Saturday, 13 January 2018

TIDAK PERNAH DALAM SEJARAH RAKYAT GHAIRAH MENUNGGU HARI PILIHANRAYA

KOMEN:
Betul tu Tan Seri,saya akan balik dr UK anak beranak utk mengundi sebaik najib membubarkan parlimen,semoga orang2 melayu yg masih buta akal dan mata hatinya,mendapat hidayah sebelum terlambat.....
Selamatkan tanah air kata,inilah satu2nya negara kita yg ada....
TIDAK PERNAH....
Bila saya twit mengatakan rakyat tidak pernah bersemangat tinggi seperti tak sabar menunggu pilihanraya kali ini  kerana mereka mahu keluar mengundi di luar  tradisi, maka reaksi negatif  timbul  serta merta di kalangan penyokong-penyokong UMNO  atau BN.

Mereka mendakwa saya mempunyai niat yang jahat.

Sebenarnya mereka berfikiran demikian kerana  mempunyai bacaan yang sama dengan saya dalam penantian rakyat ini yang menampakan keghairahan yang luar  biasa untuk membuang undi.

Jika mereka hendak melakukan sesuatu yang biasa yang pernah mereka lakukan maka mereka tidak akan menunjukan perlakuan yang luar biasa ini.

seorang penyokong UMNO menjawab twit saya dengn memberikn gambaran yang cuba menutup apa yang sebenarnya berada di fikirannya dengan katanya " kerana mereka tak sabar nak mengundi-nak tengok kekalahan PH." Ini adalah untuk menangkis apa yang sebenarnya hendak dilakukan oleh rakyat yang diketahuinya.

Seorang lagi yang naik marah mengecam saya dengan berkata " Orang ini pernah dalam BN/ UMNO ,pernah diberi peluang jadi MP P015 tapi tak pernah buat kerja,malas dan  berlagak pandai, kerana dialah P015 BN kalah, PKR menang. Mamak pepar yang banyak  cakap,tapi tak buat kerja.Pendapat karut dan karat." . Saya tak beri pendapat pun tapi dia faham kerana dia tahu realiti sebenar di akar umbi.Marah-marah tak boleh menangkan UMNO.

Kenaapa dia mempunyai fikiran negatif terhadap twit saya yang berbunyi "Tidak pernah pengundi bersemangat tinggi seperti tak sabar tunggu pilihanrnaya kali ini . Sebab utama kerana mereka mahu keluar dari tradisi mengundi.

Dari pengalaman saya kecuali  pilihanraya pertama 1955 , saya tidak pernah melihat dalam sejarah pilihanraya negara sehingga pilihanraya 13 , semangat rakyat yang luar biasa dalam menunggu hari  pilihanraya.Tentunya mereka mahu melihat kuasa mereka dari pengundian yang luar biasa yang mereka mahu lakukan.

65 comments:

  1. Betul tu Tan Seri,saya akan balik dr UK anak beranak utk mengundi sebaik najib membubarkan parlimen,semoga orang2 melayu yg masih buta akal dan mata hatinya,mendapat hidayah sebelum terlambat.....
    Selamatkan tanah air kata,inilah satu2nya negara kita yg ada....

    ReplyDelete
  2. Saya yg totok Umno pun nak pangkah PH.Lebih menyakinkan.

    ReplyDelete
  3. Tan Sri.....
    Saya pengundi BN sejak mula dapat mengundi. Umur saya sudah pun hampiri warga emas.
    Tapi kali ini saya terlalu kecewa dgn Umno terutama MT umno. Saya sudah buat kesimpulan semua MT umno tidak boleh dipercayai.
    Jadi 35 orang keluarga terdekat saya mengikut TDM menyertai PPBM tanpa dijemput oleh sesiapa.
    Terima kasih Tun membuka jalan untuk kami keluar umno.
    Harapan kami PPBM boleh menjadi satu pohon baru tempat kami tumpang berteduh.

    ReplyDelete
  4. Begitu juga dengan soalan yang selalu ditanyakan sekarang ini terutama olih kaki tangan awam. Betulke undi tu rahsia. Kalau mereka masih hendak mengundi BN buat apa mereka tanyakan soalan tu. Mereka tentu dah bertekat nak undi PH. Lantaran itu kempen PH mestilah memberikan keyakinan kepada mereka bahwa tak ada siapa pun yang akan tahu siapa yang mereka pangkah kecuali diri mereka sendiri. Tak perlu takut.

    ReplyDelete
  5. Saya penyokong tegar Pemerintah(UMNO) sememangnya tak sabar untuk kasi X (axe/kapak) UMNO.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Tan Sri.....dulu saya tidak pernah menyangka pada suatu hari saya akan 'menjauhkan diri'dari parti yang selama ini saya sokong .Tapi itu semasa zaman YAB Tun Dr.Mahathir...sekarang sudah tetapkan hati....BN sekarang bukan BN dulu lagi...sudah rosak.

    Terima kasih Tun atas segala susah payah membawa suara kegelisahan rakyat Malaysia yang merasai,melihat dan gelisah akan keadaan hala tuju negara kita .Semoga Allah merahmati Tun dan juga Tan Sri Zam .Amin.

    ReplyDelete
  7. Hidup Pakatan Harapan,Hidup Warisan

    ReplyDelete
  8. Saya sudah merancang untuk mengambil cuti panjang pada PRU14 ini.Juga,sudah berjanji akan buat kenduri bagi merayakan kejatuhan rejim kleptokrat Bapa Penyamun.Semua saudara mara dan rakan taulan pejuang Chedet akan balik berkumpul di negeri Lindungan Bulan.

    ReplyDelete
  9. Ditto.. nak ubah angin.. UMNO/BN no more

    ReplyDelete
  10. Siapa yang nak undi parti Najib lagi..

    Menghabiskan beras jer..

    ReplyDelete
  11. Umur saya hampir setengah abad. Seumur hidup saya... tak pernah saya undi selain BN. Tapi tidak pada PRU14. PH lebih meyakinkan.

    Betul tu... tak sabar nak tunggu pilihanraya. Heee lambatnya nak bubar parlimen.

    ReplyDelete
  12. Ya apa yg kita pangkah orang lain memang tidak akan dapat tahu. Jangan takut. Ini pengalaman saya sebagai pegawai tempat mengundi spr.tanpa ragu undi tuan puan memang rahsia. Jadi undilah ph.

    ReplyDelete
  13. Sayang parti yg penuh tradisi seperti UMNO sejak penubuhannya pada 11-May-1946 bakal dikuburkan pada PRU-14 kali ini gara2 melindungi pengkhianat seperti Najib. Pada saya ini adalah tragedi kepada org2 melayu yg gagal membezakan kesetiaan kepada perjuangan UMNO dengan kesetiaan kepada individu. PH adalah buah tangan terakhir drp Tun M sebagai negarawan yg melalui 3 zaman pre-merdeka, merdeka dan modernization era supaya dapat dipelihara dan dibajai dgn semangat permuafakatan yg teradun atas keperluan dasar keunikan kaum, agama dan bangsa di bawah panji2 negara. Saya berasa ini adalah blessing in disguise di mana masing2 terpaksa menerima hakikat bahawa kemungkaran mesti dibendung agar musibah tidak terkena kepada semua rakyat dan ini adalah universal kepada semua tak kira agama dan budaya.

    Sudah tiba masanya ahli2 politik kita mengubah minda atau persepsi terhadap realiti sekarang betapa sharp and visionary mind perlu ada utk memimpin masyarakat. PH mempunyai aset2 pemimpin muda yg boleh digilap. Kita juga sebagai pengundi mempunyai tanggungjawab besar utk menaikkan seseorang pemimpin berdasarkan keupayaan dan bukannya didorong oleh kuasa mana2 individu di tempat masing2. Alang2 mahu memertabatkan kembali Islam sebagai agama Persekutuan, terapkan nilai2 sebenar Islam sebagai cara hidup dalam mengemudikan PH yg diterajui oleh pemimpin2 Islam dan nilai2 universal seperti integriti sebagai asas perpaduan di dalam urusan2 antara sesama parti komponen yg juga dianggotai oleh org2 bukan Islam. Jgn ada lagi parti seperti PAS yg memperalatkan agama atau UMNO yg memperalatkan bangsa demi laba politik yg menghancurkan.

    Sekiranya PH berhasil menumbangkan UMNO BN, rakyat mesti mengingatkan pemimipin2 yg dilantik akan kuasa rakyat adalah penentu hayat. Pengorbanan adalah tuntutan yg wajib diberi jika ingin memimpin. Saya tak yakin akan ada lagi negarawan seperti Tun M dlm 100 tahun akan datang dan pastinya pemimpin2 muda sekarang mempunyai cabaran yg besar utk mengisi kekosongan yg bakal ditinggalkan oleh Tun M seandainya dia tiada. Jadi, jgn amalkan budaya UMNO yg menidakkan potensi seseorang yg diyakini mempunyai bakat utk digilap. Abad ke-21 memerlukan pemimpin2 yg berminda tajam dalam mengharungi pentas globisasi tanpa sempadan yg mungkin kita sendiri tidak berupaya tetapi bakat2 tersebut ada di tangan orang lain. Akhir kata, selamat berjuang PH semoga berhasil melakarkan sejarah baru negara pada PRU-14 nanti. Aamiin.

    ReplyDelete
  14. umno no more! bye! bye! out you go, jgn lupa hari ini di au2/ulu klang turun beramai2 ketibaan pm calon kita..

    ReplyDelete
  15. panglimo potaseh14 January 2018 at 08:59

    Wah ghairah sangat nampak nye kita nak tukar kerajaan. Saya pun nak tukar. Sebenarnye tukar-tukar kerajaan ini banyak yang positif nye. Rakyat tampak lebih berkuasa. Tak lah kita di olok-olokan macam sekarang ni. Hinggakan tanah Felda yang dikandangkan dengan akta khas yang lebih ketat boleh hilang begitu sahaja. Lebih kita terasa bangangnye apabila tak sekor pun pelaku dapat dikesan.

    Tapi kita jangan lah hangat tahi ayam. Kita ada beberapa bulan lagi untuk berhangat. Saya harap sangat niat kita nak beralih badan dapat dikekalkan ..sekurang nye 4 bulan lagi.

    Orang kita tak sama rohnye mcm orang Amerika, Jepun atau Korea.. mudah sangat dipancing.. mudah sangat emosinye diakalkan. Apa tak nye.. Pak Najib kita dah mula ngentel tasbih, Mak Ros dah berlitup, hanya nampak mata, idung, mulut dan pipi gembol nye sahaja. Langkah pertama Pak Najib kita ni boleh luruhkan 7% semangat tuan-tuan yang nak tukar kerajaan.

    Begitu lah keadaan nye di daerah saya Jelebu semasa PRU1990. Semangat 46 mewakilkan Rais Yatim untuk melawan BN. Siapa dia Rais ni tak perlu saya ceritakan.

    Sememang nye.. kobou dah diikek.. padi dah dikopok.. ompeng dah dilosong.. ghobong dah dipangkeh.. lado dah dipotik.. untuk meraikan komonangan Pak Roeh kita ni. Lawan dia hanya askar pencen. Seolah memberi isyarat BN dah lengit sebelum sepak mula. Tapi malang seribu kali malang, pabila 2 malam sebelum hari pilihanraya.. sosok KuLi terpacul di TV dengan lambang pangkah di tengkolok yang dipakainye. Selepas tu hanya sejarah. Sejarah yang menyatakan betapa mudahnye kita diakalkan.

    ReplyDelete
  16. Sejarah tidak dapat menidakkan yg umno/bn pernah berjasa satu masa dulu.... tapi malangnya ia dihancurkan sendiri oleh tgn2 kotor puak kleptokrat yg bertuhankan wang & kuasa. Demi mengelakkan anak cucu kita menanggung kesengsaraan yg tiada penghujungnya maka menjadi tanggungjwb kita utk menghentikan segala kebobrokan ini dgn menguburkan umno. Tun adalah sosok yg paling tepat utk menjayakan harapan rakyat jelata yg telah sgt marah & meluat dgn lakunan watak2 pemimpin umno/bn. Enough is Enough....

    ReplyDelete
  17. Sejauh mana ini semua benar?

    ReplyDelete
  18. Utk pengetahuan TSZ, inilah perasaan rakyat terengganu ketika menunggu pilihanraya 2014 utk menjatuhkan kejaan pas..

    ReplyDelete
  19. Sembang KENCANG geng2 PH....
    bole harap ke nk mnang pru14 ni??

    Bile KALAH mule lah salahkan BANGLA n TNB x bagi karen...

    Kihkihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. 20:09,...kau serupa macam mangkuk2 dalam opis yang kuat tipu claim overtime.Dulu mereka anti najib,selepas dia bergelar ketua penyamun kini mereka sanjung dia.

      Delete
    2. Tunggu masa ja...NANTI kita tahu lah langit tu tinggi ka rendah. Takut tak cukup tanah ja nak lagi NANTI...hehehe...Hidup PAKATAN....

      Delete
    3. Mungkin betul seperti apa yang Anon 02:09 cakap... hanya kaki klepet saya yang sokong Kleptocracy.

      Saya dulu pun ada kawan sekampung. Berhijrah berasingan dan berjumpa di KL. Kawan saya ni sangat suka berbaik-baik dengan kaki-tangan hospital atau mereka yang bekerja di hospital dan oleh kerana adik saya seorang pembantu-makmal di HKL, beria-ia benar beliau mahu saya bawakan adik saya untuk berjumpanya.

      Rupa-rupanya, dia minta adik saya jadi share-partner, klepet ubat-batuk dimakmal dalam jumlah yang banyak untuk dipek semula dalam botol-kecil. Sudah jadi tokan ubat-batuk, kawan saya ni.
      Nasib baik adik saya menolak.

      Dan hari ini, dia adalah penyokong tegar Kleptocracy. Jenis orang macam ni, amat memerlukan kerajaan yang ada hari ini. Orang-orang begini... kerana WANG... Bangsa, Agama dan Negara pun mereka sanggup jual.

      Delete
  20. Saya taknak bayar GST, saya nak pendidikan percuma untuk anak2, saya nak harga petrol yg murah dan stabil, saya nak tol murah, saya nak PM yg isterinya tak ambil duit rakyat untuk shopping. Walaupun saya ahli umno, saya akan pilih parti yg boleh beri apa saya nak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pssttt..
      Madeyny anak2 yg kaye raye tu dapat DUIT REMBAT dri mane ye..

      Mntak sedekah d jalanan ker??/ or menabung dr kecik??/ or berjudi forex??

      Delete
    2. 00:26 adalah melayu bangsat penyokong najib yang sudah rosak teruk kerana percaya kekayaan hanya boleh dicapai dengan cara merembat duit.

      Delete
    3. Forex tu Judi ke?

      Delete
    4. Beli kapal limited edition Yg cucu tun mahathir beli lagi hebat ia, muda muda ada kapal Mewah limited edition .

      Bila tun mahathir jadi pm letakan cukai 10%sst letak dalam resit itu dan Audit akuan syarikat kroni dia sekali supaya mereka tak lari dari cukai, kalau tak nak banyar 6% Gst itu, aku tak nak tokey-tokey lari cukai macam dulu tak banyar 10%sst itu Seperti dulu..

      Kami Miskin selalu kena kejar dengan cukai dimalaysia ini, tokey itu lari dari cukai sampai dapat balik tongsan Lari dekat hongkong, kami tak tahu cerita sebenar ke?

      Delete
    5. 15.04...kau ni miskin duit atau miskin akal atau kedua duanya sekali? Kalau kau tahu cerita sebenar tokey itu ini lari tongsan sama hong kong itu ini sana sini; dedah kan la, apa susah? Pi jumpa LHDN, bagi maklumat, ajak utusan dan tv3 sekali, boleh gak jadi hero masuk tv. Tapi kau jangan buat press conference; orang tak akan paham apa kau cakap nanti kah kah kah

      Delete
  21. BN akan menang PRU14. Bukan kerana BN kuat, akan tetapi kerana PH yang merepek2 dan berpecah belah. Itulah ramalan persidangan parlimen ZAM dan rakan2 veteran di kedai mamak Masjid India.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Merepek paling top ialah harga barang turun lepas gst

      Delete
  22. Selamat TSZ.

    Bagaimana jika tiba-tiba Najib mengumumkan dia akan mengundur diri?
    Apakah strategi PH? Jika faktor Najib sebagai pengerusi BN akan menyebabkan BN kalah mungkin mereka akan menggunakan strategi ini.
    Apakah orang Melayu benar-benar bersedia untuk mengundi PH dibawah Tun? Atau orang Melayu masih percaya kepada UMNO untuk membela nasib mereka? Atau mereka masih belum yakin dengan pembangkang? Telah menjadi satu fakta bahawa kehidupan dibawah parti pembangkang dinegeri seperti Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Terengganu, Perak dan Selangor tidak lah buruk seperti yang digambarkan BN. Kehidupan rakyat macam tu juga. Namun pemerintahan pembangkang pada peringkat Persekutuan belum pernah terjadi. Ini benar-benar suatu perhitungan yang mengocak minda Melayu.

    Sekiranya rakyat masih membenarkan para pemimpin politik mempermainkan mereka dengan hanya mengekalkan sesuatu kelompok parti sahaja yang mendominasi maka lambat laun yang kerugian adalah rakyat itu sendiri terutamanya orang Melayu. Namun sekiranya rakyat bijak dan mereka yang mendominasi pemimpin politik maka penukaran pemerintahan haruslah berlaku untuk keuntungan rakyat itu sendiri dan bukannya menguntungkan pemimpin politik seperti mana yang berlaku sekarang.

    Namun begitu saya yakin, faktor TDM dan DSAI dipihak pembangkang bakal mengakhirkan dominasi UMNO/BN didalam pemerintahan.

    PH haruslah menelanjangkan UMNO yang selama ini hanyalah meMANJAkan Melayu untuk mendapatkan undi mereka.
    Melayu harus disuntik semangat untuk bersaing dan tidak takut bekerja keras. Sudah tiba masanya untuk mengapi-apikan semangat Melayu untuk bersaing dengan lebih yakin supaya mereka tidak lagi perlu bergantung kepada UMNO untuk memajukan diri. Sekiranya PH dapat memberi jalan dan penerangan maka Melayu dapat diyakinkan.
    Sampai bila Melayu sanggup disogok dengan sekampit beras bercetak muka MB, 2 kilo gula, Milo 400g, kicap, sos, kordial oren, 2 tin susu dan sebungkus bihun? Sedangkan hakikatnya yang menjerumuskan Melayu kedalaman perangkap kemiskinan dan kemunduran berpunca dari sikap pemerintah itu sendiri yang mahukan Melayu begitu. Orang-orang bernasib malang masih perlu meminta sedekah disana sini untuk perbelanjaan perubatan yang tinggi akibat sakit kronik yang sepatutnya menjadi tanggungjawab kerajaan yang mengutip cukai dari rakyat. Amatlah pelik kerajaan sanggup berhutang untuk menyelamatkan syarikat besar yang lingkup tetapi tak bersedia untuk membantu rakyat yang terpaksa meminta derma kerana anak mengalami sakit kronik yang berbelanja besar.
    Golongan elitis Melayu yang menjadi pemimpin bakal dihenyakkan jika mereka masih tidak membuka mata dan hati. Dan sistem demokrasi raja berperlembagaan ini akan berakhir sekiranya elitis Melayu masih merasakan bahawa rakyat masih bodoh.
    Dengan internet yang merangkaikan segala maklumat dan ilmu jurang ilmu antara golongan elit dan marhein semakin dekat dan memungkinkan segala fakta yang sebelum ini hanya diketahui oleh golongan elit kini dinikmati juga oleh rakyat bawahan.
    Ini memungkinkan golongan elit tidak lagi dapat memutar daya tipu muslihat dimata rakyat. Sebaliknya rakyat akan menghukum mereka bila tiba pilihan raya..

    Sudah tiba masanya orang Melayu tidak takut dengan ugutan ugutan yang Melayu akan lingkup tanpa UMNO.
    Sudah cukup kita dibuai oleh mimpi indah yang tak seindah mana dibawah UMNO. UMNO telah lupa diri. Tinggalkan parti yang lupa diri yang hanya disertai golongan elitis yang hanya mahu kejayaan dan kemewahan diri sendiri dengan memijak kepala rakyat...
    Cukup....

    Terima kasih, TSZ.
    Selamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa rancang ph untuk turun harga barang jika mereka memerintah 'Adakah ia diletak dalam manifesto mereka itu.

      Kami tak Nak seperti air dulu hanya rebit Percuma, Air bukan pecuma 100%,malah selalu tak ada air, bakata pakatan manifasto bukan janji, cakap tak serba bikin

      Kalau setakat tak ada rancangan turunkan harga barang baik tak payah serupa je mereka undi bn.

      Kami nak pakatan buat manifasto dapat turunkan harga barang ikan rakyat 10Rm 1kg ada berani di kuala lumpur dan selangor, dan buat Harga barang sama macam era tun pak lan ada berani,

      Kalau pakatan berani keluarkan senarai harga barang mereka turunkan jIka mereka menang dimalaysia ini Tulis dalam menifosto Mereka diseluruh negara barulah aku akan undi pakatan itu..

      Delete
    2. 15:19,...orang seperti kau tak perlulah menyokong PH.Teruslah sokong Pak Lah dan Najib kau tu sampai khiamat.

      Delete
  23. Pemimpin BN kena kerap pi Saudi. Siap upload gambar banyak2. Sejuk la hati penyokongnya.

    ReplyDelete
  24. Assalamualikum Tan sri. I've met with so many people and the truth is yes!90% of the people really can't wait for the election. The only reason is to save our country.

    ReplyDelete
  25. PH umpama parti "budak baru nk up" berlagak nk mampus tpi isi kosong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS munafik.Pakar pecah belah ummah,tapi tak perintah.

      Delete
    2. Anon 1125
      Awat tak cakap yg hang suka makan dedak..kan senang...hehehe

      Delete
  26. panglimo potaseh16 January 2018 at 07:23

    Pak Zam.

    Semalam ada seorang peguam kaum India dah tak mau gunakan Bahasa Malaysia (Melayu) dalam mahkamah.

    Begitu lah tahap konfiden rakyat kita untuk tukar kerajaan dalam PRU14 ini.

    Langit baru nak mendung.. air di tempayan dah dicurahkan. Berhati-hatilah ini Tanah Melayu.

    Kata seorang Professor Ulung kita.. Bahasa Melayu akan jadi bahasa utama di Asia Tenggara ni???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagaimana kita nak mengharap orang lain menghormati kita bila kita sendiri telah hilang harga diri.Semua boleh dijual beli.

      Delete
    2. Kalau siapa ajar peguam itu kalau bukan tun mahathir bukan? Di canada kalau orang itu tak lulus ujian guaman dalam bahasa inggris canada orang itu tak lulus, Malah ada peguam di american cuba jadi peguam di canada pun terpaksa ambil ujian guaman di canada itu Dalam bahasa inggris canada itu.. Jadi suruh je peguam india balik india kalau tak nak cakap bahasa melayu dalam mahkamah

      Delete
    3. 12.09 bahasa melayu kau pun tunggang langgang

      Delete
  27. Asslmkm Tan Sri. Saya mengikuti tulisan TS sejak TS di Utusan lagi. Saya pejuang UMNO yg tidak berbayar. Sbg bekas pendidik guru saya menanamkan semangat patriotisme dlm kalangan guru dengan mengingatkan sejarah perjuangan UMNO suatu waktu dulu. Dlm BTN say jadi penggerak untuk membuka minda rakyat. Namun inteletual sayA tercabar akibat perbuatan pemimpin2 Umno bermula dgn era level 4 Boys. Apabila Tun disingkirkan maka saya fikir patriotik sejati mesti terus bersama tun yg berkorban segalan2 nya untuk bangsa dan negara. Ayuh semua marilah kita selamatkan negara tercinta ! Jadikan UMNO tinggal sejarah.nKita berjuang dalam wadah baru !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ayahchik....saya pun sama keadaannya....

      Delete
  28. Assalamualaikum TS....
    Saya berpendapat BN akan kalah.....TAPI kalau sebaliknya berlaku maka PAS mesti dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan sampai ke hari kiamat....sekian tk.... Wasallam.....

    ReplyDelete
  29. Selagi 2 pakar strategy Dan perangsaraf INI ada dibelakang Tun rasanya UMNO jenoh nak kelupoq PRU14 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.....sebab itu kena hormat otai lama masih berbisa....

      Delete
  30. Rasanya dari dulu lagi dengar satu family nak balik dari luar negara utk undi pembangkang. Tapi pembangkang tak menang juga. Seperti yang diputuskan dalam parlimen kedai mamak Masjid India oleh ZAM, Johan dan lain2 veteran utusan, BN akan kembali menang PRU14 kerana pembangkang tidak sepakat dan kucar kacir. Harap pembaca tak perkecilkan resolusi parlimen teh tarik mamak Masjid India.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kucar kacir? Tak sepakat? Bersetuju satu logo tu apa? Bersetuju satu manifesto tu apa? Bersetuju TDM jadi PM tu apa? Bersetuju agehan kerusi parlimen tu apa? Dimana kucar kacirnya?

      Delete
  31. Saya benar2 sedih,jika 12.33 ni orang melayu...
    Tabung haji,yapeim dan mara disalahguna duitnya utk kepentingan peribadi pemimpin umno semau2nya,dia boleh reda?
    Mara sebg contoh,duit diguna beli harta tanah di Australia melebihi pasaran...akibatnya kini,anak2 melayu cemerlang tak lagi mampu diberikan pinjaman utk melanjutkan pelajaran ke luar negara....begitu juga peniaga2 kecil,sukar utk buat pinjaman,utk memajukan perniagaan.
    Cuba2 le buka pintu akal dan mata hati melihat kebenaran...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penting sangat ke belajar dekat luar negara, ilmu ada Mana-mana asal sangup orang itu cari, ini setakat pergi luar negara lepas itu tak nak berbakti pada negara tak guna juga, banyak kes dah berlaku pergi berpakai sopon Balik berpakaian saksi dah penah berlaku pun pada orang bagi biasiwa Dapat keputusan cukup makan, seoleh-oleh merendahkan universiti kita ini

      Jawapan macam ini aku lebih suka bagi biasiawa pada mereka belajar lulus cermelang di unviesiti daripada bagi mereka Pandai spm je minta biasiawa Lepas buat bukan2..

      Kalau setakat pergi Australia Dan england belajar akuanten dan bisnes baik tak payah Menbazir duit kerjaan je , kita mahukan belajar bidang baru berteknologi dan bidang baru dibawa ke malaysia ini, jepun tak hantar orang pada ilmu dia dah Ketahui untuk belajar, cuba tengok jepun hantar pelajar dia hanya bidang bank islam,makan halal dan teknologi dia tak ketahui..

      Patut kita hantar orang melayu ke luar negara pada ilmu baru dan ilmu tak ketahui ok,

      Delete
    2. 18.01...gaya bahasa kau aku rasa kau lulus tahap darjah 6 jerrr. Tak perlu kau nak bahas pasal keperluan ke luar negara mencari ilmu. Ini bukan tahap kau.

      Delete
  32. Zam, Dr. Mahathir confirm menang ke? Jangan over confident Zam. Saya pun tak sokong Najib klepet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan cerita overconfident.......tetapi kebenaran tetap kebenaran....jika kita semua bermaruah aku yakin PH bole menang dgn syarat pilihanraya meati adil dan telus....

      Delete
  33. Saya tak pernah over confident malah saya percaya Mahathir akan kalah jika bertanding di Putrajaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapkah yg mengasaskan dan membina Putrajaya????jika Tun kalah di Putrajaya maka confirm lah cash is king....apalah agak2nya nasib rakyat dan generasi akan datang????tk Pak Zam...

      Delete
  34. Saya sangat setuju dengan Tan Sri Zam.Majoriti kakitangan kerajaan adalah bukan penyokong Mahathir.Ramai dalam opis yang merupakan kaki tipu tuntutan kerja lebih masa atau 'overtime' adalah anti kerajaan,namun kini mereka ini sudah jadi penyokong kuat najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. panglimo potaseh19 January 2018 at 12:56

      Anon 22.29

      1.6 juta kakitangan awam.. 90% puashati dengan kerajaan. Apa pun kerajaan dah pelihara mereka bak ayam pasar.. 4 atau 5 tahun sekali kerajaan akan pungut hasilnye.

      Cobak kita lihat dari sudut gaji.. seingat saya, 30 Atau 40 tahun dulu, orang berebut untuk kerje dengan sektor swasta kerana gaji nye lebih 3 kali ganda.

      Sekarang gaji gomen jauh lebih baik. Malah kerani cabuk pun dah cecah RM3 ribu gaji mati.. itu belum masuk duit kopi. Tak caya kita jengok je lah balai polis, kereta apa mereka pakai.

      Pencen pulak goyang telur je dapat RM2 ribu atau min RM1 ribu.

      Bonus jika di sektor swasta, kompeni mau betul-betul untung baru dapat bonus. Dalam keadaan gawat mcm sekarang ini jawabnye 3 atau 4 tahun tak dapat hidu bonus.

      Bonus disektor kerajaan mcm dah tetap.. mcm mana tunggang tebalik pun tetap ada bonus.. lebih lagi dah dekat pilihanraya.

      Tak caya ..Sejak seminggu lalu, tari buka gelangang dah di mulakan. Pihak Kerajaan buka mulut je akan cerita tentang rumah PPR. Tentang bagaimana prihatin mereka untuk membekalkan Penjawat awam rumah mampu milik. Dan crita yang sama akan diulang pada setiap PRU.

      Delete
    2. Terimakasih Panglima Potaseh.Anda sering senada dengan saya.Permainan duit boleh dikatakan terang-terangan dalam opis.Kerana ianya sudah jadi selamat.Mereka sudah memiliki networking/rangkaian yang kukuh.Kamu akan mendapat nama yang buruk sekiranya tidak bersama mereka.Untuk ahli mereka,pegawai yang berkuasa akan wujudkan 'overtime' untuk mereka.Masing-masing mempunyai satu lagi gaji.

      Delete
  35. Saje perangat Zam pagi-pagi Jumaat..hehe - 20.56

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar pendapat saudara. Kakitangan kerajaan takut untuk mengundi pembangkang kerana takut diketahui walaupun hati mereka bersama dengan Mahathir.

      Delete
    2. Takut apa nak undi pembangkang? Ni dah abad ke 21. Kalu mentaliti takut masih ada, baik suruh umno ikat tali kat hidung. Label terus sebagai kerbau; kan senang gitu? Saya ada jugak kawan dalam sektor awam, memang mereka tak berani bersuara di khalayak. Tapi masa undi dulu mereka turut sumbang untuk tumbangkan kerajaan BN khir toyo di selangor. Tak mustahil orang putrajaya pun berani buat perkara sama.

      Delete
    3. Kakitangan awam banyak penyokong PAS,yang sekarang ini kuat menyokong najib.Golongan ini adalah penentang Mahathir sejak dilahirkan.Mereka inilah yang ketika PAS bersahabat dengan DAP,...pernah berkata lebih baik DAP memerintah Malaysia daripada UMNO.Ini realiti di tempat aku bekerja sekian lama.Etika pakaian penjawat awam sekarang bagi lelaki,adalah kebiasaan seperti di markas atau nak keluar berdakwah.Ini juga boleh dilihat di Putrajaya. Berselipar dan croc adalah etika baru.

      Delete
  36. Tiada Dr M,perkataan modern tu pun kamu tidak akan pernah dengar..putrajaya,klcc,kl tower,lrt,komuter,proton,maseven highway semua hasil dari lagenda ni..hoii pecacai jibby,setakat ckp byk guna hasil warisan Tun kejadahnya..cipta inovasi sendiri..baru kamu tahu sebenarnya kamu bangang..jd tak usah la nk kata kat dr.m ni..bukan level kamu

    ReplyDelete