Thursday, 15 March 2018

TIDAK SEPERTI LEE KUAN YEW , PM MALAYSIA TAK WARISKAN KEPIMPINAN BERINTEGRITI


 TERKINI DIBAWAH SEKALI TUN HADAPI CUACA BURUK

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Muhammad telah cuba berlaku adil terhadap timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga beliau sendiri menyiasat kes skandal timbalannya itu  dari mangsa-mangsa yang terlibat.

Saya menghormati sikap ini yang sememangnya wajar bagi seorang Perdana Menteri yang telah memberikan kepercayaan yang besar kepada orang yang diangkatnya  sendiri tetapi saya minta maaf kepada beliau untuk tidak bersetuju jika beliau menganggap pihak Polis Diraja Malaysia yang mendorongkan beliau untuk bertindak "menghukum"  Anwar atas landasan undang-undang dan politik.

Saya tahu bahawa ketiga-tiga  Ketua Polis Negara  Tun Haniff, Tan Sri Rahim Noor dan Tan Sri Musa Hassan yang masing-masing terlibat  bertanggungjawab dalam siasatan kes ini adalah takut untuk memberitahu kepada Tun Mahathir malah mereka dimarahi kerana dianggap sebagai membuat fitnah. Maklumat ini saya dapat sendiri dari ketiga-tiga bekas KPN ini.

Memang benar dakwaan Tun Mahathir  bahawa Tan Sri Rahim cuba menyembunyikan kepadanya yang  beliau telah menumbuk Anwar Ibrahim tetapi Tan Sri Rahim memberitahu saya bahawa beliau tidak dapat menahan kemarahannya kerana dipanggil anjing dan sebagai Ketua Polis Negara masa itu beliau merasakan bahawa ribuan polis dibawahnya juga adalah anjing.

Adalah tidak wajar untuk meletakkan pihak polis dalam keadaan bersalah atas  tindakan dan hukuman terhadap Anwar Ibrahim kerana seperti juga dalam keadaan sekarang dalam soal yang melibatkan kepentingan politik dan negara kuasa terakhir adalah di tangan Perdana Menteri dan Yang DiPertuan Agung.

Dalam negara demokrasi seperti kita; Polis, Tentera dan Peguam Negara hanyalah bertindak sebagai penasihat tetapi  keputusan muktamad  adalah Perdana Menteri.

Kes yang terang ialah bila  Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman  mahu pemerintahan tentera diisytiharkan berikutan  berlakunya rusuhan perkauman 13 Mei tetapi  Ketua Panglima Angkatan Tentera sendiri General Ibrahim  Ismail(Tun)  manasihatkan "JANGAN" kerana katanya sekali kuasa diberikan kepada tentera, mereka tidak akan menyerahkannya kembali  kepada rakyat .( Lihat buku Reluctant Politician  Tun Dr Ismail and His Time)

Tun Mahathir tidak seharusnya menganggap  dirinya melakukan kesilapan dalam tindakan terhadap  Anwar Ibrahim kerana itu adalah masalah  maruah  dan integriti kepimpinan negara.

Saya hormati Tun Mahathir  kerana mengenalinya dari awal sebagai seorang yang dilahirkan sebagai pemimpin rakyat yang amat tinggi  visi dan  dedikasinya. Seluruh jiwa raganya adalah untuk rakyat. 

Saya khususnya berterima kasih kepadanya yang telah menyekat  pemikiran komunisme saya semasa muda dan akhirnya memberikan kepercayaan yang tinggi kepada saya tetapi saya tidak dapat  bersetuju dengan beliau dari awal kerana tolak ansurnya dalam soal moral, integriti dan metrialisme terutama terhadap rakan-rakan berbanding dengan Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew(LKY). 

Maka itu LKY meninggalkan Singapura dengan  nilai-nilai  moral dan integriti yang mantap dan tinggi dan Malaysia terus  bergelumang dengan  masalah  moral, integriti dan meterialisme  kepimpinan negara yang tidak boleh menjadi contoh kepada warisan negara.



BERITA

'Orang tua' jawab ejekan dengan aksi di jalan raya

Diterbitkan   |  Dikemaskini 
Dipersenda kerana dipertaruhkan sebagai calon perdana menteri ketujuh Malaysia ketika usianya bakal mencecah 93 tahun tidak lama lagi, hari ini Tun Dr Mahathir mempamerkan kemampuannya memandu dalam cuaca buruk.
Satu klip video pendek dimuat naik di media sosial petang itu menunjukkan pengerusi Pakatan Harapan itu memandu semasa hujan lebat dan petir.
Berdasarkan video itu Dr Mahathir dipercayai memandu sebuah kereta Porsche.
Ia dimuat naik bekas wartawan kanan dan penulis blog Firdaus Abdullah.
"Hujan atau ribut, perjalanan menebus maruah tanah air mesti diteruskan dengan cekal dan tabah.
"Jangan mudah menyerah kalah dengan pelbagai cabaran yang kunjung tiba.
"Perjuangan kita mesti diteruskan. Hanya kita yang boleh menyelamatkan Malaysia kita," kata keterangan yang mengiringi klip video seminit itu.
Dr Mahathir kemudian mengulang siar ciapan berkenaan.-MALAYSIAKINI


  

45 comments:

  1. TS Zam, saya setuju apa yg ditulis di atas. Saya sgt2 keliru tentang u-turn terbaru Tun. Adalah tidak masul akal Tun M dizaman kegemilangan nya tunduk kpd tekanan ketua polis. Saya terpanggil untuk menyuarakan apa yg terlintas difikiran ramai org. Adakah Tun M sudah nyanyuk? Maaf jika komen saya dianggap keterlaluan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tidak melihat yang TDM menyalah polis kerana mendorong atau memaksa beliau memecat DSAI. Tidak ada pertukaran fikiran TDM dalam hal ini. Bahkan apa yang TDM kata adalah satu pengiktirafan pada polis kerana telah melakukan kerja2 mengumpul maklumat dengan cukup baik sehingga tidak ada ruang lain buat beliau melainkan memecat DSAI.

      Cuma yang berbeza sekarang ialah beliau berfikir mungkin keputusan memecat DSAI ketika itu adalah tidak tepat dari segi politiknya. Apa yang mendorong beliau bertukar pendapat? Saya berpendapat mungkin ada 2 sebab utama;

      1. Ada orang tua bila dia semakin tua, dia semakin resah, semakin kecewa. Banyak cita2 dia tidak menjadi. Cita2 untuk diri sendiri atau anak2. Hatinya semakin mengeras. Tapi ada juga orang tua bila semakin tua, hatinya menjadi lebeh lembut. Bahkan orang macam LKY yang cukup "keras" semasa mudanya juga menunjukkan kelembutan diusia senjanya.

      2. Bila TDM sekarang ini berkawan dengan orang2 dahulunya memusuhi beliau, beliau mendapati yang mereka2 ini amat berbeza dengan apa yang mungkin beliau tanggap dulu. Mereka ini tidaklah seburuk yang beliau tanggap. Lantaran itu beliau mula merasai yang banyak keputusan2 beliau dahulunya mungkin keterlaluan.

      Delete
  2. Saya rasa sebagai manusia kita patut mempunyai perasaan ehsan terutama terhadap keluarga dan kenalan rapat kita.Dr Mahathir telah menunjukkan sifat ini dan LKY pula telah hilang sifat ini dalam menangani musuh musuh politik beliau yang sesetengahnya adalah kawan seprjuangan beliau sendiri.Saya rasa sesaorang yang sanggup memenjara rakan seperjuangannya selama berbelas tahun tanpa bicara tak sepatut dijadikan idola walaupun beliau telah membawa kemajuan materialisma yang pesat kepada Singapura.Ketaksuban kepada materialisma adalah penyakit yang membawa banyak kesengsaraan kepada manusia sejagat sama ada melalui sistem kapitalis ataupun komunis.Apa yang sangat diperlukan manusia sekarang ini adalah belas ehsan sesama kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf saya tidak bersetuju dengan saudara.Jika LKY tidak bertegas dan tidak bersifat kejam terhadap rakan-rakan komunisnya dan ansir2 Melayu Raya maka Singapore harini di bawah komunis China atau Indonesia yang berada di muka pintu kita yang memberi masalah kemiskinan dan perkauman Cina tetapi LKY berjaya memakmurkan Spore yang melimpahkan kekayaannya kp kita.Metrialisme LKY tidak menghalalkan penyalahgunaan kuasa untuk membantu rakan-rakan sehingga yang dikenali sebagai kronisme dan nepotisme dan ada menteri yang scandal di bawah Mahathir tetapi dipejamkan mata atau ditutup. Dlm hal ini LKY tidak ada tolak ansur.Mahathir seperti PM PM yang terdahulu darinya juga gagal dalam berpegang kepada prinsip moral.Beliau tidak menjadi contoh yang baik dalam memajukan kehidupan yang sederhana sebaliknya berkiblat kepada metrialism sebagai penebus maruah bangsa.

      Delete
  3. Kita nak bg apa pun alasan UMNO gagal mewariskan kpimpinan kpd yg berintegriti adalah nyata dan fakta.
    Rekod2 buruk kpimpinan barisan pemimpin UMNO amat ketara dan mustahil Tun m tak tahu. Tun M tahu sebab itu dia tak teragak2 mempercayai maklumat kesalahan 1mdb oleh pewarisnya selepas Badawi.

    UmNO amat gagal melahirkan pemimpin berkualiti sbb budaya UMNO sendiri mengutamakan hiburan, politiking, bermewah mewah mengenepikan agenda pendidikan dan agama.

    Inilah hasilnya selama 60 tahun UMNO semakin tenat.

    ReplyDelete
  4. Kita kena berhati2 sikit. Saya hendak dengar/baca dulu apa sebenarnya yang TDM kata dan apa sebenarnya soalannya yang dituju. Kadangkala apa yang dia cakap dan apa yang keluar dalam surat khabar amat berbeza sekali. Ada tak rujukan transkrip penuh interview tu??

    ReplyDelete
  5. Mahathir yang perlu jelaskan kerana itu dalam akhbar Cina

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tentunya interview itu dibuat dalam bahasa Malaysia. Tidak bolehkah kita dapatkan rakamannya?

      Delete
  6. Apa motif TS Zam nak sindir2 atau seakan-akan menunjukkan adanya juga sikap kritikal terhadap Tun Mahathir? Adakah ini sebagai insuran utk tunjukkan pada DS Najib yg TS Zam seorang yg neutral dan terbuka so bila BN menang nanti TS Zam akan terselamat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terserah pada saudara utk mentafsirkan. Saya tidak berkerja untuk sesiapa tetapi atas kepercyaaan saya sendiri. Sebab itu dari dulu Mahathir telah menyatakan bahawa zam adalah kawan yang kadang2 menyusahkan.Bacalah buku saya Pergi Mampus UMMO untuk lebih memahami pendirian saya terhadap Mahathir.Bagi saya Lee Kuan Yew adalah idola saya yang pertama dan Mahathir adalah kedua.Dia mementingkan metrialisme

      Delete
    2. Saya mempunyai pendapat yang sama dengan TS Zam. Saya juga meletakkan LKY diatas TDM.

      Cuma saya berpendapat yang LKY mempunyai jalan yang lebeh mudah jika dibanding dengan TDM. Singapura negeri kecil dan politik singapura adalah lebeh mudah dan tidak serumit politik di malaysia. Kalau LKY menjadi PM malaysia saya yakin beliau akan cuba melakukan perkara yang sama seperti yang beliau lakukan di singapura dan PAP. Tapi saya tak begitu yakin yang beliau bolih berjaya seperti yang beliau capai di singapura.

      LKY bernasib baik kerana beliau dikelilingi olih ramai tokoh2 yang berseh dan cukup berwibawa dan mempunyai pandangan yang serupa dengan beliau. Orang2 seperti Goh Keng Swee, Rajaratnam.

      Satu lagi perbezaan diantara LKY dan TDM ialah LKY bermula sebagai PM jauh lebeh awal dari TDM. TDM terpaksa mewarisi apa2 yang telah berlaku semasa 3 PM sebelumnya. Kalaulah TDM dapat bermula seawal LKY, mungkin beliau akan mendapat ruang yang lebeh baik untuk mengawal gelaja materialisma dan rasuah.

      Delete
  7. http://www.straitstimes.com/asia/se-asia/it-was-wrong-of-me-to-sack-anwar-says-dr-mahathir

    Dibawah adalah sebahagian petikan dari Straits Times (Singapore)

    It was wrong of me to sack Anwar, says Mahathir

    PUTRAJAYA (SIN CHEW DAILY/ASIA NEWS NETWORK) - Malaysia's former prime minister Mahathir Mohamad said if he could turn back time and choose again, he might not sack his then deputy Anwar Ibrahim.

    In an exclusive interview with Sin Chew Daily at his office in Putrajaya, the 92-year-old former premier said he should not have followed the law completely.
    He said he made the wrong decision of going by the law completely, adding that he should not have taken the action against Anwar.

    "From the political point of view, I would not have done this. When I was the prime minister, I promised myself not to do anything that would make people hate me."

    Tun Dr Mahathir, who is now the chairman of opposition alliance Pakatan Harapan, said he had no choice back then, as the police had presented all the evidence to him.

    Ayat terakhir berkata yang Mahathir tidak ada pilihan lain kerana polis telah menunjuk semua bukti2. Ia tidak bermakna yang polis mendorong beliau. Bagi saya utusan sengaja buat spin seoalah2 mahathir sekarang menyalahkan polis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah juga apa yang saya faham bila membaca lapuran akhbar Singapura itu.

      Delete
  8. Itu yang saya katakan Mahathir perlu penjelasan dan juga berarti ramai yang tidak senang hati seperti saya juga jika Mahathir berkata dia didorongkan oleh polis utk bertindak terhadap Anwar. Itu adalah keputusamnya.Tak boleh salahkan orang lain.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum TS,
    Tidak dinafikan DS Najib adalah anak murid Tun DI TAMBAH lagi mendapat nasihat istimewa daripada Rosmah......sebab itu Najib lg advance.... Adakah Najib merasakan lagi pandai dan hebat drp Tun????Yg pasti generasi rakyat Malaysia akan menanggung segalanya akibat perbuatan pemimpin mereka.....

    ReplyDelete
  10. Mahathir sangat konsisten.Orang Melayu rata-rata tidak suka orang yang konsisten.Bagi yang bangang akan mengatakan yang Mahathir tidak lagi konsisten bila berkawan dengan dengan DAP.Orang Melayu sangat tidak amanah,dan dangkal pemikiran.Tidak ikhlas,tidak jujur,dan tidak amanah tidak menjadi satu masalah untuk Melayu itu bergelar seorang yang warak.

    ReplyDelete
  11. panglimo potaseh16 March 2018 at 08:26

    Pak Zam.
    Anon 23.10.

    Bila Sudara Nuar dijemput nyertai UMNO oleh PM Chedet pada 1982 .. suasana seakan herot seketika.

    Jemputan itu adalah gerak catur Chedet dalam politiknye.. tak lebih drp itu.

    Masa tu sebenarnye Chedet ngadap dilemma .. ambil yang cerdik lain pulak yang dibuatnye.. ambil yang bangang, itu lah yang terjadi pada hari ini.

    Sudara Nuar pula punya agenda sendiri.. lain muziknye, lain yang ditarinye. Jika Chedet bercatur.. Sudara Nuar berdam ular. Satu-satu tangga dam di panjatnye. Bermula dgn mempeletok Haji Suheimi Ketua Pemuda hinggalah mengsmackdown En. Ghapar untuk jawapan TPM pada 1993.

    Di bawah tangan Chedet & Nuar.. negara ini jadi mashur dan maju. Pertama kali rumah mampu-rakyat dapat disiapkan seperti dijanjikan.. tak mcm skrg.. janji sejuta bijik, siapnye 1000?

    Pada 1997.. Sudara Nuar buat janji yang akan tetap tegak terpacak di belakang Chedet. 1998 Chedet seakan dalam keadaan posisi kena checkmate.. hampir togel.. yang ada pada Chedet hanya boss askar dan polis.

    Di situ lah bermulanye aksi Sang Pencatur vs Sang Pemain Dam Ular. Mereka tak bermusuh ..hanya cara permainan yang berlainan.

    Setelah genap 20 tahun mereka bergabung lagi ..sangat klasik. Mereka dah lupa tentang catur dan dam ular. Mereka berdua sangat kesihan dengan Haji Najib yang sangat syumul itu.. yang kerap ulang-alik ke Mekah hingga pernah masuk dalam kaabah dan maqam Nabi.

    Malah ulamak tersohor Haji Hadi mula iktiraf kealimannye. Malah UMNO dah tak Kapir lagi dah? .. Tima kasih Haji Najib kerana keluarkan UMNO dari lembah kekafiran?

    Chedet dan Sudara Nuar kesihankan Najib.. sebab PM kita ini dihina pada masyarakat diseluruh planet. Mereka kata Haji Najib sebagai Bapak Penyangak ..sungguh hina bunyinye kann. Tu sebab mereka nak memapah Haji Najib turun daripada neraju negara bertuah ini.

    Jomm sama-sama kita nolong Chedet dan Sudara Nuar..ingat mereka berdua ini sangat klasik. Ingat mereka berdua pernah bawa kita ke pesada kemajuan.

    ReplyDelete
  12. Terima Kasih Anon 23:10, kerana beri petikan ST Singapura.

    Pada fahaman saya, Dr.M cuma melahirkan kekesalan memecat Anwar, setelah melihat apa yang tertimpa keatas ekonomi, kedaulatan, maruah dan emej Bangsa, Agama & Negara hari ini, selepas letak-jawatan pada 2003.

    "Malaysia's former prime minister Mahathir Mohamad said if he could turn back time and choose again, he might not sack his then deputy Anwar Ibrahim."

    Yang pasti, Dr.M telah menyesal dua kali. Sesalan pertama terubat setelah 'berjaya' menurunkan Pak Lah pada 2009, dengan agak mudah. Namun, sesalan kedua lebih parah dan masih lagi tidak nampak penghujung terowong. Ibarat terlepas dari mulut buaya, masuk mulut singa.

    Hakikatnya, jika Dr.M mengabaikan laporan Polis mengenai Timbalan beliau pada 1998, dan beliau terus letak jawatan tanpa mengambil-kira krisis matawang yang dihadapi Negara ketika itu, Anwar sudah tentu masih menjadi PM sehingga kini.
    Makanya, keberangkalian besar keadaan Negara tidaklah seburuk yang kita hadapi sekarang, selepas diterajui dua 'maklok-perosak'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya berpendapat yang pemecatan DSAI pada tahun 1998 merupakan satu rahmat yang amat besar. Tanpa pemecatan itu tidak akan terlahir gelombang reformasi.

      Pada saya kalaupun pemecatan DSAI tidah berlaku dan beliau mengambil alih tampuk kerajaan dari TDM, umno tetap akan menjadi sebagaimana yang kita lihat sekarang. Masalah besar dalam umno dan kerajaan pimpinannya ialah sistem itu sendiri. Ianya yang amat mudah disalahguankan. Tak ada sistem check and balance yang mencukupi. Ianya hanya memerlukan kepala yang korup saje untuk menrosakkan segala2nya.

      Umno Bn sebenarnya sudah membusuk pada zaman TDM sendiri. Cuma pada zaman itu ia hanya membusuk dibadan dan tidak di kepala. Lantaran itu ianya masih lagi terkawal. Tapi selepas TDM bersara ianya mula membusuk juga di kapala.

      Saya juga berpendapat yang kegagalan pembangkang memenangi pru dari PRU1999 hingga PRU2013 juga merupakan suatu rahmat. Ada 2 sebab;

      1. Gelombang reformasi pada masa itu masih terlalu mentah dan belum cukup masak. Kalau pertukaran kerajaan berlaku pun, reformasi yang jitu tidak akan berlaku. Reformasi 1999 tidak lebeh dari slogan dan laungan2. Gerakan reformasi masa itu hanya didasarkan olih emosi yang kuat untuk menyokong DSAI. Gelombang reformasi ini memerlukan masa untuk menjadi matang. Bila saya membaca manifesto PH sekarang ini, barulah saya dapat rasakan yang gelombang reformasi sekarang ini sudah betul2 masak dan matang.

      2. Saya juga berpendapat yang kalaupun pembangkang berjaya membentuk kerajaan sebelum ini, ianya tidak akan berjaya kerana Pas akan menjadi duri dalam daging.

      Muktamar Pas pada 2015 telah menampakkan dengan jelas yang Pas sebenarnya mempunyai 2 kumpulan pemimpin yang bercanggah arah tujuan. Pas yang dibawa Nik Aziz tak sama dengan Pas yang yang dibawa Hadi Awang. Selagi Hadi Awang dan kumpulan yang bersependapat dengan beliau ada dalam Pas, Pas itu akan menjadi duri dalam daging dalam kerajaan pakatan.

      Umno dan Pas sudah berpecah. Pemimpin2 yang baik dari kedua2 parti sudah keluar dan menubuhkan Bersatu dan Amanah. Gelombang reformasi sudah betul2 masak. Lantaran itu saya merasakan yang masa untuk pertukaran kerajaan yang jitu sudah benar2 sampai. Kesemua elemen yang akan menjayakan pertukaran itu sudah cukup teratur.

      Delete
    2. Terima Kasih Saudara Albi.

      Saya amat setuju sangat dengan pendapat Saudara, terutamanya perenggan kedua, ketiga & terakhir.

      Walaubagaimana pun, sila dengar bagaimana Dr.M jawab di TV ABC, kepada soalan yang hampir sama, di URL berikut:-

      http://www.abc.net.au/news/2018-03-16/mahathir-mohamad-slams-prime-minister-najib-razak/9549028

      Delete
    3. Anwar patut bersyukur kerana ditakdirkan tidak terus naik menjadi PM ke 5.Jika tidak,dia lah 'NAJIB' yang pertama.Kepakaran Anwar adalah memecah belah,bukan menyatukan yang berpecah.Kekesalan Mahathir pada hari ini diatas tindakannya terhadap Anwar di masa lalu adalah satu 'perangkap' kebenaran terhadap Anwar di masa depan (...bakal PM ke 8).Mahathir melakukan ini demi Malaysia.

      Delete
  13. Izinkan saya memetik lapuran beberapa akhbar yang memetik temubual TDM dg Sin Chew Daily

    NST March 13, 2018
    “From the political point of view, I would not have done this” (sacking AI)
    “I had no choice back then, as the police had presented all the evidence to him.”
    "I think I should not have acted against Anwar.
    "From the political standpoint, I would not do that (act against Anwar), because when I became the prime minister, I promised myself not to do anything that would make people dislike me."
    But on certain matters, I had no choice but to make decisions that made people dislike me.
    "I realise now that perhaps I should have put aside justice, and not do that (make decisions that make people dislike me) for political reasons.

    The Sundaily March 16, 2018
    Mahathir said the police at the time submitted evidence to him and he had no other choice (but to act against Anwar).

    THE STAR March 13, 2018
    TAJUK :“Dr M blames police for 1998 action against Anwar”

    Dr Mahathir said that he “had no choice” but to take action against Anwar after the police had presented all the evidence to him.”
    Mengenai mata lebam pula, TDM dipetik sebagai berkata …..
    “I was angry with the police. I asked them why they didn't give him a trial.
    “They didn't tell me initially but later said they had given him a ‘black eye,’ but I insisted that he be given a trial”

    Malaysiakini 12 Mar 2018
    Tun Mahathir was quoted as saying
    "Wrong decision was to stick completely by the law and I think I shouldn't have taken that action against Anwar,"
    Mahathir said politically, it was a decision that he should not have taken as doing so would cause people to hate him.
    "But under certain circumstances, we don't have a choice, we need to make decisions that would cause people to hate me,"

    Malaysiakini March 15, 2018 atas tajuk Sacking deputy premier not a simple 'nut' job – ex-IGP refutes Dr M

    TDM dipetik sebagai berkata,
    “the police provided him with the evidence and his mistake was to follow the law.”

    Comment:
    1. TDM semamang nya mengharapkan DSAI sebagai penggantinya;
    2. TDM mengakui jika mengikuti perhitungan politik dan popularity, beliau sepatutnya tidak mengambil tindakan memecat DSAI;
    3. Hasil siasatan polis tidak bolih disangkal lagi;
    4. undang-undang telah termaktub bak kata TDM “my mistake was to follow the law”, yang pada padangan saya TDM bermaksud beliau perlu mematuhi undang-undang.
    5. TDM tidak sama sekali menyalahkan polis tetapi agak marah dengan peristiwa mata lebam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena faham gaya bahasa Tun utk faham maksudnya... saya tidak nampak Tun menyalahkan polis. Polis dah bagi bukti jelas jadi Tun kena ikut undang2 (so jgn salahkan Tun pecat Anwar...)

      Delete
    2. Mahathir orang Kedah.Bila dia 'candek',ramai yang tak faham maksudnya."I realise now that perhaps I should have put aside justice, and not do that (make decisions that make people dislike me) for political reasons.Sekiranya Mahathir mengambil jalan melanggar undang-undang pada waktu itu,dan lebih utamakan politik walaupun segala bukti hasil siasatan polis di depan mata,maka jawapannya,....ITU LAH YANG NAJIB LAKUKAN SEKARANG INI.Siapa yang "put aside justice"?

      Delete
  14. Bole serang Tun....
    Jangan serang Najib,rosmah ngn Jo low....

    ReplyDelete
  15. TSZ,
    Pernyataan waras kadang kala amat sukar di gubah namun saya pandang TS kali ini betul betul membuat luahan yang mungkin berat untuk satu kelompok pembaca disini untuk menerimanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang benar apa yang diperkataan TS Zam dan saya amat menyokong pendirian beliau mengenai LKY dan pentingnya mengutamakan moral dalam menghambat kebendaan.

      Sebab itu saya masih mengambil sikap tunggu dan lihat, sehingga kini masih ahli UMNO sejak 2009, walaupun saya sudah beralih sokongan kepada PH, lebih-lebih setelah Dr.M bersetuju atau terdorong dicalonkan sebagai bakal-PM.

      Delete
  16. Saya sendiri pernah bercakap terus terang pendirian saya kepada Tun Dr.Mahathir terutama dalam pekara yang melibatkan soal moral dalam hambatan kebendaan dan skandal yang dipejamkan matanya kerana kepercayaannya Nabi pun tak dapat betulkan dunia ini.

    Barangkali LKY dapat melakukannya kerana beliau tidak beragama dan tidak bernabi tetapi mengutamakan prinsip moral yang tinggi.Dalam halini Mahathir lebih utamakan kemanusiaan.

    Apapun kesilapannya tetapi saya condong untuk melihat lebih kepada kebenarannya dan sumbangan gigihnya dalam membangunkan negara yang bemaruah dan kita lebih condong untuk memaafkannya bila melihat keruntuhannya bermula dengan ketakutan untuk membina Jambatan Bengkok.

    Saya tidak memerlukan penerimaan dari sesiapa dalam menyatakan pendirian dan kepercayaan saya kerana saya tidak mencari kedudukan dan ini jelas ketika Mahathir memuja Anwar Ibrahim.Saya langsung tidak merasa kecil hati bila saya disingkirkan kerana kepercayaan Daim dan Mahathir kepadanya.Saya tidak termasuk dalam orang yang sanggup menerimanya semula demi kepentingan politik.Dalam hal ini saya terpisah dari Mahatir walaupun saya memahami stratiginya.

    Kebenaran adalah ditentukan oleh Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. panglimo potaseh16 March 2018 at 22:24

      Pak Zam.

      Saya tertarik dgn ungkapan.. yg mengatakan betapa LKY berupaya berpegang pada prinsip moral yang tinggi kerana LKY itu tak berigama dan tidak bernabi.

      Kebetulan 33 negara yg punya ranking teratas sekali yg ngikut tatacara islam diplanet ini.. adalah negara yg tidak ada igama dan negara kafir.

      Sebenarnya itu lah realiti Islam hari ini. Jika Nabi itu nyebarkan islam dan menjemput orang yg bukan Islam masuk Islam.. hingga islam itu mashur dan tersebar luas.

      Tapi lihat apa jadi pada Islam hari ini. Islam seolah-olah dah tak tersebar lagi. Islam hanya dijadikan alat politik dan modal untuk melahap rezeki.

      Kita tak jumpa ustas meredah penempatan Cina untuk memperkenalkan Islam. Ustaz ni lebih syuk kapirkan yg dah islam lepas tu ajak mereka masuk Islam balik .. Adui.

      Pernah tak kita bayangkan 33 negara kapir yg ngikut tatacara islam tu kita islamkan. Kalau lah 33 negara ini tetiba masuk islam ..bagaimana kah prinsip moral mereka atau mereka akan jadi lebih Arab seperti kita hari ini?

      Delete
    2. Sememangnya semua Nabi gagal menghalang umat mereka daripada berhenti merokok,hisap ganja,minum todi,berjudi,merogol,meliwat,merompak,menyamun,mencuri,merasuah,menyembah matahari,menyembah berhala,dan pelbagai lagi.Merasa marah,kesal,benci,dukacita,sedih,dan geram terhadap Mahathir kerana kegagalannya menyempurnakan itu,ini,begitu,begini menggambarkan seolah-olah kita lupa bahawasanya,orang yang bernama Mahathir itu bukan Tuhan yang Maha Kuasa.Selama 22 tahun,itu sahaja yang mampu dilakukan oleh insan bernama Mahathir itu.Sekarang beliau kembali kuat bekerja untuk menjatuhkan seorang PM yang paling mulia lagi warak.Menyalahkan Mahathir lebih mudah daripada menjatuhkan rejim Najib.Dunia kehairanan kerana Najib masih bertahkta.

      Delete
    3. Benar Tan Sri Zam.
      Pada saya, "ketakutan untuk membina Jambatan Bengkok" sangat merugikan Malaysia dari segi ekonomi dan pemeliharaan marine laut dan pesisir, sepanjang Selat Tebrau.

      Delete
    4. TS

      TDM didalam dilema. Percubaannya untuk menjatuhkan Najib sebelum ini semuanya gagal. Yang tinggal hanya 2 pilihan. Melihat negara ini musnah atau kembali bersama DSAI. Satu pilihan yang amat sukar. Saya sendiri tertanya2 buat sekian lamanya, jika saya berada ditempat TDM, apa yang menjadi pilihan saya.

      Saya tidak tahu dimana saya mendapat kepercayaan ini, tapi saya berkeyakinan yang DSAI tidak akan menjadi PM ke8, ataupun bila2. Manusia merancang Allah jua yang menentukan. Kalau memang benar dia diizinkan Allah menjadi PM, sudah lama dah dia jadi. Pada tahun 1998, dia sudah pun meletakkan satu kaki didalam jawatan PM, tapi ianya masih tidak berlaku. Bahkan untuk menjadi MB Selangor pun dia tidak diizinkan. Sekarang ini PH diambang mengambil alih tampuk kerajaan. DSAI lah sepatutnya menjadi calon PM, tetapi sekali lagi dia tersekat.

      Lantaran itu saya lebeh cenderong bersama TDM dalam hal ini.

      Delete
    5. Saya sangat tertarik berkenaan dengan part Nabi dan bertuhan itu.

      Ramai pada Hari ini kita melihat ustaz/zah yg tak lebih hanya bermain kata2 sambil mencerita kisah2 jenaka. Belum lagi golongan penceramah yg berlumba2 mencari tanda kiamat...sehingga setiap hari menyalahkan Yahudi & dajjal. Selain saling bergaduh menuduh wahabi dan berbagai.

      Itu belum bercakap soal kematian Hawking baru2 ini yang memunculkan komen seperti "atheis ini sudah mati" "dia bukan ulama dan tidak menyumbang apa2"

      Bukankah Islam itu tertegak dengan reality dan bukannya fantasi? Islam itu mengajar tentang integriti, maruah Dan kemajuan. Tapi kita hari ini begitu sibuk mencari dajjal...begitu sibuk mencari tanda kiamat sedangkan dunia Islam itu nampaknya telah muflis integriti, maruah, ilmu,ekonomi & pengaruhnya.

      Janganlah Melayu berhadapan dengan keadaan sedemikian. Ingatlah kita bukan hanya perlu ustaz dan ustazah.

      Jika tidak... takut nanti Melayu itu akan kiamat dulu Sebelum kiamat.

      Delete
  17. 1.Dasar penswastaan idea Tun M pada dasarnya baik tetapi perlaksanaannya kini telah melahirkan masyarakat kebendaan/materialistik, korupsi, kronisne & nepotisme.

    2.Putaran jarum jam idea Tun M, kesannya kini kehidupan & mentaliti rakyat jadi kelam-kabut, stres & tertekan.Contoh: 6.10 am masuk waktu subuh, anak-anak sekolah stres ( ada yang tidak bersolat), ibu bapa tertekan mengejar punch card pejabat..waktu sekolah seawal 7.20 am bermula masih gelap.Lihatlah suasana awal pagi waktu persekolahan sekarang...kelam-kabut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak malu kah kamu mempamer 'DR' kat depan tu,kalau ini lah tahap kamu berfikir?

      Delete
    2. DR bangang namanya oi..... hehehe..buat cerita merapu....

      Delete
    3. anti penyokong Bugis dan Jawa18 March 2018 at 14:16

      Jgn melihat pd yg remeh2.

      Ada buktikah anak sekolah dan ibu bapa jadi stress kerana Tun cepatkan waktu.
      Dan paling lucu terbabas subuh pula.

      Munafaat yg dikecapi negara kerana diseragamkan waktu antara Malaysia Timur dan Barat lebih besar dgn stres atau kelam kabut yg sdra katakan.

      Ha ha....mcm dah tak ada idea nak kutuk Tun M.

      Delete
    4. Pendapat Dr.Haji Rajee Hadi seolah-olah mengambarkan bahawa keperluan beribadat umat Melayu-Islam menyusahkan kehidupan mereka, kerana Dr.M telah mempercepat 30 minit putaran jam supaya Semenanjong sama waktu dengan Sabah & Sarawak.

      Yang peliknya, selama ini kita tidak pernah dengar pula, orang bukan-Islam merungut mengenainya. Mungkin sebab itu sosio-ekonomi masyarakat Cina & India lebih jauh kehadapan dari kita.

      Saya pernah baca mengenai kegigihan keluarga Cina di Johor Baru, demi mengelak kesesakan jalanraya, anak-anak kecil mereka terpaksa bangun jam 4 pagi untuk pergi sekolah di Singapura. Pulang kerumah sekitar jam 5 petang.

      Oleh yang demikian, demi mengelak dari kehidupan & mentaliti jadi kelam-kabut, stres & tertekan, saya cadangkan Dr. Haji Rajee Hadi, bangun seawal 4 @ 5 pagi, hantar anak ke sekolah, kemudian solat di Surau Sekolah atau tempat-kerja.

      Delete
    5. Kebodohan,kemalasan,dan kejahilan penganut agama isle PAS semuanya adalah kesalahan Mahathir.Ramai golongan kurang cerdik,atau dalam bahasa yang mudah, golongan mangkok,kini memiliki PhD.Masing-masing dengan bangganya memperagakannya dan menunjuk-nunjuk.Mempamerkan surat perlantikan ke FB dan media sosial,maka pujian pun mencurah-curah masuk.

      Delete
    6. Tun pentingkan disiplin yg tinggi. Apalah sgt nak bangun awal. Latihan yg baik utk kanak² bgn awal. Balik sekolah awal. Masih byk masa utk dilakukan.
      Setiap yg baik andai disalah guna akan memberi keburukan. Pisau utk memotong tp jika diguna utk membunuh tanpa hak, adakah penciptaan pisau itu salah?
      Apa tindakan politik Tun aku x berapa ambil peduli. Aku peduli ttg perkara² yg Tun buat kpd kita dan negara. Tidakkah kita rasa gembira semasa Tun jd PM. Masa krisis kewangan, bagaimana ditangani. Kita rasa bermaruah. Bila berada di luar negara, sebut nama Malaysia, akan menyusul pujian kpd Mahathir. Rasa bangga jd rakyat Malaysia. Sekarang????

      Delete
  18. Saya mohon maaf saya terpadam empat komen yg baru diterima.Harap hantar semula

    ReplyDelete
  19. panglimo potaseh18 March 2018 at 19:12

    Pak Zam.

    Sebagai parti politik yang bermodalkan ugama islam. Di Selangor, PAS buat sembahyang khas meminta tuhan menibai PAKATAN yang dikatakan sangat jahat?

    ReplyDelete
  20. Semoga Tun Dr.Mahathir dan Tun Siti dilindungi Allah.Amin.

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete