Tuesday, 22 May 2018

RAJA-RAJA JAWAB KENYATAAN PESURUHAJAYA PENCEGAHAN RASUAH (SPRM)

Raja-raja Melayu telah memberikan perhatian yang berat berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.
Merujuk kepada kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull pada satu sidang media khas hari ini, Syed Danial berkata susulan itu, Raja-raja telah menitahkan satu kenyataan pada 6 Oktober 2015 berhubung isu itu.
“Sebenarnya, atas titah Duli Yang Maha Mulia Raja-raja, saya telah mengundang Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Timbalan serta pegawai kanan beliau menghadap baginda sekalian bagi menyembahkan taklimat yang berkaitan.
“Dalam ruang lingkup peranan dan kuasa Raja-raja berlandaskan Perlembagaan, Raja-raja telah menitahkan untuk satu kenyataan, yang menunjukkan bahawa Duli-duli Yang Maha Mulia memberikan perhatian yang berat, dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja (pada 6 Okt 2015),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Syed Danial (gambar) turut melampirkan kenyataan tersebut yang antara lain menyatakan Raja-raja Melayu maklum bahawa kerajaan sedang melakukan siasatan dan menegaskan perlunya pihak kerajaan menyelesaikan secepat mungkin penyiasatan yang sedang berjalan itu.
Kenyataan lebih dua tahun lepas itu turut menyatakan kerajaan hendaklah mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat.
Selain itu, kenyataan itu juga menyatakan bahawa Raja-raja Melayu bimbang jika isu itu tidak ditangani dengan bijak serta berlarutan dan memakan masa lama, ia berpotensi menjejaskan keadaan ekonomi negara dan memudaratkan kehidupan rakyat jelata.
Mohd Shukri hari ini mendakwa beliau dan bekas ketuanya di SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed telah berjumpa dengan beberapa menteri kabinet sebelum ini bagi menyakinkan mereka untuk mengambil tindakan terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mohd Shukri yang merupakan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM ketika itu berkata selepas usaha menyakinkan menteri-menteri pada waktu itu tidak mencapai seperti yang dihasratkan, beliau dan Abu Kassim kemudian mengadakan pertemuan dengan Majlis Raja-raja untuk menyakinkan majlis itu supaya mengambil tindakan terhadap Najib, namun hampa.
-Bernama
 BERITA

Dua kali SPRM menghadap Majlis Raja-Raja tapi...

Diterbitkan   |  Dikemaskini 
Pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini telah menghadap Majlis Raja-Raja sebanyak dua kali berhubung RM2.6 bilion yang didepositkan ke akaun peribadi bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Bagaimanapun, ketua pesuruhjaya SPRM yang baru dilantik, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata mereka akhirnya kecewa dengan hasil pertemuan berkenaan.
Pertemuan itu berlaku pada tahun 2015, ketika SPRM masih aktif menyiasat akaun Najib.
"Kami bertemu Majlis Raja-Raja sebanyak dua kali. Kami dua kali bertemu dengan mereka.
"Tetapi kami kecewa," kata Mohd Shukri dalam sidang akhbar di ibu pejabat SPRM hari ini.
Beliu juga memberitahu Puteri diraja Arab Saudi yang dikatakan “menderma” RM2.6 bilion kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tidak dapat menunjukkan dokumen sokongan bagi membuktikan perkara itu.
Dipetik dari Malaysiakini

45 comments:

  1. Jangan lupa Deklarasi Rakyat dan warkah TMJ sebelum pilihanraya. Itu semua bukti raja2 berpihak kepada siapa. Semua nak jaga periuk nasi sendiri. Who cares about rakyat.

    ReplyDelete
  2. Bila mengingatkan betapa datuk nenek kita berjuang menentang Malayan Union demi 'mereka' tapi bila tiba masa kita memerlukan bantuan 'mereka', .... hampa.... ;(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itupun sesudah 'mereka' sendiri yang menandatangani penyerahan Tanah Melayu kepada Harold McMichael, kalau tidak kerana suara ra'ayat suara keramat 'mereka' dah lama ditelan zaman. 'Mereka' inilah yang terlebih dulu mengkhianati ra'ayat, dahulu dan kini, menggadai Tanah dan kehurmatan. Bagi kita 'hamba' ra'ayat tak ubah ibarat melepaskan anjing tersepit.

      Delete
  3. Raja Adil Raja Disembah,Raja Zalim Raja Disanggah.Ini ungkapan keramat daripada rakyat jelata yang 'HALAL' untuk diucapkan.Fahamkah raja-raja Melayu akan masalah 1MDB ini,atau masalah negara?

    ReplyDelete
  4. Masa tu 2 orang pegawai SPRM yg kecewa. Selepas mendengar berita ini, 30j rakyat malaysia turut kecewa.

    ReplyDelete
  5. Sultan Dr Nazrin buat apa?

    ReplyDelete
  6. panglimo potaseh22 May 2018 at 19:00

    Pak Zam.

    Raja-Raja.. bak kata Tok Kadir Jasin negara kita ini mewah dan makmur dengan Raja-Raja. Sedangkan dinegara lain mereka ada satu Raja, kita ada sembilan.. tambah satu Agong.. di tempat saya tambah empat lagi Tok Undang.

    Bertanya juga diri ini, selain dari intai anak bulan apakah lagi sumbangan Raja pada rakyat dan kesejahteraan negara.

    Kita dah lah teruk selama sepuloh tahun ditibai oleh Najib dan gengnye. Mintak tolong pada Raja pun.. bagindo buat dun know je.. sapa nak tolong kita lagi.

    Jadi agakkan saya, jika negara ini diserang musuh, yang lari dulu adalah Raja-Raja. Bang Mat Sabu saya harap jangan lah lari juga?

    ReplyDelete
  7. Tan Sri.
    Selamat.

    Tidakkah pendedahan demi pendedahan oleh SPRM ini bisa mengeruhkan keadaan? Atau ini yang sepatutnya diketahui rakyat... Supaya rakyat dapat membezakan yang mana intan dan yang mana kaca.

    Sekian Tan Sri.
    Terima kasih.
    Selamat.

    ReplyDelete
  8. Saya menangis mendengar apa yg di perkatakan oleh dato shukri....andai kata 9 mei lalu bn terus berkuasa,bagaimana nasib kita rakyat msia......hidup dlm ketakutan...mungkin lagi dahsyat dp era zaman kebudayaan di china zmn mao zee tong...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Barang tentu kita akan menangisi nasib Tun, rakyat telah mengkhianati beliau. Akta Berita Tidak Benar, Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi dan sebagainya akan digunakan untuk menghukum beliau, gerakan-gerakan penentangan akan terkubur. Kemungkaran dan kemunafikan menjadi standard biasa, siapa yang mahu menjadi baik akan terpinggir. Rakyat yang kecewa akhirnya menjadi tidak kisah lagi dengan politik dan kerenah rejim Najib, cuba menyibukkan diri dengan perjuangan meneruskan hidup sehari-hari. Lihatlah sahabat Cinaku yang makmur hidupnya, politik tak ambil pusing, sibuk mengumpul harta, dan dengan hartalah dia beroleh keselamatan dan bahagia, tidak seperti Melayu yang bercakaran tak sampai ke mana. Yang mampu, berhijrah ke luar Negara, membawa bersama harta dan daya intelek yang disia-siakan di negeri sendiri. Akan kukatakan, "nah, kebodohan bukanlah satu jenayah. Amerika memilih Trump. Britain memilih Brexit. Malaysia memilih Najib sekali lagi. Demokrasi yang kononnya agung juga bisa menjadi bodoh. Tyranny of the majority, which comprises of village idiots. Semoga anda, rakyat yang bodoh, boleh hidup dengan pilihan anda yang bodoh selama 5 tahun lagi. Terima kasih kerana mengkhianati Dr. Mahathir dan pejuang-pejuang Negara silam."

      Mujurlah Tuhan tidak meninggalkan kita.

      Delete
    2. APA KAMU MERAPU NI.....................????

      Delete
    3. Cik Minah, itulah senarionya kalau BN menang lagi. Nasib baik masih ada 'harapan'.

      Delete
    4. Bila dikenangkan benda2 yg selama ni kita tak tahu, sekarang baru tahu... barula terasa ngeri dan terasa selama ini diperbodohkan. Syukur, dan bersedialah untuk 'shoulder some pain' bersama Tun. Kalau bukan Tun, siapa lagi yg boleh bawa perubahan.

      - Oghang Pahang

      Delete
  9. Kita patut berterima kasih sgt2 kp sultan selangor,sultan johor dan tmj,meningkatkan sokongan mencanak kp TUN dan seterusnya membantu kemenangan ph dlm pilihan raya yg lalu.......daulat tuanku...

    Saya tertarik dgn kata2 dato kadir jasin bahawa zaman kononnya raja2 berdarah putih telah berlalu....zmn sekarang berdarah putih sakit leukemia.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini bukannya bulu tangkis yang di'smash',tetapi smash yang sangkut net dan bergulung masuk ke gelanggang lawan.Pedihhh.

      Delete
  10. Ini adalah sangat-sangat memalukan ,terutama bagi orang Melayu yang selalu berangapan yang Raja-Raja Melayu sebagai benteng Mereka .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semasa Melaka diserang Portugis, kalau tak silap saya, Sultan Melaka telah lari ke Johor, meninggalkan rakyat Melaka untuk melawan Portugis yang lengkap dengan meriam dan pistol. Rakyat Melaka hanya pandai bersilat. Senjata paling canggih pun rasanya tombak jerr.

      Gitu lah 'benteng' nya.

      Delete
  11. panglimo potaseh22 May 2018 at 23:09

    Pak Zam.
    Sudara Tebing.

    Saya sangat berharapan pada orang Melayu supaya cukup-cukup lah jadi kerbau yang dicucuk hidung.

    Mereka perlu sedar yang hidung mereka dah semakin besar.. dan tali pengikat cucuk hidung tu dah semakin mereput.

    Orang Melayu sepatutnye dah menjauhkan diri dgn kepercayaan mitos lama.. bahawa Si Anu tu payung Melayu, pembela melayu.. benteng melayu, penjawat ugama melayu. Tanpa kita sedari yang kebanyakan Si Anu tu dah jadi Bukan Melayu ..dah jadi omputeh?

    ReplyDelete
  12. terbantut kejap usaha org2 bagus nie... tu belum kes 1juta tandatangan tu... sib baik berjaya ditumbangkan geng penyamun dan walaunta...
    pasnie tahu dah, klu nak tukar ke ape ke, buat sendiri je la... harap2 dapat kepala yg bagus lah lepas Tun Tun dan Tan Seri Tan Seri nie dah masuk berehat...

    ReplyDelete
  13. TAK HABIS FIKIR....MAJLIS RAJA-RAJA MENGECEWAKAN.....!!

    Dek dengar hasutan Najib..... deklarasi jutaan tandatangan rakyat diketepikan, Tun Mahathir dicemuh & dihina hingga anugerah kurnia 'Datuk' diungkit-ungkit & ditarikbalik oleh Istana Selangor, Johor & Kelantan.

    Apakah Majlis Raja-raja tidak kenang jasa Tun Mahathir yg tidak terbandingkan? Atau setidak-tidaknya menghormati beliau yg jauh lebih usia, pengalaman, pendidikan & ketokohan beliau yg diiktiraf seluruh dunia termasuk institusi Think Tank Oxford, PBB & OIC....??

    Semuanya dah terbongkar hari ini bila Ketua SPRM Shukri dedahkan Majlis Raja-Raja 2X tidak hiraukan tentang pecah amanah skandal RM2.6 bilyon & SRC RM42 juta oleh Najib pahlawan pondan bugis.

    Apakah episod sejarah lama seperti 'Sultan Mahmud Mangkat Dijulang' & 'Tun Mutahir' berulang di abad 21 kerana sikap tamak & penting diri pembesar Istana & Sultan yg kurang bijaksana menyebabkan Mercu Kekuasaaan Kesultanan Melaka lenyap tinggal kenangan saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenangan terindah Mahathir vs Raja-Raja tahun 1980an, kami menanti episode baharu saat pembebasan. Kekuasaan rakyat kini di tanganmu.

      Delete
  14. Apakah Majlis Raja² akan membisu dalam isu ini? Tanpa ulasan atau mempertahan?

    Sebelum ini pun pelbagai sketsa diviralkan, kalau dulu agak sangsi, tapi sekarang, boleh percaya kalaupun tak 100%..

    Apapun Tun sudah mula bersuara tentang isu tanah di Johor, isu MB yang menasihatkan Sultan, bukan sebaliknya. .

    Dengan Rule Of Laws seperti disebut dan ditekan oleh Tun, kepala ke ekor.kena betulkan semula.

    Tugas berat, semoga Allah redha dan berkati Tun.

    ReplyDelete
  15. Orang yang benar-benar hayati dan memahami Islam sepenuhnya tidak mungkin akan membiarkan dirinya menjadi raja.Allah melarang kita menyembah selain daripadaNYA.Namun,golongan agamawan yang melantik diri sendiri sebagai pewaris nabi bersikap pengecut kerana ada kepentingan,dan mereka turut mahu disembah.

    ReplyDelete
  16. Tak kesipuan ke Majlis Raja Raja?
    Sekarang seluruh Malaysia faham kenapa semasa majlis pentabalan Agong
    Tun M di undang dan kemudian tidak di undang
    Kalau terus tidak di undang tak berapa seronok tapi bila di undang (selepas menaruh harapan sebagai manusia biasa) kemudian membatalkan jempuntan rasa nya lebih seronok dan kepuasan berganda.
    Majlis raja raja dan raja dan sultan harus rasa kesipuan berganda
    Dari apa yg di perkata kan oleh KP SPRM ini,,
    Sekarang siapa yg harus kesipuan,, Majlis raja raja atau SPRM atau Tun M atau seluruh rakyat Malaysia dengan apa yg berlaku
    Sangkakan sebiji rosak rupanya setangkai yg rosak,, nasib pokok tak mati
    Ini lah negaraku yg bernama Malaysia,,
    Malaysia boleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidakkah kebudak-budakkan,dan pembuli sifatnya bila Tun dijemput ke majlis pertabalan,tetapi kerusi untuknya ditiadakan?Keputusan siapakah ini semua?Pejabat penghulu kampung pun boleh menguruskan kerusi tanpa masalah.Apabila alasan-alasan bodoh dicipta sebegitu rupa, janganlah pula mengharapkan rakyat untuk mudah lupa begitu saja.

      Delete
  17. Peristiwa dah berlalu. Sudah menjadi sejarah yg tak bolih nak diubah lagi. Rakyat tidak akan lupa sejarah 3 tahun yg lepas ini, siapa yg membela rakyat siapa yg tidak.
    Nampak nya cash is king tu memang cukup kuat. Ternyata cash is a greater king than a king. Wang tu lebeh raja dari raja.

    ReplyDelete
  18. Majlis Raja Raja,
    Ampun tuanku mohon jawab jangan tidak jawab...
    Patik mohon penjelasan
    ..... kalau boleh dari mulut Sultan Sultan sendiri bukan Dari pemegang mohor.

    ReplyDelete
  19. Gerakan pantas TanSri syed Danial menyelamat kan kedudukan serta Raja Raja, sama seperti KJ dan Nor Jaszlan Ingin menjadi hero memukul org yg telah di ikat kaki dan tanganya oleh Pendekar India tua yg nyayuk
    Jangan lupa berjuta mata rakyat memerhati drama ini,,
    Siapa yg berguna siapa yg tidak berguna siapa yg menjaga temolok sendiri
    Nauzubillah,,
    Tidak kah ada sedikit rasa kasihan serta simpati kepada gulungan rakyat bawahan yg sentiasa mendokong parti dan raja raja Melayu
    Dalam film PRamlee ada sebut tentang nama Raja,, Raja apa ? Raja Kapur? Mungkin yg di maksud kan oleh P Ramlee bukan lah film star industan Raj Kapoor tapi mungkin Raja kapur,,
    Kapur dalam bahasa melaysia selain dari kapur tulis kapur cat, kapur sirih dan sebagai ada juga yg membawa maksud yg kurang selesa,, contoh aku kena kapoh ,, kaki kapoh , kuat kapoh,,
    Renung kan

    ReplyDelete
  20. Telah lama aku rasai Raja Raja bukan lagi sebagai tempat rakyat berlindung.

    "Suara rakyat -suara keramat"

    ReplyDelete
  21. Mulai sekarang KDN perlu mengawasi keselamatan dan nyawa dato seri shukri,jauhkan dp sebrg ancaman.......rakyat ingin melihat msia baru......
    Tegakkan undang2 di neraca keadilan.

    ReplyDelete
  22. Kebarangkalian-besar, 'tangan' Pihak Istana 'terikat' kerana punyai banyak kepentingan perniagaan menjadikan Baginda Sekalian sangat bergantung kepada ehsan, budi-bicara atau restu dari Kerajaan memerintah.

    Oleh itu slogan-slogan seperti; Rakyat di Dahulukan, Demi Rakyat, Hidup Rakyat, Raja Berjiwa Rakyat dan lain-lain, ternampak lopong dan retorik semata-mata.


    ReplyDelete
  23. Lepas ni sprm perlu siasat kes2 berprofil tinggi yg disejukbekukan.......
    Rampas aset2 negara yg diperolehi oleh si pengkhianat secara haram...jual aset2 yg dirampas,buat bayar hutang negara yg dah cecah trillion tu...guna utk pembangunaan negara,tolong rakyat...

    ReplyDelete
  24. dulu kena dengan colonialist. sekarang kena dengan kleptocrat.

    jangan sampai tiga kali...

    ReplyDelete
  25. Kadang2 kelakarkan bila dengar raja2 ketua agama Islam. Bukan kerabat2 mereka ke yg minum arak? Belanja berlebih2an? Menunjuk harta berlebih2an? Buat business not on level playing field? Islam ke tu? Tak tahu lah Melayu. Sampai bila kita nak angguk2 aje.

    ReplyDelete
  26. Terkilan dgn jwp majlis raja2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu laa.... saya pun.... terkesima..

      Logik ke suruh kerajaan menyiasat dan mengambil tindakan ke atas pihak yang menyeleweng tu (sedangkan yang disiasat ialah ketua kerajaan, yang menyeleweng pun dia juga).

      Takkan laa 'dia' nak siasat diri sendiri dan ambil tindakan ke atas diri sendiri.. nak kata takde kuasa... abis yg kat Perlis tu sampai sekarang tak leh tubuh kerajaan lagi, bukan ke itu menunjukkan depa ada kuasa kalau depa nak guna?

      Yang kat selatan tu pun, depa yg tentukan sapa boleh jadi MB. Tan Sri admin knows really well about 'kuasa' yang di selatan tu, kan?

      Kalau dah tak nak tolong... seribu dalih...

      Delete
  27. Majlis raja2 suruh sape ambil tindakan selesaikan kes mdb,najib sendiri?
    Kih...kih....kih....
    Masa tu sprm,ag,kpn sape pegang?

    ReplyDelete
  28. Mereka bukan lagi payung untuk rakyat jelata.Rakyat berhempas pulas untuk survival diri dan keluarga dengan kos kehidupan yang kian meningkat tapi mereka hanya pejam mata bila rakyat terus dicekik oleh si keloptrasi.Sungguh menyedihkan....meraka hanya pejamkan mata diatas singahsana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sikap pihak istana lebih berpihak kepada rejim kleptokrasi Najib sangat sangat dirasai dan disedari oleh rakyat Malaysia.Majoriti bangsa Melayu sedar,dan kini institusi raja-raja Melayu sudah diletakkan dalam perspektif berbeza menurut pandangan mata hati rakyat.Benarkah ungkapan "raja berjiwa rakyat" itu sekadar mitos sahaja?

      Delete
  29. Tak dapat dibayangkan. Apakah yang akan diperlakukan kepada TDM jika seliranya BN yang menang PRU14.

    ReplyDelete
  30. Pasal raja2 saya tak berani sentuh. Tapi pasal 3 menteri saja yg berani bersuara terhadap najib; ni kena disiasat. Mereka angkat sumpah menteri, ada double gaji menteri + gaji wakil rakyat. Apahal mereka tak bising walhal rakyat bising? Tolong siasat samada tindakan mereka berdiam diri tu bertentangan dgn sumpah yg dilafazkan masa dilantik. Jadi kan lah sumpah angkat jawatan tu sebagai sesuatu yg sacred; suci; sebagai kontrak memegang amanah untuk pihak rakyat dan negara....bukan sekadar ikut protokol jerrr.

    ReplyDelete
  31. Jawapan: Ada kami kesah.

    ReplyDelete
  32. TS Zam, maafkan saya, tapi apakah yg kita harapkan majlis raja2 lakukan? Bagi saya tidak mungkin majlis raja2 boleh menjatuhkan seorg perdana menteri yg dipilih oleh majoriti ahli2 parlimen. Akan berlaku pergolakan jika mereka cuba. Tambah pula waktu itu najib tgh popular.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon. 22:14,...sila baca Perlembagaan.Jangan jadi penyokong membawa rebah.

      Delete
    2. Rukun negara sudah cukup untuk menjatuhkan seorang PM dengan syarat Majlis Raja² bersuara dengan tegas.

      Rakyat is the king.

      Delete