Saturday, 25 February 2017

SATU SEN PUN SAYA TIDAK TERIMA DARI ANUGERAH TOKOH WARTAWAN NEGARA

KOMEN:
WHAT MAKES ROCKY THINK HE CAN CONVERT EDUCATED?
Anonymous26 February 2017 at 18:42
Even RPK is losing support among his readers. What makes people like big dog and rocky think that they can convert educated and urbane middle class to swing back to umno/bn? Just because they can articulate their argument well in english does not mean that people will be fooled to believe them.
ReplyDelete
BAGAIMANA AKAN DIPERCAYAI JIKA PENYEBARNYA ROCKYBRU DAN BIG DOG
PM Najib minta supaya diperangi habis- habisan maklumat palsu. Masalahnya ialah rakyat lebih percaya kepada maklumat dan berita yang disebarkan oleh wartawan rakyat dari wartawan-wartawan upahan.
Contoh jelas bagaimanakah orang akan percaya maklumat dari Big Dog yang terbukti membuat fitnah besar terhadap Zam tanpa membuat pemereksaan lebih dahulu dan demikian juga Rockybru yang mempunyai identiti wartawan murtad kerana beralih kiblat kepada MONEY IS MY IMAN.
ReplyDelete
SATU SEN PUN....
Budak suruhan Rockybru blogger Big Dog   menuduh saya dianugerahkan Tokoh Wartawan Negara 2006  dengan diberikan   Substantial Grant dari Kementerian Penerangan sendiri yang ketika itu saya sebagai menterinya.

Ini adalah tuduhan yang sangat berat kerana kurniaan Anugerah Tokoh Wartawan Negara  pada masa itu dan sebelumnya oleh MPI adalah tanpa sebarang grant atau wang. Saya mendapat sebuah trofi kristal yang tertulis di atasnya Tokoh Wartawan Negara 9 November 2006.

Hal ini boleh disahkan oleh MPI dan juga Tan Sri Azman Ujang Pengerusi Bernama  yang juga bertanggungjawab dalam mencadangkan anugerah itu.

Saya merasa berhak untuk mendapat anugerah itu kerana beberapa buah buku yang saya tulis telah mendapat pengiktirafan terutama Tun Razak  Jejak Bertapak Seorang Patriot  dan  juga  Mahathir Di Sebalik Tabir yang menjadi The Best Seller disamping perkhidmatan saya yang terus menerus selama lebih 30 tahun  dalam dunia kewartawanan

Yayasan Tun Abdul Razak telah membayar saya RM100,000 bagi penulisan buku Tun Razak itu yang dijadikannya hadiah tahunan kepada pelajar terbaik setiap tahun  hingga sekarang. Kedua buku itu telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris.

Big Dog kalau nak makan dedak pun janganlah makan dedak dari muntah Rokcybru seorang yang telah diiktiraf murtadnya oleh para wartawan yang bermaruah.

Big Dog:Saya memandang serius tuduhan saya menerima grant atas anugerah Tokoh Wartawan Negara  dari Kementerian Penerangan dan saya menuntut kemaafan dari saudara kerana antara kita sebelum ini tidak pernah ada permusuhan dan saya tidak faham kenapa  saudara juga harus mencari permusuhan dengan saya.

Diantara buku-buku yang telah dihasilkan oleh Zainuddin Maidin dalam Bahasa Melayu dan terjemahan Bahasa Inggeris. Mahathir Di Sebalik Tabir juga diterjemahkan ke Bahasa Cina dan Tamil.

Friday, 24 February 2017

SURAT PADA NAJIB: PECAT ZAM DARI UMNO

UMNO CAN STILL BE SAVED ( Lihat berita di bawah)

Yang Amat Berhormat
Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak,
Presiden UMNO Malaysia.

Dengan segala hormatnya saya ingin mengemukakan pandangan bahawa  sudah sampai masanya bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin atau Zam dipecat dari keahlian  UMNO kerana beliau adalah ibarat  duri dalam daging.

Walaupun beliau bukan anggota mana-mana parti pembangkang tetapi ini tidak boleh menghalang untuk UMNO memecatnya kerana beliau telah  mengemukakan pandangan terbuka yang sangat kritikal terhadap UMNO dan juga Datuk Seri.

Perbuatannya itu boleh  mengelirukan ahli-ahli UMNO  yang  mungkin menganggapnya sebagai pandangan parti  kerana beliau adalah bekas Menteri Penerangan yang berkesan  dan seorang wartawan yang berpengaruh.

Beliau seperti tidak terikat dengan peraturan  Perlembagan Parti yang memerlukan ahli-ahli untuk meminta kebenaran parti jika mahu menyuarakan pendapat secara terbuka samada di media atau di mana-mana

Bukanlah sukar untuk orang ramai mempercayai dia sebagai anggota parti pembangkang  jika Ibu Pejabat UMNO memberikan sebab pemecatannya kerana beliau hadir di perhimpunan parti pembangkang atau anggota  parti pembangkang.  

Suffian Mustapha
Alur Gajah Melaka
22 Februari 2017


ZAM : UMNO CAN STILL BE SAVED
By Syauqi Jamil
KUALA LUMPUR: Although some Umno members have left the party after losing confidence with president and Prime Minister Najib Razak, others opted to stay behind due to their loyalty and love for the oldest and biggest political party in Malaysia.

For one, former information minister Zainuddin Maidin, believes that Umno can still be saved by changing for the better should Najib step down from the party top post.

He said there were a few leaders within the Umno supreme coucil who can return the confidence and trust of the masses to Umno, specifically Deputy Prime Minister and Umno vice president Ahmad Zahid Hamidi.

“I am still an Umno member as so far I have not been sacked. I am still convinced that Umno can still be saved if Najib resigns. Majority of the members still love Umno but just don’t want Najib to lead.

“Many may not agree with me but we can’t deny the influence Zahid has in Umno. He has the necessary quality of a good Malay leader in terms of religion, speech and leadership. He is also more qualified than the other veep, Hishammuddin Hussein.

“If Zahid takes over as prime minister and Umno president, things will stop from deteriorating further. The situation in the party may still be salvaged,” he told Berita Daily.

In a recent exclusive interview, Zainuddin, fondly known as Zam, pointed out that Zahid’s less than admirable command of the English language was not an essential criteria to determine the quality of a leader.

He made an example out of incumbent Indonesian president Joko Widodo who also does not have a strong command in English.

He added that unlike Najib who from a very young age was groomed to be a leader, Zahid on the other hand has the appeal of a natural born leader.

“Najib is not a natural born leader, his leadership skills are acquired, he was groomed to be a leader from young. That is why he became the youngest Pahang MB.

“That is why all of Najib’s political actions do not seem genuine. Every time he goes to meet the people, it does not look genuine.

“Take for example Argentine Marxist revolutionary Ernesto ‘Che’ Guevara. Even though he came from a wealthy background, he willingly wanted to be one with the people. Unfortunately the same can’t be said for Najib,” he said.

Recently Zainuddin caused a stir when he posted an article in his blog titled ‘Nak mampus, mampuslah Umno’ (Die if you want to, Umno).

In the article, he urged the Special Affairs Department, the Police Special Branch, Military Intelligence as well as Umno machinery to express the real sentiment of the people to Najib for the sake of the Malays and Umno.

He said a genuine report from these parties would tell the real truth about Najib’s leadership.

“I am saying this because I am sincere and love the party…if they do not want to work on this what else can I say… ‘Nak mampus, mampuslah Umno’.”

Commenting on the matter further, Zainuddin said the reason he wrote the article was because he trully loved Umno and that he was fed up with the people asking him openly if Najib would resign anytime soon.(Dipetik dari Berita Daily 21 Februari 2017)

Thursday, 23 February 2017

ANUGERAH TOKOH WARTAWAN NEGARA UNTUK BLOGGER YANG MURTAD

Blogger yang Murtad
DIA MERENDAHKAN DIRINYA KE TAHAP YANG SANGAT HINA
TS Zam.. saya adalah pembaca blog Rokys Bru sejak dari mula lagi, dan saya amat mengkagumi akan ketelusan dan keberaniannya menulis berita yang benar. Dia mempunyai rekod sebagai penulis yang berkredibiliti dan boleh dipercayai. Keberaniannya mengkritik kepada semua perkara yang dilihat tidak betul, tanpa mengira darjat dan kedudukan orang yang terlibat, sehinggakan Sultan Johor pun tidak terlepas dari kritikannya. Itulah yang menambahkan lagi respek saya kepada Rockys..Tapi sayang sekali, itu semua telah berlalu. Kini semua prinsipnya telah terbalik. Saya melihat kini dia cukup kuat membela sesuatu yang selama ini dikritiknya. Kini dia jelas memperlihatkan bahawa dia adalah seorang pemakan dedak makanan binatang, dengan membela segala aktiviti penyamun di negara ini. Dia telah merendahkan dirinya ke satu tahap yang sangat hina, hanya mungkin kerana umpan yang tidak mungkin dapat ditolak. Mungkin kehidupan sekarang memerlukan biaya yang sangat tinggi dan dia terperangkap untuk memilih antara, untuk terus hidup mewah seperti selalu dengan kemiskinan. Sejak setahun dua ini saya tidak lagi membaca tulisannya, kerana saya merasakan dia hanya cuba memesongkan pemikiran kita yang waras, kepada sesuatu yang sangat hina. Tak sangka saya dia sanggup meletakkan dirinya ke tahap serendah begitu..kesiann Rockys
TOKOH WARTAWAN MURTAD
Seperti kebanyakan orang yang waras,saya pun tidak lagi membaca blog Rockybru (Ahiruddin Attan)setelah menyedari kemurtadannya dari keimanan kepada Cardinal Principles of Journalism yang sekian  lama  memberikan kredebiliti kepadanya,diminati dan dihormati.

Bagaimanapun setelah diberitahu oleh rakan-rakan bahawa dia telah menurunkan tarafnya kepada kewartawanan rimba dengan turut memutarbelitkan fakta yang saya kemukakan terhadap kejadian tragedi di bawah pemerintahan PM Najib sebagai saya menuduh perbuatan Najib maka saya menjenguk ke blognya.

Membaca tulisannya itu saya tidak syak lagi bahawa beliau mempunyai kualiti sebagai blogger pertama untuk  mendapat anugerah Tokoh Wartawan Negara pada malam Wartawan Malaysia anjuran MPI yang akan diadakan pada 21 April depan dengan di hadiri oleh Perdana Meneri Datuk Seri Najib.

Rokcybru bukan sahaja mempunyai kepakaran kewartawanan dari segi membaling batu sembunyi tangan dengan mendakwa fikirannnya sebagai datang dari  orang lain tetapi juga dari segi kejuaraan makan dedak  keperingkat mentahkedarah sehingga busuk muntahnya menyebabkan orang  menjauhkan diri darinya.

Walaupun biasanya anugerah Tokoh Wartawan Negara diadakan berasingan tetapi boleh dipercepatkan supaya dapat disampaikan sendiri kepada Ahiruddin Attan oleh Perdana Menteri dengan menarik balik anugerah  itu dari saya yang olehnya  difikirkan tidak layak untuk menyandangnya.

Saya harap MPI tidak akan merasa tercemar dengan pemberian anugerah ini  kepada Ahiruddin yang mempunyai segala kelayakan  sebagai ketua kepada   bloggers  yang lebih tepat untuk  dipanggil "Goblok"

Tuesday, 21 February 2017

KAMI DI MINTA UNTUK "GROOM" NAJIB JADI PEMIMPIN MASA DEPAN


Tan Sri Melan Abdullah (kanan) dan penulis di tengah bersama dengan Tun Abdul Razak dalam suatu lawatan ke Melaka. Melan tidak sahaja mempunyai hubungan rapat dengan Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul tetapi juga dengan Tun Abdul Razak.

Apabila kekejaman Militia Serb  berlaku ke atas orang Islam  Bosnia Herzegovina bagitu mudah sesetengah golongan agama di Malaysia  termasuk  ustaz dan ustazah yang bertazkirah di surau atau masjid dan juga rakyat biasa memberikan anggapan kejadian itu sebagai pembalasan Allah kerana tidak mengamalkan ajaran Islam.

Mereka memberikan hukuman tanpa memberikan kemaafan terhadap sekatan beragama yang dihadapi oleh orang Islam Bosnia sekian lama  di bawah regim komunis.

Dan apabila gempa bumi yang membunuh lebih 30,000 orang berlaku di Iran dalam masa pemerintahan Islam, mereka tidak pula mengatakan kejadian itu kerana pembalasan Allah.

Manusia membuat hukuman  mengikut sentimen, prejudis, dendam, benci, kefahaman agama yang sempit dan ketidakmampuan berfikir diluar kotak. Tegasnya bergantung dipihak mana mereka berdiri.

Demikianlah  apabila saya mengatakan bahawa banyak keburukan, kemalangan dan tragedi besar berlaku di bawah pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib maka penyokong-penyokongnya segera melompat, menganggap saya menuduh dilakukan oleh Najib.

Anggapan ini kerana  pandangan prejudis terhadap saya sebagai "Orang Mahathir" dan prasangka saya sebagai anggota parti BERSATU sehingga diputarbelitkan  saya tidak bersimpati dengan kemalangan 8 orang remaja penunggang basikal di Johor.

Atas kemarahan ini mereka  meminta gelaran Tan Sri saya ditarik balik dan dipecat dari UMNO.

Reaksi  spontan  ini berlaku kerana sifat ketahyulan dan fahaman keugamaan yang sempit  di kalangan orang Melayu termasuk  sesetengah  penyokong Najib sendiri sehingga  menyebabkan mereka merasa sebagai suatu kebenaran atas apa yang sekian lama tersembunyi di hati mereka. Sebab itu mereka meloncat.

Pada hakikatnya saya  mengemukakan kejadian teragedi buruk itu sebagai fakta sejarah yang lebih banyak berlaku atas kuasa Allah di era singkat pemerintahan Najib dibandingkan dalam masa 22 tahun pemerintahan Mahathir.

Saya juga terkejut mengapa perhatian diberikan kepada kenyataan  saya  seorang pesara yang tidak lagi mempunyai sebarang kedudukan dalam politik, NGO, perniagaan atau kekayaan untuk diexsploitasi bagi mencari pengaruh.

Mengapa sehingga TV3 harus memberikan perhatian pada saya dalam buletin utamanya?

Mengapa sesudah 9 tahun saya bersara, golongan yang menganggap  saya tidak berkesan sebagai Menteri  Penerangan masih merasakan keberkesanan saya ketika saya menjadi orang  biasa, ketika saya hanya  seorang wartawan rakyat.

Semasa menjadi menteri,mungkin wajar bagi Allahyarham Mursyidul Am Pas Nik Aziz untuk mengecap  saya sebagai "budak celaka" dalam tulisannya di Harakah kerana kerajaan Pas Kelantan  hampir jatuh disebabkan video klip" Kelantan Dalam Gerhana" dan "Terenganu Kita" yang mendedahkan kekejaman Haji Hadi MB Terengganu ke atas sekolah-sekolah tadika UMNO dan ketidakadilannya sehingga kerajaannya  tersungkur di Terengganu.

Kewajaran bagi budak-budak berhingus UMNO menganjurkan supaya saya dipecat dari UMNO dan gelaran Tan Sri di tarik balik, mungkin kerana mereka takut masa depan mereka hancur tanpa Najib.

Suka  saya mengingatkan mereka ini agar  jangan membuat penilaian terhadap nilai hidup saya sama dengan nilai hidup mereka yang murah.

Saya lahir  ke dunia ini tanpa sebarang gelaran dan saya bersedia untuk kembali mengadap Allah Azzawajalla tanpa sebarang gelaran.

Ketika saya di Utusan Melayu dan Tan Sri Melan Abdullah (Allahyarham) sebagai Ketua Pengarangnya, saya masih ingat kami diminta oleh Setiausaha politik Perdana Menteri Tun Abdul Razak, Abdulllah Ahmad dan juga setiausaha akhbarnya Abdullah Majid untuk groom Najib ke arah menjadi pemimpin masa depan.

Maka atas bantuan ini jugalah sedikit sebanyak telah membantu  Najib dengan mudah menjadi Menteri Besar Pahang yang termuda. Lebih dimudahkan kerana ketika itu feudalisme masih tebal maka tidak sukar bagi Najib untuk memijak kepala orang lain bagi naik keatas.

Tak usahlah budak-budak berhingus hanyir nak exploitasi  tentang  Mahathir nak jadikan anaknya Mukhriz sebagai Perdana Menteri. Semuanya sama sahaja kecuali Perdana Menteri Pertama Malaysia Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.

Mahathir tidak jadi Perdana Menteri jika tidak kerana jasa Perdana Menteri Tun Abdul Razak  dan Najib tidak akan jadi Perdana Menteri  jika tidak kerana belas kasihan Mahathir dan juga  kerana kelemahan Mahathir mudah terpengaruh dengan kekuatan penampilan luar seseorang.

Wartawan bersama Tun Razak di kediamannya.Kanan sekali penulis(Zam),Allyarham Alias Ali (Berita Harian), Allahyarham Abdullah Ahmad Setiausaha Politik Tun Razak dan  mendiang Vic Nayagam( NST)

Sunday, 19 February 2017

PEMUDA UMNO MINTA ZAM HENTI TWEET MACAM ORANG TAK WARAS.


    TV3 BELANJA(dari tweet)
  1. Mari kita minum teh tarik pg ini di Jalan Masjid India atas belanja TV3 kerana rating penontonnya meningkat siarkan berita mlm tadi minta ditarik balik dari saya anugerah Tan Sri dan di buang dari UMNO

SAYA BUKAN AHLI PARTI BERSATU
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin dipersalahkan dalam banyak perkara, tetapi kadang kala kritikan terhadapnya dianggap melampau bagi sesetengah orang.
Sentimen itu turut dikongsi oleh ahli exco Pemuda Umno Ibdilillah Ishak yang menjawab tulisan bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin di Twitter.
Awal hari Ini, Zainudin mendakwa di bawah pemerintahan Najib, banyak kejadian buruk berlaku termasuk tragedi kehilangan pesawat MH370, pencerobohan Lahad Datu, penculikan dan pembunuhan seorang "pemimpin dunia".
Malah, Zainuddin berkata kematian lapan remaja berbasikal yang dirempuh kereta semalam, dan hospital terbakar di Johor turut menambah tragedi di bawah era Najib.
"Saya hairan di bawah Najib banyak kejadian buruk berlaku dari kehilangan dan tembakan kapal terbang, Lahad Datu, penculikan, pembunuhan world leader dan lain-lain.
"Lapan remaja penunggang basikal terbunuh dilanggar motorcar di Johor. Sebelumnya hospital terbakar. Menambah tragedi negara di bawah era Najib," tulis Zainudin.
Susulan itu, Ibdilillah mengecam tweet berkenaan dan meminta bekas menteri itu supaya berhenti menulis seperti 'orang tidak waras'.
"Takkan ini tahap pemikiran mantan menteri/veteran politik? Berhentilah tweet macam orang tak waras Tan Sri," katanya.
Zainudin merupakan bekas wartawan sebelum menjadi ahli politik dan dilantik sebagai menteri penerangan semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi -Malaysiakini 18 Febuari 2017

PENJELASAN ZAM
Suka saya jelaskan dalam tweet tersebut saya tidak menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang menyebabkan berlakunya  semua peristiwa buruk itu terutama kemalangan tetapi saya menyebutkannya sebagai fakta sejarah yang berlaku di eranya. Itu adalah takdir Allah kecuali soal IMDB,RM2.6 billion dan juga kejatuhan ringgit.

Mungkin kenyataan saya itu yang bersifat sentimen dan tidak logik  dirasakan sebagai kebenaran dari pertimbangan emosi  ramai termasuk kalangan penyokong Najib sendiri maka itu yang menyebabkan timbul kemarahan dan reaksi yang tak terkawal.Dalam era Mahathir yang panjang juga berlaku peristiwa buruk tetapi tidak sebanyak  dan sedahsat yang berlaku dalam era Najib yang pendek.

Dalam berita reaksi  marah seorang Exco pemuda UMNO terhadap kenyataan saya itu disebutkan saya sebagai anggota parti " Bersatu". Ini tidak benar samasekali dan bacalah penapian di bawah ini.

ZAM BUKAN ANGGOTA PARTI BERSATU
Dengan ini saya menafikan sekeras kerasnya dakwaan Malaysiakini yang mengatakan saya adalah ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia.(Dalam berita kritikan seorang pemuda UMNO terhadap saya)

Dari awal lagi saya tidak menyertai sebarang pertemuan  parti ini walaupun dijemput. Saya tidak hadir  di Deklarasi Rakyat dan juga lain- lain mesyuaratnya.

Saya  masih anggota UMNO Kedah  dan baru sahaja menerima jemputan dari Mubarak Kedah  (Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia Negeri Kedah) untuk hadir di mesyuaratnya pada 12 Mac bagi membincangkan peranan Mubarak dalam menjayakan  kemenangan BN di PRU 14 di Kedahzainuddin maidin(zam).
Catitan: Setelah penapian dibuat oleh saya maka Malaysiakini telah menghapuskan dari beritanya itu.





2.1K

Friday, 17 February 2017

JAMAL MAHU BURUKKAN MENTERI DALAM NEGERI ZAHID HAMIDI

ZAM BUKAN ANGGOTA PARTI BERSATU
Dengan ini saya menafikan sekeras kerasnya dakwaan Malaysiakini yang mengatakan saya adalah ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia.(Dalam berita kritikan seorang pemuda UMNO terhadap saya)

Dari awal lagi saya tidak menyertai sebarang pertemuan  parti ini walaupun dijemput. Saya tidak hadir  di Deklarasi Rakyat dan juga lain- lain mesyuaratnya.

Saya  masih anggota UMNO Kedah  dan baru sahaja menerima jemputan dari Mubarak Kedah  (Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia Negeri Kedah) untuk hadir di mesyuaratnya pada 12 Mac bagi membincangkan peranan Mubarak dalam menjayakan  kemenangan BN di PRU 14 di Kedahzainuddin maidin(zam).

JAMAL MAHU BURUKKAN ZAHID
Tindakan Pengerusi Gabungan NGO Malaysia yang juga Ketua Bahagian UMNO Sg Besar Dato  Jamal Md. Yunus mengambil tugas polis tidak sahaja mencemarkan imej polis tetapi memperkecilkan keupayaan dan kecekapan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri  Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam beberapa minggu yang lalu Jamal  dan gengnya menempah nama besar dengan menyerbu pusat-pusat perjudian dan hiburan di Selangor untuk mendedahkan kelalaian dan amalan rasuah di kalangan polis.

Hakikat bahawa Polis Diraja Malaysia berada secara langsung di bawah Menteri Dalam Negeri  menjejaskan nama dan imejnya.

Semakin  jelas tindakan ini bermotif  politik apabila Jamal  membawa 10 buah keranda ke depan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor untuk membantah penyalahgunaan wang program Kebajikan dan Khairat  Kematian yang didakwanya telah diberikan oleh kerajaan negeri  kepada anggota -anggota Parlimen pembangkang.

Jamal lupa bahawa jika UMNO boleh mengadakan samseng,parti lain pun berhak untuk menggunakan samseng yang menyebabkan pertembungan berlaku bila geng PKR mencabar mereka di hadapan pejabat tersebut  yang menyebabkan polis terpaksa bertindak mencegah pergaduhan.

Jamal  telah di tahan reman beberapa hari oleh polis yang bertujuan untuk mengingatkannya bahawa polis masih berkuasa dan orang ramai tidak boleh mengambil kuasa polis. Dia telah digari dan Ini memberi kesan kepada semangatnya dan menyebabkan dia mahu meletakan jawatan.

Tetapi Jamal harus sedar bahawa tiap-tiap sesuatu ada batasnya.

Orang ramai membaca lebih jauh  implikasi dari tindakan Jamal itu dan bertanya dia menjadi alat siapa dalam krisis intra parti yang sedang  menjadi api dalam sekam.

Akhir-akhir ini hal-hal  yang menyentuh peribadi  Zahid  telah banyak disebarkan  oleh  beberapa media sosial berikutan dengan adanya khabar-khabar angin mengatakan Zahid berkeinginan untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Datuk Seri Najib kerana keadaan yang tidak lagi memihak kepada Najib tetapi Najib lebih condong kepada  sepupunya Datuk Hishammuddin Hussein jika beliau terpaksa meninggalkan jawatannya.

Soal kepuyaan Bahasa Inggeris Zahid juga sengaja ditimbulkan untuk mengingatkan Zahid agar tidak terlalu ghairah. Orang ramai cenderung kepada melihat exploitasi isu-isu ini sebagai strategi politik yang halus untuk  menyekat kemaraan Zahid. Tindakan Jamal juga dilihat dari segi ini.

Sebetulnya UMNO sebagai parti pemerintah  tidak memerlukan samseng kerana ia telah mempunyai tentera dan polis dan jika samseng   UMNO sendiri mahu mengambil tugas mereka, maka ini memberikan gambaran bahawa jentera keselamatan kerajaan lemah dan merendahkan taraf polis. Impliksinya berat kepada Menteri Dalam Negeri.


Saya masih ingat,ketika saya berada di Ibu Pejabat UMNO lama di Jalan Tunku Abdul Rahman dalam tahun 60an, Tun Dr.Ismail Menteri Dalam Negeri yang kebetulan berada disitu telah menghalau Yusuf Suria(Allahyarham) seorang pelakon filem yang setelah selesai penggambaran datang ke pejabat  UMNO ini dengan memakai uniform pegawai polis. Tun Ismail menghalaunya  supaya balik menukarkan pakaiannya. Yusuf seorang yang rapat dengan pejabat UMNO.

UMNO harus memikirkan sebagai parti yang percaya kepada demokrasi dan hak rakyat maka jika UMNO boleh mengadakan barisan samseng untuk mengambil tugas polis, parti -parti pembangkang  juga berhak untuk mengadakan samseng mereka  tetapi sebagai parti pemerintah UMNO tidak perlu ada samseng kerana UMNO telah ada polis dan tentera kecuali jika pemimpin-pemimpin UMNO tidak tahu menggunakan mereka dengan sebaiknya atau menyalahgunakan mereka.

Thursday, 16 February 2017

MENGAPA ULAMA BESAR INDONESIA PAK HAMKA TAK JADI BUNUH DIRI.


Allahyarham Pak Hamka
Mungkin tidak terfikir oleh seseorang Islam bahawa Ulama Besar akan membunuh diri tetapi inilah yang hampir dilakukan oleh Pak Hamka yang bukan  sahaja  tersohor sebagai pengarang dan pujangga dengan buku-buku roman yang hebat tetapi juga sebagai filosof Islam.

Beliau hampir melakukan ini semasa tahanan polis Indonesia  ketika konfrantasi Indonesia terhadap Malaysia kerana disyaki sebagai ejen Malaysia.

Dalam masa yang sama anasir-anasir Indonesia di Malaysia yang menyokong konfrantasi telah di tahan  di bawah ISA.( Akta Keselamatan Dalam Negeri).

Dari cerita yang saya dengar sendiri dari tahanan politik  kedua belah pihak, baik di Indonesia atau di Malaya dan Malaysia ,cara interrogation polis ini sama sahaja. Tak tahulah mungkin sekarang lebih moden tekniknya atau lebih sophisticated.

Sejak sebelum merdeka,Pak Hamka telah mendekati hati sanubari orang Melayu Malaya dengan novel-novelnya  seperti di Bawah Lindungan Kaabah dan Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.

Kedua novel ini yang diangkat menjadi filem setelah kematiannya masih mampu menggegarkan  perasaan rindu kasih suci  abadi di kalangan penonton yang telah melampaui zaman tradisi dengan berbagai kekangan  adat budaya dan agama.

Selepas merdeka, barulah rakyat Malaysia lebih mengenalinya  sebagai seorang ulama yang memukau dengan syarahannya di RTM dan juga buku-buku agama dan tafsiran Qurannya.

Bagaimanapun banyak yang tidak tahu bahawa Pak Hamka telah di tahan selama 27 bulan  dari tahun 1964 semasa konfrantasi Indonesia kerana dituduh menjadi ejen Malaysia dan beliau hampir membunuh diri kerana penghinaan yang dilakukan terhadapnya oleh Polis Indonesia dalam masa interogation.

Beliau tidak dapat menerima tuduhan menjadi sebagai pengkhianat bangsa dan catitan ringkas mengenai tahanan ini di bawah tajuk "Cetusan Hatiku" terdapat sebagai tambahan kepada bukunya Tasauf Moden yang secara ringkas menceritakan bagaimana beliau mengatasi hasutan syaitan untuknya membunuh diri.

Buku Tasauf Moden adalah  kompilasi dari tulisannya dalam majalah " Pedoman Masyarakat " yang dipimpinnya ketika di Medan dan diterbitkan dalam bentuk buku bagi pertama kalinya  pada tahun kelahiran saya 1939.

Pak Hamka menceritakan bahwa beliau di tahan pada 12 Ramadhan 1385 bertepatan dengan 27 Januari 1964 dan dibawa ke Sukabumi dengan pemeriksaan(interrogation) yang tidak henti-henti , siang malam,petang pagi oleh pihak polis kecuali diwaktu sembahyang saja dengan menghadapi 1001 macam pertanyaan selama 15 hari 15 malam.

Kata Pak Hamka" Disana sudah ditetapkan terlebih dahulu bahawa saya mesti bersalah.Meskipun kesalahan itu tidak ada, mesti diadakan sendiri. Kalau belum mengaku berbuat salah,jangan harap akan boleh tidur"

Menurutnya disinilah pertama kali beliau mendengar  satu ucapan yang belum pernah didengarnya selama hidupnya." Saudara pengkhianat,menjual negara kepada Malaysia"

Kelam pandangan Pak Hamka mendengar ucapan itu itu kerana dia adalah anak dari seorang Alim Besar yang dimanjakan oleh masyarakat dan "ucapan yang saya dengar  sejak kecil adalah ucapan kasih," katanya

Pak Hamka menyedari tujuan  polis untuk membangkitkan kemarahannya dan beliau tahu akibatnya jika melawan walaupun sudah berdiri kerana marah tetapi beliau sebaliknya  bersetuju  untuk membuat  suatu pengakuan(Confession) untuk ditandatanganinya tetapi anggota polis itu mengulangi tuduhan " Memang saudara pengkhianat dan pergi dari situ dengan menghempaskan pintu.

Di saat seperti itu,setelah beliau tinggal seorang diri dibilik tahanan , Pak Hamka menceritakan datanglah tetamu yang tidak diundang yang membisikkan kedalam hatinya  bahawa ada pisau kecil dalam simpanannya yang boleh digunakan untuk memotong urat nadinya yang boleh mematikannnya dengan segera.

Hampir satu jam Pak Hamka berperang hebat dalam batinnya ,antara hasutan iblis dan iman yang telah berpuluh tahun memupuknya tetapi Alhamdulillah akhirnya imannya yang  menang.

Pak Hamka terfikir kalau membunuh diri kerana tidak tahan dengan penderitaan batin,pihak polis akan menyebarkan berita mengatakan dia berbuat demikian kerana mereka telah berjaya mendapat  bukti bahawa dia sebagai pengkhianat negara.

Maka hancurlah nama besar dan kemuliaan diri yang dibina sejak berpuluh tahun dengan  modal penderitaan,keringat  dan air matanya.

Dan orang akan berkata kepadanya  " dengan bukunya  Tasauf Moden, Pak Hamka  menyeru orang agar bersabar ,tabah dan teguh hati bila  menderita sesuatu  percubaan.

Kata orang lagi,"Orang yang membaca bukunya itu selamat kerana nasihatnya  sedang dirinya sendiri memilih jalan yang sesat.Pembaca bukunya masuk syurga kerana bimbingannya dan dia akhir hayatnya memilih neraka"

Atas kesedaran ini Pak Hamka membaca kembali bukunya itu  " Tasauf Moden" disamping membaca Al-Quran.

Seorang kawan yang melawatnya bertanya " Eh Pak Hamka sedang membaca karangan Pak Hamka?.

Jawabnya " Memang Hamka sedang memberikan nasihat kepada dirinya sendiri
sesudah selalu memberi nasihat kepada orang lain.Dia hendak mencari ketenangan jiwa dengan buku in".

Saya juga telah berulang kali membaca buku ini.

Sebagai manusia kita akan menghadapi masa-masa yang menekan  perasaan dengan sedih,rindu,muram,sepi,marah  dan sebagainya dan ketika itu saya kembali kepada Tasauf Moden kerana ia memberikan kesegaran jiwa dengan kata-kata yang bertenaga atas tafsiran kefahaman agama yang luas dan tidak doa semata.

Buku ini dalam Bahasa Melayu Malaysia boleh beli disini.

Rombongan BSK (Buletin Suara Keramat) iaitu kumpulan WhatsApp   bekas persara
Utusan Melayu yang sekarang dalam kunjungan ke Padang telah melawat rumah asal Pak Hamka di Tepi Tasik Meninjau. Mereka bergambar dengan anak saudara Pak Hamka,Hanif. 





Sunday, 12 February 2017

NAK MAMPUS MAMPUSLAH UMNO

Komen:
Cara selamatkan UMNO dari mampus 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib hendaklah menyerahkan jawatan kepada timbalannya Datuk Ahmad Zahid Hamidi pada kadar masa yang cukup  baginya untuk memulihkan kekuatan parti UMNO menjelang Pilihanraya ke 14. Saya percaya Zahid yang mempunyai pengaruh kuat dalam parti dan juga kebijaksanaan politik boleh menyekat  UMNO dari terus mampus-Tan Melaka

NEGARA SEDANG RUNTUH
Saya sering disapa oleh orang yang  mengenali saya walaupun saya tidak mengenali mereka.Saya dapat mengagak bahawa sapaan ini pasti akan disertai dengan pertanyaan yang sama.
Pertanyaan yang popular: Datuk apa akan jadi pada negara kita?
Tan Sri, Apa akan jadi pada cucu cicit kita akan datang?
Tan Sri, Kenaapa Najib tak mahu berhenti?
Tan Sri, Apa kita nak buat?
Tan Sri, Di mana boleh dapat borang Bersatu

Dan pagi ini salah seorang dari tiga orang  yang sedang minum teh tarik di sebuah gerai  telah datang kepada saya dan terus berkata" Tan Sri Negara kita sedang runtuh."

Mungkin ini dianggap sebagai suatu maklum balas yang berat sebelah kerana banyak  membuat persepsi saya adalah anti Najib tetapi dalam pada itu saya tetap mengharapkan semua jentera UMNO akan menerimanya dengan positif dan mengambil sesuatu langkah yang boleh menghilangkan kebimbangan rakyat.

Pengalaman saya memberitahu saya sekalipun kebangkitan antiMahathir bagitu hangat memuncak ketika rakyat menyokong reformasi Anwar Ibrahim tetapi   orang ramai tidak bersuara secara terbuka seperti sekarang yang merangkumi semua peringkat rakyat.

Saya tidak perlu menambah cerita tentang sentimen anti Najib dan Rosmah yang panas memuncak di seluruh negara sekarang yang dapat kita ciumi,dengar dan lihat di mana juga kita pergi;dipejabat kerajaan , di surau atau masjid apatahlagi di kedai-kedai mamak.

Hanya satu permintaan saya kepada JASA,Polis Bahagian Khas( SB), Perisik Tentetra dan juga jentera-jentera UMNO berilah tahu secara jujur dan terus terang akan perasaan sebenar rakyat terhadap Najib demi keselamatan UMNO dan orang Melayu.

Semakin kuat kempen memburukan Mahathir di TV dan akhbar-akhbar UMNO semakin memuncak kebencian dan kemarahan pada Najib.Orang yang waras tidak melihat faedah kepada Najib atas beberapa isu yang cuba dipanaskan walaupun sebenarnya tidak lagi panas.

Umpamanya penduduk di kawasan Felda memberitahu saya" Kami tak tahu kisah BMF, itu kisah 30 tahun dahulu,mana kami nak ingat"

Orang di bandar-bandar lagi sinis. Mereka kata Najib dah habis modal. Nampak benar dia cemas dan panik.Macam macam ditimbulkan nak lupakan rakyat tentang harga barang mahal,harga minyak naik dan juga harta-harta negara dijual pada China.

Isu-isu yang digunakan untuk memburukan Mahathir dilihat sebagai suatu pengakuan Najib terhadap keburukannya dirinya sendiri" Apa salah kami membuat yang buruk kalau Mahathir membuat keburukan yang lebih besar." tetapi cerita basi tidak digemari manusia
Kata mereka soal Batu Putih ditimbulkan untuk melupakan rakyat terhadap kenaikan harga barang,harga minyak dan sebagainya,tetapi rakyat lebih cepat percaya kepada sebaran kabar angin Azmin mengatakan seorang lagi menteri akan berhenti kerana tak mahu bersubahat dengan 1MDB

Jika sekiranya maklum balas ini tidak mahu diterima oleh orang UMNO,BN dan juga pihak perisikan maka konklusi saya ialah" Nak mampus,mampuslah UMNO". Apa nak buat lagi nasihat semua pihak yang ikhlas,yang sayangkan UMNO, tak dipedulikan.
.

Wednesday, 8 February 2017

BMF: MAHATHIR GAVE INVESTIGATORS A FREE HAND

BEKAS WARTAWAN NST STAR DEDAHKAN TUN ARAHKAN SIASATAN KEAKAR UMBI

By: M Krishnamoorthy (Petikan dari Malaysiakini)

How I covered the BMF scandal in the 1980s’ Exposing the Bumiputra Malaysia Finance (BMF) scandal was the most exciting assignment I had while working as a journalist with the New Straits Times (NST) in the mid-eighties.

The report by the three-person panel led by auditor-general Ahmad Noordin was released by the Finance Ministry in January 1985. There was no cover-up or censorship of the auditor-general’s report then. It gave a clear and closer perspective of the BMF loan scandal that embarrassed the government and the bank.

I covered the BMF scandal extensively in 1985 and 1986 because the late auditor-general Ahmad Noordin lived in the same Petaling Jaya neighbourhood as myself, opposite the University Hospital.

Sometimes when I went to his office, if he was busy he would ask me to drop by his house in the evening for tea and goreng pisang (fried bananas). An NST editor and mentor then, PC Shivadas, along with other editors, encouraged me to continue breaking the BMF stories because he knew about my personal contact, friendship and relationship with Ahmad Noordin.

 Another senior editor told me when you have got a reliable source speaking to you, “Milk him well for your exclusive page one stories.” Reporting then was taken professionally and personally by some of us, the reporters, as the NST then competed with The Star for exclusives.

 The competition was good and healthy because ultimately the public and readers benefitted from the breaking news with no holds barred from both newspapers at that time. The Star edged the NST then by nominating Ahmad Noordin as ‘Man of the Year in 1986' and with some leading headline news on the BMF.

Those were the days when the NST and The Star both carried good BMF exclusives, and most of the time Ahmad Noordin was willing to be quoted, unlike government officials today who decline to comment. Their fear is that their ministers do not want them to be seen taking the limelight.

Then, the astute, transparent and forthright auditor-general would spend hours narrating the details of the BMF scandal. He related how the defunct Carrian group and its former chief executive, George Tan, schemed and operated to get the BMF bankers on his side to approve the loans.

“Tan would make a grand entrance at Hong Kong’s plush hotel parties organised by him. Flanked with a bevy of gorgeous women at past midnight when most of the bank officials were drunk, he would clinch the deals,” Ahmad Noordin told me.

Anecdotes of Carrian affairs To me, the auditor-general was a fine gentleman and would relate these stories in an amusing way and reveal the climax laughingly, and I enjoyed his entertaining way of storytelling the anecdotes of Carrian affairs. If the conversations stretched past 8pm, he would ask me politely if I could stay for dinner. He would then call his wife and tell her, “Prepare something good because Krishna is joining us for dinner.” And, the dinner was always excellent with ayam percik and sambal rice.

 Our comradery, between a senior government official and a reporter, was so good and I looked up to him with respect as an elderly father figure. The three-person investigative panel’s report on Jan 7, 1985, disclosed details of the biggest financial scandal in Malaysia’s history (at that time). It took years for the police in Malaysia and in Hong Kong to unravel the web of corruption and financial mismanagement in the state-owned Bank Bumiputra, the country’s biggest bank in the 80s.

Despite the financial setback, then prime minister Dr Mahathir Mohamed gave the three investigators a free hand to get to the bottom of the truth on how BMF officials hoodwinked the bank and the government. 

The investigative committee disclosed the bank’s many bad loans to Hong Kong property developers. Ahmad Noordin was the man who went out all the way to dig into details. One of the auditors, Jalil Ibrahim, who was sent to investigate the scandal, was murdered in Hong Kong.

The bank’s Hong Kong subsidiary, Bumiputra Malaysia Finance Ltd., commonly known as BMF, paid US$1 billion between 1979 and 1983 in bad loans to developers such as Carrian which quickly made and quickly lost a fortune in Hong Kong’s turbulent property market, Reuters reported.

George Tan was charged in Hong Kong in 1984 with conspiracy to defraud in connection with the collapse of his financial empire in 1983. In its report, the committee accused six BMF executives of corruption and urged the authorities in Malaysia and in Hong Kong to begin investigations with the aim of charging them in court.

A Hong Kong Attorney-General’s office spokesperson told Reuters, “'When we’ve got the report, we’ll be in a position to consider what action is appropriate.'” The report pointed out that the six executives and some of their relatives received payments directly or indirectly from Tan and companies in his Carrian group.

The 33-page report (with a 350-page appendix) tells of personal loans and payments made by Tan to the people who were lending millions of dollars to Carrian. The committee’s report prompted Malaysian police to investigate a


US$40 million loan by BMF to Carrian Nominee Ltd and consultancy fees paid to BMF employees without Bank Bumiputra’s knowledge.

The committee found that BMF continued to lend to Carrian after it announced in October 1982 that it could not pay its debts. The disclosure that loans were made in 1983 embarrassed Bank Bumiputra’s former executive chairperson, Nawawi Mat Awin, who resigned later that year.

The bank’s new chief, the late Basir Ismail, had frozen all loans through foreign branches and executed a shake-up of the senior staff, the New York Times disclosed. The cabinet’s decision to release the report was welcomed by the opposition and other political groups who feared that the government might try to cover up the scandal. “'The government now has no choice but to prosecute them and bring them to court,” said Chandra Muzaffar, the then-leader of Aliran.

M KRISHNAMOORTHY was a freelance journalist for Al Jazeera, CNN, BBC and several other foreign television networks. Formerly a journalist with The Star and New Straits Times, he has authored five books and teaches journalism. -Mkini


BERJAGA-JAGA UNGKIT PEKARA LAMA

oleh A Kadir Jasin

5 Februari 2017

KEBELAKANGAN ini beberapa saluran propaganda arus perdana telah membangkitkan semula peristiwa yang berlaku masa lampau.

Dua daripadanya adalah skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) dan pembabitan Bank Negara dalam perniagaan tukaran mata wang.

Saya membuat liputan kedua-dua peristiwa tersebut. 

Dalam kes BMF, saya adalah antara wartawan terawal membuat berita yang kemudiannya didapati tidak benar. Apabila berita skandal itu mula dilaporkan oleh agensi berita antarabangsa dan media serantau, saya bertanya seorang pegawai kanan Bank Bumiputra mengenainya.

Bank Bumiputra adalah induk kepada BMF yang berupa sebuah syarikat pinjaman yang beribu pejabat di Hong Kong.  

Pegawai itu menafikan berita yang BMF mengalami masalah kewangan akibat hutang lapuk. Saya menyiarkan berita itu dalam akhbar saya, Business Times.

Laporan saya itu ternyata songsang dan krisis MBF akhirnya meledak menyebabkan kerugian besar kepada Bank Bumiputra.

Pokok pangkal skandal itu bermula sekitar tahun 1979-80 ketika mana Perdana Menteri ialah Allahyarham Tun Hussein Onn dan Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah.

Sebelum dilantik Menteri Kewangan pada tahun 1976, Tengku Razaleigh adalah Pengerusi Bank Bumiputra.

Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Perbadanan Nasional (Pernas), Petronas dan Kumpulan Fleet yang memiliki New Straits Times Press Berhad.

Skandal itu bermula apabila BMF memberikan pinjaman besar dan mudah kepada seorang jurutera Singapura bernama George Tan.

Dengan pinjaman BMF itulah Tan membeli pencakar langit Gammon House dan harta-harta lain di Hong Kong. Dalam sekelip mata Tan menjadi wunderkinder atau budak ajaib dunia korporat Hong Kong. Waktu itu Hong Kong masih tanah jajahan Inggeris.

Siasatan yang dilakukan di Malaysia, Hong Kong dan United Kingdom akhirnya menyebabkan tiga rang pegawai kanan Bank Bumiputra dan BMF dipenjarakan di England dan Hong Kong. Salah seorang daripadanya adalah pegawai yang memberitahu saya bahawa BMF tidak menghadapi sebarang masalah.

Mereka yang didapati bersalah dan dipenjarakan adalah pengerusi Bank Bumiputra, Lorraine Esmi Osman; Pengarah Urusan Hashim Shamsuddin dan Ketua Pegawai Ekonomi, Dr  Rais Saniman. Lorraine meninggal tahun 2011.

Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, sebuah jawatankuasa penyiasat yang dianggotai oleh Ketua Juruaudit Negara, Tan Sri Ahmad Nordin, juruaudit bebas Ramli Ibrahim dan peguam Chooi Man Sou telah ditubuhkan. Antara fakta yang muncul ialah lembaga pengarah Bank Bumiputra enggan memberi kerjasama.

Berikutan meledaknya skandal itu, Tengku Razaleigh ditukarkan dari Kementerian Kewangan ke Kementerian Perdagangan dan Perindustrian. Ahli perniagaan dan bekas majistret Tun Daim Zainuddin dilantik menggantikan beliau.

Kes kedua ialah kerugian perniagaan tukaran asing Bank Negara pada tahun 1990-an yang berjumlah AS$12 bilion atau kira-kira RM30 bilion pada kadar tukaran waktu itu.

Tujuan tersirat operasi itu adalah mempertahankan nilai ringgit dan, kalau nasib baik, buat keuntungan luar biasa tetapi ia berakhir dengan kerugian. Gabenor Bank Negara waktu itu, Allahyarham Tan Sri Jaffar Hussein, mengambil tanggungjawab dan meletakkan jawatan.

Pegawai yang bertanggungjawab terus dalam operasi tersebut, Tan Sri Nor Mohamed Yackop, diarahkan berhenti.

Ironinya orang yang digunakan untuk mengungkit peristiwa tersebut iaitu Datuk Abdul Murad Khalid adalah penolong gabenor yang bertanggungjawab ke atas peraturan perbankan dan kawal selia ketika krisis itu meletus.

Apatah lagi Abdul Murad sendiri kemudiannya disiasat dan dituduh di mahkamah kerana gagal mengisytiharkan aset berjumlah hampir RM24 juta. Soalnya bagaimanakah seorang pegawai Bank Negara yang baru berusia dalam lingkungan 50 tahun boleh mengumpul harta sebanyak  itu? Beliau didapati bersalah dan didenda RM500,000.

Isu-isu ini diungkit oleh saluran propaganda yang tidak pun tahu keadaan sebenar atau yang berasa generasi muda boleh dibohongi kerana mereka tidak tahu apa-apa dan generasi lama sudah lupa.

Seperkara lagi, wujud perbezaan besar di antara kerugian perniagaan tukaran mata wang Bank Negara dengan skandal BMF tahun 1980-an dan 1MDB sekarang.

Dalam kes perniagaan tukaran mata wang Bank Negara, tujuannya baik iaitu mempertahankan nilai ringgit dan tidak ada duit haram yang masuk ke dalam akaun peribadi sesiapa.

Tetapi skandal 1MDB ada persamaan dengan BMF kerana ia membabitkan orang tengah - George Tan dalam kes BMF dan Jho Low dalam kes 1MDB. Dalam kedua-dua kes, banyak duit yang mengalir keluar dan tidak mengalir masuk semula. Unsur-unsur jenayah dan penipuan amat jelas. Wallahuaklam.

http://www.sinarharian.com.my/mobile/kolumnis/a-kadir-jasin/berjaga-jaga-ungkit-perkara-lama-1.622961



Sunday, 5 February 2017

TUNTUTAN SEMULA PULAU BATU PUTEH UNTUK TUTUP KELEMAHAN NASIONALIMSE NAJIB.

DR M CABAR PM SIASATNYA. NAJIB TUNGGU APA LAGI? (lihat berita terkini di bawah sekali)
Tiba-tiba Malaysia membangkitkan semula tuntutan Pulau Batu Puteh sebagai hak Malaysia setelah lapan tahun jatuh  ke tangan Singapura atas ketidakcekapan, kelalaian dan kelemahan Wisma Putra.

Adakah rakyat sedar kenapa Malaysia membangkitkan semula isu yang berkemungkinan menegangkan hubungan antara Malaysia dan Singapura yang hendak dirapatkan dengan keretapi laju.

Percayakah anda bahawa ini suatu tuntutan yang ikhlas atau bertujuan untuk mengaburi mata rakyat yang mempunyai beberapa prasangka buruk terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib terutama dalam hubungan ekonomi dengan China.

Rakyat harus melihat dari segi hakisan imej  politik Datuk Seri Najib sebagai nasionalis negara dan ke Islamannya. Terkini Najib terlihat sebagai  pengecut menghadapi humilation  Presiden AS Trump terhadap orang Islam dan negara Islam hingga tak sepatah kata kecaman terkeluar dari lidahnya.

Apakah wajar kerana tidak melibatkan negara Malaysia maka kita mendiamkan diri?

Tentunya rakyat  dapat memikirkan apakah reaksi Malaysia dalam hal ini sekiranya berlaku di era Mahathir Mohamed.

Dalam masa yang sama rakyat terutama orang Melayu sedang dalam keadaan marah dan bimbang dengan pembangunan  Forest City yang akan menenggelamkan Putrajaya ibu negara Malaysia yang beridentiti Melayu dan Islam.

Dalam hal ini  UMNO terlihat telah dibeli oleh MCA menerusi Duta Khas Malaysia ke China, Ong Ka Ting  yang meyakinkan Najib bahawa masa depan Malaysia bergantung kepada China sebagai kuasa besar ekonomi.

Dengan keupayaan besar bekas Presiden MCA ini membawa berbillion US$, penanaman modal China ke Malaysia   tentunya akan membina semula keyakinan orang Cina Malaysia terhadap MCA dan mengancam pengaruh politik DAP.

Najib berharap dengan membangkitkan semula tuntutan  Pulau  Batu Puteh ini yang akan memakan masa bertahun-tahun untuk pengurusan kesnya akan melupakan rakyat terhadap penyelewengannya dari nasionalisme Malaysia sehingga Pilihanraya ke-14.

Bagi Najib yang penting ialah kemakmuran negara walaupun tanpa maruah kerana beliau amat berminat untuk  menjadikan DUBAI yang maju dengan penanaman modal asing terutama pemodal besar Amerika Syarikat yang mengkayakan  keluarga di raja  Arab dan golongan bangsawan Arab dan bukannya rakyat biasa tempatan.

DR.M  PERSILAKAN BMF DAN FOREX DISIASAT.NAJIB TUNGGU APA?
  
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut baik cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) dan dagangan tukaran wang asing (forex).
"Mereka dialu-alukan untuk berbuat demikian (menubuhkan RCI) tetapi kami mahu perkara sama terhadap wang komisen RM2.6 bilion yang masuk ke akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga apa yang berlaku terhadap 1MDB," katanya Dr Mahathir.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini.
Selain itu, bekas musuh Dr Mahathir yang kini menjadi penasihat DAP, Lim Kit Siang turut berkongsi pendapat sama.
"Saya telah meminta untuk menubuhkan RCI bagi isu BMF dan urusan forex Bank Negara, dan saya kekal dengan pendirian itu.
"Tetapi apa yang lebih penting sekarang ialah 1MDB," kata Lim.

Malah, Lim juga berkata Najib yang merupakan menteri pertahanan pada 1991 juga bertanggungjawab terhadap skandal berkenaan di bawah prinsip tanggungjawab bersama.
"Jika ada apa-apa kesalahan jenayah, beliau (Najib) perlu berada di kandang tertuduh," kata Lim lagi( terkini dari Malaysiakini)


Saturday, 4 February 2017

JARINGAN MELAYU MALAYSIA (JMM) TAK WAJAR HENTAM POLIS TAHAN SAMSENG UMNO

  1. DARI TWEET ZAM

  2. KPN SELAMATKAN KUASA POLIS DARI DIAMBIL JAMAL

  3. Ibrahim Ali Perkasa hentam DAP kerana tak setuju protes bantah Trump tak adil pd negara Islam tapi kenaapa diam PM Najib membisu seribu bahasa
  4. Azwaddin Pengerusi JMM tak perlu ajar polis dlm tangkapan jenayah.Tugas NGO bela rakyat bukan yg dah termuntah makan dedak
  5. Ketua NGO (JMM) yang bersubhat membela samseng Umno dari tahanan polis . Cacing dah naik kepala
     
  6. Tak wajar Jaringan Melayu Malaysia kata polis tak adil laku tahanan jenayah thp Jamal .Tak sedarkah samseng UMNO ini jatuhkan maruah polis?
  7. Kepala Samseng Umno Datuk Jamal direman polis kerana laporan menceroboh. Salute to Polis. Kuasa KPN selamatkan maruah polis
  8. Seorang lelaki ditahan polis kerana mahu jual kad pengenalan Bangsa Johor. Salah siapa ?
  9. Pegawai2 rampaskuasa di Mara tanpa pengetahuan PM kerana tidak mahu tanggung dosa orang politic yg salahguna kuasa.Belajar dari Sabah
  10. Ringgit tidak naik seperti dijanji PM Najib tapi yg naik harga minyak. Semakin merudum kredibilitinya.Berapakali dah dia ramal ringgit naik?