Friday, 9 November 2018

TEGURAN PERSAUDARAAN TUN DAIM TERHADAP TUN MAHATHIR.

Bila sahaja Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan,Tun Daim Zainuddin  membuat  teguran terbuka  supaya  kerajaan berhenti  mengungkit  kesilapan kerajaan lalu dengan  sekaligus rakyat  memikirkan bahawa teguran itu ditunjukkan kepada Tun Mahathir.

Teguran ini   tepat pada masanya dan dilihat  sebagai teguran  ikhlas dan berani seorang  sahabat kepada sahabat  kerana jika berterusan, kerajaan akan terdedah sebagai  lebih mengutamakan permainan politik dari mengutamakan kerja-kerja untuk rakyat  yang banyak dijanjkan  dalam pilihanraya lalu.

Adalah wajar bagi pemimpin  pembangkang atau UMNO untuk bermain politik kerana mereka dalam keadaan sasau hilang kuasa   tetapi PH tidak seharusnya terperangkap menari mengikut rentak gendang mereka kerana kerajaan boleh membuktikan kesilapan mereka menerusi  proses keadilan sekarang.

Tindakan ini sedang diambil oleh kerajaan bagi memenuhi  harapan paling besar dan paling utama  rakyat dan direstui oleh rakyat bagi melihat sebuah kerajaan yang bersih cekap dan amanah.

Kesedaran ini ada pada  Tun Dr.Mahathir  sendiri yang dalam jawapannya kepada teguran Tun Daim  berkata  " Let the law take care of that and not us".Tetapi beliau mungkin tidak sedar telah terlanjur.

Rakyat yang menyokong PH sedar bahawa bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib bertungkus lumus untuk  membasuh dosanya di luar mahkamah tetapi kerajaan tidak perlu berbuat demikian kerana kerajaan ada hakim dan mahkamah yang diserahkan kuasanya oleh rakyat kepada PH apabila mereka mencampakkan keluar  Najib dari kerajaan kleptocracy yang dikuasainya.

Kalau kerajaan juga mahu  menegakkan kebenarannya menerusi politik maka kerajaan   akan terlihat sebagai menyalahgunakan kuasa dan tidak yakin kepada kuasa yang telah diberikan oleh rakyat.

Langkah segera kerajaan untuk mendedahkan, menangkap dan membicarakan perasuah dan perompak negara tidak sahaja dari kalangan politik tetapi juga pegawai-pegawai tinggi kerajaan selepas sahaja berkuasa dilihat oleh rakyat sebagai telah memenuhi harapan utama mereka dalam menunaikan janji utama manifesto PH yang mendorongkan mereka  memberikan undi kepada PH.

Rakyat yang rasional dan waras  dapat befikir bahawa kerajaan tidak mungkin akan dapat menunaikan semua janjinya dalam masa enam  bulan tetapi mereka diyakinkan oleh keupayaan kerajaan   mengemukakan belanjawan pertama 2019  yang boleh diharapkan  untuk membetulkan kesilapan lalu terutama dalam penjimatan wang negara dari pengurangan rasuah dan penilaian semula projek-projek mega.

Sekarang rakyat telah mengenali syarikat-syarikat besar yang berpengaruh yang menipu kerajaan dengan harga yang dilipat gandakan dan membohongi kerajaan dengan menggunakan alasan ribuan pekerja mereka akan hilang kerja.

Tindakan-tindakan yang lebih tegas tanpa tolak ansur ke atas pihak  birokrasi kerajaan yang selama ini  dikenali  sebagai ladang rasuah terutamanya Polis Diraja Malaysia,Jabatan Imigrasi dan Jabatan Pengangkutan akan merawat perasaan rakyat yang terpendam  sekian lama.

Pembaruan cara kerja wakil- wakil rakyat dalam mendekati rakyat tanpa kemegahan gelaran datuk dan sebagainya, baju korporat  dan baju batik tetapi lebih dalam sikap dan pakaian  rakyat biasa tanpa majlis dan sambutan rasmi dan mengenali masalah harian mereka akan mengalahkan perasaan kekecewaan rakyat dalam menunggu faedah dari projek-projek mega kerajaan yang menelan belanja berjuta atau berbilion ringgit.

Kerajaan tidak seharusnya menganggap rakyat yang telah berkorban masa dan tenaga dengan sukarela malah ada yang sanggup mengumpul wang untuk pulang  dari luar negara bagi mengundi untuk jatuhkan  kerajaan rasuah Najib Rosmah, akan mudah terpengaruh dengan drama Bugis yang tidak pernah kelihatan jati diri rakyat biasa.

Nota:
Maaf atas kesilapan ejaan dalam posting terdahulu.

15 comments:

  1. did TDZ asking to forget the past?which past he did mentioned?

    ReplyDelete
  2. I wonder whether Zam maidin had ever declared his assets

    ReplyDelete
  3. Perlu buang 30% dari perkhidmatan awam. Banyak makan gaji buta. Banyak agensi tapi tak effisyen.

    ReplyDelete
  4. Perkasakan LHDN, BNM dan SPRM. Beri kuasa pendakwaan kpd 3 ajensi nie. Maka kesilapan2 lampau boleh dikurangkan. Susah sangat ka nak cek bank balance dan aset seseorang tu berpadanan tak dgn income tax return dia?

    ReplyDelete
  5. Betul ke perkhidmatan awam banyak makan gaji buta...cakap malam dengar2 cakap siang pandang2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada mata...tengok la sendiri. Jalan berlubang, lori dan bas berasap, teksi kotor, kawasan construction bersepah, sungai tercemar, sekolah tahfiz terbakar....kontrak tak siap, bila siap bumbung runtuh...tandas awam busuk...apa pegawai2 berkaitan buat???? Kalau mereka semua buat kerja...malaysia ni dah lama capai standard singapore. Cakap malam atau siang tak penting. Tapi bila mata tengok, jangan pandang kosong jerr...pandang dan pikir.

      Delete
    2. Saudara Gemawang Emas, sila baca laporan Ketua Audit Negara.

      Delete
    3. dekeler cukai ada betul.. kerajaan cukup wang tak payah banyak hutang..

      Delete
    4. T.kasih sebab tuduhan tuan lebih spesifik menyatakan perkhidmatan awam yang mana. Jgn terlalu umum untuk menuduh orang korup. Perkhidmatan awam ada banyak jabatan..

      Delete
    5. Anon 23:15, tandas awam kotor pun nak salahkan pegawai kjaan??? Tandas awam kotor sebab rata2 rakyat msia pemalas & pengotor. Dah guna toilet nak flush pun x reti, tu belum lagi yg jakun, pergi bertinggung atas tandas duduk.

      Delete
    6. Teksi kotor salahkan kakitangan kerajaan?? Kau ingat kakitangan kerajaan cleaner ke nak kena cuci teksi kotor??

      Kebersihan teksi tanggungjawab pemandu teksi tu sendiri. Kalau teksi kotor tak ada penumpang yang nak naik. Periuk nasi pemandu teksi tu sendiri yang terjejas.

      Delete
    7. Anon 23:15, tandas mesjid kotor x nak salahkan pegawai k'jaan ke?

      Delete
    8. Anon 1533 dan 1600...ini soal penguatkuasaan. Tandas awam dibina duit rakyat. Teksi kotor kenapa tak tarik permit??? Ini belum lagi aku persoal pegawai2 perbendaharaan pasal duit 1mdb

      Delete
  6. 23:15 - sangat setuju!

    ReplyDelete
  7. Hari ini HARI PH,esok2 HARI BN plakkkk..

    Kite "korek" plak bontot dorg nnti..

    Rase2 mukriz n mozani "tercirit2 lari " obersea " plak..

    Kihkihkih

    ReplyDelete