Thursday, 31 December 2015

KENYATAAN AHMAD MASLAN SESUAI KEARAH MENJADI SEBUAH NEGARA GAGAL

Apapun penjelasan yang diberikan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berhubung dengan kenyataan umumnya  rakyat negara ini harus menjalankan dua pekerjaan tidak lagi boleh memperbaiki kesan kerosokannya kepada pemikiran umum.

Tentunya kakitangan dan pegawai - pegawai kerajaan juga mengira diri mereka termasuk dalam golongan  yang dimaksudkan oleh beliau  kerana  pendapatan mereka semakin kurang dengan perbelanjaan  semakin besar kerana kenaikan harga barangan dan  sebagainya.

Ahmad Maslan  tidak menyedari kesan kenyataannya itu  boleh meruntuhkan nilai -nilai yang yang cuba dipertahankan dan diperkuatkan lagi  di kalangan kakitangan kerajaan.

Sikap berkerja kakitangan  kerjaaan sekarangpun  telah merosot bagitu jauh jika dibandingkan  dengan era Tun Dr.Mahathir dan Tun Daim sebagai Menteri Kewangan

Kita sekarang boleh melihat bagaimana kakitangan kerajaan lepak dalam masa kerja di kedai-kedai mamak  terutama di Putrajaya kecuali jika diketuai oeh ketua-ketua jabatan yang diketahui  benar-benar tegas dan keras.

Kenyataan Ahmad  Mazlan itu jelas memperlihatkan  sebilangan  menteri-menteri  tidak memahami  nilai-nilai yang diperlukan untuk mengekalkan tradisi pentadbiran kerajaan bagi  membangunkan masyarakat yang diperlukan untuk menjayakan wawasan 2020.

Hal ini memerlukan penerusan pemupukan nilai -nilai baik yang telah membangunkan maruah negara selama lebih 50 tahun merdeka terutama dalam memantapkan displin kerja dan penggunaan masa kakitangan kerajaan.

Malaysia tidak seharusnya memiliki imej kakitangan kerajaan yang tidak bergaji cukup dan terpaksa membuat kerja-kerja sambilan untuk menambah pendapatan seperti kakitangan kerajaan di  Indonesia atau Thailand.

Inilah gambaran yang telah diberikan oleh Timbalan Menteri Kewangan itu  terhadap cara berkerja  kakitangan kerajaan Malaysia sekarang dan bukan lagi imej bermaruah yang diwarisi dari sejak pemerentahan British.

Ahmad Mazlan telah membuat kenyataan yang tidak secara langsung menjejaskan imej terhormat kakitangan kerajaan selama ini.Ia juga menunjukan nilai pemikiran kepimpinan negara yang sedang dalam keadaan terdesak untuk menghadapi masalah keruntuhan ekonomi dengan berbagai-bagai teori baru yang terlintas difikiran dan mengikut sedap mulut.

Di  Indonesia  kebanyakan kakitangan kerajaan  hanya datang berkerja di waktu pagi dan hilang  di waktu  petang untuk membuat kerja sampingan yang lain.

Saya telah hidup dari sejak zaman pemerintahan Soekarno di Indonesia  dan memahami keadaan masyarakatnya  yang terpaksa membuat dua tiga kerja sehari yang berlanjutan hingga ke era Jukowi sekarang ini.Inilah yang digalakan oleh Ahmad Maslan untuk dicontohi.

Kenyataan Ahmad Mazlan itu tidak membantu untuk membangunkan  masyarakat dengan kualiti yang diperlukan oleh Wawasan 2020 sebaliknya melonggarkan  displin kakitangan dan pegawai kerajaan terutama di kalangan guru yang sekarang pun ramai terlibat dengan kelas tuisyen dan berbagai-bagai perniagaan sambilan.

Kita sedang menambah kriteria untuk melayakan diri menjadi  sebagai  sebuah negara yang gagal.( A Failed Nation)

Tuesday, 22 December 2015

NAJIB DAN HAJI HADI MESTI BERUNDUR DEMI UNTUK PERPADUAN MELAYU DAN ISLAM

Kerjasama kearah perpaduan Melayu menerusi Pas dan UMNO mungkin telah melampaui zaman terutama dengan wujud suatu kesedaran baru diatas ketidakyakinan orang Melayu terhadap kepimpinan negara dan ketidak sefahaman antara parti-parti pembangkang.

Rakyat diakar umbi malah di kalangan rakyat biasa menengah dan atas  yang melihat politik dari luaran sahaja tidak sedar betapa kotornya permainan politik dan sikap  immoral pemimpin-pemimpin  kerana lebih percaya kepada rhetoric mereka.

Mereka terus  berada dalam idealisme untuk melihat sebuah kerajaan utopian yang bersih,cekap  amanah dan sempurna.Walaupun ini sangat ideal tetapi  tidak boleh perkecilkan kerana jika idea ini mengumpulkan perpaduan pemikiran dan harapan maka ia boleh menjadi tsunami yang boleh meruntuhkan tradisi,convention dan kerajaan.Kesedaran ini semakin meluas terutama di kalangan generasi baru.

Orang Melayu melihat gerakan kearah perpaduan Pas dan Umno sekarang  ini lebih kerana dorongan  kepentingan survival masing-masing dan bukan untuk memenuhi idealisme dan  mimpi rakyat .

Saya tidak menolak anasir  survival ini sebagai suatu rahmat atau blessing ekoran dari runtuhnya   nilai-nilai ideologi masing masing.Mempastikan keselamatan kerusi bagi parti masing-masing adalah lebih utama dari idealisme perpaduan dan agama.

Ketamakan kuasa dan kebencian melulu Pas terhadap UMNO telah menjerumuskannya   kelembah kehinaan politik  dengan penggadaian  prinsip-prinsip utamanya,penjualan maruah parti,bersekongkong dengan pemimpin yang tidak bermoral dan tidak Islamic.

Timbalan Presiden Pas sendiri Tuan Ibrahim masih mendabik  dada terhadap kerbersihan partinya tanpa menyedari ekornya bergelomiang dengan najis.Dia melihat UMNO sebagai biawak tetapi tidak melihat diri Pas sebagai ular berkepala dua.

Kelemahan kepimpinan negara dan UMNO  sejak Abdullah Badawi hingga kepada Najib telah meruntuhkan prinsip prinsip negara yang sejak merdeka mengebarkan bendera kebijaksanaan dan kehormatan  bangsa dan agama bermaruah.

Apapun cerita  disebarkan  samaada bersifat fitnah atau benar terhadap kepimpinan Tun Dr. Mahathir, tidak akan dapat menutup suatu era pimpinannya yang tersohor,bergelora dengan kebanggaan dan semangat tinggi  rakyat dan negara mendapat sanjungan luar.

Sebaliknya  sekarang rakyat merasa kehinaan  diri atas beberapa isu terutama sekali keadaan ekonomi.Contoh paling kecil hakisan ringgit dari hari kehari sedangkan PM membuat beberapa kali janji ringgit akan naik semula.Sekarang beliau tidak lagi berani mengulangi kenyataan ini.

Rakyat amat terasa hakisan moral negara pabila mereka mahu berbelanja di luar negara. Di Thailand mereka  diminta oleh pekedai supaya menukarkan  mata wang Malaysia kepada mata wang  lain lebih dahulu pada hal sebelum ini mata wang Malaysia menjadi rebutan.


Membangkitkan  cerita Tun  Mahahtir menulong saudara maranya dan menyalahgunakan wang negara adalah menelanjangkan cyber troopers Najib setaraf dengan media sosial lain yang sering dikecam  oleh kerajaan sendiri kerana  tidak menghormati  etika kewartawanan.

Mereka tidak mengambil kira samaada tindakan itu memberi kesan atau tidak sebaliknya lebih bertujuan untuk membalas dendam sedang dari segi journalisme, sejarah  tidak menarik minat ramai  berbanding dengan berita semasa seperti IMDB atau RM2.6.Bahlol-bahlol ini mahu menarik perhatian ramai dengan berita anjing menggigit manusia.

Cerita- cerita lama adalah  berita lapuk apatahlah lagi bila rakyat menyedari motifnya  untuk menunjukan Mahathir lebih kotor dari Najib tetapi  tidak dapat membersihkan pekong Najib . Pekong lama  telah kering dan tidak berbau lagi tetapi bau bangkai baru membusuk di seluruh negara kerana sukar untuk dikeringkan.

Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim menghidu bangkai ini seperti bangkai biawak.

Menilai semua keadaan ini maka yang  menjadi penghalang besar kepada penerimaan rakyat  diakar umbi kepada usaha   perpaduan PAS dan UMNO ialah kepimpinan negara itu sendiri yang dicemarkan oleh masalah  isu  1MBD dan juga RM2.6 b yang terdedah ketika keadaan ekonomi merosot.

Apapun penjelasan tidak akan diterima dengan baik oleh rakyat kerana pasukan pengurusan media Najib telah melakukan  kesilapan dari awal lagi sehingga memberikan kesan kepada merosotnya penonton berita TV3.

Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim adalah memberikan gambaran  yang sebenar  harti nurani rakyat   apabila  beliau menegaskan Pas  tidak mahu menangung biawak  hidup dalam  perpaduan dengan UMNO.

Menteri Besar Pas Kelantan menyatakan  kesediaan    Pas untuk memaafkan kesilapan  UMNO di masa lalu tetapi rakyat di kalangan Pas dan juga UMNO malah rakyat  di luar kedua parti ini tidak dapat melupakan  kesilapan baru UMNO dan juga pemimpinnya dalam isu 1MDB dan  RM2.6b.

Jalan penyelesaian kepada permasalahan ini dan demi  untuk menjayakan perpaduan PAS UMNO dan  perpaduan Islam di negara ini maka  Datuk Sri Najib mestilah  berundur dari kepimpinan negara dan demikian juga Haji Hadi harus meletakan jawatan  Presiden Pas kerana kedua mereka sudah hilang kredebiliti dan tidak mempunyai kekuatan untuk  menjadi asas perpaduan Pas dan UMNO  untuk pemulihan maruah bangsa dan agama dan ekonomi negara.


Sunday, 20 December 2015

KERJASAMA UMNO PAS ANCAM MATLAMAT DAP JAMIN MASA DEPAN MCA

IBRAHIM ALI TIDAK REALISTIK

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali meramalkan kerjasama politik UMNO dan PAS  mustahil akan berlaku kerana perbezaan ideologi.

Dalam hal Ini, saya kira Datuk Ibrahim  Ali tidak realistik .Bukankah Pas boleh berkerjasama  dengan DAP dan PKR sekalipun dari segi ideologi Islamnya jauh berbeza sebaliknya lebih banyak titik pertemuan dalam soal-soal dasar negara; agama,  integriti  dan identiti nasional antara Pas dan UMNO.

Sebenarnya Presiden Pas, Haji Haji Hadi bukanlah lagi  hardcore Islam

Pendirian ideologinya  telah pun dicemarkan sejak bersekongkong dengan Anwar Ibrahim dan DAP  untuk menjatuhkan kerajaan BN yang dianggap menjijikan.

Tidak ada penjualan prinsip  Pas yang lebih  lebih besar selain  dari kesanggupan Hadi berdakap dengan pemimpin homoseksual,leberalis  dan pemimpin yang sah kafir dari UMNO yang dikafirkan.

Kekuatan Pas sejak dari sebelum merdeka adalah diatas imej militan, ketaksuban fahaman dan rhetoric kefanatikan  yang membakar semangat dan  tidak sesoai dengan masyarakat majmuk Malaysia. Maka itu  kita saksikan  perbuatan mockery nya amat jelas sejak penyelewengannya.

Yang dahsyat sekali sumpah Bai'ah  yang menghukum  penyeleweng-penyeleweng sebagai melakukan  zina  tetapi telah menjadi keharusan dan didiamkan kerana kepentingan politik.Apabila agama menjadi ideologi politik maka inilah akibatnya. Dosa boleh diampunkan atas hukuman politik.

Pas telah belajar menjadi lebih pragmatik dan menerima keharusan-keharusan politik  dari pengalaman kerjasama dengan  DAP dan PKR yang telah pun menjadi amalan UMNO dari sejak awal lagi.

Pas juga harus belajar dari  Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali  yang lebih practical dalam politik demi untuk mencapai matlamat.

Adalah lebih baik jika kerjasama politik  antara Pas,UMNO  ini merangkumi Perkasa.Ini  akan membenamkan Malaysian Malaysia DAP yang mendapat dukongan kuat dari  akhbar The Star .

MCA tidak akan menghalang  kerjasama Pas UMNO  kerana masa depannya juga akan  lebih terjamin jika berlaku kerjasama UMNO dan Pas.

Tuesday, 15 December 2015

SULTAN JOHOR DAPAT SOKONGAN MORAL DARI SINGAPURA

Nampaknya macam ada persafahaman antara Sultan Johor dengan Kerajaan Singapura  dalam langkah mengharamkan vape,sekurang-kurangnya dapat difahami oleh negara itu  bahawa negeri  Johor tidak mahu mengganggu rakyat Singapura dengan asap vape.

Sultan Johor yang tidak mendapat  sokongan dari kerajaan persekutuan dalam hal ini tentunya merasakan sokongan moral dari Singapura terutama dalam melihat tidak hanya jerebu dari Indonesia sahaja yang merbahaya tetapi asap vape lebih merbahaya lagi

Dari segi moralnya Singapura   lebih mementingkan kesihatan rakyat dari kepentingan wang kerana ia tidak berpegang kepada  falsafah "Money Is The King" sebaliknnya rakyat adalah "King of the King"

Menurut suatu kenyataan Kementerian Kesihatan Singapura,pengharaman produk tembakau termasuk rokok elektronik atau vape di negara itu berkuat kuasa mulai hariini.

Mereka yang didapati melanggar pengharaman itu  boleh dikenakan denda sehingga S$20,000(RM61,328) atau penjara sehingga 12 bulan atau kedua -kedua sekali.

Di Malaysia,Kemenetrian Kesihatan juga berhasrat mengharamkan vape tetapi kuasa  Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob  lebih besar dan lebih kuat kerana beliau mahu menyelamatkan  ekonomi bumiputra dari kesihatan rakyat pada keseluruhannya.

Nota:
Terima Kasih kepada yang menegur.Memang saya tersilap. Yang sebenar dimaksudkan ialah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob-Zam.

Saturday, 12 December 2015

BUKAN CERITA BARU UMNO TERIMA SUMBANGAN DANA PILIHANRAYA.

BANGSA BERMARUAH TINGGAL SEBAGAI KENANGAN UNTUK DITANGISI

Sumbangan kepada dana pilihanraya UMNO atau BN bukanlah suatu pekara baru yang seharusnya menimbulkan kegemparan oleh kerana telah pun berlaku dari sejak kepimpinan Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman.

Dari pengalaman saya sebagai wartawan, di era Tunku UMNO banyak bergantung kepada sumbangan dari taukeh-taukeh MCA pada pilihanraya pertama dan seterusnya ketika bertanding atas nama Perikatan (UMNO, MCA dan MIC).

Maka itulah Tunku terpaksa mengimbangi kepentingan taukeh-taukeh Cina dengan kehendak dan sentimen Melayu dan beliau dikorbankan oleh orang Melayu kerana dasar ini.

Ini dapat dilihat dalam penolakan beliau  terhadap langkah Menteri Pertanian Aziz Ishak mahu  mendirikan kilang baja uria tempatan yang  menyebabkan persengketaan besar dalam UMNO dan  Aziz Ishak disingkikran.

Tunku juga terpaksa menolak langkah Aziz Ishak mahu  menghapuskan orang tengah  dalam pasaran ikan bagi membantu para nelayan Melayu.

Tradisi menerima sumbangan ini  berterusan sehingga  BN menggantikan Perikatan dibawah pimpinan Tun Abdul Razak tetapi tidak menampakan Tun Razak tertakluk kepada orang Cina terutama sekali setelah Tun Tan Siew Sin tidak lagi menjadi Menteri Kewangan.

Dibawah menteri kewangan Melayu, selain dari sumbangan terus kepada Perdana Menteri atau bendahari UMNO ramai pula yang menjadi ejen-ejen tidak rasmi  menjalankan pungutan sumbangan dari syarikat atau individu yang memberikan kepada mereka  kerana mengetahui mereka sebagai orang "menteri" atau kawan baik menteri.

Ejen-ejen ini pula tidak menyampaikan sepenuhnya pungutan  kepada menteri dan menjadi kaya-raya selepas pilihanraya malah seorang rakan menteri dikatakan cuba melarikan RM5 Juta keluar negara dan di tahan  di lapangan terbang Subang tetapi dibebaskan atas rayuan kerana dia kawan baik menteri.

Saya tetap ingat kata -kata Tun Mahathir kepada saya apabila saya mengadu kepadanya tentang penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Katanya, "Zam,nabi pun tak boleh betulkan dunia ini".

Bagaimanapun  soal sumbangan kepada parti tidak diambil pusing oleh ahli-ahli UMNO asalkan mereka dapat wang yang cukup untuk jalankan kerja-kerja  kempen. Dalam hal ini kita harus berani berterus terang bahawa baik di kalangan pembangkang atau kerajaan,menafikan money politic adalah hipokrasi yang paling besar.

Dalam masa Anwar Ibrahim berada dalam UMNOlah kejadian ini berlaku secara blatant sekali tetapi kerana imej agamanya maka pemimpin Pas pun menghalalkan pembelian  diri mereka termasuk Harakah.

Maka itu kerana apakah kita gemparkan sumbangan RM2.6 billion kepada poket Najib untuk pilihanraya?

RM 2.6 billion  luar biasa kerana selain dari jumlahnya yang sangat besar dan dimasukan dalam akaun persendirian tetapi diakui  datang dari luar negara.

Pengakuan itu sekali gus menyebabkan sesiapapun tidak yakin bahawa pemberian itu adalah sedekah yang ikhlas  dari penderma atau penderma-penderma asing.

Cerita Menteri Dalam Negeri bahawa kita tidak terikat apa-apapun dengan penderma atau penderma-penderma itu bukan sahaja tidak dipercayai oleh orang-orang yang bersekolah, malah yang tidak bersekolah pun mentertawakan ini apatah lagi orang Melayu yang berpegang kepada "Ada ubi ada batas, ada budi ada balas"

Boleh juga difikirkan mungkin negara-negara Arab yang  memberikan sumbangan ini adalah proxy kepada kuasa-kuasa besar. Dari sejak sebelum dan sesudah merdeka pun Malaysia adalah proxy  kuasa Barat  tetapi tidaklah didedahkan sumbangan mereka dalam bentuk kewangan sebaliknya dilindungi oleh dasar kemanusiaan dan ketenteraan.

Pendedahan RM2.6 Billion oleh Najib Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO Ini adlah suatu pendedahan yang sekaligus dianggap sebagai melibatkan penjualan maruah bangsa dan negara dan menjustifikaksikan kepada rakyat perbuatan rasuah secara terang terangan.

Jika seorang pemimpin  negara yang berkuasa mencorakan dasar luar negara dan ekonomi boleh menerima sumbangan dari negara asing untuk kepentingan parti maka apakah  salah jika pegawai tinggi kerajaaan menerima sumbangan berjuta ringgit atas alasan untuk membantu pemimpin negara  mendapatkan sokongan pegawai-pegawai dibawahnya.

Tidaklah boleh dinafikan bahawa UMNOlah yang menjuarai ketulusan dalam  menerima sumbangan pilihnarya dari luar negara walaupun dahulu disembunyikan dengan menuding jari kepada orang lain.

Rakyat masih berada dalam prasagka atas tuduhan terhadap  parti-parti pembangkang menerima  sumbangan dalam pilihanraya dari luar negara tetapi UMNO mendedahkan perbuatanya yang niat asalnya mahu disembunyikan tetapi menjadi kes terlalu berat apabila dikaitkan dengan 1MDB.

Saya tidak tahu apakah Perdana Menteri Dr.Mahathir juga pernah menerima sumbangan untuk dana pilihanraya  dari luar negara tetapi kecendorongan untuk mengungkit kesilapan dan keburukan Tun Mahathir bagi menutup atau menjustifikasikan kesilapan Najib tidak akan dapat mempengaruhi rakyat kerana jasanya sangat besar kepada negara dan agama  yang menyebabkan rakyat tidak mahu melihat dosanya.

Dasar bebas luar negara Tun Mahathir yang dipelupori oleh Tun Abdul Razak telah menggoncangkan dunia dan Malaysia dihormati  walaupun berada dalam blog Barat. Dalam keadaan ini pun ekonomi negara maju terus berbanding dengan sekarang walaupun menjadi anak emas baru US.

Dari dulu hingga sekarang dasar negara tetap menentang gerakan militan tetapi tidak terlihat kerana menerima bantuan kewangan dari negara-negara Arab yang menjadi proxy Barat tetapi sekarang sokongan kita telah jelas kepada dunia terutama kepada puak militan kerana kita disogokkan dengan wang dan bukan kerana dasar asal atau kejatian diri kira.

Maka itu kita menjemput bahaya yang besar kepada keselamatan negara kerana imej kita setaraf dengan negara-negara Arab yang menjadi alat kepada dasar Amerika.

Kebijaksaan, kehalusan dan ketertiban diplomasi telah runtuh dan maruah sebagai sebuah negara bebas dan berkecuali telah musnah kerana kerakusan dan ketamakan.

Inilah harga yang sedang dibayar oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang telah hilang perhitungan maruah dan juga seluruh rakyat Malaysia.

Kepintaran Allahyarham Tun Abdul Razak dan keberanian kecekalan Tun Mahathir dalam membina maruah bangsa tinggal sebagai kenangan untuk ditangisi oleh anak anak bangsa.

Tuesday, 8 December 2015

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN TIDAK BERSALAH.

Komen:
PENDERMA RM2.6 BILLION BERNAMA ALADDIN
Penderma RM 2.6 Billion dari Negara Arab yang dirahsiakan selama ini sebenarnya bernama Aladdin. Wang tersebut diperolehi oleh Aladdin melalui jin dari lampu ajaib. Walaupun sukar diterima akal logiknya tetap ada memandangkan cerita Aladdin dan Jin Lampu Ajaib telah diterima di seluruh dunia.
TIMBALAN PRESIDEN UMNO AKAN DIPECAT
Besar kemungkinan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin akan dipecat  sebelum perhimpunan Agung UMNO Khamis ini  atau atas suatu usul  oleh seorang wakil yang akan dibincangkan di perhimpunan itu untuk menunjukan betapa demokratiknya Datuk Najib Presiden UMNO.

Pemecatan ini akan dibuat berasaskan ucapannya di Sultan Sulaiman Kelab yang dianggap sebagai melanggar atau mensabotaj parti. SUA UMNO Tengku Nan mungkin memikirkan Muhyiddin termasuk dalam perangkapnya tetapi Muhyiddin pun telah mendapat  maklumat awal, maka kerana itu beliau ambil sikap do or die.

TIDAK BERSALAH
Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyidin Yassin tidak bersalah dalam  memberikan ucapan Pra Perhimpunan Agung UMNO Khamis  ini  kerana beliau telah dilarang untuk berucap di perhimpunan itu.

Tentunya berjuta orang menyaksikan siaran langsung ucapan itu dari Sultan Sulaiman Kelab malam tadi berbanding dengan hanya orang UMNO yg akan dengar ucapan Presiden Najib.

Siaran langsung ucapan Presiden UMNO menerusi  diberbagai siaran TV perdana kelak  tidak akan dipedulikan oleh orang ramai kerana beliau adalah seorang Presiden yang  berada dalam keadaan integritinya dipersoalkan malah ucapan Muhyiddin  malam tadi telah mengotorkan semula usaha pembersihan yang dilakukan dengan  gopah gapah untuk membantunya

Dakwaan Najib bahawa isu IMDB dipolitikan untuk menimumbulan anggapan negatif terhadapnya mungkin benar tetapi cara pengurusan krisis dalam isu ini  dan tindakan-tindakan yang diambil  dengan menggunakan kuasa Presiden Parti dan  PM yang dipileh oleh rakyat  amat sukar untuk memulihkan kembali keyakinan rakyat terhadapnya.

Ya! Muhyiddin telah dianggap melanggar keputusanUMNO  tetapi jika perbuatan beliau diangap sebagai bersalah maka salah juga keputusan MKT di bawah penguasaan sepenuhnya  Datuk Seri Najib melanggar tradisi yang dihormati  dan dipraktikan sekian lama untuk menunjukan pendemokrasian dalamannya dan juga untuk menunjukan UMNO sebagai contoh parti politik paling demokratik di negara ini

Kesilapan Najib adalah lebih besar kerana tangannyalah yang menghancurkan perjalanan demokrasi mulia dan suci yang berjalan dengan cara berbudaya didalam UMNO selama ini.

Yang jelas kepada umum  "by hook or by crook" beliau sanggup lakukan untuk survivalnya. Adakalanya rakyat merasakan mereka dianggap sebagai terlalu bodoh dari seorang yang meanggap dirinya sebagai bangsawan Bugis dan dari gulongan elitis.

Bahawa lain lain pemimpin UMNO juga tidak akan diberikan peluang untuk berucap tidak boleh mengesahkan larangan kepada Muhyiddin.Kepada umum yang cerdik sudah terang lagi bersuloh kerana matlamatnya adalah untuk menutup demokrasi bagi  Muhyiddin.

Berucap di luar adalah cara  terhormat bagi Muhyiddin yang telah diinanyai dan inilah stratiji  beliau  yang bijak yang telah dimaklumkan kepada  saya ketika bertandang ke Cafe saya Zam Newsroom Cafe di Putrajaya baru baru -baru ini.

Ternyatalah  kecekapan penggunaan tekonologi Muhyddin telah mendahului Presiden dan lebih berkesan.Muhyiddin lebih bijak dari Najib yang sedang dalam kelemasan.

Ternyata cyber troopers Najib juga  tidak bersedia untuk menjawab serentak atau lain-lain cara untuk menyekat  sertamerta   ucapan Muhyiddin yang amat meyakinkan rakyat .

Tidak dapat dinapikan selain dari kehadiran beribu orang  di Sultan Sulaiman Kelab , maka berjuta lagi menyaksikannya dan juga mendengar  ucapan Muhyiddin menerusi youtube  dan lain lain khidmat TV sukarela yang tidak mahu ketinggalan memberikan peluang kepada rakyat mendengar suara kebenaran.

Langkah  menyekat  Muhyiddin berucap ternyata suatu keputusan yang tidak bijaksana malah telah  mememberi kelebihan kepada Muyiddin.

Kehadiran Muhyiddin   ke Perhimpuan Agung UMNO Khamid ini  tentunya dengan  aura  yang lebih besar kepada  kepada rakyat dan kepada perwakilan UMNO walaupun mereka berada dalam keadaan tertekan dan tak boleh bertepuk tangan tetapi beliaulah suara berani rakyat yang sanggup mengorbankan dirinya demi  untuk kebenaran dan demokrasi.

Perwakilan UMNO tidak akan meneriakan Hidup Muhyiddin seperti teriakan palsu kepada Najib di Perhimpunan Agung UMNO itu  tetapi teriakan lebih ikhls adalah  didalam hati sebahagian besar  perwakilan UMNO dan rakyat seluruh negara yang diringi dengan perasaan berkabong  atas kematian demokrasi dalam UMNO sempena dengan Perhimpunan itu.

Nota:
Saya mohon maaf atas kesilapan tarikh Perhimpunan Agung Umno 
dan banyak kesilapan ejaan dan sebagainya dalam posting ini  kerana di poskan dalam keadaan untuk mengejar masa.


Sunday, 29 November 2015

TIDAK LAGI HANYA PERJUANGAN RAKYAT

TAMPARAN SULTAN JOHOR KEPADA PIMPINAN KUCAR KACIR

Fendi Ahmad29 November 2015 at 17:11
Tiba-tiba Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah vape diharam terus sama ada dijual mahupun diguna di seluruh Johor.

Tuanku jelas menyindir Menteri Ismail Sabri Ya'akob yang menjadikan vape isu perkauman.

Saya "membaca" titah Sultan Johor ini sebagai satu tamparan nyata kepada kepimpinan PM Najib yang kucar kacir. Isu vape jelas menunjukkan Najib hilang kawalan kepada pak pak menterinya yang saling memberi komen / tindakan yang tidak ada koordinasi. Menteri Kesihatan kata lain, Ismail Sabri kata lain, Menteri Belia kata lain.

Baru isu vape dan asap pun sudah bercelaru, macam mana nak jaga bangsa dan agama ???
SINDIRAN SULTAN PERAK
Seluruh rakyat tentunya  dapat mengenali  pemimpin negara yang bersifat munafik pepat di luar,rencong di dalam yang dititahkan oleh Sultan Perak sempena Hari Keputeraan baginda .Sudah terang lagi bersuluh,nampak jelas satu demi satu wajah-wajah munafik ini  lelaki dan perempuan.

Antara lain,Sultan Nazrin bertitah" kejatuhan dua tamadun besar  iaitu Rome dan Parsi disebabkan kepimpinan negara yang lemah,para pembesarnya hidup mewah(termasuk isteri-isteri ?), raja-raja tenggelam dalam kenikmatan dan lupa tanggungjawab selain melakukan kezaliman,penindasan  serta kekejaman.

Tindakan itu menyebabkan kehidupan rakyat terumbang-ambing dan anggota tentera runtuh moral perjuangan serta luntur semangat kepahlawanan,titah baginda.

Ini telah pun berlaku secara rampant di negara kita apabila pegawai-pegawai tinggi kerajaan,Polis Diraja Malaysia ,SPRM dan Bank negara  di tukar dan ditakutkan  dengan sewenang-wenang  yang menyebabkan keruntuhan moral institusi berkuasa  yang  berprestig pada pandangan umum. Inilah tentera barisan depan negara  di zaman sekarang.

Titah Sultan ini membuktikan bahawa kesedaran  terhadap kejatuhan  moral dan semangat negara sekarang tidak terbatas kepada rakyat biasa sahaja tetapi juga telah sampai keperingkat raja-raja,tidak lagi hanya suara rakyat semata tetapi juga suara istana.

Awang Selamat yang memendam rasa juga melepaskan perasaan terpendamnya diatas titah baginda itu dengan berkata " Banyak ungkapan daripada titah itu penuh mendalam dan tajam,lebih -lebih lagi dalam konteks hariini yang wajar menjadi rujukan seluruh rakyat."

Awang  memberikan ucapan Dirgahayu  kepada Sultan Perak.

Sebagai suatu sindiran  kepada kecemaran kepimpinan negara,Sultan Perak menganugerahkan darjah kebesaran  negeri kepada Allahyarham Dr.Burhanuddin Helmi dan Aminuddin Baki dua tokoh nasionalis yang diketahui mencerminkan kemurnian keperibadian tinggi  dalam perjuangan.

Bagi saya dalam menghadapi  keruncingan krisis penyelewengan  kepimpinan negara sekarang, maka sangat tepat masanya baginda ingatkan rakyat  tentang kualiti pemimpin terdahulu  dibandingkan dengan sekarang.

Thursday, 26 November 2015

MUHYIDDIN TIDAK PERLU GUNA PENTAS UMNO

PEJUANG YANG AMANAH TIDAK  AKAN ADA DI PWTC

OLEH: KU SEMAN
Jumlah pejuang dan pemimpin yang akan bangkit bersuara berani menyokong atau mencetuskan gelombang perubahan kearah memenuhi harapan ahli-ahli UMNO, penyokong penyokong UMNO dan rakyat seluruhnya di luar  tidak akan ada dalam perwakilan di Perhimpunan Agung UMNO di di PWTC  bulan depan. 
Oleh yang demikian Muhyiddin Yassin tidak perlu menggunakan pentas perhimpunan agung UMNO kali ini untuk menyuarakan pendiriannya. Beliau akan tersilap pentas apabila sebahagian besar para perwakilan yang terdiri daripada ketua bahagian telah disihirkan dengan wang, jawatan dan pelbagai imbuhan.Suara-suara sihir ini bukan lagi diri sendiri atau suara mereka yang sebenarnya.

Saya bimbang pejuang kebenaran macam Muhyiddin akan diketawakan oleh puak oportunis yang datang menanguk peluang dan bermuka-muka di depan Najib ibnu Razak dan rejimnya. Puak oportunis sudah lihat apa yang berlaku kepada Muhyiddin yang akhirnya bukan sahaja dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri tetapi dinafikan secara paling tidak demokratik sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Jangan terkejut kalau tahun lepas Muhyiddin dijulang dan didendang semasa perhimpunan agung UMNO walaupun keras mengkritik sikap UMNO tetapi kali ini ketua bahagian UMNO sudah tidak kenal lagi dengan Muhyiddin. Mereka takut untuk bersalam kerana bimbang terlepas peluang daripada rejim yang memerintah. Inilah dunia UMNO.

Muhyiddin kena mencari pentas lain, pendekatan lain dan khalayak lain kerana bukan semua orang UMNO telah termakan nasi kangkang. Banyak yang ada prinsip dan kenal agama. Banyak yang tidak buta membaca semiotik yang kerapkali ditayangkan di depan mereka. Maknanya banyak orang UMNO yang mahu hidup secara bermaruah dengan menjauhkan diri daripada perbuatan yang tidak amanah. Mereka inilah yang akan bersama-sama Muhyiddin,

Tuesday, 24 November 2015

MUHYIDDIN TETAP AKAN BERUCAP WALAUPUN DISEKAT

SAMPAI BILA TSMY NAK DUK BELAKANG TUN?
KOMEN:
Dulu azmin, Rafizi dan tony pua tak ada pentas2 khas untuk berucap pun, dewan orang ramai pun out of bound. Tapi tahun 2008 dulu 5 negeri tumbang. Thats what happens when leaders speak directly to the people.

Tapi TSMY sampai sekarang kita pun tak tau apa dia nak buat. Nak dok belakang Tun sampai bila? A leader must lead, full stop. Speak directly to the people, not just umno members. Tell the nation what your plans are.

Soal perhimpunan agong tu, lupakan lah, bukan pentas untuk TSMY, audience dia tak ada kat situ. Ucapan2 bakal disampaikan pun very predictable....ABC...ampu, bodek, cium tangan. Bagi warning kat DAP, kutuk PKR, lepas tu jerit2 hidup umno. Tapi tahun ni ada something different...tak ada yang berani kutuk PAS. Ye lah, nyawa2 ikan kan, kena lah ada talian hayat.
TETAP AKAN BERUCAP
Walaupun disekat dari merasmikan serentak  tiga sayap UMNO iaitu Wanita,Puteri dan Pemuda di Perhimpunan Agung UMNO Disember ini  tetapi Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin  akan mempunyai cara tersendiri untuk menyampaikan ucapannya kepada mereka bagi meneruskan tradisi  zaman berzaman.

Inilah konklusi  yang dapat dibuat oleh saya setelah mengemukakan kemungkinan sekatan itu  akan berlaku dalam perbualan dengan Tan Sri Muhyiddin di Cafe saya  Zam Newsroom Cafe di Ayer@8 Putrajaya baru baru ini.

Bagaimanapun Muhyiddin tidak mahu memberitahu saya bagaimanakah cara beliau hendak menyampaikan ucapannya yang  tentunya  akan lebih menarik perhatian umum.

Presiden UMNO Datuk Seri  Najib Tun Abdul Razak mendakwa  keputusan untuk menggantikan peranan  Timbalan Presiden UMNO  oleh ketua-ketua sayap UMNO sendiri   telah diputuskan oleh mesyuarat MKT UMNO  di bangunan  Parlimen malam ini. Alasan yang diberikannya adalah atas permintaan ketua-ketua berkenaan sendiri.

Najib sedar bahawa alasan yang diberikan olehnya itu tidak dipercayai oleh ahli UMNO apatahlagi orang ramai sebaliknya itu  adalah  hasratnya sendiri yang dalam keadaan  takut dan gementar untuk hadapi ucapan  Muhyiddin.

Muhyiddin  tentunya akan menggunakan  pentas yang sangat penting itu untuk mendedahkan segala-galanya.Beliau  sedar bahawa ucapannya sedang ditunggu oleh  rakyat diseluruh negara.

Halangan kepada Muhyiddin untuk berucap pastinya akan menambah simpati, populariti dan  mengangkat  maruahnya kepada taraf yang lebih tinggi tidak sahaja kepada ahli UMNO,tetapi juga pembangkang  dan kalangan rakyat berbilang kaum di seluruh negara.

Pertanyaan popular ialah kenaapa Najib mahu menutup mulut Timbalan Presiden untuk menyempurnakan amalan  tradisi zaman berzaman yang  tidak melanggar perlembagaan parti.

Sokongan beratus  Bahagian Umno nampaknya tidak memberikan keyakinan,kekuatan dan keberanian  kepada Najib untuk menghadapi Muhyiddin seorang.

Sekatan ini juga menghakiskan lagi kewibawaan Datuk Seri Najib sebagai Presiden UMNO dan menyebabkan semakin ramai rakyat sedar bahawa beliau tidak segagah keterampilannya.

Ketua Pemuda UMNO,Puteri UMNO dan Wanita UMNO janganlah membisu sebaliknhya mestilah mengesahkan dakwaan Najib bahawa mereka sendiri yang mahu memecahkan tradisi UMNO bagi membuktikan bahawa Najib benar-benar King Of Money.



Tan Sri Muhyiddin di bilek kecil Zam  yang menumpang di Zam Newsroom Cafe di Ayer@8 Putrajaya.Beliu sedang membelek buku terbaru Zam  Mahathir Bukan Kawan Saya yang dihadiahkan kepadanya. Zam juga menunjukan buku bergambar Jejak Bertapak Tun Abdul Razak karyanya  yang diterbitkan oleh Yayasan Tun Abdul Razak. 














APA SALAH MKT UMNO BERMESYUARAT DI PARLIMEN

Bukan saya sahaja yang terkejut tetapi ramai orang tertanya-tanya  mengapa Majlis Tertinggi UMNO bermesyuarat di  bangunan Parlimen hariini kerana biasanya mesyuarat itu  diadakan Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato' Onn.

Alasan kerana ramai ahli MKT menjadi anggota Parlimen yang diberikan oleh Setiausaha Agung UMNO  Tengku Adnan Tengku Mansor  tidak logik dalam zaman kecanggihan teknologi  komunikasi sekarang untuk membolehkan  MP UMNO berkejar ke Parlimen jika mereka diperlukan hadir segera.

Lagipun Pejabat UMNO dengan Parlimen sangatlah dekat.

Soal ancaman keselamatan juga tidak timbul oleh kerana telah pun diumumkan oleh SUA UMNO bahawa Timbalan Presiden  Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden UMNO Shafiee Apdal tidak akan di  pecat tanpa siasatan menyeluruh.

Muhyiddin sendiri tidak nampak apa alasan untuk membolehkan pemecatannya tetapi barangkali beliau masih berfikir dari segi nilai tradisi dan peradaban parti.

Jika tanpa pengesahan benar atau salah dalam  isu  IMDB,  Muhyiddin boleh dipecat dari Timbalan Perdana Menteri maka tentunya lebih mudah untuk mengadakan alasan bagi pemecatan sebagai Timbalan Presiden UMNO dalam keadaan Najib adalah King of Money.

UMNO bukanlah  lagi parti yang berperadaban tinggi yang berjijak diatas kemurnian etika dan  ideologi tetapi menghalalkan cara untuk mengekalkan kuasa.

Mungkin MKT telah mendapat maklumat, rusuhan seperti yang berlaku selepas Anwar dipecat oleh MKT di Ibu Pejabat UMNO Menara Dato'Onn dahulu akan   berlaku jika Muhyiddin dipecat.Maka itu  Parlimen adalah kawasan selamat dan lebih  mudah di kawal.

Maka itu persetankan  anggapan ramai perbuatan ini sebagai diluar tradisi dan jika parti-parti pembangkang juga nak adakan mesyuarat jawatankuasa parti mereka di Parlimen, bolehlah dibenarkan.

Hanya terasa oleh saya seperti Parlimen dijadikan benteng bagi protection penyalahgunaan kuasa parti politik.





Saturday, 21 November 2015

THEY ALL GUILTY OF BETRAYING THE PRESIDENTIAL UMNO

  1. THE VERDICT IS ALREADY MINDED
  2. BY TAN MELAKA
    Najib lembab membuat perbandingan antara kaca dan permata:
    There is a saying, befriend to the one who regards himself as your enemy. Be friendly to your enemy and politically explore it to your benefit. If Najib had applied his leadership values through cultural practice of diplomacy in comradeship and articulation, he won't be engulfed by this unprecedented mass.

    Najib should have personally look more insight of Muhyiddin's and act wisely with moral-rational values for his political judgment.

    It was reported that seven or more Umno members will be investigated under the created penal code of the president and the presidential men.

    The charge will be about their "disloyalty" to Umno in relation to "1MDB's scandal". In addition to that, their assumption of advisory words contrary to the president.

    Many believe the verdict is already minded. They are all assumed guilty of betraying the presidential Umno. In other words, they were first guilty until proven Innocent underlying by their meaning of "loyalty", the so-called derived from their collective and suspicious definition.

    Many wonder what would the Disciplinary Action Committee in obligation to do? Many also doubt the committee will act in a positive mannerism.

    However, if Muhyiddin is permitted to show cause before the committee, would the committee conducts the hearing without prejudices? Many doubt it too.

    Would the committee engaged into observing the ethical meaning of loyalty or disloyalty based on the victim past demonstration and commitment. Many doubts it. It be no surprise to many if yet it reaches the committee.

    Let's look into some of Muhyiddin's track records. The following events should be consciously mapped on record with regard to Muhyuddin's loyalty to his party by leadership.

    Najib was seemed stronger by virtue of him being number one among the three Vice Presidents of Umno then. He collected the highest number of votes. A potential marked for a deputy Prime Minister.

    However, the sentiment for Muhyiddin's durability as deputy was overwhelming.

    At that time Muhyiddin's political machineries were at its highest ability, subtly organized, connected and was ready for his disposal. He was a pragmatic and a signature chief, across the board the delegates were with him.

    Pak Lah had full consideration for Muhyiddin. Muhyiddin was a tested, abled matured and "dare to fail" leader.

    On record, he was abled to unite Umno Johor from the dismaying political episode. In spite of that, Johor economic growth was second to Selangor. He was a marked for Pak Lah's deputyship. Apparently, Tun's compelling self deputation for Najib overpowered Pak Lah's discretion.

    Regrettably, at one particular juncture, prior to Pak Lah's appointment as the Prime Minister, Muhyiddin signed up for his political blank check which spelt him out as a non ambitious politician. He abided by Pak Lah's, (the coming Prime Minister) prerogative whoever his deputy were. Further, he pledged not to contest for Umno deputy presidentship. His vow of loyalty holds and remains to this day.

    The reason was simply then, to maintain political stability and harmony in Umno. Power struggles in Umno had let Umno to disunite as shown in the past. Umno can't effort to go against each other through the craziness of power struggle.

    Muhyiddin dropped off his political gut and instincts to do that. What it meant, he offered his priceless and undivided loyalty to his party, Umno first.

    Integrity, honesty, rational values and morality are pivotal characteristics of good governance by leadership. The combination of all these is loyalty with integrity.

    Hope Najib and the First Lady have acquired those characteristics for the betterment of this beloved nation.

Monday, 16 November 2015

TAN SRI MUHYIDDIN TAK AKAN DISEKAT HADHIR KE PERHIMPUNAN AGUNG UMNO



NO WAY OF UNSEATING NAJIB. NO WAY!

KOMEN: Mafeeah17 November 2015 at 15:01 : The way I see it, there will not be any major upset or problems  occurring with the Presidency and Premiership of DS Najib. Regardless of whether TSMY attends or not, Najib will still hold on to his positions and there is NO WAY of unseating him. Yes, read the ones in Caps; NO WAY !
Based on the recent voting trend in the suspension of LKS and the Budget yesterday, any fool can see what is happening. When you ask an influential Umno man why Umno wouldn't want to vote Najib out, the answer was pretty simple and straightforward. Why should Umno dispose Najib when fellow BN component parties still support Najib wholeheartedly ? Therefore, Umno will stand by Najib, continue to support him and will ensure Najib remains where he is.


If you don't believe me just go and ask every Umno division delegates this question. So in conclusion, I will tell you that Najib will remain where he is and TSMY's attendance in this Assembly will have ZERO impact on Najib's position. In fact Najib will remain until the next GE14.
Sounds not like me, BUT sometimes we got to face the Reality when it comes to Umno. AND Reality Does Hurt .





Mantan Timbalan  Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengadakan kunjungan lebih dari satu jam  ke ZAM NEWSROOM CAFE  di Ayer@8Putrajaya semalam( 16 November 2015).

Beliau tertarik hati dengan cafe ini yang berlatarbelakangkan gambar Jabatan Pengarang Utusan Melayu yang kecil sempit diawal tahun 60 an dan disampingnya tergantung fewter sebuah sajak Tun Dr.Mahathir dan berbagai buku dan gambar bersejarah dari sejak era Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman sebagai hiasan utamanya.

Saya membawanya masuk kebilek kerja saya yang sempit yang juga dihiasai dengan buku dan gambar -gambar bersejarah mengenai pengalaman hidup saya termasuk gambar penyampaian kurniaan "Wartawan Negara" kepada saya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib.

Tan Sri Muhyiddin kelihatan lebih segak dan segar kerana berat badannya susut , nampak ceria seperti seorang yang tidak bermasaalah.

Dari perbincangan terbuka dengannya ,beliau mempunyai keyakinan bahawa Perhimpunan Agung UMNO pada bulan hadapan akan berjalan mengikut  tradisi dan lunas lunas demokrasi yang telah berakar umbi dalam UMNO sebagai sebuah parti yang telah sekian lama  menghormati hasrat dan inspirasi rakyat dan Raja-Raja Melayu.

Pada pentafsiran saya ini berarti Muhyiddin tidak akan disekat atau ditahan dari berucap di Perhimpunan Agung UMNO itu kerana beliau adalah masih Timbalan Presiden UMNO yang sah.

Sebagai wartawan yang mengenali Tan Sri Muhyiddin sejak beliau menjadi Menteri Besar Johor dan tidak rapat dengannya semasa menjadi menteri .saya mengamati sikap aristokratik dan birokratiknya sebagai orang Johor tidak berubah dan beliau tidak karismatik,sukar mesra dengan sesiapapun  tetapi disamping itu ada kualiti sebagai no nonsense leader, keugamaan yang tinggi, sikap tegas dan tidak akan bertindak diatas fitnah,hasutan, prejudis atau asas yang lemah.

Saya memberitahunya bahawa beliau tidak terpileh sebagai Perdana Menteri kerana Tun Mahathir cepat terpengaruh dengan personaliti dan karismatik sesaorang.Itulah  kelemahannya dan maka itu dia telah memileh Anwar Ibrahim dan Najib Tun Abdul Razak.

Pemilihan Datuk Abdullah Badawi kerana dia telah underestimated cita-cita besarnya dan kerana keugamaannya.

Saya masih ingat apabila Abdullah Badawi dipilih sebagai Perdana Menteri,Muhyiddin berkata kepada saya" Saya setakat ini sahajalah,Zam" berbanding dengan Najib yang mengatakan kepada saya " Saya dapat undi lebih dalam UMNO" bila saya katakan padanya"biarlah Pak Lah jadi Perdana Menteri dahulu",

Sebelum dia meninggalkan cafe saya,saya membawanya ke bilek sempit saya dan menghadiahkan buku saya terkini " Mahathir Bukan Kawan Saya"







Saturday, 14 November 2015

ANTARA SAYA AHMAD NAWAB DAN MOKHZANI

                                                                                                                                                                         
Embedded image permalink


BARU-baru ini dua orang tokoh muzik terkemuka tanahair; Datuk Mokhzani Pengarah Muzik RTM dan Datuk Ahmad Nawab pemain saxophone dan  penggubah lagu terulung telah singgah di cafe saya;ZAM NEWSROOM CAFE di Ayer@8 Putrajaya.

Pada mulanya hanya Mokhzani merancang untuk datang bersembang-sembang tetapi bila diberitahu kepada Ahmad Nawab,beliau juga ingin turut serta kerana kami  lama tidak berjumpa  walaupun Ahmad terpksa menangguhkan pemergiannnya ke Ipoh untuk pertunjukannya.

Walaupun kami hanya bersembang-sembang kecil kisah lalu,zaman muda yang romantis dan kawan-kawan yang telah pergi lebih dahulu  tetapi tiba tiba muncol suatu idea besar antara Mokhzani dan Ahmad Nawab untuk mengadakan suatu pertunjukan bersama,Ahmad Nawab bermain saxophone dan Mokhzani bermain piano.

Mereka sendiri  kemudian terpesona dengan Idea ini yang datang dengan tiba-tiba dan akan memulakan latihan bersama untuk suatu persembahan  yang sangat berarti bagi mereka kerana seumur hidup mereka tidak pernah mengadakan pertunjukan bersama kecuali bersama dalam Orkestra.

Saya tidak pasti bilakah pertunjukan ini akan diadakan tetapi mungkin akan mengambil kesempatan dari sesuatu pertunjukan besar kerana di Malaysia penghargaan kepada hanya pertunjukan muzik tidak bagitu dihargai oleh ramai seperti di Barat atau di China..

Menurut Ahmad kejadian besar tanpa dirancang sering berlaku dalam hidupnya terutama yang bersifat romantis.

 Sebenarnya dalam kehidupan saya sebagai seorang wartawan,pengarang atau orang poiltik( laluan sementara) , saya lebih rapat dengan para artis dari orang politik dan cepat mesra dengan mereka.

Saya lebih senang dilihat sebagai seorang pengarang atau wartawan  dari seorang bekas menteri.

Kebanyakan artis yang berjaya  yang terjumpa dengan saya telah  membangkitkan semula bantuan saya kepada mereka  ketika saya  menjadi wartawan dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu tetapi saya sendiri sudah lupa siapa yang saya pernah bantu dan meanggap ini sebagai sebahagian dari tanggungjawab saya.

Bagaimanapun hubungan saya dengan Ahmad Nawab dan Mokhzani adalah agak istimewa kerana sumbangan mereka  menyebabkan  saya tidak boleh melupakan mereka. 

Ahmad Nawab saya kenali dari sejak beliau tinggal di Kampung Baharu Kuala Lumpur  dalam awal tahun 60an.Beliau  merupakan kawan rapat kepada Ketua Pengarang Utusan Zaman Allah Yarham Adi Mas (nama sebenar Rashid Ahmad) kerana karier seni mereka bermula sebagai anggota Pencaragam Polis Diraja Malaysia.

Adi menceburi diri dalam lapangan  penulisan dan menjadi penulis  cerpen dan nobel yang terkenal Sering kali di hujung minggu kami bersembang  di rumah Adi Mas di Kampung Baharu.

Atas permintaan saya Ahmad Nawab telah mencipta lagu Koporat Utusan Melayu yang lyriknya ditulis oleh saya bertajuk Suara Keramat dan Mokhzani telah mencipta lagu Sepi Sekali yang lyriknya  oleh saya setelah isteri saya diserang stroke beberapa tahun lalu.

Lagu ini  telah dirakamkan dan berada dalam pasaran diinyanyikan oleh Jamal Abdillah dan Salim.Mereka yang senasib dengan saya lebih dapat merasakannya. 
Lyriknya:

Thursday, 12 November 2015

TAK DIKENALI PENDATANG JIKA PANDAI BERBAHASA MELAYU

  1. DARI TWITTER:
  2. NAJIB PERLU SINGKIR KETUA BT

  3. Kita tak merasa langsung orang India sebagai pendatang bila kita dengar kefasehan mereka berbahasa Melayu di di banyak program TV3 dan TV1 sempena Deepavali.
  4. Kalaulah orang Cina faseh berbahasa Melayu seperti orang India, orang Cina tak akan diingat sebagai pendatang.Sebabnya kebenyakan anak orang India ke Aliran Kebangsaan sejak sekolah rendah.
  5. Menjelang Deepavali pemimpim MIC ingatkan orang India tentang mereka dianggap sebagai pendatang.Sebenarnya tiap hari mereka lebih ingat tentang GST, bukan ingat diri sebagai pendatang.Orang Melayu senang sahaja,bila orang bukan Melayu pandai cakap bahasa Melayu,mereka dah lupa dari mana usul asal mereka. Nov 10
  6. Perlu Star kempen supaya orang Cina dapat berbahasa Melayu dg baik utk hilangkan identiti pendatang. Bahasa kenalkan Indonesian Chinese
    MD Star Datuk Wong Chun Wai lupakanlah perjuangan untuk kembalikan English Medium School di Malaysia,lebih baik tumpukan usaha galakan orang Cina berbahasa Melayu dg betul.Lebih 50 tahun merdeka mereka masih cakap bahasa pasar. Shame on you sir!
  7. Dekat Cina, Najib janjikan tak hapus aliran Cina, didepan India dia ingatkan Melayu henti panggil pendatang. Dia peduli apa perasaan Melayu
  8. PM Najib seru henti gelar pendatang kepada bukan Melayu.Ini bercanggah dg KetuaBiro Tata Negara.Najib akan kata apa saja untuk sukakan hati bukan Melayu kerana dia tak lagi disokong Melayu
Untuk pastikan jadi lagi popular,Najib mesti buang Ketua Biro Tata Negara yg timbulkan isu pendatang.Datuk,buat apa kau rejam lagi Najib yang sudah pun dalam kelemasan?