Saturday, 23 September 2017

TAHFIZ: TINDAKAN BERANI PM NAJIB SESUAI DENGAN HASRAT UMAT ISLAM.

Komen:
EVOLUSI KEKALKAN MUSHAF AL QURAN
Ahmad24 September 2017 at 13:10

Evolusi mengekalkan mushaf AlQuran:
1. AlQuran dirakam guna ingatan.
2. AlQuran dirakam dgn menulis di atas pelepah/batu.
3. AlQuran dirakam dgn mencetak di atas kertas.
4. AlQuran dirakam menggunakan kaset/CD.
5. AlQuran dirakam menggunakan video camera. Semua aspek AlQuran spt makraj huruf & tajwid dpt direkodkan dan disimpan.
6. Internet telah meningkatkan lagi teknologi merakam, menyimpan dan menyebarkan AlQuran.
AlQuran utk dihayati & diamalkan dlm hidup seharian. AlQuran panduan hidup. Bacalah! Melalui pembacaan dptlah pengetahuan. Hafal AlQuran hanyalah peringkat asas dlm proses menuntut ilmu.
Pusat tahfiz elok diberi nafas baru dan dijenamakan Pusat Pengajian Ilmu Berteraskan AlQuran. Semoga penjenamaan ini dpt menghasilkan Ibn Sina dan Ibn Rushd. Dan tidak semata-mata jadi penghafal AlQuran. Wasalam
Anonymous 23 September 2017 at 07:56
Saya betul betul tak faham kenapa perlu hafal Quran. Kalau dulu tu memanglah perlu sebab tak ada kertas, tak ada mesen pencetak. Nak siapkan senaskah Quran pun cukup susah. Sekarang ni, punyalah senang. Kat mana manapun bolih rujuk seluruh isi Quran. Dalam computer, dalam handphone. Apa perlunya nak hafal Quran?? Ni sekolah Tahfiz lagi. Pada saya semua ni kerja sia-sia saje.
ReplyDelete
FANATIK AGAMA JANGAN POLITIKAN
Dengan ikhlas saya mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang berani bertegas dengan sokongan anggota kabinetnya untuk menutup serta merta sekolah-sekolah tahfiz yang mengabaikan peraturan keselamatan.

Ini menjadi berita utama semua akhbar Perdana hari ini kecuali Utusan Malaysia yang tidak memahami hasrat rakyat yang sedang menunggu  jaminan tegas dan langkah berani dari kerajaan dalam perkara ini.

Pada saya peraturan keselamatan ini juga harus memenuhi kriteria pendidikan yang sempurna yang bererti ustaz dan ustazah mestilah memahami  dan menghormati cara pendidikan sekolah yang sezaman  dan tidak hanya bersandarkan ajaran agama yang difahami secara kolot dan kuno.

Ini akan mengakibatkan anak-anak Melayu akan terus berada dalam kemiskinan dan kemunduran kerana tidak akan memahami persekitaran sekeliling yang memerlukan pemikiran dan sikap yang terbuka.

Pelajar tahfiz tidak seharusnya berada seperti dalam kurungan dengan pendekatan Islam yang sempit yang memenjarakan diri mereka dari memahami realiti dan cabaran dunia yang sebenar.

Sekadarkan boleh menghafal Al Quran tidak akan membantu kehidupan mereka untuk membina maruah Islam sebaliknya mereka  ini akan menyambung generasi orang Islam yang meminta sedekah untuk membangunkan sekolah tahfiz didepan pintu bank atau pergi dari rumah ke rumah.

Fahaman salah ibu bapa bahawa  dengan anak -anak mereka menjadi hafiz akan dapat  menghapuskan dosa mereka hendaklah dibetulkan supaya tidak bertambah bilangan mereka yang mudah tertipu dengan orang yang menggunakan agama untuk mencari wang.

Saya amat gembira dengan kenyataan Datuk Seri Najib bagi memastikan tragedi menimpa pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kampug Datuk Keramat di ibu negara minggu lalu tidak berulang.

kata-kata Perdana Menteri "Ini soal kebajikan dan keselamatan nyawa anak-anak yang perlu kita pertahan dan jaga sebaik-baiknya. Ini soal masa depan"

Kenyataan ini tidak seharusnya difahami dalam kontek politik dan tidak harus dipolitikkan oleh orang-orang agama atau parti agama  tetapi harus diterima sebagai suatu  kesedaran kerajaan tentang   tanggungjawabnya  terhadap masa depan bangsa dan negara supaya Malaysia yang telah jauh maju kehadapan tidak terlihat sebagai negara yang mundur kerana tidak dapat mencegah pendidikan Islam secara tidak bertamadun.

20 comments:

  1. Antara kerajaan dengan sekolah tahfiz, mana lebih cerdik dan berkemampuan..

    Jadi kewajarannya konsep "bantu" digunapakai..
    bukannya tutup sebagai pendekatan.

    Semua pihak kena bergabung membina pusat tahfiz, sekolah pondok,sekolah ugama menjadi moden dinamik melahirkan doktor tahfiz, peguam tahfiz dll.

    Kalaupun mereka gagal dalam akademik tetapi tidaklah ke tahap hisap dadah atau merempit dan sudah tentu sama sekali tidak ke tahap membakar pusat tahfiz.

    Pusat tahfiz mungkin daif dan miskin dari segi fizikal tapi tetap kaya dengan ilmu dan akhlak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Really? All of them kaya ilmu dan akhlak?

      Delete
  2. Saya sokong Kerajaan bertegas menutup Pusat Tahfiz.
    Pengajaran Tahfiz boleh diserap ke dalam kurikulum
    sekolah dan dijadikan satu mata pelajaran. Tidak
    perlu anak-anak diasingkan di pusat Tahfiz untuk
    menjadi manusia yang berakhlak tetap cetek ilmu.
    Dunia semakin mencabar, kita tidak boleh melarikan
    diri dengan bersembunyi di pusat-pusat Tahfiz. Lambat
    laun kena keluar juga menghadapi cabaran hidup.
    Penagih dadah bukan kerana mereka tidak masuk sekolah
    Tahfiz. Ini masalah sosial, bukan masalah agama.

    yang berbeza. Kedua-duanya melahirkan masalah sosial
    yang berbeza.

    ReplyDelete
  3. Para ilmuan agama termasuk mufti2 dari semua negeri, Jakim, tokoh2 akademik, ahli2 perniagaan berprofil tinggi dan pengetua2 sekolah2 tahfiz perlu mengadakan beberapa siri perbincangan dan percambahan minda secara bersepadu, objektif dan komprehensif. Satu resolusi jelas dan spesifik kemudiannya boleh dihantar kpd kerajaan utk tindakan selanjutnya.

    Jgn ambil mudah dan terjun dgn satu kesimpulan tanpa kajian terperinci. Jgn jadi tikus membaiki labu.

    ReplyDelete
  4. Tan Sri,

    Perkara ini patut dibawakan ke Parlimen dan dibahaskan.

    Ada bersangkut paut dengan dasar pelajaran negara, keselamatan, kualiti pelajaran untuk kepentingan generasi yang akan datang.

    Sepertimana kata Tan Sri, kita tidak mahu ramai pelajar penuntut tahfiz yang tamat berlajar tidak diberikan persedian untuk dunia semasa dan zaman sekarang.

    Kita juga tidak mahu penunutut pelajar Tahfiz ini tidak boleh berfikir secara ilmiah dan berfikir kolot dan kuno sepertimana ramai golongan-golongan agamawan yang ada sekarang.

    Dari aspek keselamatan, kamera litar tutup, CCTV sekarang ini semakin murah di pasaran.

    Selain dari merekodkan video, kamera ini akan memancarkan lampun kalau ada pergerakkan di waktu malam, lantas menghalang mereka yang berniat jahat untuk masuk ke dalam premis.

    Sepatutnya, kamera seperti ini diletakkan di kawasan yang sesuai.

    Semoga kejadian seperti ini, tidak berulang lagi.


    ReplyDelete
  5. Tan Sri,

    Ada banyak perkara yang sepatutnya di bawa untuk bahas di Parlimen. Perkara Tahfiz ini sepatutnya diberikan keutamaan.

    Perkara pindaan RUU355 yang dihebah-hebahkan adalah berhubung dengan masalah minum arak dan berzina.

    Masalah banyak orang melayu sekarang ini , bukan kerana minum arak tetapi masalah dadah.

    Masalah Ganja dan Dadah, PAS tidak ambil pusing sangat kerana ini masalah zaman sekarang.

    Orang PAS lebih utamakan masalah zaman seribu tahun yang lalu seperti minum arak dan lain-lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah dadah ialah masalah melayu kelas bawahan. Masalah melayu kelas atasan ialah rasuah. Masalah melayu kelas pertengahan dan kelas bawahan ialah isu ekonomi. Apa umno dan pas boleh tolong melayu2 nie? Penceramah agama pula...apa kejayaan mereka menangani semua nie?

      Delete
  6. Sebaik mana pun niat dan perbuatan nilai keselamatan dan nyawa perlu diutamakan...dhoif mcm mana pun ambil lah inisiatif...cari jln untuk memaksimumkan tahap keselamatan...jika tiada kebenaran beroperasi jgn la ambik risiko....wallahuaklam...

    ReplyDelete
  7. Kalau menganggap kita tak perlu menghafal al-Quran kerana al-quran boleh disave dalam handphone hari ini bahlul lah jawabnya. Kalau terus siarkan komen tersebut banganglah jawabnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Demikianlah jawapan orang fanatik agama yang tidak memberikan logik dan rasi0nal sebaliknya mengeluarkan kata-kata marah bahlul,bangang dan sebaganya.Mungkin dia hanya sekolah pondok atau tahfiz. Semakin banyak sekolah tahfiz semakin ramai gulonganyang beku minda seperti ini, tak terpelajar.

      Delete
    2. Alangkah dangkal dan bahlulnya saudara sufian bersama golongan ini.

      Delete
    3. Apa yang dangkal dan bahalulnya? Dia bagi points. You pula label orang.

      Delete
  8. Patutny MADEY n konco2 JUDI FOREX d "TAHFIZkan" semule sblum d "TALKINkan" nnti....

    Ad betul ke tan sri???

    Hehehehe

    ReplyDelete
  9. Pak Zam.

    Semalam saya sempat nonton u-tube tentang titah Sultan Johor, yang ngatakan kerajaan banyak buat janji kosong.

    Pada saya kekadang janji yg dibuat ada lain tujuan. Tapi rakyat tetap didahulukan ..setakat ni saya melihat rakyat didahulukan hanya untuk dibodoh-bodohkan.

    Janji yang dibuat seakan seperti ditanya lain, dijawab lain. Seperti layar ditebar, sauh dilabuhkan .. kapal tak belayar kemana .. pusing-pusing akhirnye tenggelam.

    Masa tenggelam ingatkan ada disediakan cukup jaket keselamatan, rupanye untuk VIP sahaja.

    Kekadang janji tu di warna warnikan. Seperti betapa pertumbuhan ekonomi kita tumbuh lebih 4% setahun.

    Cuba kita bayangkan warna ekonomi kita jika subsidi yang sememang hak rakyat untuk dinikmati oleh mereka, kemudahan biasiswa dan GST tak ada.

    Tu lah kita tak perlu terus stim, bila kerajaan yang ada ini buat keputusan tentang prihal sekolah tahfiz. Takut nanti orang lain yang disuap, orang lain yang kenyang.

    Takut macam nak beli kapalterbang. PM cakap lain, MAS dan KWSP cakap lain. Macam lembu dan kambing tidur sekandang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ralat:
      Cuba kita bayangkan warna ekonomi kita jika subsidi diadakan semula seperti sebelumnya, diberi biasiswa bukan pinjaman untuk pelajar dan GST tak ada.

      Delete
    2. Cuba panglimo potaseh bayangkan peniaga lari dari cukai ketika dulu sst10% hanya bayar 1ribu je walaupun untung berjuta juta. Tak bayar cukai

      Yg kejar tun mahathir penbayar cukai yg gaji rm 1.500 itu hantar surat sampai ke rumah paksa bayar cukai, yg kroni untung berjuta-juta lari dari cukai tak bayar pun tak apa hebatkan era tun mahathir.

      Ini hakikat era tun mahathir kamu semua kena tahu,

      Nak pelajaran percuma 'british ada cukai vat 20% pun tak mampu bagi pelajaran univesiti percuma,

      Delete
    3. Anon 14:10

      Ini lah yang dikatakan lain di tanya, lain di jawab.

      Era Chedet kita dapat nikmati pertumbuhan ekonomi 9% untuk 9 tahun. Hutang negara ciput je.

      Banding sekarang yang khabarnye hutang cecah 1 laksa .. bukan laksa Penang tau.

      Orang cakap kayap jika dapat tumbuh keliling pinggang boleh mati ooo.. ini kan hutang.

      Delete
  10. Ilmu hafazan sangat perlu bila meneliti ancaman yg dihadapi umat islam masa kini.tanpa penghafaz2 yg benar dan bertauliah tidak mustahil di akir zaman anak terdapat banyak musahaf2 yg palsu jadi bacaan dan amalan umat islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Evolusi mengekalkan mushaf AlQuran:
      1. AlQuran dirakam guna ingatan.
      2. AlQuran dirakam dgn menulis di atas pelepah/batu.
      3. AlQuran dirakam dgn mencetak di atas kertas.
      4. AlQuran dirakam menggunakan kaset/CD.
      5. AlQuran dirakam menggunakan video camera. Semua aspek AlQuran spt makraj huruf & tajwid dpt direkodkan dan disimpan.
      6. Internet telah meningkatkan lagi teknologi merakam, menyimpan dan menyebarkan AlQuran.

      AlQuran utk dihayati & diamalkan dlm hidup seharian. AlQuran panduan hidup. Bacalah! Melalui pembacaan dptlah pengetahuan. Hafal AlQuran hanyalah peringkat asas dlm proses menuntut ilmu.

      Pusat tahfiz elok diberi nafas baru dan dijenamakan Pusat Pengajian Ilmu Berteraskan AlQuran. Semoga penjenamaan ini dpt menghasilkan Ibn Sina dan Ibn Rushd. Dan tidak semata-mata jadi penghafal AlQuran. Wasalam

      Delete
  11. Salam Tan Sri

    Perkara pokok adalah soal TNGGUNG JAWAB.

    Tanggung jawab individu
    Tanggung jawab ibu bapa
    Tanggung jawab masyarakat keliling
    Tanggung jawab pemerintah

    Kita hidup sebagai manusia berasaskan tanggung jawab.
    Kalau kita bertanggung jawab terhadap anak anak kita...pastinya masaalah sosial yang melibatkan anak anak muda dapat kita atasi. Kita sebagai ibu bapa mesti tahu dimana anak anak kita berada...siapa pergaulan mereka...bagaimana akhlak dan moral mereka. Apabila kita leka atau alpa...kemungkinan gejala yang tidak sihat akan menjerat mereka....dan kita dah terhantuk baru mengaduh!

    Pusat Tahfiz perlu kawalan dan pemantauan....sama ada fizikal bangunan mahupun kurikulum pengajian....agar graduan dari pusat tahfiz ini menjadi insan yang berguna kepada masyarakat. Jangan setakat hafiz AlQuran tapi tidak memahami dan menghayati isi kandunagannya....samalah seperti burung kakaktua petah bercakap tapi tak tahu apa yang dicakapnya.

    Segalanya adalah tanggung jawab kita bersama.
    Yang khilaf kita tegur
    Yang ditegur pula jangan mudah tersinggung
    Jangan dengan mudah menyalahkan orang lain untuk menutup kelemahan sendiri.

    ReplyDelete