Thursday, 14 June 2018

SALAM AIDILFITRI MOHON AMPUN MAAF : SAYA TETAP SEDAR DOSA SAYA YANG TERSEMBUNYI

Dengan setulus hati saya mengucapkan Selamat Aidilfitri kepada seluruh rakan-rakan yang tidak jemu-jemu mengikuti catatan saya di  blog ini yang adakalanya  mungkin keras, kasar dan  terus terang melampaui batas yang sepatutnya.Maka atas semua keterlanjuran ini   saya memohon ampun dan maaf.

Dan jika diampunkan sekalipun saya tetap mengenang segala dosa saya dan tidak  menganggap diri saya telah bersih. Allah dan saya sendirilah yang lebih mengetahui dosa saya yang tersembunyi  dan bukan hanya dari pandangan masyarakat umum.Saya  tetap akui  kesilapan yang telah saya  lakukan untuk keinsafan dan menjadi panduan kepada perjuangan dalam penulisan saya seterusnya.

Kita merayakan Aidilfitri kali  ini  dalam Malaysia Baru yang keluar dari fahaman perkauman yang sempit dan marilah kita berdoa agar negara kita terus berada di bawah pimpinan yang ikhas dan  bermoral, bersih dari skandal dan rasuah , tidak menipu rakyat ,tidak pepat di luar rencong didalam dan mempunyai keupayaan yang tinggi untuk meningkatkanBERITA


14 comments:

  1. Selamat hari raya pada tan sri sekeluarga. Semoga panjang umur, sihat senantiasa, dan terus menulis.

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya Tan Sri sekeluarga
    Aamin di atas semua doa buat negara tercinta

    ReplyDelete
  3. panglimo potaseh14 June 2018 at 23:24

    Pak Zam.

    Selamat Hari Raya PZ.. maaf zahir batin. Saya Setuju dgn PZ.. yang sebenar kita sebagai manusia tidak perlu perasan bersih. Allah lebih tahu.. kita tak perlu minta orang lain mengchop kita bersih. Yang elok nye kita insaf.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..

    ...Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri kpd Sdra Zam sekeluarga dan juga semua pembahas Islam diblog ini.

    ReplyDelete
  5. Slmat harraya tan sri..

    Myak bile nk TURUN tan sri? Bru syok rayeeee..

    GAS plak yg NAIKKKK!!

    Pkai dapur arang gamakny MASAK KETUPAT..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak ketupat dapor arang lagi sedap tuan...hehehe

      Delete
    2. Selamat Hari Raya Tan Sri .....Maaf Zahir Batin.
      Jika terjumpa di kedai Deen Tmn Melawati, boleh kita minum teh tarik.

      Assalamualaikum.

      Delete
  6. Tan sri...Ank sy tanya..ptptn kna bayaq msa gaji 4k n bila tol nk hapus..

    ReplyDelete
  7. kerajaan yg diasaskan dengan sentimen persepsi fitnah tak kekal lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fitnah kepala bapak kau. Berapa ramai yg kena "fitnah" , dah saman penfitnah? Jawapannya ialah kosong, zero. Malah najib pun tarik balik pelbagai saman. Kenapa?

      Delete
  8. Setuju.. Duit derma dikatakan rasuah. Bag tangan beli kt chow kit dikatakan ori. Perjajian project yg pelbagai mcm dibuat dgn sebijaknya dikatakan tak betul. Bayar dulu sampai nk dpt modal semua tapi kerja slow x apa. Fitnah bnyk snggh no.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya bukti2 sahih yang boleh dibawa ke court rules of law,bukan rules of Najib.

      Delete
  9. Sebagai seorg penulis yang tahu sesuutu kebenaran tetapi menyembunyikannya atau menafikannya hanya kerana berlainan pegangan dan pendirian adalah kesalahan yg sukar dipisahkan. Dosa mgkin kekal kalau ia melibatkan saudara seislam selagi tidak berjumpa dan meminta maaf secara berdepan. Begitulah adilnya islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat sekali; terutamanya utk penulis2 di utusan, bh, nst, editor2 tv

      Delete