Showing posts with label pintas. Show all posts
Showing posts with label pintas. Show all posts

Monday, 11 November 2013

FELDA : GUAN ENG SLAMMED ZAM

FROM MALAYSIAN INSIDER   

Why is it always about race, asks Lim Guan Eng

LATEST UPDATE: NOVEMBER 11, 2013 04:49 PM
Lim Guan Eng (pic) slammed former information minister Tan Sri Zainuddin Maidin today for turning his criticisms of Felda buying an expensive hotel in London into a racial issue.
The Penang Chief Minister accused Zainuddin of playing the race card when the latter did not address the issue at hand.
"The problem with Umno is when they cannot give an explanation, they go back to racism. They can't answer the two important questions I had asked.
"Why pay RM100 million more (for the hotel)? Is someone making money? Prove to us you have the expertise. Don't turn this into a race issue," he said in Penang when asked to comment on Zainuddin's remarks in his blog, Zam Kata.
Zainuddin had lashed out at Lim for questioning Felda's recent purchase of a RM500 million apartment complex cum hotel in London.
He accused Lim of looking down on the ability of the Malays to manage international hotels, and thinking that only the Chinese could do it.
Zainuddin also hit out at Lim for saying that Felda should only focus on agriculture-related businesses.
Lim reiterated that the question was never about race but why Felda had to pay more when it could pay less, and chose to spend so much when it had no experience in running a hotel in a foreign country.
Lim, who is also the DAP secretary-general, said the 198-unit Grand Plaza serviced apartments in Bayswater, London bought by FIC UK Properties, a subsidiary of Felda Investment Corporation (FIC) Sdn Bhd in early September, was valued at £80 million (RM408 million) in March but the amount went up to about £98 million (RM500 million) in six months.
"Where is the proof (to show how the value shot up)?
"And what is Felda's expertise in running foreign hotels. In London, there are so many big boys. Who is Felda?" said Lim.
"Everything in Malaysia is racialised when the question should be about competency, buying what is value for money and protecting public funds."
He also cited how the DAP-led Penang government adopted a policy of divestment when it took over the state in 2008, getting out of businesses where it had no expertise to prevent loss of money.
"Why is it that when we question Putrajaya and ask it to do the same, it becomes a racial issue?
"If this is the case, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak should also be questioned about getting out of businesses that lose money. He also carried out the policy of divestment," Lim added. - November 11, 2013.

Friday, 18 October 2013

MAMAK ISLAM DALAM UMNO MELAYU. CINA ISLAM DALAM DAP BUKAN MELAYU

 PASARAN  MELAYU CELUP YANG GAGAL.

Oleh: Rejal Arbee.
Bekas Ketua Pengarang Bernama dan Bekas Ketua Pengarang Berita NST.

Apakah sebenarnya masaalah yang tokong DAP (suatu gelaran
orang DAP sendiri menjolokkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim
Guan Eng) berfikir dia sedang hadapi? Kenapa begitu ghairah
sangat mahu menunjukkan bahawa dia tidak memusuhi orang
Melayu atau tidak senang dengan Melayu.

Kalau tidak berperasaan demikian kenapa beria-ia sangat mahu
menunjukan dia bukan anti-Melayu?
Maka itu dia tidak habis-habis mendabek dada bahawa dialah
orang yang membela gadis Melayu berumur 15 tahun yang
dikatakan ditahan polis kerana terlibat dengan tuduhan telah
mengadakan hubungan sex dengan Ketua Menteri Melaka pada
1996 dahulu.

 Kononnya kerana membela gadis itu dia telah
merengkok dalam penjara.

Sebenarnya dia dipenjarakan pada tahun 1997 itu bukan
kerana membela gadis itu tetapi didapati cuba menimbulkan
perasaan membenci dikalangan rakyat bersabit peristiwa itu
di bawah Akta Hasutan.

Dia juga dijatuhi hukuman penjara di
bawah Akta Cetak dan Penerbitan kerana dengan niat jahat
telah menerbit dan menyebarkan berita palsu dalam sebuah
risalah mengenai peristiwa itu.

Malah Mahkamah Rayuan terdiri dari Hakim Gopal Sri Ram,
Siti Norma Yaakob and Denis J.F. Ong mendapati dengan
menyebarkan risalah itu dia menimbulkan perasaan membenci
dan menghina pentadbiran kehakiman negara ini dan dengan
itu telah menambahkan hukuman dengan memenjarakannya
selama 18 bulan bagi setiap satu dari kedua tuduhan
terhadapnya itu.

Apa pun benarkah dia membela gadis itu dengan ikhlas atau
dilakukannya kerana politik?

Dia telah menjalani hukumannya itu di Penjara Kajang pada
25 Ogos 1998 dan dibebaskan setahun kemudian apabila
hukumannya diringankan.

Lim Guan Eng juga berterusan mencanang bahawa perlantikan
Zairil Abdullah sebagai setiausaha politiknya dan pemilihannya
ke Jawatankuasa Pusat parti itu sebagai bukti DAP bukanlah
sebuah parti cauvinis Cina atau bersikap anti Melayu.

Begitu sekali ia ketandusan pemimpin Melayu hinggakan
seorang Melayu celup dicanang merata sebagai bukti parti itu
bukan anti Melayu.

Ini adalah kerana apabila diteliti Zairil ini yang dinamakan
sebagai Zairil Khir Johari hanyalah untuk mengabui mata orang
ramai kononnya setiausaha politik Guan Eng itu adalah anak
kandung Khir Johari, seorang kuat Umno era Tunku Abdul
Rahman dan Tun Abdul Razak dahalu.

Tetapi dia sebenarnya adalah anak tiri Khir. Mengikut kehendak
agama dia tidak boleh dibinkan kepada Khir Johari kerana dia
diharam membinkan orang yang bukan bapa kandung sendiri.

Dia hanya boleh dibinkan Abdullah apabila memeluk Islam.
Menghairankan bagaimana dia boleh mengakui Khir sebagai
bapa kandungnya kiranya Khir mengahwini ibunya, Puan Sri
Christine Lim ketika dia sudah pun berumur 13 tahun.

Kedua-dua ibu bapa kandungnya adalah Cina jadi agak
pelik juga DAP boleh mengisytiharkannya sebagai Melayu.
Nama asalnya ialah Christopher Ross Lim dan namanya yang
sepatutnya sekarang ialah Zairil bin Abdullah.

Kiranya kad pengenalannya membinkan dia kepada Khir
ini juga adalah satu kesalahan di segi agama dan harus
diperbetulkan. Sesiapa yang bertegas dengan nama
membinkanya kepada Khir juga menyalahi agama dan
menanggung dosa.

Demikian juga Guan Eng ini sebagai Setiausaha Agung parti
berterusan dilanda kontroversi akibat kekecohan mengenai
pemilihan anggota Jawatankuasa Pusat parti itu.

Pemilihan pertamanya tahun lalu dilanda kekecohan mengira
undi menyebabkan Pendaftar Syarikat membatalkan keputusan
itu dan mengarahkan pemilihan diadakan semula.

Bagaimana pun pada pemilihan semula itu pun timbul
kontroversi kerana orang sama juga dipilih walau pun kali ini
pasukan bapa anak yang menguasai Parti bertahun-tahun
menerima undi merosot.

Timbul juga tuduhan oleh beberapa pihak DAP sendiri bahawa
pemilihan kedua itu dilakukan tanpa mengikut perlembagaan
parti.

Malah ada tuduhan sehingga 851 anggota perwakilan
kehilangan dan tidak hadir waktu pemilihan itu. Ini bermakna
33% daripada keseluruhan 2576 perwakilan telah tidak
hadir untuk mengundi. Pada pemilihan pertama seramai 753
perwakilan telah tidak hadir.

Persoalan timbul apakah mereka itu adalah mangsa politik Lim
Guan Eng?
Tuduhan terus dibuat bahawa pemilihan itu adalah tidak telus,
tidak bebas dan tidak adil kerana perwakilan yang hadir pula
dipengaruhi untuk membuat pemilihan yang sama dengan yang
sebelumnya.

Ini bercanggah dengan laungan parti itu bahawa ia sentiasa
berpegang kepada prinsip ketelusan dan saksama.
Malah ada puak menggesa Setiausaha Agung parti itu menilai
diri sendiri dan meletak jawatan selepas menerima undi
merosot dengan menduduki tangga kelima sahaja dalam
pemilihan pada 29 Sep itu.

KOMEN:

DAP percaya dapat mengaburi mata orang Melayu dengan mengemukakan Cina Islam sebagai Melayu dengan harapan akan dapat menarik lebih ramai  orang Melayu  menyertai DAP tetapi beberapa kerat Melayu yang menyertai DAP mendapati hanya ada seorang Melayu celup yang masih tinggal dalam DAP. Melayu tulin yang hebat hebat semua  dah keluar.Maka mereka pun keluar dari DAP. Maka gagallah perancangan DAP untuk mempromosikan pemasaran Melayu celup.

Di UMNO walaupun asal Mamak,Turkey atau Arab  tetapi diterima sebagai Melayu kerana mengamalkan budaya Melayu tetapi di dalam DAP orang Melayu atau Islam  gagal untuk mengamalkan budaya Cina kecuali  kalau dia  memang  dari keturunan  Cina yang berbinkan Melayu maka mudahlah di Cinakan.

Dalam kata kata lain di UMNO Islam semestinya Melayu tetapi di DAP Islam tidak semestinya Melayu.Maka itu belang mereka terserlah dan masa depan DAP di kalangan orang Melayu amatlah gelap. 


Thursday, 17 October 2013

BUDGET 2014: PERLU KAJI SEMULA REBET GULONGAN BERGAJI SEDERHANA.

Oleh: Lukman Moidin

25 hb Oktober ini kita bakal mendengar Budget 2014 yang akan diumumkan oleh YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Baru-baru ini Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan menyatakan akan ada 'berita gembira' pelepasan cukai untuk golongan sederhana yang berpendapatan RM3 ribu ke atas.

 Benarkah ianya benar-benar berita gembira atau sebaliknya. Hanya selepas 25hb baru kita akan menilai semula keyakinan dan harapan yang diberikan itu. Namun sebenarnya golongan kakitangan kerajaan atau swasta yang 'bergaji senderhana' amat tertekan dengan sistem rebet LHDN yang tidak sesuai dengan kos kehidupan semasa.

 Perkara yang menyebabkan golongan ini sangat tertekan ialah apabila tabungan dan simpanan peribadi pun amat sukar dihimpun atau disimpan, tiba-tiba beban percukaian tertimpa kepada mereka. Dalam masa yang sama mereka melihat golongan kaya dan mewah 'tanpa penyata gaji' seperti peniaga, penoreh getah yang mempunyai berekar tanah, penanam kelapa sawit atau usahawan 'tanpa penyata gaji' ini hadir mengambil wang BR1M.

 Bertapa sakit mata memandang dan bertapa sakit hati merasai gaji dan pendapatan yang tak seberapa ini dikenakan cukai tetapi orang yang kaya dan berharta pula dengan mudah terlepas dari membayar cukai kepada LHDN.  Inikah keadilan LHDN kepada golongan ini ?. 

Kajian semula sepatutnya dilakukan terhadap kemampuan kewangan golongan sederhana yang sebenarnya amat-amat kritikal hinggakan untuk menabung bagi urusan kecemasan pun ada dari kalangan mereka terpaksa membuat kerja sambilan atau membuat penjimatan perbelanjaan. Kadar pelepasan cukai oleh LHDN amat tidak relevan dengan kos perbelanjaan semasa. 

Walaupun pendapatan kami kelihatan tinggi, namun setelah ditolak berbagai potongan, ianya berbaki sekitar RM2000. Kenaikan kos keperluan rumahtangga merangkumi bil-bil dan lain-lain pun kadangkala  tidak dapat ditampung dengan baki gaji berkenaan. Keadaan mungkin sedikit lega jika pasangan turut bekerja. Desakan ini menyebabkan kebanyakkan mereka pula ada yang mengambil pembantu rumah yang kos pengambilannya mencecah RM8000 hingga RM10000. Malah gaji pembantu pula juga agak tinggi iaitu sekitar RM700. Semua ini tidak terkandung dalam pelepasan cukai termasuk kos bayaran bulanan kenderaan dan penyelenggaran. Malah kos petrol yang tinggi dan keperluan lain harus menjadi perhatian LHDN dalam meningkatkan rebet percukaian peribadi seseorang pekerja. 

Amatlah  perlu untuk LHDN dan Kementerian Kewangan mengkaji rebet perbelanjaan diri dan dirangkumkan dengan kos semasa serta tanggungan termasuk sumbangan kepada ibu bapa pekerja. Di dalam pelepasan cukai sedia ada hanya dikhususkan kepada bayaran perubatan tetapi dalam situasi sebenar setiap anak dituntut oleh agama membantu kos kehidupan hari tua mereka. Dalam situasi ini seharusnya LHDN mengkaji semula rebet ini dan disesuaikan sebagai kos tetap yang mesti disediakan oleh anak-anak kepada ibu bapa. Pembuktian boleh dilakukan melalui transaksi bank atau kaedah lain yang wajar.

Kerajaan juga boleh memasukkan kos percutian keluarga dan perbelanjaan umrah sebagai rebet pengecualian cukai bagi mengalakkan aktiviti kekeluargaan. Kos umrah sebagai contoh adalah agak tinggi dan menjadi impian golongan berpendapatan sederhana dan alangkah baiknya jika ibadah ini turut mendapat pelepasan cukai bagi mengalakkan lebih ramai umat Islam menabung dan memperuntukan perbelanjaan mengerjakannya. Malah ibadah korban juga boleh dijadikan sebagai rebet pengecualian cukai dengan sokongan Jabatan Agama Islam agar ibadah dan kebajikan yang dilaksanakan mendapat pelepasan yang sewajarnya. 

Semoga pandangan ini diambil peduli oleh Kementerian Kewangan khususnya dalam pembentangan Bajet 2014 kelak. Percayalah impak kelonggaran rebet cukai kepada golongan sedehana ini mempunyai kesan besar yang mampu mengubah langskap politik negara khususnya sokongan kepada Barisan Nasional. 


Sunday, 22 September 2013

UMNO DAN PAS HADAPI KRISIS KEYAKINAN DIRI.

MASING MASING  BERPURA -PURA MENUNJUKKAN KEKUATAN  DALAM KEBIMBANGAN


BIASANYA saya  langsung tidak mengharapkan  suatu dialog antara PAS dengan UMNO  tetapi sambutan  terkini  Presiden PAS  Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap kenyataan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyuddin Yassin bahawa UMNO  terbuka untuk kerjasama dengan Pas adalah dalam nada suara yang berlainan yang memberikan keyakinan kepada mereka yang mahu berfikir secara rasional berasaskan logik politik.

Haji Hadi berkata kerjasama itu boleh diadakan di bidang politik tetapi  bukan untuk membentuk kerajaan perpaduan (lihat Sinar Harian 22 September).

Saya pernah menulis  bahawa dalam hal ini ,UMNO tidak perlu  menjadi seperi hidung tak  mancong pipi tersurung- tersurung kerana Pas  memperkceilkan  UMNO sebabgai gila talak. PAS sering mengulangi bahawa kesilapan berlakunya perpisahan dahulu adalah kerana UMNO  dan seolah-olah Pas tiada dosanya.

Bagaimanapun  apa yang penting apabila sudah wujud hasrat yang baik antara kedua pihak untuk berdialog maka  tidaklah perlu diungkit- ungkit  pekara lalu yang negatif atau membuka semula luka lama.

Apabila Ketua Pengganas Komunis Malaya Chin Peng meminta untuk  berunding bagi  perdamaian dengan kerajaan Malaysia dan Thailand, Chin Peng tidak membangkitkan berapa ramai anggotanya yang telah dibunuh oleh pihak keselamatan Malaysia dan demikian juga sebaliknya.

Pas memahami kebimbangan UMNO sekarang dan UMNO juga memahami kebimbangan Pas dalam melihat perlu adanya dialog yang ikhlas  dan serius antara kedua parti Melayu dan Islam ini dan tentunya ajendanya bukanlah untuk pembentukan suatu kerajaan perpaduan tetapi untuk saling memahami pengalaman dan kedewasaan masing masing dalam suatu kancah pertarungan untuk survival  ummah di negara ini.


Pas sudah disosialisasikan dengan kolabarasinya dengan DAP dan PKR dan UMMO mendahului  permuafakatan   dengan MCA dan MIC  dalam Perikatan dan kemudiannya dalam suatu pakatan kerjasama lebih besar iaitu Barisan Nasional.

Perkembangan politik dalam proses sosialisasi ini bukannya semakin  meyakinkan sebaliknya meragukan dan berada dalam keadaan tergugat,bukannya  menjadi semakn kuat tetapi semakin mundur ke belakang.Keyakinan diri yang cuba ditunjukan oleh kedua pihak adalah kepura-puraan

Masanya  sudah sampai untuk PAS dan UMNO melihat bukan sahaja  kuman di depan mata tetapi juga cahaya pagi di kaki langit  jika suatu kerjasama politik boleh diadakan tanpa kerajaan perpaduan sebagai merintis jalan.

Wednesday, 4 September 2013

INILAH KUALITI PENSYARAH UNDANG-UNDANG UNIVERSITI MALAYA

Untuk pengetahuan pengikut blog ini , Inilah posting yang mendapat kunjugan tertinggi sekali setakat  hari ini ( 17 September).


BROWN NOSES THE APEKS  AT ALL COSTS FOR
CRUMBS OF PRAISE

KOMEN:
Anonymous5 September 2013 07:06

golongan mamat melayu - sold my soul to the Chinapek kind. Tak sah kalo tak kutuk bangsa sendiri dalam apa2 kerjaya pon. Brown noses the Apeks at all costs for crumbs of praises from this. Some psychological/ self acceptance issue need to be in the good books of the Apeks to look good to himself. Bila bersama Apek will try his best to look and sound anti-establishment etc. Apek memang suka sangat dgn confused melayu camni.

INILAH KUALITI PENSYARAH...

Seorang Pensyarah Undang-undang Universiti Malaya, Azmi Shahrom yang juga kolumnis tetap The Star dalam mengkritik kerajaan DAP kerana mahu mengharamkan Tanda Putera telah mengimbanginya dengan mengecam filem itu sebagai tidak bernilai kerana dia takut dianggap sebagai anti DAP.

Azmi tidak bersetuju supaya filem itu diharamkan kerana, katanya hasil seni harus diadili ikut merit tetapi dengan segera dia menambah dalam tulisannya di The Star hari ini "Saya tidak akan pergi melihat filem ini, kerana masa saya sangat berharga dan kalau saya akan ke panggung wayang, saya akan pastikan saya akan melihat filem yang menghiburkan."

Dia bersikap prejudis terhadap filem itu karana, katanya, filem Suhaimi Baba yang lalu Hati Malaya adalah membosankan.

"Maka itu saya tidak akan membuang RM10 yang sukar saya dapat untuk melihat sebarang filemnya walaupun banyak mana sekalipun digembar-gemburkan."Kata-katanya penuh dengan arrogant, sombong dan bongkak.

Walaupun beliau menyatakan tidak akan membuat sebarang komen kerana tidak menontonnya tetapi beliau bertanya "Mungkinkah ia suatu porpaganda untuk memburukkan orang Cina?.

Tidakkah yang bersembunyi di sebalik keberangkalian ini ialah anggapan buruk atau prejudis terhadap filem ini? Apa jenis peguam ni?

Dan kerana takutkan Guan Eng atau DAP tersinggung kerana kritikannya, maka diimbangi lagi  dengan kecaman terhadap Menteri Kebudayaan yang katanya: "Tiba-tiba mahu menjadi tauladan dengan mengajar Kerajaan Pulau Pinang tentang kebebasan seni tetapi berikutan dengan itu polis telah mengoyak gambar J Anu di pameran kerana dianggap mencemarkan Islam dan seorang lagi menteri meminta supaya konsert Lamb of God diharamkan."

Ini bukanlah suatu kritikan ikhlas dan adil yang melambangkan sikap bebas, tidak bias dan tanpa prejudis dari seorang Pensyarah Undang-undang Universiti  Malaya sebaliknya lebih hendak mempertahankan DAP dan Kerajaan Pulau Penang. Lebih banyak kritikan terhadap kerajaan dan filem Tanda Putera yang tidak ditontonnya dari mengecam lidah bercabang Guan Eng antara haram dan nasihat.

Ini menimbulkan pertanyaan, inikah jenis dan kualliti pensyarah bagi siswa-siswa Undang-undang Universiti Malaya?.

Sekalipun saya telahpun mengetahui sikap "tidak bebas" pensyarah universiti ini, tetapi inilah tulisannya yang benar-benar mendedahkan sikapnya yang tidak profesional, bias dan talam dua muka untuk menunjukkan dirinya sebagai seorang progresif, radikal dan bebas tetapi yang terdedah pemikirannya yang terikat.

Jika dia tidak mahu melihat filem itu kerana sikap prejudisnya, maka itu adalah haknya, tetapi saya juga tidak lagi akan membuang masa untuk membaca tulisan dari longkang.

Telah lama saya tidak membaca tulisan pensyarah ini kerana preconceived mind saya terhadapnya tetapi telah terdorong untuk membacanya kerana tertipu dengan tajuknya "Calling for a ban is ill-advised as any artistic work should be judged on its merit."


Jika The Star menanggap tulisan manusia ini boleh menaikkan imejnya sebagai akhbar bebas, ternyatalah The Star telah salah perhetongan. Dia tidak sahaja mencemarkan imej Universiti Malaya tetapi menjatuhkan maruah The Star.

Monday, 26 August 2013

DATUK NAJIB MESTI TUNJUKAN KELAKIAN

JANGAN TUNGGU DESAKAN DEMI DESAKAN UNTUK PECAT P. WAYTHAMOORTHY

Datuk Seri Zahid Hamidi (kiri) dan P. Waythamoothy
Tidak seorang menteri malah beberapa orang menteri, tidak sebuah NGO tetapi beberapa NGO, tidak seorang individu tetapi beberapa individu yang waras telah meminta Timbalan Menteri, P. Waythamoothy meletakan jawatan kerana memainkan isu perkauman dalam tindakan polis membenteras penjenayah.

Seruan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi dalam pekara ini diikuti dengan seruan yang sama dari bekas Menteri Dalam Negeri yang sekarang menjadi Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn.

Tentunya merekalah yang lebih mengetahui dan merasakan kesan buruk dan pencemaran terhadap imej kerajaan dengan kenyataan Waythamoorthy yang juga pengasas Hindraf yang meragukan tindakan polis dengan berkata "Tidak ada seorangpun yang waras akan percaya bahawa berlaku tembak menembak antara polis dan mereka yang disyaki."

Tidakkah kenyataan seperti ini dari seorang menteri kerajaan dan membiarkan dia terus berada dalam kerajaan adalah merbahaya dari segi kerahsiaan dan keselamatan negara.

Sewajarnya Datuk Seri Najib tidak perlu menunggu desakan dan seruan demi seruan dari menterinya sendiri atau dari orang ramai untuk bertindak kerana tindakannnya memecat Waythamoorthy adalah sesuai dengan sentimen rakyat sejak sebelum perlantikannya dan apatahlagi sesudah dia membuat kesilapan besar setelah menjadi menteri.

Dengan tindakan itu kelak, Datuk Seri Najib akan dapat menebus salah satu kesilapannya. Tunjukanlah kelakian, keberanian, kegagahan dan kewibawaan seorang Perdana Menteri.

Monday, 19 August 2013

MEDIA JANGAN JADI JUARA PENJENAYAH

THE STAR 19 OGOS:

Why can't police fire warning shot, asks dead gang member's family

Khalid (middle) and Penang police chief Datuk Abdul Rahim Hanafi (right) showing reporters the pistols that were recovered at the apartment in Sungai Nibong
Khalid (middle) and Penang police chief Datuk Abdul Rahim Hanafi (right) showing reporters the pistols that were recovered at the apartment in Sungai Nibong
KOMEN: WARNING? JUST SHOOT THEM AND BAKAR.DAN B20 August 2013 00:57
why waste time at the courts ....just shoot them already lah...warning for what ? so that they can get ready with their guns is it? catch them alive so that lawyers from opposition parties can take this opportunity to be in the lime lite ke? then set them loose again due to techincal glitch. if dont want to claim their bodies no problem just bakar and throw the ashes into the sea- Anonymous.
Tidak
Email
Facebook
2
GEORGE TOWN: Family members of the five suspected gang members killed in a shoot-out in Sungai Nibong have criticised the police for being trigger-happy.
A Nadarajah, 62, the uncle of one of the deceased, said they would not claim the bodies until the Inspector-General of Police "explains the whole situation" over the incident.
"What is the reason that they have to start shooting when they can just fire a warning shot?" said Nadarajah.
"They were all sleeping inside and I believe the police can just easily apprehend them," he said outside the mortuary of Penang Hospital where the post-mortems on the bodies were being carried out.

V.R.Murugasen, 53, the father of another suspect, said he was baffled as to how his son and the other four could be related to the notorious gang 04.

"My son has no criminal record so how can he be affiliated to the gang?" said Murugasen.

Murugesan said the five suspects had moved into the apartment three days ago.

Over 50 family members had gathered outside the mortuary demanding to have access to the autopsy reports on the bodies.

Seri Delima assemblyman R.S.N Rayer, who was at the hospital, said he would assist the family members in lodging reports at the Patani Road police station.

"They are not satisfied especially in the media report where the five of them are said to be associated with the gang 04," said Rayer.

"They are also seeking for the second post mortem to be conducted on the bodies," he added.

The five were killed in an ambush by a police special team at an apartment in Sungai Nibong at about 5am Monday.

Police said they were behind 12 murders - seven in Penang, two in Kedah and one in Negri Sembilan.

MEDIA JANGAN JADI JUARA PENJENAYAH.

Portal Berita On Line atau akhbar akhbar arus  perdana tidaklah  seharusnya menjadi juara kepada keluarga penjenayah yang dihapuskan oleh polis untuk menunjukan mereka memperjuangkan hak asasi manusia atau mahu menjadi juara demokrasi.

Biarlah tugas pembelaan ini diserahkan kepada peguam peguam yang laparkan  wang atau wakil wakil rakyat yang tak bemaruah yang mahu mencari pengaruh politik  tetapi seluruh media  terutamanya media perdana samaada portal beritanya atau pun akhbar  perlu menunjukan sokongan rakyat  terhadap misi  suci pihak polis.

Tidaklah usaha dibesar besarkan berita pembelaan  terhadap penjenayah yang memberikan gambaran seolah olah polis telah membunuh mereka secara sewinang -winang..

Apa yang harus diutamakan  oleh media arus perdana ialah hak sasasi majoriti rakyat yang mahu  hidup bebas tanpa merasa terancam dan bukannya segelintir penjenayah.

Akhbar The Star tidaklah perlu untuk menjadi juara hak asasi kepada penjenayah sebaliknya  hendaklah  membangkitkan sokongan besar rakyat kepada polis.

Yakinkanlah polis terhadap tugas mereka dan bukannya membuat mereka menjadi serba salah.

Tahniah kepada  Ketua Polis Negara dan seluruh anggotanya yang bertempur dan berjaya membunuh penjenayah. Inilah yang ditunggu tunggu  oleh seluruh rakyat.

Monday, 22 July 2013

PEGUAM NEGARA POTONG KUKU POLIS DIRAJA MALAYSIA

Tan Sri Abdul Ghani Patail
AKIBAT DARI MEMENTINGKAN HAK ASASI PENJENAYAH.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail berpandangan tidak harus ada lagi aspek penahanan untuk pencegahan dalam undang-undang baru yang bakal digubal bagi mengambilalih peranan Ordinan Darurat 69 (EO). Pendapat ini telahpun dikongsi oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang membayangkan pendirian kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib.

Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Noor membantah pendapat ini .Dalam interview dengan Mingguan Malaysia 21 Julai 2013 beliau nampaknya  tidak begitu yakin Perdana Menteri Datuk Seri Najib akan memberatkan pandangan polis, sebaliknya akan mengutamakan  Jabatan Peguam Negara dari PDRM bagi memainkan peranan lebih besar dalam penggubalan akta untuk menggantikan EO.

Bagi Rahim Jabatan Peguam Negara tidak tahu sepenuhnya tentang putar belit atau modus operandi penjenayah khusunya yang membabitkan gangsterisme. Rakyat sedang menanggung ancaman keselamatan terhadap diri mereka oleh kerana sikap Peguam Negara.

Sesiapa pun yang membaca interviu dengan Rahim ini akan dapat merasakan beliau  memberikan pandangan secara ikhlas,seriaus ,terus terang dan sungguh sungguh berdasarkan pengalamannya untuk berkongsi pengetahuan dengan kerajaan bagi pemulihan keamaman negara yang sekarang berada dalam keadaan yang tidak menyakinkan rakyat.

Beliau  benar benar mengharapkan  anggota-anggota Parlimen memberikan sokongan penuh kepada polis bagi memasukan semula kuasa PENANGKAPAN dalam undang-undang baharu yang amat perlu sebagai  langkah pencegahan paling berkesan bagi menjamin keselamatan rakyat.

Sebenarnya langkah kerajaan hendak menggubal semula undang-undang bagi menggantikan EO 1969 adalah suatu pengakuan terhadap kesilapan yang telah dilakukan. Siapakah yang melakukan kesilapan ini? Peguam Negara sebagai penasihat atau ketelanjuran Datuk Seri Najib sendiri yang hendak menjadi celebriti dunia bebas?

Saya petik beberapa pandangan Tan Sri Abdul Rahim Noor:

"Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, terdapat bukti menunjukkan berlaku peningkatan kadar jenayah indeks berhubung dengan kegiatan gangsterisme selepas EO 1969 dihapuskan.

 "Kesan daripada pemansuhan undang-undang berkenaan, penahahan suspek-suspek bagi kes-kes baharu yang dulunya disiasat di bawah EO 1969 tidak dapat lagi dilakukan malah individu yang sedang ditahan terpaksa dibebaskan walaupun tempoh tahanan masih belum tamat. Ada di antara mereka yang bebas ini bermaharajalela. Sebilangan mereka melakukan jenayah semula.

Penjenayah kini semakin berani melakukan rompakan dan
pembunuhan kerana merasakan pihak polis kini telah
kehilangan "kuku" berikutan pemansuhan beberapa akta
yang mengerunkan mereka sebelum ini.
Pihak polis sekadar menjadi pemerhati tetapi tidak dapat membendungnya. Mereka seperti patah sayap. Keadaan tidak lagi seperti dahulu. Maklumat yang diperolehi hasil daripada risikan hanya dibukukan sahaja. Sekiranya laporan polis dibuat, barulah tangkapan dilakukan di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Tan Sri Rahim tidak secara langsung menyatakan kebimbangan bahawa Jabatan Peguam Negara akan diberikan peranan lebih besar daripada PDRM dalam penggubalan akta baharu yang bakal digubal untuk menggantikan EO 1969 itu.

Rahim berpandangan Jabatan Peguam Negara tidak tahu sepenuhnya tentang putar belit atau modus operandi penjenayah khususnya yang membabitkan gangsterisme, maklumat risikan dikutip, dijejak dan disimpan oleh pihak polis. Mereka mengetahui secara mendalam tentang dunia penjenayah.

Pihak pegawai-pegawai Jabatan Peguam Negara tidak melihat permasalahan jenayah secara keseluruhan. Mereka lebih cenderung melindungi hak asasi suspek daripada membantu siasatan polis.

Jenayah keganasan semakin subur tetapi  malangnya pihak polis hanya dapat melihat sahaja kerana tangan mereka kini terikat. Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak asasi manusia  dan pegawai-pegawai Jabatan Peguam Negara tidak memahami hakikat ini kerana bukan mereka yang bergelumang dalam kegiatan mencegah jenayah seperti yang dilakukan pihak polis.

Rahim berkali-kali meletakan harapan kepada ahli ahli parlimen sebagai penggubal undang-undang supaya memahami betapa penting unsur tangkapan untuk pencegahan bagi menjamin keselamatan rakyat. Polis hendaklah diberikan kuasa ini dan keselamatan rakyat sepatutnya lebih diutamakan.

Apa yang disuarakan oleh Tan Sri Rahim sebenarnya mewakili hasrat dan hati nadi anggota polis dari peringkat bawah sehingga teratas dan juga perasaan keseluruhan rakyat. Anggota anggota polis berada dalam keadaan moral yang sangat rendah sekarang. Penjenayah menjadi besar kepala kerana mereka tahu polis telah hilang kuasa.  Saya sendiri baharu sahaja bercakap dengan seorang pegawai tinggi polis dalam bahagian jenayah yang menyatakan "kami sekarang tak ada kuku lagi Tan Sri."

Inilah akibatnya apabila hak asasi penjenayah dilihat lebih penting dari hak asasi masyarakat dan kepentingan populariti politik mengatasi kepentingan hakiki.

Monday, 17 June 2013

THE STAR IS A THORN IN THE FLESH

HELEN ANG: IT IS OWNED BY THE SECOND BIGGEST BN COMPONENT TO PERPETUATE THE IRRATIONALITY TO SERVE DAP

The Group Chief Editor of The Star, Datuk Wong Chun Wai has called on the government to not penalise those who did not vote for the ruling party in the 13th general election.

In  his article in The Sunday Star yesterday, he said “Malaysians have made their choices. The victors have plenty of work to do and the least of their concern should be to talk about punishing those who did not vote for them.

“It is the people’s right to vote for anyone or any party. A general election is any party is about the right to choose.

“No one should be made to feel pressured or threatened, in any way, simply because they did not vote for the winning ruling party,” he said.
Note:

 It is not a surprise of The Star did not show its commitment to MCA since the 2008 Tsunami , compared with the attitude shown by Utusan Malaysia.

Have you ever read any feature written by Wong Chun Wai, the Group Editor of the The Star  and also that of Group Editor II Leanne L.Y. Goh  and its managing director criticizing DAP or the opposition pact.

The task of facing the English readers is much left to the pro-government bloggers.

What is the purpose of MCA owning The Star ? For political interest or solely for business interest. More damage is done by The Starto MCA than building its image.

As a former journalist, I clearly understand the game, subtly or directly. Full of hypocrisy and dishonesty. Those given the rersponsibility have  betrayed the trust given to them. They prefer to favour the opposition parties.

I receive news that several senior editors in The Star could no longer contain their disappointment and frustration when BN was declared the winner on May 5, despite initially jumping with joy when the Pakatan Rakyat was leading.

Does the media management division at the Prime Minister’s Department aware of this? Ask me if you want to know.

MCA should review the position of the Editorial Department of The Star  because undeniably, its attitude has resulted in MCA's defeat in the 13th general election. The Star is a thorn in the flesh

WHAT BLOGGER HELEN ANG SAYS

BN “lost the perception war” as rued by Najib because the BN has allowed a mainstream media that can reach an audience of 5.63 million – and here’s the salt on the wound; it is owned by the second biggest BN component – to perpetuate the illogic and irrationality that serve to benefit the DAP and their strange bedfellows.

BN has allowed the DAP through its sympathetic mass propaganda organ to control the national narrative and direct the public discourse.

So yes, absolutely. Najib is 101 percent correct to say that BN lost the perception war. And BN will lose the next general election if it continues to allow this loss to lead to a fatal hemorrhage.

KETUA PENGARANG THE STAR PERTAHANKAN PENGUNDI PEMBANGKANG

Ketua Pengarang Akhbar The Star Datuk Wong Chun Wai telah meminta agar kerajaan tidak menghukum mereka yang tidak mengundi bagi parti pemerintah dalam Pilihan Raya Umum Ke 13.

Dalam tulisannya di The Sunday Star semalam, beliau berkata "Rakyat Malaysia telah membuat pilihan, yang menang mempunyai banyak kerja untuk dilakukan dan tidaklah sewajarnya mereka memberikan perhatian terhadap cakap-cakap untuk menghukum pihak yang tidak mengundi mereka.

"Adalah menjadi hak rakyat untuk mengundi sesiapapun atau mana-mana parti. Pilihan Raya Umum di mana-mana negara demokrasi adalah mengenai hak untuk memilih.

"Tidak seorang pun seharusnya dibuat untuk merasakan tekanan atau terancam dalam cara apapun kerana mereka tidak mengundi bagi parti pemerintah," katanya.

Catatan:

Tidak hairanlah jika The Star tidak menunjukkan komitmennya terhadap MCA dari sejak Tsunami 2008 berbanding dengan sikap yang ditunjukkan oleh Utusan Malaysia.

Apakah anda pernah membaca sebarang rencana yang ditulis oleh Wong Chu Wai Ketua Pengarang Kumpulan The Star dan juga Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan II Leanne L.Y. Goh dan  Pengarang Urusannya yang mengkritik DAP atau Pakatan Pembangkang?

Tugas menghadapi pembaca Inggeris lebih banyak diserahkan kepada bloggers yang pro kerajaan.

Apakah tujuannya MCA memiliki The Star ? Untuk kepentingan politik atau untuk kepentingan perniagaan semata-mata. Lebih banyak kerosakan yang dilakukan oleh The Star kepada MCA dari membina imejnya.

Sebagai bekas wartawan saya cukup faham permainan ini baik cara halus atau kasar. Penuh dengan hipokrasi munafik dan tidak jujur. Mereka yang diberikan tanggungjawab telah mengkhianati tanggungjawab yang diamanahkan. Mereka lebih suka untuk bermuka-muka dengan parti pembangkang.

Saya mendapat khabar beberapa orang pengarang-pengarang kanan The Star tidak lagi dapat menahan perasaan kecewa dan sedih mereka apabila BN diumumkan menang pada malam 5 Mei itu walaupun pada mulanya mereka telah meloncat-loncat kegembiraan kerana kemaraan Pakatan Rakyat.

Adakah bahagian pengurusan media JPM tahu hal ini? Kalau nak tahu boleh tanya saya.

MCA harus melihat kembali kedudukan Jabatan Pengarang The Star kerana tidak dapat dinafikan bahawa sikapnya juga telah menyebabkan kekalahan besar MCA dalam Pilihan Raya Ke 13. The Star telah menggunting dalam lipatan.

Friday, 14 June 2013

DEMI UNTUK JUWIE MANTAN WARTAWAN UTUSAN BERGABUNG TENAGA

Dari kiri Bobby Rajan, Rosle Azmi, Datuk Raja
Ahmad Niza dan Munir Ghazali
SEKUMPULAN mantan wartawan Utusan –  Dato Raja Ahmad Niza Raja Ismail atau R. A. Niza, Bahyah Mahmood, Ahmad Idris, Mama Juwie, Munir Ghazali, Maimunah Yusoff, Zainol Fakir dan Rosle Azmi bergabung tenaga menerbitkan sebuah majalah bulanan atas nama JUWIE.

Keluaran sulung – Julai 2013 sudah berada di pasaran. Majalah ini merupakan digest Melayu paling unggul dengan taglinesnya – Majalah Dalam Kelas Tersendiri – membawakan kisah-kisah mesyarakat, sedikit tentang alam misteri, hiburan dan agama.

Persembahannya luarbiasa berbanding majalah yang ada di pasaran kita kerana misterinya bukan sebarang misteri, begitu juga hiburannya yang dipimpin oleh Bahyah Mahmood, sangat lain daripada majalah hiburan yang ada di pasaran.

Dapatkan naskah sulung sekarang, kerana cetakannya cukup terhad, takut kalau-kalau anda terlepas memilikinya. Ia diterbitkan oleh BYG Publisher & Distributors yang beribu pejabat di Kuala Lumpur.

Tujuan menerbitkan majalah ini, menurut Ketua Editornya, R. A Niza adalah membuka peluang kepada mantan wartawan Utusan yang berhasrat untuk berkarya tetapi tiada tempat,

Beliau memberitahu bahawa Tan Sri Zainuddin Maidin telah bersetuju untuk menjadi penasihat.

Nahhhh…, JUWIE menjadi gelanggang kepada semua orang untuk menulis cerita-cerita yang menarik bagi berkongsi dengan orang lain. Dapatkan naskah pertamanya.  

Raja Niza memberitahu nama Juwie digunakan dengan persetujuan Juwie sendiri untuk mengenang suatu nama besar dalam dunia penulisan hiburan tanah air suatu masa dahulu. Kolumnya di Mingguan Malaysia  paling popular dan menjadi buah mulut ramai.

Wednesday, 5 June 2013

BOLEHKAH PASTI MUHYUDDIN TIDAK CABAR NAJIB?

Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri
Muhyiddin Yassin
Kempen untuk mengekalkan kedudukan dua jawatan tertinggi parti dalam UMNO telah bermula. Utusan Malaysia memulakannya hari ini (5 Jun) dengan beberapa orang pemimpin kanan menyatakan tidak perlu ada tandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti tahun ini.

Saya sendiri memikirkan bahawa keutamaan kepada perpaduan parti perlu diutamakan bagi menunjangi kepimpinan negara yang menghadapi cabaran semakin besar bagi sebuah kerajaan yang mahu demokrasinya diiktiraf dunia terutama oleh Barat.

Najib harus diberikan masa untuk menunjukan keberkesanan kepimpinannya yang bersifat apologetik bawah kabinet barunya sendiri.

Seperti kata Tun Dr. Mahathir di Tokyo "Kita tidak ada pilihan lain lagi kecuali menyokong Najib untuk mengekalkan perpaduan parti." Ini bererti penerimaannya adalah kerana terpaksa.

Pemimpin kecil dan ahli-ahli UMNO boleh membantu untuk mempastikan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dicabar tetapi bolehkah dipastikan Timbalan Presiden tidak akan mencabar Presiden?

Barangakali pekara ini terlalu pahit untuk diperkatakan secara terbuka tetapi telah dibincangkan secara tertutup dan kalau soal tidak perlu ada pertandingan dua jawatan tertinggi telah diperkatakan untuk mengkodisikan pemikiran ahli maka pastinya sesuatu yang lebih besar yang tersimpan di dada perlu terpancar dalam kata.

Dalam politik semuanya boleh berlaku. Umpamanya bila Menteri Besar Selangor Datuk Harun Idris diketahui mahu mencabar Tun Abdul Razak bagi jawatan Presiden UMNO, saya dan seorang lagi wartawan Utusan Melayu, Khalid Jefri telah pergi ke rumahnya di Jalan Duta dan bertanya "Apakah benar Datuk akan mencabar Tun Abdul Razak? jawab Datuk Harun "Oleh kerana sudah ada orang lain yang nak mencabar maka lebih baik saya yang bertanding."

Tetapi Muhyuddin mesti ingat Anak Melayu Pantang Derhaka kecuali menghunus dan menjulang keris dan kemudian meminta maaf. 

Sunday, 2 June 2013

COMMUNIST SURROGATES: RAMALAN TEPAT KETUA PERANG SARAF

Anasir anasir subersive  Cina bukan lagi datang dari Republic Rakyat Cina tetapi sekarang   terlatih di university universiti Taiwan. Ibubapa mereka adalah dari pengganas pengganas komunis di Malaysia Mereka lah  communist surrogates dalam wajah baru.

  TAN SRI C.C.TOO
Tan Sri Dr. C. C To
Saya tidak kenal rapat dengan C.C. Too seorang anak watan yang pertama menjadi Ketua Bahagian Perang Saraf dari sejak sebelum merdeka (1956) hingga 1983 tetapi saya telah lama mendekati pemikirannya dan visinya yang jauh ke hadapan.

Dalam keadaan negara sekarang menghadapi ancaman dari Communist Surrogates, saya mengkagumi C.C. Too kerana ketepatan pandangan dan  jangkaannya.

Selain dari memainkan peranan penting dalam perang saraf menentang Parti Komunis Malaya, beliau juga terlibat menangani  masaalah musuh dalaman dan  gerila-gerila Indonesia dalam masa konfrantasi Indonesia di awal tahun 60an.

Saya masih ingat  menghadiri suatu sidang akhbar di Angkasapuri bagi  gurila gurila Indonesia yang di tawan ketika mendarat di Labis dan Pontian membuat pengakuan terbuka (Confession) dengan diawasi   oleh C.C.Too.

Walaupun beliau telah meninggal dunia lebih 20 tahun lalu, tetapi beberapa telahan, pandangan dan pesanannya sebagai seorang yang berpengalaman lebih 27 tahun dalam perang saraf masih tetap relevan dan boleh dijadikan panduan hingga sekarang ini.

Umpamanya apa yang dicatatkan oleh persara Senior Assistant Commissioner of Polis Deputy Director of Special Branch (Operation) Aloysius Chin dalam bukunya The Communist Party Of Malaya Inside Story.

Kata  C.C. Too: "Chin Peng in an article on the peace agrement and the future intention of CPM,was putting an a remakable, amazing and highly charismatic public relations performance, which was obviously well rehearsed beforehand."

C.C. Too warned that the CPM was merely temporarily suspending its armed struggle, but through infiltration and subversion with the help of communist surrogates would create a new "revolutionary situation" which would be expedited and aggravated  by any future economic recession in the country.

He  futher  stated that  it was brilliant example of the classic communist tactic of taking one step backward to go two step foward. The communist should never be underestimated. They wolud never give up easily. History is likely to repeat itself unless timely and positive actions taken to prevent any reccurrecne.

MUSUH DARI KAPITALIS DAN KOMUNIS

Dalam  temubual eksklusif dengan Jabatan Penerangan Malaysia (17 Mei 1986), C.C.Too berkata: "Yang pastinya pihak musuh, sama ada komunis atau imperialis akan cuba memecah belahkan perpaduan masyarakat untuk meningkatkan polarisasi kaum dan merosakan kestabilan negara supaya mereka dapat menyerang dan menakluki kita dengan lebih mudah. Oleh itu perpaduan nasional perlu dititikberatkan."

KAWALAN MEDIA MASSA

Sir Gerald Templer
"Paling penting , kawalan ketat terhadap media massa terutamanya wartawan asing. Pada pendapat peribadi saya, kekalahan Amerika di Vetnam berpunca daripada akhbar Amerika. Ini kerana mereka menyiarkan apa yang dikehendaki oleh Vietcong (komunis Vietnam) sambil mengkritik negara mereka sendiri.

Hishamuddin Rais
"Di dalam peperangan, publisiti perlu dikawal dan Sir Gerald Templer berjaya melakukannya. Jika terdapat wartawan asing termasuklah warga British yang mengeluarkan kenyataan bukan-bukan, mereka disingkirkan dari negara ini dalam tempoh 24 jam."

Perlu disebutkan Hishamuddin Rais salah seorang dari yang ditahan kerana kes hasutan dan perhimpunan haram adalah bekas anasir komunis yang pernah melarikan diri keluar negara dan telah dibenarkan pulang semasa Anwar Ibrahim berada dalam kerajaan.

Keruncingan dan ketegangan yang berlaku di Malaysia sekarang adalah kombinasi dari tindakan bersama communist surrogate dan ejen ejen  imprealis dan kapitalis dan seperti yang dikatakan oleh C.C.Too sejarah akan berulang kecuali  jika diambil  tindakan positif  tepat pada masanya.

CATATAN TENTANG TAN SRI DR. TOO CHEE CHEW ATAU C.C.TOO (1920-1992)

Tan Sri Dr. Too Chee Chew telah meninggal dunia pada tahun 1992. Beliau merupakan negarawan dan patriot negara yang membantu mencorakan senario politik ke arah kemerdekaan tetapi tidak begitu dikenali terutama di kalangan generasi sekarang.

C.C. Too memainkan peranan penting dalam perang saraf menentang Parti Komunis Malaya (PKM) sebelum negara kita mencapai kemerdekaan.

C.C.Too telah dilahirkan pada 31 Mac 1920 di Kuala Lumpur dan mendapat pendidikan awal di sekolah Cina dan menyambung pelajarannya ke Sekolah Lelaki Methodis Kuala Lumpur. Beliau merupakan pelajar cemerlang di peringkat Sijil Cambridge dan diberi  biasiswa Negeri-negeri Melayu Bersekutu untuk melanjutkan pelajaran di Kolej Raffle di Singapura.

Beliau merupakan rakyat tempatan pertama yang menjadi Ketua Bahagian Perang Saraf dari tahun 1956 hingga tahun 1983. Beliau adalah seorang patriot negara yang komited dan berdedikasi.Tugas utamanya adalah menyemai kesedaran rakyat berbilang kaum supaya menolak ideologi komunis. Konsep yang ditekankan oleh beliau ialah bersatu padu dan setia kepada negara demi menjadikan negara sebagai tempat yang selesa untuk didiami oleh masyarakat pada masa itu dan generasi akan datang.

Beliau mula menceburkan diri dalam Perang Saraf sewaktu menjalankan tugas sebagai "orang perhubungan" di antara Ketua Komunis daripada Pertubuhan Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) dan pegawai perisikan sebarang laut Amerika (OSS).

Beliau akhirnya berjaya mempengaruhi seorang pemimpin peringkat rendah komunis untuk berpaling tadah. Sebagai "orang perhubungan" maka beliau digelar sebagai C.C. Too.  Nama itu terus sebati dengan dirinya sehinggalah beliau meninggal dunia pada 1992.

Friday, 31 May 2013

AKHBAR-AKHBAR UMNO GAM SAHAJA BERITA ANWAR KECUALI LIWAT

COMMENT:  GOOD OR BAD PUBLICITY IS STILL PUBLICITY- li dosh.

Anwar Ibrahim





Telah sekian lama akhbar-akhbar harian arus perdana menyiarkan berbagai aksi politik Anwar Ibrahim  yang bersifat provokasi, pementasan, pembohongan yang menyebabkannya diingati setiap hari, popular dan lebih penting dari dirinya yang sebenar.

Soal sama ada berita-berita ini memberikan kesan negatif atau positif adalah terletak kepada penerimaan  di pihak mana seseorang itu berdiri. Kebanyakan akhbar harian perdana menyiarkan berita dan rencana yang mengecamnya. Keputusan PRU 13 memberikan jawapannya.

Bagaimanapun apa yang sudah pasti ialah publisiti buruk atau baik telah menjadikannya sebagai seorang yang relevan kepada seluruh rakyat. Akhbar akhbar perdana Bahasa Malaysia dan juga TV3 tidak dapat menghakiskan keyakinan golongan yang fanatik kepadanya sebalikhya hanya meyakinkan lagi orang yang sudahpun yakin kepada BN.

Stratiji Anwar  untuk menjadikan pembohongan setiap hari sebagai gospel truth telah hampir berjaya kerana ada akhbar-akhbar Cina dan juga The Star menyiarkan sebagai berita benar mengenai dakwaannya mengatakan blackout, peti undi hilang, kiraan undi awal, kehadiran pengundi asing dan sebagainya.

Ketua Bahagian Perang Saraf Pertama Malaya/Malaysia (1956-1986) mendiang Tan Sri  Dr. C.C.Too  dalam temubual eksklusif dengan Jabatan Penerangan Malaysia pada 17 Mei 1986 memberitahu bahawa dia sangat gembira apabila ruangan pembaca akhbar bulanan perang saraf yang diterbitkannya New Path News telah dikecam oleh penyokong-penyokong komunis sebagai “akhbar  anjing.”

Semakin banyak cercaan, semakin menggembirakannya kerana beliau dapat memberikan jawapan yang lebih meyakinkan musuh.

Akhbar-akhbar arus perdana yang dikuasai oleh UMNO seharusnya memikirkan apakah wajar memberikan publisiti kepada aktiviti binatang politik ini. Lebih baik blackout atau gam sahaja sebarang cerita mengenainya. Seperti kata Tun Daim bekas Menteri Kewangan "Lets leave this clown's strategis and not play to his game."

Berita mengenai  perbicaraan liwatnya kelak bolehlah diberikan siaran besar-besaran.

Tidaklah sewajarnya berita mengenai seorang yang tidak dikehendaki oleh majoriti masyarakat peribumi  diberikan tempat yang begitu besar setiap hari dalam akhbar-akhbar perdana sehingga dia merasa dirinya lebih besar dari biasa, sedangkan partinya hanya mewakili 30 kawasan Parlimen dan UMNO mewakili 88 kerusi Parlimen yang didokong sepenuhnya oleh bumiputera.

Kita mesti  menjadikannya tidak relevan. Bagaimanapun treatment  gam  berita mengenainya bolehlah difikirkan oleh pengarang, tetapi melimpahkan berita kecaman terhadapnya  hampir di setiap muka, adalah sangat tidak wajar,tidak mendatangkan kesan positif malah menjemukan pembaca.

Kalau akhbar-akhbar Cina dan The Star mahu menjadikannya terus penting dan relevan untuk kepentingan masyarakat Cina, maka itu adalah hak mereka.