Friday, 20 October 2017

NEGARA SEMAKIN RUNCING DENGAN TERCEMARNYA INSTITUSI KUASA NEGARA

PEOPLE WHO LIVE IN  GLASS HOUSES.....

Negara sedang berhadapan dengan keruncingan masalah kehilangan keyakinan rakyat terhadap integriti kepimpinan negara dalam kerajaan dan pembangkang dan juga dalam institusi-institusi penguatkuasa  yang diharapkan untuk melakukan pembersihan.

Berita terkini bekas menteri  Shafie Afdal ditahan oleh SPRM tetapi  Pejabat Peguam Negara pula menubuhkan pasukan petugas khas untuk membantu siasatan rapi ke atas  Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad kerana dikatakan terlibat dengan skandal.

Keraguan samaada benar atau tidak Tan Sri Dzulkifli terpalit dengan dakwaan mempunyai hubungan sulit dengan  seorang wanita menampakkan seperti ada kebenaran bila siasatan berlaku ke atas kesnya. Maka integritinya menjadi persoalan untuk meneruskan tanggungjawab.

Sama seperti siasatan kes Forex ke atas Tun Mahthir yang menimbulkan berbagai prasangka tetapi dalam kes Tan Sri Dzulkifli lebih berat implikasinya kerana  beliau sedang menjadi tumpuan perhatian masyarakat  kerana keberaniannya bertegas  membongkar,mendedah dan bertindak  terhadap  beberapa kes rasuah yang selama ini tertutup.

Secara sepontan pandangan umum  tindakan terhadap Dzulkifli merupakan tindakan balas yang mengingatkan kepada pepatah  Inggeris  " Mereka yang  tinggal  di rumah kaca janganlah membaling batu" (People who live in glass houses shouldn't throw stone")

Bekas KPN Tan Sri Musa Hassan dalam tweetnya berdakwah " Tegakkanlah keadilan  dengan tegas-QS4 An-Nisaa:135"

Beliau tentulah sedar, ini sakadarkan pengucapan  retorik yang beliau lebih faham sebagai bekas  Ketua Polis Negara  betapa sukarnya untuk bertegas kerana pandang kiri pandang kanan, pandang atas pandang bawah, pandang siang,pandang malam semuanya terpalit.

Kita berhadapan dengan masalah kehilangan  keyakinan rakyat yang amat ketara terhadap nilai moral dan kemurnian  kepimpinan, kita  tidak mempunyai  kepimpinan yan berintegriti dari semua institusi dari atas kebawah, dari politik hingga kepada institusi  penguatkuasaan kerajaan.

Tun Mahathir meminta rakyat memberikan keyakinan kepada Pakatan Harapan tetapi kebersihan kepimpinan barisannya juga menjadi persoalan. Mahathir sendiri tidaklah sebersih  atau setaraf integriti  Lee Kuan Yew Perdana Menteri Singapura yang nikat dan berani  menanam nilai negara bersih bermaruah  tanpa belas kasihan. Mahathir  lebih mementingkan kemanusiaan dan kawan.

Negara kita hebat dengan sejarah tindakan- tindakan pembongkaran skandal,rasuah,penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa  bukanlah kerana matlamat untuk integriti negara tetapi untuk integriti politik dan pengekalan kuasa.

Ini adalah warisan politik negara  dari sejak awal kepimpinan negara hingga sekarang yang sukar untuk ditamatkan sekalipun pimpinan  silih berganti, dari kes Datuk Haron Idris hingga kepada Anwar Ibrahim, Shafie Afdal dan terkena pada Mahathir sendiri.

Apakah masih ada cahaya dihujung terowong?

33 comments:

  1. Annuar Musa Pegawai Penerangan UMNO dan juga Isa Samad beka Pengerusi Felda masih bebas walaupun menghaapi berbagai dakwaan dan tuduhan. Kita lihat sejauh mana kerjaan ini berintegriti? Siapaah yang dulu akan diadakan di mahkamah. Shafie Afdal atau Isa dan Annuar atau Tun Mahathir.Mana tahu tiba-tiba Najib Tun Abdul Razak.Manusia tidak boleh menjangka ketentuan Allah yang mahal adil.

    ReplyDelete
  2. Tan Sri Zam bolehlah terus berkhayal. Di dunia ini mana ada keadilan? Diakhirat nantipun ada yang di surga dan di neraka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamu ni merapu apa?

      'Keadilan' di akhirat nanti, apabila semua perogol, pembunuh atau penyamun masuk surga? Yang tidak pernah bebuat dosa, baik sesama manusia atau kepada Allah, disumbat dalam neraka?
      Begitukah 'keadilan' pada pandangan kamu?

      Delete
  3. Tan sri adalah pemerhati zaman yang jujur.Di Malaysia mungkin tiada orang seperti Tan Sri.

    ReplyDelete
  4. Si kafir chua soi lek tak tunggu lama, ngaku dan resign. Dia jaga integriti MCA. Si kafir lee hsien loong bawa isu rumah lky terus ke parlimen, dia tarik imuniti diri di parlimen. Dia jaga integriti negara. Di sini bukan semua orang paham maksud "integriti". Tapi bab bab gebang memang power.

    ReplyDelete
  5. Ha ha tan sri kata pandang kiri kanan atas bawah semua terpalit; tapi yang lagi sedih bila ada yg pandang teman sekatil terpalit tapi buat donno. Macam la si bini tak tau si laki makan duit haram. Sekarang nie jiran pun tau kalu hidup mewah melebihi kemampuan.

    ReplyDelete
  6. Integriti nie adalah sebahagian nilai2 murni Islam yg cuba diterapkan oleh Tun M diawal pentadbiran beliau melalui slogan Bersih, Cekap dan Amanah. Semasa Malaysia dibangunkan, pegawai2 pentadbiran beliau menyerlahkan elemen2 bersih, cekap dan amanah sehingga negara membangun dgn pesat sekali. Namun sayang...ada ahli2 politik yg menjadi kepala dlm setiap jabatan kerajaan merasakan "kaut skit" adalah perbuatan tidak mengapa...demi parti dan anak2 buah peliharaan mereka diperingkat bahagian dan cawangan. Saya yakin Tun M sedar gejala ini semakin berleluasa tetapi kesinambungan pemodenan yg sedang diusahakan oleh beliau akan terbantut sekiranya kuasa politik UMNO menjadi lemah. Seingat saya sepanjang PAU dizaman beliau, kerap kali cuba diperingatkan betapa rasuah dan politik wang akan menghancurkan UMNO dan negara. Kemuncak isu rasuah ni ialah apabila masing2 di UMNO saling menuduh bahawa semua 2x5 sahaja sehingga Tun M membatalkan klasifikasi rahsia rasmi maklumat dan mendedahkan secara terbuka siapa penerima kontrak2 kerajaan, siapa yg mendapat manfaat melalui jawatan2 dlm kabinet dan seterusnya berperang secara terbuka. Maka jatuh la beberapa individu yg rakyat sebenarnya sudah pun mengetahui kesemua ni adalah ahli2 politik cari makan yg kuat gebang tapi dpt undi kerana logo BN. Tun M mampu bertahan disebabkan majoriti masih memperjuangkan asas2 UMNO meskipun gugur individu2 tertentu yg terpalit. Saya kurang setuju dgn kenyataan saudara Zam yg Tun M tidak lah sebersih mana kerana ada situasi yg meletakkan beliau dlm keadaan ditelan mati mak diluah mati bapak sehingga beliau terpaksa pejam sebelah mata.

    Sekarang, kalau difikirkan adakah UMNO itu sendiri mampu menjadi bersih dlm keadaan yg begitu kotor sedangkan kepala yg sudah busuk masih direlakan memimpin? Ini adalah pengkhianatan yg nyata kepada agama, bangsa dan negara dan sekiranya BN masih menang di PRU14 maka kita hanya mengesahkan nilai maruah dan negara kita seperti yg ada sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengekalkan Najib adalah kemuncak kebodohan melayu.Maka,jatuh hina lah melayu itu ke paras kafir.

      Delete
  7. Krisis Umno kali ini lain sikit dari krisis2 dulu2 nya.

    Krisis2 dulu rakyat masih rasa keyakinan terhadap negara dan bangsa. Dan, rakyat tak pikir pasal kos hidup. Cuma rakyat nampak mcm krisis pimpinan Umno saja. Tak terpikir pun pimpinan negara akan tergugat.

    Krisis kali ni rakyat mcm hilang terus keyakinan terhadap negara dan bangsa. Dah tak tahu siapa salah dan siapa betul. Berita mana yg salah, berita mana yg betul. Dan, kos2 sara hidup makin membebankan.

    Rakyat lebih seronok sembang negatif pasal pimpinan negara dan bangsa.

    Pemimpin sekarang lebih sibuk menjaga periuk nasi mereka saja!

    ReplyDelete
  8. Gelombang sudah bermula di Sabah pada PRU13 lalu, Insyaa Allah kali ini tsunami bakal melanda UMNO Sabah dan hapus tertimbus di bawah runtuhan Gunung Kinabalu.

    ReplyDelete
  9. Dulu zaman tun mahathir penjawat awam dan rakyat dibeban dengan kos sara hidup tak ada tempat untuk mengadu di facebook ,whatsaap blog dan tweeter ..

    Adakah rakyat mahukan bpr di zaman tun mahathir penuh dengan penipuan itu..
    Rakyat lebih percayai sprm dari bpr itu

    Rakyat sokong tun mahathir terutama melayu sebab tak nak dap berkuasa ,itu pun tak faham oleh tun mahathir itu.
    Zaman fanatik telah berakhir, itu patut disedari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terencat akal dah masuk.Munafik!

      Delete
    2. Dey...podaaaah. Ilmu sejengkal gebang sekangkang.

      Delete
    3. Orang tak ilmu pun tahu tak ada faedah tubuhkan bpr itu golongan vip dilepas sebab jabatan pedana menteri lepaskan mereka itu, orang dalam bpr itu semua makan gaji buta pukul 10 pergi sarapan dan pukui 4 balik kerja itu jabatan tun mahathir tubuhkan

      Delete
    4. woi mangkok 06:52,...dah bersunat belum?BPR wujud sebelum Mahathir lagi.Sekarang zaman Najib tak datang kerja langsung pun tak apa.Boleh dapat cemerlang lagi.

      Delete
    5. Saya tidak tahu kenaapa TS Zam melayan mangkok hayun ini.Tulisannya beratus kali dengan alasan dan cerita yang sama.Manusia yang tak membaca dan tidak pernah uptodate dengan perkembangan zaman .Inilah jenis manusia yang menjadi penyokong Najib. Bahlol yang ketinggalan zaman dan tidak terkini dan sombong dengan pengetahuan yang cetek yang memikirkan orang lain bodoh sepertinya dan mudah dibodohkan dengan dedak.

      Delete
  10. 21:19 main tulis hentam keromo...tak best lah!

    ReplyDelete
  11. panglimo potaseh20 October 2017 at 23:53

    Saya punya ramai kawan yg sama belajar dulu, menjawat jawatan awam.

    Saya amati mereka ini terdiri daripada 2 kelompok pekerja. Yang kerja dengan ikhlas sebagai pemakan gaji hasil drp cukai rakyat dan yang suka menyapu kiri kanan.

    Dari pengamatan saya yang kaki sapu ni lah yang akan naik keatas dan menjawat jawatan paling tinggi.

    Pada perkiraan saya gitu lah "rule of the game" di negara kita ini. Yang melantik pun terdiri daripada kaki sapu juga.

    Bagi tujuan "survival" didalam persekitaran senggini, cara yang paling baik ialah mencari klik yang serasi .. jadi senang buat kerja. Aku garu kau ..kau garu aku.

    Pegawai yang dilantik ini sememangnye dah kaya raya. Kaya berlipat kali ganda dengan rakan yang kerje keras dan ikhlas tadi. Kekayaan dan kemegahan mereka kita boleh nampak dengan mata kasar tak perlu SPRM.

    Seperti kata Pak Zam ..bila dilantik ke jawatan tinggi, mereka ini laksana duduk di istana kaca. Bila mereka cuba jadi "good boy".. mereka seperti membaling batu pada istana mereka.. mereka bagai "puppet" dan akhirnye terpaksa lah kerja nyapu sampai licin diteruskan.

    Mereka ini tak rugi apa apa. Malah dengan kekayaan dan rezeki yang melimpah ruah mereka di pandang mulia..malah sangat mulia. Seakan Allah makbulkan doa mereka untuk senang didunia dan akhirat .. kan itu jugak yang diajar oleh golongan agama. Lihat apa yang Hadi nampak pada Najib semuanye cantek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bayangkan senario nie....kawan kita asal usul dari kampong, tak kaya dan tak mewah, serba serbi kekurangan; tapi belajar pandai sampai U. Habis U tak berani masuk swasta sebab english teruk, masuk sektor awam. Jeng jeng jeng terus jadi pegawai sebab ada degree. Pegawai maknanya ada power....power untuk keluar alam kemiskinan ke alam kemewahan, kiri kanan atas bawah semua sapu. Thats my observation.

      Delete
  12. Tan Sri Zam,

    "Apakah masih ada cahaya dihujung terowong?"

    1. Kalau hujung terowong tidak tertutup, maka cahaya akan tetap dapat masuk.

    2. Terowong yang Tan Sri maksudkan itu ialah " integriti kepimpinan negara dalam KERAJAAN dan PEMBANGKANG dan juga dalam INSTITUSI-INSTITUSI penguatkuasa yang diharapkan untuk melakukan pembersihan."

    3. Integriti kepimpinan negara dalam KERAJAAN sudah dihancurkan olih UMNO...maka kita lupakan UMNO.

    UMNO sudah tidak ada...hanya tinggal cerita bahan sejarah.

    4. Integriti kepimpinan NEGARA, bukan negeri, dalam PEMBANGKANG belum pernah terjadi di Malaysia...jadi ini bukan soalan pokok, tetapi kalau ada pun hanya sekadar andaian sahaja sebab kuasa memerintah belum ada ditangan mereka, kecuali past historical records seperti Tun.

    5. Integrasi INSTITUSI-INSTITUSI penguatkuasa sudah lama tercemar...walaupun berbillion2 sudah dibelanjakan untuk menyamai benih2 Islam sebab 90% yang kerja di institusi2 ini adalah orang Melayu yang beragama Islam...mereka ini tau pasal Islam...baca Yasin masa kerja, doa selamat, baca doa...sudah dihafal semua ayat2 Quran, hadis2...setakat dihafal saja la...bertudung pun sudah, mau apa lagi?

    6. Hanya terowong no. 4 saja yang masih nampak ada sikit cahaya...yang lain2 sudah tertutup sebab intergrasi kerajaan dan institusi2 penguatkuasa sudah dalam tangan UMNO.

    7. Bila UMNO sudah mencapai Expiry Date, benda tu busuk dan tak bolih dimakan...mesti dibuang.

    8. Hanya Melayu saja yang masih suka makan benda busuk.

    9. Semua bangsa didunia akan buang benda busuk.

    10. Itu la Melayu...tak akan Melayu hilang di dunia, Tan Sri.

    ReplyDelete
  13. Tan Sri Zam,

    1. Memang masih ada cahaya dihujung terowong.

    2. Aku sempat toleh lubang terowong yang kiri, masih ada cahaya samar2...tetapi, lubang terowong itu hampir tertutup olih sampah sarap dan berbau busuk...konon2nya...ikut cerita orang, pada suatu ketika dulu, terowong itu orang2 Melayu yang punya tetapi mereka tak pandai jaga...walaupun dipajak gadai sudah hampir 55 tahun tetapi mereka ini bukan suatu bangsa yang bolih diharap dan dibanggakan...pemerintahnya macam harap pagar, pagar makan padi...air muka mereka tak ubah seperti kera mendapat bunga...mereka2 ini juga ada sifat macam kera dihutan disusui.

    3. Jadi...aku pandang ke hadapan...nampak begitu cerah sekali...mungkin aku sudah tua dan tidak ada daya untuk mengorek lubang terowong ini...tetapi, dengan tulisan ini, besar la harapan aku bahawa suatu hari nanti, anak cucu aku dapat menembusi terowong ini...ini la Terowong Sabah Merdeka!

    4. UMNO tidak suka masuk terowong ini sebab mereka tidak ada tempat disini lagi sebab kita sudah tau macam mana mereka jaga terowong yang dipajak gadai selama 55 tahun...yang sebelah kiri tu...tak kan kita nak bagi new concession for the next 55 years!

    5. Di pintu terowong ini ada satu sign board..."For Sabahan Only".

    6. Sudah cukup la kamu Melayu2 UMNO.

    7. Balik la kamu ke Malaya....bawa balik ustaz2 yang sudah menggila di Sabah.

    8. Tinggalkan la Negara Sabah...ini bukan tempat kamu.

    9. Kamu dirikan la Negara Islam di Malaya.

    10. Kita runding balik di London, ya habibi!

    ReplyDelete
  14. "Apakah masih ada cahaya dihujung terowong?"

    Insha Allah cahaya ada. Cumanya berapa jauh terowong yg perlu kita tempuhi utk melihat cahaya itu.

    Indonesia sudah menempuhi terowong itu hingga mereka menemui Joko Widodo dan Filipina menemui Rodrigo Duterte. Malaysia masih dlm laluan terowong lagi utk dipimpin oleh PM yg bersih & berwibawa; yg bertanding dlm pilihan raya demi membantu rakyat; yg amanah/jujur utk memakmurkan negara dan yg mampu memberi nafas baru kpd jentera pentadbiran negara.

    Dr Mahathir selama 22 tahun BERGELUT utk kekalkan kuasa. Dengan kuasa beliau mahu modenkan Msia supaya dihormati dunia sebagaimana idolanya Peter The Great (PTG), Tsar Rusia.

    PTG ada kuasa mutlak. Mana2 perkara yg baginda tak berkenan, terus dipancungnya org itu. Dr Mahathir berseloroh semasa berceramah di UMP, 2011. Katanya, "Saya bkn PTG." Tersiratnya Dr Mahathir bergelut dgn kuasa yg perlu diperbaharui melalui PRU & Pemilihan UMNO. Jadi, rasuah & politik wang cuma jadi teguran2 dlm ucapan shj krn Msia ingin dimodenkan. Tidak hairanlah patronage & rent seeking berterusan dlm era beliau. [Kajian Gomez & Jomo].

    Pak Lah sudah berada di landasan yg betul utk banteras rasuah. Tapi, beliau tak teguh. Akhirnya rasuah membarah hingga ke tahap 4. Betullah "... bukanlah kerana matlamat untuk integriti negara tetapi untuk integriti politik dan pengekalan kuasa."

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Pak Lah sudah berada di landasan yg betul utk banteras rasuah. Akhirnya rasuah membarah hingga ke tahap 4."

      Hakikatnya, Pak Lah lah yang memulakan amalan melantik diri-sendiri sebagai Menteri KeWANGan, sebaik saja menjadi PM dan ini bukanlah satu jalan yang 'lurus' untuk membenteras ataupun mengurangkan rasuah.

      Hakikatnya, melantik menantu untuk 'mentadbir' Negara melalui Tingkat(tahap) 4, bukanlah satu usaha-iklas untuk membenteras rasuah.

      Makanya, rasuah bermaharajarela zaman Pak Lah dan menjadi lebih parah zaman Najib kerana meneruskan amalan pelik ini, iaitu seorang PM-baru, melantik diri-sendiri sebagai Menteri KeWANGan.

      Harap Maklum.

      Delete
    2. Sdr RD,
      1. "Pak Lah memulakan amalan melantik diri sendiri sbg Menteri Kewangan..." Siapakah Menteri Kewangan [1] sejak DS Anwar dipecat? 1998-2003, Menteri Kewangannya ialah Dr Mahathir. Jadi, Pak Lah meneruskan amalan yg dimulakan oleh Dr Mahathir.

      2. Pak Lah kurang daya kepemimpinan walaupun beliau sgt berpengalaman dlm pentadbiran negara sejak era Tun Razak lagi. Dek kelemahannya'Budak2 Ting 4' mendominasi banyak keputusan melibatkan kepentingan negara.

      3. Pak Lah dilandasan yg betul krn kononnya menekankan ketelusan. Beliau memisahkan BPR drpd JPM. Beliau menaik taraf BPR menjadi SPRM. Beliau juga mempromosikan pembangunan insaniah krn era Dr Mahathir lebih menumpukan pembangunan material. Materialisme menyebabkan rasuah menular.

      Oleh sbb, kepemimpinannya yg lemah, aspirasi telus & sifar rasuah lebih kepada "integriti politik dan pengekalan kuasa."

      Delete
    3. Sdr. Ahmad.

      Memang benar, Dr.M juga pernah menjadi Menteri KeWANGan, dua(2) kali... selepas Anwar dipecat & Daim Zainuddin letak jawatan... tetapi ia terjadi tanpa dirancang dan portfolio itu hanya sekadar 'atas-kertas' saja.
      Maknanya, Jika sesuatu yang memerlu tandatangan Menteri KeWANGan ketika itu, dan jika Dr.M sibok atau tidak ada masa, boleh saja dia sign secara membabi-buta, tanpa mengetahui apa yang di tandatangani.
      Jadinya... sama lah dengan Najib... sebaik saja menjadi PM, TIA menjelma jadi 1MDB... sebagai PM, Menteri KeWANGan, Pengerusi 1MDB, Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional, Ahli Parlimen Pekan dan lain-lain.

      Nota: Semua transaksi keWANGan 1MDB, mesti mendapat kelulusan Mr.117 aka MO1.

      "3. Pak Lah dilandasan yg betul krn kononnya menekankan ketelusan."

      Ehmm... Ketelusan? Cakap dan melakonkannya, senang la.
      Sebagai penasihat Proton, dijualnya MV-Agusta dengan harga 1Euro. Harley Davison, kemudiannya beli dari Syarikat Kelabu-asap itu dengan harga USD108 Juta.
      Kehilangan Block L& M kepada Brunei?
      Belum termasuk 'penjualan' kepada Singapura oleh menantu beliau lagi.
      Malah pembuatan duit polymer RM5 di Australia pun ada kontroversi.

      Delete
    4. Sdra RD,
      Sy tdk bersetuju bahawa Dr Mahathir menjadi Menteri Kewangan tanpa dirancang.

      Slps PRU 1999, kabinet distruktur. Dr M ialah PM, Men Dlm Negeri & Men Kewangan. Beliau memikul portfolio itu atas kepentingan ekonomi negara & kestabilan politik. Tiga portfolio ini adalah penting utk menangani krisis ekonomi & politik.

      Portfolio yg dipegang tanpa dirancang oleh Dr M adalah sbg Menteri Luar Bandar slps Tun Ghafar merajuk pd 1993. Jawatan tersebut kemudiannya diserahkan kpd TS Annuar Musa slps PRU 1995.

      Sy jelaskan peristiwa ini agar pembaca lain tdk tersalah anggap.

      Sy setuju dgn sdra bahawa Pak Lah tdk telus. Insiden2 yg sdra kemukakan sy rasa lebih kpd kelemahan pemikiran strategik kepemimpinan beliau. Mungkin Pak Lah krg menghayati buku karangan Kenichi Ohmae, The Mind of Strategist iaitu buku yg disarankan oleh Dr M kpd kabinetnya pd 1990an.

      Delete
    5. Nak aku tambah tak" kemudian Harley Davison jual syarikat agusta pada syarikat aprilia sebab tak nak tanggung hutang agustar itu

      Proton gagal bayar hutang agustar itu sebab itu syrikat bermasalah proton bermasalah tak mampu buat buat mampu untuk ambil alih syrikat dan hutang Augusta itu.
      Semua hutang kerajaan yg tanggung, syrikat glc malaysia tak reti berdikari itu ajar oleh pentakbiran tun mahathir itu..

      Sebab sebab kejatuhan proton
      1)hutang syrikat lutos belum habis dah buat hutang baru
      2)berbohong tentang r&d yg menhabiskan duit proton.
      3)bina kilang tanjung malim kurang kapisiti pengluar kereta itu merupakan pembaziran ,sedangkan kilang sham alam cukup bina kereta pasaran export dan inport.
      4)terlalu manjakan kroni dan saudara mara semua suku papat Aka suku sakat mendapat tender proton sedang alat ganti di keluarkan tak berkualiti..

      Sikip tun mahathir ajar syrikat tak tahu berdikari menyebab proton menjadi rosak...
      Apakah ini cara tun mahathir pada syrikat glc 'tun mahathir syarikat beli kemudian hutang dia kerajaan yg tanggung..
      Ada ini cara baik untuk malaysia ini,ajar syarikat glc bergantung 100% hutang pada kerajaan yg akan bayar hutang tersebut, itu bukan cara peniagaan yg baik

      Berani kerana benar itu saya.

      Delete
    6. Ye la... syarikat milik siapakah yang 'bernasib-baik', dapat beli MV Agusta dari Proton, pada harga 1Euro (lebih-kurang RM5)?

      Sebulan selepas itu, syarikat yang 'bertuah' itu, menjualnya pula kepada Harley Davidson dengan harga USD108 juta. Kalau kita guna kadar tukaran 1USD = RM3 pun... Buta-buta, untung atas-angin, RM324 Juta.
      Dari keuntungan gila-babi ini, berapa cukai yang dibayar kepada Kerajaan?

      Nota:-

      Kalau tak silap saya, TS Zam sudah banyak kali beri amaran supaya Anon 00:13 menulis dengan tertib & betul. Kalau ya pun, tidak mahir menterjemahkan pemikiran dalam bentuk penulisan, jangan la jadi pemalas. Kurangkan guna singkatan. Kata-nama, mesti bermula dengan huruf-besar, singkatan...R&D, GLC... mesti huruf. "suku papat Aka suku sakat", sepatutnya tulis; "suku-papat a.k.a/atau suku-sakat". Periksa betul-betul, sebelum hantar. Baru la senang dibaca dan mudah difahami.

      Kalau beginilah cara penulisan kamu, buat malu Geng-Najib dan Kerajaan je. Cara kamu menulis akan hanya menyerlah hakikat bahawa golongan yang menyokong UMNO-Najib adalah dari kalangan yang kurang-cerdik atau bangang. Cari-makan dengan Penyamun je, yang penyokong-Najib pandai.

      Delete
  15. Assalamualaikum TS ZAM,
    Mmg hebat tulisan TS.....semoga Allah SWT memberi kerahmatan kpd TS dan keluarga.... teruskan menulis ttg segala kebenaran tanpa berselindung...tahniah TS....

    ReplyDelete
  16. Akhir nya mereka menjadi pegawai sapu jagat.

    ReplyDelete
  17. Tan Sri Zam,

    1. Hanya 4 perkara sahaja yang bolih menjatuhkan seseorang itu atau suku kaum itu atau tamadun itu.

    2. "Perempuan"...Marie Antoinette, Imelda Marcos...Monica Lewinsky...Tiger Woods...Nika Gee Siew Yee...

    3. "Wang Ringgit"...rasuah...kalau ini la nasib Safie Apdal, dia kena terima, bukan kerana di pembangkang, tetapi kerana dia ambil rasuah...PM Najib pun tak perlu risau kalau dia tidak rasuah...

    Aku puji YB Lim Kit Siang, seorang putera Malaysia yang cukup baik...bukan senang mau jadi macam Lim Kit Siang.

    4. "Judi"....Forex BNM adalah "judi"...mungkin disini lah Tun akan dikuburkan kalau di dapati bersalah.

    5. "Arak"....termasuk bahan2 hayal seperti dadah...banyak sudah masuk tali gantung....tak payah cerita.

    6. Semua perkara diatas atas perbuatan diri sendiri...PEOPLE WHO LIVE IN GLASS HOUSES...jadi, kena tanggung sendiri.

    7. Kalau Shah of Iran pun bolih tumbang....

    8. Sejarah akan berulang.

    9. Kesalahan yang sama sahaja....masa depan, sekarang atau pun yang sudah berlaku beribu tahun lalu.

    10. Patah tumbuh hilang berganti...tidak ada balas kesihan pada UMNO, Najib atau Shafie Apdal...kalau Melayu pandai menilai, maka Melayu akan maju kedepan...itu sahaja.

    ReplyDelete
  18. Tak silap dulu ada local U jual anti histeria kit. Bila pulak dia orang nak buat anti rasuah kit? Anti abuse of power kit? Anti gebang kit?

    ReplyDelete