahkan kembali darjah kebesaran yang diterima daripada Istana Selangor.
“Dengan itu, dimaklumkan Sultan Selangor berkenan menerima pemulangan kembali darjah dan bintang kebesaran Selangor itu oleh Dr Mahathir Mohamad dan Dr Siti Hasmah Mohd Ali   tanpa halangan,” kata Setiausaha Dewan Diraja Selangor Hanafisah Jais dalam satu kenyataan hari ini.
“Tindakan mewartakan pembatalan kurniaan darjah dan bintang kebesaran Selangor tersebut akan dilakukan mengikut prosedur dan proses yang ditetapkan.”

Semalam The Malaysian Insight melaporkan Dr Mahathir memulangkan dua darjah kebesaran tertinggi yang diterimanya dari Istana Selangor.





Sunday, 10 December 2017

SILAT POLITIK JAWA DAN BUGIS TURKI MENJADI KORBAN

TANPA TANDINGAN MUDAHKAN LALUAN ZAHID HAMIDI KE MO1


Ada pihak yang berpandangan bahawa keputusan Perhimpunan Agung UMNO tidak mahu ada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO selepas Pilihanraya 14 kelak sebagai usaha untuk mengekalkan kedudukan Datuk Seri Najib sebagai Presiden.

Saya mempunyai pandangan yang lain. Bagi saya keputusan ini adalah kebijaksanaan dan kehalusan politik Jawa diatas politik Bugis yang akan menyebabkan sepupu Najib, Datuk Hishamuddin Hussein terpaksa memberikan laluan kepada Zahid kearah terus menjadi Timbalan Presiden dan seterusnya menjadi MO1.


Harus diingatkan cadangan ini dibawa oleh Pemuda UMNO yang ketuanya Khairy Jamaluddin telah pun melafazkan bahawa Najib bukanlah seorang pemimpin  popular tetapi seorang negarawan berpandangan jauh  yang menunjukkan Khairy memahami dimana terletaknya kekuatan parti dan juga di mana masa depannya  dan Zahid Hamidi pun telah menjamin masa depan tertinggi bagi Ketua Wanita Tan Sri  Shahrizat yang memberi sokongan kuat supaya dua jawatan itu tidak dipertandingkan dan mendorongkan  sokongan dari Puteri UMNO.

Walaupun Najib telah membayangkan  hasratnya terhadap masa depan Hishamuddin dengan melantiknya  menjadi Menteri Tugas-Tugas Khas di bawahnya di samping Menteri Pertahahan tetapi nyatalah sekarang Hishamuddin tersepit dan terkeluar dari ketentuan yang cuba dilakukan oleh Najib.

Demi maruah ,Najib akan  terpaksa berundur sekiranya BN atau UMNO kembali berkuasa pada  pilihanraya 14 dengan kemenangan yang kecil yang akan membuktikan   beliau bukanlah lagi seorang pemimpin yang popular dalam parti dan juga di kalangan rakyat.

Ini adalah suatu strategi politik yang cukup halus,membaling batu sembunyi tangan yang menjadi tradisi UMNO  dalam menjatuhkan pucuk pimpinan secara terhormat dari sejak era Tunku Abdul Rahman Perdana Menteri Pertama  hingga kepada Abdullah Badawi tetapi gagal dilakukan oleh Datuk Harun Idris dan juga Anwar Ibahim.

Bukanlah mustahil  Najib juga akan terpaksa memberi laluan secara terhormat  kepada Zahid seperti Pak Lah memberi laluan kepada Najib mengikut proses menjatuhkan pemimpin secara beradat dan beradab sopan kerana tersandar pada kenyataan tidak lagi popular .

Sekiranya rakyat dapat membaca permainan politik antara Bugis dan Jawa ini maka mereka akan memberikan lagi sokongan kepada UMNO  tetapi dalam pada itu mereka akan mempastikan kemenangan Najib bukanlah  kemenangan yang  bermaruah.

Thursday, 7 December 2017

RAMAI MAHU JADI "JUTAWAN SEGERA" MACAM KHAIRY

  1. Saya impressed dengan ucapan KP UMNO Khairy Jamaluddin atas pembongkaran secara terperinci penyelewengan Mantan PM Dr. Mahathir dalam pengurusan ekonomi negara berasaskan fakta benar tapi dia lupa,dia juga jadi jutawan segera menerusi proses penyelewengan ini,tetapi apakah yang pemuda-pemuda UMNO dapat dari perniagaaan dan keusahawanan 1MDB dan RM 2.6 billion? Mereka pun mahu jadi "jutawan segera" macam Khairy menerusi penjualan tertentu.

  2. Sokongan membawa rebah.

  3. Sheila Majid tak seharusnys tergugat dg kutukan Azwan Ali kerana integritinya dg Azwan macam langit dg bumi. Siapalah Azwan?

  4. Himpunan Agung Umno mahu kekalkan status quo Najib dan Zahid.Tertutup peluang Hishamuddin,masa depan Najib terancam lepas menang pilihanraya 14.Masa depan Zahid Hamidi sudah terang.

  5. Perhimpunan Agung Umno syok sendiri ,tak sentuh hati rakyat; GST,,gaji naik harga barang naik,pengangguran, harga minyak tak stabil,Felda,rasuah dalaman disimpan,kes Isa Samad masih terpendam disebalik tiada pileh bulu.

  6. Lagi seorang artis sertai suara berani rakyat.Sheila: Rakyat bosan, marah diperah
  7. Musuh lama pun tumpang sekaki tapi tak ada lagi peluang jadi PM cuma boleh lagi jadi calun . Hidup Ku Li dendam sampai mati.Memang semua salah Mahathir termasuk kalah di Kelantan.Bagaimana seorang keluarga di Raja pun tidak mampu menebus kembali Kelantan dan hanya duduk terkurung di Gua Musang.