Showing posts with label ceritazam. Show all posts
Showing posts with label ceritazam. Show all posts

Saturday, 24 August 2013

MR. MYSTERY DI BERLIN BARAT


HANYA UNTUK PENGHAYATAN



MR MYSTERY DI BERLIN BARAT.

Ini adalah kisah lebih 30 tahun lalu .Apakah Mr Mystery masih hidup lagi saya tidak tahu.Jika ada pelajar pelajar Malaysia yang bersama dengan saya di Berlin dari Januari - Mac 1969 yang masih mengingati saya sila hubungi saya menerusi blog ini atau : zainudinmaidin@ gamil.com.


Bersama dengan rakan rakan Berlin Institute of Journalism dari beberapa buah negara Asia dan Afirca Januari-Mac 1969   


Dalam kedinginan musim sejuk di Tiergarten Berlin berlatar belakangkan
Victory Column 








Menerima Deploma Of Journalism dari Berlin  Institute Of Journalism 

















Tuesday, 6 August 2013

MEMOHON MAAF DALAM SYAHDUNYA.

SALAM AIDILFITRI


Bersama isteri, anak menantu dan cucu -cucu  di Aidilfitri tahun lalu di rumah persinggahan kami di Permaipura Bedong Kedah. Disinilah kami berhimpun setiap Hariraya Puasa.

Tiap Aidilfitri
Terasa usia meningkat lagi
Namun syawal menyapa
Tetap dalam wajah muda
Dalam wanginya
Dalam takbirnya 
Dalam syahdu rindu gemanya.

Saya bersama isteri  dan keluarga memohon ampun dan maaf dari rakan tolan,sanak saudara jauh dan dekat dalam suasana indah Hariraya yang menggetarkan rasa ini.

.ZAINUDDIN MAIDIN( ZAM)

Monday, 5 August 2013

TERJUMPA MALUNGUN DAN IBRAHIM BACHEK MENJELANG SYAWAL

Ibrahim Bachek
Dalam membalik-balik fail lama semasa berkhidmat dengan Kementerian Penerangan dan Penyiaran, saya  telah menemui lembaran sebuah sajak yang dicipta oleh Malungun Menjelang Syawal dan tercatit lagu oleh Ibrahim Bachek. Tentunya sajak itu adalah untuk lirik lagu gubahan Ibrahim Bachek tetapi  saya tidak pernah mendengar lagunya.

Saamada telah digubah lagunya atau tidak atau tersimpan tanpa dirakamkan saya tidak tahu.

Jika ada dalam simpanan RTM,alangkah baik jika  lagu ini dimainkan dalam suasana menyambut Aidilfitri dan bagi mengenangkan Allahyarham yang pertama kali tidak lagi  bersama kita di di Aidilfitri ini. 

Ibrahim dan Malungun  adalah rakan saya yang telah meninggal dunia.Ibrahim dan saya sering bertemu hingga hampir keakhir hayatnya tetapi saya tidak dapat ziarahi jenazahnya kerana berada di luar Kuala Lumpur.
Malungun seorang sasterawan yang terkenal dengan cerita-cerita pendeknya terutama ketika beliau berkhidmat dengan Dewan Bahasa dan Pustaka .Ibrahim Bachek adalah penggubah lagu puisi dan patriotik selain dari lagu-lagu romantis yang banyak terpahat di hati rakyat. Antara lagunya yang paling menyayat hati ialah Tak Seindah Wajah nyanyian S.M. Salim dan Disebut Jangan, Dikenang Jangan nyanyian Rafeah Buang yang juga telah meninggal dunia.

Al fatihah untuk mereka yang pemergiannya mendahului kita.

Inilah puisi karya Malungun:

MENJELANG SYAWAL

Bening -beningnya malam ini
Bulan tua menyisih lalu
Anak Syawal menjenguk mesra
Esok tibalah Aidilfitri
Hari yang berbahagia.

Anak yang sedang nyenyak tidur
Apalah yang diimpikannya
Isteri yang sedang sibuk didapur
Apalah restu dipohonnya
Untuk esok Aidilfitri.

Sepenuh kasih sekuat tenaga nak
Itulah hadiah ku untuk mu
Seluruh cinta sebulat jiwa dek
Itulah ganjaran setia mu

Tuhan oh Tuhan restui mereka
Sampaikan segala harapan
Murahkan rezeki limpahkan rahmat
Biar selamat berbahagia
Untuk setahun di muka.

Bening-beningnya malam ini
Bulan tua menyisih lalu
Anak syawal menjenguk mesra
Esok tibalah Aidilfitri hari yang berbahagia.

Sajak: Malungun
Lagu : Ibrahim Bachek

Friday, 7 June 2013

TERSINGKIR DARI UTUSAN KERANA TANYA MENGAPA GAJI AZIZ ISHAK LEBIH BESAR.


Tidak ramai orang yang mengenali wartawan Hussein bin Abdul Hamid yang gambarnya bercangkung melipuit berita  menaikan bendera UMNO di Sultan  Sulaiman Kelab Kuala Lumpur  oleh Sultan Selangor pada tahun 1947, menjadi gambar kulit buku Kisah Sejarah Utusan Melayu Di Depan Api Di Belakang Duri.

Beliau tidak terkenal seperti Othman Wok penulis cerita  hantu dan juga Samad Ismail tokoh wartawan politik Utusan Melayu. Walaupun  tidak  berkerja lama dengan Utusan  tetapi  Hussein telah   meliputi beberapa  peristiwa  bersejarah di tahun 40an.

Singgah sekejapnya di Utusan adalah singgah yang bersejarah.

Dalam usianya sekarang  yang telah mejangkau 90 tahun , ingatan dan pemikirannya masih jelas dan terang apabila saya menemuinya bagi kali kedua di rumahnya di Bukit Jelutong Selangor baru baru ini.

Seperti ada sesuatu yang menyebabkan sesaorang yang sekalipun singgah berkerja  sekejap di Utusan Melayu tetapi menyimpan kenangan yang berpanjangan kepadanya seumur hidup. Inilah juga yang berlaku kepada Hussein  yang memulakan kerjannya dengan Utusan Melayu sebaik sahaja lulus  Senior Cambridge Grade 1 di Singapore  pada tahun 1945 atas hasrat bapanya.

Tidak lama selepas bertugas  sebagai wartawan di Singapura, beliau dilantik  menjadi wakil Utusan Melayu yang pertama di Kuala Lumpur  yang bertanggungjawab terhadap pemberitaan dan pengedaran Utusan Melayu.

Tempat beliau digantikan kemudianya oleh Aziz Ishak( Pernah menjadi Menteri Pertanian Malaya)  adik kepada Yusuf Ishak Penaja dan Ketua Pengarang pertama Utusan Melayu  tetapi Hussein kemudiannya  dibuang kerja oleh Yusuf  kerana  mempersoalkan mengapa  gaji  Aziz sebagai wakil Utusan Melayu di Kuala Lumpur  lebih besar darinya. Yusuf menjawab ini  pekara keluarga dan menamatkan kerja Hussein.

Sebelum itu Yusuf juga memberhentikan kerja Salleh Daud(Ketua Pengarang Bernama 1972-79 dan Setiausaha Akhbar Menteri Kewangan Tengku Razaleigh) kerana membuat terjemahan salah.

Hussein mengenang Yusuf sebagai seorang ketua yang tegas,bengis dan keras tetapi seperti kata  Allahyarham Tan Sri Samad Ismail  tanpa seorang yang bersikap  seperti Yusuf  mungkin Utusan sudah tidak wujud lagi hari ini.

Yusuf Ishak pula  yang   diberhentikan dari Utusan Melayu pada tahun 1959  telah   diambil oleh Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew  untuk menjadi   Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Singapura dan seterusnya menjadi  Yang di Petuan Negara Singapura dan seterusnya menjadi Presiden  Singapura yang pertama. LKY mengenali Yusuf  sejak  bila beliau menjadi peguam pertama Utusan Melayu.

Bila tersingkir ,Yusuf telah menjual pegangan sahamnya  yang besar kepada UMNO

Kisah Utusan Melayu  penuh dengan cerita kecekalan dan kegigihan manusia mewarnakan sejarahnya  sehingga menjadikannya sebagai akhbar perjuangan yang hebat dan terbilang.

Untuk mengetahui cerita sepenohnya dapatkanlah buku Kisah Sejarah Utusan Melayu: DI DEPAN API DI BELAKANG DURI   di mana mana kedai buku di seluruh negara.

Keterangan gambar: Haji Hussein menerima buku sejarah Utusan dengan disaksikan oleh anak perempuannya Datin Juwita isteri kepada Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad bekas Hakim Mahkamah Rayuan.


Sunday, 19 May 2013

ANTARA LENA DAN JAGA PAK SAID TERUS MENULIS.


ZAM SAMPAIKAN BUKUNYA KEPADA ORANG YANG MENGAMBILNYA BERKERJA DI UTUSAN.
20130513_114151.jpgSaid Zahari 85 tahun Pengarang  Utusan Melayu yang mempunyai nama besar dalam perjuangan kiri tanahair. Beliau yang mengepalai mogok bersejarah Utusan Melayu pada tahun 1961 yang diikuti dengan penahanan politiknya selama 17 tahun di Singapore,sekarang berada dalam keadaan uzur setelah diserang angin ahmar bagi kali kedua dalam masa 20 tahun

.
Bagaimanapun dalam keadaan keuzurannya,antara jaga dan lena,beliau masih manulis untuk menyiapkan memoirnya yang terakhir yang  belum diberikan tajuk sebagai sambungan kepada memoirnya yang terdahulu mengenai perjuangannya iaitu Dalam Ribuan Mimpi Gelisah dan Meniti Lautan Gelora.

Saya mengunjunginya baru baru ini dengan dipandu oleh anaknya Roesman ke rumah pangsa yang disewanya di Puncak Alam Kuala Selangor.Beliau tinggal bersama anak perempuannya yang telah kematian suaminya dan empat orang cucunya yang menjaganya.

Sekalipun hanya mampu duduk diatas kerusi roda,  tetapi Pak Said tetap bersemangat tinggi,wajahnya tidak lesu sebagai seorang yang sedang sakit,matanya tetap bersinar sebagai seorang pejuang berani yang menyembunyikan segala penderitaan hidupnya di masa lalu dan kini.Bila bercakap tentang Utusan Melayu,keriangan jelas terbayang di wajahnya.

Beliau memberitahu ketika menulis diwaktu pagi,petang atau malam,beliau ada kalanya terdtidur di depan desktopnya dan menulis semujla bila terjaga.

Beliaulah satu satunya bukti sejarah yang masih hidup yang membenarkan pandangan Profesor William R. Roff dalam bukunya Nasiionalisme Melayu  bahawa Utusan Melayu sebagai akhbar telah bertukar menjadikan perjuangan sebagai matlamatnya

Tujuan utama saya menemuinya adalah untuk menyampaikan buku karys saya: Kisah  Sejarah Utusan Melayu :  Didepan Api Dibelakang Duri yang telah pun berada di pasaran yang salah satu dari 20 babnya adalah  mengenai mogok Utusan Melayu yang diketuai oleh Said Zahari yang ketika itu menjadi Pengarang Utusan Melayu  disamping cerita cerita lain dengan  fakta dan anecdote  sejarah  yang membuktikan Utusan Melayu sebagai akhbar  perjaungan sejak kelahirannya di Singapura  pada ahun 1939.

Walaupun hubungan antara Tan Sri Samad Ismail yang pernah menjadi Timbalan Ketua Pengarang Utusan Melayu tidak kelihatan rapat dengan Said yang menyertai Utusan pada tahun 1951 tetapi dari kajian dan penelitian saya Said Zaharilah  yang  mewarisi  dan meneruskan perjuangan Melayu Raya yang dipelopori dan dijuarai  oleh  Samad Ismail sejak usia ramajanya  sebagai wartawan Utusan Melayu diawal tahun 40an.

Pak Said  tidak pernah bercerita tentang Samad Ismail seorang marxist (diakui oleh Pak Samad kepada saya-aku Marxist Zam,katanya)  sebagai gurunya tetapi ketika mogok Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur  Pak Samad yang ketika itu berkerja dengan Stratis Times Kuala Lumpur telah   menghantar Utusannya A.Samad Said  untuk mengetahui keadaan pemogokan dan memberikan bantuan secara sulit.

Dalam beberapa hal saya sendiri  tidak terus menerus menjiwai  babak pertama perjuangan  Utusan Melayu  oleh  kerana saya  tidak sahaja berada dalam  zaman gelora  perjuangan besarnya  tetapi juga   dalam kebangkitan baru Utusan Melayu setelah  gagalnya pemogokan Utusan 1961.

Berada dalam  babak kedua perjuabngan Utusan Melahu yang brealih dari   nasionalisme Melayu dan sosialisme antarabangsa ,  saya dapat melihat dan menilai  antara mimpi dan realiti dan  memahami pandangan jauh perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman dalam menolak Melayu Raya.

Sebuah negara besar   seperti Indoneisa yang tidak mengutamakan ekonomi untuk rakyatnya sebaliknya  meneruskan semangat revolusi dalam keadaan masih ketinggalan jauh dari segi sain dan teknologi ,pastinya akan bergantung kepada kepada Negara Komunis Cina yang kuat ketika itu.

Pak Samad dan Pak Said dan lain nasionalis Melayu melihat Melayu Raya sebagai penyelamat bangsa  tetapi saya termasuk dalam gulongan yang melihat kegagalan Melayu Raya  menyelamatkan bangsa Melayu dan rakyat  Malaysia dari  penidasan bangsa atas bangsa seperti yang berlaku kepada rakyat Aceh sauatu masa dahulu dan jika ini berlaku pastinnya rakyat  Malaysia sekarang  berada dalam kemunduran dan  kemiskinan.

Antara mulut Naga dan buaya,Tunku memileh buaya dan terbukti  merupakan pilihan yang tepat kerana akhirnya telah diikuti oleh negara negara sosialis di Asia termasuk  Cina sendiri yang memeluk kapitalisme

Said Zahari melihat mogok sebagai langkah menyelamatkan kebebasan akhbar dari penguasaan UMNO  tetapi bagi saya ia langkah UMNO itu  adalah untuk membebaskan  Utusan Melayu untuk meneruskan perjuangan  bagi menjadikan  Malaya sebagai  sebahagian dari Indoneisa.

Betapapun perbezaan fahaman saya dengan Pak Said Zahari tetapi saya tidak dapat melupakan jasa besarnya kepada saya  yang membawa  masuk saya ke  Utusan Melayu sebagai steringer dengan elauan tetap 50 dollar sebualn pda tahun 1959 sebulan tetapi dalam masa yang singkat  diangkat  menjadi pemberita  tetap dan wakil Utusan Melayu di Kedah dan Perlia  sehingga saya mencapai kedudukan tertinggi di Utusan Melayu.

Perbezaani tidak menjejaskan peghargaan saya kepadan Pak Said  sebagai seorang pejuang cekal,berani  ikhlas dan jujur  terhadap  kepercayaan dan ideologinya sehingga sanggup berpisah bertahun tahun dari anak dan isteri dan mengorbankan  keselesaan hidup. 17 tahun dalam penjara bukanlah suau masa yang pendek.  Diantara  beberapa orang wartawan Utusan Melayu yang peranah menjadi tahanan politik dalam perjuangan kemerdekaan, Pak Saidlah yang terpanjang sekali.

Penghargaan saya kepada Pak Said yang tak kunjung pada,  tecatit di akhbar The Straits Times Singapura13 Januari 2001 " Samaada kita bersetuju atau tidak dengan penulisanj Pak Said,kita tidak dapat menafikan bahawa Pak Said adalah sebahagian daripada sejarah Utusan dan Utusan adalah sebahagian dari sjarfah Malaysia. Samada mereka berhaluan kiri atau kanan,orang seperti Samad Said menjadikan Utusan itu hebat.

Untuk mengetahui kehebtan Utusan Melayu (Utusan Malaysia) akhbar Melayu yang menjadi kontroversi hinbgga kini,, eloklah di baca Kisah Sejarah Utusan Melayu: DI DEPAN  API DI BELAKANG DURI.Buku ini sekarang dapat di beli di kedai buku MPH dan juga di lain lain kedai buku di seluruh Malaysia.

Keterangan gambar: Zam menyampaikan buku tilisannya kepada PasSaid Zahari di rumah pangsanya di Puncak Alam Kuala Selangor.

Sesiapa juga yang ingin mengujungi Pak Said sila hubungi lebih dahuju anaknya Roesman di talian: 0111225021

0 (578×761)








Saturday, 27 April 2013

DI DEPAN API DI BELAKANG DURI DI PAMERAN BUKU ANTARABANGSA PWTC

                                  THE ONLY WAY TO WRITE IS TO WRITE TODAY



Jika tidak ada komitmen,kesungguhan dan semangat yang tinggi untuk meneruskan penulisan maka seseorang pengarang tidak akan dapat menyiapkan sesebuah buku yang telah dimulakan penulisannya   kerana  halangan musuh  utama dari dalam  dirinya sendiri.

Berbanding dengan penulisan rencana,penulisan buku apabila ditangguhkan memerlukan pengumpulan semula semangat dan tenaga minda untuk meneruskannya  setelah ditinggalkan sehari dua .Penangguhan boleh berlaku bukan kerana ada kerja lain  tetapi  kerana alasan sendiri tidak ada
mood.

Kita suka menangguhkan sesuatu kerja  kerana kita tidak dapat mejangka apa  yang akan berlaku pada waktu yang kita rancang untuk melakukannnya semula;kita tidak tahu kita akan sakit,orang akan berkunjung kerumah kita  atau ada kerja lain yang tidak dijadualkan  tetapi musuh besar ialah tidak ada mood dan jika terus menunggu  mood maka penulisan akan terbengkalai,sehari jadi sebulan,sebulan jadi dua bulan dan berbulan bulan dan akhirnya buku tidak dapat disiapkan. .

Maka itu peperangan terhadap mood adalah suatu peperangan besar dalam masa penulisan.Sebenarnya ia adalah alasan bagi kemalasan.

Saya mempunyai sebuah buku kecil yang saya rujuk apabila  semangat untuk menulis  terpadam. Buku  yang ditulis oleh Susan Shaughnessy bertajuk Meditations for Writers saya beli di London  ketika saya menulis buku Mahathir Di Sebalik Tabir di London.

Saya merujuk kepada buku ini yang menyediakan ungkapan kata untuk meransang semangat kita bagi menulis setiap hari

Ia  bermula dengan kata kata:
The only way to write is to write today

Dan untuk keesokan harinya pula: " Today I' ll recommit to writing regularly,no matter what my mood may be. I know I can write well under all kinds of conditon.

Dan untuk hari ketiga:

Today,I'll recognize that writing is something of value. It will cost me something.
Dan demikianlah seterusnya terdapat kata kata semangat dari buku ini untuk menyalakan api setiap hari.

Dan demikianlah juga bagi penulisan buku saya  yang keenam ini : Kisah Sejarah Utusan Melayu: Di depan Api  di Belakang Duri. Buku ini   paling bererti kepada   saya kerana memberikan  pengisian kepada khidmat saya selama lebih 40 tahun dengan Utusan Melayu untuk dikongsi bersama oleh seluruh masyarakat dan khususnya generasi baru Utusan Melayu.

Hanya orang yang membaca buku ini akan dapat menjiwai kebesaran dan keagungan Utusan Melayu dan akan menyedari bahawa ia  bukan rhetoric kosong tetapi terbina atas sejarah langkah  beraninya dari awal kelahirannya hingga kesaat ini. Semua ini diceritakan untuk mengesahkannya sebagai akhbar perjuangan sekalipun namanya telah bertuikar dari Utusan Melayu ke Utusan Malaysia.

 Buku ini  sedang diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh wartawan bebas di LondonWan Ahmad Hulaimi  yang telah menterjemahkan buku saya   Mahathir di Sebalik Tabir ( The Other Side Of Mahathir) yang menjadi best seller.

Berbanding  dengan buku buku sejarah Utusan Melayu  yang pernah ditulis sebelum in yang memfokuskan kepada tokoh tokoh Utusan tetapi buku ini adalah menceritakan secara  terperinci  sejarah  keseluruhan Utusan Melayu dalam 20 bab yang bermula dari Suara Melayu  Jati Pertama  hingga kepada Langkah Baharu di Tapak Lama.

Saya telah mengambil masa kira kira  setahun sembilan bulan untuk menyiapkan buku ini setebal 512 muka dengan 20 Bab  setelah tanggungjawab ini diberikan kepada saya oleh Utusan Melayu(M) Bhd  pada 16 Mac 2010.

Secara kebetulan buku ini  siap cetak serentak dengan Pemeran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 yang bermula  di Pusat Dagangan Dunia Putra( PWTC) mulai Jumaat 26 April hingga 5 Mei 2013.  Dengan itu anda dapat membelinya sekarang  di Gerai Utusan Publication sebelum pelancaran rasmi buku ini yang dijangkakan serentak dengan perasmian Bangunan Baru Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin Kuala Lumpur.

Sunday, 7 April 2013

ADA ORANG TAK ADA KAKI NAK PAKAI KASUT

Seperti biasa bila saya keseorangan minum teh di gerai atau restoran, ada orang yang menyapa atau  meminta izin untuk duduk depan saya untuk bercerita atau nak beritahu sedikit tentang itu dan ini tetapi biasanya cerita itu jadi panjang.

Demikianlah juga pada suatu pagi baru-baru ini ketika saya sedang minum di Medan Selera Presint 8 Putrajaya. Saya tidak kenal dengannya. Dia meminta maaf sebelum duduk.

Bila dia membuka mulut dan menyatakan "Saya ni orang UMNO dah lama, tetapi saya tidak dapat apapun." Saya serta merta berperasangka buruk terhadapnya, dapat meneka penyesalan yang hendak dinyatakan kepada UMNO dan kerajaan.

Bagaimanapun tidak selalu perangka buruk itu betul. Katanya lagi "Saya walaupun tidak dapat apa-apa, tetapi saya dapat aman di hati, tidak bimbang bila isteri saya pergi kerja atau anak saya pergi sekolah, tak ada bom atau kacau di sana sini macam Pakistan.

"Apa yang saya dapat ialah keamanan dan kestabilan negara ini. Isteri saya masih berkerja terus menerus, tak kena berhenti pun sebagai pegawai kerajaan, saya dulu miskin tetapi anak saya dapat meneruskan pelajaran mereka sehingga ke peringkat universiti dan berjaya."

"Itulah yang saya dapat, saya tidak perlu mendapat seperti orang lain, kerana keadaan dan kedudukan yang berbeza, ada orang yang dapat RM100,000 sebulan tetapi tentunya mereka telah berusaha lebih dan kerja lebih, masa kerja dan sebagainya lebih banyak dari saya. Tetapi pokoknya, saya dapat makan setiap hari, saya juga ada kereta walaupun kereta saya kecil dan murah. Orang lain dapat lebih kerana mereka berkerja lebih, tak dapat banyak rehat macam saya.

"Pokoknya di negeri kita ini ada kerja, ada peluang untuk dapat rezeki, tak ada bom di sana sini, tak takut nak keluar rumah,  pagi petang, siang malam boleh duduk dekat kedai mamak.

"Saya dulupun usaha lebih, bila dapat naik pangkat ada orang tuduh saya ampu ketua, tetapi mereka tidak tengok saya pergi kelas malam.

"Saya asal dari orang miskin, tetapi saya telah berusaha sendiri, saya pergi kelas malam sehingga dapat ke univeristi, tetapi sekarang saya dah bersara, saya syukur saya dapat pencen tiap bulan,  isteri masih kerja, anak-anak saya pun semuanya dah berkerja," katanya.

Saya merasa perlu mencatitkan sembang kecil ini kerana ada kelainannya dengan cerita-cerita orang lain yang kebayakannya bila duduk depan saya bersungut tentang apa yang dia tidak dapat, tetapi orang ini tahu apa yang dia dapat. Ini termasuklah pegawai-pegawai kerajaan yang mengadu pada saya tentang orang politik dapat kontrak besar, gaji pegawai GLC sangat tinggi , jauh lebih besar dari pegawai kerajaan.

Dalam hati saya berkata "Awak berhentilah, pergilah berniaga, awak ada ke kepakaran macam pegawai GLC walaupun awak ada kelulusan tinggi. Awak cerita orang politik itu rasuah.ada cable dengan menteri, dapat peluang besar, tetapi kenapa tak cerita tentang pegawai kerajaan yang rasuah, malas kerja, tak ada dedikasi dan sebagainya

"Kalau orang politik dapat peluang kontrak besar tetapi wangnya pergi pada rakyat juga kerana dia perlukan sokongan rakyat, tetapi bila pegawai kerajaan rasuah, pegawai kastam, pegawai imigresen, pegawai bahagian pembelian universiti rasuah, wangnya masuk poket untuk keluarga sendiri sahaja.

Demikianlah dalam negara kita, banyak orang yang menepati kata pepatah Cina "Sesetengah orang mengadu tak ada kasut, tetapi ada yang tidak ada kaki nak pakai kasut."

Thursday, 28 March 2013

NAMA BESARNYA DI HATI KITA

Zainon Ahmad (Allahyarham) turut meraikan perlantikan
saya sebagai Senator dalam tahun 1998 di suatu majlis yang
diberikan oleh rakan-rakan wartawan di sebuah hotel
di Kuala Lumpur. Di kanan sekali ialah Allahyarham Tan Sri
Mazlan Nordin.
Kita tidak dapat menilai erti persahabatan seseorang dengan kita, tetapi bila pemergian mengejutnya amat  mendalam sebagai suatu kehilangan, maka kita baru tersedar, bahawa Allahyarham telah menempah kebesarannya di hati kita.

Demikianlah bila saya menerima berita kematian sahabat lama Zainon Ahmad 70 yang terbilang sebagai seorang wartawan dengan laporan-laporan  besar, penulisan politik dan sosial yang bebas, berani, sinis, tajam dan tidak pernah sunyi dari kritikan.

Jawatan terakhirnya ialah Editor Perunding akhbar The Sun.  

Rakan-rakannya tidak tahu bahawa beliau sakit dalam keceriaannya. Kepada sayapun tidak pernah diceritakannya. Suaranya menjawab panggilan telefon pun  senantiasa riang. 

Maka itu kematian Zainon kerana kanser hati di Temenggong Hospital Raja Perempuan Zainab,  Kota Bharu, Kelantan pada hari Rabu 27 Mac 2013 telah mengejutkan  semua kawan dalam dunia  kewartawanan dan juga mereka yang mengenalinya. Jenazahnya telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol pada 28 Mac 2013.

Takziah kepada isterinya Hasnah Abdulllah,  anak-anak serta kaum keluarganya yang ditinggalkan.

Saya mengenalinya sejak beliau berkhidmat dengan New Straits Times dan saya di Utusan Melayu.  Laporannya yang masih menjadi ingatan saya hingga sekarang ialah dari Afghanistan ketika negara itu berada dalam krisis persengketaan dan beliau berada di tengah-tengah pejuang-pejuang Mujahideen  yang  menghadapi pelbagai ancaman.

Wartawan yang dedikasi kepada profesyennya mencari kepuasan dalam memberikan laporan besar kepada pembacanya dengan kesanggupan mengambil risiko yang tinggi. Zainon adalah salah seorang darinya.

Kehilangan Zainon dirasakan besar kerana kebesaran itu telah sekian lama dirasakan  dari penulisan-penulisannya. 

Friday, 22 March 2013

ANAK MARHAEN YANG MENGENANG BUDI

"INILAH YANG AKAN MENOLONG KAMU DAN ANAK KAMU NANTI"

Oleh: Nasi Siru
Ishak Abdullah melayan tetamu di gerainya
DIA tidak dibayar, apa lagi diberi projek besar untuk mendorong dia menjadi penyokong tegar kerajaan. Pada usia awal lima puluhan, Ishak Abdullah hanya memiliki seunit rumah pangsa di Taman Kajang Utama dan dua buah proton model lama. 

Menjual air minuman dan goreng-gorengan adalah kerja sepenuh masa untuk menyara isteri dan dua anak.
"Saya tak kisah. Saya bersyukur dengan apa yang ada," kata Ishak yang berdepan pelbagai kekangan setiap hari - hujan, panas serta gerai tidak tetap tapi dia tidak pernah merungut.

Ishak juga menggunakan keretanya sebagai 'warung' mudah alih mengikut keperluan.

Dengan segala kepayahan, anaknya berjaya ke Menara Gading. Juga dalam kesibukan rutin harian, saya sendiri melihat bagaimana di suatu pagi, Ishak dan dua rakan, meredah semak depan rumah saya, menebang pokok kecil untuk dijadikan pancang kemudian dipasang bendera Barisan Nasional (BN) sekitar taman.

Bendera Barisan Nasional yang dipancak oleh
Ishak Abdullah
Semua itu dilakukan atas rasa kesedaran dan atas rasa syukur nikmat Allah. Tiada dana. Tiada projek dijanjikan.

"Malah keluar duit poket saya sendiri pula," kata Ishak lembut, serius sambil berkerut - menampakkan garis-garis kepayahan di wajahnya.

"Saya masih ingat pesanan arwah ayah. Ketika itu arwah menampal poster cap 'kapal layar' di dinding rumah orang kampung di Teluk Intan, menggunakan gam ubi kayu. 

"Arwah kata, inilah yang akan 'menolong' kamu dan anak-anak kamu nanti. Jangan sekali-kali kamu lupa. Hari ini terbukti, kerajaan inilah yang memberi biasiswa membolehkan anak-anak saya belajar. Walaupun saya tidak ada apa-apa tetapi saya puas.

"Selagi hidup, saya akan pertahankan kerajaan ini walaupun ada yang pandang sinis terhadap saya," katanya.
Demikianlah erti sebuah pengorbanan bagi manusia marhaen yang tidak mengharapkan apa-apa selain keamanan, tenang menjalani kehidupan berbanding mereka yang menikmati pelbagai kemewahan tetapi tidak sabar-sabar mahu humban kerajaan sedia ada atas alasan yang aneh!

Tuesday, 19 March 2013

RAIS YATIM DENGAN KELEBIHANNYA YANG TERSENDIRI

Muka depan buku terbaru mengenai Tunku
yang diterbitkan oleh Arkib Negara
Tunku: Still The Greatest Malaysian adalah sebuah lagi buku dari inisiatif  Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim yang dibantu penyuntingannya oleh Prabhakaran S.Nair untuk warisan kepada  anak bangsa agar mereka  tidak sekadarkan mengenali spemimpin besar  negara , tetapi dapat memahami dan menghayati arti kebesarannya.

Kesenimbungan kekuatan sesebuah negara tergantung kepada keupayaan bangsanya untuk menghargai  dan mewarisi sejarahnya.

Ini adalah buku  kedua dari usaha mereka bersama yang menyusul buku yang telah diterbitkan sebelumnya oleh Arkib Negara : The Prince Among Men selain dari buku dari King Ghaz (Tan Sri Ghazali Shafee): A Man Of His Times.

Buku yang ketiga ini adalah kompilasi tulisan kenangan  sumbangan dari anggota kerluarga, anggota kabinet, rakan rapat dan juga beberapa orang wartawan yang disebutkan dalam blurb dimuka belakangnya, sebagai mereka yang mengingatinya "for his personal charm and humanennes - quality that contributed towards laying the foundations for a multi - ethnic and open democratic system of goverment."

Dari buku ini kita dapat melihat Tunku telah mendahului zamannya, perwatakannya dan  pemikirannya terbuka luas  bebas ketika pemikiran pemimpin pemimpin  negara lain yang baru merdeka tertutup. Malaysia memelok globalisasi sebelum orang bercakap tentang glabalisasi.

Ketika itu Tunku tidak dianggap sebagai pemimpin besar dibandingkan dengan pemimpin pemimpin  Afro Asia lainnya   tetapi kebesaran dan kebenaran Tunku  terserlah dalam kemajuan dan kemakmuran negaranya  berbanding dengan pemimpin  pemimpin yang lebih   besar suara tetapi  meninggalkan negara negara yang miskin yang sekarang  dalam peringkat pembangunan awal.


Untuk kepercayaannya kepada globalisasi , Tunku  telah meletakkan negara dan rakyat dalam bahaya  dengan ancaman dari dalam negeri dan juga luar kerana dianggap sebagai alat imperialis dan kapitalis  .Mereka yang membuat tuduhan itu dulu  sekarang telah murtad kepada ideologi mereka.

Jika sejarah seseorang yang telah mencipta sesuatu yang besar dalam hidupnya tidak tertulis, tidak  dokumentasikan atau dirakamkan maka keberanian mereka melawan arus dan meredah zaman dengan  visi yang realistik ,tidak akan dapat difahami, dihayati dan dijiwai serta dihargai oleh generasi baru yang tidak melalui zaman pembinaan sejarah.



Tunku bersama dengan Dato' Seri Utama Rais
Yatim semasa beliau menjadi Menteri Luar pada
1987 dalam upacara Tunku dianugerahkan
Darjah Tertinggi oleh kerajaan Australia
Di Singapura walaupun kecil negaranya tetapi lebih banyak buku yang ditulis tentang Lee Kuan Yew sebagai Perdana Menteri Pertama Singapura dari tulisan penulis tempatan  atau penulis  asing dibandingkan dengan  penulisan tentang pemimpin pemimpin Malaysia

Lee diangkat sebagai pemimpin besar bagi sebuah negara kecil kerana beliau  tidak sekadar   dapat menyelamatkan Singapore tetapi menjadikan nya cemerlang  walaupun tanpa sumber alam.

Kejayaannya bermula dengan mendisplinkan rakyat untuk  pembinaan manusia  dengan superi or intelligence,hardworking and ingenuity. 

Sebagai Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Utama Rais Yatim menyedari akan kekurangan Malaysia dalam penulisan bermutu bioghraphy pemimpin  pemimpin negaranya.

Maka itu dalam  kesebokannya beliau  telah menjalankan  tangungjawabnya sebagai Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk mengisi kekurangan  ini  . Buku pertama yang disunting  oleh beliau dengan kerjasama Prabhakaran S.Nair ialah Prince Among Men dan Tunku:  Still The Greatest Malaysian adalah yang kedua yang juga dihasilkan denga perancangan dan penyuntingan beliau dengan bantuan orang yang sama untuk penerbitan Arkib Negara.

Arkib Negara juga telahpun menerbitkan buku mengenai Tunku yang tulis oleh King Ghaz (Tan Sri Ghazali Shafe) yang juga dibantu suntingannya  oleh Dato' Seri Utama Rais dan Prabhakaran.

Dato' Seri Utama Rais menjadikan penulisan dan pengambaran sebagai  kariernya di samping tugas utamanya sebagai seorang ahli politik dan ahli undang undang. Tidak ramai yang dapat mendidikasi hidupnya seperti ini. Dengan kekuatan penguasaan dwi bahasa (Inggeris Melayu)  dalam penulisan dan pertuturan yang senantiasa terkawal dan tersusun indah diselang seli  pantun,seloka dam kiasan, maka sama ada orang suka atau tidak padanya, tetapi tetap tepukau dengan kelebihannya yang tersendiri.

Sumbangannya sangat besar kepada alam persuratan dan akademik  dengan beberapa buah   buku bermutu hasel tulisannya sendiri yang pastinya akan berguna  dari generasi ke generasi. Beliau telahpun menyiapkan sebuah buku lagi di bidang kesusasteraan  iaitu Pantun Melayu. Sebuah buku Melayunya yang juga menarik ialah Jelebu Jelebak.

Beliau telah tidak mensia-siakan bakat dan kelebihan yang diberikan oleh Allah kepadanya, sebaliknya telah memupuk dan mengembangkannya untuk membina temadun bangsa supaya menjadi lebih besar dan terbilang.

Di antara karya-karya besarnya ialah P Faces in The Corridros of Power (1987), Freedom Under Excutive Power in Malaysia: A study of Executive Suprmacy (1995), Cabinet Governing in Malaysia (2006) 1 Malaysia Cabinet: Reflecting on Cabinet Governing (2012)olar-Polar Antropology. (terjemahan1973) Hierarchy of Adat Perpatih (1974), Zaman Beredar Pesaka Bergilir (2000) dan Jelebak Jelebu 2004).

Jelebak Jelebu  tidak sekadar memoir corat coret anak kampung tetapi juga mengenai Negeri Sembilan dengan orang orang ternama dan  sejarahnya yang unik yang diperkuatkan oleh  fakta dan keterangan penulisan  mengikut displin seorang ahli  akademik dan  peguam.

 Dalam sebuah  sajaknya  di buku ini,antara lain Rais berkata:

Berjalanlah setiap yang bernama pemimpin,
Menggengam cita waja kembang bermukim
Akan ke lembah lurah menabur kejujuran
Akan ke rimba resah mencair kepalsuan
Akan kegunung gagah melambai keadilan
Beralih hari membawa bakti
bertukar tahu ia mengota janji.

Wednesday, 13 March 2013

DIPANGGIL MENGADAP SULTAN



KEWARTAWANAN MERUPAKAN LAPANGAN YANG MENCABAR SEPANJANG  MASA.  MEREKA YANG BERSIKAP PASIF AKAN KETINGGALAN DAN TENGGELAM DI DALAM ARUS PERKEMBANGAN ZAMAN.

BACALAH KISAH DI PANGGIL MENGADAP SULTAN YANG SAYA CATATKAN PADA 17 JUN 1978 UNTUK MEMAHAMINYA.




Kk





Thursday, 28 February 2013

KEPADA SIAPA HENDAK DI SAMPAIKAN TERIMA KASIH INI

Gerai Sup Hameed di Penang Road ini menjadi tarikan
utama setiap pengunjung yang mengunjungi Pulau Pinang
Apabila hendak membayar harga sup kambing dan ayam yang dinikmati bersama rakan-rakan di sebuah  gerai popular di tepi Penang Road, Pulau Pinang berhadapan Hotel Malaysia pada petang Ahad 24 Februari  lalu, kami diberitahu makanan kami telah pun dibayar.

Kami tidak tahu siapa yang membayarnya, tetapi diberitahu oleh mamak gerai ini telah dibayar oleh pasangan yang makan di sebelah kami. Saya ingat  telah membalas senyuman kepada mereka.

Saya dan kawan-kawan merasa terharu kerana kami tidak dapat mengucapkan terima kasih, malah tidak menegur mereka  walaupun tersenyum kepada kami.

Dengan ikhlas saya memohon kepada pemuda yang belanja kami itu supaya dapat memberikan nombor telefon dan alamatnya kepada kepada kami melalui blog ini menerusi komen.

Datuk Azhar Ibrahim dengan beberapa kakitangannya
sedang menjamu selera di kedai makan Norli di Kuala Muda,
Kota Kuala Muda, Kedah
Saya dan rakan-rakan saya hingga hari ini terharu dengan murah hati manusia yang tidak dikenali ini. Terima Kasih juga pada Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim yang kami temui di kedai makan Norli di Kuala Muda, Kota Kuala Muda. Kedai makan ini memang banyak lauk pauknya dan mesti dikunjungi oleh setiap orang yang berselera besar.

Perlu juga saya sebutkan sebelum kami duduk di gerai sup di Pulau Pinang,  seorang lagi  pemuda yang tidak saya kenali  telah menemui saya dan memberitahu dengan penuh keyakinan bahawa orang Melayu tidak lagi  menyokong Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. Ini adalah kejayaan Ketua Menteri Pulau Pinang yang memainkan isu perkauman.

Maklumat dari pemuda ini, saya kira benar kerana di mana-mana juga orang Melayu yang kami temui di pulau itu begitu ghairah memberi maklumat yang sama. Setakat ini 17 kerusi untuk BN telah pasti di Pulau Pinang. Hanya memerlukan usaha dan bantuan gigih dari seluruh penyokong untuk menambah lagi kerusi ke peringkat yang boleh membenamkan kerajaan Chauvinis Cina  dan anti Islam di Pulau Pinang.

Monday, 18 February 2013

SUATU PAGI '69 YANG MURUNG


NIKMAT DEMOKRASI YANG MASIH DAPAT DIRASAKAN OLEH RAKYAT




Gambar teratas ketibaan Perdana Menteri Malaysia Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra untuk berkempen Pilihan Raya Umum pada Mei 1969 di Padang Court Alor Setar dan gambar di bawah Tunku sedang berucap di tempat yang sama.

Ketua Pengarang Utusan Melayu Melan Abdullah (Tan Sri), yang juga Pengerusi Barisan Bertindak Rakyat Malaysia menentang konfrantasi Indonesia yang dilancarkan oleh Presiden Indonesia bersama  Parti Komunis Indonesia (PKI), sedang berucap di suatu rapat umum. Perpaduan rakyat menentang konfrantasi telah memberikan kemenangan besar kepada Perikatan pada pilihan raya 1964.