Sunday, 10 June 2018

BUKAN MAHATHIR TETAPI RAKYAT AKAN TENTUKAN KELAYAKAN ANWAR UNTUK JADI PERDANA MENTERI


  1. KOMEN:

    Balik balik nak jumpa al gore, erdogan. Tak nak jumpa gandalf dan harry porter kaa? Lord jedi?

    Come on anwar, your audience are no longer budak2 U kampong macam tahun 70an dulu. Your audience are mostly educated, urbane middle class melayu yang nak dengar substance yang logical untuk masa depan anak cucu. The chinese and borneons couldnt care less about you.

    Nobody cares bila kau nak masuk parlimen, sapa kau nak jumpa, puisi apa kau dah baca. Your intellectual capacity is being judged by the results of your ideas and actions...bukan decibel level of your noise
  1. TUN BERI JAMINAN AKAN TERUS BERKHIDMAT
  2. Tentunya rakyat Malaysia menyambut dengan perasaan lega dan gembira jaminan yang diberikan oleh Perdana Meneri Dr.Mahatir di Jepun hari ini bahawa beliau akan  terus berkhdmat selagi dikehendaki rakyat.Lihat berita Bernama di bawah sekali.(Dipetik dari Malaysiakini)
  3. RAKYAT AKAN TENTUKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Dr.Mahathir Mohammad  telah mengulangi jaminan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahimlah yang akan menggantikannya sebagai Perdana Menteri bila beliau bersara kelak tetapi belum pasti   beliau akan berhenti dalam masa dua tahun jika  masih ada kerja yang perlu diselesaikannya bagi mengembalikan negara ini kepada kemakmuran dan kestabilan terutamanya bagi kemantapan ekonomi.
  4. Jaminan ini melegakan majoriti  rakyat tetapi tentu tidak menyenangkan Anwar yang tidak terjamin akan jadi PM dalam masa dua tahun lagi .Ketidakpastian seperti inilah yang mendorongkan Anwar untuk membangkitkan gerakan dari dalam bagi menggulingkan Ghafar Baba dan menjatuhkan Mahathir sebagai Perdana Menteri  yang memecah belahkan UMNO.
  5. Apabila Mahathir menampakkan kelonggaran tentang tarikh  bersaranya, tentunya Anwar dan juga  penyokong-penyokongnya mengingatkan  pengalaman masa lalu tetapi apa yang harus diingatkan oleh Mahathir sendiri  pada kali ini  ialah beliau sendiri  tidak boleh mempastikan Anwar yang akan menggantikannya  sebaliknya bergantung kapada rakyat yang akan memberikan pertimbangan samaada Anwar masih layak atau relevan  untuk menjadi Perdana Menteri.
Penentuan ini  adalah bergantung kepada konsensus parti-parti Pakatan Rakyat terutamanya Parti Keadilan Rakyat, DAP,  Parti Amanah dan Bersatu sendiri. Lim Kit Siang tidak memikirkan kemungkinan akan berlaku lagi sengketa perebutan kuasa antara Mahathir  Anwar kerana menurut beliau  keduanya telah belajar dari pengalaman.

Katanya Mahathir bukan lagi Mahathir 22 tahun dahulu tetapi Mahathir yang bertukar dari  berpegang kepada kuasa penuh kepada seorang yang bergantung  kepada  persetujuan bersama-"He has transformed from hegemon to  cosensus builder"( Interviu Kit Siang dengan Malaysian Insight)

Harus diingatkan kemenangan Pakatan Harapan bukan kerana undi ahli parti  sahaja tetapi yang lebih besar datang dari perpaduan undi sentimen rakyat  anti Najib yang melampaui batas parti,kaum dan agama.

Mahathir  mungkin berubah tetapi adakah Anwar berubah dan belajar dari pengalaman.Kit Siang juga tidak menjelaskan apakah perubahan Anwar,

 Kepada umum Anwar tidak nampak berubah dan kerana itu beliau tidak terlihat sebagai relevan dengan citarasa  semasa terutama dalam membantah kritikan Kadir Jasin  terhadap Istana. Ini mungkin kerana beliau tidak dekat dengan perkembangan semasa dan tidak mendapat maklumat terkini dengan segera dan jauh dari pergaulan politik  sekian lama kerana berada dalam penjara.

Maka itu tidak hairanlah kalau ketagihan politiknya nampak jelas  seperti tidak sabar mahu berada di tengah gelanggang dan mahu mencampuri urusan pembentukan kerajaan dan sebagainya. 

Beliau mungkin tidak menyedari hal ini tetapi  dapat diciumi dan dilihat oleh  pemerhati-pemerhati  politik dan juga wartawan-wartawan  di dalam dan luar negara. (termasuk Kadar Jasin).  Akhbar Strait Times  Singapura umpamanya mendakwa perlantikan Azmin Ali sebagai Menteri Ekonomi  adalah untuk mencairkan pengaruh Anwar disamping mengawasinya  dari dalam.

Pandangan serong orang ramai terhadap Anwar  bermula bila  orang kuatnya , Rafizi dengan berani mempersoalkan  perlantikan Kabinet  Mahathir yang didakwanya  tanpa berunding dengan PKR yang dibuat dalam keadaan Mahathir baru sahaja hendak meyakinkan rakyat terhadap kerajaan barunya.  Ini  menimbulkan kemarahan rakyat dan  menyebabkan Tun Daim mengingatkan Anwar  bahawa  pembangkang berjaya menubuhkan kerajaan kerana sumbangan Dr.Mahathir  setelah gagal di masa lalu.

Rakyat merasa Anwar berada dibelakang teguran ini.


Semakin jelas menampakkan ketidak sabarannya bila baru-baru ini beliau mengumumkan untuk bertanding dalam pilihanraya kecil  Parlimen lebih awal dari yang dijangkakan oleh orang ramai.

Langkahnya mengadap raja-raja juga  mengejutkan  umum dan diluar jangkaan  para wartawan yang mengetahui situasi antara Istana dan Mahatir selepas PRU 14.

Beliau mengambil kesempatan untuk menyerang balas teguran wartawan Kadir Jasin dalam pekara ini dengan menggunakan alasan ketidaktertiban Kadir kerana  menegur perbelanjaan besar Istana Negara tetapi sebenarnya beliau tersinggunng kerana Kadir tidak dapat menerima alasannya menemui raja-raja untuk memberikan jaminan terhadap keselamatan dan keselesaan mereka yang dilihat oleh Kadir sebagai tidak perlu.

Dari pengalaman saya dan lain-lain wartawan, Anwar semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri  tidak mempunyai toleransi terhadap kritikan  media dan orang-orang media yang tidak sependapat dengannya. Beliau mempunyai team wartawannya sendiri yang terbentuk dari akhbar dan TV3.

Sikapnya dimasa lalu  adalah bertentangan sama sekali dengan berita utama muka 1 akhbar Sunday Star hari ini  yang memaparkan Anwar  memberi jaminan kepada media dan rakyat  tidak akan menyekat kebebasan mereka untuk  bersuara dan sanggup menerima perbezaan pendapat.Tajuk berita itu GO AHEAD AND CRITICIE

Katanya adalah penting untuk tidak kembali kepada masa lalu yang mengancam mereka yang memberikan pandangan yang berbeza.

Dalam hal ini adakah beliau mengingatkan dirinya sendiri atau menampakkan dirinya berada dalam denial syndrome kepada wartawan-wartawan yang rapat dengannya atau yang bekerja di zamannya. Tentunya Kadir Jasin ketawa besar membaca berita ini.


Di bawah ini saya perturunkan sebahagian sahaja dari komen-komen kepada posting saya terdahulu yang bertajuk :Wartawan bimbang terhadap toleransi bakal PM kepada suara bebas. Kebanyakannya tidak bersetuju untuk Anwar menjadi PM tetapi saya harap ini akan membuka fikiran saudara Anwar untuk sesuaikan diri dengan kehendak semasa.


BERITA

Saya akan berkhidmat selagi diperlukan rakyat - Mahathir

Diterbitkan   |  Dikemaskini 

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau bersedia untuk berkhidmat sebagai perdana menteri jika itu adalah kehendak rakyat atau selagi mereka memerlukan khidmat beliau.
“Tetapi sudah tentu, saya tidak tahu berapa lama saya sendiri akan bertahan,” katanya sambil menambah bahawa dalam tempoh dua tahun beliau akan berusia 95 tahun.
Berucap pada Persidangan Nikkei di Tokyo, Jepun pada Isnin, Dr Mahathir menegaskan bahawa beliau sudah menjadi perdana menteri tertua di dunia.
"Ia akan menjadi satu rekod jika saya mencapai usia 95 tahun dan masih menjadi perdana menteri," katanya secara bergurau.
Beliau menegaskan bahawa apa yang difikirkannya adalah berkhidmat kepada negara.
“Jika itulah apa yang rakyat mahu saya lakukan, saya akan mengikut kehendak mereka,” katanya
Dr Mahathir telah mengangkat sumpah sebagai perdana menteri untuk kali kedua bulan lepas selepas mengetuai gabungan Pakatan Harapan untuk mraih kemenangan yang menakjubkan dalam pilihan raya umum 9 Mei.
Beliau adalah perdana menteri dari tahun 1981 hingga 2003.
Dr Mahathir adalah dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Jepun.
- Bernama








  1. Balik balik nak jumpa al gore, erdogan. Tak nak jumpa gandalf dan harry porter kaa? Lord jedi?

    Come on anwar, your audience are no longer budak2 U kampong macam tahun 70an dulu. Your audience are mostly educated, urbane middle class melayu yang nak dengar substance yang logical untuk masa depan anak cucu. The chinese and borneons couldnt care less about you.

    Nobody cares bila kau nak masuk parlimen, sapa kau nak jumpa, puisi apa kau dah baca. Your intellectual capacity is being judged by the results of your ideas and actions...bukan decibel level of your noise.
    ReplyDelete
  2. Dsai nampaknya masih tidak berubah .Masih tipikal umno..saya tidak nampak keikhlasannya Untuk berubah. Masih memainkan isu isu lapok kononnya dia adalah pejuang agama, bangsa dan negara. Mohon Allah tidak makbulkan hasratnya untuk menjadi pm kerana apa yg saya nampak tidak tanduknya hanyalah untuk memperjuangkan nasib dirinya.. Malang sungguh tun m terpaksa mengotakan janjinya mengambil dsai yg saya tidak nampak ketokohannya sebagai pm.. Bimbang MO1 muncul kembali
    ReplyDelete
  3. Rakyat Malaysia hari ini perlu sedar akan kualiti kepimpinan apa yang ada pada individu yang bernama Anwar ini?Terutama sekali para bijak pandai yang berada di dalam parti PKR sendiri.Dalam pepatah Melayu ada peribahasa berbunyi 'batu api'.Inilah kepimpinan yang dibawanya.Pemimpin jenis ini akan sentiasa menimbulkan ketegangan,persengketaan,permusuhan,dan perpecahan.Kerana apa?Kerana,hanya dengan cara ini sahaja dia akan dilihat ada kerja atau tugas 'penting' yang 'wajib diperjuangkan kononnya.Orang jenis 'batu api' ini senantiasa ada banyak cara untuk mereka cipta masalah.Daripada perkara kecil,mahu pun perkara yang tidak ada,dia boleh perbesarkan.Ini semua dilakukannya demi untuk melindungi kekurangan dan kelemahannya dalam mentadbir.Malanglah bagi sebuah negara,sekiranya rakyat daripada peringkat bawahan sehinggalah kepada golongan istana gagal nampak akan kelemahan yang ada pada pemimpin jenis ini.Negara sentiasa adalah lebih penting daripada nafsu seseorang yang kita semua sudah tahu akan kebolehannya.Ini soal negara yang sangat penting bagi seluruh rakyat Malaysia,yang telah sama-sama bersatu hati dalam merubah pengurusan negara pada 9 Mei,2018 yang lalu.Sia-sia sahaja pengorbanan dan usaha rakyat,sekiranya seseorang yang tiada kualiti kepimpinan diangkat sebagai 'penyelamat' kononnya.Pembebasan beliau dikira sudah cukup baik,apatah lagi bila isteri diberi jawatan TPM.Ini sudah satu kejayaan sebenarnya.Jangan rosakkan perjuangan rakyat.Hentikan kepura-puraan ini.Sekiranya dibiarkan,maka ianya adalah satu tragedi kepada Malaysia.

    24 Ramadan,1439.
    ReplyDelete
  4. Anwar kata dia cuba nak tenangkan perasaan curiga dan ketegangan antara raja2 dengan kerajaan PH. Tapi bila semuanya selesai dia pulak yg kritik AKJ. Dengan itu dia sebenarnya memanjangkan lagi isu ini.

    Sebaliknya kenyataan TDM lebeh berhemah dan bijak. Dia kata dia tidak menolak raja2. Kalau raja2 melakukan kesalahan tindakan akan diambil bukan untuk menghukum tapi untuk menyelamatkan mereka. Cukup bijak kenyataan ini. Bukan nak hukum tapi nak selamatkan. Rakyat sokong dan raja tak leh pertikai.

    TDM juga ada membangkitkan isu raja2 yg menceburi perniagaan. Walaupun ini tak dilarang olih perlembagaan, tapi ia juga tidak menyenangkan rakyat. Macam mana nak menang kontrak lawan dengan raja. Rakyat yg rugi.

    Zaman raja2 ditaati membuta tuli sudah berlalu. Pru14 menunjukkan orang melayu sudah berani menghukum umno kerana sudah teruk dikhianati. Tidak mustahil orang melayu bertindak serupa terhadap raja2 kalau mereka dikhianati macam umno. Di zaman malaysia baru ini bukan saja rakyat perlu transformasi, tapi raja2 perlu mentransformasi diri mereka sendiri. Perkara2 yg mereka lakukan yg tidak disukai rakyat walaupun dibenarkan perlembagaan mestilah di hentikan. Ini menguntungkan diri mereka sendiri. Ini sebaiknya dilakukan mereka sendiri tanpa menunggu kerajaan atau rakyat yg memaks







    1. Tsz. Dulu saya sukakan Anwar Ibrahim. Tetapi sejak akhir2 ini saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Tindak tanduknya selepas keluar dari penjara nampak menjurus kebimbangan apa akan berlaku sekiranya beliau menggantikan Tun M sebagai Perdana Menteri. 
    2. Serangan terhadap A.Kadir Jasin kerana peruntukan Istana Negara yang besar jumlahnya dan pertemuan dengan Raja-Raja Melayu, dua (sebagai contoh) perkara sangat mencurigakan. Sepatutnya, buat sementara waktu ini Anwar sebaiknya "low profile" dan biarkan Kerajaan Ph menerajui Negara mengikut acuan Tun M@Team. Anwar tidaklah perlu campurtangan yang mana akibatnya nanti akan jadi "too many cooks spoil the broth". Ada baiknya sekiranya Anwar pergi ke luar Negara samada bercuti rehat setelah sekian lama dalam penjara atau memenuhi undangan berceramah di universiti2 antarabangsa atau bertemu dengan rakan2 karib termasuk Presiden Turki Tayyib Erdogan dan bekas Naib Presiden Amerika Ke-45 Al Gore. Dengan cara begitu, adalah lebih baik daripada mengganggu gugat sedikit sebanyak pentadbiran Tun M@Team yang kini (cukup sebulan) sudah nampak menuju ke arah kecemerlangan yang pastinya akan direstui oleh sebahagian besar Rakyat Malaysia kecuali puak2 yang tegar menyokong Umno dan Pas
    3. Anonymous9 June 2018 at 20:07
    1.  Saya jarang memberi komen di blog Zamkata tapi dalam permerhatian saya terhadap DSAI sejak dahulu hinggalah sekarang dia masih berada di dalam kepompong fahaman radikal yg tidak lagi relevan di zaman ICT nie. Kebebasan bersuara tidak tertakluk hanya kepada kita tetapi juga kepada pandangan org lain terhadap kita, sekeliling kita malah merangkumi semua. Sesiapa saja berhak mengkritik tapi fakta2 kena la betul. Tulisan yg dianggap propaganda pada saudara mungkin dianggap berasas pada org lain kerana apa yg Kadir Jasin nukilkan sebagai wartawan tidak sepatutnya dikeruhkan oleh DSAI tetapi dibalas fakta2 apa yg didakwa tidak patut. Zam hanya menekankan kemungkinan2 kebebasan tersekat hasil pemerhatian beliau terhadap DSAI yg jelas sedang berusaha habis-habisan agar pentas politik malaysia masih meletakkan beliau sebagai teraju utama walhal episode bersiri di mana beliau dianggap hero telah lama berlalu. Skrg adalah ibarat cerita yg sama tapi musim yg baru. Yg jelas Nurul Izzah makin beraura dikalangan generasi muda...juga pemimpin2 muda yg lain. TDM masih diperlukan dlm setiap musim kerana tanpa kelibat beliau politik malaysia akan menjadi hambar dan tidak berplot. Ikhlas cakap, sesiapa yg berada dikeliling TDM skrg mmg akan rugi besar tidak belajar drp seseorang yg cuma akan muncul mungkin sekali dalam seratus tahun berbanding dgn pengganti DSAI yg akan muncul berkali2 dgn kepetahan berpidato sebagai halwa telinga dan buaian minda.
  5. Saya setuju dgn pndgan RD tentang kelibat org ini.

    Rafizi kritik dan sindir Tun tentang lantikan menteri baru2 ini... dia ok pula... dgn alasan kebebasan bersuara.
    Selain itu Rafizi menidakan faktor Tun tumbang Umno....dia mcm ok juga.

    Tetapi bila Dato Kadir membuat statement dan bercakap benar tentang Raja2....dia melompat spt kera kena belacan.... marah....hingga dijadikan isu.

    Dato Kadir adalah kawan dlm team sama.....tetapi dia tidak senang....dia marah sebab dia mungkin tngah 'lobby' sesuatu.... maka kawan pun dia terjah.

    Perangai ini serupa mcm ketua2 Umno pula.....tidak boleh tegur atau bersuara...dan dia terang2 bersikap kontradik.

    Tentulah.....sebab ini sikap dia sebenar.
    Warba boleh bertukar2.... harap2 Tun...Muhyiddin....Daim Sabu dan semu dlm PH tetmasuk rakyat sedar awal2 siapa org ini yg mahu jadi PM ke8 kelak.I


42 comments:

  1. Mintak2 DSAI tidak dapat lah jadi PM. Hancur malaysia dibuat dia nnt. he has zero knowledge on Economic/Finance. He just talk bullshit on matters pertaining global economics. Answers strayed from questons. Budak skolah rendah pun blh jawab mcm dia jawab tu. Too much rhetorics. i doubt he can manage the curent state of economic situation if he is given a chance. mungkin panggil IMF suruh handle.

    ReplyDelete
    Replies
    1. That's Why He asked tun m to clean up the mess before he take over . His statement is laughable. Portrayed himself how dumb he is. He's not fit to run this country

      Delete
  2. Anwar BAKAL PM ke-8. Itu adalah SUMPAH dan JANJI Mahathir kepada PH dan rakyat Malaysia apabia beliau dinamakan sebagai calon PM jika ditakdirkan PH menang dalam Konvensyen PH Februari lalu. Mahathir tidak akan sekali-kali memungkiri janji itu.

    9 Mei menjelma dan PH menang besar dan membentuk Kerajaan. Parti-parti komponen PH menunaikan janji dan bersetuju dengan menurunkan tandatangan mencalonkan Mahathir sebagai PM ke-7. Parti-parti komponen PH kini berharap agar Mahathir dapat menunaikan janji dengan melantik Anwar PM ke-8 dan itulah yang akan berlaku dalam masa dua tiga tahun.

    Mahathir telah berkali-kali mengeluarkan kenyataan dan memberikan jaminan yang beliau akan menyerah kuasa kepada Anwar. PKR dan PH tak perlu bimbang, Mahathir akan tunaikan dan kotakan janji itu.

    Mahathir juga telah mengulangi janjinya secara peribadi kepada Anwar dan Wan Azizah dalam private ifthar hosted by Mahathir at his personal residence. You’re going to take over from me, tegas Mahathir berulang-ulang. Anwar dan Wan Azizah considered it as done deal. Tiada lagi kecurigaan dan syak wasangka. Anwar PM ke-8 akan menjadi kenyataan. Persoalannya cuma lambat atau cepat sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan cakap mendongak langit, seolah-olah KAMI RAKYAT MALAYSIA yang mengundi tidak wujud dan tiada pilihan kecuali menerima Anwar sebagai PM. Buatlah PRK dulu dan kempen, terangkan kepada pengundi kenapa PRK tu dibuat. Contoh: UNDILAH ANWAR SEBAGAI PM MALAYSIA KE 8!!!!!

      Delete
  3. SEmua dok kutuk Anwar. Tahukah kamu semua siapa Kadir Jasin dan Zainuddin Maidin ini. Orang kanan Mahathir untuk serang Anwar. Waspada kamu semua bila kalam dari mereka berdua. Mengadu domba dan batu api supaya rakyat benci Anwar. Waspada jarum telah mula bergerak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah cara berfikir orang Anwar kerana yang mereka belajar dari Anwar untuk naik keatas dengan cara mengadu dumbaka dan tidak berfikir pandangan atau pengadilan orang terhadap Anwar berasaskan fakta yang benar.
      Saya sendiri tidak ada hubungan dengan Mahathir sejak sebelum PRU14 dan selepas dia menjadi PM saya tidak pernah menemuinya sekalipun.
      Saya dijemput untuk hadir penubuhan Bersatu tetapi saya tidak berminat.Minat saya menulis berasaskan fakta yang benar.
      Juga kesukaan Anwar menyentuh peribadi orang yang mengkritiknya dengan memperkecilkan orang bodoh dan sebagainya.Sebenarnya pandangan saudara adalah pandangan yang merendahkan Mahatir seolah-olah dia mudah diadudombakan oleh saya dan Kadir.
      Keluarlah dari kepumpong cara berfkir Anwar yang sudah tidak lagi sezaman.Semua orang faham dan tak tertarik lagi dengan rhetoric cara dulukala.

      Delete
    2. Saya cuma menambah apa sdra Zam jawab kpd komen kamu (anon 19.00)...

      Dari komen kamu....jelas kamu tidak membuat research....dlm kerja2 mempertahankan Anwar dgn kecaman ramai (pembahas2 disini) terhadap perangai dia....maka kamu dgn lantang menuduh Zam dan Kadir "0rg kanan Mahathir".

      Memang Kadir Anggota MT PPBM..Parti Mahathir tetapi Zam bukan ahli PPBM (dia sendiri pun mengaku) ... tetapi apa bukti yg ke2 mereka 'Org Kanan Mahathir'.

      Ini serupa mentaliti org Umno....Najib mencuri...Tun M dikutuk.
      Isu disini adalah Anwar yg kelihatan rakus dimata ramai....Zam dan Kadir pula dipersalahkan.

      Apakah....kamu ingat rakyat tidak melihat semua Pergerakan Anwar jika Zam dan Kadir tidak menulis?

      Tanya diri kamu atau tanya Anwar sendiri( jika kamu mengenali dia)... APA SEBENARNYA YG DIA MAHU ?

      Adakah diamahu menjadi PM tahun ini juga atau pd bulan depan?

      Apa hak dia mahu jadi PM?
      Setujukah semua dlm Parti Komponen PH dgn kelibat dia yg kelihatan rakus (serupa Zahid sbg Presiden Umno) belum pun sampai 1bulan Tun M menjadi PM.

      Perlu dingat...Tun M bukan sebodoh kamu... Anwar atau Rafizi sangka.

      Tun telah bermati2an berusaha menyelamatkan negara dgn restu rakyat.....dan tentunya Tun tidak akan melepaskan kpd Anwar jika dia hilang keyakinan terhadap Anwar.

      Lebih baik...Anwar yang sedar diri sebelum terlambat...... .kerana Tun menyahkan Anwar bukanlah satu masalah besar jika Tun mahu lakukan.

      Rakyat menyokong Tun sbg PM... bukan Anwar.

      PS:
      Lain kali.. .buat research dulu sebelum menulis.

      Delete
  4. Anything new from anwar? Anything on the economy? Nothing.

    Masa ni laaa azmin patut tunjuk hebat sebagai menteri ekonomi. Show us something new, like how to create more jobs, how to achieve high income nation status.

    ReplyDelete
  5. Anwar ni kalau dia betul2 nak tinggal legasi yg baik, dia perlu mencontohi LKS.

    Dari awal2 lagi LKS enggan menerima tawaran dari TDM utk menjadi menteri. Dia beri alasan bahawa DAP mempunyai cukup bakat muda yg bolih mengisi tugas2 menteri dlm kabinet.

    Orang macam LKS ni telah berjuang puluh2 tahun. Macam2 yg dialami. Tapi perjuangan tetap diteruskan walaupun dia tahu yg kemungkinan menumbang UMNO BN adalah hampir mustahil.

    Lantaran itu apabila PH benar2 berjaya menumpaskan UMNO BN, kemenangan ini akan dirasai olih LKS sebagai puncak perjuangan dia. Tugas besar dia sudah selesai. Tentunya ada kerja2 susulan. Tapi itu semua bolih dilakukan olih anak2 buah dia dalam DAP.

    Sebab itu saya rasa LKS tidak begitu berminat untuk menjadi menteri. Dia sudah cukup gembira dan puas hati dengan kemenangan ini. Dan dia hanya ingin terus berkhidmat dengan melakukan kerja2 menyokong dan membantu saje.

    Kenapa Anwar tidak merasakan sedemikian. Apa sebenarnya tujuan perjuangan dia? Untuk reformasi atau untuk memenuhi cita2 pribadi menjadi PM? Kalau nak jadi PM, apa tujuan? Nak bermegah2 ke nak memajukan negara?

    ReplyDelete
  6. Ini kenyataan orang yang kecewa sebab Anwar PM menanti. Elok hang masuk penjara balik anwar, baru depa puas hati. Reformasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang patut masuk penjara. He's a spoiler and ain't be trusted. We are sick of him playing politics above all. We want to move on but unfortunately he doesn't believe that way. This is no 70s or 1998/98. I'm 30's but I believe in tun m more than his rethorics

      Delete
  7. Selamat Tan Sri.

    Dia tiada platform untuk berdiri, melainkan agama, bangsa dan bahasa. Tunggulah permainannya.... Bila tiba masanya, maka agama atau bangsa atau bahasa akan menjadi alat untuk dia meraih sokongan. Tunggu dan lihat... Adakah dia benar-benar berjuang untuk reform?

    Sekian Tan Sri.
    Selamat.

    ReplyDelete
  8. TZM,
    Dia masih lagi culture shock tu. siang malam nak reformasi. Bila kerajaan BN dah jatuh, mula lah meroyan tak tahu nak reformasi amende lagi..

    Zack, airputih kuantan

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum wrt..dan Selamat Berpuasa dan bakal Menyambut Aidilfitri..

    Maafkan saya jika ada kekhilafan dalam tutur kata dan komen yang mungkin ada orang seperti pemimpin politik, pemerhati politik atau juga penyokong sesebuah parti politik di negara Malaysia...

    Pandangan ringan dan spontan saya dari hati jujur sebagai warganegara Malaysia yang tidak menjadi mana2 ahli pertubuhan atau politik, hanya sekadar rakyat biasa akan menyokong dan menghargai mana-mana pemimpin dilantik sebagai Perdana Menteri selepas YAB Tun Dr Mahathir Mohammad kelak. Hanya satu saja, pemimpin itu bukanlah YBhg DSAI kerana akan menjadi konflik kelancaran pentadbiran negara jika “ ramai ahli keluarga terlibat dalam barisan kabinet atau kepimpinan negara. Jika, isteri TPM, suami PM dan anak terlibat sebagai pemimpin politik tidak harus berlaku ...memang buat masa ini ada berlaku tetapi jangan kita terlalu buat perkiraan awal mengenai status TUN Dr Mahathir / DS Mukhriz kerana itu hanya bersifat sementara sebelum TUN berundur, maka akan tinggal DS Mukhriz sendirian sebagai pemimpin. Akan berlainan dengan DS Anwar / Wan Azizah / Nurul Izzah akan bergandingan tanpa penjelasan khas atau khusus akan ada 2 daripada ketiga-tiga mereka akan berundur terus. Ini akan mencetus ketidakpuasan hati penyokong dan pengundi2 apabila “ 3 beranak “ terlibat dalam pentadbiran negara..

    Bagi cadangan saya jelas, kelayakan lebih menjurus kepada DS Azmin Ali sebagai Calon layak untuk jawatan Perdana Menteri ( bonus sbb berpengalaman sebagai Menteri Besar dan pentadbiran serta masih muda ) dan DS Mukhriz Mahathir untuk Calon jawatan Timbalan Perdana Menteri ( bonus sbb berpengalaman sebagai Menteri Besar / Timbalan Menteri Kabinet terdahulu serta memahami perjalanan pentadbiran persekutuan serta masih muda seperti DS Azmin Ali ). Inilah gandingan yang paling sesuai untuk era selepas Tun Dr Mahathir berundur..

    Ini adalah cadangan dan luahan saya sebagai rakyat biasa yang mahu perubahan paradikma dan kepimpinan telus dan segar buat negara di masa akan datang.

    Sekian terima kasih

    Daripada saya di kejauhan ( Luar Negara ) lebih 2 dekad di perantauan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bersetuju dengan pendapat Hj. Rostam. Azmin lebih berwibawa daripada Anwar

      Delete
    2. Setuju. AZMIN dan Mukhriz ialah gandingan mantap. LGE juga mantap.

      Delete
  10. Hanya Anwar sendiri yang 'berkebolehan' untuk menempatkan dirinya kembali ke penjara.Ada penyakit mudah diubati.Namun,terdapat 'penyakit' yang sangat sukar diubati.

    ReplyDelete
  11. 19.00
    Antony Loke dan LGE,bekerja keras membantu Tun menambah baik pentadbiran negara...manakala org2 cina sibuk menderma utk Tabung Harapan Negara...
    Kamu yg melayu masih cite tentang Anwar lagi...tolong le brother,bila agknya melayu sebegini mau berubah.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk apa lagi rakyat perlu dengar pidato retoriknya.'Road Show' yang dibuat Anwar hanya menunjukkan kelemahan dirinya.Jangan salahkan rakyat sekiranya kamu kalah di pilihanraya kecil parlimen nanti.

      Delete
  12. panglimo potaseh10 June 2018 at 23:16

    Anon 21.50

    Kalau lah Sudara Nuar bebas je, terus relek.. duduk ontok-ontok.. berkhalwat dgn cucu dan keluarga.. saya rasa keadaan akan cool.

    Yang buat mata kita juling dan telinga kita bingit.. pabila Sudara kita ni menjongket ngucup tangan Raja.. konon berunding, seolah-olah membontotti kewibaan Chedet sebagai Kapten kapal.

    Lepas tu ada pulak "road show".. pidato konon.. isi pidato nye, orang lain dah ckp masa kempen PRU14 Ari tu.. hi hi hi.

    Tapi tak apa lah.. biarkan asal rindu dendamnye berpidato dapat di penuhi.. janji dia kota apa yg dikatakan ..untuk bantu dan bersetia dgn Chedet.

    ReplyDelete
  13. Tun M ke Jepun lantas terus dapat perhatian masyarakat antarabangsa. Mereka ingin tahu apakah struktur ekonomi yang bakal dibawa Malaysia di bawah kepimpinannya sekarang. Tun M bukan pergi melawat, Tun M mahu bawa pelaburan ke negara kita.

    Di mana pula Anwar ketika ini? Kenapa tak digunakan "pengaruh" besarnya untuk menarik pelaburan ke dalam negara. Name dropping Yusof Qardawi akan memberikan pelaburan berbilion ringgit dari Mesir? Apakah pula sumbangan dari Turki setelah nama Erdogan seperti bertih dibakar, meletup-letup keluar dari mulut Anwar?

    Anwar Ibrahim cuma seseorang yang pernah dituduh meliwat. Dia bukan Mandela. Dia juga bukan calon terbaik untuk ganti Tun M. Tak kiralah berapa banyak tangan sultan yang dia dah cium.

    ReplyDelete
  14. Salaam,
    Awal cerita, ph adalah utk lawan BN, jatuhkan najib. Rakyat tanya sapa pm. Pemimpin ph tak boleh jawab, brader dlm penjara, camna nak jadi pm. Tdm kata sapa pun boleh jadi pm. Tdm nak jadi penasihat je, itu pun kalu kerajaan inginkan. Ikut kronologi la, jangan tembak melulu. Hormati tdm sebagai pemimpin yg org luar pun berbangga dengannya.
    Pemilihan tdm diputuskan oleh majlis presiden pH. 2 tahun, mungkin permintaan tdm tanpa melihat kerosakan negara. Sekarang masa utk bekerja. Patutnya bukan pm yg disebut, tapi TPM bagi menggantikan isterinya. Barulah, bila nak jadi pm? Ganti tempat isterinya dahulu, baru angan jadi pm dekat.

    ReplyDelete
  15. Salam TS;
    Maaf TS...saya adalah salah seorang yang amat2 tidak bersetuju untuk melantik Anuar menjadi PM.Saya yakin dan penuh percaya jika ini terjadi negara kita akan sekali lagi akan jatuh dan dipandang hina serta ditertawakan oleh seluruh dunia!!..
    mengangkat seorang yang tidak berakhlak seolah2 negara kita ini sudah tidak ada orang yang berwibawa dan bersih.

    Pada saya Anuar sudah tidak sesuai lagi untuk menjadi seorang pemimpin apatah lagi untuk menjadi seorang PM.Apa yang saya perhatikan dan dari gerak geri Anuar sendiri seolah2 beliau masih merasakan yang beliau itu punya kelebihan luar biasa dan sangat dihormati dunia...kalau tidak masakan beliau berulang kali menyebut dalam setiap ceramah selepas keluar dari penjara ni yang beliau sudah mendapat panggilan
    talifon dari Presdent Turki la,dari Al Gore la dan macam2 lagi..mengapa terkenal sangat beliau ni TS ??...pada hal seingat saya Anuar jadi TPM pun sekejap sahaja dan tentu mustahillah kalau beliau ni lebih terkenal daripada Tun sendiri yang pernah menjadi PM selama 22 tahun.Inilah yang dinamakan pelik bin ajaib TS!!...

    Yang lebih saya nak tertawa terguling2nya TS Anuar bagitahu yang Presdent Turki nak bagi sebuah pejabat kepada Anuar disebelah pejabat beliau!!??...kesian sungguh saya melihat gelagak Anuar ni,semacam orang yang kehilangan punca...hidup dalam penipuan demi penipuan...beliau seolahnya lupa bahawa zaman beliau sudah berlalu dan rakyat kini sudah begitu cerdek dan lebih jauh dari itu rakyat tidak boleh ditipu lagi dengan sandiwara2 beliau yang tidak cerdek itu.Zaman2 pidatu berapi2 tu orang sudah tak pakai dah.Dan kepimpinan oleh orang2 yang seperti Anuar memang sangat2 tidak diperlukan lagi.

    ReplyDelete
  16. Hanya orang buta sahaja tak nampak Anwar yang sebenarnya. Cukup setakat kesimpulan ini.

    Yang taksub dengannya tak boleh buat apalah.

    Walu bagaimana pun suara dan kemahuan rakyat tua dan muda lebih kuat berbanding kemahuan pentaksub! Ini perkara yang nyata. You ignore this you will die la.

    ReplyDelete
  17. Nenek Dari Gunung11 June 2018 at 07:11

    Anwar ni pada pndgn saya hidupnya memang suka mencari perhatian sejak dulu lagi. Dia telah terbiasa dikelilingi puak pentaksub yg boleh tercengang setiapkali pak sheikh membuka mulut berhujah.... ditambah selitan ayat Quran .... hnga TDM pun boleh terpedaya. Kelebihannya beretorik mampu membakar semangat hingga ramai yg sanggup bereformasi di jalanan. Itulah anwar! Saya memang tak teringin ber pm kan org spt anwar yg berwatak sesumpah. Tun M sebenarnya telah tersepit krn tpksa memilih anwar sebagai pengganti beliau sdgkan ramai lagi pemimpin lain yg lebih berintegriti. Jgn dilupa bahawa politik wang dlm umno telah dipelopori oleh anwar dulu ketika hendak mnjatuhkan Tun M n Tun Ghafar. Perangai itulah yg telah diwarisi oleh najib & the gang. Saya yakin Msia akan jadi lebih kelamkabut jika anwar ditakdirkan menjadi pm. Usah kita berangan utk media@rakyat bebas bersuara di era pm anwar kelak. Tindakan diquarantin @disejukbekukan
    @dicantas.... sedia menanti mrk. Hal itu telah berlaku semasa beliau menjadi tpm dahulu. Yg terbaru ttg tulisan Kadir Jasin....
    kemain lagi bunyi membodeknya kpd agung@rajaraja hnga pak kadiaq terpaksa meletak
    jawatan. Sikap lebih sudu dari kuah ini dikhuatiri akan membuat rakyat menyampah & mual....dan akan mula menolak PH utk Pru 15 akan datang.

    ReplyDelete
  18. Hari ini di suratkhabar anwar kata dia sokong tun m dan Minta tun m diberi
    masa yang secukupnya utk pulihkan negara. tunggu dan lihat apa yang akan dibuat oleh kaki auta ni

    ReplyDelete
  19. Anwar ni dok travel sana sini, waswas juga nii. Silap2 kantoi lagi sekali. Jika ikut sejarah dan statistik tingkahlaku beliau macam tak mustahil. Minta disimpanah.

    ReplyDelete
  20. Jika jawatan pm diturunkan kepada dsai, maaf kami sekeluarga tidak akan turun undi pru 15. Kami tidak ada keyakinan kepadanya

    ReplyDelete
  21. Harap orang lain la naik jadi PM selepas TunDM... Lihat lah... lain yg dicakap... Lain pula tindakan..

    ReplyDelete
  22. Cuba bandingkan gelagat DrM dengan mrX ketika mnjawab soalan wartawan... Jawapan Tun buat kita berpuas hati dan tidak menyakitkan hati... Tetapi jawapan MrX .... Harap individu lain lah jadi PM ke8...

    ReplyDelete
  23. Tan Sri sila baca Outsyedthe Box.Anwar buat gila di England.Dia pi sebagai PM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap-harap ada seorang-dua jaga langkah-panjang dia semasa berada di England. Saya bukan apa. Takut nanti, tiba-tiba keluar lagi video terbaru.
      Berpeloh dahi kita nak tolong spin untuk mempertahankan Kerajaan PH.
      Dulu, tak pa la... ada tokoh Agama PAS, boleh sucikan dosa dia.

      Delete
  24. Bergaduhla korang sesama melayu. Yg tetap ambil kesempatan cina kafir DAP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tak tak...
      DAP tak ambik kesempatan.
      Orang Melayu ni kena digempak sikit bagi sedar.

      DAP tak berani

      Delete
    2. DAP lagi....tak habih habih salahkan orang lain.

      Delete
    3. Sapa bergaduh? Mengkritik bukan bergaduh. Bodo piang.

      Delete
  25. panglimo potaseh13 June 2018 at 13:13

    Pak Zam.

    Ini bukan masalah DAP berani ke tak berani.. bukan masalah DAP ambil kesempatan. Ini Masalah Melayu menibai sesama sendiri

    Masalah melayu ada dalam diri orang Melayu. DAP hanya dibuat alasan. Semacam Pak Arab bergasak sesama sendiri .. tang bila badan dah sakit2 kene tibai, dituduh Yahudi punye ankara.. mcm tu lah tak habis-habis.. las-las mintak pulak bantuan Amerika?

    Macam tu lah kita Melayu.. dah ok dah kita togelkan Najib Bugis dan Zahid Totok.

    Dah ok dah bila PH bawah Tok Madey menang bergaya dan Chedet kita ni dah mula menyusun kudrat untuk penuhi janji.

    Dah ok dah Si Jawa Totok menjilat bontot Mamak Kerala Kutty. Malah Sang Ular-mak UMNO.. Samsul Debat sanggup londehkan kulit bila kalah, tapi belum lengit.. ini belot. Munafik.. kata Ustat ni ..jika kita lari masa perang.. bukan saya kata.. dia.

    Dah ok dah, Najib berseorangan rayau dari satu ke satu bazaar ramadan di wilayah ngular nye Pekan/Chini. Terperanjat dia apam empat keping seringgit. Si Penjual tu nyembur air liyur gelak.. gelak akan gelagat bodoh-bodoh Najib.

    Yang tak ok nye Melayu sama Melayu dah mula tunjuk gelagat dalam PH. Tapi ia melibatkan Melayu yang Sorang ni je.. cakap lain buat lain.

    Ah Guan dan Pak Toni seperti Tok Madey kerje siang malam. Kak Wan "Abam Abam" & Izzah Lawa pon kerje.. Dr Dzul.. semua nye kerje. Bang Mat pun kerje.. masih tak abis-abis ngukur kapal.

    Yang tudoh DAP akan menggigit adalah dari kalangan geng yang berfikiran "rakyat didahulukan".

    ReplyDelete
  26. Tiada banyak yang dibanggakan di zamannya menjadi TPM dulu selain daripada kebolehan berhujah mempengaruhi semangat pendengar. Ibarat lain di mulut lain dihati dan itulah sifat dia sejak dulu kini dan selamanya.. kini rakyat malaysia lebih bijak menilai siapa pemimpin yang lebih bekerja dari bercakap yang membuang masa..

    ReplyDelete
  27. Can we propose LGE as prime minister? I don't mind non Malay as pm as long as he demonstrates good qualities of effective leadership, transparency, good governance and other good traits as a leader.. I sees it in LGE..

    ReplyDelete
    Replies
    1. panglimo potaseh14 June 2018 at 23:13

      Mawar Princes.

      Ah Guan as our PM .. demi malam raya ni saya setuju.. setuju sangat.

      Saya dah penat bermandikan pemimpin yang tau isi tembolok sendiri.. tipu rakyat atas-bawah..depan-belakang.

      Yang MB buat utang untuk negeri billion2. Yang PM buat utang untuk negara trillion2.

      Yang terberak-berak kena bayar utang adalah rakyat. Negara semakin miskin .. yg kata semakin kaya.

      Malangnye pemimpin yang dimaksudkan semuanye bangsa aku.. MELAYU. Lebih malangnye mereka berugama ISLAM.. dah bersumpah junjung Quran untuk jujur pada rakyat dan negara. Kalau tak junjung Quran nak junjung apa lagi.

      Tak caya ckp aku.. Lu tgk je Tumasik.. berpuloh ribu orang Melayu hari2 nyeberang tebrau untuk cari rezeki HALAL di pulau KAPIR tu..

      Delete
  28. tak tipu,judi,mabuk,makan chiuk bukan orang cina lorr..lge apa bangsa maa..

    ReplyDelete
  29. Aku sendiri yakin Mukhriz vs azmin akan berlaku jika tun mahathir tak ada lagi nanti siapa akan jadi pm, anwar hanya tengok melopong je atau anwar akan sokong azmin itu atau mukhriz, bagi pendapat saya mukhirz tak akan dapat jadi pm sebab dah tentu azmin dah kukuh kedudukan di samping dap itu akan sokong dia

    ReplyDelete