Thursday, 12 October 2017

WIRA TAK DIDENDANG MELETUP SEMULA

WAJAR DIBACA OLEH GENERASI BARU TENTERA DAN  POLIS




Saya tidak menyangka buku Wira Tak Didendang yang saya tulis semasa menjadi Menteri Penerangan dan dicetak kali kedua pada tahun 2006 telah meletup semula berikutan dengan posting yang bertajuk " Jika tidak kerana Mahathir Negara akan terus dihantui" di blog saya bertarikh 5 Oktober 2017.

Saya telah menerima pesanan secara mendadak dari orang ramai dan terpaksa meminta bekalan tambahan dari penerbit kerana habis  dalam simpanan saya. Buku itu boleh didapati dari saya sekarang.

Rencana tersebut  bukan ditulis oleh saya tetapi oleh  sorang  pendokong tegar  Tun Mahathir, Sani Ahmad yang mengetahui dari dekat dan dengan mendalam  mengenai proses perundingan perdamaian dengan Parti Komunis Malaya yang direstui  oleh Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir pada tahun 1989

Pengarah Polis Cawangan Khas Tan Sri Rahim Noor amat bersetuju dengan konklusi yang saya buat dalam sebuah rencana saya berikutan dengan kejayaan rundingan itu bahawa  " Tunku memulakannya (rundingan) dan Mahathir menamatkannya" yang dianggapnya menepati sejarah yang telah tercipta.

Bagi saya buku Wira Tak Didendang ini wajar dibaca oleh setiap anggota pasukan keselamatan terutama anggota-anggota polis dan tentera generasi baru yang tidak melalui sejarah genting negara untuk memahami dan menghayati sejarah secara ringkas dan padat dengan  mudah dan cepat.

Buku ini merupakan anekdot dari perspektif saya sebagai seorang wartawan yang menyaksikan sendiri detik-detik penting  dalam pemprosesan peristiwa penting negara yang kadangkala saya terlibat secara langsung dengannya.

Mengenai peranan Mahathir menamatkan perjuangan pengganas Komuis di Malaysia, Sani Ahmad berkata Jasa Mahathir tidak boleh diremehkan "Tetapi  apabila kepentingan diri mengatasi kepentingan majoriti rakyat, semuanya akan dilakukan termasuk bukan saja melupakan jasa Tun Mahathir, malah menghina beliau seolah-olah tidak ada jasa yang perlu dikenang"


Anda boleh memesan terus buku ini menerusi  online kepada: zainudinmaidin @gmail.com dengan bayaran RM30 kepada CIMB 8002397357.Sertakan alamat yang lengkap dan no telefon anda.

Saya akan autograp buku ini.


31 comments:

  1. Tun Mahathir adalah negarawan...sebaris dgn Perdana Menteri sebelum beliau dan bukan ahli politik semata-mata. Kita harus tahu membezakan ahli politik dan negarawan secara jelas kerana jasa-jasa negarawan ini bisa memberi kesan yang nyata kepada negara berbanding dengan ahli2 politik yg nampak gah bercakap tapi kosong dalam mengelola pemerintahan negara dengan kebijaksanaan dan kewibawaan. Contoh nyata Najib dan Pak Lah. Seorang asyik curi duit dan seorang lagi kuat tidur. Wira2 sebegini yg didendangkan ramai atas sumbangan menjadikan negara kita kleptokrasi dan Islam Hadhari.

    Tak ramai ahli politik yg bisa dianggap negarawan. Buku Wira Tak Didendang ini harus dibaca oleh semua rakyat Malaysia agar dapat menghayati sumbangan negarawan2 kita dan dijadikan rujukan bagaimana negara ini bisa menjadi aman sebagaimana yg dinikmati skrg.

    ReplyDelete
  2. Pada perasaan saya(perasaan sahaja atau sentimen), buku Tan Sri meletup semula kerana perasaan marah orang ramai terhadap berbagai penghinaan yang dilakukan di bawah pemerintahan Najib terhadap Tun Mahathir

    ReplyDelete
  3. Saya masih menantikan resolusi terkini persidangan kedai mamak Masjid India antara ZAM dan rakan2. Adakah parti PPBM boleh menang dalam keadaan parti itu sendiri kini kucar kacir.Fendi Ahmad kata keahlian PPBM akan mencecah juta2. Tapi kini hanya 26 ribu sahaja ahlinya.Fendi Ahmad kena kerja keras lagi siang malam utk PPBM nampaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 8.14......Penting ke PPBM ada ahli berjuta-juta...?
      Kemenangan sesuatu party dalam pilihanraya, bukan bergantung
      pada ahlinya tapi kepada pengundi-pengundi di atas pagar,
      macam SAYA. Sekian, terima kasih.

      Delete
    2. Penting juga keahlian tu Cik Minah. Kalau Umno ada 4 juta ahli, PPBM ada 26 ribu, kalau ada sejuta pengundi atas pagar yang pangkah PPBM, tetap tak boleh kalahkah Umno juga. Tambahan lagi jika ada sejuta juga pengundi atas pagar pangkah Umno. Kami menantikan resolusi sidang parlimen teh tarik mamak Masjid India oleh ZAM dan bekas2 staf utusan.

      Delete
    3. Saya yakin perjuangan Tun akan menang akhirnya......Tun ramai silent voters......paham2lah........tekanan drp pihak kerajaan agak hebat......jangan memberikan komen dan soalan yg bodoh di sini.....

      Delete
  4. Rasa rasanya kalau ada penulis yang nak buat buku tentang segala malapetaka yang Najib bawakan untuk negara pun bolih meletup juga. Tajuk buku "Wira Bugis pembawa malang”

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju!Terlalu banyak tajuk yang boleh ditulis.Patut ada pihak buat pertandingan menulis pasal si najib ini.Antara tajuk yang saya dapat fikirkan ialah 'Wira Yang Didendang','Wira Yang Patut Ditendang',Najib:Biar Aku Dendangkan',Pahlawan Bogus:Mari Berdendang Bersama Ku','Pahlawan Bugis Kepala Penyamun','PM Palsu','Negarawan Palsu','Negarawan Masuk Bakul Angkat Sendiri','Isteri Ku Sebutir Permata',dan......

      Delete
  5. Sesiapa yang berjasa kena sebut dab kenang jasanya.

    Sesiapa yang mengkhianati bangsanya, juga akan dikenang dan didendang.

    UMNO ada ahli tiga juta, parti tertua, tetapi hari ini menjadi peminta sedekah kepada PAS.

    Untuk bercakap benar di hadapan seorang pemerintah yang zalim, cukup walau seorang.

    ReplyDelete
  6. tan Sri..selain Dr pesanan,boleh ke dptkan buku ini Dr mna2 kdai buku sekitar shah Alam.

    ReplyDelete
  7. Setahu saya dah tak ada dalam pengedaran kerana telah lama diterbitkan tetapi mungkin boleh dapat di gerai Utusan di Pameran Lelong Buku di Putrajaya mulai 20 Oktober ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pameran Lelong Buku di Putrajaya? Di Presint berapa tu Tan Sri? Saya berminat berkunjung ke gerai tersebut..

      Delete
    2. Di Dewan Cempaka Sari Presint 3,KomPlek Perbadanan Putrajaya dari 10 pagi - 10 malam.20-29 OKTOBER

      Delete
  8. panglimo potaseh15 October 2017 at 08:13

    Pak Zam.

    Apabila Chedet tutopkan episod komunis pada penghujung 80an. Kemudiannya ekonomi dan pembangunan negara terus meluncur dengan purata pertumbuhan 10% setahun.

    Musuh selanjutnye ..Chedet mendepani penyangak matawang pula .. yang dikatakannya sasaran yang bergerak-gerak.

    Satu lagi musuh yang di hadapi Chedet ialah Penyangak Ugama. Dengan tahap pemikiran kebanyakan orang kita .. propaganda ugama ini senang sangat mentahikan komuniti kita.

    Pada perkiraan aku setakat ini hanya Chedet satu-satu nya wira yang berupaya menangkis serangan saraf berbentuk ugama ini.

    Lepas era Chedet .. dah takde tokoh yang berupaya menangkis lekehan ugama ini.

    Segala hemburan dari Pak Ustaz betul belaka jika nak selamat diakhirat nanti. Malah pemimpin yang ada turut tumpang semangkuk supaya dilihat alim.

    Akibat nye sememang sekarang ini, kita dapat melihat hampir 95% wanita kita berjaya dibungkus.. lelaki di kopiahkan .. Masjid, surau hampir penuh. Ceramah ustaz di TV kita dapat tonton dari pagi hingga ke pagi esoknya.. pakej umrah dah jadi pakej holiday.

    Tapi apa hasilnye .. yang dapat kita lihat adalah perlakuan rasuah yang melampau-lampau.

    Penjawat awam punya duit satu bilik tersimpan dalam rumah, hayun kayu golf sehingga ke Scotland, jongkong emas ..bayangkan, koperal polis ada RM800 ribu didalam rumah.

    Itu lah hasil dakwah kita sekarang. Lebih ngeri daripada tembakan komunis dan lanunan Penyangak Matawang. Kita perlu mencari seorang lagi Mahathir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Panglima Potaseh.Sangat setuju!Hari ini cuba kita buka youtube untuk menonton ceramah ostad-ostad.Apakah bentuk ilmu Al-Quran yang kita akan dapat?Apa yang jelas adalah satu bentuk peperangan agama sedang berlaku di Malaysia.Masing-masing pergi belajar agama arab yang berpecah belah dan kembali membawa agama ciptaan manusia itu.Buka sahaja mulut persoalannya adalah berkisar kitab-kitab yang ditulis oleh tok-tok guru yang bermazhab-mazhab.Masing-masing serang menyerang.Semua perlakuan ini berlaku kerana mereka tidak beriman dengan Al-Quran.Allah ada memperingatkan sekiranya kita tidak mengambil sesuatu itu daripadanya,maka nescaya kita akan berselisih.Bacalah!Carilah sendiri.

      Delete
    2. Masalahny semua penyangak agama nie claim sbgai pewaris nabi, tp skang tak follow cara nabi Muhammad yg sabar, sederhana, yg ada pun skang nie, kuat jerit, kuat menyanyi, kuat melawak, kuat mengkapir, kuat perli, kuat berpolitik, banyak yg negatif dari yg baikny...

      Delete
    3. Tan sri postage fee tak stated kan sekali ke...

      Delete
    4. Kalau you berkira sangat tak payahlah beli. Saya tak perlu beri butirannya kerana harga yang diambil jauh lebih murah, tetap harga 10 tahun dahulu dan tak dikira tenaga penghantar dan sebagainya.Sila ke pejabat pos untuk tahu berapa harga pos laju sebuah buku.Forget it.

      Delete
    5. SORRY JIKA TERKASAR KERANA ADA YAG MENYAGKA SAYA AMBIL BAYARAN POS BERLEBIHAN.

      Delete
    6. saya dah dapat la tan sri... tqvm... sorry klu bahasa saya menyinggung perasaan...

      Delete
    7. terima kasih tan sri... semoga kerja kebajikan dan tulisan Tan Sri dimanfaat ramai... jgn marah2 sangat Tan Sri...

      Delete
  9. marilah sama2 kita usahakan(utk yg berkemampuan) dan berdoa supaya negara kita dpt melahirkan ramai generasi muda spt grand old stateman tun mahathir. masih terngiang pesan arwah ayah(bekas polis) .. "walau apapun terjadi, kau ikut mahathir. aku faham hati budi dia". utk marhaen spt aku, ya .. aku semakin faham pesan ayah.

    ReplyDelete
  10. Penjawat awam zaman Mahathir pun sama juga duit berguni2 dalam rumah Panglimo Potaseh. Cuma tak tertangkap sahaja kerana zaman Mahathir BPR bawah TPM. Semua kes Mahathir dan Anwar boleh sorok dan tutup fail. Mahathir tidaklah suci. Cuma 22 tahun itu kelihatan suci kerana media semua bawah kawalannya, tiada fb, tweeter, whatsapp dan blog2 yang dapat membongkar salahguna kuasa dan rasuah zaman Mahathir. Kalau SPRM ada sejak zaman Mahathir, kemungkinan dia anak beranak yang akan merasmikan t-shirt oren jenama LOKAP SPRM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang yang berfikiran hanya dengan adanya FB,Tweeter,Whatsapp,dan blog2 barulah penyalahgunaan kuasa,rasuah,kecurian,rompakan,serta penyelewengan yang dibuat oleh pihak pemerintah dapat dikesan sebenarnya adalah seorang yang kurang upaya akal.Tiada upaya memproses sesuatu maklumat.Orang jenis inilah yang jadi pemerintah hari ini.

      Delete
    2. Anon 20.15;
      Kamu bebal dicampur bodoh......boleh heret ke mahkamah.....ada masa lagi.....tapi biarlah diheret semua...... jgn lah sokong membuta-tuli.....

      Delete
  11. Saudara Fairus telah menyertakan wang pos RM9. Wang ini akan saya kembalikan kerana postage percuma. TK

    ReplyDelete
  12. Salam Tan Sri.

    Lontaran sdra tentang Wira ( tidak didendang) tepat pd waktunya.

    Paling ketara ialah....ia menunjukan betapa jelek .... dangkal dan lekeh bangsa ini kerana masih kurang cerdek dan tidak faham akan erti atau konsep wira 'hero'.

    Bila Peribahasa Melayu berkata...'Jauhari juga yg kenal manikam' ....ia menujukan betapa tiada tiada ramai 'Jauhari' dlm bangsa Melayu.

    Bangsa yg masih kabur....mungkin buta bila tiidak kenal dan berupaya membedzakan antara kaca dan permata.

    Samada betul2 kabur atau buta atau dibuat2.....tidak penting lagi..... yg jelas 'penyamun' pun ditatang spt Wira.

    Wira2 sejati diremehkan begitu sahaja tanpa rasa bersalah.

    Dungu tahap maksimum....serupa sahaja dgn 'Pak Pandir'....bila kambing pun dikira lebai.

    Alahai Melayu.
    Paling dasyat lagi.....bila org2 spt Jamal tongkol...Nazri Pondan (tetapi rasa diri gangster)....Annuar Musa...KJ dan ramai lagi ditatang mengikut telunjuk ketua yg 2x5.

    Dan dlm konteks ini....Hadi dan Jawa totok pun termasuk .

    Alasan nya..."mahu menyelamat bangsa..... takut berpecah".. .kunonya.

    Ha ha....Wira cara Melayu.....cukup menyedihkan.

    Terima kasih.



    ReplyDelete
  13. Terdapat usaha-usaha untuk mensuruhanjayakan bpr semasa era tun mahathir semasa dia nak tubuhkan bpr tapi saya berasa pelik kenapa tun mahathir hentikan usaha itu, kemudian meletakan bpr itu kawalan jabatan pedana menteri, apakah tun mahathir cuba sembunyi..
    Sampai sekarang jadi persoalan saya ini,
    Saya mendapat Cerita ini ahli veteran umno lama itu sendiri..

    ReplyDelete