Friday, 25 May 2018

PRASANGKA: MAHATHIR BUKAN PILIHAH RAJA -RAJA SEBAGAI PERDANA MENTERI.

PERANAN SULTAN PERAK

Image result for Pic Of Sultan Nazrin Perak

Hubungan antara beberapa orang  Raja dengan Tun Mahathir selepas kembali  menjadi Perdana Menteri adalah ibarat "mata berpandangan budi kedapatan". Ada Raja yang tidak lagi hormati beliau ketika berada di luar pentabiran negara malah Istana Johor meanggap Pindaan Perlembagaan yang dilakukannya bertujuan untuk  membolot kuasa negara.

Ketika Mahathir menentang habisan-habisan pemerintahan kleptokrasi Najib ,Majlis Raja-Raja tidak menunjukan sikap prihatin terhadap perjuangan ini yang didukong oleh berjuta rakyat malah seorang dua raja  menunjukan sikap besama Najib sebagai keturunan Bugis.


Kemurkaaan Sultan Selangor dalam hal ini menyebabkan Mahathir mengembalikan darjah kebesaran yang dikurniakan oleh Sultan Selangor yang tindakan itu disambut hangat oleh rakyat yang tidak lagi meanggap besar kurniaan darjah-darjah dari  Istana.Dalam pada itu Sultan Kelantan telah  menarik balik  kurniaan darjah kebesaran kepada Mahathir untuk  menghina Mahathir.

Bagaimanapun Allah Mahakaya,mereka akhirnya  terpaksa berperdana menteri Tun Mahathir.

Posting saya terkini yang merujuk balik peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam masa menghadapi pilihanraya  di atas tajuk " Raja tidak boleh terlihat memihak dalam sengketa politik rakyat"  telah mendapat reaksi positif dari rakyat  (silat lihat 23 Mei 2018)) 


Jika  Majlis Raja-Raja telah terlihat oleh  rakyat sebagai tidak menyokong perjuangan menentang Najib dan mempunyai prasanga buruk terhadap kelewatan melantik Mahathir sebagai Perdana Menteri, maka apakah salahnya jika  kekerohan hubungan rakyat dan raja diatas prasangka ini dijernihkan oleh MRR sendiri.

Ini boleh dilakukan dengan MRR menegaskan semula ikrak pendirian untuk mematuhi  Pindaan Perlembagaan sekali dan selama-lamanya  dan tidak lagi diantara mereka yang dengan mudah mengugut rakyat  dengan membuat laporan polis kerana  bersuara atas hak mereka membantah ketidakadilan raja  dam  penyelewengan dari perbatasan undang-undang.Ini kerap berlaku di Johor.

Saya mempunyai kepercayaan  penuh Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Sultan Nazrin Muizuddin Shah, Raja yang hormati oleh rakyat sebagai seorang intelektual  dan berperadaban di raja akan dapat menjalankan  peranan utama untuk memulihkan semula  imej Majlis Raja-Raja.

Dibawah ini adalah salah sebuah komen dari sekian banyak komen yang menolak campurtangan raja-raja dalam politik dan pentadbiran negara dan apa yang berlaku semasa Mahathir memimpin perjuangan rakyat untuk menjatuhkan Najib.



MO1 TEWAS KERANA  RAKYAT DAN STRATEGI BIJAK MAHATHIR

 Oleh MRS
Saya setuju dgn lontaran sdra Zam tetapi berpandangan "senang cakap dari perbuatan".

Selagi Raja-Raja  itu manusia selama itulah  akan ada campur tangan  mereka didalam politik negara oleh, cumanya besar atau kecil.

Adalah hakikat bahawa MRR(Majlis Raja-Raja)  telah tidak bertindak terhadap mantan MO1 setelah diberi taklimat hingga ke 2 kali oleh Shukri dan Abu Kasim dari PSRM justeru itu apa yg rakyat boleh harapkan dari MRR.

Syed Danial boleh menafikan tetapi mantan MO1 tewas bukan kerana tindakan oleh Raja2 tetapi oleh kehendak rakyat dan kepandaian, kegigihan dan strategi bijak yg dilaturkan oleh 'orang tua' 93 tahun.
'Org tua'ini juga telah dikecewakan oleh MRR.

Dan saya percaya 'org tua' 93 tahun ini juga bukanlah pilihan dan digemari oleh Raja2 .

Tetapi suara dan kehendak rakyat telah memihak kpd beliau ternasuk saya.'sdra Zam dan saya percaya ramai lagi pembahas diblog ini.

Pokoknya MRR telah tidak membantu apa2 hingga membolehkan Tun M dan PH menjadi Kerajaan,justeru itu lebih baik MRR hanya kekal dan berperanan seperti  yg termaktub didlm Perlembagaan.

Jika perlu campurtangan,hanyalah kearah kebenaran jika diperlukan.atau dlm perkara2 ugama.sealiran dgn peranan mereka sbg ketua ugama.

Saya percaya semua rakyat mahu dibela. jika pemimpin rakus melakukan kejahatan,bukan mahu Raja2 yg tidak dpt atau tidak mahu melakukan sesuatu.
Tetapi kerana sudah ada Raja-Raja maka kekalkan sahaja tetapi mereka jangan   memihak atau campur tangan dlm politik.

Terima kasih.
IMBAS KEMBALI

Mahathir pulangkan darjah Selangor dan Istana Kelantan tarik balik

 | February 8, 2018
Makluman penarikan balik Darjah Kerabat (DK) Al-Yunusi Kelantan dihantar ke rumah bekas perdana menteri itu di Seri Kembangan semalam.
PETALING JAYA: Sehari selepas menarik balik darjah kebesaran Naib Presiden Amanah Husam Musa dan Pengerusi Amanah Kelantan Wan Abd Rahim, Istana Kelantan mengambil tindakan sama terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sumber memberitahu FMT, makluman penarikan balik Darjah Kerabat (DK) Al-Yunusi Kelantan itu dihantar ke rumah bekas perdana menteri itu di Seri Kembangan semalam.
Surat penarikan balik darjah kebesaran berkenaan bertarikh 6 Februari dan sumber memberitahu Dr Mahathir dalam proses menyerahkan semula pingat terbabit.
Semakan FMT mendapati Dr Mahathir menerima pingat DK itu pada April 2002, dianugerahkan oleh Sultan Ismail Petra, bapa kepada Sultan Muhammad V.
Semalam, media melaporkan Sultan Muhammad V menarik balik darjah kebesaran Kelantan yang membawa gelaran “Datuk” yang dikurniakan kepada Husam dan Abd Rahim.
Mereka menerima surat daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Faudzi Che Mamat petang semalam, memaklumkan Sultan Muhammad V menarik balik tauliah pelantikan Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK).
Sementara itu, Tengku Laksamana Kelantan Tengku Abdul Halim Ibni Almarhum Sultan Ibrahim ketika dihubungi FMT memaklumkan tidak mengetahui sebab tindakan Istana Kelantan itu.
“Saya tidak boleh komen secara teperinci.
“Saya juga tidak tahu punca sebenar, saya mengetahui pekara ini melalui laporan akhbar,” katanya.
Pada Disember lalu, media melaporkan Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, menyerahkan semula anugerah kebesaran yang diterima daripada Sultan Selangor sebelum ini.
Pingat tersebut diserahkan selepas Dr Mahathir dikritik Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam wawancara yang diterbitkan The Star dan Utusan Malaysia selepas bekas perdana menteri itu merujuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai “keturunan lanun Bugis”.

44 comments:

  1. Salam TS Zam.

    Saya pelik... sejak bila Raja-Raja diberi 'hak' untuk memilih Perdana Menteri?
    Saya baru saja sedar... sejak Majlis Perkawinan Putera Harry beberapa hari lalu... Permaisuri England dan Kerabat Baginda tidak boleh mengundi. Jadinya, Istana England seharusnya bersikap apolitical atau tidak memihak dan sudah tentu tidak boleh memilih pihak mana yang akan membentuk Kerajaan atau siapa yang akan menjadi PM..
    Oleh kerana Sistem Pemerintahan Demokrasi & Raja Berpelembagaan yang kita amalkan adalah mirip England, saya rumuskan Raja-Raja Melayu dan Kerabat terdekat Baginda juga tidak boleh mengundi.

    Namun, saya sangat setuju dengan pendapat Tan Sri Zam...

    "Saya mempunyai kepercayaan penuh Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Sultan Nazrin Muizuddin Shah, Raja yang hormati oleh rakyat sebagai seorang intelektual dan berperadaban di Raja akan dapat menjalankan peranan utama untuk memulihkan semula imej Majlis Raja-Raja."

    Saya juga amat menghormati dan menjunjung tinggi kebijaksanaan Baginda Sultan Perak. Daulat Tuanku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Sultan Nazrin Shah ni memang contoh paling baik sebagai raja yg dihormati rakyat. Sama seperti ayahanda beliau Sultan Azlan Shah yg berjaya menjadi Lord President, mahkamah persekutuan.

      Delete
    2. Salam Sdra RD.

      Sy kira..
      sikap tidak senang dgn Tun M 'org tua'93 tahun sbg PM negara ...bukan sahaja dari kalangan org2 Umno yg tewas tetapi juga oleh majoriti dlm MRR.

      Tun M menyedari....tetapi berbekalkan kekentalan semangat dan kepercayaan pd kebenaran dan amanah yg dipikul serta rasa terpanggil membetulkan kesilapan memilih Bugis....maka dia meneruskan usaha dgn penuh gigih hingga berjaya menjatuhkan kerajaan zalim.
      Dia juga tahu....bahawa majoriti rakyat tidak lagi sebodoh yg Umno/BN (termasuk MRR)sangkai ....maka semuanya kini adalah sejarah.

      Syabas Tun....andalah SUARA rakyat yg telah lama disepak terajang kerana dipermainkan spt bola oleh Kerajaan BN dan???

      Terima kasih

      Delete
    3. Queen of England juga kena bayar cukai pendapatan.

      Delete
    4. Salam Saudara Msh.

      Ya, Dr.M adalah SUARA yang mewakili majority Rakyat, tanpa mengira Bangsa & Agama.
      Selepas PRU14, saya amat yakin Baginda Sekalian telah sedar akan hakikat bahawa Rakyat lebih sayang dan menghormati SUARA Dr.M dari SUARA mereka.


      Psst... Anon 1921.

      Queen of England, kalau tak silap saya, baru 2 tahun, mengenakan cukai-pendapatan keatas diri-sendiri (self-imposed), secara sukarela tanpa desakan mana-mana pihak.

      Sudah tentu kesediaan membayar cukai kepada Rakyat adalah diatas kesedaran bahawa kedaulatan Takhta yang diwarisi turun-kemurun itu tidak akan kekal lama jika rasa-cinta, kasih-sayang dan penghormatan dari Rakyat terhakis.

      Namun saya tidak pasti cara pengiraan cukai, samada diambil-kira secara menyeluruh, individu atau keatas semua kepentingan perniagaan yang dimiliki Pihak Istana England.

      Adakah cukai atau caj-caj berikut turut dikecualikan juga:-
      - bayar cukai-import, jika beli kereta mewah.
      - bayar cukai-jalan/insurance jentera bermotor.
      - bayar bill air/letrik dan lain-lain.

      Delete
    5. Apa peranan sebenar mereka???Rakyat yang sebenarnya memayung mereka.Susah sangatkah untuk faham hakikat ini?Mereka adalah sebahagian besar daripada masalah,bukannya penyelesaian kepada masalah.

      Delete
    6. Kalau tak ada mereka,msia mungkin jd spt syria selepas pru..tp dgn adanya mereka,kita jadi selamat seperti thai.

      Delete
  2. Sekali-sekala kita mungkin seronok berajakan orang seperti Sultan Nazrin. Tapi dia cuma 1 per 9, atau 11.11%. Kalau mencari konsensus dia ini macam 'outlier'. Habis penggal, naik balik yang 'agak malap'. Inilah jadinya kalau pemimpin dipilih daripada 'small genetic pool'. Macam bernikah sesama saudara sepupu sekerabat sedarjat - hasil yang keluar pun 'agak malap'.

    Zaman Nabi dan Khulafa ar-Rashidin pemimpin dipilih kerana merit, bukan kerana kerabat. Jawatan adalah tanggungjawab, bukan keistimewaan atau warisan.

    Kalau betul 'Ketua Agama', do us a favor and practice the above yourselves first. Take the plunge.

    -Bangsi Hikmat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bab ni Ketua Agama nak ikut Nabi? Jangan harap. Deme takkan turun sendiri, sampailah deme diturunkan.

      Delete
  3. Apabila dan sebaik sahaja Tun pegang kuasa, Rule Of Laws disebutnya berulangkali, sudah tentu ia bermaksud kepada semua.

    Beri masa kepada Tun untuk delegate semua missinya kepada Menteri, selepas itu mungkin Tun ada masa untuk memastikan semmua berada di kandang dan reban masing².

    Jika Tun tidak sempat melakukannya, kita bakal lihat negara akan hilang kawalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sdra Kluangman.

      Tepat kata sdra....

      ..."Apabila dan sebaik sahaja Tun pegang kuasa, Rule Of Laws disebutnya berulangkali, sudah tentu ia bermaksud kepada semua".

      Berilah peluang pd beliau.

      Dia telah dihina dari peringkat tertinggi Kerajaan termasuk majoriti pihak istana hingga dari budak2 hingusan dlm Parti 'Keramat Haram J@d#h'.. ..semata2 kerana mereka termakan dgn dakyah jahat Bugis dan konco2.

      Mereka tergamak sekali menghina....memperlekehkan dan menuduh beliau pengkhianat.

      Mereka ini termasuk majoriti MRR dgn sengaja mengenepikan realiti bahawa yg merompak dan menyamun adalah Najib laki bini.

      Hakikatnya ...Tun telah merasai semua penghinaan yg di lakukan oleh mereka....dan sy percaya...tentu sekali air mata beliau berlinangan... hinggakah kini dgn kehendak Allah SWT beliau telah dipilih semula sbg PM dan memberi peluang untuk beliau membetuljan semua.

      Maka....pihak istana wajar sedar dan faham.....'org tua'93 tahun ini berkeupayaan merubah semua demi rakyat yg dia kasihi.

      Hatta bagi Tun... ' the rules of law applies to all '.

      Hidup Tun....

      Delete
  4. Betul masukkan mereka dalam reban dan kandang masing2. Rata2 pembahas2 mula menunjukkan keadilan dan kebenaran juga kematangan. Tunggul2 mati biarkan dihayutkan ke kuala dan kelaut. Kalau tidak mungkin berguna untuk menjadi bahan api. Jadikan tunggul2 ini abu.

    ReplyDelete
  5. Salam tan sri,
    Selepas pru14, majoriti rakyat bergembira setelah merdeka dari pemerintahan kerajaan najib.
    Kemerdekaan ini turut dirasai oleh raja perlis, tuanku syed sirajuddin putra jamalullail yang menolak ismail kassim sebagai MB perlis. Sudah tentu tindakan tuanku adalah menolak mb yang akan hanya menjadi boneka kepada shahidan.
    Sebelum ini tuanku sultan perlis terpaksa akur kerana kerajaan pusat sama dengan kerajaan negeri iaitu BN. Tapi kali ini, kerajaan pusat adalah PH, BN hanya negeri saja, jadi tidak akan ada tekanan terhadap pihak istana untuk tentukan siapa yang layak menjadi MB asalkan dari parti yang mendapat majoriti kerusi DUN dalam pru14 lalu.
    Alasan ismail kassim bahawa mereka tidak bersetuju lantikkan datuk azlan man kerana beliau tidak boleh dibawa berbincang dan keras kepala serta tidak menjalankan tugas di DUN pauh yang diwakilinya dulu amat melucukan.
    Jika benar datuk azlan man bersikap begitu rupa, kenapa pula shahidan sebagai ketua perhubungan umno negeri meletakkan azlan sebagai calon dalam pru14.
    Sudah sekian lama pentadbiran perlis "dikuasai" oleh shahidan dan keluarga, maka sudah tiba masanya untuk tuanku perlis memerdekakan perlis dari konkongan shahidan bila PH pimpinan tun m ambil alih putrajaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain kali pilih mb baling dadu main dam ular. Fair n square. Boleh buat siaran langsung; ratings pasti lagi bagus dari bola liga super

      Delete
    2. Atau ikut cara dulu, sabung ayam.
      Ayam sapa yang menang dialah jadi raja(?)

      Delete
  6. Kepimpinan sekarang,jgn melayan songel mereka semua,tlh lama hidup menghabiskan beras......
    Kepimpinanan lama bodek,hanya utk berpaut kp kuasa,melayu hari ini jgn terus2an hidup membodohkan diri,cukup2lah........penghormatan diBERI bukan diMINTA...

    ReplyDelete
  7. Pepatah lama melayu ada berbunyi....orang gila jangan dilayan.....,
    pepatah yg sesuai pula sekarang...orang bodoh jangan dilayan.
    cuba kita lihat watak orang CERDIK macam Tun,beliau tak layan orang BODOH.....
    Lihat Tun sekarang sebg pm,mana ada buat ulasan/komen pun tentang raja2 melayu....buang masa aje...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun ada komen Sultan kena ikut nasihat MB yang mewakili kuasa Negeri dan Pusat, kuasa yang dipilih oleh rakyat mengikut demokrasi berparlimen raja berpelembagaan"

      Raja berpelembagaan meluluskan selagi tidak bercanggah dengan perlembagaan.

      Sebagai adat dan sekadar tanda hormat MB mohon perkenan dan mmenasihat Tuanku Sultan dan bukan sebaliknya"

      Delete
  8. Sultan Perak adalah satu2nya Sultan yang cerdek.....tengok saja cara pemakaian dan budi bahasanya amat sesuai untuk dipanggil sebagai seorang raja yang berdaulat.Tidak pernah kita mendengar rakyat marhaine berbicara tentang keburukan Sultan Perak.Inilah satu2nya contoh Sultan yang patut dicontohi oleh Sultan2 lain diMalaysia ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Raja yang asli akan terserlah keasliannya.Kalau yang palsu akan terserlah juga kepalsuannya.Jemput tetamu,tetapi kerusi tidak disediakan.Apakah niat daripada sifat ketololan ini,kalau bukan untuk menghina,mengejek,dan mengaibkan orang?Inikah sifat manusia yang mulia lagi warak?

      Delete
    2. Ke-'sipuan'-mu menjadi kenangan rakyat. Ketololanmu mengalahkan Sultan Baginda Masai. Istana 800 juta kalau takdak kerusi awat tak habaq, kita pakat hampaq tikaq.

      Delete
    3. 'Sultan Baginda Masai' mungkin ada penyakit keturunan,iaitu 'mental retardation'.Majoriti rakyat negerinya juga terkenal kerana bengap.Segelintir kecil ada yang bijak,...namun mereka ini ditindas.

      Delete
  9. Saya berasa amat sedih,apabila seorang dua sultan menghambur2kan kata2 keji kp Tun tempoh hari,beliau Tun tidak sepatutnya diperlakukan sedemikian selaku negarawan besar negara.

    Tak apalah bukan ke kata2 seseorang mencerminkan AKHLAK dan tahap pendidikan mereka....apabila kita mati,rakyat maupun raja dlm kubur sama saje...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita balas dengan tiada bahasa istana disini. Mereka tidak wajar mendapat hotmat rakyat setelah melihat perangai dan pendirian mereka.Duit rakyat dan perlindungan rakyat dari British untuk mereka dulu ternyata sia2.

      Delete
    2. They say , there was a Chinese tsunami but the Chinese only manage to throw Khoo Soo Koon out .

      They say the Malay "mengamok " in GE 14 , they throw everybody out .

      I say ,if the Malay mengamok again ,just think of what will they throw out this time .

      Delete
    3. Saudara tebing tinggi, the Malays have nothing left to throw away but their shackles and their fears.

      Delete
  10. Dicadangkan mrr mengadakan kursus dlm perkhidmatan utk raja2 dan kerabat,cara sebegini mereka akan faham setakat mana bidang kuasa dan hak mereka mengikut yg digariskan oleh perlembagaan,so tiada le yg mentafsir undang2 ikut kefahaman sendiri...
    Prof Shamrahayu atau Prof Aziz Bari boleh jadi guru tuition yg baik.....tapi jgn panggil prof kamal ruzaman yusof tu......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah suruh diorang rilek one corner. Zip mulut habis cerita. Kalau mereka tidak berani memberikan pendirian mereka tentang najib tempoh hari apa nak diharapkan sangat. Benda tak de hasil jangan buang duit rakyat lagi... payung rakyat kononnn. Martabat dah jadi murtabak. Ngapp ngapp

      Delete
    2. Negara dalam keadaan hutang yang sangat parah.Apa tindakan proaktif daripada istana,...sanggupkah mereka korbankan 10% daripada harta demi untuk negara?Kedengaran juga angin membawa berita,yang Najib ada memberi dedak luarbiasa kepada Tsar tertentu.

      Delete
  11. Masalahnya bahasa perlembagaan kita ni bahasa orang dulu2. "Nasihat" tu apa? Zaman dulu nasihat lebih bersifat arahan. Sekarang ni budak pun tak makan nasihat guru dan mak bapak. Bahasa perlembagaan perlu diubah. Guna bahasa terus terang agar tiada lagi pertikaian.

    Contohnya..."sultan mesti melantik menteri besar yang disokong dan dicalon majoriti ADUN".

    ...atau "hanya sultan yang ada kuasa mutlak melantik menteri besar dari kalangan ADUN dari parti yang menang majoriti".

    Maknanya kuasa melantik mb ditakrif secara terang; samada kuasa ADUN; atau kuasa sultan. Tok sah la lagi dok main nasihat itu ini lagi; pening kepala. Begitu juga kuasa2 lain; mesti ditakrif secara terang tanpa ruang untuk dipertikai.

    Sampai sekarang ramai tak faham roh sistem westminster. Rakyat tak ada kuasa pilih pm, mb, malah kerajaan. Ungkapan "kerajaan yg dipilih rakyat" tu salah. Rakyat hanya memilih wakil rakyat; full stop.

    Mohon kerajaan ph gubal semula bahasa perlembagaan. Biar rakyat paham; sekarang semua kena rujuk "pakar". Pakar pulak... kena tengok dulu label dia apa, ph atau bn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bahasa undang² tidak berbelit belit atau terbuka kepada banyak definasi..
      Peguam tak boleh cari makan..

      Delete
  12. Sultan Perlis pun seorang Sultan yang beejiwa rakyat sebab itu baginda amat dikasihi oleh rakyat Perlis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agong sekarang pun berjiwa rakyat. Semasa belom menjadi agong dia sanggup meredah banjir membantu rakyat Kelantan. Cumanya, aku rasalah perasaan tidak enak terhadap Tun Mahathir akibat krisis dulu sedikit sebanyak membuat mereka terkilan walaupun mereka juga sayang negara ini. Mungkinlah, mereka tidak dapat menerima watak Jebat, mereka mungkin suka watak Tuah yang dilihat setia yang menurut sahaja.
      Namun mengapa watak Jebat yang disenangi rakyat tidak disukai, saya rasa ramai yang tahu.
      Untuk rekod dunia, Arwah Sultan Kedah Sultan Abdul Halim 2 kali jadi agong, Tun Mahathir 2 kali jadi PM. Rekod Tun Mahathir lebih hebat sebab dia perlu suara ramai untuk menjadi PM.
      Jadi seperti biasa perasaan cemburu itu wujud..
      Menjadi pemimpin yang dipilih ramai tentulah tidak sama dengan menjadi pemimpin berdasarkan keturunan.

      Delete
    2. Diharap Ph yang diberi mandat oleh rakyat untuk mentabdir Putrajaya, apabila Sultan2/Raja2 dikritik (ditegur) oleh rakyat pada sesuatu perkara yang munasabah, tidak lagi tup-tup polis2 sudah berada didepan pintu rumah untuk menangkap si pengkritik. Kalau ini masih berlaku sama saja dengan kerajaan Bn, tidak berbaloi rakyat menukar kerajaan yang mahu institusi Sultan2/Raja2 perlu ditegur untuk kebaikan bersama. tiada rakyat tiada Sultan2/Raja2. "Sultan2/Raja2 adil disembah, Sultan2/Raja2 zalim disanggah".

      Delete
    3. Setuju dengan Anon.23:16.Raja-raja bukan Tuhan,oleh itu berilah ruang kepada rakyat untuk mengkritik institusi ini.Menyembah batu berhala akan menjadikan si penyembah sesat,namun tidak akan menjadikan batu berhala itu bersifat bongkak,riak,dan takabur.Tetapi,bila kita menyembah manusia,...kesesatan jauh lebih parah.Sebab itu Allah melarang kita menyembah makhluk ciptaanNYA.

      Delete
    4. Mat Sabu kata: Kalau nak masuk ke Istana Negara dia tak tahu pintu mana nak masuk. Ertinya istana kediaman YDPA itu terlalu besar. Salahkah kalau saya katakan (boleh dianggap derhaka), ia perlu diperkecilkan dengan urusan2 tadbirnya dan pekerja2nya dikurangkan bagi menyimatkan duit kerajaan (rakyat). Penyelenggaraan Istana Negara jelas peruntukannya terlalu banyak. Lagi pun hutang negara dah senak dibuat oleh Najib.

      Delete
  13. Antara kebanyakan raja-raja di Malaysia,hanya Sultan Perak dan Sultan Perlis yang dilihat berjiwa rakyat serta low profile.Tambahan Sultan Perak mempunyai latar belakang pendidikan tinggi.Ini pandangan saya sebagai rakyat biasa.

    Saya mendoakan semoga Tun sentiasa dilindungi Allah,amin.Terima kasih,Tun.

    ReplyDelete
  14. Tahniah rakyat Johor kerana membuat pilihan bijak.Anda semua melakukan "raja adil raja disembah,raja zalim raja disanggah" dengan cara berseni.

    ReplyDelete
  15. Kalau MRR ni nak direformasikan seperti institusi2 lain dlm kerajaan, apa yg bolih kerajaan PH lakukan?? Mungkin para pembahas bolih beri idea2.
    Raja2 dibayar gaji dari duit rakyat. Mereka juga bebas berniaga. Tapi mereka2 ni kena bayar cukai tak macam rakyat lain. Kalau tak, barangkali mereka juga perlu bayar cukai supaya dapat merasai susah senang rakyat jelata.

    ReplyDelete
  16. Sesungguhnya Tun berjaya kerana keiklasan dan kerana doa2 rakyat memohon diberikan pemimpin yang dapat membangunkan semula Malaysia. Lihat lah Tun sekarang bekerja keras seperti berlari mengatasi masa. Kalau ada yang ingin menikam Tun dari belakang doa2 rakyat yang akan melindungi Tun. Sesungguhnya yang mengamalkan hipokrasi akan gagal. Kita lihat.

    ReplyDelete
  17. Salam TS
    Cuba TS usulkan bersama kawan2 kp pm Tun,buka le tabung utk rakyat yg cintakan negara utk membantu mengurangkan hutang negara yg mencapai trillion,beri le kami sedikit cimmitment membantu Tun,kami ingin menyumbang juga wp tak seberapa...seringgit dua jika dikumpulkan banyak juga akhirnya...itu juga yg dpt rakyat dpt bantu...kami sayangkan Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejak Tun turun padang bertungkus lumus untuk selamatkan negara,sampai ke hari ini aku masih menangis melihat ikhtiarnya itu.Bumi ini sangat makmur,masalah berlaku bila ada orang seperti Najib dan mereka yang bersubahat dengannya melakukan kerosakkan.Lumrah dunia,insan yang pegang kepada amanah,tanggungjawab mereka adalah menyelesaikan masalah dan kerosakkan yang dibuat oleh orang jahat.Sebagai penjawat awam,aku sanggup dengan ikhlas hati untuk tidak menerima duit raya yang bakal diterima nanti.Rakyat Malaysia pernah bersatu hati menaja sendiri Piala Dunia 1982 yang berlangsung di Sepanyol.Seorang ejen insurans bernama Peter Teo telah memulakan langkah hebat ini bagi membolehkan rakyat Malaysia dapat mengikuti lebih banyak siaran langsung piala dunia pada tahun itu,dengan mencadangkan setiap seorang menyumbang 1 ringgit.Cadangannya disambut baik oleh seluruh rakyat,dan akhbar The Malay Mail pun melancarkan kempen People's Live Telecast Fund (PLTF).Harap pihak media dapat mencari di mana saudara Peter Teo sekarang ini.Malaysia bersatu untuk kesejahteraan bersama ketika itu.Selepas 36 tahun,pada 9 Mei lepas,sejarah lebih hebat dicipta bila rakyat dan warganegara Malaysia keluar beramai-ramai untuk mengundi di PRU 14 bagi menjatuhkan rejim kleptokrasi BN Najib secara demokrasi.Idea untuk menolak bonus raya ini akan diejek hebat oleh rakan-rakan sepejabat kerana majoriti di perkhidmatan awam adalah anti-Mahathir.Semasa 22 tahun menjadi PM,beliau menang besar dalam 5 pru.PRU 14 adalah kemenangan yang ke 6.Seluruh Malaysia bersamanya.Kakitangan awam bukan faktor penentu kemenangan besar ini,kerana jumlah mereka cuma sedikit.Lagi pun mereka lebih selesa bersama rejim kleptokrasi.Sebab itu lah Putrajaya kekal bersama kleptokrat Tengku Adnan.

      Delete
  18. panglimo potaseh29 May 2018 at 10:58

    Pak Zam.

    Nampak nye drama 20 tahun lalu seakan nak berulang lagi.

    Se ingat saya masa tu Raja dah dijinakan oleh Tun M.

    Tapi Zahid tetiba memukol Tun M dgn isu kroni dan nepotism dlm persidangan UMNO 1997.

    Pukulan itu berjaya di tepis Tun M. Malah beliau melondeh Zahid hingga terkeluar kemaluan nye.. betapa Zahid berkroni, malah sedap menjawat hampir seratus jawatan swasta.

    Persoalannye siapa yang berada di belakang atau membontoti Zahid masa tu.

    Pada pertengahan 1998, Tun M dapati tidak ada siapa dibelakang nye kecuali sektor polis dan tentera.

    Akhbar selain Utusan semua dikuasai Sudara Nuar.. malah TV popular masa tu TV3 di bawah Sudara kita ni.

    Apa pun Sudara Nuar tetap ngatakan beliau tetap di belakang Chedet. Malah beberapa hari sebelum D-Day nye itu lah ayat Yg dilafazkannye.

    Setelah 20 tahun, gelagat Sudara Nuar masih sama.. huha sana sini. Mungkin beliau sedikit gayat setelah sekian lama dipasung. Tapi ayat duduk dibelakang Tun M masih di lafaz tak jemu-jemu.

    Bebas saja.. sedang Tun M tengah pecah kepala mikirkan untuk membersih tahi yang ditinggalkan oleh kaki kepit Najib dan bontot besar Rosmah.. dalam masa yg sama Nuar terus bertandang ke Istana Johor dan Kelantan. Kita tahu Raja kedua negeri ini cukup "serik" dgn Tun M.

    Dalam kunjungan itu kita boleh saja buat andaian apa yang dibincangkan. Sudah tentu bukan hal kepentingan rakyat.

    Saya pikirkan nasib baik Melayu di Tanah Melayu ni ada 60% saja. Kok lbh 95%, itu lah jadinye di Kelantan, Terengganu dan Perlis. Lu tgk sendiri lah.

    Sehari dua ni.. tampak Rafizi semacam ngambil tugas Zahid dulu.. berkokok malam. Semalam Rafizi kata Tun M bukan faktor kemenangan PH.

    Apa yg cantiknye sejak PH menang 3 minggu dulu.. Tun M hanya fokus tentang hal negara.

    Bila LGE nyatakan hutang negara yang sebenar adalah RM1.2 trillion.. nitis air matanye. Agong dan Raja nitis tak?

    Tu lah dia.. Hutang RM1.2 ribu billion, pampasan RM setengah billion.. banyak yang billion-billion lagi. Tapi Najib dan kuncu-kuncunye masih bebas. Malah dah mula nak mengigit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anwar akan pecahkan Pakatan Harapan,dan PKR akan bergabung bersama UMNO Zahid dan PAS Hadi untuk menewaskan penyatuan rakyat pada 9 Mei,2018.Wahai Anwar,sila lakukan segera tanpa berlengah lagi.Kepada PDRM dan Angkatan Tentera,sekiranya taat setia kamu kepada raja,maka sokong lah Anwar.Tetapi,sekiranya kamu bersama ibu pertiwi dan rakyat,maka pertahankan lah kebenaran.

      Delete