Sunday, 15 July 2018

BAHASA ARAB BUKAN LAGI BAHASA SAINS TEKNOLOGI DAN BIDANG PROFESIONAL.

JAWAPAN KEPADA PENDAKWAH FEUDAL 

Puan Maimunah Mohd Shariff Pengarah Eksekutif Program Penempatan Manusia PBB
KOMEN:
Anonymous:  Kesimpulan saya  berkaitan isu yang dibincangkan terdapat dua kumpulan yang membuat komentar. PERTAMA mereka yang berilmu (tidak kiralah latar belakang pendidikan mereka dari mana) yang memahami isu yang dibincangkan. KEDUA kumpulan naif yang taksub menerima maklumat dari guru-guru yang mana guru-guru tersebut pula mendapat ilmu dari guru-guru warisan mereka secara berterusan tanpa sedar tentang perubahan Kesimpulan saya setakat ini berkaitan isu yang dibincangkan terdapat dua kumpulan yang membuat komentar. PERTAMA mereka yang berilmu  yang memahami isu  tamaddun yang semakin maju dan laju mengalami perubahan. Kumpulan kedua inilah yang lebih banyak menghukum apabila gagal mengemukakan hujah.
ReplyDelete
Kita sering terdengar ada penceramah agama berkata...'penemuan sains ini dah disebut dlm quran 1400 tahun dahulu... bla bla'. Tp peliknya, yg mengkaji dan menemukan fakta sains itu adalah org kafir !!!! bukan kah sepatutnya dilakukan org islam kerana Quran dah beritahu awal2...
Ini kerana rata2 org islam kini hanya baca/hafal Quran tanpa mengkaji isinya !!!
ReplyDelete
Saya kesal seorang presiden bagi sebuah pertubuhan Islam (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid tidak memahami atau sengaja mahu mengelirukan pandangan saya kepada umum mengenai penilaian terhadap bahasa Arab sebagai bahasa ilmu.

Dalam tulisannya di forum Utusan Malaysia pada 13 Julai 2018, Mohd Azmi  mendakwa  saya dangkal kerana mengatakan tidak ada pakar Islam  dalam bahasa Arab.

Saya akui memang ramai pakar Islam  atau ulama  menerusi jurusan Arab tetapi  tidak ada kalangan profesional yang terkemuka di dunia menerusi pendidikan bahasa Arab kerana bahasa Arab bukan lagi  bahasa Sains, tekonologi, ekonomi dan lain-lain displin ilmu yang mempunyai nilai  profesional yang diperlukan untuk sumbangan kearah membawa kemajuan dan pemodenan  yang lebih besar kepada umat manusia.

Walapun pun Al-Quran dianggap sumber segala bidang ilmu yang ada sekarang tetapi itu adalah cerita beratus tahun dahulu ibarat cerita kegemilangan dan  kegagahan  Melayu di zaman Hang Tuah yang membawa kepada keyakinan Melayu tak akan hilang didunia tetapi dalam realiti dunia hari ini  bahasa Arab  bukan lagi bahasa yang ada pasaran dan kekuatan nilai antarabangsa kerana  daya kemajuan berfikir dan intelektualiti  orang  Arab disekat oleh ulama-ulama Arab yang taksub dan jumud.

Mereka  terpaksa melarikan diri untuk mencari kebebasan membaca , berfikir dn bersuara di nagara- negara Barat  kerana tertekan dalam  negara sendiri oleh hukuman, cacian, ancaman   ulama-ulama feudal yang bersifat seperti raja walaupun mereka bukan raja.

Oleh kerana tekanan ini maka perkembangan ilmu di negara-negara Arab  terbantut dan  menuju kemunduran termasuk di kalangan pembuat permaidani  sebaliknya pusat-pusat ilmu yang turut menjadi kebanggaan orang Islam sendiri terletak di Barat seperti Oxford Universiti di Britain, Harvard di AS atau Free Universiti di Germany yang meluaskan daya peningkatan ilmu  memberikan nilai tinggi kepada keluarannya.

Negara-negara Arab tidak menjadi tumpuan pelajar- pelajar  asing untuk melanjutkan pelajaran mereka dibidang profesional sebaliknya ramai pelajar-pelajar Arab yang berada di universiti-universiti   Malaysia sekarang 

Yang terkenal di negara Arab hanyalah Azhar Universiti yang keadaannya dan juga cara pembelajarannya adalah masih kuno hingga sekarang dalam serba kekurangan. Anak-anak kita  yang pulang dari negara -negara Arab terbatas pasaran mereka  di bidang agama  sahaja. Bidang kedoktoran di Mesir juga memerlukan Bahasa Inggeris.

Sebaliknya Malaysia yang terdedah kepada pendidikan sekular disamping agama sejak zaman penjajahan Inggeris, ulama-ulama kita  berfikiran sederhana dan terbuka dan memberikan pendidikan Islam secara formal dan sukarela tanpa  paksaan dan kekerasan.

Kemajuan  pendidikan  Islam dari sekolah-sekolah pondok kepada pemodenan sekolah Arab seperti Maahad Mahmud di Kedah  melahirkan pimpinan Islam yang berkualiti dalam bidang pendidikan , pentadbiran dan bidang-bidang perkerjaan lainnya. Dr. Abdul Halim Ismail rakan saya di Maahad Mahmud tidak mungkin menjadi Pengarah Urusan Bank Islam pertama malah membantu penubuhannya tanpa mendedahkan dirinya kepada pendidikan Inggeris  sehingga keperingkat  Oxford Universiti.

Pada keseluruhannnya sistem pendidikan negara telah melahirkan profesional Islam, tidak sahaja lelaki tetapi  juga wanita-wanita Islam yang dihormati  dunia seperti Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara terbaik di dunia, Datuk Nor Samsiah Gabenor wanita Bank Negara Malaysia  yang kedua  dan  Maimunah Mohd Shariff yang menjadi wanita pertama Asian dari Malaysia mengetuai sebuah  agensi Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai Pengarah Eksekutif Program Penempatan Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu.

Kemajuan wanita Islam Arab terutama dari Arab Saudi hanya baru sekadar boleh memandu kereta oleh kerana tafsiran Quran sebelum itu  wanita haram memandu kereta.Bukti  kemajuan ilmu dalam Bahasa Arab terbantut kerana kejumudan berfikir.

Apabila saya membaca tulisan Pengarah Kanan Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Mohd Sauki Abdul Majid(Mingguan Malaysia 15 Julai 2018) yang juga menyentuh saya mengenai sekolah  tahfiz   maka jelas kepada saya pentafsiran Islam dan Al Quran  yang sempit juga membelenggu pemikiran pendakwah-pendakwah kita. Dalam tulisannya itu beliau menekankan kepercayaaan bahawa sekolah thafiz akan melahirkan generasi ulul -albab.

Apakah pembangunan universiti-universiti dengan tenaga-tenaga pengajar Islam  yang profesional di UITM, Universiti Malaya ,UKM dan sebagainya bukan kerana sistem pelajaran negara yang Islamic tanpa menekankan ulul-albab.

Mohd Sauki disempitkan fikirannya oleh kepercayaan yang tidak disedarinya bahawa orang Islam harus mencari kekuatan menerusi pengasingan  dari aliran perdana sejak zaman persekolahan rendah  lagi.

Dengan pengasingan  menerusi sekolah-sekolah tahfiz, maka  akan melahirkan orang Islam yang ulul-albab, generasi Islam yang lebih beriman dan lebih teguh ke Islamannya tetapi sebenarnya anak-anak kita yang tidak  terdedah kepada dunia luar dan  pergaulan bebas akan menjadi orang-orang Islam yang lemah dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat bukan Islam.

Tetapi anak-anak kita yang terdedah kepada dunia luar dan memaksa diri bergaul dengan bukan Islam  tetapi tetap dengan ke Islamannya adalah lebih kuat dari ulul- albab dari  sekolah-sekolah tahfiz yang hanya terbatas pergaulan dengan sesama Islam sahaja.

Sebenanya kita  mempunyai  badan-badan dakwah yang menjadi penghalang kepada kamajuan umat Islam di dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia yang memerlukan orang-orang Islam dengan keterbukaan minda dan kemampuan sosial yang tinggi dan tidak terbatas.

Golongan pendakwah yang sempit fikirannya seperti yang ada didalam MAPIM dan YADIM apabila tidak dapat memberikan jawapan kepada perbincangan secara terbuka akan membuat ugutan dan hukuman atau  melaporkan kepada polis atas apa yang sensitif kepada fikiran mereka. Mereka ini sama seperti ulama-ulama feudal  di negara-negara Arab yang membawa keterbatasan  kepada pendidikan dan pengajaran Al-Quran.

66 comments:

  1. Salam TS, mereka masih terpikal dengan fahaman lapok dan syok sendiri. Wassalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Pak Zam.

      Begitu juga anak-anak kita yang tak reti bercampur gaul di sekolah dan universiti, hanya cenderung untuk berkelompok dengan kawan sebangsa, senegeri dan sedialek. Otak pun tak berkembang.

      Zaman saya di luar negeri dulu, pelajar Melayu juga cenderung untuk berkampung sesama sendiri dan langsung tak tahu apa perkembangan masyarakat keliling. Ada di antara mereka ini, buang duit saja hantar mereka ini ke luar, baik duduk belajar dalam negeri sendiri.

      Sekarang kita disajikan rancangan-rancangan TV yang senada, umpama travelog halal dsb yang kadang-kadang pelik. Bayangkan, penonton dibawa ke Shanghai atau Amsterdam tetapi pengacara sibuk terkontang-kanting mencari di mana kedai nasi goreng orang Indonesia. Absurd sungguh, kalau nak makan nasik goreng duduklah di rumah, kenapa susah payah pergi ke Shanghai but not experiencing something new? Ianya juga membunuh curiosity dan exploration spirit.

      Masih ada antara kita yang adventurous, ambil semangat penjelajahan Saad Abi Waqqas atau Ibnu Battutah, tapi makin ramai yang sekadar melancong macam tak pernah keluar kampong. Setakat selfie dengan Eiffel Tower untuk post di FB, tapi asal-usul jatuh-bangun kota Paris haram tak ambil pusing.

      Zaman ini langit terbuka tapi minda kita yang masih tertutup.

      Delete
  2. Zam dulu masuk universiti mana ya nak komplen2 bahasa arab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak dulu masuk university mana ya, tak faham apa subjek sebenar perbincangan?

      Delete
    2. Awak belajar sains guna Bahasa Arab ke? Menu Windows, keyboard tablet, manual repair kereta, baca suratkhabar awak pun Bahasa Arab. Download movie Avengers pun yang telah di-dubbing dalam Bahasa Arab. Atas katil malam jumaat pun bersenda gurau dalam Bahasa Arab.

      Fuyoh. Memang keAraban yang melimpah meleleh-leleh.

      Delete
    3. Arab leleh, tak perlu kita nak hina bahasa arab kalau tak pandai bahasa arab. Bahasa arab bahasa al quran. Cara kamu bercakap macam seorang kafir atau yahudi laknatullah kerana menghina bahasa al quran. Semoga diberi hidayah untuk bertaubat.

      Delete
    4. Arab leleh hina daya fikir kamu, tapi sama spt org yg spt kamu, kamu alihkan penghinaan kpd kamu itu kepada alQuran. Yg selalu menghina islam islam tanpa sedar adalah kamu anon 9.07

      Delete
    5. sebab bahasa arab bahasa alquranlah patut dipertahankan. Bukan setakat menghukum org lain apabila tidak sealiran.Org Melayu taksub bunyi Arab sikit itulah Islam bagi mereka. Patut memikir bagaimana utk mengembalikan bahasa Arab (kerana diturunkan alquran dlm bahasa tersebut) menjadi bahasa ilmu seperti Zaman Kegelapan dulu. Tidaklah lahir lebai kolot yg tidak dpt berhujah dgn baik kemudian suka menghukum org. Arab sendiri pun huru-hara.Arab bukan bermakna Islam.Pandangan bahasa arab hari ini bukan bahasa sains, teknologi dan ekonomi patut diterima kenyataan ini. Tidak bermakna melupakan alquran. Apabila berhujah dgn idea yg bernas tidaklah org lain memandang rendah terhadap Islam, tidak seperti Lebai Melayu taksub lebih arab dari arab yg gagal berhujah secara terbuka spt kata TS suka menggugut dan menghukum.

      Delete
    6. Untung siapa pandai Bahasa Arab. Lebih untung kalau boleh hafal Quran. Boleh bantu masyarakat memahami agama. Boleh dengan senang counter check ceramah-ceramah agama.

      Kalau tidak kena guna Quran Apps dan google translate untuk bantu kita. Pun bagus juga! Malah jauh lebih bagus banding dengan keadaan kita 30 tahun dulu dari segi mudahnya belajar dan memahami Bahasa Arab.

      Marilah kita belajar!

      Delete
  3. Zam, mahathir dulu menolak cadangan haji hadi untuk membuat muzakarah mengenai amanat haji hadi. jangan kolot tan sri..

    ReplyDelete
  4. Malangnya ramai bijak pandai Melayu yg sudah termakan ajaran2 dan cerita2 merepek yg dibawa oleh ustad2 ustazah2 yg tidak ada dalam Quran.

    Semakin tua, semakin takut mati, semakin mendekati masjid, semakin tak boleh menggunakan akal fikiran. Terima bulat2 ajaran dan cerita merepek. They also become very judgemental of others unlike them.

    ReplyDelete
  5. Zam demonises to unveil the sinister truth,
    he is being demonised for the truth unveiled the sinisters,
    Zam's journalistic menace radicalises the norm from their silent domains,
    his radicalism in the silent domain is menacing to the journalistic norm,
    Zam's piercing advocacy is a representation of himself characterised by past events resenting its future,
    he thrives on ugly revelations, on complacent intentions, on misfits of faith
    "To put out the fire the candle must first burn"

    ReplyDelete
  6. YADIM, JAKIM, JAIM, JAWI, MAWIP dan lain-lain badan Islam, sila jawab persoalan ini:
    1. Kenapa lebai berjubah, ketayap/serban terpacak dgn peti derma di pasar malam, pasar borong, RNR dan depan bank
    2. Kenapakah Tok Sami Hindu, Buddha, Rahib Kristian tak pernah lakukan perbuatan yg serupa spt lebai yg memalukan Islam
    3. Kenapakah pak lebai berjubah berserban ketayap kerap perdagangkan agama dgn menjual air doa, air yaasin, kismis doa

    Ashraf Wajdi Dusuki, Jamil Khir, Dr MAZA, sila jawab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malaysia sepatutnya mengeluarkan product seperti Dr Zaharuddin dan Dr Mazlee..warak dan berakhlak mulia sebagai orang berugama Islam tetapi mempunyai intellectuality yg diendorse oleh barat melalu kelulusan PhD..mereka mampu berbahasa Arab dan Inggeris dgn fasih..kita seharusnya bangga dgn kejayaan mereka..

      Delete
    2. Saya setuju penuh tetapi kita mesti menerima hakikat bahawa tidak semua orang diberikan oleh Allah otak yang bergeliga dan juga kepuyaan menguasai bahasa seperti mereka maka itu kita salurkan gulongan majoritiyang sederhana kealiran yang tidak menyusahkan d mereka dapat dapat juga menjadi product dalam masa yang singkat dan bukan membuang masa di sekolah tahfiz kerana di negara kita banyak saluran

      Delete
    3. Maaf banyak kesilapan dan ketinggalan. Harap saudara memahaminya.

      Delete
    4. Mak Pak X ajag Ka asas Islam... Wei pundek.... Aku pun X pandai là sangat to utk dakwah Islam ni Aku tetap Bantu in syaa Allah... Nak Tanya hg ni syiah Ka wahabi atau manusia bangang...

      Delete
    5. Saya senghaja siarkan komen seperti ini untuk membezakan antara orang yang tepelajar dengan yan tak pelajar,antara yang merasakan diri mereka sebagai orang Islam yang lebih baik tetapi sebenarnya tidak lebih dari seorang yang bebal unislamic dan akan menyebabkan orang memandang rendah kepada Islam bahasa mereka yang kurang ajar,tidak sopan.

      Delete
  7. Salam Tan Sri Zam

    Persoalan penting – mana lebih dituntut oleh Islam – menghafal al-Quran atau memahami ilmu yang terdapat didalamnya dan senantiasa hidup mengamalkan ajaran-ajarannya?

    Jawapan kepada soalan diatas sudah pasti juga memberi jawapan kepada persoalan -- adakah sekolah tahfiz dapat memenuhi tuntutan agama Islam, atau sebaliknya!!

    Kita yakin -- Al-Quran mengandungi segala ilmu. Ilmu yang telah ditemui oleh manusia, dan juga ilmu-ilmu yang masih belum ditemui oleh manusia. Tetapi sedikit demi sedikit ilmu-ilmu baru dapat ditemui oleh para saintis dan para penyelidik.

    Oleh itu, manusia akan lebih berupaya mengesan dan memahami banyak ilmu-ilmu yang terdapat didalam Al-Quran, sekiranya mareka terlebih dahulu menguasai ilmu-ilmu seperti astronomi, astro-fisik, matematik, biologi, kimia, fisik, psoikologi, perubatan, psikiatri, sosiologi, ekonomi, dan lain-lain.

    Oleh yang demikian akan lebih mendalam dan tajam kehafaman Al-Quran seseorang sekiranya dia juga dibantu oleh ilmu-ilmu saintifik.

    Sekiranya kenyataan ini diterima, maka dimana kita nak letak sekolah-sekolah tahfiz??

    ReplyDelete
  8. Sekolah kebangsaan sekarang sibuk mengajar bahasa arab... tapi entah apa nilai nya bahasa arab sekarang.. membazir masa murid-murid. Patut ditumpukan kepada pelajaran lain yang lebih berfaedah. Saya menyeru supaya pendidikan disatukan tanpa mengikut bangsa. Malaysia satu-satunya negara di dunia yang mengasingkan sekolah mengikut bangsa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nilainya kerana masyarakat telah meletakkan nilai yg tinggi pada seseorang yg boleh berbahasa arab, tahu dan boleh memimpin ritual2 agama

      Delete
  9. b melayu jadi apa pulak ?????
    gagalnya pemimpin melayu menjadikan bm maju
    sebab tak da jati diri melayu
    nak pi jepang jerman belajar tekonolji kena belajar bahasa depa sebab depa bersungguh menjadikan bahasa depa maju
    salah melayu punya pemimpin gagal membawa malayu ke arah
    yang betul
    yang pasti pemimpin melayu banayk nak senang saja
    malas berpikir untuk melayu n negara
    bahasa sendiri tak bangga - boddoka apa
    ynag tau nak buat projek rasuah

    b arab bahasa Al quran sepatutnya semua pemimpin Islam jadikan bahasa ni untuk umat Islam diseluruh dunia
    pi mana pun umat islam boleh gunakan b arab selain bi

    tak tau bi rasa hina tak tau b arab rasa bangga
    apa punay boddo pemikiran macam ni

    berapa lama dah kita dalam keadaan ni
    dah tua nak mati pung duk jahil lagi b arab
    bila denagr bacaan Quran tak tau apa

    ada pemimpin negara pung macam kita jugak anti b arab
    patut ramai umat islma negara ni jadi boddo b arab
    tak da galakkan untuk belajar bahasa ni bersungguh

    rugi tak tau bahasa Al Quran
    kata pandai belaka takkan nak belajar b arab pung
    tak boleh

    ada ajenda tersembunyi untuk jauhkan umat islam dari Al Quran

    Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia.
    Sesungguhnya manusia itu amat dzolim dan amat BODO

    kalau denagr bacaan ayat quran ni apa yang kita tau
    kalau kita tak tau bahasanya

    tentulah rugi jawapnya

    bila kita denagr imam baca ayat quran panjang sikit kita
    jadi lemas sebab kita tau apa yang dibaca
    salah sapa

    kalau kita tau bm b arab bi apa ruginya
    ada akai mau pakai


    ReplyDelete
    Replies
    1. Hebat atau gahnya sesuatu bahasa itu berpunca daripada majunya sesuatu bangsa yang menggunakan bahasa itu. Bukan sebaliknya. Buatlah undang-undang apa pun untuk majukan bahasa, ianya tidak akan maju kerana bangsa itu sendiri mundur. Bahasa Arab menjadi popular dan berguna apabila lahirnya Al-Quran dan pelbagai kitab-kitab ilmu dari orang yang bertutur bahasa Arab. Runtuhnya bahasa Arab kerana tiada lagi buku-buku ilmu, kajian-kajian oleh penutur bahasa itu. Penutur bahasa arab kini hanya menggunakannya untuk ritual agama dan berperang untuk menentukan yang aku betul dan kau salah. Sekiranya banyak kajian mahupun ciptaan-ciptaan dari penutur bahasa arab saya pasti bahasa Arab akan menjadi mahsyur semula tetapi sayang.... Untuk mempilot MIG 29 anda perlu tahu bahasa Rusia. Ini kerana teknologi itu datang dari orang yang menutur bahasa itu. Kemunduran orang Arab, orang Melayu adalah kerana percaya kepada syurga ciptaan manusia dan menyebabkan bahasa mereka hanyut bersama-sama mereka. Tiada manfaat langsung mempelajari bahasa Arab dalam erti kata menimba ilmu. Bahasa Arab tidak diperlukan didalam mematuhi hukum Tuhan dan kehidupan seharian. Bahasa Arab hanya diperlukan untuk mencapai syurga ciptaan manusia. Dan kalau nabi itu orang Jepun maka sibuklah orang melayu hari ini mempelajari bahasa Jepun. Kita harus berdepan realiti yang bahasa Arab bukan bahasa Ilmu. Adakah Tuhan tidak paham jika kita bertutur bahasa lain selain dari Arab?

      Delete
    2. Bahasa arab? Perghhh....orang2 arab dalam oil n gas di saudi dubai qatar dan semua negara arab cakap english. Orang arab cakap english semua sector spt pembinaan, marine, engineering, aviation. Yg tak tau omputih tu arab kampung.

      Delete
    3. di timur tengah tu hampir semuanya berbahasa arab, tapi tengok lah keadaan negara mereka

      Delete
  10. Saya setuju dengan pandangan TS dan Mohd Sayuti Omar

    ReplyDelete
  11. Salam TS,
    Saya setuju dengan pandangan Bahasa Arab sudah tidak menjadi bahasa sains, tekonologi dan ekonomi hari ini. Terdapat pembaca yang seperti hendak mempertahankan Bahasa Arab kerana Al-Quran diturunkan dalam Bahasa tersebut,tetapi mereka ini gagal memberi hujah-hujah yang baik berkaitan dengan apa yang dibincangkan dengan memberi komen liar. Betul juga apa yang dinyatakan oleh Fikir Tajam (dengan pertanyaan kenapa?). Ataupun seperti kenyataan TS pada perenggan terakhir apabila "Golongan pendakwah yang sempit fikirannya seperti yang ada didalam MAPIM dan YADIM apabila tidak dapat memberikan jawapan kepada perbincangan secara terbuka" akan mengambil tindakan yang nampak boleh memalukan Islam.

    ReplyDelete
  12. Walaupun terdapat kebenaran dalam pendapat TS, orang melayu takkan mudah menerima pendapat tersebut. Bahasa dan budaya Arab sudah melekat dlm sanubari Melayu sbg sunnah Islam dan menentangnya akan menghakis kepercayaan Islam spt yg difaham oleh org Melayu. Malah banyak perkataan melayu sudah diganti dgn bahasa Arab. Sedekah duit kpd pemimpin dahulu pun dikatakan sbg sedekah Raja Arab. Hidup lah org Melayu dlm khayalan sbg Arab celup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg benarnya kenyataan saudara Karim adalah terhadap segolongan kecil melayu luar bandar. Orang lain di kampong biasa biasa jerr, tak nak laa kutuk dia orang ni depan2.

      Melayu di bandar yg berbudaya arab pun ada, tapi mereka ni berasal dari kampong dan cuba mengkampongkan orang kl. Dia orang pun paham orang kl buat donno, malah perlekeh dia orang.

      Tapi golongan ni sebenarnya minoriti dah. Saya percaya melayu majoriti, bandar atau luar bandar, tak kolot.

      Delete
  13. tan sri apa yang saya tengok sekarang nie geng geng pak lebai menjadikan agama satu perniagaan... betul u kat arab al azhar jer tue pun pendidikan kuno porah punya lebai

    ReplyDelete
  14. Tan Sri,
    Saya setuju dengan kenyataan Tan Sri bahawa bahasa inggeris adalah bahasa ilmu pada masa sekarang.

    Tetapi bagi mereka yang mahu belajar bahasa arab, belajar hadis, Al-Quran, Fiqh dan lain2 tidak perlulah kita mengejek mereka. Bukannya smua rakyat kita belajar di tahfiz.

    Bagi saya, cikgu yang mengajar di tahfiz lebih berdedikasi dgn hanya bergaji Rm1600, mereka dapat membimbing anak2 kita menjadi hafiz, imam dan bangun solat subuh berjemaah.

    Tapi satu benda yang Tan Sri perlu tahu ialah, syarahan oleh cikgu2 dan ustaz2 kita dalam bidang agama adalah sangat2 mudah difahami, tidak seperti syarahan yang diberikan oleh pensyarah2 kita di pusat2 pengajian tinggi awam.

    Apa yang saya ingin jelaskan ialah ketidakfahaman pensyarah kita dalam bidang mereka berbanding dengan pemahaman cikgu2 di sekolah tahfiz dalam bidang mereka iaitu bidang agama islam.

    Kalau pensyarah kita dapat memberi syarahan ilmu fizik atau matermatik sperti cikgu atau ustaz kita dlm bidang agama, kita akan dapat lihat rakyat kita akan berubah dengan meminati bidang sains dan teknologi.

    ReplyDelete
  15. Kalau Bersatu,PKR dan Amanah sokong hapus Tahfiz...confirm mereka akan ditolak umat Islam pada next GE15

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang dinyatakan oleh TS Zam sebelum ini ialah berkaitan kawalan terhadap sekolah tahfiz persendirian yang tidak terkawal. Kenyataan tersebut dimanipulasi dengan mengatakan untuk menutup sekolah tahfiz (memberi persepsi secara umum untuk menutup semua sekolah tahfiz) supaya orang Islam di Msia khususnya orang Melayu marah terhadap Kerajaan sekarang. Jika orang Melayu Islam terus menerima mengikut emosi tanpa mengambil tahu sebab-sebabnya, mereka inilah yang mudah dipengaruhi. Ini juga sebahagian dari propaganda untuk PRU akan datang. Orang Melayu Islam patut menjadi lebih matang dan tidak begitu naif dan mudah dimanipulasi.

      Delete
  16. Selamat Tan Sri.

    Bahagian satu,

    Saya yakin, pandangan Tan Sri mengenai pusat tahfiz adalah semata-mata untuk mempastikan KEJAYAAN anak-anak Melayu. Kejayaan kita tertakluk kepada sejauh mana kita mematuhi hukum Tuhan.

    Surah Aal-e-Imran, Verse 190:
    إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ

    Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;
    (Sheikh Muhammad Basmieh)

    Saya tertarik dengan perkataan Ulil Albab. Maka saya sertakan ayat Al-Quran seperti diatas.

    Untuk menempah kejayaan kita haruslah mematuhi hukum Tuhan. Malangnya kita hanya tahu tentang hukum Tuhan daripada bukan Ulil Albab, yang datangnya dari ustaz-ustaz yang hanya mampu bercerita tentang Hukum Tuhan berkenaan syurga dan neraka sahaja. Dan ditambah cerita-cerita mistik yang digunakan oleh ustaz-ustaz sebagai penyeri ceramah, sebagai satu doktrin memperbodohkan manusia.
    Segala yang ditemu dan dikaji oleh saintis, kita tidak mengambilnya sebagai hukum Tuhan, malahan akibat daripada penemuan sains banyak datangnya dari saintis yang kita katakan Kafir maka hukum Tuhan yang diterokai saintis tersebut dikatakan ilmu Kafir. Golongan manusia dungu, mendungukan manusia-manusia lain dengan doktrin "ilmu kapir" sehingga umat Islam mundur dan menjauh dari memahami hukum Tuhan.
    Isaac Newton meneruskan pemerhatian dan fikiran Kepler berkenaan pergerakan planet-planet sehingga menghadirkan pemahaman tentang salah satu hukum TUHAN (bagaimana tuhan memerintah dunia ini) iaitu hukum pergerakan dan graviti. Kini dengan ilmu itu (hukum Tuhan) kita dapat melepaskan diri dari graviti dan menempatkan satelit-satelit buatan yang banyak membantu manusia didalam kehidupan. Dari sistem navigasi hinggalah penyiaran. Dan manfaatnya turut dikecapi oleh orang Islam. Malahan ceramah-ceramah temberang ustaz-ustaz turut disiarkan melalui teknologi ini.
    Saya ingin tampil kan ayat berikutnya selepas ayat diatas,

    Surah Aal-e-Imran, Verse 191:
    الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

    (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
    (Sheikh Muhammad Basmieh)

    bersambung....

    ReplyDelete
  17. Bahagian dua.

    Pertanyaan saya, adakah orang-orang Islam hanya mampu berkata-kata tentang tidak sia-sianya ciptaan Tuhan itu. Kini penciptaan Tuhan dan hukum-hakam yang digunakan tuhan dalam mentadbir dunia ini disia-siakan oleh orang yang mengaku Islam kerana mereka menjadikan kitab mereka sebagai mentera, untuk dilagukan, untuk dihafal tanpa memahami kehendak tuhan terhadap mereka. Sedangkan jika kita memahami hukum Tuhan, tidaklah menjadi sia-sia kehidupan kita, kerana kita dapat mempraktikkan malah menggunakannya untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain. Hasil fikiran dan pemerhatian manusia yang kita kata kapir juga yang membenarkan kita mengerjakan haji menaiki kapal laut malah kapal terbang pada hari ini. Siapa yang Ulul Albab? Yang menjadikan kitabnya sebagai mentera sakti atau yang melakukan pemerhatian, memikirkan dan memahami hukum Tuhan?
    Beberapa pembahas membangkitkan yang penemuan sains hari ini disahkan oleh Al-Quran. Jika benar, mengapa tiada seorang ustaz pun yang bercerita tentang graviti? Tiada ustazah yang bercerita atau menerangkan tentang alam semesta yang sedang berkembang dengan laju ini? Mengapa tiada ulama-ulama tersohor mengajar kita mencipta pelbagai peralatan yang boleh membantu kehidupan manusia? Sebaliknya apa yang mereka ajar hanyalah kisah-kisah yang tidak masuk akal. Kitab-kitab karangan mereka hanya bercerita pemahaman mereka melakukan ibadat dan cara-cara masuk syurga, dan cara-cara masuk neraka. Mana dia yang mereka katakan segalanya diterangkan didalam Al-Quran? Atau mereka langsung tidak memahami apa yang penulis Al-Quran sampaikan? Langsung mereka terus-menerus berpegang pada sangkaan-sangkaan yang mereka jadikan tradisi. Semua orang yang rajin membaca tahu betapa teruknya ibnu Sina dan ibnu Rushd dihantam oleh Al-Ghazali (bapak segala MISTIK), hanya kerana mereka meneruskan pemikiran yang dipelopori oleh bangsa Grik. Ialah kan.... Ilmu Kapir lah katakan. Dan kini ramai ustaz-ustaz meneruskan sisi Al-Ghazali yang ini sehingga terbantut otak mempelajari bahawa orang yang meniup seruling itu MUNAFIK. Kehidupan ulama-ulama dan para ustaz ini tidak lebih dari menyempurnakan gerak langkah ibadat mereka, membezakan antara kafir dan Islam, membezakan antara munafik dan beriman sehingga mereka tidak senang dengan gaya ibadat orang Islam lain, tidak senang dengan pemahaman orang lain. Natijahnya mulalah manusia lain turut serta didalam perlumbaan ini. Apa sahaja yang buruk berlaku dikaitkan dengan tidak sempurnanya ibadat. Persoalan seperti, Saya tertinggal satu rakaat, apa perlu saya buat untuk perbetulkan? Saya terpandang perempuan tidak menutup aurat, adakah puasa saya masih ok? Perlukah saya sembahyang tangan disisi badan atau qiam? Perkara ini berlarutan sehingga umat Islam semakin jauh dari kebenaran. Mereka mencari jalan-jalan mistik untuk mencapai kejayaan. Sampai bila kita harus terperangkap dengan mainan ustaz-ustaz palsu ini, yang langsung tidak memahami Al-Quran sedangkan mereka hanya meneruskan tradisi mistik ciptaan guru-guru mereka? bersambung.....

    ReplyDelete

  18. Bahagian tiga.

    Siapa yang akan Tuhan tolong kalau orang itu tidak menolong dirinya sendiri. Saya pasti setiap kali pilihanraya parti-parti orang melayu berdoa kepada tuhan memohon kejayaan. Selama 60 tahun Tuhan menjawab dan memberikan kemenangan kepada UMNO. Mengapa ada kawasan yang tuhan tidak memberikan kemenangan kepada UMNO? Saya pasti parti PAS lagi kuat berdoa serta bersembahyang hajat. Tetapi adakah Tuhan mengurniakan kemenangan kepada mereka? Ya, disesetengah kawasan. Mengapa hal ini berlaku? Siapa yang lebih benar Islamnya sehingga Tuhan memberikan kemenangan kepada mereka? Bagi saya, kita sendiri yang berusaha mencapai kemenangan berlandaskan serta menggunakan hukum tuhan untuk menempah kejayaan.
    Lihat saja, Usain Bolt yang merupakan manusia terpantas. Dia hebat kerana dia menurut dan memahami hukum Tuhan walaupun bagi kita, dia seorang Kapir. Dia tahu bagaimana untuk memaksimumkan potensi ototnya melalui rejim latihan yang direka berlandaskan hukum Tuhan iaitu bagaimana tubuh badan bertindak balas dengan latihan-latihan yang dilakukan. Dia tidak mencapainya dengan berdoa kepada Tuhan sebab kita tahu dia bertuhankan Jesus. Yang pastinya tuhan tidak memberi kemenangan kepada Kapir.
    Lantas apa yang kita tahu hari ini telahpun menjadi satu tradisi yang memundurkan umat Islam. Selagi kita melantik mereka ini menguasai pejabat-pejabat agama, JAKIM dan sebagainya selagi itulah mereka akan menekan yang orang lain yang tidak ikhlas beribadat punca kepada kemunduran. Sedangkan mereka lah punca kelemahan dan kerendahan jiwa orang Melayu Islam. Mereka lah yang mencipta frasa bahawa dunia ini untuk Kapir. Mereka berangan-angan bermalas-malasan di syurga ciptaan mereka.

    Terima kasih Tan Sri.

    ReplyDelete
  19. setuju dgn hujah-hujah ir.miringila

    ReplyDelete
  20. panglimo potaseh16 July 2018 at 14:54

    Pak Zam.

    Saya tertarik dgn perengan PZ.. yg nyatakan, badan dakwah (Islam) yang jadi penghalang kpd kemajuan negara.. dakwah yg memerlukan keterbukaan minda dan bukan kandungan dakwah yang sempit.

    Saya ingin berkongsi pengalaman semasa saya berpeluang jadi konsultan pakej kursus untuk dua badan ugama yg berbeza.. Islam dan kristian.

    Mulanye kursus dakwah kristian yang dihadiri oleh 150-200 peserta termasuk beberapa org drp Singapura.

    2 bulan sebelum bersidang penganjurnye seorang wanita tampak moden dan menawan telah memanggil saya utk berunding keperluan mereka dan apa yg saya boleh tawarkan untuk kemudahan penginapan, rekreasi dan kursus.

    Badan dakwah Kristian ini memohon pada saya pakej sehabis murah untuk seminggu. Saya tawarkan mereka penginapan apartment 3 bilik yg akan diisi oleh 10 peserta.. 6 tidur dlm bilik.. 4 sofa bed.. 4 kali makan dgn menu paling murah dan Dewan kursus.

    Alhamdullilah mereka sgt bersyukur dan gumbira ..dan janji akan datang lagi.. mmg mereka datang dan datang lagi .. hallelujah kata mereka.

    Dengan kuasa Allah.. tak lama kemudian saya dipanggil oleh Pusat Islam untuk bincang kemudahan apa yg saya boleh bagi.

    Yang panggil saya seorang Penolong Pengarah yang ada gelaran Tuan Haji Ustaz Doktor. Bak kata Zamihan Dr. yg bebetul punye. Jadi saya pon buat temu-janji.

    Tepat pada janjinye saya pun pergi lah ke Pusat Islam. Bila tanya mana Tuan Haji Doktor.. sekor pun tak tau kat mana dia.

    Mujur ada penolong nye seorang Kerani Rendah.. saya andaikan selera peserta Pusat Islam ini mungkin sama dgn pendakwah Kristian tu.. senang kerje.

    Kerani tu ambil pakej 2 org sebilik.. makan 6 kali dgn menu lebih mahal. Jumlah peserta 50pax untuk 4 hari. Dengan satu jamuan BBQ.

    Saya banga yang pendakwah kita walau pun ajar org idup cara nabi tapi nafsu makan masih ada.. tengok badan la.

    Bila masa kursus bermula.. petangnye saya dapat panggilan dari resort saya.. kiamat dah bermula.

    Peserta dakwah Pusat Islam mengamuk.. ngapa mereka perlu kongsi bilik.. para ulamak ini perlu priversi. Mereka mula mempertikaikan makanan kita ..tak sedap kata mereka.. tak halal kata mereka utk cari sebab.. mereka check dapor.. dan terus caklibut.. ikut suka hati mereka je.

    Kita tetap meminta bayaran sebab kita dah ada surat janji.. kita tak buat apa2 salah.. 8 bulan kemudian baru lah setel bayaran.

    Kesilapan yang pertama mereka buat ia lah.. Sang Kerani yg berjiwa Islam tu telah cuba untuk berjimat dgn ambil pakej 2 org sebilik dgn makanan sederhana yg sepatutnye menu lebih mahal lagi.

    Saya percaya lepas peristiwa itu kerani tersebut tak akan buat silap lagi.

    ReplyDelete
  21. apa guna hidup lama pung b quran tidak boleh dipahami
    sampai ke matiiii
    kalau setakat gah ngan nama islam walau maju macam sesetengah negara kapir (bukan semua negara kapir maju pung)
    di sisi Allah apa nilainya kalau bab ugama diperelekehkan

    Demikianlah (perintah Allah). Dan barang siapa mengagungkan syiar-syiar Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati.

    Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.

    ramai ynag maseh bangga untuk pertahankan kejahilan b Quran untuk keturunannya
    selamat berjuang untuk terus jahil sampai kiamat

    Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.

    tak paham b quran nak dapat pelajaran apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau off topic la samdol. Ngaku pandai bahasa melayu tapi intipati posting ts zam dalam bahasa melayu pon kau tak paham.

      Delete
  22. Bertaubatlah daripada menulis benda-benda mengarut.

    ReplyDelete
  23. Sudah jelas terbukti benar kata TS ZAM "apabila tidak dapat memberikan jawapan kepada perbincangan secara terbuka akan membuat ugutan dan hukuman" nampak seperti begitu naif

    ReplyDelete
  24. Mereka seperti tidak faham isu apa sebenarnya yang dibincangkan. Emosional sangat, last resort menghukum.

    ReplyDelete
  25. perbincangan kurang ilmu, akhirnya bahasa arab yang jadi mangsa? adakah bahasa melayu bahasa ilmu? hebatnya sesuatu bangsa adalah kerana hebat bahasanya? masalah umat islam hari ni riuh bincang masalah kecil seperti ini, akibatnya terlupa tugas hakiki. bahasa jepun, german dan sebagainya popular kerana banyak penerbitan ilmu dalam bahasa mereka sehinggakan kita perlu belajar bahasa mereka. Adakah bahasa melayu maju?

    ReplyDelete
  26. Nombor yang kamu gunakan di dalam keyboard untuk menulis mesej ini adalah nombor Arab:0,1,2,3,4,5,6,7,8,9. Nombor sifar (0) pun adalah asalnya Arab. Bahasa Arab adalah bahasa tamaddun imlu semasa zaman keemasaan Andalusia pada 700-1400 Masehi. Bahasa Arab adalah bahasa ilmu pengetahuan. Di dalam Quran, para saintis mengakui banyak fakta sains yang belum ditemui sudah ditemui apabila manusia mememahami Quran di dalam bahasa Arab. Bacalah buku karangan Maurice Bucaille tentang fakta sains di dalam Quran. Sila buat kajian sebelum mengeluarkan pendapat yang tidak berasas. http://www.muslimheritage.com/article/remembering-language-history-and-science-when-world-spoke-arabic

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zafar Basar itulah yang cuba dibincangkan oleh TS Zam. Bahasa Arab BUKAN lagi menjadi bahasa sains, teknologi dan ekonomi dan disiplin ilmu lain yg tidak mempunyai nilai PROFESSIONAL. Bila TS ZAM mengatakan BUKAN LAGI bermakna DULU YA. Apa yg cuba dijelaskan oleh saudara secara tidak langsung cuba dihujah oleh beberapa pembaca dengan begitu baik.

      Delete
    2. Mana ada... Bila ustaz atau ustazah ajar Qur'an tak pernah pun dia bagitau pasai "sains" dalam Qur'an. Kalau betullah ada sains dalam Qur'an, patut bukak pusat sains bukan pusat tahfiz, biar berkembang minda anak-anak. Atau ustaz ustazah tak peduli, atau depa tak paham pung Al-Quran. Yalah kan... Tiba-tiba ayat halau hantu setan ada pengajaran sains pulak.. tak kacau jiwa dibuatnya. Baca Yasin minta permudahkan urusan orang yang sakit tenat atau mati, tup tup Ada ajaran sains... Tak gila dibuatnya? Tengah syiok syiok dok ruqyah, terbaca pasal planet-planet dok mengorbit. Tak pening. "Ustaz oi, saya ni kena buatan orang, kena sihir. Yang dok baca pasal sains ni kenapa?" Saya lagi pening... Al-Quran ni sebagai panduan hidup ka jampi serapah?

      Delete
    3. Zaman dulu dulu bahasa arab top; yes. Zaman laa nie; no.

      Sila buat kajian sebelum mengeluarkan pendapat tidak berasas? Banyak cantik! Kau yg patut baca dan paham posting nie dulu. TS zam punya cerita pasal zaman sekarang, bukan zaman andalusia 700-1400 masihi. People talk duck, you talk chicken.

      Delete
    4. Bahasa Arab bukan lagi bahasa sains, teknologi dan ekonomi. Itu la yg menjadi perbincangan. Bermakna dulu menjadi bahasa ilmu. Zafar Basar cuba nk mempertahankan apa yg telah umum mengetahuinya. Itulah yg ingin disampaikan oleh TS ZAM iaitu BUKAN LAGI...

      Delete
    5. panglimo potaseh17 July 2018 at 15:25

      Pak Zam.

      Mlm ni kita buka TV pukol 8.. jomm kita hayati isi berita antarabangsa nye.. apa yang dibuat oleh Pak Arab semalam. Jadi tu lah bahasa melambangkan bangsa.

      Itu lah.. saya ulangi.. dua Dr kita ini kena buat sesuatu pada arah tujuan ugama kita hari ini.. dah teruk sgt.

      UsTaT kita saban malam asik dok cerita gimana nak masuk syurga dgn cerita berasaskan masarakat Arab 1400 tahun dulu.. zaman manusia ingat dunia ini bukan bulat.

      Ada sesiapa Sang Arab yg baca Quran dapat kesan bentuk dunia masa tu. Yang kemudian temui oleh Maggellan dan Panglima Awang yang dunia ini bulat.

      Orang kapir ni tak berenti disitu..mereka terus meneroka angkasa pula.. ada sesiapa kalangan kita yg tahu yg dlm Quran ada nyatakan prihal 10 planet.

      Malah ada byk lagi stesen satellite sedang dibina diangkasa raya oleh saintis kapir.

      Masa sama kita masih lagi htr wasap ngatakan astronot wanita Islam nampak Mekah dari bulan. Sakit telor saya dibuatnye.. yg saya tahu belum ada wanita mendarat di bulan?

      Itu lah indikasi nye betapa teruk nye masarakat Islam hari ini. Saya khuwatir kita akan kiamat dulu sebelum bangsa lain.

      Kita asik dok kata banyak fakta scientific ada dalam Quran.. bila tanya apa dia jawabnye "tak tahu".

      Malah ada usTaT Yg bagi ceramah bahawa kita tak perlu buat apa2.. sebab semua dah ada dalam Quran. Biar je orang Kapir yg buat kajian sebab mereka jahil tang Quran?

      Saya tak mahu kitab agong kita ni disamakan seperti Naskah Ramalan Nastrodamus.. katanye semua kejadian didunia ni dah pun diramalkan dlm naskah tu.

      Delete
  27. Dia ini tidak faham.Kita bincangkan nilai bahasa Arab pada keadaan semasa bukan zaman dahulu kala.Dia masih tidak sedar bahawa Bangsa Arab menjadi bangsa yang paling mundur sekarang kerana bahasanya tidak berkembang sebagai bahasa ilmu. Kita akui bahasa Arab yang membuka tamadun ilmu tetapi ketamadunan hari ini bukan kerana kemajuan ilmu dalam bahasa Arab tetapi kerana bahasa-bahasa lain.
    Tak usahlah pakai sentimen nak rasakan diri besar dengan menceritakan kegemilangan zaman silam yang semua orang dah tahu.Terimalah hakikat atau realiti hariini.

    ReplyDelete
  28. Adakah kebanyakan dari sini pernah belajar di maahad/tahfiz/madrasah atau pondok? Jika tidak pernah maka tidak hairanlah. Menghafal merupakan satu kekuatan penting dalam pembelajaran contoh seperti menghafal formula sains atau matematik begitu juga dengan ilmu al-Quran al-Karim. Jika belajar ilmu agama secara ikhlas InsyaAllah hidup akan sentiasa memberi manfaat kepada masyarakat. Kalau nak harap ilmu Dunia semata memang tak sampai ke mana, cuba bersangka baik sikit. Tak semua penunggang agama. Yang belajar di Universiti al-Azhar semua tu, InsyaAllah ramai yang cerdik belaka, saya kenal ramai dan berguru dengan mereka dan kadang-kadang lebih pandai dari orang yang hanya pandai berbicara tapi tidak pandai dalam berdebat atau berhujah. Kalau asyik menghina, memandang rendah golongan yang cuba memartabatkan bahasa al-Quran atau bahasa agama kita, BAHASA ARAB, maka sampai bilapun kita tak akan maju.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak pernah belajar sains dan matematik? Menghafal formula BUKAN cara pembelajaran sains dan matematik. Sebaliknya, pemahaman formula dan aplikasi konsep formula tu yg penting.

      Hafal bahasa arab jerr tak guna. Aplikasi bahasa tu penting. Soalnya apa aplikasi bahasa arab dalam dunia sains sekarang?

      Soal sekolah tahfiz pun sama; kalu saban tahun tak habis2 cerita kebakaran meragut nyawa budak2, maknanya konsep keselamatan diabaikan...walhal ianya tuntutan agama bahawa orang besar kena jaga keselamatan anak2 kecil di bawah jagaan kita.

      Itu logic saya.

      Delete
  29. g Saudara masih dalam mimpi. Sekarang kita dah menjadi bangsa yang maju bukan kerana Bahasa Arab tetapi negara ini maju kerana ditabirkan oleh birokrat dan orang politik yang kebanyakannya berkelulusan Inggeris dan Barat.
    Saya tak tahu apakah akan jadi pada negara ini jika dari awal ditadbirkan oleh orang-orang seperti Nik Aziz atau Hadi atau ustaz-ustaz yang hanya tahu bahasa Arab. Jika labih banyak yang tahu bahasa Inggeris maka kia akan lebih cepat dengan kita maju kerana kupayaan menjadi orang Islam yang dapat mengejar ilmu dalam bahasa Inggeris sedangkan ilmu terbatas dalam Bahasa Arab .Siapa kata tanpa Bahasa Arab kita tak boleh maju. Kita dah maju pun tanpa Bahasa Arab malah lebih maju dari negara-negara Islam yang berbahasa Arab yang hanya tahu berbunuhan.Saudara sendiri adalah contoh kelemahan berfikir kerana hanya kelulusan agama dan Arab sehingga tak dapat melihat realiti sebenar.Masih nak tunggu Bahasa Arab ke nak Maju?.

    ReplyDelete
  30. panglimo potaseh18 July 2018 at 10:35

    Pak Zam.
    Anon 23:41.

    Menghafal Al-Quran..ianye tak sama dgn ngapal formula sains dan matematik.. sgt jauh bezanye.. jauh.

    Semua perkara tak kira apa bidang pon.. ikhlas adalah nombor satu.

    Boleh tuan terang dalam keadaan sekarang.. bagaimana kita boleh maju dengan Bahasa Arab.. apa jadi pada dunia Arab yang dah sedia ada Arab?

    Atau adakah penemuan yang mendapati dunia ini bulat ..hasil dari aeilmu berlatarkan Bahasa Arab?

    Atau negara2 maju Eropah dan Jepun yang punya etika lebih Islamik drp Islam.. hasil drp Bahasa Arab.

    ReplyDelete
  31. Sila nyatakan bagaimana penguasaan bahasa arab bakal melonjak kan negara dalam bidang kejuruteraan, perubatan, pembuatan, robotics, IT, automotif, penyelidikan, informasi dan serba serbi teknologi lain.

    ReplyDelete
  32. Selamat Tan Sri,

    Apa yang menariknya, bahasa Arab juga bukan bahasa Syurga seperti yang diberitahu oleh ustaz dan ustazah saya semasa disekolah!

    https://pulutsekaya.wordpress.com/2018/07/18/riuh-di-malaysia-bila-zam-kata-bahasa-arab-bukan-bahasa-ilmu-lagi-bahasa-arab-bukan-bahasa-ahli-syurga/

    Sekian, Tan Sri.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  33. 1. Masih terdapat pembaca yg tidak mahu faham isu yg diperbincangkan iaitu dua perkara berbeza diantara al-quran yang diturunkan dalam Bahasa Arab dengan Bahasa Arab BUKAN LAGI menjadi bahasa sains, teknologi dan ekonomi.

    2. Tidak semua orang Arab mampu menghayati bahasa al-quran jika sekadar membacanya tanpa mendalaminya (Orang Melayu pun baca sajak Sasterawan Negara tetapi tidak mampu memahami maksud yang hendak disampaikan kalau sekadar membaca sahaja.) Kalau tidak sudah tentu orang Arab menjadi lebih maju dari bangsa lain hari ini. Apa yang berlaku adalah sebaliknya

    3. Tidak dapat dinafikan jika hendak mendalami ilmu agama Islam dengan baik perlulah belajar bahasa Arab kerana sumber primanya dalam bahasa Arab iaitu al-quran, termasuklah kitab-kitab hadis sahih yang menjelaskan kandungan al-quran (Di Malaysia terdapat mereka yang dapat mendalami Islam walaupun tidak dapat menguasai Bahasa Arab sepenuhnya.) Tetapi isu yang dibincangkan disini adalah Bahasa Arab BUKAN LAGI bahasa sains, teknologi dan ekonomi. Dua perkara berbeza.

    4. Kesimpulan saya setakat ini berkaitan isu yang dibincangkan terdapat dua kumpulan yang membuat komentar. PERTAMA mereka yang berilmu (tidak kiralah latar belakang pendidikan mereka dari mana) yang memahami isu yang dibincangkan. KEDUA kumpulan naif yang taksub menerima maklumat dari guru-guru yang mana guru-guru tersebut pula mendapat ilmu dari guru-guru warisan mereka secara berterusan tanpa sedar tentang perubahan tamaddun yang semakin maju dan laju mengalami perubahan. Kumpulan kedua inilah yang lebih banyak menghukum apabila gagal mengemukakan hujah.

    ReplyDelete
  34. Kita sering terdengar ada penceramah agama berkata...'penemuan sains ini dah disebut dlm quran 1400 tahun dahulu... bla bla'. Tp peliknya, yg mengkaji dan menemukan fakta sains itu adalah org kafir !!!! bukan kah sepatutnya dilakukan org islam kerana Quran dah beritahu awal2...
    Ini kerana rata2 org islam kini hanya baca/hafal Quran tanpa mengkaji isinya !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. panglimo potaseh18 July 2018 at 23:01

      Pak Zam.

      Dalam kitab Nastrodamus ada dilukiskan burung langar 2 menara.

      Lepas kejadian 911.. sibuk pemuja Nastrodamus nagatakan betapa tepat nye ramalan kitab tersebut.

      Pada saya ini bukan ramalan tapi kebetulan.

      Boleh je saya lukis beratus ekor burung berak atas kolam. Satu hari tasik Putrajaya tercemar seperti tercemarnye sungai Kelantan akibat pembalakan. Mereka akan kata ramadan Panglimo Potaseh tepat sekali..

      Delete
  35. Nak pertahan bahasa arab; tapi posting dalam bahasa melayu pon tak paham. Lawak lawak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. penjilat arab. pemuja arab. penagih derma arab.

      golongan yang pandai tak guna diikut, bebal tak guna diajar. kekallah sebagai arab celup sementara kemajuan dunia meninggalkan anda.

      Delete
    2. Kemajuan duniawi saja ka nak kejar? Yang Haqiqi tak nak kejar?

      Delete
  36. Terima kasih TS Zam.

    Pengkritik ada point krn mana boleh tutup macam tutup kedai sebelum Raya Cina. Lebih berikhsan kalau bertindak secara beransur. Maksudnya..ubah dgn nilai tambah. Yang tidak berlesen perlu ditutup kerana PH mahu mendaulatkan rule of law. Seperti kata pewaris drp Johor: yg tidak berkerusi & meja dibekalkan tanpa menafikan rehal untuk taranum/halaqah. Menghafal sesuatu surah, seperti mempelajari balaghah, ada tekniknya..latih tubi. Tak ada masalah seperti menghafal angka 1511 atau 1095. Yang menjadi masalah ialah kemampuan memahami makna tarikh berkenaan..memahami konteksnya seperti yg dilalui Ibn Batutta yg kehilangan serban dicuri ketika berwudhu'; bagitu juga dengan rasional meninggalkan anaknya di Maldives (apakah ini keputusan mithali bagi seorang mufti?) Critical thinking seperti ini perlu digalakkan supaya pelajar tahfiz memperoleh kemahiran berfikir di samping yg naqli. Mereka tidak perlu mencemar BM dengan penghinaan terhadap babi atau anjing sebagai makhluk, dgn memanggilnya khinzir tetapi lupa bahawa ada simpulan bahasa yg sudah cantik seperti 'membabi buta' atau 'gila babi'.

    Saya pernah ke Jordan dan Mesir di mana arak dibekalkan di acara rasmi di Ramses Hotel dan Lapangan terbang Alia. Di Mesir saya tidak berjumpa pelajar Malaysia tetapi menerokai bandar secara sendirian. Saya ditipu pemandu teksi setibanya di Kaherah lantaran bergegas menukar teksi..Saya juga bertekad untuk melihat sama ada orang Arab Mesir menjaga Sungai Nil iaitu punca hidup mereka di kawasan Sahel. Seperti di India orang Mesir 'berak' di tebing sungai yang ketika itu tercemar dgn tahi kering mereka. Di India ada juga yg 'berak' tepi jalan lalu saya pun kencing tepi jalan setelah meminta teksi bawa saya ke tandas awam!

    Di Judah kasut isteri diambil orang ketika dia bersolat. Di Masjidil Haram saya terpaksa mengejar Arab yang memakai selipar saya dan mengambil balik. Semasa bertolak balik saya tukar penerbangan melalui KLIA kerana ibu mertua kembali ke rahmatullah ketika kami di Mekah. Pesawat FlyNas selesa walaupun berlaku sedikit kekecohan.. Saya bernasib baik mendapat tempat di kabin hadapan yg selalunya utk kakitangan TH. Yang peliknya isteri saya diberi tempat duduk 5B sedangkan tempat itu tidak ada dalam sistem selenggaraan cabin crew Rusia bukan-Muslim.
    Jadi, janganlah terlalu mudah mengandaikan bahawa orang Arab rata-rata bagus. Umpamanya, mereka kurang sopan dari segi memandu dan parking kenderaan. Mereka murah hati memberi pensyarah pelbagai hadiah: halwa, permaidani, jam, kek, masakan, buah2an, madu dan air zam-zam; tetapi tidak kepada rakan atau makcik tukang sapu seperti yg kita lakukan di Mekah dan Madinah. Saya kerap mengingati mereka supaya banyak membaca sebagai calon PhD. Bahasa mereka lemah; saya pernah dijemput menilai tesis PhD; lebih 200 rujukan tidak disenaraikan lantaran saya memberi lulus bersyarat!

    Apa yg dibangkitkan TSZam patut kita terima sebagai permulaan muhasabah diri..terutama bagi golongan ustaz. Perlu beradab..saya tidak faham mengapa Ustaz Zamihan perlu berlagak gedebe atau Izhar Idrus berfeel sekejap gedebe sekejap tidak.

    ReplyDelete
  37. Saya berharap YB Dr Mazlee tidak bermaksud memberi laluan kepada ibubapa memilih secara sedap hati sekadar mahu anak menghafal Yasin di peringkat tadika lantaran mahu mereka menyambung Al-Quran, walaupun tidak tahu membaiki cistern tandas yg bocor, atau mengganti fuse yg terbakar. Bolehkah mereka mesin rumput dalam masa 15 minit termasuk menyapunya sekali.. mencuci longkang, memasak macam YB Mat Sabu. Perlu ada keseimbangan antara duniawi dan ukhrawi..dan perlu ada common sense untuk hidup dalam masyarakat majmuk. Amat malang sekali kalau mereka hidup berpura-pura menipu diri sendiri dengan menafikan maksiat yg dilakukan.

    Akhir kalam Dr. Mazlee, sila pimpin kami krn YB nampaknya lebih arif tentang usul fiqh dan sila tegur ustaz-ustaz supaya lebih bersedia merendah diri sambil berdakwah. Bro AWSeng kata negeri Cina ada 140 juta Muslim. Betulkah? Kalau betul kita kena ikut Saad Ibn Waqqas atau Hang Tuah..saya beranggapan mereka mampu menguasai Mandarin.

    ReplyDelete
  38. Saya teringat lama dulu pernah mendengar seorang mufti dlm TV menjawab tentang hukum anjing laut. Dia kata anjing laut ke, anjing darat ke, hukumnya sama.

    Mengikut sains, anjing laut tu bukan spesis anjing. Hanya orang melayu saje yg panggil dia anjiing kerana suaranya mirip suara anjing. Orang barat panggil dia seal.

    Ni lah yg akan terjadi kalau sesaorang tu hanya pandai ilmu ugama tapi tidak ilmu sain. Binatang pun bolih jadi mangsa.

    ReplyDelete