Saturday, 11 August 2018

MELAYU ISLAM AKAN TERUS JADI DURI DALAM DAGING

  1. Rencana   ini adalah komen terhadap posting terkini saya sebelum ini bertajuk : DARI ISTANA HINGGA RAKYAT BIASA MENOLAK ISU-ISU AGAMA DISENSASIKAN
  2.  oleh: ir. miringila11 August 2018 at 08:29
Bukan sahaja ahli UMNO teruk dibrainwash oleh pemimpin malah rakyat secara amnya. Memilih menggunakan sentimen agama dan bangsa, telah memungkinkan UMNO berjaya berada di tampuk pemerintahan selama 6 dekad. Dan selama 6 dekat bermula dari perjuangan menentang Malayan Union, telah memungkinkan melayu bersatu. Sehinggalah sekitar 80an agama Islam mula diberi perhatian oleh UMNO sebagai wadah perjuangan baru. Kalau dahulunya kesatuan Melayu dibentuk untuk mempertahankan hak melayu kini keagamaan digunakan untuk menyatukan melayu.

Walaupun telah terbukti yang agama Islam telahpun berjaya menyatukan suku-suku bangsa Arab 1400 tahun dahulu, ini tidak bermakna ianya akan berjaya pada hari ini. Sebab itulah, isu-isu seperti Palestin, Rohingya, Haji dll ditunggang sepenuhnya oleh UMNO demi kesatuan bangsa Melayu. Perkara ini telah dapat mempengaruhi orang melayu Islam dan seterusnya dapat diterjemahkan melalui peti undi. Namun begitu akibat dari pertentangan tafsiran agama antara UMNO dan PAS maka kesatuan Melayu terpecah sehinggalah UMNO akur untuk menyokong hudud ala PAS.

Perkara ini sedikit sebanyak telah menimbulkan kekeliruan dikalangan masyarakat melayu. Yang seterusnya memungkinkan ramai orang melayu mengambil kesempatan membuat percubaan memahami sendiri agama. Proses ini sedikit sebanyak telah menjauhkan masyarakat melayu dari arus perdana dan rakan-rakan berbangsa lain, ekoran dari kehendak agama itu sendiri. Malah telah juga menimbulkan pahaman yang radikal dan agresif seperti kes-kes kedai dobi dan pesta arak. Yang lebih memalangkan lagi situasi ini apabila bangsa lain telah mula melihat Islam sebagai satu ancaman kepada mereka akibat perbuatan militan Islam.


Saya mengagak pahaman radikal Islam ini berpunca diatas kelemahan bangsa yang menganuti agama Islam. Ianya bertitik tolak, dari brainwash yang dilakukan dipentas² ceramah. Melayu didedahkan dengan cerita-cerita kehebatan Islam dahulu dengan didendangkan untuk berjaya kita wajib melaksanakan hukum Allah. Salah faham ini telah menyebabkan kaum melayu menganggap kekurangan mereka berpunca dari tidak melaksanakan hukum Allah dan bukannya akibat dari kekurangan ilmu.

Maka melayu mula bersatu diatas isu ini. Dipelopori oleh UMNO dan PAS. Dalam masa yang sama, golongan terpelajar melayu memahami Islam dalam konteks yang berbeza, sehingga menimbulkan perpecahan dikalangan melayu Islam.


Perpecahan Melayu inilah,yang menimbulkan ketakutan kepada parti politik Melayu dan orang Melayu sendiri sehingga menimbulkan ketegangan antara agama di Malaysia. Tuduh menuduh dijadikan agenda ahli politik yang tidak bertanggungjawab. Semakin ramai ahli politik mula berpegang kepada teori konspirasi, mula mencipta konspirasi² dengan harapan dapat menarik orang Melayu dengan kontroversi.
T

idak hairanlah, akibat dari kemahuan dan keinginan politik untuk terus berkuasa maka kesatuan negara ditolak ketepi. Ianya hampir merosakkan negara, namun begitu masih ramai yang berfikiran waras pada PRU yang lalu sehingga memenangkan PH yang mengambil jalan tengah dalam segala hal dan menumpukan kepada perkara seperti rasuah, pecah amanah dsbgnya. Nampaknya rakyat tak kira bangsa dan agama memang bersedia menolak kemungkaran. Negara kita masih ada harapan apabila rakyat menolak kemungkaran. Namun melayu Islam akan terus menjadi duri dalam daging akibat dari tafsiran agama yang sempit dan bermotifkan politik dan kuasa.

Terima kasih Tan Sri.

22 comments:

  1. Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu tunduk kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul", niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi manusia dengan sekuat-kuatnya dari mendekati kamu.

    barang siapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya dan melanggar ketentuan-ketentuan-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam api neraka sedang ia kekal di dalamnya; dan baginya siksa yang menghinakan.

    ada melayu islam ynag terus jadi pakukarat dalam tin
    dalam hidup ada hukum yang ditetapkan oleh Allah
    nak maju dalam islam diwajibkan jangan smapai hukum hukum Allah
    ditolak tepi denagn bermacam alasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah mahu kita membaca Al-Quran dengan teliti.Majoriti orang Melayu yang menonjolkan kewarakan diri masih belum sedar yang mereka sendiri lari daripada peringatan Allah sebenarnya.Orang melayu lebih beriman dengan hantu jembalang.Agamawan,ostad-ostad,tok-tok guru sekelian yang paling menolak apa yang Allah perintahkan di dalam Al-Quran.

      Delete
  2. Bila dah jadi duri dalam daging, kenalah cabutkan kalau tidak luka bertambah teruk, bernanah, membusuk dan lebih parah kalau menjangkit hingga rosak bahagian tubuh yang lain.

    Jadi, nak cabut mana dulu ni.. melayu ke islam ke melayu islam.

    Kadang kadang memang mudah kalau berkias. Bila nak buat kerja sebenar tak ada yang mudah seperti hitam atau putih atau yang mana duri dan mana daging.

    Mungkin Melayu adalah daging, mungkin juga melayu islam daging mungkin islam yang daging.

    Mungkin jalan tengah yang kita ambil adalah duri. Jalan tengah yang berpaksi kepada janji janji yang tinggal janji. Orang putih kata ‘ promise are meant to be broken’.



    ..nowwhat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Segalanya Mungkin. Kerana mungkin dan mungkin inilah. Mungkin tuhan bermaksud begini dan mungkin tuhan bermaksud begitu. Lalu manusia memungkinkan segala²nya. Si A berpendapat begini dan si B berpendapat begitu sedangkan kedua²nya membaca Al-Quran yang sama.
      Dan yang seronoknya, pegangan dan pendapat boleh berubah mengikut keadaan. Mula² hudud tak penting, negara kebajikan lebih penting. Kemudian hudud lebih penting, negara kebajikan senyap terus. Dan bermacam lagi tafsiran agama untuk kepentingan diri malah parti.
      Begitu juga disebelah pihak lagi, agama kini menjadi taruhan. Merekalah pejuang Palestin dan Rohingya. Merekalah yang memecahkan botol arak kerana arak itu haram. Kalau diadakan pesta babi atau pertandingan anjing cantik mungkin di pecahkan semua kepala babi dan anjing demi Islam tercinta.
      Saya ingin bertanya, Kalau ditutup semua kilang arak dan diharamkan arak dibumi Malaysia ini, adakah pihak berkuasa akan dapat memantau kegiatan arak secara gelap? Lihat sahaja dadah. Bolehkah kita mengawal kegiatan gelap dadah? Sudah²lah bermimpi kononnya hendak menegakkan hukum Allah sehingga mengeluarkan segala hukum dari Al-Quran. Kononnya hendak mengikut sangat perintah Tuhan. Bila masa tuhan perintah suruh tutup kilang arak? Bila masa tuhan suruh tutup pusat judi.
      Selagi pendakwah bebas, penceramah bebas dibiarkan berleluasa, selagi itulah Melayu Islam menjadi duri dalam daging. Selagi kerajaan tidak mengharamkan parti politik yang menunggang agama, selagi itulah Melayu Islam menjadi duri dalam daging.
      Kekalutan dan ketidakseragaman pahaman agama diantara setiap individu, antara mufti-mufti, antara negeri-negeri berpunca daripada terus menerus berpegang kepada ulama silam. Terus menerus berpegang kepada terjemahan lama.
      Sudah tiba masanya kerajaan menubuhkan sebuah majlis penterjemahan Al-Quran yang baru. Yang ahli²nya terdiri daripada pakar bahasa Arab bukan bidang agama, pakar bahasa arab dari bidang agama, ahli falsafah, ahli² akademik dan lain-lain lagi merangkumi dari latar belakang pelbagai pahaman untuk duduk berhujah dan berdebat didalam menyiapkan sebuah terjemahan baru Al-Quran untuk rakyat Malaysia tidak kira melayu,cina,India dan lain²agama. Setiap butiran hujah dan debatan ahli majlis penterjemahan mesti disiarkan secara telus dilaman sesawang atau laman sosial supaya membuka ruang untuk rakyat turut sama memberi input atau mendapat input mengenai maklumat dan perjalanan proses penterjemahan Al-Quran yang baru ini. Saya yakin, sekiranya langkah ini dapat diambil, kita umat Melayu Islam serta rakyat Malaysia akan mendapat manfaat yang besar demi kesatuan rakyat Malaysia.
      Dengan sebuah terjemahan Al-Quran yang terbaharu sahaja akan dapat menghapuskan segala salah faham, segala kekeliruan, segala penyelewengan penunggang agama. Kita kini dizaman serba canggih. Segalanya MUNGKIN demi Islam.

      Delete
  3. Zam2..tolonglah diam..aku rase kalo ko diam lg byk faedahnya drpd bercakap benda yg boleh menyesatkan..kenapalah ko buruk2kan agama Islam? Agama lain xde salah ke zam? Agama lain is 100% is wrong. Kau xbc sejarah ke zam? Disebabkan kedatangan islamlah manusia berubah.daripada haiwan menjadi insan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beza manusia dengan binatang adalah kebolehan berfikir. Kalau kebolehan berfikir dihalang, tak mahu berfikir maka jadilah macam binatang. Tuhan tak pernah halang manusia berfikir. Tuhan suruh manusia berfikir, "kenapa jadi macam ini","kalau buat macam ini apa akibatnya atau faedahnya." Sebab tu jangan jadi macam binatang. Kata baca Al Quran tapi apa yang faham. Takkan kencing nak basuh macam mana nak kena tanya ustaz. Betulkah ISLAM yang awak ikut itu? ISLAM apa? Syiah pun Islam namanya, Wahabi pun Islam orang panggil. Apa kata kalau kita sekali-sekala tanya diri sendiri, betulkah apa yang aku buat? Mungkinkah apa yang aku ikut selama ni KEBENARAN? Ingat sikit kenapa awak ISLAM pada asalnya. Cuba awak lahir2 hindu. Apa rasa kalau orang kata awak sesat, kafir, masuk neraka sebab tak ikut orang tu. BERFIKIR!!!

      Delete
    2. Beragama ISLAM tpi mngutuk ISLAM..

      Ada juga JENIS MANUSIA gni dmlysia nii..

      Kalu bukan MELAYU yg pertahankan ISLAM sape lgi yg nk dharapkan???

      Cina DAPIg ker??

      Delete
    3. Insan 22.52 . Tak pernah pula dengar ada agama termasuk islam yang meraikan kebebasan tak boleh bercakap, tak boleh berfikir, tak boleh menyoal, tak boleh bertanya, tak boleh berbincang, tak boleh bertukar pendapat dan tak boleh menghormati perbezaan pendapat. Kalau ada keadaan yang tidak membenarkan hak sejagat tersebut, biasanya adalah man- made law seperti sistem kerajaan dan sistem politik yang bersifat reklusif seperti komunis.

      Jangan jadikan agama sebagai alasan untuk tidak mahu berfikir. Jangan mempolitikkan agama.

      Delete
    4. Saya rasa sdr yg patut pikir 100X sebelum bagi komen. Apakah sdr menidak kan ajaran yg dibawa oldh nabi2 lain sebelum nabi muhammad? Allah tidak kejam, dia menurunkan nabi2 & rasul2 nya untuk setiap umat sepanjang zaman sehingga nabi muhammad s.a.w.

      Delete
    5. Al-Zumar ayat18;

      Mereka mendengar kepada sebarang pendapat,selepas itu mengikut yang terbaik darinya.Inilah orang orang yang mendapat hidayah dari Allah;inilah orang orang yang yang mempunyai akal.

      Delete
  4. TSZ mengandaikan perpecahan umat Melayu Islam lebih kepada pendekatan yang berbeza
    dalam apa jua ritual yang ada dalam agama Islam.
    TSZ patut saringkan mana yang berbeza dan mana yang bercanggah. Bukan nya hentam keromo seolah olah perbezaan itu lah yang menyebabkan Melayu Islam mundur serba serbi.
    Intonasi garapan TSZ lebih mirip untuk pujuk Melayu Islam terima mantra keterbukaan minda dan perlaku tanpa mengatahui itulah mukadimah melemahkan iman serta aqidah Melayu Islam.

    ReplyDelete
  5. Terlupa pulak insan2 yang berperlakuan haiwan?

    ReplyDelete
  6. Islam menjadi begitu susah dan complex apabila manusia suka berbalah tentangnya.

    Islam ialah tentang diri kita, tentang diri sendiri, dan seluasnya keluarga dan jiran2..Soalan kubur pun hanya di lengkongan itu sahaja.

    Apa keperluan agaknya kita dicampuri urusan Menteri?

    ReplyDelete
  7. Salam Tan Sri.

    Saya setuju dgn pandangan bahawa Islam yg ditarbiah oleh segelintir bijak pandai ugama dewasa ini agak mengelirukan org2 Melayu.

    Ditambah pula...kebelakangan ini secara tidak sedari dgn teknologi canggih 'smartphone ramai yg telah menjadi ustaz dan ustazah 'mee segera'.

    Mereka berkongsi dan membuat posting2 di FB...Whatsapp....Twitter dsb...dgn cara
    'Cut and Paste' bertujuan untuk berhujah mahu pun menangkis pandangan2 tertentu mengenai hukum hakam ugama.

    Adakalanya...bijak pandai ini terus membuat hukuman spt....haram...halal...sunat atau pun makruh.
    Dan tentunya diselit hadis dan ayat2 AlQuran secara tidak menyeluruh dan tepat dgn konteks atau isu2 yg diperkatakan.
    Ini bahaya dan kadang2 memesong pandangan org2 yg kurang mengerti tentang hal2 mengenai akidah...atau hukum dan hakam.

    Semua ini tidak menolong org Melayu terutamanya dlm perkara2 mengenai ugama malah memudaratkan tambah...justeru itu timbul reaksi atau pandangan berlainan tentang isu yg sama....hingga kadang2 menjadi polemik yg tidak sepatutnya berlaku diantara org2 Melayu Islam.

    Maaf sdra Zam....semua ini tidak sepatutnya berlaku setelah negara bertambah maju dan majoriti org2 Melayu menjadi begitu terpelajar dan berilmu.


    ReplyDelete
  8. Islam bukan setakat diri sendiri @ lingkungan orang islam saja...Islam tu agama yang Syumul (menyeluruh).. Kaji la Al Quran..itu la panduan hidup manusia seluruh alam.. Allah dah tetapkan apa yang boleh dan apa yang tak boleh dalam kitab suci tu ..Nabi dah ajar bagaimana cara memimpin dan mendidik ahlak mulia. Seluruh kehidupan manusia dari bangun tido sampai tido semula tidak pernah terlepas dari pandangan Allah..bagaimana kamu boleh kata soalan kubur dalam lingkungan itu sahaja.. hakikatnya apa yang kamu lakukan setiap detik dalam pandangan Allah. Apa kamu nak mengulangi cara berfikir Mustapha Kamal Atartuk.
    Seorang yang berfikiran liberal yang memisahkan agama dengan kehidupan..

    Adakah islam yang patut tunduk dengan orang kafir..cuba bagi satu ayat Quran mana yang membenarkan orang islam untuk mengikut telunjuk kafir.. Rasanya kebanyakkan kaum2 terdahulu yang kafir dan ingkar suruhan dan larangan, Allah azab.. Tapi sekarang ramai nak ambil tugas tuhan.. Bagi panduan yang sesat..Inilah akhir zaman yang dikatakankan orang yang bodoh diangkat jadi pemimpin..

    Fitnah tu dah jadi makanan harian..ye la dosa tak nampak katakan. Muhasabah diri sendiri dulu. Cari tujuan asal manusia dijadikan untuk apa.. Dunia hanya sementara tapi nak tunggu hisab Allah beribu tahun lamanya, boleh tahan ke?

    ReplyDelete
  9. KERAJAAN BARU: RAKYAT LUAH PERASAAN MENERUSI PUISI PANJANG
    at 4:00 PM
    Posted by Admin PahangKu





    Kesan kenaikan harga barang ditambah dengan pelbagai masalah ekonomi yang timbul sejak pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan mengundang rakyat untuk meluahkan rasa dengan pelbagai cara termasuklah dalam bentuk wacana penulisan dan puisi panjang. Antaranya ialah tulisan KA seperti berikut:



    RAKYAT RESAH

    Rakyat resah
    hatinya gelisah
    kehidupan semakin payah
    tanpa arah

    Petani di sawah ladang menuai kehampaan
    janji seribu mimpi sekadar retorika politik
    harapan masa depan semakin kabur
    anak-anak sekolah dijadikan komoditi lelucon
    Pabaila menteri pendidikan terus bercanda bermain kata kata tanpa dasar yang jelas kecuali menukar kasut hitam fikiran terus kelam

    Rakyat resah
    hatinya gelisah
    kehidupan kian parah
    bahasa ibundanya kembali terjajah
    kesucian agamanya dipersenda
    pimpinan kerajaan mengundang sengketa
    harmonis bangsa menjadi pesona di hujung lidah perkauman

    Rakyat resah
    hatinya gelisah
    kehidupan semakin goyah
    hutang warisan bangsanya menjadi cagaran calon muflis biaya pendidikan dan pengajian tinggi menjadi mimpi ngeri tanpa sebarang rasa peduli kalangan menteri

    Rakyat resah
    hatinya gelisah
    kehidupan semakin payah
    nelayan di persisiran pantai dilambung ombak cabaran
    tiada lagi subsidi dan kawalan harga pasaran
    segala galanya ditentukan oleh kapitalis

    Rakyat resah
    hatinya gelisah
    kehidupan semakin punah
    bila Menteri Kewangan saban hari mengumumkan
    negara kian menghampiri situasi muflis
    kononnya hutang berbillion
    sukar ditangani tanpa upaya selain dari mengujudkan
    tabung harapan yang pastinya sudah tiada harapan lagi

    Rakyat resah
    hatinya gelisah
    kehidupan semakin payah
    barangan keperluan semakin mahal
    peneroka menuai hampa setiap hujung bulan
    bila harga sawit semakin merudum

    Rakyat resah
    hatinya gelisah
    kehidupan semakin payah
    ribuan wargabangsa secara tiba-tiba menjadi penganggur
    ada kerja dibuang mengikut sesuka hati
    tanpa ada ehsan di hati pemimpin

    Rakyat resah
    hatinya gelisah
    kehidupan semakin payah
    kian susah untuk meneruskan kehidupan
    jenayah kian bertambah
    hutang isi rumah bertompok tompok
    tanpa ada sebarang kajian dan usaha menangani masaalah rakyat

    akhirnya rakyat merasakan
    setiap janji dalam menifestasi
    sekadar janji seribu mimpi
    diri rasa tertipu oleh manifesto falasy
    bagaikan nasib malang pak kadok
    ayamnya menang kampong tergadai
    bagai mengulangi untung nasib lebai malang
    mendengar guruh di langit
    air ditempayan dibuangkan
    akhirnya semua menjadi kering dan kontang
    Tahniah kepada pemimpin Pakatan Harapan
    anda berjaya membohongi rakyat
    dengan menjaja sejuta fitnah tanpa asas
    dan menjanjikan bulan bintang kehidupan rakyat
    yang terus terbiar bakal kelaparan

    Malaysia baru kian keliru dan bercelaru…
    Dasar yg tidak menentu… pimpinan kerajaan di kalangan menteri dan timbalan menteri asyik dok sebut tak tahu…..

    Rakyat kian resah
    Melihat kecelaruan yg amat tidak munasabah…
    Bantuan bulanan yg berupa pinjaman kepada para peneroka Felda tertangguh tangguh setiap awal bulan.. harga getah dan sawit terus merudum…
    lebih mengecewakan ucapan PM di pelancaran hari kemerdekaan masih penuh dengan retorika bohong..kononnya Malaysia dan kian kering kantung khazanahnya sedangkan banyak projek pembangunan spt MRT dan LRT dikaji semula sebelum diluluskan semula dengan kenaikan kos pembenaan berlipat ganda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg resah umno pahang...pru nanti bakal tumbang macam negeri2 lain.

      Delete
    2. panglimo potaseh13 August 2018 at 16:33

      Pak Zam.

      Nak resah apa.. PH baru ambil alih 3 bulan bukan 30 bulan.

      Ingat kan teralihnye sikit je.. boleh lah disusun susun. Rupanye lantai penuh tahik.. BN dah taruk tahik di tanah air kita.

      Tahik ni bukan saja comot tapi berbau. Kena simbah dgn air dulu.. kemudian disabun.. dikeringkankan.. dan diulang basuh.. di ulang sabun hingga lah ilang bau nye.. paham tak..

      Tahik bukan sebarang tahik.. tahik dari bontot kaki kepit.. bau yang dah diperam dahulu..

      Delete
    3. Dah kalah dok diam diam laaa. Nak gebang kat sapa lagi? Ada masa pi laaa tolong utusan, hutang sejuta dua pun tak boleh bayar. Kalu utusan lingkup, orang macam kau nak baca paper apa kah kah kah kah

      Delete
    4. Menang kalu MENIPU pon nk buat aper??

      BERJANJI 100 hari bole "settle" smueny..itu ,ini ,bgitu, bgini.

      GST 0% kpla OTAK..

      Kpala bana..PENIPU BESOR smueny..khakkk puiihh

      Delete
  10. menteri lim guan eng lebih sudu dari kuah...menyampah aku tengok orang melayu dok jilat dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Majoriti melayu paham ekonomi, jadi tak ada masalah dgn guan eng.

      Kau pulak tak paham ekonomi, sebab tu la kau rasa menyampah, apa dia cakap kau tak paham. Kesiaaan...dah la kalah, bising tak tentu hal pulak...tu laaa dulu orang tua suruh belajar rajin2 kau tak mau. Kan dah jadi bodoh.

      Delete