Monday, 30 January 2017

NAJIB TAKUT KEPADA PRESIDEN PARIA AS TRUMP RAKAN IKRABNYA

KETUA GERAKAN SEDERHANA MALAYSIA MEMBISU TERHADAP EXTREMISME AS
Image result for pic of nasharudin mat isa ceo global moderates movement
Nasaruddin Mat Isa CEO The Global Movement of Moderates
Lihat berita di bawah sekali Singapura dahului Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib sekarang berada dalam keadaan tercabar dalam pendirian mempromokan Malaysia sebagai sebuah negara Islam anti pelampau yang berpegang kepada dasar kesederhanaan.

Beliau menginisiatifkan penubuhan The Global Movement of Moderates Foundation yang sekarang ketua eksekutifnya adalah bekas  pemimpin besar Pas Datuk Nasaruddin Mat Isa.

Walaupun Presiden Baru AS Donald Trump telah mengisytiharkan dasar extremisme Amerika dan menjalankan tindakan keras dan kejam kepada beberapa negara Islam yang melibatkan orang Islam yang tidak berdosa tetapi Najib menunjukkan sikap kesederhanaan  Islam kerana Trump adalah kawan golfnya dan kerana masalah peribadinya menakutkannya  terhadap tindak balas dari Trump.

Sikap ini tidak sahaja melibatkan Imej UMNO tetapi turut menekan PAS  setelah berkonspirasi dengan UMNO.

Apakah wajar sikap pelampau  Presiden baru Amerika Syarikat ini dilayan dengan dasar sederhana Islam?

Yang menjadi mangsa utama ialah orang Islam yang tidak berdosa dari beberapa buah negara Islam yang dihitamkan oleh Presiden Paria Amerika Syarikat ini.

Dibakar oleh dasar paria ini, telah bangun puak anti Islam membakar  sebuah masjid di Texas dan membunuh  orang Islam dalam masjid di Quebec Canada.Mereka   telah sekian lama hidup damai bersama  orang bukan Islam. 

Tindakan ini bukan sahaja   menimbulkan kemarahan di kalangan  orang Islam tetapi juga orang Yahudi setempat. Dibimbangi akan merebak ke Amerika Syarikat.Yang tidak marah hanya Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib kerana berpegang teguh kepada dasar toleransi atas kepentingan diri.

Kita masih ingat begitu ghairah Najib hendak menunjukkan kepada bekas Presiden AS Obama dan juga kepada dunia tentang sikap moderartion of  Islam Malaysia tetapi sekarang beliau terpaksa berkawan dengan extremist yang menjadi Presiden Amerika.
Apakah pandangan dunia apabila beliau langsung tidak bersuara walaupun sekadar menyatakan kebimbangan apabila Trump memijak dasar sederhananya? 

Perubahan sikap AS ke arah xenophobia akan mencalar imejnya sebagai  kawan dunia dengan dasar kemanusiaan dan perlindungan keselamatannya  kepada terlihat sebagai memusuhi dunia.

Kita juga  tidak  mendengar sepatah kata pun  dari Ketua Eksekutif  The Global Movement of Moderation Foundation Datuk Nasaruddin Mat Isa yang berasal dari Pas.

Begitu hebat Najib hendak menjadi juara penentang kekejaman terhadap orang Rohingya sehingga Perdana Menteri menjadi penunjuk  perasaan (sebenarnya tidak disokong oleh Negara-negara Asean lain dengan sepenuh hati malah menimbulkan kemarahan Indonesia kerana Malaysia  cuba memperkecilkannya) tetapi apabila kawan baiknya  Trump menggunakan  kuasa besarnya untuk melakukan tindakan tidak berperi kemanusiaan terhadap orang Islam maka terkelu lidah Datuk Seri Najib.

Dari sebuah negara kecil yang menjadi suara berani Islam dan suara besar  dunia ketiga dalam menentang ketidakadilan AS  termasuk kekejamannya di Iraq ,sekarang Malaysia mejadi negara pengecut yang tidak lagi berani tampil kehadapan.

Negara kita bukanlah  lagi negara yang bermaruah, tidak sahaja  dari perekonomian dan keselamatan  tetapi hingga  kepada keIslaman.

Sekarang kitalah negara sahabat ikrab kepada Trump kawan baik Najib Tun Abdul Razak yang dihina oleh dunia.

Jika Allahyarham Ghafar Baba atau Anwar Ibrahim mejadi Perdana Menteri Malaysiapun ,Malaysia  tidaklah jatuh kepada taraf kehinaan sehingga keperingkat ini.
SINGAPURA DAHULUI MALAYSIA KUTUK SERANGAN KE ATAS MASJID DI KANADA
SINGAPURA: Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan di Pusat Kebudayaan Islam Quebec City, Kanada ketika umat Islam menunaikan solat pada Ahad malam, mengakibatkan beberapa orang maut.
Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura berkata serangan terhadap tempat beribadat tidak sepatutnya berlaku.
“Kami ingin menyampaikan ucapan takziah tidak terhingga kepada keluarga mereka yang kehilangan nyawa,” katanya dalam kenyataan semalam.
Menurut kementerian itu, pihaknya menghubungi 4 rakyat Singapura yang berdaftar di Quebec dan mendapati mereka berada dalam keadaan selamat.
“Setakat ini, kami tidak menerima sebarang laporan terdapat rakyat Singapura yang terjejas secara langsung atau cedera akibat kejadian itu,” katanya.
Menurut laporan, 6 orang terbunuh dan 8 cedera, manakala 39 jemaah lain yang berada di pusat itu, yang juga merupakan sebuah masjid, tidak mengalami sebarang kecederaan.
Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau mengutuk serangan itu, yang beliau sifatkan sebagai “serangan pengganas terhadap umat Islam”.
“Rakyat Kanada beragama Islam merupakan sebahagian penting daripada negara kami dan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu tidak mempunyai tempat dalam masyarakat, bandar raya dan negara kami,” kata beliau dipetik satu laporan(Dipetik dari Free Malaysia Today)
KOMEN:
Bagitu lemahnya Wisma Putra Malaysia atau sengaja mahu merosakan lagi imej PM Najib dengan tidak menasihatkan beliau dalam pekara ini atau tidak bertindak cepat.Dimana profesionalisme pegawai-pegawai Kementerian Luar?Apa kerja Duta kita di Kanada. Lapuran darinya pun tak ada. Makan anginlah.










UTUSAN MALAYSIA WAJAR JADIKAN INI SEBAGAI BERITA UTAMA MUKA 1

BEKAS GABENOR BNM DIDENDA RM500,000

Ini adalah dari berita Arkib Utusan Malaysia. Jika Utusan Malaysia sebuah akhbar yang TERHORMAT,jujur dan telus kepada pembaca maka siarkanlah semula berita ini sebagai berita muka 1 seperti membesarkan berita Murad mendedahkan kerugian BNM yang cuba implicate Tun Mahahir.Jika ini tidak dilakukan akan menjatuhan maruah seluruh wartawan Utusan Melayu sebuah akhbar yang mempunyai integrity yang tinggi dalam sejarah negara.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=1107&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=fp_04.htm#ixzz4X6MTdzcm

Friday, 27 January 2017

NOR YAACOB BOLEH CERAHKAN: KERUGIAN ATAU PENCURIAN RM 44 BILLION

Image result for Nor Yaacob
Berbagai-bagai kelemahan,penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan  kesilapan dalam pengurusan ekonomi negara oleh Tun Mahathir  telah dibongkar dan didedahkan oleh media  pro BN untuk melindungi "Dosa" PM Najib.

Terkini ialah pendedahan Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid tentang Bank Negara kerugian AS10 billion (RM 44 billion) kerana terlibat dengan kegiatan Perdagangan mata wang di era Mahathir. Bunyinya mesti billion untuk menutup RM 2.6 Billion.

Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Tan Sri Mohd Nor Yaacob yang juga bekas Menteri Kewangan boleh memberikan pencerahan dalam perkara ini kerana beliau sendiri terlibat dengan perdagangan mata wang itu sehingga  tersingkir dari Bank Negara bersama gabenornya.

Selain dari itu beliau pernah menjadi Penasihat Khas  kepada Tun Mahathir semasa Tun menjadi Perdana  Menteri dan beliaulah dicari oleh Tun Mahathir ketika negara menghadapi serangan luar yang mahu melumpuhkan mata wang dan ekonomi negara.

Mengapa Mahathir mencarinya walaupun mengetahui "kesilapan" besarnya dan beliau telah memberikan sumbangan besar dalam membantu Mahathir menjadikan negara kebal dalam menghadapi serangan.

Hanya dengan pencerahan oleh Tan Sri Nor Yaacob akan dapat mendedahkan kepada rakyat samaada Datuk Abdul Murad Khalid membuat kenyataan yang menjejaskan nama Bank Negara dan memburukkan Mahathir adalah untuk membalas dendam atau untuk membersihkan namanya yang telah pernah tercalar teruk.

Sungguh malang bagi Najib, orang-orang yang tampil kehadapan untuk membelanya terdiri dari mereka yang diragui reliability dan credibility mereka.

Saturday, 21 January 2017

BEGITU MUDAH NAJIB PERCAYA CHINA KAYA UNTUNGKAN MALAYSIA

KOMEN:
ONE FOREST CITY WONT BE ENOUGH
You are referring to the rural, semi educated malays who are either with PAS or Umno in semenanjung....and to almost everybody else in sabah and sarawak. And yes, they will vote in another BN govt in the next election, either directly or by splitting votes in a 3 corner fights. Urbane, educated malays will fight on.

Talking about china; lets get real. They cannot bulldoze their way thru if doors are not wide opened for them, in whichever country. African leaders love easy money, and that explains as to why "china" is everywhere in africa. And i bet over here, one forest city wont be enough for them. I believe they want a naval base in either sabah or sarawak. A naval base in a friendly and welcoming country in south china sea is a great statement for china. After all, they always think it is called south china sea for a reason.
BAGITU MUDAH.........
Pandangan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib terhadap keuntungan warga asing tinggal di negara kita (lihat Utusan Malaysia muka 2, 21 Januari 2017) adalah begitu mudah dan amat mengerikan.

Katanya,dakwaan Mahathir kerajaan Johor dan Malaysia nak bagi kewarganegaraan kepada pelabur China berhubung dengan penjualan tanah kepada pelabur China adalah palsu dan fitnah.

"Mereka kaya,ekonomi terbesar dunia,mereka tidak ada hajat pun nak jadi warga negara Malaysia"

Katanya " Mereka akan membelanjakan duit  di Malaysia.Mereka membina keluarga,datang tiga atau empat bulan di negara ini,jadi siapa yang untung?.Kitalah yang untung kerana mendapat pendapatan lebih,kita gunakanlah duit itu untuk mengecat flat contohnya"

Harus diingatkan yang akan  menyusuli  kedatangan orang-orang  kaya China bukan orang kaya.Mereka hanya akan jadi jambatan rangkaian kedatangan berbagai tenaga kerja China yang profesional dan  bukan profesional, yang tidak kaya yang condong untuk mencari ruang  menetap di negara ini.

Ini  akan dimudahkan oleh suasana kesuburan rasuah,kepentingan politik  dan penyalahgunaan kuasa di negara ini.Apakah ini tidak dapat dibaca oleh Najib.

Saya sendiri  menyaksikan permulaan  proses kedatangan orang-orang India yang kaya dari Uganda ke London dalam tahun 1975 dengan membawa harta dan wang yang banyak setelah dihalau oleh Idi Amin. Mereka datang dengan teriakan "The Queen is My  Mother"

Arus  imigrasi ini begitu hebat dan longgar hingga membangkitkan nasionalisme British  tetapi kerajaan British terpaksa menerima kerana mereka adalah  warga negara Commonwealth dan demokrasi British bagitu luas dan liberal dengan sifat kemanusiaan yang tinggi

Akhirnya apa yang terjadi pada Britain?

Orang India generasi pertama dari Uganda ini setelah diberi peluang menetap di Britain telah  membawa saudara mara mereka yang lain dari India yang menurut dakwaan mereka adalah hak mereka.Akhirnya mereka menguasai  beberapa bandar besar di Britian. London bukan lagi London yang dahulu, tanpa peradaban Inggeris. London adalah dipunyai oleh warga negara asing dari berbagai negara.Orang Inggeris lari  tinggal di daerah yang jauh dari bandar.

Orang India pandai menggunakan kesempatan Britain sebagai negara kebajikan untuk mengambil apa sahaja yang dinikmti oleh orang Inggeris sendiri malah ada yang cuba mengajar saya bagaimana untuk mendapat bekalan letrik dan air percuma.

Tidak benar kepercayaan Najib bahawa orang China dari China tidak berhasrat untuk menjadi warga negara Malaysia atau menetap terus di Malaysia. Bukan seluruh negara Cina  makmur,malah masih ada banyak wilayah yang penduduknya sekadarkan makan bubur dengan ikan kering sahaja.

Keadaan di bandar-bandar besar Cina tidak menggambarkan keseluruhan keadaan ekonomi negara China. Tanyalah orang China atau mereka yang bekerja di China.Tidak seperti di Malaysia rakyat pada keseluruhannya cukup makan dan pakai di pekan dan di bandar.

Pastinya  kedatangan orang  China kaya dari China akan disusuli kemudiannya dengan kedatangan orang miskin dari China secara haram atau halal seperti sekarang termasuk pelacur. Sekali mereka berada di negara ini mereka tidak lagi mahu kembali ke China sekalipun yang bekerja sebagai pembantu kedai(seperti yang banyak terdapat di Singapura).

Mamandangkan amalan rasuah di kalangan pegawai kerajaan kita terutama di jabatan imigrasi  dan kastam dan lain-lain yang berkait dengan keselamatan negara maka tidaklah mustahil proses untuk warga asing menetap lama disini,mendapat  permastautin tetap, memiliki  kad pengenalan Malaysia dan sebagainya akan berlaku secara rampang dan mudah.

Najib seolah-olah tidak nampak akan bahaya ini dan percaya penuh orang China adalah orang yang ikhlas,mereka  akan balik ke China. Ramai orang Kaya China juga yang mahu tinggal menetap di negara ini kerana kemajuan sosial dan ekonominya yang mantap yang menjanjikan masa depan yang stabil.

Saya mahu memberikan suatu lagi contoh:Lihat apa  sahaja yang berlaku di kawasan Jalan Masjid India dan juga Jalan Melayu Kuala Lumpur. Tidak sahaja orang Melayu tersingkir dari kawasan ini tetapi juga peniaga-peniaga  China. Restoran-restoran terkemuka Melayu sudah tidak ada kecuali gerai-gerai makan Melayu kecil-kecilan kerana telah dikuasai oleh orang India.

Disebalik kejayaan orang India menghalau orang Melayu dari kawasan ini dengan  berbagai -bagai perniagaan yang tersembunyi dan yang nyata,yang haram dan halal terutama  pertukaran wang  asing ialah tangan-tangan  rasuah pegawai-pegawai kerajaan  dan kurang perhatian yang diberikan oleh pihak keselamatan negara

Apakah ini semua tidak akan berlaku apabila Forest City menjadi bandar China Kaya di Johor???

Najib mahu jadikan Dubai sebagai contoh. Apakah rakyat  Malaysia dan orang yang berfikiran waras mahu Malaysia menjadi sebagai Dubai. Adakah Najib tahu berapa persenkah orang Arab sendiri yang mempunyai pekerjaan tetap di Dubai. Orang-orang Arab dari Mesir dicemburui untuk berkerja di Dubai. Dubai adalah hak negara asing,kejayaan orang asing  di Dubai ditumpang oleh raja-raja dan orang- orang kaya Arab.

Dalam hal ini kita dapat melihat kecetekan Najib dalam  memahami masalah sosial yang telah berlaku di negara-negara maju akibat kemurahan hati kepada warga asing demi untuk kepentingan ekonomi.

Itu  sebabnya  Amerika Syarikat di bawah Trump dan Russia merasa perlu untuk membendung China dengan membangkitkan semula  nationalisme Amerika dan juga mahu bekerjasama untuk mengenakan kawalan ekonomi yang drastik terhadap China.


Friday, 20 January 2017

TWEET YANG MENJADI TULAR( VIRAL)


Image result for FUNNIE PIC OF DATUK NAZRI AZIZ

Saya tidak menyangka tweet saya ini akan menjadi tular (viral),dihujani beribu orang tetapi inilah  yang berlaku yang  menunjukan bahawa kebanyakan rakyat Malaysia adalah berfikiran waras,berhemah,berperadaban, tahu menilai yang baik dan yang buruk , yang benar dan yang palsu dan benci dengan pengucapan yang keterlaluan walaupun datang dari sesaorang yang dianggap terpelajar.

Tweet saya itu ialah:

BILA TUN MAHATHIR MENJAWAB SULTAN JOHOR DENGAN PENUH BIJAKSANA MENGENAI FOREST CITY,ADAKAH BERJUTA YANG BACA ANGGAP DIA GILA ATAU ADA ORANG GILA DALAM KABINET.

Seorang menteri kabinet telah meanggapnya gila dan nyanyuk

Harus diingatkan bahawa Tun telah berumur lebih 90 tahun dan datang dengan suatu jawapan yang amat mengkagumkan  rakyat berasaskan fakta dan hujjah yang kuat,tersusun kemas, terang  dan mudah difahami.

Saya juga berpandangan tidaklah seharusnya sesiapapun termasuk mereka yang merasa diri kebal menggunakan kelemahan kuasa politik Perdana Menteri Datuk Seri Najib  untuk diexpolitiasi sehingga menampakah Najib bertambah lemah dan hilang maruah di mata rakyat kerana terpaksa bergantung kepada kuasa yang bukan kuasa rakyat.

Wednesday, 18 January 2017

SELAMAT TINGGAL PADA SUATU ZAMAN BESAR

Image result for pic of SM Salim and Ahmad Jaiz
Allahyarham Tan Sri S.M.Salim dan Datuk Ahmad
Jaiz yang terus meruntun jiwa para peminat mereka.


Kita sebahagian besar warga Utusan Melayu yang telah bersara atau yang masih berkerja menunggu persaraan ,adalah datang dari suatu zaman besar,suatu zaman perjuangan yang diromanstikan oleh lagu-lagu yang sederap dengan rasa kebangkitan dan kemunrniaan dalam misi kita terutama sebagai sasterawan dan wartawan.

Maka itu kita bersatu perasaan dalam keindahan,kesyahduan dan keagungan  mendengar Di Ambang Sore( Ahmad Jais dan Afendi ),Semalam Di Malaysia, Gelisah,Bahtera Merdeka dan lain-lain.

Inilah bunga-bunga kehidupan yang telah kita ciuami dan lalui dan dapat kita rasakan bersama dalam BSK @.

Inilah yang menyatukan kita.

Maka itulah saya amat terasa dan menitiskan air mata ketika mendengar Selamat Tinggal Bungaku(S.M. Salim),Selamat Tinggal kepada bunga-bunga yang telah layu dan mati yang hanya berseri dalam hati.

Salam hormat dari Zam kepada semua kawan-kawan dari Utusan yang telah bersara yang  berada di seluruh pelusuk negara dan juga saudara-saudara yang masih berkerja di Utusan yang masih mewarisi jiwa perjuangan yang ditinggalkan.

@ BSK ialah singkatan dari Buletin Suara Keramat whatsApp pesara-pesara Utusan Melayu yang khusus terdiri dari wartawan dan sasterawan.

KENANGAN PEMBACA PADA ZAMAN HEBAT UTUSAN MELAYU
Assalamualaikum Tan Sri, 
Alhamdulillah, saya telah selesai membaca buku karangan Tan Sri ( Saya Bukan Menteri) pada malam semalam dan menghormati perjalanan hidup Tan Sri - yang bermula dari seorang wartawan Utusan Melayu dan masih lagi giat menulis menerusi blog Tan Sri - walaupun diberi amanah sebagai seorang ahli politik dan Menteri pada tahun 2006. 

Darah Tan Sri dari dulu hinggalah sekarang adalah darah wartawan. Bercampur gaul dengan rakyat biasa merupakan amalan biasa Tan Sri dan bukanlah satu lakonan semata-mata bagi sesetengah ahli politik di Malaysia ini.

Sama seperti Tan Sri, saya membesar dengan Utusan Melayu. Almarhum datuk saya sentiasa membeli Utusan Melayu dari tahun 1990 hinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 2007. Almarhum Datuk saya pernah memenangi peraduan 'Teka Bola Sepak Takraw' yang dicetak pada antara helaian  belakang Utusan Melayu / Malaysia dan yang tinggal kini hanyalah kenangan belaka.

 Satu lagi peristiwa menarik adalah apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat pada tahun 1998, saya mencari Utusan Melayu di kedai India, dan Utusan Melayu habis pada waktu tengahari dan pemilik kedai itu menegur saya 'Awak tak tengok TV ker semalam?'.

Apa-apapun, Utusan Melayu /Malaysia sekarang ini tidaklah sehebat semasa zaman Tan Sri dan Datuk Johan Jaafar mengetuainya. Sekarang, saya membaca akhbar Sinar Harian, The Sun Daily dan The Star - kerana ketiga-tiga akhbar ini dekat dengan perasaan dan hati rakyat khususnya penduduk Melayu yang membesar dan tinggal di bandar. Saya berdoa agar ALLAH Taala sentiasa menjaga Tan Sri dan keluarga, diberi kesehatan terbaik dan In Sha ALLAH, kita akan berjumpa pada satu hari nanti kelak.

Yang Benar, 

Nik
Subang Jaya





Saturday, 14 January 2017

TUN RAZAK: "INGATKANLAH KAMI JIKA TERLANJUR"

TERIMA KASIH TUN RAZAK

Jika semua jasa hendak di kenang
dan segala bakti hendak disebut
Ke manakah kata-kata hendak dicari
carilah ke rongga dada yang tulus
dengan seribu kamus
carilah ke lubuk hati takrif terima kasih

Tun Razak, ingatkanlah kami jika terlanjur 
maafkanlah mereka
yang tak tahu bersyukur

Kekaguman dan terima kasih kepadamu Tuan
adalah alam luas yang tak terbatas
kerana wawasan dan dedikasimu
adalah puncak tinggi tak terdaki
adalah lautan dalam tak terselam
untuk kebangkitan kembali satu bangsa
menebus martabat
menebus maruah

Tun Razak, wariskanlah kepada kami
kearifan Tuan melihat yang tersirat
memahami makrifat mentafsir hakikat

Kami ingat Tuan
sebagai Bapa Pembangunan yang sentiasa 
mendengar jeritan dan rintihan rakyat
dalam gema soalan-soalan minta dijawab 
apa guna politik merdeka jika ekonomi melarat?
apa guna menang sorak jika kampung tergadai?
alangkah malang itik di air mati tak minum?
alangkan malang ayam di kepuk mati tak makan?

Tun Razak, soalan-soalan itu amatlah getir
amatlah pahit dan amatlah menghiris
Lalu Tuan beri jawapan yang tegas dan yakin
serta tindakan bijaksana seorang pemimpin 

Maka berkobarlah semangat pembangunan 
dengan seruan bekerja dari subuh ke senja
jangan biarkan tanah terbiar
tukarkan RIDA menjadi MARA
lengkapkanlah FELDA dengan FELCRA
jangan lelehkan air mata
tetapi perahlah keringat
untuk menjunjung amanat rakyat
 pastikan pembangunan mesti berkembang
pastikan pengagihan mesti seimbang

Kami ingat Tuan
sebagai jurubina Dasar Pendidikan 
meletakkan asas kukuh jangan dianjak
minda dan mental mesti berkembang
moral dan budi mesti mulia
kemahiran dan teknologi mesti meningkat
Tetapi maruah bangsa dan jati diri
adalah syarat adalah matlamat

Tuan telah meletakkan asas pembinaan 
bangsa bermartabat dengan acuan sendiri
Dasar Bahasa Kebangsaan 
Dasar Pendidikan Kebangsaan 
Dasar Kebudayaan Kebangsaan 
dan Dasar Ekonomi Baru

Dirgahayu, Dirgahayu, Dirgahayu

Dari dalam lahadmu Tun Razak
kami dengar dengan pesanan dan amanat
Dasar - dasar yang Tuan asas dan letak
jangan ditukar jangan dianjak
kerana semuanya adalah amanat keramat
pesanan sakti para leluhur
menjunjung maruah dan martabat
menuju masyarakat yang adil
membina negara yang makmur

Tun Razak, ingatkanlah kami jika terlanjur
atas segala jasa Tuan
kami menjunjung kasih
KAMI BERSYUKUR

Firdaus Abdullah
Universiti Malaya
Ramadan/Syawal 1417 

Nota: Sajak ini terdapat dalam buku : Tun Razak  Jejak Bertapak Seorang Patriot Karya Zainuddin Maidin yang boleh dipesan terus dari pengarangnya menerusi atas talian akaun CIMB 8002397357 . Harga sebuah RM200 dan RM30 belanja pos ((Jumlah RM230 )
( Lihat panduan pembelian buku Saya Bukan Menteri diatas kanan)

Monday, 9 January 2017

SIAPAKAH SEBENARNYA YANG GILA?

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan mensifatkan Tun Mahathir " Gila" kerana mendakwa tanah yang dijual kepada orang asing akhirnya akan menjadikan Malaysia negara asing kerana katanya tanah itu tidak boleh dibawa balik ke negara asal mereka.

Siapakah sebenarnya  yang gila?

Pendatang dari China mulanya hanya membeli beberapa buah kedai di bandar- bandar di Malaya dan tidak membawa kedainya balik ke China tetapi akhirnya menjadikan semua bandar-bandar di Malaya dan Malaysia sebagai pekan China.

Kerajaan British dan seterusnya kerajaan Malaya dan Malaysia mengekalkan tanah simpanan Melayu supaya orang Melayu tidak boleh menjual tanah dengan sewenang -wenang kepada orang orang asing dan bagi mengekalkan  pemilikan Melayu dan penempatan  Melayu.

Jika liberalisme Nazri wujud sejak lepas merdeka di era Tunku dan Tun Abdul Razak barangkali sudah tidak ada kampung Melayu hari ini seperti tidak adanya lagi penguasaaan Melayu ke atas Felda kecuali hanya diatas kertas.

Oleh kerana adanya kesedaran nasionalisme yang tinggi di bawah kepimpinan Tun Razak dan mahukan  orang Melayu berada di bandar-bandar untuk membolehkan orang Melayu menyaingi orang China maka Tun  Razak telah menginisiatifkan  penubuhan UDA  untuk membina kedai- kedai atau tapak perniagaan bagi orang Melayu.

Tun Mahathir menerusi PNB  telah berjaya merampas semula seluas lebih 200,000 ekar tanah getah dan kelapa sawit  yang dimiliki oleh British ( Guthrie) menerusi serangan waktu subuh di London Stock Exhchange pada 7 septmber 1981

Maka itu sudah lah sampainya bagi memenuhi nafsu liberalisme dan globalisme Najib &Nazri,  kita hapuskan  Tanah Simpanan Melayu kerana tanah-tanah itu menurut peguam  UMNO yang tidak gila atau pun tidak tiga suku  Nazri Aziz tidak akan boleh dibawa balik ke nagara China.

Malaysia boleh jadi negara China  tanpa orang China  membawa balik tanah negara ini  ke negara China.

Hidup Nazri! Hidup Najib! Hidup UMNO!


Saturday, 7 January 2017

APA SALAHNYA MUKHRIZ JADI PERDANA MENTERI MALAYSIA

Momokan terhadap Tun Mahathir mahu menjadikan anaknya Mukhriz sebagai Perdana Menteri telah memberikan impression seolah-olah Mukhriz tidak boleh jadi Perdana Menteri Malaysia.

Pada hakikatnya apa salahnya Mukhriz menjadi Perdana Menteri Malaysia atas kekuatannya yang tersendiri dalam keadaan menghadapi berbagai tekanan.Ia tidak sahaja hasrat bapanya(jika benar) tetapi juga hasrat ahli UMNO,generasi baru dan rakyat.

Apakah hanya Hishamuddin Hussein Onn atau Khairy Jamaluddin sahaja yang layak  berada dalam barisan mewakili pucuk kepimpinan negara?

Hishamuddin dan Khairy yang merasakan diri mereka sebagai generasi  "English Educated" (bukan English Intelligentsia) sedang berkonspirasi untuk menyekat Zahid Hamidi ke puncak maka itu saya tidak sebutkan Zahid dalam perhitungan untuk PM kerana pada akhirnya  beliau pasti akan dikalahkan oleh Hishamuddin seperti kejayaan Hishamuddin  mengenepikan Mukhriz untuk jawatan Naib Presiden UMNO menerusi pintu belakang.

Saya tidak mahu melayan  dakwaan" tikus-tikus UMNO " mengatakan Mahathir  mahu Mukhriz menjadi  Perdana Menteri kerana tidak berasaskan pada fakta benar tetapi umum mengetahui Mahathir menyekat anaknya Mukhzani untuk bertanding Ketua UMNO bahagian Merbok dan tidak pula membantu Mukhriz untuk menang dalam Pilihanraya Negeri Kedah. Dengan itu sahaja ,cukuplah untuk kita  menciumi hancingnya kencing tikus-tikus UMNO yang tidak pernah diterima oleh orang-orang  UMNO sendiri.

Mereka ini tampil kehadapan menggambarkan seolah-olah  orangUMMO sendiri tidak mampu untuk mempertahankan Najib  sehingga terlihat seperti hidung tak mancong pipi tersurong-surong.

Mukhriz menang di Kedah adalah dengan kekuatannya sendiri atas harapan rakyat  Kedah untuk melihat perubahan lanskap politik Kedah dan pemimpin muda menerajui Kedah setelah jemu dengan muka-muka tua. Jika tidak kerana Mukhriz menebus kembali Kedah ketangan BN maka janganlah harap Ahmad Bashah dapat menumpang menjadi MB Kedah.

Semua orang juga tahu jika Hishamuddin Hussein Onn tidak  dibantu oleh Najib dan juga tiada pertolongan luar maka Hsihamuddin tidak akan berjaya menjadi Nasib Prersiden UMNO. Kenapa tikus tikus UMNO tidak menonjol dan mencemoh Najib mahu Hishamuddin jadi Perdana Menteri  untuk mengekalkan warisan dinasti elit dan feudal di negara ini???

Kekuatan tersembunyi Mukhriz sudah cukup untuk melayakkannnya  menjadi Perdana Menteri sekalipun tanpa sokongan atau hasrat bapanya.

Dalam krisis politik negara sekarang,bukan sahaja generasi muda dalam UMNO yang mahukan perubahan pucuk pimpinan kepada generasi muda malah golongan veteran dan pengundi-pengundi  atas  pagar  juga sudah tidak lagi dapat menerima kelompok kepimpinan  yang ada sekarang.

Mereka melihat masa depan negara tidak lagi  perlu  di wariskan oleh dinasti elit dan feudal. Mahathir dan Anwar telah memutuskan kesenimbungan ini tetapi malangnya Mahathir juga yang menyambungnya semula.

Jika Zahid Hamidi  terlalu berhati-hati maka harapan rakyat untuk melihat kepimpinan  elit dan feudal kembali  bertukar kepada kepimpinan tulen rakyat  tidak lagi akan tercapai untuk jangka masa yang panjang.

Anwar Ibrahim cuba memotong kesenimbungan ini setelah dijayakan oleh Mahathir tetapi sayang dia mempunyai masalah moral dan sayang juga Abdullah Badawi tidak mempunyai daya kepimpinan.

Pengharapan rakyat  sekarang hanya tinggal kepada Zahid Hamidi (UMNO) ,Muhkriz, Azmin dan beberapa orang lagi pemimpin muda Melayu yang berkaliber di luar UMNO



Wednesday, 4 January 2017

"KITA PERLUKAN BARISAN BARU BUKAN LANUN"

MAHATHIR PAK LAH  NAJIB SAMA SAHAJA
(Komen ini adalah merujuk kepada posting : MENUJU KE PENGADILAN MAHA TUNGGAL"

Oleh: Panglimo Potaseh

4 January 2017 at 13:05

Itu lah tanggal 14/1/76 .. hari yg aku lihat pertama kali bapa ku nitis beberapa titik airmata. Hari pertama kali aku perasan, ayah aku beli buku .. buku perihal Razak karangan Subki Latif.

Kalu Rahman dilihat berjaya menanggalkan saka yg boleh mendatang musibat masa akan datang.

Maka Razak pula telah mengolah DEB,iaitu ramuan yg diambil drp Sosialis Komunis Russia .. sebagai penawar penyakit umat Melayu.

Usaha Razak dgn DEB tampak lancar .. masa tu kerajaan beri rm55 sebulan utk aku ambil HSC .. rm55 tu nilai 40 tahun dulu .. roti canai masa tu 20 sen je, kasut Trovolta baru rm18, Jeans Levis ori. rm37.

Bila aku masuk ITM, aku di bagi 3 kali mkn percuma, tmpt tinggal percuma, peralatan pon free .. daftar pulak setelah dirunding bayar rm10 je .. aku nasib baik kursus aku tiap sem ada kerja luar dpt lah aku rm800 satu sem .. aku ckp kat ayah aku tak yah hantar duit .. camne ayah aku tak nanggis bila Razak meninggal.

Era Usin dia hanya nyambung apa yg Razak buat dia tak mahu memandai-mandai. Lagi pun dia sibuk nepis geletek drp Chedet.

Era Chedet harga petrol sgt tinggi hasil drp Perang Irak .. Malaysia jadi kaya. DEB era Chedet tidak lagi seperti era Razak .. lebih lagi bila Chedet berpasangan dgn Sudara Nuar yg berbatik disiang hari, berjubah pada senja dan malam bersinglit.

DEB dah jadi biznis anak-beranak, ipar-duai .. aku ingat sebaris kata hikmat Chedet masa tu "kalu tak bagi projek ini pada depa ini .. sapa lagi Melayu yg mampu buat"

Era Dolah .. Dolah telah memilih cara Chedet utk kendali projek yang melibatkan anak-beranak dan ipar-duai.

Ha sekarang Zaman Najib pula. Najib dah pun melebar layar tapi aku tak tahu apa yg dibuat dengan sauhnya. Tapi telingga aku sememangnya mendengar yang Najib pada masa sama melabuh sauhnye .. kalau camtu, macam mana kita nak belayar kedepan? Tenggelam mungkin.

Lepas Najib siapa pula .. aku tak nampak yang layak, yang berohkan jiwa Razak.

Samada kalangan mereka drp kerajaan atau pun pembangkang, mereka ada sejarah melanun .. kita perlu barisan baru yang bukan drp kalangan lanun. Yang ada roh Razak.