Wednesday, 7 February 2018

KETUANAN MELAYU DALAM PERKONGSIAN KUASA DAN FOBIA DAP

Maaf kandungan posting ini terpadam. Sedang nak cari balik-Zam

47 comments:

  1. Kecanduan terhadap agama yang ternyata penuh kepalsuan menjadi kuasa perosak kepada bangsa Melayu.Generasi muda harapan bangsa tidak berdaya saing,lemah pengetahuan,dan jati diri akibat daripada kecanduan ini.Datangnya Najib untuk memahat penjajahan semula Tanah Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kpd sdr Anonymous7 February 2018 at 11:26;

      Mangkuklah kau ni. Islam tak ajar pun umatnya agar tidak berdaya saing atau lemah dlm ilmu pengetahuan maupun yg kalut jati diri dan seumpamanya. Rosak/lemahnya umat Islam adalah kerana majoriti umatnya macam MANGKUK!

      Delete
    2. 16:01,...banyak sangat amalan ritual sehingga kamu tidak nampak perbezaan antara yang palsu dan Islam yang benar.Sehinggakan yang palsu itu kamu pertahankan kononnya tulen.Perkataan 'MANGKUK' menjadi kemuncak kekuatan kamu berbicara.Inikah yang kamu banggakan?

      Delete
    3. Hanya bahasa komunis dan bahasa golongan librel aje cakap agama itu canduan, Sebab itu golang Librel ini berminat berjuangkan golangan LGBT dengan Asas hak asasi.

      Delete
    4. Semua agama adalah ciptaan tok guru.Islam datang membawa penyelesaian,....bukannya 'Islam' yang dikatakan candu itu,tetapi agama.Mampukah anda menguruskan kebenaran?

      Delete
  2. Berjayanya imperialism British di semenanjung adalah atas faktor ekonomi (cash is king), dan bukan faktor ketenteraan (tiada peperangan ketika penaklukan). Ketika itu elite melayu serba mewah, beli kereta, rumah besar, pakai baju kot, belajar kat london, minum whisky. Rakyat biasa tersorok di kampung, apa pun tak tau, majoriti habis tinggi pun tahap sekolah pondok.

    Imperialism China sekarang tidak semudah itu; ianya akan ditentang habis habisan. Hanya golongan yg tak tahu sahaja yg akan sokong umno bawa "pelaburan" dari China. Pemikiran mereka ni sama dgn dengan pemikiran moyang mereka di zaman British dulu; masih di tahap sekolah pondok.

    ReplyDelete
  3. Slm Tan Sri
    Sebenarnya ramai juga orang melayu sedar,bhw yg menjahanamkan melayu ialah mca dgn kerjasama sama pemimpin2 melayu sendiri(pemimpin2 umno le,sbb mereka berkuasa sejak merdeka).
    Oleh kerana pd suatu tahap,kuasa di tangan mereka begitu kuat,pemimpin2 melayu sebegini gagal membela kaum sendiri,kerana mementingkan diri sendiri,family dan kerabat2 mereka...,
    yg lebih menyedihkan golongan mereka inilah yg menganiaya dan membangsatkan kaum sendiri org melayu...
    Silapnya kita kaum melayu sendiri juga....berth2 hanya berpaut pd umno(cuba beralih kp sistem 2 parti)...
    kini apa lagi(zmn materialistik dan individualistik dah mendarah daging dlm jiwa dan jasad melayu),cash is king...disogok dgn brim,tender,dedak, dan ditaja mengerjakan haji...mereka sapu aje,tak perlu susah2 fikir soal halal haram asal puncanya....
    Tiba pula zmn najib,segala hak istimewa kaum melayu terhapus dgn slogan 1Malaysia....biasiswa dan peluang perniagaan utk melayu semasa deb semua dibuang ke laut....
    Kempen beli barangan msia pun dah tiada,sdg kan di sinilah peniaga kecil melayu yg bertatih belajar berniaga.......
    Sementara tu segala glc milik melayu spt felda,mara,ypeim dan tabung haji punah dikerjakan musang2 yg diamanahkan menjaga reban...
    Tiba masanya org2 melayu menolak parti yg berslogankan demi agama,kaum,bangsa dan negara utk selama2nya,parti tu bagai ikan dah busuk dr kepala hingga ke ekor...berubahlah wahai bani melayu demi survival anak cucu kita....
    Jgn takut dgn dap,sepatutnya takut dgn cina merah.....

    ReplyDelete
  4. Yang boleh bunuh cinani DAP jer walaupun sama sama cina. Menang sorak jer melayu. APA beza PH/BN. 3M vs NAH. Duit vs Duit pertarungan melayu. PH patut pertaruhkan ugama.

    ReplyDelete
  5. Daud Ibrahim Lepa7 February 2018 at 18:31

    Ada segelintir Melayu dalam UMNO yang mengkritik Mahathir kerana tidak memberikan perhatian kepada FELDA kletika beliau berkuasa tetapi Mahathir mempunyai sebab yangh tersendiri. Beliau tidak mahu merosakan apa yang telah dibina dengan jayanya oleh Tun Razak tetapi anaknya Najib telah menimbiulkan masaalah kepada peneroka Felda, beberapa kemudahan yang biasa mereka dapat telah terhapus malah terpaksa berhutang untuk menambah kekayaan yang mereka tidak cari. Najib mengajar mereka wang adalah raja tetapi akhirnya menjadi hamba hutang. Seluruh peneroka Felda mesti tolak Najib

    ReplyDelete
  6. Salam Tan Sri.

    Harap tampalan sdra dpt membuka minda ramai tentang betapa 'far sighted' nya pemimpin bernama Mahathir....dibandingkan dgn Tunku.

    Sepintas lalu...tentang perkara 'Ketuanan Melayu' ......sy rasa masih boleh didebatkan.

    Kerana sy berfikiran perkataan 'Ketuanan' itu agak berat.
    Mungkin menyinggung....tidak lagi relevan... tidak tepat malah tidak memberi apa2 makna dan impak kerana kini selepas 61 tahun Merdeka... Melayu yg kunon nya beria2 mahu jadi tuan.....tetapi sebaliknya yg terjadi.

    Lihat sahaja pd fakta....kaum Melayu lah yg majoriti nya miskin dlm bnyk perkara jika dibandingkan dgn kaum perantau dibumi ini.

    Justeru itu adalah lebih tepat lagi jika kita org Melayu dgn sedaya upaya berusaha 'memperkasakan' diri sahaja dari berkhayal dgn 'Ketuanan'.

    Sbg contoh.....kini dimana2 syarikat2 swasta yg besar2 dan disenarai diBursa Saham KLSE... pemandu2 pd tuan ada org Melayu dan tuan2 ada kaum Perantau.
    Demikian juga dgn kerja2 disemua diperingkat.....majoriti 'Tuan' adalah dari bukan Melayu.

    Dlm lain perkataan....Mahathir memang berwawasan kerana telah melakukan sebaik yg termampu dlm memperkasakan Melayu melalui ekonomi selain mengekalkan semua jawatan2 penting dipegang oleh Melayu spt Tentera....Polis....Menteri2 besar dsb.

    Tetapi kesilapan Mahathir hanyalah ...kerana tidak dpt membaca pengkhianat2 Melayu dari dalaman... ...disekeliling beliau.

    Lihat sahaja.....apa yg terjadi pd bangsa....ugama dan negara dgn apa yg diperlakukan oleh Ketua Melayu2 spt Pak Lah....Bugis dan Jawa bila memegang kuasa.....Masih mahukah bercakap tentang 'Ketuanan Melayu'.....bila sedikit demi sedikit hak2 Melayu bertukar milik pd bukan Melayu....contoh jelas....Proton.

    Alahahai Melayu!!!

    Seronok nak jadi tuan .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat setuju dengan 'msh'.Mereka datang sebagai buruh di lombong,dan ada yang menjadi pengangkut najis,akhirnya menjadi sangat berjaya.Sedangkan orang melayu terus menerus hanya pandai buat najis sahaja.Bayangkanlah orang Melayu tanpa adanya Dato' Onn yang telah mengambil amanah mengumpulkan mereka dan menyedarkan mereka akan bahana persetujuan raja-raja mereka dengan wakil Inggeris bernama McMichael.Bagaimanakah Malaysia ini tanpa PM ke 4 yang mereka hina kerana berketurunan dari Kerala?Kebanyakkan Melayu sebenarnya adalah bangsa yang degil.Mereka gila kuasa dan pada masa yang sama tidak suka kebijaksanaan.Mereka tidak suka bekerja kuat,dan malas berfikir.Mereka suka mendapat duit dengan cara yang mudah.Semua duit yang didapati secara mudah adalah halal bagi mereka.Kesalahan Mahathir adalah kerana cuba memajukan bangsa ini.Namun,individu bernama Mahathir ini tidak akan serik.

      Delete
  7. Mitos. Mahathir berjaya ke naikkan org Melayu kuasai ekonomi selama 22 tahun dia memerintah? Kayakan kroni2 cindia dia ada la Vincent Tan, Ananda, Robert Kuok dll. Mahathir bantu ekonomi Melayu? Ini mitos. Org Melayu plg susah berniaga pada zaman Mahathir. Pendedak2 Mahathir 22 tahun terimalah hakikat ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau baru lahir agaknya. Dan sudah sudah la dgn terma "pendedak mahathir". Tak ada dedak pun. Kalu nak makan dedak; lagi baik sokong umno.

      Delete
    2. Mitos pada pemalas macam kau

      Delete
    3. Tapi.. sekurang2 nya orang melayu semua lapisan umur berebut2 nak bergambar dgn Mahathir sekarang (walaupun dia bukan lagi PM). Apa sebabnya..pikir sikit brader.

      Mungkin orang melayu (seperti kamu ni) yg tidak dapat projek yang tak habis2 nk menghina Mahathir.Pada masa tu ada jugak org Melayu yg nak mengharap duit free tapi tak nak usaha..huhuhu

      Delete
    4. Bila kau nak terima hakikat yang diri kau sendiri adalah seorang munafik?Hanya seorang munafik yang akan menyokong ketua penyamun.

      Delete
    5. Hakikatnya dasar-dasar pemerintahan Dr M membuktikan beliau mengupayakan Msia terutama Melayu/Bumiputera.

      1. Laporan Kabinet 1979 bagi mengatasi keciciran yg kronik di luar bandar dlm kalangan org Melayu.

      2. Memperkasakan DEB dgn beberapa kaedah: Mewujudkan Masyarakat Pelaburan & Perdagangan Bumiputera (MPPB), Memanjangkan tempoh pelaksanaan DEB dgn Dasar Pembangunan Negara dan Dasar Wawasan Negara (1991-2010), Mewujudkan semula Kem Luar Bandar & kem baru iaitu Kem Pembangunan Usahawan.

      3. Meningkatkan sikap kerja yg cekap & berdaya saing: Memperkenalkan kad perakam waktu & penggunaan tanda nama utk kakitangan awam, Meniru budaya kerja Jepun/Korea melalui Dasar Pandang Ke Timur dan Msia Inc.

      Dr M beri pancing supaya Melayu dpt survive, Dr M tdk beri ikan supaya Melayu lemah & lupa utk bekerja keras. Baca Robin Adshed 1989 Mahathir of Msia utk tahu kenapa wartawan ini mengagumi Mahathir.

      Delete
  8. Salam Tan Sri

    Ketuanan tidak menjamin kekuasaan. Apalah maknanya menjadi tuan tapi bergantung kepada kuasa orang lain.

    Ambil contoh:

    Kita tuan tanah...tapi dek kerana malas mengusahakan sendiri atau tiada kepakaran...kita sewakan tanah kepada "orang asing". Orang asing ini punya kepakaran dan keusahawaan yang tinggi...dan berjaya memacu kemajuan tanah dan ekonominya.

    SiTuan tanah memang dapat sewa bulanan dan tahunan...tetapi dek hawa nafsu besar....belanja pun besar...dan mengambil jalan mudah dengan meminjam/berhutang dengan orang asing penyewa tanahnya...dengan sukacitanya penyewa memberi hutang.....Hutang..hutang...hutang itu sahaja yang "SiTuan" tahu....dan akhirnya tidak terbayar...dan tergadai tanah kepunyaanya.

    Siapakah "tuan" sebenar dalam hal ini?..Adakah melayu yang cukup bangga dengan asal usul "ketuanan" atau orang asing yang maju ekonominya.

    "Tuan" hanya nama sahaja tapi merempat dan miskin kerana kelemahan ekonomi. "Ketuanan" inilah yang sedang kita saksikan dalam masyarakat melayu kita. "Tuan-Tuan" yang kita ada hanya bangga dengan "Ketuanan memgikut Perlembagaan" tetapi tiada kemahiran ekonomi apatah lagi mahu memajukan diri...jalan mudahnya...oleh kerana ia masih berkuasa sebagai "Tuan"...Kleptokrasi dan rasuah menjadi jalan pintas untuk meraih kekayaan.

    Tuang Tuang dan Puang Puang...
    Isilah "Ketuanan" itu dengan menjadi "Tuan" yang berkuasa dan berdiri sendiri tanpa meminta dari orang lain....dan sekiranya kamu berjaya menjadi "Tuan"...bantulah kaum mu untuk menjadi "Tuan" seperti kamu.

    Taklah kita menjadi "Tuan" yang tertuang tuang dan terhutang terhutang.

    Bukan mudah nak jadi "Tuan"...
    "Ketuanan"...buang sahaja kelongkang kalau tak berjaya jadi "Tuan" yang sebenar.

    ReplyDelete
  9. Ketuanan melayu? Realitinya ialah ketuanan umno

    ReplyDelete
  10. 11.58
    Vincent Tan,Ananda dan Robert Kuok tu jd kaya raya pemimpin2 UMNO yg mengelilingi Tun yg tolong.....melalui mca dan mic..
    Tapi Najib rembat duit mdb(rm2.6b) dan 42j duit src cuma utk diri sendiri , reza aziz dan jho low aje,skandal2 mega yg lain (yg jahanam spt felda,mara,ypeim)dilakukan pula oleh menteri2 umno sendiri yg mengkhianati amanah rakyat,esp melayu.
    Cuba kau 11.58 bagi stastik bilangan tauke melayu yg dihasilkan oleh era najib,berdegar2 promote ntp,etp,kpi nya awal2 tu...akhirnya yg muncul GST......
    Rumusannya di sini,org melayu jgn sokong lagi umno,sbb kini parti ini dikuasai oleh (menteri2 dan ketua bahagian umno)si sang2 perosak agama,bangsa dan negara...

    Byk Tanah dan aset negara yg tidak ternilai harganya tergadai ke negara cina.
    Pengkhianatan najib ialah jual tanah di tj pagar spore ,air hitam penang,p.indah selangor,forest city jb,kuantan,melaka,byk lagi tak terhitung le...
    Itu yg kamu banggakan dgn najib?.....
    duit berbillion2 yg dirembat tu bila nak pulangkan?,dia sekeluaga yg enjoy menjoy,rakyat pula yg sengsara kena bayar hutang angkara mdb...

    ReplyDelete
  11. WANG LURUH DARI LANGIT

    Segumpal awan hitam berpusar
    Kemudian luruh helai-helai wang
    Melayang bagai daun kering
    Dan langit pun jadi kelam

    Manusia hiruk pikuk
    Mabuk mengutip wang
    Sambil menjual luhur peribadi
    Wang terus luruh dari langit

    Bersama gugurnya harga diri
    Cerdik pandai larut cerdiknya
    Agamawan cair teras agamanya
    Penguasa salah guna kuasanya

    Duit jadikan manusia hilang rasa
    Hilang segala-galanya.
    Ternyata mudahnya membeli manusia
    Dengan harga tak seberapa

    Petualang pun ketawa menggila
    Baki kuasa yang ada apa gunanya
    Kalau tidak untuk lanjutkan hayat kerusinya.


    KU SEMAN
    Putrajaya
    7 Februari 2018

    ReplyDelete
  12. Umno pengkhianat....banyak nya siluncai..rumah mahal.barang mahal.org asing bersepah..ahli umno relax jer .telah masuk...tu yg umno jadi lebih pengkhianat

    ReplyDelete
  13. Salam sejahtera Tan Sri
    Sejak zmn persekolahan men ren dulu,saya sering mengikuti penulisan TS,malah ketika TS bertugas di London,tulisan TS di akhbar utusan jd motivasi kp saya utk belajar bersungguh2,maklum le dulu2 menjd impian pelajar2 kg berpeluang belajar ke seberang laut,tentunya masa tu di UK........alhamdulillah,gagal ke UK,saya ke UM.
    Dgn segala kemelut ekonomi,sosial dan politik di negara kita sekarang,diharap TS dpt menggunakan
    segala ilmu dan pengalaman TS sebg wartawan berpuluh tahun itu ,juga pernah jd menteri penerangan ,dpt dimanfaatkan utk kesejahteraan rakyat malaysia esp kaum melayu,supaya bijak menggunakan AKAL utk membezakan di antara KACA dgn PERMATA....
    Sbb saya lihat sekarang slogan cash is king,telah menghitamkan hati manusia hingga tergadai maruah diri,prinsip hidup,amalan budaya dan paling dahsyat tercabut IMAN...
    Ya Allah, berilah kami hidayah sepjg masa,selagi nyawa di badan,Allah Hu Akhbar,kp Mu kami berlindung dp angkara syaitan dan dajal.

    ReplyDelete
  14. Satu puisi yang bermakna dan tepat oleh Ku Seman.Semoga semua pembaca sedar tentang kepalsuan yang kita sedang harungi baik dari segi agama atau poltik.

    ReplyDelete
  15. Zam, kenapa istana klate tarik semula pingat Mahathir? ke takut mahathir pulang semula pingat?

    ReplyDelete
  16. Selamat Tan Sri.

    Wang yang luruh dari langit dikumpul dihimpun bertingkat-tingkat. Akhirnya jatuh kepada manusia yang berusaha menyediakan keperluan manusia. Wang yang banyak tanpa makanan untuk dibeli apalah maknanya? Wang yang banyak tanpa pakaian untuk dibeli apalah maknanya. Malang Melayu kerana tak diajar bukan wang yang dicari tetapi apa sumbangan kepada manusia yang dikejar. Kiranya saya menyumbang kepada manusia dengan menyediakan makanan maka wang akan datang melicinkan usaha. Melicinkan pertukaran usaha. Amatlah malang bangsa Melayu, sistem pendidikan tidak mengajar apa itu wang.
    Tanpa sumbangan kita kepada manusia lain maka tidak akan berlaku pertukaran usaha yang dilicinkan dengan wang. Sebaliknya mahukah kita menjadi penghisap darah sebenar? Yang hidup atas hasil usaha orang lain?
    Mengutip cukai dari usaha orang lain, kemudian menggunakan cukai itu untuk membeli atau menikmati usaha orang lain yang membayar cukai itu samalah seperti merompak..
    Cumanya ia dihalalkan oleh undang-undang. Kononnya semata untuk tujuan penyediaan infrastruktur sebaliknya kini diguna untuk berjoli..
    Selamat. Selamat. Selamat.

    ReplyDelete
  17. Pak Zam.

    Aku tidak heran ..kalau kita melontar batu pada sekelompok manusia dan batu itu mengena kepala sosok yang punya pingat kebesaran.

    Aku juga tidak heran jika Sang Penyangak, Bapa Ayam, Penyeludup hatta Si Perasuah sekali pun punya pingat kebesaran.

    Aku tanya pada diri sendiri.. ngapa P.Ramli dan Saloma sehingga akhir hayatnya togel pingat kebesaran.

    Tapi aku faham ngapa pejuang tanah air seperti Pak Sako, Boestamam, Kassim Ahmad .. seperti Nabi tidak bawa apa-apa pingat kebesaran semasa wafatnye.

    Terpikir juga aku dari sudut mana kah yang melayakan kesemua pelakhon utama "Baik Punya Cilok" layak dapat pingat kebesaran.

    Saya rasa untuk pejuang besar seperti Tun Mahathir.. beliau tak perlu apa-apa pingat. Yang penting baginye adalah berjuang untuk rakyat dan negara.

    ReplyDelete
  18. Apakah segala gelaran maha perkasa penuh kemuliaan dan keagungan tidak akan ditarik oleh Tuhan sampai masanya nanti?

    ReplyDelete
  19. Pak Zam.

    Apa lah "tuan" nye Melayu.. bila jawatan terendah di kantor ia itu Budak Pejabat atau Peon atau Opisboi di panggil juga dengan nama "The Malay Boy" dikalangan penjawat kaum Cina.

    Apa lah "tuan"nye Melayu .. jika 95% yang miskin adalah Melayu.

    Saya semacam kagum bila melihat seorang guru Cina menyalak didalam mesyuarat.. menyatakan betapa hinanye kaum Melayu. Saya kagum sebab beraninye Si Cina tu menyalak pada "tuan" nye.

    Saya pun rasa kagum pabila Nitezen Cina ngatakan betapa anak dara Laksawan Vincent Tan tak sedarjat dengan boss Jutawan "AP" NAZA.

    Ia seakan senario dalam filem tahun 60an ..pabila Orang Putih bercium dengan Negro Itam.

    Dalam hal ini, bukan saja keturunan Melayu dipandang lekeh.. malah Islam tu sendiri.

    Bila fikirkan balik apa yang dah di buat oleh UMNO, MCA, Gerakan dan Para Agamawan sehingga menetaskan generasi seperti hari ini.

    Apa lah "tuan" nye, Ketuanan Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuma 9 orang melayu berjiwa Inggeris sahaja yang menjadi tuan.

      Delete
    2. Mereka cukup 'perasan' konon merekalah yang terpilih!

      Delete
    3. Mereka disokong dan diperkuatkan pula oleh golongan pewaris nabi.

      Delete
  20. Melayu "screw" melayu sama juga nuar "menscrew" budak melayu..

    Kihkihkih

    ReplyDelete
  21. Tan Sri,

    Mana ada lagi ketuanan melayu, skrg hanya tinggal org melayu yang akan terus melayu di bawah ketuanan UMNO.

    Pemimpin UMNO sudah jadi macam resident british, siapa yang lantang memgkritik demi kebenaran akan diberi tekanan oleh mereka.

    Melayu ramai pemimpin pelapis yang hebat, tapi yang hebat akan kecundang awal2 lg. Yang tinggal hanya yang boleh dicucuk hidung.

    Ini bukan salah Najib atau Tun M, tapi ini ialah budaya UMNO yang diwarisi dr british.

    Sistem ini telah rosak, telah sampai masa utk kita scrapkan sistem yg korup ni demi masa dpn kita semua.

    ReplyDelete
  22. Saya jadi Tuan dan bini jadi Puan ketika dengar ucapan pemimpin jerrr...the only time bila pemimpin panggil kita "tuan tuan dan puan puan". Waktu lain kita rakyat biasa nie sekadar jadi kuli pemimpin; bayar gst agar kerajaan ada duit, bukan mereka peduli pon pasal kos sara hidup, anak2 kita graduan tak ada kerja; rumah PR1Ma tah apa jadi, nak melancong pi haadyai pon pikir 2-3 kali ringgit tak laku, belanja kat pasar pun bajet habis; pemimpin pulak boleh holiday ke vegas dan jerman.

    ReplyDelete
  23. Slm Tan Seri

    KeTUANan melayu yg digembar gemburkan oleh umno hanya pd kuasa politik aje,kuasa ekonomi tiada,yg ada sikit tu pun licin dibolot oleh si pemimpin peringkat tinggi umno(melalui rasuah,%,salah guna kuasa,penyelewengan,penipuan),lihat le kes nfc/lembu kak ijat (singsing lengan,singsing kain),felda,mara,tabung haji,ypeim
    ...maka petakanya kita rasai sekarang.......
    Rakyat merhain diperbodohkan sepjg masa dgn dodoi ketuanan melayu,saya blm pernah lihat ah cong menjd driver tn isa,ah meng jd despach boy atau office boy di pej2 kej,jauh sekali bdn swasta,seblk nya melayu merempat di tanah air sendiri.......

    Cite makan angin,main golf,beli kenderaan mewah atau ke mekah buat ibadah...tak sape melarang(bagus tu,cari ilmu,pengalaman dan pahala),tapi guna le duit sendiri,jgn guna duit ypeim atau kos rakyat yg tanggung......sekarang ni rakyat bawahan dah sedia sengsara menanggung harga semua brg semakin mahal,ekoran nilai wang jatuh,kena cukai gst lagi,dan paling celaka kena bayar hutang mdb najib yg berbillion2 tu........
    Ketuan melayu atau kebebalan melayu...wahai pemimpin UMNO?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman MADEY harta n pojek habis d BEDAL org yg same...

      Kluarga GENTING.
      Tokei TOTO..
      ANANDA krisnan..
      Tokei YTL..
      Daim zainudin..

      5 org ni mmg kayer gilerrrr..

      Usha2 ler skit mntak dorg DUIT skit bayor gst..

      Kihkihkihkih

      Delete
    2. kihkihkihkihkihkihkihkih Anon 21:02 ni "banggang", "bangsat" "haram Jadah", "kepala Bapak kau(pinjam kata pemimpin kau). sama mcm pemimpin kau tu.Taulah kau penjilat tegar geng geng penyamun tu, Mesti mempertahankan apa yg pemimpin kau sekarang ni sebab takut kalau PH menang sure projek2 kau gulung tikar sebab dedak dah tak ada sapa nak bagi.

      kihkihkihkihkihkkihkihkihkihkihkihkkk..khaaaahkkk ptuihh

      Delete
    3. 21.02 keluarga GENTING sapa kasi lesen? Keluarga genting mana kau refer ni? Ada baca sejarah??? Kihkihkihkih

      Delete
    4. Keluarga GENTING itu siapa ye?
      Nasib baik ada Ananda tolong bayar bunga hutang 1MDB.

      Delete
  24. Pulak,najib yg perkenalkan gst,apa kejadahnya org berlima tu pulak nak bayar..rm2.6b tu,jika dlm btk rm$1.00,1000th duduk berlunjur,blm tentu siap mengiranya...tu najib makan sorang
    Isa pendek dan anak musang blh juga sikit2 bantu,kedua2nya sdg sendawa kekenyangan......rakyat terus dilagukan dgn
    keTUANan melayu....
    Dulu,kini dan boleh bla lah dgn slogan khurafat tu...
    Eh lupa lak,keluarga genting tu-lim goh tong,jika tak silap bukan ke sepupu dgn bapa Toh puan Rahah tu?...

    ReplyDelete
  25. Pak Zam.

    Nampak nye Melayu Johor dah pun jelmekan fobianye terhadap DAP dengan menghalau LKS yang nak berceramah disana.

    Bila dah dekat PRU ini banyak perkara yang kita kena pikir cara rasional.

    Betul ke bebudak Melayu ni fobia.. atau berapa kati dedak mereka dapat untuk mereka bertranformasi jadi fobia pada DAP?

    Ngapa saya cakap begitu .. ia lah ngapa bebudak Melayu ni tidak fobia dengan MCA Atau Gerakan.. atau apa kah reaksi mereka bila kerajaan sekarang menjemput 700,000 rakyat China yang kaya untuk menetap secara "freehold" di Johor Darul Takzim.

    Nampaknye berita hari ni, ada bumiputera merungut tentang prihal PROTON?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berita thestar hari ni..." minister mustapha to meet proton and vendors"....so; umno jugak lah yg akan dilihat sebagai pihak yg mampu settle isu nie, dan jadi juara peniaga kereta bumiputera. Nanti keluar la kat berita umno hebat....isu yg tak sepatutnya timbul kih kih kih

      Delete
    2. Pak Zam.

      Dianggarkan bilangan penduduk Johor berjumlah 3.5juta.

      Penduduk Melayu 1.75juta, Cina 1.23juta dan 680,000 penduduk kaum India dan lain-lain.

      Dengan kehadiran 700,000 penduduk China.. China yang ada duit. Cuba kita bayangkan siapa yang akan jadi majoriti?

      Dah lah majoriti.. ditambah dengan kekayaan dan kekuatan ekonomi.. Melayu Johor mungkin akan masuk hutan Endau-Rompin?

      Siapa pula yang akan kena halau nanti? Kita nenggok je ..Bila semua nye dah terlambat.

      Delete
  26. Saya ni orang johor,saya perhatikan dr dulu ketua2 cwg umno ni sgt berkuasa ,blh mengugut org2 kg baik di pekan maupun di kg,pemegang lesen kontraktor kelas f,org2 melayu johor pulak majoritinya penyokong totok umno ,jenis tak makan diajar...bodoh sombong,itu sbb berbanding dgn negeri2 lain yg kuasa pembangkangnya agak kuat,ada "check dan balance",natijahnya negeri2 lain tu maju...johor apa ada?
    Beribu2 org johor esp melayu setiap pg menunggang motorsikal bermula jam 2.00am menyeberang tambak johor menuju ke Singapore cari makan......,nasib baik le spore tu dekat dan nilai dollarnya wow tinggi...boleh le bernafas sikit......
    JB pun businessnya hidup sbb org spore dtg makan dan shopping,sbb harga brg2 di johor murah kp mereka.
    Tahniah le kp org2 melayu johor,sbb tak lama lagi negeri kita jd Macau...kg Sungai Melayu dah jd forest city!...ketika tiba zaman tu,menangis air mata darah pun tak berguna lagi...
    Hebat betul penangan cash is king ciptaan najib...buta terus akal,hati & iman manusia bernama melayu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah Bangsa Johor!!!Jangan pula nanti bertukar menjadi Bangsat Johor.Jangan Marehhh....Bak kata pepatah,...ayam berkokok sekampung,ekor bergelumang dengan tahi.

      Delete
  27. Pak Zam, posting Pak Zam ada disalin oleh http://wargamarhaen.blogspot.my/2018/02/ketuanan-melayu-dalam-perkongsian-kuasa.html#more

    ReplyDelete