Saturday, 6 October 2018

PENDEKATAN MENTERI AGAMA MUJAHID AKAN CABUT PAS DARI TERUS JADI DURI NEGARA

PENJELASAN
Saya tidak bersetuju dengan tangkapan khalwat bukan secara total. Tapi bergantung selagi tidak melanggar tatasusila masyarakat setempat seumpamanya berkhalwat dalam masyarakat kampung(lihat para 2). Tetapi tidaklah wajar tangkapan dilakukan terhadap pasangan di taman awam dan demikian juga tindakan mesti diambil terhadap seseorang yang mabuk mengganggu ketenteraman umum. -Zam-



Sesiapa yang membaca interviu The Star hari ini  dengan Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr.Mujahid Yusof Rawa akan  nampak jelas visi Dasar Pengislaman(Islamization) dan pembangunan Islam yang akan menjadi pendekatan kerajaan Pakatan Harapan dengan penekanan  kepada  hak perseorangan dalam  kepercayaan agama yang tidak memerlukan sepenuhnya penguasaan undang-undang atau moral  policing.

Dibawah polisi ini penangkapan khalwat yang tidak menganggu ketenteraman nilai awam  sehingga terpaksa mengetuk pintu hotel mungkin tidak lagi akan diperlukan seperti juga orang Islam yang minum arak di rumah sendiri  dan pemisahan lelaki perempuan  di lorong bayaran dipusat-pusat  membeli belah.

Ini bukanlah sesuatu yang baru tetapi telah pun termaktub dalam Perlembagaan Negara sejak merdeka tentang  keterbatasan , kebebasan dan ketertiban.Umpamanya dalam etika pakaian ditempat awam  polis sendiri memahaminya.Tidak salah  seorang lelaki berseluar pendek atas paras lutut  dan juga wanita  tidak menutup aurat ikut Islam diiklan,dikaca TV atau ditempat awam.

(Larangan terhadap lelaki berseluar pendek atas paras lutut pernah  berlaku semasa Terengganu dikuasai oleh Pas bagi pertama kali)

Menghayati interviu Dr.Mujahid itu maka pada  pandangan saya Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir telah membuat pilihan tepat dalam meletakkan Dr.Mujahid  kejawatan menteri agama  kerana beliau adalah memahami dan mempunyai visi untuk mengekalkan cara pendekatan  dalam semangat perlembagaan negara yang dijuarai oleh Kerajaan Perikatan Pimpinan Tunku Abdul Rahman sehingga kepada Tun Mahathir.

Bagaimanapun dasar telah dicemarkan  oleh Regim Najib yang mahu menggunakan agama untuk tujuan politik termasuk untuk bekerjasama  dengan PAS dalam  melaksanakan  hukum hudud yang turut menjadi bantahah bukan Islam dan menyebabkan UMNO dipandang serong oleh bukan Islam.

Dengan pendedahan dirinya sebagai seorang Islamis yang berjiwa besar yang percaya kepada keimanan dan ketahanan  diri sendiri dalam masyarakat yang terbuka dan terdedah kepada berbagai anasir yag unIslamic maka saya percaya Dr.Mujahid akan dapat membina masyarakat Islam yang dinamik dan progresif  yang percaya kepada  ketahanan  diri sebagai seorang Islam yang beriman.

Dengan itu juga Mujahid mendedahkan dirinya bahawa  telah sekian lama beliau  menjadi duri dalam daging kepada PAS dan sekarang mahu menjalankan tugasnya untuk mencabut PAS dari terus menjadi duri dalam jasad negara yang akan menjadi kanser dalam keharmonian masyarakat berbilang kaum.

Orang Islam boleh hidup di dunia Barat yang penuh dengan nilai-nilai kekafiran  malah generasi Islam  sebelum Malaya merdeka belajar di sekolah-sekolah Kristian tetapi mereka tetap beriman kepada Islam dan tidak  menjadi kafir.

Pendekatan-pendekatan Islam yang bengis dan menakutkan menampakkan ketipisan keimanan mereka.

Terkini pendekatan Islam yang menyebabkan Islam dipandang rendah oleh bukan Islam ialah  menyebat wanita lesbian untuk tontonan  umum termasuk kaum lelaki kerana melakukan kesilapan pertama kali dan menghukum wanita Islam yang miskin yang melacurkan diri di Terengganu.Mereka juga tidak membantah  perkahwinan di bawah umur dan membiarkan sekolah-sekolah tahfiz berkembang tanpa kawalan.

Semua ini adalah menampakkan pendekatan Islam yang tiada simpati,tidak prihatian dan tanpa kemesraan dan kemanusian.

Walaupun sebagai Menteri Agama Dr.Mujahid berhasrat  menyamakan langkah pendekatan Islam yang mesra di seluruh negara tetapi tidak semuanya dalam bidang kuasannya.Bagaimanapun beliau   telah menampakkan keazaman yang kuat  untuk melaksanakannya bila beliau berkata hal itu  tidak seharusnya menjadi halangan kerana  beliau juga mempunyai kuasa untuk menjalankan dasar yang terletak di bawah bidang kuasa   kerajaan persekutuan.

Dengan JAKIM  berada di bawah beliau maka saya percaya ia akan dapat membantu Dr. Mujahid unuk menyelaras dan melaksanakan polisi yang sama antara  negeri walaupun  tidak mudah dan menghadapi penentangan dalaman.

Kata Dr. Mujahid "awak boleh membuat interpretasi sendiri tetapi awak juga mesti menghormati dasar yang akan dijalankan oleh kerajaan sekarang".


PETIKAN SEBAHAGIAN TERJEMAHAN MALAYSIAKINI DARI THE STAR

LANGKAH MENTERI AGAMA UNTUK BATASKAN  TANGKAPAN KHALWAT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof berkata pihaknya percaya apa yang dilakukan oleh orang Islam di tempat tertutup bukan urusan kerajaan.
"Katakanlah anda melakukan sesuatu maksiat secara peribadi, dalam ruangan peribadi, saya takkan masuk campur.
"Sebagai contoh mengambil arak salah untuk orang Islam tetapi kalau seseorang itu meminumnya dalam tempat peribadi maka di pihak kerajaan saya takkan campur tangan," katanya dalam temu bual yang disiarkan The Star hari ini.
Menurut beliau apa yang menjadi kebimbangan kerajaan ialah sesuatu tindakan atau kesalahan yang dilakukan di khalayak ramai sehingga mengganggu sensitiviti atau menyentuh isu perundangan atau jenayah.
Katanya jika keadaan itu berlaku barulah kerajaan akan masuk campur.
Katanya pihak berkuasa Islam bukanlah mahu menjadi polis moral tetapi kerana ingin memastikan ruang awam sentiasa terpelihara.
Berfikiran konservatif
Keadaan sama, kata Mujahid, berlaku pada kes-kes yang melibatkan insiden disyaki khalwat.
Menurut anggota parlimen Parit Buntar itu beliau berharap kejadian seperti memecahkan pintu premis bagi menangkap suspek khalwat tidak lagi berlaku pada masa depan.
"Isu penguatkuasaan ke atas kesalahan khalwat disalahgunakan dan dalam sesetengah kes, dieksploitasi.
"Penting untuk mereka (pegawai penguat kuasa) tidak campur tangan dalam ruang individu," katanya.
Mengakui tindakan membuat serbuan sebegitu terletak dalam bidang kuasa jabatan agama Islam negeri, Mujahid menjelaskan, beliau sedang berhubung dengan agensi terbabit untuk meyakinkan mereka supaya mengambil pendirian sama dengan Putrajaya.
Dalam temu bual itu Mujahid juga mengakui beliau berdepan tugas berat untuk mengubah imej kementerian yang diketuainya sekarang.
The Star kemudian memetik kenyataan Mujahid yang berhasrat mengubah pemikiran kakitangan kerajaan yang "berfikiran konservatif" dengan berhasrat mempertahankan Islam mengikut kefahaman mereka saja.
Pada masa sama katanya beliau perlu bertegas dengan prinsip Islam sebagai rahmatan lil alamin (rahmat untuk seluruh alam).
"Naratif kami mengenai Islam akan diterjemah ke dalam dasar-dasar kerajaan, semua kegiatan perundangan Islam dan hubungan dengan agama lain.
"Kecintaan kepada Islam tidak mengancam kepentingan orang ramai atau perpaduan dan keharmonian negara," katanya.




49 comments:

  1. Sampai sekarang tolak hukum Allah. Bertaubatlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 12:44 ni tidak faham apa sebenarnya isu yang dibincangkan. Asyik nak buat kesimpulan untuk hukum orang sahaja.

      Delete
    2. Jangan risau

      Golongan bangsawan dan korporat kebal dari intipan puak serban gatal ni.

      Mereka hanya layak masuk taman perumahan dam hotel murah sahaja

      Delete
  2. Kalau negara kita kena Bala Allah harap tan sri selamat le hendakNya...harap tan sri berdoalah bala yang diturunkan kena pada ahli umno saja.

    Bergurau je (jangan padam komen saya pulak)

    ReplyDelete
  3. Terbaik saudara Zam...jadikanlah perjanjian Hudaibiyah sebagai inspirasi dan rujukan.
    Jangan jadikan agama islam agama yang kelihatan susah dan menyusahkan....
    Jadikanlah agama islam agama yang aman dan mendamaikan...insyaallah

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah... mari kita tolak puak ekstremis, fundamentalist, dan jumud ni.

    ReplyDelete
  5. Apa masalah dengan Mujahid ni? Saya tak nampak masalah besar sangat yang dia sendiri hendak besarkan. Faham ada masalah dalam perlaksanaan dan ini boleh diperbaiki bukannya memperlekehkan dan menimbulkan polimik. Inilah masalah "orang2 ugama" dinegara ini kalau berlaku sesuatu bukannya mahu selidik kelemahan tetapi terus menghentam seperti berlaku kepada sekolah tahfiz diugut untuk tutup. Kalau begini kaedahnya takkan maju institusi islam dalam begara ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Habis selama ni maju la sangat? Kes buang anak, dadah, tahfiz terbakar sampai ada mati, rempit, kelantan top kes hiv positif, rasuah dan curi, sokong perasuah dan pencuri, ;..apa peranan institusi? Walhal bajet Jakim rm1 billion!!!

      Maksud tersurat dan tersirat Mujahid ialah... i dont have time to skodeng people at night; you wanna mabuk at home that's your problem; we have bigger issues to tackle. At individual level, kalu hang nak lingkup, lingkup la hang sorang sorang. Jangan salahkan gomen dan institusi.

      Itu pon tak paham.

      Delete
  6. Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan, sebagian dengan sebagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat yang mungkar dan melarang berbuat yang makruf dan mereka menggenggamkan tangannya.
    Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka.
    Sesungguhnya orang-orang munafik itulah orang-orang yang fasik.

    Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain.
    Mereka menyuruh mengerjakan yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

    Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah setan. Barang siapa yang mengikuti langkah-langkah setan, maka sesungguhnya setan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar.

    Hai anakku, dirikanlah salat dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik dan cegahlah mereka dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).

    bagi tambah banayk makssiat disekelling anda
    syabas oatak mujahat ni
    kalau sebelah rumah anda ada orang buat maksiat anda biarkan
    tu tanda anda tak ikut perintah Allah dalam bab cegah mungkar

    kalau mampu cegah ngan tangan (kuasa)
    tak mampu ngan tangan guna mulut
    ngan mulut pun takut - benci dalam hati
    bukan buat tak retiii n suka hati ngan mungkar

    apa guna Allah bagi kuasa kalau takut nak bertindak
    sia sia

    seronok bnaayak pengikut Iblis

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow.. power brader jadi sherif tuhan... tahniah... ada fikir ke islam yang brader ikut tu betul ke dari tuhan? kalau bagus sangat agama 'islam' brader tu, cer bagi contoh satu alat bermanfaat yang brader pakai sekarang buatan 'orang islam' cam brader.

      Delete
    2. Samun duit rakyat kau tak tegur pulak. Tak baca ayat ni kat lebai PAS ke?

      Delete
    3. Sdra ..tak payahlah nak berkhutbah disini.

      Faham dulu lontaran Zam yg tersirat dari 'pendekatan 'progresif' Islam yg mahu diterap oleh Mujahid.

      Apakah bila bila saja berbincang tentang isu2 besar ugama yg sekian lama ini telah menjadikan Islam suatu agama yg menakutkan pd bukan Islam tidak boleh diperkatakan langsung....dan jika bersuara saja sudah dianggap tidak beriman....hingga mahu sdra khutbahkan.

      Cukuplah tu dgn khutbah.
      Yg saya dapati...dimasjid dekat rumah tadi pun ada khutbah.....bila lalu kat surau nak pi kedai mamak pun ada khutbah...dimasjid balik kmpg nun disana...sebalik bukit ....dekat sungai....dan surau dikaki gunung ...tepi hutan pun ada khutbah juga.
      Malah waktu subuh....zohor ...asar..... maghrib dan Isyak pun Khutbah lagi....
      Bila lagi nak praktikan semua yg dikhutbahkan.

      hhhmmmm....tapi org Melayu Islam diMalaysia masih lagi penuh dgn hasad dengki....rasuah....main judi ...mengendap......berzina...hisap dadah.....selain pengotor dsb.

      Di whatsup...fb....pun khutbah lagi oleh Ustaz dan ustazah mi segera.

      Kasihan dgn org spt kamu yg hanya pandai khutbah....dan kesian dgn Melayu2 yg telah dikhutbahkan.




      Delete
  7. Wisdom & common sense sgt kurang dlm diri masyarakat skrg.

    ReplyDelete
  8. buat pa ada ejen sulit intip sana sini
    curi denagr cakap telepon orang
    cctv rata tempat rakam aib orang
    email orang diceroboh
    kalau ada ornag proses dadah dalam rumah sendili jangan intip la
    itu rumah sendiri

    ayoyo otak munapik
    ajaran Islam ada suruh ka buat itu kerja semua

    kalau ada anak bini sedaramara kita buat maksiat di tempat persendirian
    tengok saja la jnagan kacau itu hak peribadi
    itu macamka????
    ajaran islam puak ni macam ni rupanya
    baru tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang yang bodoh dan tolol a.k.a BOTOL,....munafik.Warak taik kucing,...baca Quran tak faham peringatan Allah.

      Delete
  9. Menteri Cap Ayam Berak Kapur!!!

    ReplyDelete
  10. kalau maklumat memang terang atau diberi maklumat ada percubaan perzinaan itu wajib kita cegah tpi yg saja2 p ketuk pintu sebab dah x kerja apa yg nk buat tanya hg kahwin lgi ka dak pas tu dgn cakap kasar yg itu jdi masaalah skrg.

    ReplyDelete
  11. Pembesar dan pegawai agama Melayu Islam di Malaysia ni hanya mabuk dengan petty issue yg lebih ke arah menjaga tepi kain orang. Lagi teruk mereka hanya berani menegur, membuli dan menghukum orang2 yg lemah seperti wanita, budak2 muda yg tiada famili orang2 berkuasa.

    Bagi orang2 berkuasa mereka diam membisu, tak berani menegur sebab nak jaga periuk nasi. Sikap hipokrit mereka dipandang jijik bukan sahaja oleh orang bukan Islam, orang Islam yg mampu menggunakan otak pun berfikiran yg sama. Malangnya ramai orang Islam yg tidak menggunakan otak, blood thirsty, holier than thou yg menyokong Islam sebegini.

    Semoga Dr. Mujahid berjaya mengubah perangai pembesar2 agama dan penyokong2 mereka. Tanggungjawab yg amat berat. Bukan mudah nak berurusan dengan bigot agama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju!Agama ciptaan unta padang pasir yang dibawa oleh golongan yang kononnya pewaris nabi mengkafirkan orang me-layu.Al-Quran menceritakan sebaliknya.Amalan2 ritual yang langsung tidak mampu menjadikan orang me-layu bijak dianggap sebagai puncak keimanan kononnya.Lebih menyesatkan ada lah.

      Delete
  12. Saya rasa ini bukan satu tindakan yang bijak. Dengan jabatan agama Islam Negeri dan Wilayah duk ligat serbu pasangan ditangkap berkhalwat pun kejadian buang bayi dikalangan pasangan Melayu masih berleluasa, inikan pula nak stop terus serbuan khalwat.

    Makin ligatah muda-mudi Melayu bergaul dan bergomol tanpa batasan dan tanpa seurat benang. Makin banyaklah bayi-bayi yang lahir luar nikah.

    Kalau bayi-bayi itu dibela tak apa juga atau diserah kepada rumah kebajikan. Ini tidak, dibuangnya bayi-bayi yang comel dan tidak berdosa tu. Bayi baru lahir yang sempurna dan cukup sifat yang sepatutnya dibelai, dicium, dimanja dan dilindungi itu dilayan seperti bahan buangan.

    Bayi baru lahir dibungkus dalam plastik hitam dan dicampak ke tempat pembuangan sampah. Bayi baru lahir diflush dalam mangkuk tandas. Bayi baru lahir ditinggalkan dalam semak-samun dan menjadi hidangan haiwan liar.

    Bayi baru lahir yang tidak berdosa itu yang sepatutnya dijaga dan dilindungi dengan penuh kasih sayang tergamak diperlakukan sedemikian rupa. Terpaksa menanggung kesakitan dan azab siksa yang amat sangat dan tidak tertanggung yang tidak sepatutnya dirasai oleh seseorang bayi kecil yang masih belum mrngerti apa itu kesakitan.

    Akhirnya bayi tersebut menemui ajal dengan cara yang amat siksa dan menyakitkan akibat perbuatan kejam dan tidak berperikemanusiaan ibu bapa kandung mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah pembuangan bayi dikalangan orang Melayu sangat serius dan amat membimbangkan. Bayi-bayi yang dibuang ini adalah hasil daripada anak luar nikah. Bangsa lain tak buang bayi lahir luar nikah. Bangsa Melayu jer. Mengandungkan anak luar nikah adalah sesuatu yang amat memalukan dikalangan masyarakat Melayu Islam. Keaibannya sepanjang hayat.

      Mencegah lebih baik dari mengubati. Cegah sebelum parah. Proses dan gerak kerja membuat bayi sebelum nikah patut disekat dan dihalang sehabis mungkin. Oleh itu tindakan penguatkuasaan, dalam apa jua bentuk hendaklah terus dijalankan.

      Untuk berlaku adil kepada semua pihak yang terlibat, jika berlaku kerosakan harta benda, kecederaan atau kematian ketika serbuan dilakukan, pihak penguatkuasa perlu bertanggungjawab sepenuhnya. Tiada lagi berselindung disebalik nama jabatan agama. Mereka juga boleh dihadapkan ke mahkamah jika didapati bersalah. Dibicarakan mengikut undang-undang sivil.

      Mereka perlu bertanggungjawab di atas setiap tindakan penguatkuasaan yang mereka jalankan. Tindakan-tindakan yang dijalankan kadang kala dilihat zalim, keterlaluan dan di luar batasan. Ada pasangan yang terjun dari bangunan tinggi kerana cuba lari dari pihak berkuasa. Islam itu adil dan sejahtera. Bukan bengis dan kasar.

      Selain itu, saya ingin mencadangkan agar kuasa polis dibesarkan dan ditambah. Selain berkuasa menahan pesalah-pesalah trafik, akta kepolisan hendaklah digubal dan diperkasa untuk memberi kuasa kepada polis trafik untuk menahan dan mengambil tindakan terhadap pasangan-pasangan bukan muhrim belum berkahwin daripada menaiki kenderaan bersama.

      Mereka berkuasa untuk menahan dan mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana pasangan yang belum berkahwin daripada membonceng motorsikal dan berdua-duaan di dalam kereta. Mana-mana pasangan yang bukan muhrim yang terpaksa naik kenderaan bersama secara berdua-duaan, kebenaran bertulis diperlukan daripada ibubapa/penjaga pasangan wanita.

      Apabila mereka ditahan oleh pihak penguasa polis trafik, kebenaran bertulis dari ibubapa/penjaga ini hendaklah dikeluarkan dan ditunjukkan. Dengan pemerkasaan ini, sekurang-kurangnya ibubapa pasangan, terutama ibubapa pasangan perempuan tahu dengan siapa anak mereka keluar. Dan ini boleh mencegah daripada berlaku sesuatu yang tidak diingini yang boleh berlaku di luar pengetahuan mereka.

      Contohnya jika pasangan lelaki berniat untuk membawa pasangan wanitanya ke hotel bajet atau rumah tumpangan, pihak berkuasa polis mempunyai kuasa untuk menahan kenderaan yang mereka naiki dan meminta mereka membuktikan yang mereka telah berkahwin. Ini sekaligus mencegah daripada berlakunya perkara yang tidak diingini. Bertindak sebelum nasi menjadi bubur. Bertindak sebelum kaca terhempas ke batu.

      Sesungguhnya mencegah lebih baik dari mengubati.

      Delete
    2. Perlu kita tanya...kenapa walau pun semua anak2 melayu islam diwajibkan belajar agama dari sekolah rendah; perkara ni masih berlaku. Salah guru? Ibubapa? Sekolah? Skodeng dan tangkap orang khalwat bukan jawapannya,ia sekadar ad hoc. Rotan pon bukan jawapannya. Yg lebih penting ialah cari jalan penyelesaian root cause. Yg peliknya kes2 buang bayi tak kedengaran di zaman 60an di mana melayu bebas pi pub minum sampai mabok, zaman dulu tak ada penguatkuasaan apa2 langsung. Lagu dan filem p ramlee pun ada cerita mabok tapi tarak sapa terpengaruh.

      Delete
    3. Masalah sosial muda mudi salahkan mak bapak yang tak tau asuh anak, tapi nak jugak beranak.

      Delete
  13. Tiada siapa ka yg nk komen tentang tulisan Tamrin Tun Ghafar.

    ReplyDelete
  14. Tan Sri Zam,....aktiviti keagamaan dipindahkan dari rumah ke tempat kerja.Daripada kementerian,jabatan,agensi,sehinggalah ke opis,masing-masing ada aktiviti sendiri.Ceramah agama sudah menjadi perkara biasa saban hari.Inilah candu yang orang melayu suka.Ianya menjadi escapisme,....atas nama agama dan majlis ilmu kononnya.Kakitangan kerajaan sudah hilang kualiti bekerja yang diperlukan.Jabatan penyelamat turut menganut budaya yang sama.Jadi,tidak hairanlah apabila mereka gagal menjalankan amanah dengan cekap mengikut standard sebenar.Golongan berkemahiran sudah lama pencen.Kini,yang tinggal cuma kakitangan awam yang lemah,lesu,dan korup hasil daripada dos candu yang tinggi.Solat,tahlil,ceramah agama,majlis menghalau hantu dan makan,makan,makan,makan...menjadi menu utama,selain aktiviti santai menonton pornografi.Namun,mereka sangat kebal.

    ReplyDelete
  15. panglimo potaseh7 October 2018 at 12:47

    Mujahid dikatakan ingin ngubah imej kementeriannye.
    Beliau juga ingin ngubah pemikiran kakitangan kerajaan.
    Beliau juga akan bertegas dengan prinsip islam yang membawa rahmat untuk seluruh alam.

    Besar harapan Incik M kita ni ..dan didalam keadaan Islam yang dah di kartun dengan sekartunnye tugas Incik M sangat besar dan mencabar.

    Saya sarankan Incik M membetulkan pemikiran usTaT-usTaT kita dulu. Mereka ini lah yang telah membentuk ugama islam kita pada hari ini.

    Islam dah disempitkan dengan sesempitnye ..diacukan dengan acuan masarakat Arab 1400 tahun dahulu ..penduduk dunia masa tu tak sampai 100juta ..berunta ..penggunaan yang sedikit dan dunia masih leper.

    Tidak ada cubaan untuk membentuk islam selaras dgn dasar UN ia itu AGENDA ABAD 21 yang disesuaikan dengan penduduk dunia yang mencecah 10 billion ..dgn kuasa pengunaan semakin besar ..dgn keadaan alam sekitaran yang semakin kritikal ..dgn angkasawan kapir dah pon melintasi Pluto. Yang kita diajar tiap hari ialah persediaan untuk mati.. pakej mati boleh dibeli dgn usTaT.

    Kah kah kah ..kita masih dibohongi oleh Pak UsTaT yg betapa astronaut wanita mendarat dibulan ..terpegun melihat Mekah dari bulan dan terus masuk Islam. Persoalannye belum ada wanita yg mendarat dibulan? Tapi hampir semua orang melayu percaya bulat2.

    UsTaT sebegini lah yg telah menguasai masjid di tempat saya dan seluruh Selangor dan KL. Mereka ini jelas mewakili parti politik tertentu ..dimana nyawa rezeki usTaT ini bergantung pada kemengongan dan ketakutan kita pada neraka dan tidak diterima syurga.

    Memang nampak cincai ..tapi usTaT segini lah yang telah menghiasi TV, pejabat kerajaan dan masjid kita. Mereka tampak bergerak dengan sangat bersistem sesuai dgn pemikiran kepala lutut orang Melayu.

    Bulan lepas mereka ini seakan berjoget bercerita prihal LGBT dan Incik M.

    Semalam usTaT2 ini dah pon jatuhkan hukuman untuk Incik M sebagai SESAT sebab hal khalwat tu, ramai yang akan percaya Incik M sesat. Tu lah sebab saya sarankan masjid perlu dikawal dulu jika hendak sesuatu dasar itu berjaya. Jangan main-main Oooo.





    ReplyDelete
  16. llki melayu kan ke pemimpin(itu yg selalu didabikdadakan oleh llki melayu)kalu llki melayu sendiri xdapat nk kawal nafsu maka xada maknanye ada segala mcm undang2 menyekat jenayah sbb yg akan disabitkan kesalahan adalah pihak ppuan.llki tetap terlepas dr segala perbuatan keji n tanggungjawab yg wajib digalas mereka.tiba masanya anak2 llki dididik utk mengawal nafsu zahir n batin.jualan ubat kuat/ubat panjang/ubat besaq semua patutnya takyah dijual...tp ye laaaa...llki mana nk ngaku salah dia kan kan.

    ReplyDelete
  17. pak menteri pelbagai agama dah pucing kepala otak..antara islam dan pendesak islam mana yg menjadi keutamaan..

    ReplyDelete
  18. Sdr anon 09:20,

    Pernah tak sdr terpikir bahawa pendekatan yg diambil selama ini langsung x effective? Rata2 remaja melayu bertudung tapi jiwa mereka kosong - tak punya cita2 jauh sekali memahami asas kemanusian. Remaja lelaki pula kalau tak jadi mat rempit, jadi mat dadah. Negeri konon paling islamik, kelantan, punya masaalah dadah & hiv paling kronik di msia.

    Apakah sdr fikir dgn mengulangi pendekatan yg sama masaalah akan selesai secara magic? Ada seorg bijak pandai yahudi berkata, definasi kegilaan adalah mengharapkan penyudahan yg berbeza dgn melakukan perkara yg sama setiap kali.

    Mungkin langkah pertama utk mengubah takdir adalah menukar pendekatan, dari menakut2 kan kpd pendekatan yg kearah cuba memberi harapan & cita2 kpd remaja2 ini. Asas pada masaalah ini adalah kepincangan keluarga, yg perlu diperbaiki adalah institusi kekeluargaan.

    Wallahuallam.

    ReplyDelete
  19. TS, soal agama adalah dibawah bidang kuasa raja2. Raja2 perlu memainkan peranan dlm penguatkuasaan islam di negara mereka. Ada sultan2 yg tak pernah terdengar suara mereka. Ada mereka kisah tentang mahkamah syariah yg berat sebelah?

    ReplyDelete
  20. Anon 12.49...cadangan yg sangat lawak. Ko ingat polis trafik tak derr keja lain ka? Ikut logik kau, drebar teksi dan grab pon kena ada kuasa tanya passanger dah kahwin ka belum, ada permit dari mak bapak ke tak!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. staff panggung wayang kena tanya pasangan ada tak sijil kahwin, staff MAS and Airasia pon sama in case pasangan belum kahwin romen dalam flight, pilot kena sejenis sex takut nanti romen dalam cockpit, bangunan mesti ada lif separate laki dan perempuan otherwise letak polis traffic dalam lift jaga takut orang romen kah kah kah memang lawak orang otak kampong habissss ni

      Delete
    2. Kalau ada pompuan tahan kereta kita mintak tolong.. kita jgn terus berenti.. kita kena balik dulu draf surat, mintak pengesahan Tok kadi untuk bantu pompuan tersebut dgn ditemaNi 4 orang Yg tak gila.

      Delete
    3. Staff panggung wayang penguatkuasa undang-undang ke? Staff MAS dan Air Asia penguatkuasa undang-undang ke? Polis trafik jaga lift ke?

      Otak orang bandar takkan tak tahu benda-benda basic macam ni..Otak kampung pun tahu..Ni jenis otak bandar tapi sekolah tak abis tapi berlagak pandai...

      Delete
    4. Anon 10.39...sarcasm dari anon 0950 pon kau tak paham???? Dia perli kau dahhhhh!!!!

      Delete
    5. Tang mana sarcasmnya Cuba tunjuk sikit..bagi komen ikut logik sekolah tadika boleh pulak tuduh orang faham.. Sesama kau faham la kot..Orang yang sewaktu dengannya...

      Delete
  21. Aku ingat kau ni jenis tak tahu apa-apa tapi buat buat tahu. Memanglah kerja polis trafik kerja jaga trafik jer, sebab tu kena ada pindaan akta atau undang-undang berkaitan polis untuk memberi kuasa yang lebih kepada polis untuk buat kerja tu. Kerja untuk mencegah maksiat.

    Ni satu lagi hujah acah-acah bijak. Drebar teksi dan grab kenderaan penumpang. Dia ada permit memang bawa penumpang ke sana ke sini. Dia tak kenal pun penumpang yang dia bawak tu. Lelaki ke perempuan. Dia tak akan buat apa-apa kat penumpang dalam kereta tu sebab tu periuk nasi dia.

    Tugas dia hanya bawak penumpang ke destinasi yang diminta dengan selamat. Lepas tu penumpang bayar duit. Kau kalau nak komen, ilmu kena ada. Jangan main tibai jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cara kau berfikir tu belum lagi jadi ilmu.Jangan perasan!Patut lah penganut isle lemah,....tau sikit dalam menghukum orang dah dikira ilmuan.

      Delete
    2. Polis trafic cegah maksiat? Simpan jerr lah idea bangang tu.

      Delete
    3. Drebar rapid kl pulak cam nerr anon 08.47? Drebar KTM? Drebar lori layak cegah maksiat tak? Kah kah kah

      Delete
    4. “Cara kau berfikir tu belum lagi jadi ilmu.Jangan perasan!Patut lah penganut isle lemah,....tau sikit dalam menghukum orang dah dikira ilmuan..”

      Apa yang menghukumnya? Cara kita komen pun dah tahu berilmu ke tak. Kalau komen tu ada isi, ada hujah, maknanya si pengomen tu berilmu. Kalau tak ada isi macam komen kau maknanya kurang ilmu la tu.

      Ilmu tu knowledge atau pengetahuan. Tak ada kena mengena dengan cara berfikir..

      Delete
    5. Drebar rapid kl penguatkuasa undang-undang ke? Drebar KTM penguatkuasa ke? Drebar lori penguatkuasa ke?

      Kau ni dah kenapa? tak reti beza ke pemandu kenderaan penumpang dengan penguatkuasa undang-undang???

      Delete
    6. Idea dia ok, yang bangang tu kau..

      Delete
    7. Heh heh bab2 driver rapid kl dgn ktm tu sekadar perli jerrr dol. Errr tak nak ajak orang jpj sekali? Penguatkuasa jugak tu kah kah kah.

      Delete
    8. Yes 19.07 lantik semua penguatkuasa undang undang untuk skodeng; lantik sekali pegawai perhilitan untuk kawal selia maksiat di hutan

      Delete
  22. Ada proses sebelum sesuatu itu mencapai tahap ilmu.Siapa kata pengetahuan itu adalah ilmu?Belajar di mana,...daripada siapa?

    ReplyDelete
  23. ZAM tahfiz al karim11 October 2018 at 07:01

    MuJahat da "konar" KES PANJAT tangga..

    Madey bile plk nk U TURN???

    Diammm jooo!!!

    Kihkihkih

    ReplyDelete
  24. Sex education!!!masa saya belajar di overseas 80an; ramai students kita yg beli playboy dan hustler. Selepas sebulan dua, semua dah jelak. Lama lama hilang laa rasa ghairah darah muda tuuu.

    Saya di kl ada laa exposure benda2 macam ni dari awal, kita pi swimming pool tengok orang pakai bikini pon tak ada problem; so tarak hal dgn apa2 yg ada content berbentuk sexual. Sudah tiba masanya kita introduce sex education selari dgn ajaran agama. Sexuality tu a condition or state of our mind. Kalu bangang, tengok bontot lembu pun boleh on.

    ReplyDelete
  25. Sarcasm pon tak paham. Bengap betul.

    ReplyDelete