Showing posts with label utama. Show all posts
Showing posts with label utama. Show all posts

Saturday, 13 January 2018

TIDAK PERNAH DALAM SEJARAH RAKYAT GHAIRAH MENUNGGU HARI PILIHANRAYA

KOMEN:
Betul tu Tan Seri,saya akan balik dr UK anak beranak utk mengundi sebaik najib membubarkan parlimen,semoga orang2 melayu yg masih buta akal dan mata hatinya,mendapat hidayah sebelum terlambat.....
Selamatkan tanah air kata,inilah satu2nya negara kita yg ada....
TIDAK PERNAH....
Bila saya twit mengatakan rakyat tidak pernah bersemangat tinggi seperti tak sabar menunggu pilihanraya kali ini  kerana mereka mahu keluar mengundi di luar  tradisi, maka reaksi negatif  timbul  serta merta di kalangan penyokong-penyokong UMNO  atau BN.

Mereka mendakwa saya mempunyai niat yang jahat.

Sebenarnya mereka berfikiran demikian kerana  mempunyai bacaan yang sama dengan saya dalam penantian rakyat ini yang menampakan keghairahan yang luar  biasa untuk membuang undi.

Jika mereka hendak melakukan sesuatu yang biasa yang pernah mereka lakukan maka mereka tidak akan menunjukan perlakuan yang luar biasa ini.

seorang penyokong UMNO menjawab twit saya dengn memberikn gambaran yang cuba menutup apa yang sebenarnya berada di fikirannya dengan katanya " kerana mereka tak sabar nak mengundi-nak tengok kekalahan PH." Ini adalah untuk menangkis apa yang sebenarnya hendak dilakukan oleh rakyat yang diketahuinya.

Seorang lagi yang naik marah mengecam saya dengan berkata " Orang ini pernah dalam BN/ UMNO ,pernah diberi peluang jadi MP P015 tapi tak pernah buat kerja,malas dan  berlagak pandai, kerana dialah P015 BN kalah, PKR menang. Mamak pepar yang banyak  cakap,tapi tak buat kerja.Pendapat karut dan karat." . Saya tak beri pendapat pun tapi dia faham kerana dia tahu realiti sebenar di akar umbi.Marah-marah tak boleh menangkan UMNO.

Kenaapa dia mempunyai fikiran negatif terhadap twit saya yang berbunyi "Tidak pernah pengundi bersemangat tinggi seperti tak sabar tunggu pilihanrnaya kali ini . Sebab utama kerana mereka mahu keluar dari tradisi mengundi.

Dari pengalaman saya kecuali  pilihanraya pertama 1955 , saya tidak pernah melihat dalam sejarah pilihanraya negara sehingga pilihanraya 13 , semangat rakyat yang luar biasa dalam menunggu hari  pilihanraya.Tentunya mereka mahu melihat kuasa mereka dari pengundian yang luar biasa yang mereka mahu lakukan.

Sunday, 7 January 2018

ANWAR IBRAHIM PM LEPAS MAHATHIR ANCAMAN BESAR KEPADA UMNO BN





  1. TWITTER TERKINI ZAM

    1. Drama politik  yang mengharukan perasaan rakyat antara Tun Dr.Mahathir dan Anwar Ibrahim yang
    2. masih dalam penjara tidak akan berlaku hari ini  jika tidak ada keikhlasan dari kedua pihak untuk 
    3. mengutamakan kepentingan rakyat dan negara lebih dari kesombongan  dan kepentingan diri.
    4. Sekarang Umno akan halakan serangan tembakan kp Anwar Ibrahim yg bakal Perdana Menteri ganti Mahathir selepas shj dibebaskan dan tidaklah lagi hanya pd Mahathir.Tugas utama TPM Zahid

    5. Menurut Star Pakatan Harapan setuju Mahathir sbg PM dan Anwar menggantikannya bila dibebaskan.Suatu panchingan yg menarik kp penyokong Anwar dlm Umno dan rakyat yg tambah gerunkan Najib

  2. KALAU ANWAR HANYA BANDUAN BIASA KENAAPA NAJIB MELAWATNYA?

Saturday, 6 January 2018

MAHATHIR DAN ANWAR TIDAK SEMESTINYA MENJADI PERDANA MENERI

Lihat terkini isu calon PM Pakatan Harapan selesai

Fokus rakyat kepada Pakatan Harapan untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan menggulingkan kerajaan UMNO(BN) nampaknya telah terpesong  kepada hendak mengembalikan  Tun Mahathir  pada kedudukan Perdana Menteri.

Rakyat tidak dapat disalahkan dalam hal ini kerana Pakatan Harapan sendiri tanpa sedar telah  bermain di tangan BN dengan mengutamakan perbincangan bakal perdana menteri.

Tidak dapat dinafikan bahawa Pakatan Harapan menarik keyakinan dan sokongan rakyat kerana penyertaan Mantan  Perdana Menteri Tun Dr Mahathir yang menjadi pemimpin utamanya. Ini disertai dengan harapan beliau kembali menjadi Perdana Menteri untuk memulihkan keyakinan dalam dan luar  negara  yang telah luka parah sejak Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri.

BN menghina  harapan rakyat  ini dengan memomokkan seolah-olah  Mahathir yang sudah tua gila kuasa dan mahu kembali menjadi Perdana Menteri sehingga ke mati dan juga mahu mempastikan anaknya Mukhriz menjadi Perdana Menteri.

Exploitasi UMNO dalam isu ini hingga ke peringkat menggunakan mufti-mufti. Mufti Kelantan menasihatkan Mahathir supaya bersara dan  lebih mengingati kematian pada usianya sekarang tetapi mufti ini tidak pula menasihatkan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz yang berpolitik hingga  kemati.

Maka itu untuk menghapuskan spekulasi ini, Tun Mahathir  sendiri harus menjelaskan bahawa keutamaannya adalah untuk menggulingkan Datuk Seri Najib dan bukannya untuk menjadi Perdana Menteri atau untuk  mempastikan anaknya menjadi Perdana Menteri.

Sewajarnya soal siapakah bakal  Perdana Menteri Pakatan Harapan tidak dibincangkan sekarang malah boleh ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya tetapi Pakatan Harapan telah masuk dalam perangkap BN apabila membiarkan  perbincangan ini berlarutan.

Mahathir tetap boleh berpengaruh dan berkesan ke atas kerajaan Pakatan Harapan sekalipun sekadar menjadi penasihat. Lupakanlah juga soal Anwar Ibrahim kembali menjadi Perdana Menteri kerana soal moral tidak boleh diperkecilkan dari segi agama dan maruah bangsa.

Tidaklah dapat dinafikan bahawa tanpa Tun Dr.Mahathir parti pembangkag tidak lagi akan menarik perhatian dan sokongan rakyat seperti sekarang ini yang menyebabkan BN dan khususnya Najib berada dalam kelemasan.

Sokongan ini disertai dengan harapan  beliau kembali menjadi Perdana Menteri  tetapi  Mahathir sendiri mesti bersungguh-sungguh meyakinkan rakyat bahawa beliau hanya bersedia untuk menjadi Perdana Menteri  sementara.

Rakyat pada keseluruhannya di seluruh negara hanya menunggu masa untuk membuang undi bagi menjatuhkan kerajaan BN atau UMNO.

Pilihanraya kali ini bukanlah lagi masa yang sukar bagi pembangkang mendapat sokongan rakyat  tetapi masa yang  amat sukar bagi Barisan Nasional untuk mempertahankan kuasa tetapi ini bergantung kepada Pakatan Harapan membuktikan perpaduan jujur dan ikhlas  bagi kepentingan rakyat dan bukan untuk  perebutan menjadi Perdana Menteri sebelum menang pilihanraya.



Terkini dari Malaysiakini 



HARAPAN: Isu calon PM dah selesai

 Hari ini, 9:30 pm      Hari ini, 10:22 pm


Beberapa pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) menggambarkan malam ini isu mengenai siapa perdana menteri daripada gabungan pembangkang  telah pun selesai.
Bagaimanapun, mereka enggan mendedahkan butiran lanjut dan mengatakan keputusan itu hanya akan diumumkan pada konvensyen HARAPAN esok.
Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata "esok, kamu akan dengar semua pengumuman yang akan menjawab semua pertanyaan kamu".
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mesyuarat HARAPAN di ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) di Petaling Jaya.
Ditanya sekiranya perkara itu turut membabitkan soal calon perdana menteri, Mahathir mengulangi "semua soalan kamu".
Mahathir, yang juga pengerusi BERSATU, berkata mesyuarat lebih lima jam yang bermula petang ini, juga menyentuh mengenai persiapan terakhir konvensyen itu esok.
Pemimpin HARAPAN lain ketika ditemui selepas mesyuarat itu juga menyampaikan mesej yang sama.
"Semua selesai. Semua umum esok" kata Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, yang kelihatan tersenyum lebar ketika meninggalkan bangunan itu berkata, "Lihatlah senyuman saya, saya gembira kerana semua dah selesai".
Sementara itu, Pengerusi Kebangsaan DAP Tan Kok Wai memberitahu wartawan supaya mengajukan soalan mereka kepada orang lain.
"Datang ke konvensyen esok," katanya.
HARAPAN menghadapi dilema untuk mengumumkan secara rasmi calon perdana menteri daripada gabungan itu esok.
Malaysiakini sebelum ini melaporkan bahawa DAP, AMANAH dan BERSATU bersedia menerima Mahathir sebagai calon perdana menteri rasmi HARAPAN.
Bagaimanapun, PKR tidak bersetuju dan hanya boleh menerima Mahathir sebagai calon perdana menteri sementara.
Berikutan itu, Mahathir yang berusia 93 tahun pada tahun ini, berkata beliau tidak akan menjadi perdana menteri sehingga berusia 100 tahun.





Tuesday, 2 January 2018

TV3 BERBOHONG KEPADA MUFTI SELURUH NEGARA



Lihat Tunku Aziz napi  mahu jadi MB Kedah di posting 30 Disember 1017

RAJA PERLIS BIJAK MENILAI
Komen:
Salam TS Zam;
Apa yang saya nampak setakat ini hanya mufti Perlis DR.Maza yang boleh diketagorikan seorang mufti yang amat cerdek dan boleh diharap.Walau pun beliau selalu dilabelkan sebagai seorang mufti yang libral ,tetapi beliau tetap konsisten dan berani berdepan dengan segala apa cabaran sekali pun.Segala tuduhan yang dilemparkan kepada beliau tetap beliau jawab dengan ilmiah dan fakta.

Inilah seorang mufti yang sepatutnya dijadikan contoh.oleh mufti2 lain diseluruh Malaysia ini,jauh sekalilah ketinggian ilmu agama beliau kalau nak dibandingkan dengan mufti Perak yang asyik mengampu jee 24jam.Disebabkan ketinggian ilmu dan kecerdikan beliaulah KDYMM Sultan Perlis telah melantik beliau sebanyak dua kali menjadi mufti Perlis.Ternyata KDYMM Sultan Perlis seorang Sultan yang amat bijak menilai yang mana kaca dan yang mana permata!!??....Daulat Tuanku.

TV3  membohongi para mufti diseluruh negara dengan berita bekas Perdana Menteri Dr.Mahathir Mahathir telah mengkafirkan mereka dalam buletin utamanya dengan memutarbelitkan ucapan  penggulungan yang sebenar Mahathir di Perhimpunan  Agong Parti Peribumi Malaysia baru baru ini.

Ucapan sebenar Mahathir  sila link kepada YouTube :https://youtu.be/UttXaoca4Pg

Pembohongan TV3 ini  telah digunakan pula oleh Utusan Malaysia untuk mengexploitasi Mufti Perak Tan Sri Harussani yang tidak pun mendengar ucapan ini  bagi kepentingan politik UMNO.

Dr. Mahathir sebenarnya berkata apabila Pas menghukum  orang-orang Islam yang tidak masuk Pas sebagai kafir maka mufti yang tidak masuk Pas juga tentunya digolongkan oleh Pas sebagai kafir.

Mahathir berkata jika mufti-mufti mengambil tanggungjawab  menyangkal  fatwa Haji Hadi itu maka tidaklah akan berlaku peristiwa berdarah Memali.

Mengenai tuduhan Mahathir tidak merujuk fatwa Hadi itu kepada Mufti-Mufti, Mahathir memang diketahui semasa menjadi Perdana Menteri  tidak mahu mencampuri hak mufti-mufti yang terletak di bawah Raja-Raja Melayu walaupun  beliau tidak puas hati dengan sikap mereka terutama dalam soal Al-Arqam.

Mufti Perak Harussani  telah diketahui  membuat beberapa kesilapan yang menimbulkan kemarahan orang Islam  dan tanpa disedarinya menjadi alat kepada porpaganda Kristian.

Umpamanya ketika  saya menjadi Ketua Pengarang Utusan Melayu, saya telah menyiarkan sebuah berita tentang  dakwaannya mengatakan lebih 200,000 orang Islam di Singapura memeluk agama Krisitian kerana memikirkan sebagai mufti beliau pasti mendapat dari sumber yang sah tetapi dinafikan dengan keras oleh badan Islam yang bertanggungjawab di Singapura.

Harus diingatkan walaupun  hanya sorang memeluk agama Islam, akhbar-akhbar Melayu akan membesarkan berita itu maka fikirkanlah betapa besarnya sumbangan Mufti Harussani kepada imej Kristian bila beliau sebagai seorang mufti membuat suatu dakwaan palsu yang menaikkan imej Kristian.

Demikianlah  juga  beliau sekarang sebagai seorang mufti merelakan dirinya menjadi   alat porpaganda UMNO.

Sehingga ini juga mufti-mufti tidak bersuara samaada sah  atau tidak baiah yang dikenakan Pas terhadap  wakil-wakil rakyatnya di Kelantan jika keluar dari Pas iaitu dengan sendirinya  berlakulah lafaz cerai taklik  terhadap isteri-isteri mereka.

Setiuasaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan menyatakan walaupun Datuk Mahfuz Omar tidak tertakluk kepada lafaz cerai taklik itu  tetapi  segala pendapatan beliau selama 34 tahun sebagai wakil rakyat Pas  menjadi haram dan dilaknat Allah.Mahfuz telah keluar dari Pas baru-baru ini.

Kenaapakah mufti-mufti membisu dalam pekara ini? Adakah hendak menunggu Mahathir mengambil tanggungjawab dan kemudiannya mereka menjadi alat kepada TV3 untuk mengecam Mahathir kerana mengambil tanggungjawab mereka.

SURAT DR MAHATHIR KEPADA PENGARANG UTUSAN

                  






Sunday, 31 December 2017

AZAM 2018 MENGABADIKAN RAJA BERPERLEMBAGAAN




MARILAH KITA SELURUH RAKYAT MALAYSIA DARI BERBAGAI KAUM BERSEMPENA DENGAN TAHUN BARU 2018 MEMPERKUATKAN TEKAD DAN KEAZAMAN UNTUK MENEGAKAN SEBUAH KERAJAAN YANG DAPAT  MEMELIHARA MARUAH RAKYAT DENGAN SOKONGAN PADU RAKYAT UNTUK MEMBOLEHKAN PERLANTIKAN PERDANA MENTERI YANG GAGAH DAN BERANI ATAS KUASA RAKYAT  BAGI  MENJAMIN PENGEKALAN RAJA BERPERLEMBAGAAN DI NEGARA INI.

PEMIKIRAN UNTUK MENEGAKAN SEBUAH KERAJAAN YANG KUAT DI ATAS PERASAAN PERKAUMAN SUDAH  TIDAK LAGI SESUAI KERANA TELAH TERBUKTI SEKALIPUN DARI KAUM SENDIRI TETAPI  TIDAK MENJAMIN KEISTEMEWAAN SESUATU KAUM  TERUTAMA PENEROKA, PETANI , NELAYAN DAN RAKYAT DESA YANG  MISKIN.

YANG PENTING SESIAPAPUN BERKUASA TETAPI PEMERINTAHAN DEMOKRASI DI BAWAH  SISTEM RAJA BERPERLEMBAGAAN MESTI DIPERKUATKAN DAN DIABADIKAN.

Saturday, 30 December 2017

TUNKU ABDUL AZIZ KELUARGA DIRAJA BAKAL MB KEDAH GANTI AHMAD BASHAH

Image result for Pic of Tunku Abdul Aziz ex Penegerysi DAPBekas Pengerusi DAP yang sekarang menjadi porpagandis popular UMNO yang juga seorang keluarga di Raja Kedah telah menawarkan dirinya untuk menjadi Menteri Besar Kedah bagi menggantikan Datuk Seri  Ahmad Bashah yang dianggapnya tidak popular di kalangan rakyat Kedah.
Beliau telah mengesyorkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib bagi memudahkan laluannya supaya memujuk bekas MB Kedah Mukhriz Mahathir kembali ke UMNO dengan memberikan jaminan untuk melantiknya sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana beliau masih popular di kalangan rakyat Kedah termasuk penyokong-penyokong Pas.
Ini jelas dapat dibaca dalam berita di muka 4 Utusan Malaysia  hari ini dengan Tunku Abdul Aziz  mendakwa Tun Dr. Mahathir  Mohammd sedang berunding  bagi membolehkan anaknya Mukhriz  bertanding  dalam pilihanraya Raya Umum ke -14 atas tiket Barisan Nasional.
Dengan itu beliau berharap akan dapat menutup hasratnya yang dinyatakan kepada Perana Menteri tetapi  beliau mahu dipastikan lebih dahulu Mukhriz di keluarkan dari Kedah kerana pengaruhnyanya masih amat kuat dibandingkan  dengan MB Kedah sekarang.
Tunku Aziz juga cuba  meyakinkan PM bahawa  MB Kedah yang telah  sering dibooo  dihadapan umum sehingga  menyukarkannya untuk melawat ke kawasan- kawasan di negeri Kedah adalah tidak layak lagi untuk meneruskan jawatan sebagai MB jika terpileh semula selepas pilihanraya nanti. 
Beliau mempunyai beberapa sebab untuk layak menggantikan Ahmad Bashah .Diantaranya ialah kerana dia  anggota Keluagra Diraja Kedah,mempunyai integriti sebagai bekas deplomat dan telah berkorban untuk UMNO dengan meninggalkan DAP.
Selain dari itu beliau juga mendakwa bahawa beliau lebih baik dari Anwar Musa dalam menjalankan porpaganda bagi  UMNO dan popularitinya sudah cukup untuk diterima dengan baik oleh seluruh penyokong UMNO terutama di Kedah.
TUNKU AZIZ NAPI MAHU JADI MENTERI BESAR KEDAH.
Utusan Malaysia di muka 4 hari ini(5 Januari) menyiarkan penapian bekas Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mengatakan beliau bakal menjadi Meneri Besar Kedah menggantikan Ahmad Bashah seperti spekulasi dalam blog saya beberapa hari lalu.
Beliau menuduh spekulasi  saya itu adalah bermotifkan politik dan tidak munasabah sama sekali.(Dakwaan beliau Tun Mahathir sedang berunding untuk anaknya  Mukhriz bertanding atas tiket Barisan Nasional(BN) dalam pilihnraya umum akan datang munasabah???)
Tunku Abdul Aziz berkata kenyataan saya itu  hanya salah satu cara untuk mengalih perhatian terhadap isu yang lebih besar berkaitan dengan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu TunDr.Mahathir. 
Kata Tunku Abdul Aziz "Kenyataan itu jelas adalah fitnah yang besar dan hanya rekaan beliau sendiri.Jika benar dia  dapat maklumat sedemikian mengapa beliau tidaikberahya kepada saya tentang kebenarannya?".
Adakah kenyataan Tunku bahawa Mahathir sedang berunding dengan BN tidak merupakan suatu fitnah yang jahat yang boleh mencemarkan nama baik  Tun Dr.Mahahtir sebagai mantan Perdana Menteri dan Pengerusi PPBM? dan mengapa pula beliau tidak beranya lebih dahuu dengan Tun Dr.Mahathir atau  Mukhriz untuk mencari kebenarannnya? Siapakah yang memberikan ida untuk menulis fitnah ini?
Tunku Abdul Aziz menyatakan beliau tidak pernah mempunya cita-cita untuk  memegang jawatan dalam politik lebih-lebih lagi dalam politik di Kedah. Beliau juga menapikan dirinya sebagai keluarga di Raja Kedah.
Saya angkat topi kepada Tunku Abdu Aziz kerana percaya dengan kebebasan bersuara di negara ini yang tentunya meletakan dirinya berbeza dengan orang  yang memberikan arahan-arahan tertentu kepada beliau dari masa kemasa. 
Sebagai seorang bekas deplomat yang berkhidmat lama di luar negara maka tentulah beliau sedikit sebanyak masih berpegang kepada nilai digniti terpelajar  dan kehormatan  diri yang tinggi












Thursday, 28 December 2017

SHAHRIR SAMAD TERPAKSA DEDAHKAN SKANDAL FELDA UNTUK SELAMATKAN DIRI

TERIMA KASIH TUN PADA CHEF WAN
SKANDAL terbaharu yang melanda Felda merupakan satu contoh modus operandi golongan tertentu untuk menyalurkan aset kerajaan ke dalam poket mereka sendiri, kata Dr Mahathir Mohamad. 
Bekas perdana menteri itu berkata, amalan tersebut merupakan perkara yang sering berlaku. 
"Nampak sahaja badan yang mempunyai duit, ada sahaja cadangan macam mana nak curi duit tu. Ini berlaku kepada Felda, berlaku kepada Tabung Haji, ia berlaku juga kepada kerajaan Malaysia.
“Apabila tanah di Kuala Lumpur yang nilainya lebih kurang RM7,000 satu kaki persegi dijual kepada 1Malaysia Development Berhad pada RM60 bagi satu kaki persegi.
"Lepas tu 1MDB jual balik kepada Tabung Haji dengan harga RM3,000. Inilah cara mereka menipu untuk mengambil harta kerajaan, harta rakyat dan dijadikan duit supaya duit itu boleh masuk poket orang tertentu," kata Dr Mahathir. 
Pengerusi Bersatu itu mengulas mengenai skandal tanah yang melanda Felda minggu lalu yang mana tanah milik agensi berkenaan dipindah milik ke syarikat lain tanpa pengetahuan lembaga pengarah.
Dr Mahathir berkata, ini menunjukkan betapa sesetengah individu sangat berkuasa dan beliau percaya "keuntungannya" pasti disalurkan kepada mereka. 
"Ini bermakna orang atasan itu sangat berkuasa sehingga tidak perlu tanya sesiapa dan buat keputusan sendiri. 
"Saya sangka ada juga "keuntungan tertentu" sebab itu dia sanggup curi tanah Felda, jual kepada orang sehingga Felda sendiri tidak tahu. Lembaga (pengarah) sendiri tidak tahu."
Dr Mahathir berkata, isu berkenaan terlalu besar sehingga pengerusi Felda Shahrir Samad tidak sanggup memikulnya dan terpaksa dedahkan apa yang berlaku. 
"Kalau terlibat dengan perdana menteri, ada orang yang nak sembunyi di bawah Akta Rahsia Rasmi dan bermacam lagi. Saya fikir, Shahrir sudah tidak dapat pikul lagi dan terpaksa dedah apa yang berlaku," kata Dr Mahathir. 




Suspended CEO Zakaria Ahmad says Felda Global Ventures Holdings Bhd lost hundreds of millions in questionable deals. – The Malaysian Insight pic, June 10, 2017.  
Bekas pengerusi Felda Isa Samad tidak memberikan sebarang maklum balas berhubung soalan mengenai pemindahan hak milik tanah ketika agensi itu di bawah pentadbirannya. Isa dilantik sebagai pengerusi Felda oleh Najib. 
Mengulas mengenai persoalan sama ada Najib bertanggungjawab ke atas skandal Felda, Dr Mahathir berkata beliau disiasat berhubung kerugian forex Bank Negara Malaysia 30 tahun lalu. 
"Takkanlah dia tidak tahu kerana kes besar seperti itu biasanya dilaporkan kepada Perdana Menteri. Saya terkejut," kata Dr Mahathir.
Dr Mahathir berkata, beliau juga hairan kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyatakan tiada salah laku dalam kes Felda sedangkan agensi pencegah rasuah itu masih belum menjalankan siasatan berhubung perkara itu. 
"Apabila kes 30 tahun dulu (membabitkan saya) mereka mahu siasat. Tapi ini, tanpa siasatan, mereka isytiharkan kes itu sebagai masalah urus tadbir. 
"Macam juga dengan kes duit yang terdapat dalam akaun bank Najib duit sebanyak RM2.6 bilion, jawab Peguam Negara yang bukan sahaja sebagai pendakwaraya tetapi seolah-olah hakim, dia memutuskan tiada kesalahan," kata Dr Mahathir. – 27 Disember, 2017.(DIPETIK DARI THE MALAYSIAN INSIGHT)

TERIMA KASEH TUN PADA CHEF WAN

Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan penghargaannya kepada Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan, susulan kenyataan cef selebriti itu berkenaan isu-isu semasa baru-baru ini.
Bagi bekas perdana menteri itu, Chef Wan berani berkata benar dan menegakkan keadilan di saat mengekalkan pendiriannya untuk tidak berpihak kepada mana-mana parti politik.
"Saya sedar Chef Wan bukanlah ahli parti politik, jauh sekali menjadi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
"Namun saya amat menghargai pandangan yang menumpukan keadilan dan kesejahteraan negara, tidak memihak kepada mana-mana (tetapi) kebenaran semata-mata," katanya menerusi video di Facebooknya.
Semalam, Chef Wan dalam satu posting di Instagram menyentuh apa yang berlaku kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), yang kini terpalit skandal kehilangan hak milik tanah.
image: https://i.malaysiakini.com/1198/e8c5ad0fbd06f37dd78d898d575aa4f5.jpeg

“Dulu, felda. Now, failed dah," katanya yang meluahkan kemarahannya apabila mengenang pengorbanan bapanya selaku peneroka, dan dirinya sendiri yang membesar di Felda.
“Semua kepercayaan semuanya habis hanyut ke laut," katanya lagi sambil berharap mereka yang terlibat, yang disifatkannya sebagai "penyamun", di bawa ke muka pengadilan.
Dalam posting beberapa hari lalu pula, Chef Wan berkongsi pengalamannya menolak permintaan parti politik kerajaan dan pembangkang yang memintanya berkempen untuk mereka dan berkata risau melihat "permainan kotor" dalam politik dengan menjadikan apa yang berlaku kepada Mahathir sebagai contoh.
Mahathir berkata, keberanian untuk bersuara sudah memadai tanpa perlu terlibat dalam politik secara langsung.
"Inilah yang disuruh agama kita - mengamalkan amar makruf dan menolak yang mungkar.
"Jika kita dapati ada pihak yang mengamalkan amar makruf, itu pun sudah memadai. Terima kasih, Chef Wan," kata Pengerusi BERSATU itu lagi.