Thursday, 12 July 2018

DR MASZLEE JANGAN PERCAYA SEMUA SEKOLAH TAHFIZ YANG DIDAFTAR TELAH DIBETULKAN


INTERVENSI KPM DIALUKAN


Kementerian Pendidikan (KPM) akan melakukan beberapa intervensi untuk membantu sekolah tahfiz bagi memastikan pelajar tahfiz mampu berdaya saing sama ada di dunia akademik atau pasaran kerja yang semakin mencabar.



"Biasanya, isu yang berbangkit di sekolah tahfiz adalah mengenai kualiti pengajaran dan pendidikan. Jadi, kita ingin memastikan supaya sekolah tahfiz tidak menggadaikan kualiti pendidikan untuk anak-anak kerana mereka inilah masa depan negara," kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik kepada Bernama.

Saya mengalu-alukan kenyataan Menteri Pendidikan Dr.Maszlee Malik untuk melakukan intervensi  membantu sekolah tahfiz bagi mempastikan pelajarnya  mampu berdaya saing sama ada di dunia akademik atau pasaran kerjaya mencabar.

 Bagaimanapun beliau menegaskan pendiriannya tidak akan menyekat ibu bapa memilih sendiri pendidikan atau sekolah yang terbaik bagi anak-anak mereka.

 Kenyataan ini tentulah dibuat oleh beliau atas pengetahuan dan kesedaran sebenar mengenai keadaan sebahagian besar sekolah- sekolah tahfiz yang dibuka secara persendirian oleh ustaz-ustaz yang terbatas  pasaran pekerjaan dan tidak mempunyai latihan perguruan.

 Walaupun dakwaan  dibuat, perubahan telah berlaku  sejak didaftar  di bawah  JAKIM  atau Jabatan Agama Islam Negeri tetapi  masih banyak sekolah-sekolah ini dalam keadaan mundur, tidak berbangku dan bermeja dan murid-muridnya belajar dengan duduk diatas lantai atau tikar. Mereka tidak mempunyai  matlamat untuk mengambil  peperiksaan SPM kerana telah  didoktrinkan  tanpa sijil pun akan dapat mencari rezki.

 Hanya mereka yang tidak tahu tentang kelemahan pentadbiran institusi  agama yang akan mudah  percaya bahawa sekolah-sekolah tahfiz telah sihat walafiat setelah didaftarkan di bawah jabatan  berkenaan. 

 Ketidakcekapan  jabatan-jabatan agama terutama dalam urusan dengan orang ramai harus menjadi ukuran dalam melihat masalah kronik ini. Kerajaan PH wajar menjadikan agenda utamanya untuk memperbaiki pentadbiran jabatan-jabatan agama di seluruh negara walaupun ini bukan dalam bidang kuasanya. Orang ramai lebih suka  mendiamkan diri dalam soal yang berkaitan pentadbiran agama.

Pihak Kementerian Pendidikan wajar mengarahkan pegawai-pegawai yang berkenaan untuk meninjau keadaan sekolah-sekolah tahfiz yang telah didaftarkan dari semua aspek terutama keselamatan.

 Jika pentadbiran JAKIM cekap dan berkualiti  maka tidaklah Tun Mahathir bercadang untuk menutupnya sebaik sahaja menjadi PM kali kedua dan tidaklah tindakan secara tidak bijak  dibuat terhadap  intelektual Islam terhormat  Kassim Ahmad.

 Saya suka menyebutkan di Kedah sendiri ada beberapa tanah yang diserahkan  kepada ustaz-ustaz yang becadang membuka  sekolah  tahfiz tetapi akhirnya ditinggalkan bagitu sahaja kerana gagal  mendapat bantuan. Ada yang dibuka  sekerat jalan tetapi kerana masalah kewangan, tenaga pengajarnya terpaksa berpindah rendah. Anak murid terbengkalai.

 Berbagai lagi masalah yang dihadapi  oleh sekolah-sekolah tahfiz yang tidak mempunyai sumber pembiayaan tetap.

 Adakah ini aspirasi Menteri Pelajaran Dr.Mazlee sebagai asas kepercayaan  untuk memberikan pilihan bebas  kepada ibu bapa  memilih sekolah yang terbaik bagi anak-anak mereka?.

 Saya tidak menafikan ada diantara murid-murid tahfiz ini yang berpeluang melanjutkan pelajaran keluar negara tetapi  kenegara-negara Arab yang jauh lebih mundur  dari negara kita. Kemudian pelajar -pelajar ini akan pulang tanpa mendapat pasaran  dan hanya layak untuk membuka sekolah tahfiz.

 Dalam hal ini saya tidak menafikan nilai pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah Menengah Kebangsaan Agama  yang asalnya  dari sekolah swasta  tetapi mereka ini berada dalam sistem kebangsaan.

Bila saya menganjurkan penutupan sekolah tahfiz,  banyak yang mempersoalkan kenapa saya tidak menganjurkan penutupan  sekolah-sekolah vernacular. 

Kenapakah kita harus mengambil berat dalam soal ini? Jika masyarakat  Cina merasa masa depan mereka lebih cerah dengan berada di luar aliran perdana (self isolation) maka biarkanlah   kerana pada akhirnya di mana-mana negara pun aliran  nasional yang akan mendapat pengiktirafan.

Mereka sendiri yang  melakukan pengasingan diri yang akan akhirnya merugikan masa depan mereka sendiri dalam negara ini.



Dalam pada itu kita juga tidak boleh menyalahkan masyarakat Cina mengeluarkan anak-anak mereka dari sekolah aliran kebangsaan sekalipun pada mulanya memberikan sambutan yang baik.



Ini adalah akibat pendekatan kita  yang sempit yang terperangkap dalam  xenophobia  nasionalism diawal kemerdekaan untuk meMelayukan  dan mengIslamkan rakyat berbilang kaum  tetapi bukan  untuk Malaysiankan. Pendekatan melampau dan sempit  ini  menyebabkan anak-anak Cina  merasa tersisih dan ibu bapa mengeluarkan mereka dari  sekolah nasional.



26 comments:

  1. Zam,teruskan penulisan berani dan ikhlas.Melayu self destruc at this rate.Tahfiz school teaches students to memorize.They learn nothng else,Why is memorising so important in this day of digital recording?

    ReplyDelete
  2. Saya rasa main pun yg tan sri ingin ketengahkan adalah confidence level of management sekolah tahfiz.

    Saya setuju. Sedangkan kos operasi jga memerlukan sumbangan bagaimana mungkin pihak tahfiz boleh merancang perbelanjaan. Keadaan murid3 sentiasa bergantung kepada sumbangan. Akhirnya fi sabilillah disalahguna pakai menjustifikasikan keadaan begini.

    Kalau loan pn kita kene ada income yg stabil, inikan sekolah yg memikul tanggugjwb anak2 yg diamanahkan ibu bapa. Atau barangkali ibu bapa jga tidak amanah terhadap anak2 jagaan mereka dgn mengambil jln mudah menghantar anak ke tahfiz ?

    Apa solusinya ? Sekiranya tidak mendpt sumber yg tetap maka lebih baik ditutup. Lebih byk mudarat dr kebaikan. Keselamatan kesihatan dan quality pengajian tidak terjamin.

    Ini terbukti dgn beberapa kes kebakaran dan kematian serta kes2 tahfiz terbengkalai dan terjual.

    Lagipn hala tuju anak2 perlu.lebih concrete. Mmg rezeki Allah yg bagi tapi adakah cukup kita dgn tidak bertanggugjwb meletakkan segalanya pada falsafah ini tanpa membuat persiapan rapi?

    Di sini sudah nampak pemahaman cetek dan keceliruan agama org2 kita.

    Akhirnya kalau sekolah2 tahfiz ini membawa imej daif dan melepaskan segala beban tanggugjwb kepada tuhan sahaja sehingga membawa fitnah kepada agama islam maka lwbih baik tutup saja

    Ps. Comment bila mati panggil budak tahfiz jga adalah snobish, (inikah didikan agama tahfiz? Akhlak apakah ini? Begini dakwah islam ingin ditegakkan ?) berlagaknya bkn main. Saya lebih rela baca quran sendiri utk keluarga kalau mcm tu...

    ReplyDelete
  3. Salam TS Zam

    Saya rasa dalam pada ramai yg minta supaya kajian dan juga reformasi yg mungkin membawa kepada penutupan sekola tahfiz bermasalah dibuat bersekali dengan kajian kepada sekolah vernakular, tidaklah bermakna penutupan sekolah vernakular. Buatlah benchmarking dengan apa ‘success faktor’ yang di sekolah vernakular supaya dapat diterap ke dalam sektor sekolah aliran perdana dan juga sekolah tahfiz.

    Kita kena tinggalkan semangat bodoh sombong dan belajar kembali bagaimana membangunkan intervensi yang berlandaskan pengalaman sesetengah sekolah pendidikan vernakular yg mempunyai track record yang baik dan positif.

    ..nowwhat..

    ReplyDelete
  4. Menteri pendidikn ni nak khianat melayu ke? Nak luluskan UEC sekolah cina. Tahfiz pula TSZ nak minta ditutup. Huhuhu..khianat melayu betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko ni memang kampong habisss. Luluskan UEC tu dalam manifesto PH. So apa yg khianatnya? Melayu felda pon sokong PH.

      Soal sekolah tahfiz pun isu dah lama berlarutan, kerajaan PH perlu bertindak, so di mana khianatnya?

      Delete
    2. Mari kita bercerita tentang pengkhianat.

      Dalam satu-satu Negara ada sebahagian kita menjadi pengeluar hasil. Ada pula yang menjadi pemakan hasil. Kalau pemakan hasil lebih banyak dari pengeluar hasil, alamat Negara akan muflis dan kebuluran.

      Dalam satu-satu masa akan ada golongan yang tak mampu menjadi pengeluar dan hanya memakan hasil, contohnya budak yang baru lahir, budak sekolah, orang sakit tenat dan orang tua uzur. Tanggungjawab ini dipikul bersama oleh orang yang mengeluarkan hasil.

      Ustaz full time dan tahfiz kepala hangguk-hangguk apa hasil yang dijana nya? Sampai bila pun kalau tidak berubah, mereka akan jadi pemakan hasil yang menjadi beban kepada pengeluar-pengeluar hasil.

      Mereka yang sanggup melihat anak-anak Melayu kekal mundur, dhaif, jahil, dan mangemis bergantung harap atas ihsan orang lain itulah pengkhianat sebenarnya.

      Delete
    3. Oxford, cambridge, peking, NUS, caltech antara top U di dunia yg terima UEC. Bila local U awam terima maka berkurang lah brain drain. 18.08 awak faham ke semua nie?

      Delete
  5. Aiit... pelik.

    Dulu, sebelum PRU 14, setelah BN Sarawak iktiraf UEC dan bersama BN Sabah menobatkan Inggeris sebagai Bahasa penghantar, tiada pula kedengaran laungan, 'Huhuhu..khianat melayu betul'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samada 1i:08 ni Melayu yang meloncat tak tentu pasal ATAU dia belum cukup umur.
      Melayu sebahagian besar terima Malaysia dan telah tinggalkan semangat Tanah Melayu. Sejarah yang dikenang.

      Beb 18:00,
      Orang Melayu di negara lain dah lebih maju dari Melayu di Malaysia hari ni. Kita harus sedar. Sedar diri. Rajinkan tengok cermin, 18:08 supaya kita kenal diri kita.

      Delete
  6. Saya sarankan daripada skodeng orang khalwat, pegawai agama pergi audit semua sekolah tahfiz yg ada di Malaysia. Yg mana tak selamat, kewangan tak mampu, tenaga pengajar tak berkemahiran hendaklah ditutup. Yang mana diurus secara professional boleh diteruskan dgn improved syllabus yg sesuai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana seronok buat kerja macam tu.

      Delete
  7. Mengapa ibu bapa hantar anak belajar hafal Quran di pondok tahfiz persendirian?

    Sekolah agama dan pusat tahfiz kerajaan sangat terhad. Jadi ibu bapa akan cari pondok-pondok tahfiz persendirian yang ada. Minda Melayu juga sangat naif. Tidak siasat apa yang ada dan berlaku di pondok-pondok berkenaan. Dari segi guru, kurikulum, kemudahan dan bajetnya.

    Jika anak mereka boleh belajar tahfiz di semua sekolah menengah seluruh negara, maka ibu bapa tidak tercari-cari tempat untuk anak mereka belajar. Barangkali seorang guru tahfiz yang ada sijil tahfiz (e.g. Darul Quran) di setiap sekolah menengah memadai untuk anak-anak ini. Bukan semua ibu bapa mahu. Bukan semua pelajar minat. Waktu belajar boleh disesuaikan dengan waktu pelajar tanpa meninggalkan pelajaran SPM mereka. Sabtu, Ahad, petang dan malam. Sediakan hadiah untuk pelajar yang boleh menghafal dengan baik. Buat hebahan yang meluas supaya sampai kepada semua orang Melayu.

    Selepas tingkatan lima pelajar yang betul-betul minat dan ada kemampuan menghafal boleh mohon untuk belajar di Darul Quran dan cawangan-cawangannya. Belajar menghafal Quran boleh. Pelajaran SPM tidak tercicir! Hasrat ibu bapa tercapai!

    ReplyDelete
  8. Yang paling saya hairan mengapa lah kita orang orang melayu berduyun duyun menghantar anak anak mereka ke sekolah tafiz ni walau pun tahu sekolah itu tidak menjamin kejayaan masa depan untuk anak anak mereka. Bagaimana mereka nak mengharungi kehidupan yang mencabar jikalau apa yang mereka tahu hanyalah menghafal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibu bapa yang hantar anak ke pondok tahfiz sangat berharap anak mereka boleh membaca dan menghafal Quran. Minda orang Melayu sangat simple. Bila ada ceramah-ceramah yang menceritakan kelebihan orang hafal Quran, mereka mahu anak hafal Quran. Ibu bapa tak mampu hafal. Ada ibu bapa yang memegang kepercayaan individu yang hafal Quran sentiasa mendapat rezeki daripada Tuhan. Ada juga yang berpendapat anak yang hafal Quran boleh membawa ibu bapanya ke syurga!

      Delete
    2. Jadi nya ramai ibu bapa melayu hanya pentingkan diri sendiri kerana hanya mengirakan bab pahala sanggup membiarkan anak anak menghadapi masa depan tanpa ilmu pengetahuan yang membolehkan mereka bersaing. Kemudian kita mengeluh bangsa kita ketinggalan.

      Delete
  9. Saya berasa sinis dengan reaksi pemimpin-pemimpin utama negara kita terhadap cadangan Zam supaya sekolah tahfiz ditutup. Mereka bertanya mengapa Zam tidak mencadangkan supaya rumah pelacuran ataupun rumah urut tidak ditutup. Kahkah... Harap Zam siar komen ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anti Najib, yg minta ditutup sekolah tahfiz persendirian yg tidak dikawal. Bukan menutup sekolah tahfiz keseluruhannya. Ini bermakna sekolah tahfiz perlu dikawal selia supaya tidak ketinggalan dan berkualiti

      Delete
  10. Seragamkan pusat/sekolah tahfiz ni semua.
    Besarkan sekolah yang ada yang mengikut peraturan (KPM)
    Gabungkan murid2 yang berdaftar dari semua pusat tahfiz tak bertauliah ke sekolah tahfiz (KPM). Ustaz yang urus pusat tahfiz kecik2 ni kasi kerja di seKolah tahfiz (KPM).

    Tengok apa jadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Murid boleh belajar tahfiz Dan SPM.

      Delete
  11. Masalahnya sekarang tahfiz hanya menyediakan hafal sahaja dan tidak menyediakan muridnya ambil pepereksaan SPM.Masa depan mereka gelap dan serah pada Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lantik guru tahfiz di semua sekolah menengah. Seorang guru je dulu. Budak boleh belajar SPM. Boleh belajar tahfiz. ��

      Delete
  12. Sebenarnya bagus tahfiz ni... Kita mau seberapa banyak orang boleh menghafal Al-Quran. Bayangkan kalau semua orang Islam boleh menghafaz Al-Quran? Bisnes cetak Al-Quran akan menguncup dan bangkrap. Kita tidak perlu lagi aplikasi Al-Quran pada telefon pintar, semuanya ada dalam kepala. Kita tak perlu lagi pak-pak ustaz berceramah pagi petang siang malam, jadi pak-pak ustaz kena buat kerja yang menghasilkan produk. Pusat tahfiz tidak diperlukan lagi sebab semua orang dah pandai menghafal Al-Quran. Pak ustaz tak bolehlah nak tunjuk pandai lagi. Kita tak perlu lagi menggantung ayat Al-Quran pada dinding rumah untuk menghalau hantu setan. Kita tak perlu lagi minum air yasin sebab yasin dok ada dalam kepala dah. Tak perlu lagi minum air bacaan ayat Quran sebab ayat quran dok ada dalam kepala dah. Fuh... Memang senang hidup. Tapi yang aku pasti, masa tu melayu masa itu mungkin hanya mampu makan pucuk ubi dan pucuk paku sajalah. Sejarah membuktikan, bilamana manusia ramai-ramai dok buat kerja tak berfaedah, runtuhlah tamadun kemanusiaan itu. Bayangkanlah, kalau budak-budak kita dok hafal saja segala formula sains tanpa memahaminya? Memanglah peperiksaan dapat A+, tetapi dapatkah dia menggunakan ilmu yang dipelajari untuk manfaat diri sendiri dan manusia lain kalau dia tak paham pun.
    Semua orang tahu, untuk memahami Al-Quran, bukannya dengan membaca Al-Quran. Sebaliknya kita perlu membaca kitab lain yang bukan dari Tuhan. Iaitu kitab ciptaan manusia. Kerana menurut manusia yang mempromosikan kitab-kitab ini kita tidak boleh memahami Al-Quran tanpa membaca kitab-kitab ini. Bayangkan tanpa kitab-kitab ciptaan manusia ini... Manusia keseluruhannya tidak akan dapat memahami Al-Quran. Walaupun menurut Al-Quran itu sendiri Al-Quran itu mudah difahami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. panglimo potaseh14 July 2018 at 13:33

      Pak Zam.

      Saya sependapatan dgn kamu Cik Miring.

      Masalah nye aeilmu agama ala gila-gila ini ..bukan lagi ngetuk rumah kita.. tapi dia dah masuk tanpa di jemput.

      Tak caya cuba buka Astro saluran ugamanye.. dgr lah sendiri.. saya tak mau byk cerita.. dah ponek.

      Dalam siaran itu.. agama kita ni dah macam alat buat magik.

      Delete
  13. panglimo potaseh14 July 2018 at 12:45

    Pak Zam.

    Mana yg lebih utama.. kita sebarkan islam atau tegakan islam.. atau mana yg lebih senang diantara sebar dan tegak islam.. atau.. mana yang lebih masyuk?

    Cara orang kita berislam sangat pelik sekarang. Islam kita hari ini..di acu dengan kehidupan ala 1400 tahun dahulu.. kehidupan ala padang pasir.

    Apa yang mereka ada 1400 dahulu.. unta.. caravan.. kurma.. perempuan terlebih ramai drp lelaki.

    Bagaimana bentuk socio-fizikal dunia ketika itu. Jumlah penduduk yg tak sampai 1 billion. Dunia dianggap leper.. masa tu dah ada tamaddun China, Jepun.. malah dah ada kerajaan Mayan di benua yang belum kita ketemu.. mereka semua Kapir laknat.. tidak seperti kerajaan Rome dan Greece..Ahlul Kitab?

    Dan hingga lah ke hari ini.. daerah dan wilayah yang saya sebut tadi masih lagi kapir.. tak sekor pon usTaT yang nak pi disebarkan Islam kat sana.. melainkan pi shopping ke China atau nonton video di hotel German.

    Di tempat sendiri dah semakin banyak cerita ala Pak Pandir usTaT kita ceramah. Ini semua kerana nilai komersil.. mereka syok nyebarkan ilmu.. kadang2 saya semacam geli-geman pabila setiap hal yg di hembur oleh Pak usTaT dianggap sebagai ilmu.. disebut "Aielmoo" oleh mereka.

    Ceramah mereka sarat ngatakan yang ayat itu ini boleh bikin perkara magik.. mintak je.. dapat lah.

    Saya pernah dgr betapa jika kita baca wirid tertentu ..maka Syurga kita kelak akan tercacak pokok-pokok indah.. ini ok lagi.. tapi yg pening nye lilitan batang pokok tu yang ukuran nye sama semacam kita berjalan 500 tahun?

    Bayangkan impak sosial dan komuniti dgn kewujudan objek lebih panjang drp tembok China.. itu baru satu pokok?

    Ini baru satu contoh.. dah peningkan.. jadi jika Pak Zam yg usia dah lebih 70an tu lagi pening.. maka saya faham sangat. Saya Harap Dr.Mujaheed dan Dr. Maszlee tak pening sama.

    ReplyDelete
  14. Cadangan TSZ baik, telah dihuraikannya panjang lebar. Bangkangan komen-komen pun baik, tapi banyak yang tak baik. Sebagai Menteri Pendidikan yang baru inilah masanya Maszlee Malik memperlihatkan kecerdikan atau kebodohan dalam mengambil keputusan. Silap langkah buruk padahnya. Ingat senang ker jadi Menteri. TSZ tahulah susahnya kerana pernah menjadi Menteri Penerangan suatu ketika dulu. Maszlee Malik nampaknya terpaksa gunakan pepatah ini: "Menarik rambut dalam tepung. Rambut jangan terputus tepung jangan berselerak..."

    ReplyDelete