Tuesday, 18 September 2018

RAMAI LAGI PEMIMPIN UMNO AKAN IKUT MUSTAPA MOHAMED KELUAR UMNO

TERKINI: Hanifah Aman pula keluar umno 
  1. Now, Anifah resigns from Umno
PETALING JAYA: Former foreign minister Anifah Aman has quit Umno, less than 24 hours after the resignation of Supreme Council member Mustapa Mohamed.
According to a well-placed source, Anifah has submitted his letter of resignation to Umno secretary-general Annuar Musa.It is not clear yet why Anifah, the Kimanis MP, is resigning from Umno or whether he is joining another party.
Earlier this year, Anifah together with Umno’s Rembau MP Khairy Jamaluddin had remained seated in the Dewan Rakyat while other opposition MPs staged a walk-out in protest after 

BANTAH UMNO JADI PARTI PERKAUMAN

UMNO  menerima kejutan dan tamparan paling hebat yang diyakini akan membawa kepada kemusnahannya  dengan lebih cepat lagi apabila seorang anggotanya  yang berintegriti tinggi dan dianggap oleh ramai orang sebagai  terbersih diantara yang tidak bersih dalam UMNO ,Datuk Seri Mustapa Mohamed  mengucapkan selama tinggal kepada UMNO setelah meanggotainya selama lebih 40 tahun.

Beliau telah dipilih  menduduki Majlis Tertinggi UMNO   Jun lalu dengan undi tertinggi dan dengan tindakan menggemparkan   pemimpin dan ahli UMNO diseluruh Malaysia.

Pastinya ia akan secepat kilat  mempengaruhi ahli-ahli UMNO  disemua bahagian dan cawangan yang mengenalinya sebagai orang baik dan sangat menhormatinya.

Yang pasti segera akan mengikuti langkahnya ialah Khairy Jamaluddin bekas Ketua Pemuda UMNO yang hanya menunggu dorongan yang kuat.Khairy  telah pun dilihat membuat beberapa kenyataan yang  tidak sealiran dengan UMNO dan telah dihalau keluar dari UMNO oleh beberapa orang pemimpin UMNO.

Tindakan Mustapa itu mengurangkan satu lagi kerusi Parlimen UMNO yang sek menyamakan kedudukannnya dengan PKR 50-50.

Beberapa orang anggota Parlimen UMNO yang tidak senang dengan kerjasama UMNO  PAS juga  dijangka akan mengikuti langah Mustapa itu kerana merasa malu UMNO berada dalam keadaan bergantung kepada jubah  PAS sekarang ini.

Langkah Mustapa juga  memberikan sumbangan moral yang sangat besar kepada PH dan khususnya BERSATU  yang dianggap oleh UMNO sebagai tertekan kerana tidak dapat menunaikan beberapa janji dalam manifestonya.

Ia juga memberikan sumbangan kepada pembinaan imej  Malaysia Baru yang  yang memerlukan keharmonian dan keteguhan masyarakat majmuk Malaysia  kerana alasan utama  yang diberikan oleh Mustapha keluar dari  UMNO kerana UMNO  tidak lagi relevan dengan politik masa depan negara ini.

Beliau hilang kepercayaan kepada   UMNO kerana UMNO menuju kearah parti perkauman yang bertentangan dengan kepercayaannya selama 40 tahun   berjuang bersama-sama dengan kaum lain bagi membina Bangsa Malaysia.

Dalam kenyataanya malam ini Mustapa berkata  UMNO tidak boleh bergantung kepada sokongan  Malayu dan Bumiputra sahaja untuk kekal relevan  di negara  ini.

Pandagan ini tentunya  dikongsi bersama oleh beberapa orang lagi pemimpin UMNO yang mendukong  kepercayaan yang sama tetapi masih adalam keadaan serba salah terutama sekali setelah UMNO bersekongkol  dengan PAS yang semakin jelas memerjuangkan pengasingan Islam dari masyarakat majmuk Malaysia dengan menunjukan kebengisan untuk melaksanakan hukum hudud dengan sokongan  UMNO dan sikap UMNO mendiamkan diri terhadapan sebatan keatas wanita Islam  didepan umum..

NOTA :EJAAN SEDANG DIBETULKAN..

7 comments:

  1. Salam Tan Sri.

    Saya ingin bertanya...."Kenapa baru sedar".

    Spt kata org Kedah....'Awat hang keluaq lmbat sngat....takut kah....mcm orghang tak dak tel#g......dah terlambat sangat.. .Umno pun dah kojoi...baru hng nak keluaq'.

    Secara peribadi.....saya kira ia sudah terlalu lambat dan tidak dapat membetulkan apa2 lagi.

    Saya bertanya Tok Pa....kenapa dia tidak melakukan apa2 tetapi hanya berdiam diri bila Najib dan Zahid membohongi itu ini.

    Kita ambil contohnya ...bila Umno memecat Muhyiddin....Shafie dll....selain membohongi rakyat dlm hal2 1MDB...kedududukan kewangan dan ekonomi negara....dia berdiam diri.

    Dia juga tidak melakukan apa2 spt memprotes bila ramai ahli2 Umno terutama Najib...KJ...Nazri...Zahid
    dll mengutuk Tun M dan Muhyiddin.

    Tetapi Tun Daim...Sanusi dan Rafidah berani melawan semua ini.

    Tetapi dia dan KJ mengambil pendekatan mudah dgn 'berdiam diri'.

    Ini yg dikatakan 'survivor'....seorg penakut.
    Seorg pengikut yg akan ke kiri. .ke kanan...depan atau belakang mengikut ketua...janji diri selamat. ...walau pun tahu ketua tidak betul.

    Ini yg org kata 'tak ada telur' dan bila dah rasa 'selamat' baru mahu 'keluar' parti.

    Sudah terlewat tuan.

    Justeru itu... saya percaya KJ akan ikut serta kelak..... mereka adalah 'survivor' 2x5 sahaja dan tidak perlu diberi tempat didlm PH dan tidak juga perlu diberi apa2 perhatian ramai kerana spt kata org putih mereka 'not news worthy'.

    Pd saya 'survivor' tidak layak dibuat kawan sebab....mereka tiada pendirian hanya mengikut arus.

    Spt lontaran sdr Zam diatas....kelihatan mcm kabur pula alasan dia sebenarnya.

    Jika kerana Umno masih parti perkauman....itu bukanlah alasan kuat....kerana itulah Umno sekian lama pun.
    Atau kerana Umno berkawan baik dgn Pas....ini saya percaya bukan lah satu alasan yg kukuh juga.

    Atau malu mahu mengaku alasan sebenar.....bahawa Perjuangan Umno kini adalah mengarut belaka dan Umno sudah tiada masa depan lagi dan sekian lama dia adalah Pakturut dan seorg 'survivor' dan kini sudah tidak tahan lagi dan timbul kesedaran baru bahawa dia silap dan letih dgn pembohongan berpanjangan Presiden Zahid serta rakan2 lain.

    Apa pun....saya kira tindakan dia keluar dari Parti Umno ini sudah terlewat....sepatutnya awal2 lagi.....semasa kes duit RM2.9 bilion masuk akaun Najib

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga Allah merahmati allahyarham Sanusi. Setianya hingga ke hujung nyawa.

      Untuk yang terlanjur, 'awat hang lambat', takpa, pintu taubat masih terbuka. Biar ringan kapal penyamun, lama lama terbalik sendiri dipukul badai.

      Delete
  2. KJ tidak akan keluar sekarang. Dia memang nak jadi presiden umno utk membawa umno ke landasan yg lain daripada yg Zahid lakukan. Lantaran dia dan pengikut2 dia akan kekal dlm umno dan akan menunggu pemilihan parti 3 thn lagi.

    Siapa lagi yg akan mengekori? Mereka akan lihat dahulu apa nasib Tok Pa ni. Macam mana PH, Bersatu melayan dia.

    Bersatu tentunya akan menerima dia dengan baik. TDM sudahpun mengeluarkan kata2 yg ingin didengari. Dia sudah sedar, sepatutnya lebeh awal, terlambat sikit, tapi tak apa. Ertinya dia akan diterima dengan baik kerana ia baik utk Bersatu dan PH. Pengalaman dia akan dimenafaatkan olih TDM walaupun tidak didlm kabinet.

    Mungkin orang seterusnya Johari Ghani.

    ReplyDelete
  3. KJ telah ditolak oleh orang UMNO. Masa depannya dalam UMNO begitu kelam kerana orang UMNO tidak mahu berubah. Pendirian KJ selari dengan BERSATU. Elok saja KJ keluar UMNO dan masuk BERSATU.
    Better late than never.

    ReplyDelete
  4. Sekurang2nya tok pa ni dah tersedar dari lamina

    Berikan beliau peluang

    Salam Tuan blog

    ReplyDelete
  5. Semua nk jaga tembolok..ada perundingan..berapa mp yg akan melompat katak..cuma mustapa dn anipah yg berani meloncat dulu..si kj playsafe..kj macam keling..mana kuat dia rebah..
    Tungguuu

    ReplyDelete
  6. Salam Tan Sri.