Tuesday, 15 May 2018

UTUSAN ENGGAN CETAK SEMULA BUKU BESTSELLER MAHATHIR DI SEBALIK TABIR

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan 
buku saya  Mahathir di Sebalik Tabir pada 22 September 1994


BAGAIMANA PUN ANDA BOLEH DAPATKAN TERUS DARI SAYA

Telah beberapa kali saya meminta Utusan Publication  &Distributors Sdn Bhd supaya mencetak semula buku saya Mahathir Di Sebalik Tabir yang menjadi best seller setelah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr.Mahathir pada 22 September 1994.

Buku ini yang diterbitkan dalam tiga bahasa iaitu Inggeris,China dan Tamil dan dicetak semula lima kali boleh dianggap sebagai paling lengkap mengenai perwatakan  dan juga perjuangan  Dr. Mahathir yang tersembunyi dan terdedah  ketika di dalam dan di luar kerajaan yang penuh  dramatik dan kontroversi.

Edisi dalam Bahasa Inggeris bertajuk The Other Side Of Mahathir

Edisi tambahan ditukar kepada tajuk Surat-Surat daripada  Dr. Mahathir yang diterbitkan pada 2008( Ulang cetak 2010) mengandungi bab sengketanya  dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi setelah meletak jawatan sehingga  beliau mengucapkan selama tinggal pada UMNO pada 19 Mei 2008.

Catitan-catitan  saya dalam bab terakhir edisi pertama buku itu ternyata benar hingga beliau kembali menjadi Perdana Menteri kali kedua:

"Terbentang jelas jejak -jejak jatuh bangunnya yang merangkumi peristiwa kecil dan besar, pahit manis, benar dan salah tetapi segala kelemahannya tidak dapat menutup kecepatan dan keulungan pencapaiannya dalam masa singkat yang tidak ada tolak banding dalam sejarah kepimpinan negara."

Edisi pertama buku ini melihat 12 tahun kebelakang sejak saya berkenalan dengannya  sebagai wartawan Utusan Melayu di Alor Setar dan beliau menjalankan kliniknya di Pekan Melayu  dalam keadaan tersisih  diri dari politik kerana perselisihan fahamnya  dengan Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman.

Edisi bahasa Inggeris  diterjemahkan oleh seorang bekas wartawan akhbar Inggeris dan penulis buku-buku dalam bahasa Inggeris yang terkenal  yang telah  menetap di London hingga sekarang  sebagai wartawan bebas Wan A. Hulaimi

Saya telah berkali-kali meminta Utusan Publication mencetak semula buku ini kerana sekiranya apa-apa berlaku kepada Tun Mahathir maka inilah sebaik-baik warisan dan khazanah buku untuk disimpan oleh rakyat yang akan membolehkan mereka dari generasi ke generasi memahami dan menjiwai  perjuangan seorang pemimpin   yang tidak sahaja dibanggakan oleh negaranya tetapi dikagumi  dunia antarabangsa tetapi Utusan Melayu takut dan enggan untuk mencetaknya kerana ada tekanan politik.

Sayang Utusan Melayu telah melepaskan peluang keemasan ini  kerana mereka tidak menyangka akan datang suatu episod yang lebih besar dalam hidup Mahathir  sebelum pemergiannya yang abadi.

Saya telah berusaha untuk mencari saki baki buku ini  dan berjaya mendapat hanya sekadar 300 buah dalam bahasa Melayu ( edisi tambahan) dan  50 buah dalam bahasa Inggeris  The Other side of Mahathir.

Orang ramai boleh membeli terus buku ini dari saya yang akan saya autografkan. Harganya RM50 sebuah termasuk belanja pos. Bayaran boleh dibuat menerusi akaun CIMB 8002397357. Sertakan alamat anda dan nombor telefon. Maklumkan pembayaran telah dibuat kepada zainudinmaidin@ gmail.com



Ini adalah buku saya yang diautografkan oleh Mahathir pada 21 September 1994 di bawah catitan saya yang berbunyi: Dato Seri Dr.Mahathir: Sekadarkan sebuah catitan panjang untuk kenangan dan penghargaan kepada bakti teragung seorang pemimpin terulung di abad ini.

MOHON MAAF
Mohon maaf kerana ada kesilapan no A/C yang saya berikan dan telah dibetulkan.Terlebih no. Zainuddin Maidin

40 comments:

  1. Lepas pru; ramai dah lain macam...utusan, nst rtm, tv3, kj, samy vellu. Mungkin buku ts zam akan potong Q ke tempat pertama untuk reprint oleh utusan.

    ReplyDelete
  2. As Salam TSZ.... Saya berminat mndptkan buku ini & telahpun mbuat byrn & telahpun mnghntr bukti byrn ke email TS. Pada mulanya byrn telah di 'rejected' sbb berlaku kesilapan di no. a/k TS, krn didpti terlebih 0. Saya telah mcuba kali ke 2 mgunakan no.a/k yg tertera di sblh kanan blog TS, Alhamdulillah berjaya. Sekalung Tahniah dari saya atas segala usaha2 TS menulis pengalaman pahit manis TS brsama Tun juga yg lainnya. Moga usaha murni TS ini diberkati. Aamiin.

    ReplyDelete
  3. Mohon berbanyak Danganom.Itu memang kesilapan saya. Akan saya hantar segera.Sdr pesan atas nama apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak mengapa Tan Sri. Pesanan saya melalui email saya danganom juga.... semua butir lengkap telahpun saya catatkan. Tk byk Tan Sri.....

      Delete
  4. http://sanusijunid.blogspot.my/2018/03/warisan-lwn-umno-di-sabah.html?m=1

    Tan Sri Zam, saya tiba2 teringat kepada orang kita, arwah TS Sanusi. Beliau juga berjuang demi negara sampai akhir hayat. Tidak harus dilupakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Almarhum Tan Sri Sanusi Junid banyak juga menabur jasa Negara,Kini beliau telah berpulang kerahmatullah, semoga Allah Azza Wajallah mencucuri Rahmat keatas roh Allahyarham,, ALFATIHA

      Delete
  5. Kasihan beliau tak sempat lihat kejayaan perjuangannya dan anaknya pula kalah dalam pertandingan kerusi Parlimen di Jerai Kedah. Semuga Allah cucuri rahmat keaatas rohnya. Al Fatihah

    ReplyDelete
  6. Saya bagi bagi satu tahun je tun Mahathir siasat kes 1mbd jika tun mahathir gagal, saya sendiri minta tun mahathir letak jawatan, saya tak nak budaya fitnat berleluasa di malaysia ini...

    Kadang-kadang saya tertanya kenapa dia letak dua tahun selamatkan malaysia apa dia sembunyikan, nampak ada sesuatu tak kena pada tun mahathir ini...

    Ingat Bashar al-Assad hampir kalah perang dia bangkit kembali mencapai kemenangan syria selapas negaranya fitnah macam-macam, ingat parti LDP di jepun bangkit kembali menewaskan lawan jepun itu setelah alami kekalahan teruk..

    Ingat dalam hadis nabi "akhir zaman" fitnah berleluasa,orang jahat diangkat jadi pemimpin..

    Zaman sekarang aku tengok kita buat jahat akan mendapat pembalasan dengan cepat

    ReplyDelete
    Replies
    1. DIANATARA BALASAN YANG JELAS DENGAN CEPAT DAN DIRASTUI OLEH RAKYAT PADA KESELIURUHANNYA ADALAH KEPADA DATUK SERI NAJIBDAN ROSMAH YANG TELAH MENGKHIANATI NEGARA DAN BANGSA.

      Delete
    2. MASIH TAK NAMPAK LAGI.MAHATHIR AKAN SELESAIKAN 1MDB TIDAK SAMPAI SETAHUN,MUNGKIN DALAM SEBULAN DUA LAGI NAJIB AKAN DIHADAPKAN DI MAHKAMAH. ORANG JAHAT TELAH DITURUNKAN DAN ORANG YANG BAIK SEPERTI MAHATHIR TELAH DINAIKAN WALAUUN TELAH TUA.BELUM NAMPAK LAGI KE?

      Delete
    3. Anon:11:01,...apabila anda membaca,janganlah membaca prejudis sendiri,begitulah juga sekiranya anda mendengar.Sekiranya itu adalah sikap anda,maka mana mungkin untuk seseorang itu benar-benar belajar,atau mampu untuk memahami sesuatu kebenaran.Pernah dengar tak,yang Islam itu bukan 'agama kepercayaan',...kerana sesuatu kepercayaan itu belum tentu benar.Rakyat majoriti memilih Tun,...siapa kamu untuk beri tempoh 1 tahun kepada beliau.Nampaknya anda bukan penyokong demokrasi.

      Delete
    4. Pernah tengok jalan dibaiki, signboard "kesusahan hari ini, kesenangan hari esok"? Kemungkaran berkerak berlapis 61 tahun, apalah sangat 1-2 tahun tak boleh tunggu masa pembinaan semula? Nak buat pencakar langit, buat piling dan foundation saja pun satu tahun mana cukup... kalau nak cepat tu boleh, tapi alamat cepatlah rebah. Lepas banjir besar kenalah cuci dulu lumpur dalam rumah, buang perabot yang rosak, baiki dinding yang senget... itu semua makan masa duit dan pengorbanan, baru boleh teruskan hidup. Kalau si abah tengah sibuk bertukang rumah roboh, kita pula macam anak-anak merengek nakkan mainan iPhone itu dan ini, susahlah... Pembaharuan yang berlangsung patut melibatkan pembetulan sikap tabiat dan jangkaan rakyat, itulah kita semua. Lihatlah Atok sudah tua membuat piling foundation asas pembinaan Negara untuk generasi kita dan akan datang, berilah bantuan dan sokongan. Jadikan penggal Parlimen dan kerajaan 5 tahun yang akan datang lebih baik daripada sebelumnya. Begitu juga semoga Ramadan kita ini lebih baik daripada yang dulu. Amin.

      Delete
    5. Kesalahan 1MDB ini sudah terbukti di kanca makahmah global, US, Singapura. Dan kamu buta mata selama ni tidak mengikuti perkembangan negara betapa semua pegawai SPRM, Bank Negara, Attorney General semua dilumpuhkan demi menyembunyikan kesalahan Najib dan BN. Mungkin kamu tidak terbiasa dengan bagaimana pentadbiran koperasi dijalankan, bagaimana setiap statement kewangan akan dicatatkan dan boleh diaudit. Buktinya sudah ada, cuma memerlukan masa untuk menyusun segala bukti lebih2 lagi melibatkan kerjasama pihak2 antarabangsa. Katakan lah perkara ini disegarakan nanti orang2 berfikiran seperti kami akan kata pula penyiasatan tidak dibuat secara teliti tetapi memang ditipu semua fakta hanya hendak mendakwa Najib. Hai, susah orang2 yang berfikiran seperti kamu ni nak dicerdikan dan dicelikan.

      Tun Mahathir dan PH bukan dilantik rakyat semata-mata dihadkan kepada 1MDB saja. Luar gambar yang lebih besar. Untuk Malaysia bangkit dan bangun semula, kerajaan BN sudah tidak berkesan untuk berjuang demi kepentingan rakyat lagi. Kerajaan BN sudah tidak mahir kerana di otak mereka hanya duit, pangkat dan korupsi, mementingkan perut masing2 lebih dari rakyat. Malaysia akan lebih maju bila sistem demokrasi ditegakkan dan kita mempunyai kerajaan yang telus, amanah, cekap dan mahir.

      Delete
  7. Tan Sri,

    Selamat.

    Saya rasa sudah tiba masanya TS menerbitkan buku secara elektronik juga (e-book). Bagi saya, saya cukup seronok pergi kemana-mana sahaja dengan membawa pelbagai buku didalam telefon saya. Kerana saya seorang ulat buku. Harap pandangan ini diambil berat oleh TS mengambil kira kepada kemudahannya.

    Sekian Tan Sri.
    Terima kasih.
    Selamat.

    ReplyDelete
  8. Rata-rata pejabat kerajaan adalah tempat atau sarang bagi mereka yang anti-Mahathir.Golongan ini adalah majoriti.Sesiapa penyokong Mahathir akan ditindas.Kini Mahathir kembali sebagai PM dengan sokongan rakyat,dan golongan ini semakin lantang menyumpah dan memburukkan Tun.Bayangkanlah bagaimana kamu kena menanggung serangan daripada mereka ini yang ramai setiap hari.Bekas menteri di sini adalah Saleh Keruak.

    ReplyDelete
  9. 11.01,byk2 le isytifar.......
    Terimalah kenyataan dgn hati terbuka,baca akhbar tak hari ni?,berani buat berani tanggung,ini baru balasan di dunia...bukan ke yg hak tetap mengalahkan yg batil,inilah yg berlaku sekarang...

    ReplyDelete
  10. Ada lagi ka buku tu? Sibuk kerja lupa.

    ReplyDelete
  11. TS Zam, please reserve for me a book in English. The payment has been made under "Other Payment Details" - JV ZAM. I will send you an Email.

    ReplyDelete
  12. KEPUTUSAN PILIHARANRAYA KE 14 MEMBUKTIKAN.....

    MAHATHIR
    Man of Steel

    NAJIB
    Man of Steal.....!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ANWAR
      Man of Steam?

      Delete
  13. Salam tan sri,
    MOHON TIDAK DISIARKAN
    sy sekadar ingin berkongsi pendapat dgn tan sri.
    Sy amat setuju dgn posting tan sri yang menyatakan rafizi mempertikaikan perlantikkan menteri oleh tun atas restu anwar.
    Apa yang saya faham, anwar dan pkr memang mengharapkan menteri mof diberi pada mereka.
    Tetapi saya percaya tun tidak akan lantik pkr untuk jawatan menteri mof kerana nanti pm adalah anwar. Ini akan menimbulkan konflik kepentingan. Malah tun teramat kenal dengan anwar, kerana terpaksa saja bersatu bersama dengan pkr.
    Selepas rafizi dibelasah dalam media sosial barulah wan azizah menyatakan yang anwar tidak akan melibatkan diri dalam masa terdekat. Anwar pula berulang kali menyatakan sokongan beliau pada tun.
    Sebaik saja anwar dibebaskan, anwar telah berucap dirumahnya meminta pkr berhati-berhati dengan Daim. Katanya Daim ada rekod yang tidak baik.
    APA MOTIF??
    Pkr sekarang ini berada didalam kerajaan. Jadi kenapa anwar boleh keluarkan kenyataan yang menyinggung hati tun dan Daim. Ada baiknya anwar berucap dihadapan kepimpinan pkr sahaja jika benar-benar beliau mahu orangnya curigai Diam.
    Pada saya anwar buat semua ini untuk merendahkan kemampuan dan ketokohan tun di mata hati penyokong pkr khasnya dan rakyat malaysia amnya.
    Sebaik tun dilantik menjadi pm, tun terus umumkan 5ahli lembaga penasihat dan nendapat sokongan penuh rakyat dan satu kebanggaan.
    Tetapi semua ini tidak bagi anwar kerana ia akan menghakis sokongan / keterujaan terhadap beliau.
    Apa yang cuba disemai dan diwar-warkan oleh anwar ialah tiada sesiapa pun yang boleh menjadikan melaysia ini lebih baik dan lebih telus kecuali beliau saja.
    Sebab itu anak muda teramat teruja dan tidak sabar untuk melihat anwar menjadi pm. Manakala kepimpinan pkr yang sejak zaman reformasi lagi mengharapkan jawatan bila perjuangan mereka berhasil.
    Bila anwar sudah jadi pm, topeng sebenar pkr akan terbuka. Saya percaya bersatu,amanah dan dap akan makan hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dengan pendapat Joe Harry.

      TDM amat mengenali awnar. Sebab it TDM baru2 ini ada mengatakan yg walaupun beliau akan melepaskan jawatan PM selepas 2-3thn, beliau akan tetap memainkan peranan dibelakang tabir selepas itu. Ia adalah mesej untuk anwar.

      DAP tidak mudah diperdayakan. Pemimpin2 mereka cukup bijak dan telus. Mereka juga cukup kuat dengan 42 kerusi berbanding dgn PKR 47.
      Ramai pemimpin2 amanah memuja anwar. Tapi mereka juga tidah mudah diperdayakan kerana mereka telah lama berjuang dan mereka tetap setia pd matlamat perjuangan mereka.

      TDM tentunya akan mengambil langkah memperkuatkan bersatu. Ia tidaklah sukar kerana ramai orang2 umno akan berbondong2 masuk bersatu. Ini yg ditakuti anwar. Walaupun bersatu hanya menang 13 kerusi dari 52 yg mereka tandingi, ia adalah satu pencapaian yg bolih dibanggakan kerana kerusi2 yg mereka tandingi adalah kerusi2 kuat umno, seperti pekan, padang rengas, bagan datuk, pengerang, sembrong, rembau. Mentelah lagi bersatu hanya ditubuhkan tak sampai 2 thn.

      Selagi anwar aktif selagi itulah PH tak akan stabil. Selain TDM, saya tidak nampak ada orang lain yg dapat menyaingi dia selain Azmin. Saya harap Azmin sekali lagi dapat menewaskan anwar sebagaimana dia lakukan semasa langkah kajang.

      Delete
    2. Parti PKR yang perjuangannya adalah dari Anwar kepada Anwar,dan untuk Anwar tidak pernah menang,walaupun dibantu oleh PAS dan DAP.Ini semua atas perancangan Allah jua,bila RoS tidak meluluskan sehingga lambang parti PKR digunakan untuk PRU 14.Mereka mudah lupa hakikat sebenar,dan sebaik Anwar dibebaskan,seluruh penyokong PKR terus mabuk.Rakyat yang telah buktikan penyatuan sebenar sedang memerhatikan.Kononnya Tun Daim ada rekod tidak baik,.....what???Mengata dulang paku serpih,mengata orang aku yang lebih.Hari pertama dia bebas,dia sudah pun gagal di mata hati dan fikiran rakyat.Reformasi yang dilaung-laungkannya sudah lupus tarikh,sedangkan rakyat sedang ber'reformasi bersama Mahathir.Anwar tetap akan gagal sekiranya dia menurut nafsu.

      Delete
    3. Kenapa Tan Sri siarkan posting ni? bukankah tuan empunya komen saudara Joe Harry siang-siang lagi telah menyatakan agar ianya tidak disiarkan? Beliau hanya mahu berkongsi dengan Tan Sri saja.

      Dimanakah etika kewartawanan Tan Sri? Bukankah persetujuan sumber diperolehi terlebih dahulu sebelum sesuatu berita disiarkan. Sekadar mencelah.

      Delete
  14. Mahathir sudah pun fikirkan akan apa akibat buruk yang akan dilakukan oleh Anwar.Sebenarnya rakyat sudah pun bersatu di belakang Mahathir.Kemungkinan Anwar bersama Zahid Hamidi (UMNO),dan juga PAS bergabung.Orang yang berdendam adalah orang yang memulakan masalah.Namun saya yakin Bersatu akan terus bersama Amanah,DAP,Warisan,dan Hindraf serta majoriti rakyat Malaysia.Ramai yang sedar ucapan Anwar di P.J semalam membosankan.Dia masih dengan politik lama dengan cara penghibur dan penglipur lara.Nafsu hendak memimpin jauh lebih penting daripada negara.Sebenarnya,Mahathir ada cara sendiri untuk membalas dendam.

    ReplyDelete
  15. Imam Syafie berkata: "Carilah pemimpin yang banyak panah-panah FITNAH menuju kepadanya, IKUTILAH mereka yang banyak di FITNAH, Karena sesungguhnya mereka sedang berjuang di JALAN yang BENAR."

    Saya tengok pemimpin mana banyak kena fitnah dari anda fikir-fikirkanlah Buat masa ini Media utama dan intenet sedang memburuk pemimpin tersebut Walau pun dia berhenti jadi pemimpin, kerana itu aku akan ikut pemimpin itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan terlalu mudah percaya Imam Syafie. Tuhan memberikan kau AKAL.

      Delete
    2. Jangan lah tunjuk sangat kebodohan itu.

      Delete
    3. Anon 17May @21:30

      Dari 'gaya tulisan' anda, kami boleh agak 'pemimpin' yg anda maksudkan itu ialah tak lain tak bukan Si.Pendekar.Bugis @Si.Klepet @Mat.Mongol @Kepit.Man..

      Apa yg kita nampak sedang berlaku sehari-dua ini BUKAN FITNAH.. Termasuk juga tindakan 'raid' oleh PDRM.. Itu semua bukan fitnah..

      'Pemimpin' yg anda maksudkan itu sebenarnya BUKAN pemimpin tetapi PENYANGAK..
      Anda dah tahu ke belum..berapa ratus buah beg berisi $$$$ yg dijumpai/dirampas ? Itu belum campur lagi 'benda² lain' yg PDRM jumpa..

      Anda fikir baik².. Jenis manusia macam inikah yg Imam Shafie r.a maksudkan?

      Kami rasa jawapannya ialah "jauh panggang dari api"..

      Ini bukan fitnah ye..

      Delete
    4. Laaa aku ingatkan 2130 maksudkan mat maslan kah kah kah

      Delete
  16. 21.30
    Kami faham sape yg anda maksudkan.
    Tak pe lah,kita tgk data2,dokumen,tranksaksi dlm episod2 dan plot akan datang....angka2 tak pernah berbohong KECUALI dimanupulate...hang nak tipu bagaimana?,....fbi US bukan mcm sprm zaman Zul dan era AG Apandi Ali...
    Kes mdb punya pasal,tak pasal2 hussein najdi dan kevin jd mngsa...alahai
    Buat baik berpada2,buat jahat jangan sesekali...

    ReplyDelete
  17. Putaran pertama reformasi yg bermula 1998 sudah pun tamat dengan tumbangnya kerajaan BN. Sekarang ini putaran kedua baru saje bermula.

    Tugas besar TDM sekarang ini ialah memulihkan segala kerosakan yg telah dilakukan najib dan BN selama hampir sedekad ini. Tak ada orang yg lebeh layak dari TDM untuk melaksanakannya. TDM juga berkewajipan memulakan semua agenda2 utama reformasi seperti terkandung dlm manifesto PH. Kesemua ini akan mengambil masa 2-3 tahun.

    Selepas itu, saya berpendapat, tugas PM dan semua kerja2 menyudahkan agenda2 reformasi itu sebaiknya diserahkan kepada pimpinan yg lebeh muda. Sebenarnya DSAI tidak lagi diperlukan. Tugas beliau sebenarnya sudah pun selasai. Biarlah mereka yg lebeh muda memacu negara kehadapan tanpa ada apa2 bagasi zaman silam.

    Kalau TDM, Daim dan DSAI masih lagi ingin berkhidmat, mereka bolih menyumbang sebagai penasihat2 didalam majis penasihat kerajaan seperti yg baru TDM tubuhkan. Tugas mereka hanya memberi idea dan pandangan. Keputusan mestilah diserahkan kepada PM dan kabinet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju!Perjuangan reformasi untuk Anwar bermaksud Malaysia undur ke belakang.Sekarang adalah reformasi demi negara yang tercinta.Negara ini diasaskan oleh pemimpin-pemimpin muda.Ayuh,...persiapkan kepimpinan muda sekarang dengan dorongan daripada mereka yang arif dan berpengalaman.Masa untuk politik yang merugikan sudah tamat.

      Delete
  18. Madey kutty (kata zahid) yg kini terlalu tua (kata prof kangkung) yg menjual nasionalisme melayu (kata umno), kini tak henti henti buat kerja bersihkan negara, sejak dilantik jadi pm. Salute tun. Mesti rehat juga, jaga kesihatan.

    ReplyDelete
  19. Buang semua beribu penjawat awam lantikan politik. Kita bayar gaji mereka; bukan mereka khidmat pd kita tapi pd tuan mereka. Buang jangan tak buang; biar dia orang pi cari makan sendiri; bawa lori ka, tebas rumput ka, cuci kereta ka; apa apa lah

    ReplyDelete
  20. 'Mahathir Disebalik Tabir'. Itulah tajuk buku yang diberi oleh Tan Sri Zam, apabila menulis mengenai Tun Dr.M.

    Cuba bayangkan pulak, apa tajuk yang paling sesuai jika ada penulis mahu menulis mengenai sejarah-politik Dato Seri Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'Anwar Di Sebalik Tirai Malam'.

      Delete
  21. Yang pasti, Syarikat Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. telah terlepas peluang yang paling baik untuk menjana pendapatan jangka panjang kerana 'ENGGAN CETAK SEMULA BUKU BESTSELLER MAHATHIR DI SEBALIK TABIR'.

    Benar kata Tan Sri:-
    "Sayang Utusan Melayu telah melepaskan peluang keemasan ini kerana mereka tidak menyangka akan datang suatu episod yang lebih besar dalam hidup Mahathir sebelum pemergiannya yang abadi."

    Mungkin belum terlambat, jika berlaku rombakan dalam tadbir-urus Utusan, seperti yang TS Zam perkatakan dalam posting terbaru.

    ReplyDelete