Saturday, 31 December 2016

MENUJU KE PENGADILAN MAHA TUNGGAL

                                                                             
                                                                                           
                                                                             PERJALANAN ROH
Menteri Pelajaran Dr.Mahathir Mohamad(kiri sekali)
memberikan penghormatan terakhir bersama pembesar
negara kepada jenazah Allahyarham Tun Razak  yang di
letakan di Bangunan Parlimen pada 16 Januari 1976.
Ketika aku mengucap Ina lillah wa ina ilaihi rajiun
Kau bukan mati, perdana
tetapi sekadar istirehat

Dari makrifat sebuah zat
dari perjalanan semalam 
yang penuh perjuangan
Siapapun bakal kembali
Menghadapi ilahi

Yang tak terduga bila serunya 
Ketika air mata gugur berderai
Kami bukan menangisimu pahlawan
Sekadar manifestasi selamat tinggal
menuju ke pengadilan Yang Maha Tunggal

Di makam pahlawan kau terbaring sepi
Berceritalah tentang perjuangan dan pembangunan
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui                                                                 

Al-Fatihah

Sabda S
Kuala Lumpur
13 Muharam 1396
                                                                                                  
Ribuan manusia berbaris panjang dengan sabar menuju ke Bangunan Parlimen untuk memberikan
penghormatan terakhir kepada Jenazah Perdana Menteri Tun Razak.
CATITAN: Penyair tanah air Sabda S mencipta sajak "Perjalanan Roh" ketika  dalam keharuan bersama berjuta rakyat atas pemergian Tun Abdul Razak Perdana Menteri Kedua yang dikasihi  kerana jasa besarnya membangunkan maruah bangsanya pada Rabu 14 Januari 1976 di London jam 6.30 petang waktu Malaysia.

Sajak ini terdapat dalam buku" Tun Razak Jejak Bertapak Seorang Patriot" karya Zainuddin Maidin setebal 328 muka berharga RM200 sebuah dan belanja pos RM30 yang boleh dipesan terus dari pengarangnya seperti panduan tertera sebelah kanan teratas blog ini.
Ketika negara menghadapi krisis kepimpinan dan berbagai cabaran,mungkin buku ini perlu diteliti semula untuk rakyat  menilai dan memahami arti sebuah perjuangan jujur dan ikhlas  yang penuh dengan pengorbanan termasuk kepentingan isteri dan kesihatan diri.

Sunday, 25 December 2016

YANG MENDORONGKAN SAYA MENULIS" TUN RAZAK JEJAK BERTAPAK SEORANG PATRIOT"

Kedatangan Profesor Ungku Aziz dengan
 Isterinya Azah Aziz(Allahyarhamah)
 di majlis meraikan perlantikan
 say
a sebagai Senator pada 1998
Memang berat  untuk menulis biography tentang seseorang pemimpin  jika kita tidak mempunyai perasaan kepadanya dan hanya  kerana dorongan wang.

Saya telah menolak bila diminta untuk menulis biography beberapa orang pemimpin lain setelah saya menghasilkan biography bergambar Tun Abdul Razak Jejak Bertapak Seorang Patriot yang diterbitkan bersama oleh Yayasan Tun Razak dan Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd pada tahun 1997.
.
Saya  merujuk  semula kepada buku ini untuk menilai sejauh mana kebenaran A. Kadir Jasin dalam blognya mengatakan saya mempunyai authoriti dalam penulisannya  kerana telah mengikuti kegiatan Tun Abdul Razak di dalam dan luar negara sebagai wartawan disamping itu juga berkawan dengan anaknya Datuk Seri Najib semasa menjadi menteri kabinet.

Berasaskan kepada fakta ini, Datuk Kadir berpandangan saya  mempunyai kredebiliti dalam mendakwa bahawa Najiblah yang akan kesipuan jika Tun Mahathir turut hadir dalam upacara mengangkat sumpah Yang di Pertuan Agung yang baru, baru-baru ini.

Saya merasa beruntung dapat menghasilkan buku ini yang mempunyai dua bahagian iaitu bahagian pertama butir terperinci perjalanan awal hidup Tun Razak  di kampung dan di alam persekolahan dan bahagian kedua penceritaan bergambar yang penuh dramatik dan bersejarah  dalam kepimpinan dan  
pemerintahannya sehingga ke akhir hayat.
Sebagai seorang yang tidak kemas dan tidak  berdisplin, meneliti semula buku ini, saya tidak percaya  saya sebagai penulisnya  kerana  tersenarai  secara teratur penyampaian tiap langkah visi dan strategi penghayatan dan pencapaian  seorang pemimpin yang bijak mengexploitasi sesuatu situasi bagi pembangunan dan keselamatan bangsanya.

Penghargaan kepada pencapaian Allahyarham semakin dirasakan oleh pemimpin-pemimpin dan generasi baru selepas merdeka yang sekarang  berada dalam kebimbangan dan kerisauan melihat satu demi satu keruntuhan tugu-tugu yang telah terbina dengan bijaksana.

Saya adalah  diantara tiga orang yang diminta oleh Azah Aziz, isteri kepada Profesor Diraja Ungku Aziz  seorang anggota Lembaga Amanah Yayasan Tun Abdul Razak, untuk menulis Biography bergambar ini. Dua orang lagi ialah Rijal Arbee wartawan Berita Harian dan Firdaus Abdullah Pensyarah Universiti Malaya juga wartawan BH di era Tun Abdul Razak.

Bagaimanapun Kak Azah akhirnya kembali kepada saya dan menyatakan  "Kak Azah harap Zam jugalah yang menulis buku ini" setelah di tolak oleh kedua rakan saya.

Saya mempunyai keyakinan boleh menulis dan mengumpul gambar yang berkaitan kerana saya telah mengikuti jejak-jejak Tun sejak awal 60an ketika beliau  bertanggungjawab sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar hingga ke akhir hayatnya sebagai Perdana Menteri di London pada 14 Januari 1976. Pada masa itu saya berada di London sebagai wakil Utusan Melayu.

Bagaimanapun dalam masa menjalankan tugas penulisan ini  setelah bersara dari tugas wartawan Utusan Melayu, isteri saya Zaiton diserang angin ahmar yang menyebabkan fikiran saya terganggu dan mahu melepaskan tanggungjawab ini  tetapi kata-kata pemandu saya  Karupaya  menghidupkan kembali semangat saya "Datuk, duduk sahaja pun lagi risau, kita sibuk boleh lupakan masalah diri," katanya.

Pemergian Allahyarham Tun Razak di London juga tidak diketahui dengan serta merta, hanya tersebar  dari mulut kemulut. Saya menyertai sembahyang ghaib untuk jenzahnya di surau Malaysia Hall di London sebelum di bawa pulang ke tanahair. Ketika inilah terkumpul seluruh ingatan saya kepada perjalanannya yang menyebabkan saya menitiskan air mata.

Untuk penulisan buku ini sesudah lebih 40 tahun kematiannya, saya telah menemui semua tokoh-tokoh yang terlibat dengan  jejak langkah Tun yang masih dalam ingatan saya terutama dalam bidang pembangunan luar bandar.Mereka terdiri   dari pegawai tinggi kerajaan,pemimpin politik, pegawai polis dan tentera dan mereka yang paling rapat dengannya hinggalah kepada rakyat biasa.

Kecintaan rakyat kepada Tun Razak  ternyata dari gambar-gambar upacara pengkebumian Allahyarham  di Makam Pahlawan dan juga ketika jenazahnya di letakkan di bangunan Parlimen sebelum di bawa kepermakaman. Ribuan manusia berbaris dengan sabar dalam suasana  tenteram dan suram  untuk memberikan penghormatan terakhir. Ada yang menangis dan yang pengsan.Suasana kesedihan tidak  terkawal.

Selain dari Ibu Pejabat  Jabatan Penerangan, saya bernasib baik  mendapat gambar -gambar yang amat sesuai dan paling bersejarah  untuk buku ini dari tong pembuangan sampah perpustakaan Utusan Melayu yang menunggu untuk diangkut oleh lori sampah.

Ketua Pegawai Keselamatan Utusan Melayu Kaptain Osman bin Abdul Hamid telah menunjukkan di mana gambar ini  dibuang  kerana Perpustakaan Utusan tidak memerlukannya lagi setelah disimpan  dalam compact disc.

Saya mencatitkan dalam Sekapur Sireh pendahuluan buku "Tun Razak Jejak Bertapak Seorang Patriot" :

"Kepada pegawai kerajaan Tun Abdul Razak adalah mentor, kepada keluarga dan saudara maranya beliau pelindung dan pengasih, kepada sahabat beliau rakan setia  dan kepada bangsanya yang melihat tugu-tugu kegemilangannya hari ini terbangun dari jejak-jejaknya,Tun Abdul Razak adalah visionary sepanjang zaman.

Adakah realiti dari visionary  ini akan kekal sepanjang zaman atau hancur dalam tangan anaknya sendiri? Masa lah yang akan menjawabnya.

Saya tidak mungkin akan menulis buku ini jika tidak ada dorongan dan galakan serta kepercayaan yang kuat dari Kak Azah Aziz Isteri Pak Ungku Aziz iaitu ibu kepada Zeti bekas Gebenor Bank Negara.Kak Azah adalah seorang tokoh budayawan ulung di negara ini yang telah meninggal dunia pada 10 Julai 2012 di usia 83.

Sesuatu yang amat saya  kesal dari penghasilan  buku ini ia telah  dicepelak oleh orang tertentu yang dijadikan video dengan tuntutan  bayaran beratus ribu ringgit daripada pihak tertentu tanpa merujukan kepada buku saya dan kemudian gambar-gambar  dari buku ini yang mengambil masa yang bagitu lama untuk saya mengumpulnya  telah diambil oleh beberapa penerbit buku-buku mengenai Tun Razak tanpa memberikan  kredit. Saya tahu gambar-gambar itu adalah ekslusif dari buku saya.

Buku ini hanya tinggal sebuah dua  lagi dalam bahasa Inggeris dan Melayu  di Zam Newsroom Cafe  D-G-3A  Block D, Ayer@ 8 Precint 8 Putrajaya atau anda boleh pesan terus dari Yayasan Tun Abdul Razak.

Seorang yang dalam kesedihan  cuba untuk menahan
tangisannya. Gambar bawah  seorang wanita pengsan di permakaman Tun Abdul Razak dan kulit buku Tun Razak
Jejak Bertapak Seorang Patriot




Sunday, 18 December 2016

BOLEHKAH NAJIB SELAMAT DENGAN DASAR LUAR TALAM DUA MUKA

Pertanyaan  PM Malaysia Datuk Seri Najib "Kita buat baik dengan China apa salahnya? dan jawapannya sendiri ialah realiti " China akan jadi the biggest economy by 2040 dan mereka adalah sebahagian Asia."

Ini adalah  suatu kenyataan yang berani memandangkan pimpinan baru  AS  Donald Trump  mahu menjalinkan kerjasama rapat dengan Russia untuk bersama menghadapi ancaman China yang semakin meningkat.

Memandangkan Najib sebagai Ketua ASEAN maka kenyataannya itu mungkin dianggap sebagai ugutan terhadap AS atas sikap permusuhan Trump terhadap negara negara Asia Africa.

Barat selama ini melihat Malaysia dan Singapura  sebagai rakan perkongsian setia dalam membantu dasar luarnya terutama dalam strategi dan operasi membantu dasar globalisasinya yang melihat extremisme Islam sebagai halangan utama. Malaysia adalah bersama dengan beberapa negara Islam lain di Timur Tengah dalam hal ini.

Sumbangan RM 2.6 Billion boleh juga dilihat bagi mempastikan penerusan sokongan Malaysia.

Malaysia (Malaya) dan Singapura telah pun memberikan sumbangan yang sangat besar kepada Kuasa Barat dalam mematahkan gerakan komunisme di Asia ketika perang dingin (Blog Barat dan Blog Timur).

Ketakutan orang Melayu terhadap penduduk  China di Malaya di zaman penjajah telah diexploitasi sepenuhnya bagi  meyakinkan mereka bahawa komunisme akan berakhir dengan penjajahan China. Malaysia juga  membantu mematahkan kebangkitan  PKI (Parti Komunis Indonesia) dalam masa konfrantasi Indonesia.

Pemimpin PKM(Parti Komunis Malaya)  Chin Ping  juga tidak senang dengan konfrantasi  Indonesia yang didalangkan oleh PKI(Parti Komunis Indonesia) kerana sekiranya berjaya akan memperkecilkan kedudukan  PKM  yang akan   terletak dibawah PKI pimpinan Melayu.(Lihat buku Parti Komunis Malaya yang ditulis oleh seorang pegawai tinggi polis Malaysia)

Walaupun Malaysia merupakan negara Asia yang pertama mengadakan hubungan diplomatik dengan China tetapi ini tidak merubah dasar anti Komunisnya.

Bagaimanapun perubahan  geopolitics  setelah runtuhnya komunisme dunia telah menukarkan AS menjadi new imperialsime yang kejam atas nama demokrasi dengan membunuh pemimpin-pemimpin besar Islam yang menjadi ancaman kepadanya(Yahudi) disamping melagakan orang Islam untuk berbunuhan sesama sendiri di beberapa negara Islam yang kuat ekonominya dengan menggunakan senjata Barat.

Disamping gerakan  menghancurkan negara-negara Islam terus berjalan, AS dengan kerjasama Russia akan mengadap secara serius terhadap  ancaman ekonomi dan keselamatan yang didatangkan oleh China. Sudah ada persafahaman Russia Amerika dalam hal ini.

Pada hakikatnya China tidak menceroboh  dan membunuh orang Islam di mana-mana negara Islam tetapi yang membunuh dan menjadikan orang Islam sebagai   nyawa binatang adalah Amerika Syarikat.Pergilah melawat muzium perang di Ho Chi Minh untuk melihat kekejaman AS yang lebih dahulu dilakukan terhadap bangsa Asia.

Apabila Dr.Mahathir berundur dari pemerintahan Malaysia, seorang diplomat Amerika  memberitahu seorang Menteri Luar Malaysia(rakan saya) "Kami senang  dia sudah tidak ada lagi di sana"

Sejauh manakah keberanian Najib dalam kerjasama ekonomi dan keselamatan dengan China? Adakah beliau akan dapat mengimbangi  dengan bebas dasar berbaik-baik dengan dua kuasa besar ekonomi apabila persaingan antara mereka semakin meruncing?.

Kata Najib "China ada satu falsafah,kita meminum dari telaga jangan lupa penggali telaga itu.Jasa budi setia ,kenang budi itu".

Kita juga tidak boleh melupakan dengan memeluk dasar kapitalisme Amerika,dasar Pasaran Bebas Barat maka kita berada dalam keadaan ekonomi pasaran yang lebih maju mendahului negara- negara Asia lainnya.

Bolehkah Najib lari dari mulut naga dan buaya dalam keadaan beliau menghadapi ancaman politik dan ekonomi yang besar dalam negara dan tekanan media Amerika  yang mempunyai pengaruh kuat ke atas White House?.

Tidakkah derma RM2.6Billion ada kaitan dengan pengendalian  dasar luar negara Malaysia dengan AS  seperti juga pemberian  projek RM46 Billion kepada China untuk pembinaan landasan Keretapi ke Pantai Timur?

Sunday, 11 December 2016

SURAT TERBANG YANG SENGAJA DIADAKA-ADAKAN

Bila membaca sahaja surat terbang Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib berlogo kerajaan yang disebarkan menerusi internet,saya terus tidak percaya kerana kandungannya amat cetek,tidak munasabah dan tidak  serius untuk betul-betul meyakinkan orang ramai apatahlagi orang yang berakal.

Surat ini menampakkan  Zahid  membuat pemilihan kabinetnya menggantikan kabinet Najib secara rambang sahaja untuk sebaran dengan pantas.

Bagaimanapun tidaklah dapat dinafikan ramai juga orang yang simple minded akan terus mempercayainya terutama di kampung-kampung.

Selepas  sahaja membaca surat terbang  itu yang  ditunjukkan kepada saya oleh seorang kawan di phonenya saya segera mempunyai prasangka bahawa surat itu diada-adakan oleh pihak jabatan perang saraf UMNO atau BN sendiri   untuk membolehkan tuduhan dilemparkan kepada pihak pembangkang dalam keadaan momentum pemulihan Imej Najib dirasakan tinggi  setelah Persidangan Agung UMNO baru-baru ini.

Pembangkang tidak mungkin  membuat surat terbang yang sebodoh dan semudah  ini untuk melagakan Najib dan Zahid..

Memang benar anggapan saya, belum pun surat layang itu tersebar dengan luas Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib telah membuat penafian dan menuduh pembangkang yang menyebarkan kabar angin itu untuk melagakannya dengan Timbalannya Zahid Hamidi kerana cemburu dengan solidariti UMNO selepas Perhimpunan Agung UMNO(Ia menjadi berita utama muka satu Mingguan Malaysia hari ini).

Ini merendahkan kemampuan berfikir rakyat.

Dan ini adalah satu lagi backfire kepada UMNO dan kerajaan selepas penarikan balik undangan kepada Tun Mahathir ke upacara pengangkatan sumpah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung. Semua ini adalah kerja Allah.

Thursday, 8 December 2016

APA AKAN TERJADI JIKA TUN MAHATHIR HADIR DIUPACARA INI.

Tidak dapat hadir kerana tiada
kerusi untuknya
RAFIDAH TANYA KENAPA MAHATHIR DAN TIDAK YANG SCANDAL?

SIAPAKAH YANG AKAN KESIPUAN JIKA BEKAS PERDANA MENTERI TUN DR.MAHATHIR MENGHADIRI ISTIADAT MENANDATANGANI SUMPAH JAWATAN YANG DI-PERTUAN AGUNG DI ISTANA NEGARA PADA 13 DISEMBER DEPAN- DATUK SERI NAJIB ATAU MAHATHIR?
Kita dapat menjangkakan apa yang akan berlaku sekiranya Tun hadir di upacara itu iaitu pastinya tetamu kehormat yang berperadaban akan menumpu kepada Tun untuk berjabat tangan atau mencium tangannya sebelum atau selepas upacara.

Ini akan meletakkan pemimpin Barisan Nasional terutama Perdana Menteri dan Menteri-Menteri berada dalam keadaan serba salah atau kesipuan. 
Tentunya pihak keselamatan tidak dapat  melarang sesiapapun juga untuk menemui Tun Mahathir di majlis itu.
Mahathir menerima undangan untuk hadir diupacara itu  dari Penyimpan Mohor Raja-Raja Melayu  pada 10 November lalu dan maklumat  pembatalannya dari pihak yang sama pada 13 Disember.

Ini  mendedahkan kesilapan dilakukan oleh Penyimpan Mohor Raja-Raja Melayu kerana tidak memaklumkan lebih dahulu kepada Jabatan Perdana Menteri. 
Pembatalan itu dibuat setelah Mahathir menjawab akan hadir bukanlah bertujuan untuk memalukan Mahathir tetapi adalah untuk mengelakkan "Kesipuan" yang akan dihadapi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib jika berlaku pertembungan dengan Mahathir.
Dalam hal ini tidak ada kerugian kepada  Mahathir. Beliau tidak akan dipandang hina sekalipun tidak   ada sesiapapun datang menemuinya sebaliknya akan menimbulkan simpati yang lebih tinggi kepadanya kerana umum melihat penghinaan yang sudah keterlauan telah dilakukan terhadapnya.
Maka itu sebelum meletusnya suasana KESIPUAN di majlis yang paling berkemuliaan dan berkedaulatan itu, tindakan tegas mesti diambil oleh Jabatan Perdana Menteri walaupun  timbul anggapan buruk rakyat  bahawa "Istana Negara adalah milik Najib dan BN"

Tun  Dr Mahathir Mohamad mengesahkan menerima surat pembatalan undangan ke istiadat menandatangani sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 13 Disember depan.
Ia menjelaskan pembatalan itu bagi “mengelak kesipuan (embarrassment)” kerana tiada kerusi untuk Mahathir disediakan pada acara itu.
Menulis di blognya hari ini, Mahathir mendedahkan beliau menerima undangan untuk hadir pada 10 November lalu.
Mengulas reaksi terhadap pembatalan undangan itu , Mahathir berkata:“Rupa-rupanya acara negara adalah sebahagian dari politik parti.”

"Saya minta maaf kerana membuat anggapan yang salah. Saya akan ambil ingatan bahawa Istana Negara adalah milik Najib dan Parti BN,"katanya.

Sementara itu bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz menyatakan rasa tidak percaya bahawa jemputan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menghadiri majlis angkat sumpah Yang di-Pertuan Agong yang baru, telah dibatalkan.
Rafidah bertanya sama ada kehadiran Dr Mahathir dianggap oleh pihak pihak tertentu akan mencemarkan majlis tersebut.
Menurutnya, sesiapa yang berpalit dengan skandal adalah yang sebenarnya membawa 'kesipuan', tetapi beliau tidak menamakan sesiapa.
"Walhal kehadiran sesiapa yang berpalit dan bersalut skandal, rasuah, salah urus tadbir, dsb adalah sebenarnya membawa "kesipuan" kepada apa jua majlis.
"Tidak begitu?" kata Rafidah dalam satu catatan di Facebook.


Wednesday, 7 December 2016

ARAHAN BALA TENTERA BUNUH 0RANG TUA 91 TAHUN

  1. LIHAT KOMEN DI BAWAH SEKALI: FOTO YANG SANGAT KLASIK
  2. Inilah wajah sebenar PM Najib dalam keraguan dan kegusaran yg tersembunyi disebalik keriangan yg dipaparkan ketika melihat Tun Mahathir mengayuh beca membawa Kit Siang(lihat kartoon di bawah)
  3. Untuk pertahan suspect RM2.6 Billion balatentera dikerah bunuh orang tua berumur 91 tahun tapi cahayanya tetap menerangi



    FOTO YANG SANGAT KLASIK
  4. panglimo potaseh7 December 2016 at 20:41
    Pak Zam.

    Sangat klasik foto muka Najib tu. Tak sangka Pak Zam punya naluri artistik. Teringat saya ungkapan lirik lagu popular 70an "if" ciptaan The Bread "if a picture paint a thousand words".

    Sesunguhnya foto ini mengambarkan emosi dan keadaan sebenar Najib, jika dia tak berlakhon. Raut wajah nya merenung kusut. Kekusutan yang tak boleh dihuraikan walaupun dengan seribu ayat.

    Apapun pelahap dedak tetap memberi tepukan "jomblo happy" pada Najib, memuji nya sebagai "best ever" .. maka sangatlah bersyukur Najib dengan pujian itu .. tak putus dia menyebut kebesaran tuhan dan rasulnya di PAU bebaru ni.

    Tapi hakikatnya yang sebenar tuan-tuan boleh tafsirkan dengan foto klasik ini .. seperti seluruh dunia tafsirkan gambar Monalisa.

Monday, 5 December 2016

PEMBANTU ROSMAH ANGGAP SETIAUSAHA POLITIK PM TAK BIJAK

    UTUSAN MALAYSIA :MAHATHIR DIPERKUDA OLEH DAP

  1. Inilah pandangan beberapa orang wartawan kanan Utusan Malaysia terhadap Tun Dr Mahathir bila mereka kata Tun diperkuda oleh DAP.
  2. Utusan Malaysia menjerit DAP PERKUDA MAHATHIR. Masih tak sedar MCA PERKUDA UMNO,masih lemas dlm Journalisme Himpunan Agung Umno.

KOMEN:
PENTADBIRAN NEGARA DAH HARU BIRU.SETIAUSAHA AKHBAR DAN PEMBANTU ISTERI PERDANA MENTERI KELUAR KENYATAAN POLITIK BANTU PM. MUNGKIN KERANA MEREKA ANGGAP DIRI MEREKA LEBIH BIJAK DARI SETIAUSAHA-SETIAUSAHA POLITIK , MENTERI SALLEH SAID KERUAK DAN ABDUL RAHMAN DAHLAN.LAGI PUN MEREKA ORANG SABAH,DIRASAKAN TERASING OLEH ORANG SEMENANJUNG-TAN MELAKA







 Pembantu isteri perdana menteri Rizal Mansor mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad“memperlekehkan”Nabi Muhammad bila menyatakan Nabi tidakmempunyai akaun RM 2.6 Billionseperti PM Najib.

Menurut Rizal “Ramai juga kawan-kawan yang terkejut dengan kenyataan itu yang dibuatnya semalam".

Jadi artinya Rizal percaya bahawa Nabi mempunyai akaun sebenar RM2.6 Billion dan mengatakan Nabi tidak ada akaun sebesar  itu adalah memperlekeh Nabi.

Inilah fahaman semua orang yang membaca kenyataan Rizal yang tersiar di Malaysiakini  hari ini.
Mahathir dalam sidang media di kongres tahunan DAP semalam berkata pemimpin Umno seolah-olah menyamakan perdana menteri dengan Nabi apabila  mendakwa bahawa Najib insan terpileh oleh Allah.
 "Macam Nabilah" kata Mahathir "sedangkan nabi tak ada akaun RM 2.6 Billion" kata Mahathir  menyebabkan semua wartawan dan orang ramai rioh rendah ketawa besar.

Cuma yang terkejut dan bersedih hari ini hanyalah Rizal seorang sahaja sedang seluruh dunia telah ketawa ,sebabnya kerana dia kurang faham.Salleh Said Kruak dan Abdul Rahman Dahlan belum bersedih lagi.



Sunday, 4 December 2016

WISMA PUTRA SALAH NASIHAT PM NAJIB BERDEMONSTRASI

He said protests are meant to oppose governments, whereas the government's role is not to protest but to take action.


Read more: https://www.malaysiakini.com/news/365138#ixzz4Rqr1qTYD

PM Turkey lawat mengejut Rohingya di Myamar. Kalau Mahahthir masih PM, dia akan sampai lebih dahulu dari Kofi Annan