Friday, 8 September 2017

NOR YAKCOP AJAK SAYA MENEMUI DR MAHATHIR

 PENASIHAT BNM VINDICATED

Sebelumnya saya dalam keraguan apakah sikap bekas Penasihat Bank Negara,Tan Sri Nor Mohamed Yakcop apabila menghadapi siasatan  RCI berhubung dengan kerugian lebih 30 billion ringgit dalam urus niaga mata wang asing (forex) sekitar 1990-an.

Ramai yang menyangka beliau akan meletakkan kesalahan kepada Perdana Menteri Dr.Mahathir Mohamed tetapi beiau tidak sahaja menafikan pernah berurusan atau memberitahu Mahathir dalam pekara ini malah menunjukkan sikap profesionalnya dengan menerima tangungjawab atas kerugian itu.

Bila kerugian itu terdedah Nor Yakcop dan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Jaafar Hussein telah bersama meletakkan jawatan.

Saya mengenali Nor Yakcop semasa beliau menganggur setelah meletakkan jawatan dan ketika itu saya menjadi  sebagai Pengerusi Eksekutif Utusan Publication and Distributors (UP&D). Saya  berurusan dengannya untuk UP& D menerbitkan  bukunya  Perbank Islam.

Saya mengesyorkan kepada Nor supaya  menyertai Utusan sebagai  Pengarah Urusan Utusan Melayu yang masih kekosongan dan ketika ituTan Sri Kamarul Ariffin  menjadi  Pengerusi Esekutif Utusan Melayu.

Saya memberitahu  Dr.Mahathir dan beliau tidak membantah. Bila suatu hari Nor tiba-tiba  muncul di pejabat  saya  di Taman Shamelin Cheras ,saya menyangka beliau telah bersetuju untuk menyertai Utusan Melayu  tetapi lain pula ceritanya.Beliau mengajak saya untuk menyertainya  menemui Datuk Seri  Dr.Mahathir yang berada  di Argentina dalam rangka lawatan ke  Amerika Latin kerana beliau takut untuk menemui Mahathir bersaorangan.

Ini adalah panggilan mengejut dari Dr.Mahathir yang sebelum pemergiannya telah nampak Nor Yakcop berjalan seorang diri disebatang jalan di Kuala Lumpur. Mahathir mahu Nor membantunya   menghadapi krisis kewangan ekoran serangan terhadap ringgit oleh penyangak mata wang Soros.

Bagi Mahathir seorang yang telah dianggap bersalah dan tidak lagi berguna belum tentu tidak berguna kepadanya.Beliau masih dapat menghargai  sudut kekuatan dan kebaikan orang itu.

Saya menolak pelawaan Nor  kerana saya bimbang nanti Mahathir terkejut melihat kedatangan saya sedangkan yang dipanggil hanya Nor dan keduanya saya tidak ada wang untuk tambang penerbangan  dan ketiga  saya tidak sanggup untuk menghadapi penerbangan jauh lebih 20 jam.

Beliau pergi seorang diri dan memulakan kerja menyiapkan  kertas kerja dalam satu malam  tidak lama selepas menemui Mahathir dan Mahathir begitu pantas mempelajarinya dan memulakan peperangan dengan Soros sebaik sahaja kembali ke tanah air.

Nor Yaacob acap kali menceritakan semula pekara ini dalam ucapan-ucapannya termasuk di Oxford Universiti tentang  kisah dia mengajak saya untuk menemaninya menemui Mahathir .

Beliau tetap memelihara hubungan baik dengan saya dan menghantar setiap buku baru hasil karyanya  kepada saya.

Walaupun beliau telah menyebabkan negara  kerugian lebih 30  billion kerana perdagangan mata wang yang dikendalikannya  tetapi dengan pengalaman pahit inilah Nor Yakcop telah dapat membantu negara khususnya  Tun Dr.Mahatir untuk keluar dari krisis kewangan 1997 dan 1998  dan  menyelamatkan ratusan billion ringgit dari serangan penyangak  mata wang Soros.

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop tentulah  berasa terbela atas kesilapannya (vindicated).


44 comments:

  1. Setiap orang yang dipanggil termasuk Panel RCI wajib ikhlas, jujur dan amanah atas apa sebenarnya yang berlaku kerana apa yang mereka putuskan atau beri keterangan ada kaitan dan kesan kepada pihak lain.

    Jika seseorang itu melakukan jenayah, salah laku, silap hendaklah semulajadi benar perbuatan tersebut.

    Bukan dijenayahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anwar telah bercakap benar melebihi keperluan..jika ketelusan untuk kebaikan negara dicari..
      RCI kerugian forex BNM tiada nilai jika isu 1MDB dan Felda tidak dibawa bersama.

      Delete
    2. Bukannya setakat Setiap orang yang dipanggil termasuk Panel RCI wajib ikhlas, MALAHAN ORG YG MEWUJUDKAN RCI LEBIH DARIPADA WAJIB KENA IKHLAS.

      Kalau Perbuatan BETUL tetapi NAWAITU tak betul, tak sah juga. Perbuatan sembahyang lengkap tapi NAWAITU masuk tandas, mcm mana nak sah..

      Delete
  2. 32 bilion bukan perkara kecil..kesengsaraan dan bahana keatas rakyat darinya sekarang baru kita terasa. Yang salah mesti di hukum.Harta mesti dirampas. 32 billion...bukan rm32.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesengsaraan dan bahana keatas rakyat baru kita rasa? Kalau nak jadi economist tahap kampung, tak payah la. Apa yg berlaku sekarang ialah pak lah dan najib tak tadbir urus negara dengan baik. Banyak pengangguran, kilang dan bisnes tutup, gaji swasta tak naik, ringgit turun...semuanya tiada kaitan dgn rci forex bnm. Kalu lulus tahap form 3 ; baik kau cakap pasal isu mat rempit....tok sah nak tunjuk pandai pasal ekonomi

      Delete
    2. HEHEHE............Kesianlah dia.

      Mungkin dia antara beribu orang UMNO yang menyanyi lagu 'ANAK KECIL BERMAIN API..." di Mesyuarat agong umno sambil menangis-nangis, penuh syahdu kerana memang benar apa yang dinyanyikan itu, sudah menjadi kenyataan.

      Orang macam ni memang tak boleh pikir beyond their nose.
      So, leave him alone. Biar dia menangis seorang.

      Delete
    3. Anon 9.58, ini kerugian dlm perniagaan ada masa untung ada masa rugi, bkn duit ni di songlap di cuci dn dimsuk dlm akaun tun m, nor yaakop, anwar ibrahim,klau 1mdb tu btl duit disonglap dicuci pastu msuk akaun individu, ckp biarla guna biar la guna otak kt kpla tu jgn guna kpla lutut

      Delete
    4. Senario mungkin begini: Hei bapak dia yang tidak pergi sekolah dia pulok yang jadi bodoh. Ada logik?

      Delete
    5. orang umno kini ibarat zombie.

      dimanterakan dengan "cina perintah malaysia..cina perintah malaysia.."

      Delete
    6. ini lah kali pertama seorang yg berani datang dan mengambil tanggung jawab. saya respect Nor Yaakcop ni!!

      ada ramai pemimpin2 negara yg takut dtg menghadapi rakyat..

      tabik spring pada Nor Yaakop. A man to respect!!

      Delete
    7. salute to Nor Yaakop. Semoga beliau dipelihara dan dipermudahkan Allah SWT hendaknya. Aminn

      Delete
  3. Salam sdra Tan Sri Zam.

    Alhamdullilah....kerana masih ada Melayu Islam spt Nor Yakop.
    Dia faham erti dosa pahala...haram halal...dia tidak jatuh dlm perangkap kejahilan.

    Dia bercakap benar atas nama kebenaran..... bukan kerana setiakawan.



    Sy kira amalan ini yg penting dlaraja aasemua.

    ar

    ReplyDelete
  4. Apabila kita jujur menjaga kehormatan kita dengan tidak menipu seperti PM Malaysia sekejap "no comment" kemudian mengaku tetapi putar belit isu sebenarnya maka maruah Malaysia dan jawatan PM ibarat bangkai. Keberanian Tan Sri Nor mengaku dan bertanggung-jawab adalah mulia di sis I Allah.

    ReplyDelete
  5. Betul itu begitu menghagai mempergunakan siapa saja saja tak kira baik dan jahat, lihat kes terbaru tun mahathir pergunakan anwar itu. Menunduk seorang dengan mengunakan morel baik atau jahit adalah startegi baru tun mahathir itu,

    Persoalan aku mampu tun mahathir pulih nama anwar tercemar dia buat itu dikalangan ahli cap bunga itu, jika tun mahathir berjaya bersih nama anwar hanya ahli fanatik pada tun mahathir akan terima cadangan untuk pergunakan anwar itu, mana ahli pandai berfikir akan menentangnya,

    Dalam penyokong tun mahathir ada tiga golong
    1)suka suka ikut tun mahathir
    2)golongan fanatik
    3)golongan tahu berfikir

    Permain terhebat seperti perang 6 negara sejarah dan 3 negara dalam buku kalasik china
    Pas dan sekutunya
    Dap ,pkr, dan cap bungan
    Umno dan sekutunya.

    Jadi menang dalam peperangan tersebut hanya masa menentukanya masing masing akan bunuh satu sama lain tak kira sekutu atau kawan.

    Tun mahathir,anwar dan hadi awang,keluarga lim,najib akan bermain permain teragung,

    Kita akan tengok siapa akan tersingkir, siapa berjaya kalah tiga tiga lawan dia angap politik terhebat dunia ini.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Dol...cukup cukup la merapu kat sini. Macam orang pekena nasi kangkang; cakap pun tunggang langgang menonggeng rebah ke bumi...pi berubat.

      Delete
    2. Kalau Anon 1130 boleh dijadikan kayu-pengukur untuk menilai tahap kecerdikan penyokong UMNO-Najib, maka tepatlah dengan kegemaran Najib sendiri yang lebih mengutamakan kesetiaan.

      Delete
    3. Anon 11.30.

      Poning den baco tulisan kau ni .. macam cakar badak .. lain kali, kau deraf dulu lopeh tu mintak kengkawan tulih balik.

      Delete
    4. Hahahaha..si anon 11:30 ni agaknya Bangla sesat kat blog ni.

      Delete
    5. Ix ix ix anon 20:39 mengaku je parti cap bunga dah jadi macam itu nak buat macam mana

      Delete
    6. woiiii... anon 11:20.. kau refer kat sapa tu...terlebih dedak nii...

      Delete
  6. Tiada cacat cela nya mengaku kesalahan dari menghalalkan kebatilan dan kemungkaran.

    ReplyDelete
  7. Tak lama lagi Tan Sri Nor menjadi penganggur kembali...

    ReplyDelete
    Replies
    1. anon 8 Sept 1735

      Takpe kalau jadi penganggur pun..

      Penganggur Terhormat!

      Delete
    2. Aku sebagai seorang yg muda, ikhlas cakap la kan, rasa respect n "tersentuh" dgn sikap yg dizahirkan oleh "veteran2" seperti TS Nor Mohamed Yakcop..

      Sikap apa? ACCOUNTABILITY!

      Bila "Golongan2 Otai" berperangai ELOK, secara automatic akan ada CERMINAN pada kami "Golongan Muda"..

      Macam yg dulu cikgu2 aku selalu cakap.. Istilah nya "Lead By Example" kalau tak silap aku la..

      U gotta respect this type of people, they have GUTS to do the right thing - Be Truthful & Accountable

      Delete
  8. 1130 ni sah bangla tu.cakap pun tunggang langgang tu.

    ReplyDelete
  9. Saya tertarik dengan komen Puad Zarkashi. Komennya mengesahkan yang RCI BNM adalah untuk mencari kesalahan & menghukum Tun Mahathir. Sah RCI ini bukan untuk menegakkan kebenaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah layan si poad dan jasa...satu kapal dengan bernama; rtm, tv3, utusan

      Delete
  10. Lihat tweet saya dan komen seorang peguam di Malaysiakini yang memberikan pandangan bahawa tindakan undang2 boleh diambil terhadap Zarkashi kerana mengugut saksi

    ReplyDelete
  11. Hebat generasi kepimpinan kalian... Nampak bersungguh2 membawa makna pemimpin.. bukan mcm skng... Semua nak penuhkn tembolok sendiri...

    ReplyDelete
  12. Menteri semua kayakaya bukan takat juta malah ratus juta pun...ada sekor sang kelembai cakap dia kaya ataz usaha dia sendiri..iyerker cam tak caya jer .tapi macai kecik dlam umno .rumah pun tkda ddok la rumah ppr.bodo ahli umno nikan..suruh mkan taik pun makan..yg atas dok gelak jer ..

    ReplyDelete
  13. Nor yakob blum lgi nk BELIT madey tuuuu..

    Tunggu lah HUKUMAN yg die dpat slpas RCI nnti..

    Dah tentu met nor yakob ni PUSING cm GASING nnti..

    Mmg POWER mat nor yakob niii main JUDI FOREX HENTAM duit BNM , madey bolh XTAUuuuu...

    Kihkihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. anon 22:17. Menuduh tak tentu hala...mcm org tak ada pegangan agama..

      Delete
    2. 22:17 cakap hulubalang pacak...hentam sembrono...

      Delete
  14. Rahim tambi cik penah cakap "anwar tak sepatutnya di persalahkan sebab kes forex 1994, lepas dia cakap itu rahim Tambi cik dituduh merogol budak bawah umum.

    Ada sesuatu tak kena kata-kata rahim tambi cik seoleh-oleh dia tahu siapa bersalah, mungkin zam boleh tanya dia selaku kawan baik, mungkin dia tahu sesuatu kes forex itu berlaku

    ReplyDelete
  15. Walau sebesar mana kesalahan Mohamad Nor Yaacop menyebabkan negara kehilangan berbilion-bilion akibat urus niaga forex, jasa beliau terhadap negara semasa krisis matawang 1997/1998 jauh lagi besar dari kesalahan yang dilakukan. Tanpa jasa dan sumbangan Mohamad Nor Yaacop, Malaysia sudah tentu akan menjadi seperti Greece dengan ekonominya runtuh sama sekali.

    Jika ditakdirkan Nor Yaacop akan dihadapkan ke mahkamah untuk didakwa hasil penemuan RCI nanti, sesungguhnya negara telah melakukan sesuatu yang amat zalim kepadanya. Rakyat jelata secara keseluruhan memang tak akan dapat menerimanya!..

    ReplyDelete
  16. Apa yang diperjelaskan Tan Sri Nor Mohammed Yakcop ni memang jelas sesungguhnya. Daripada Plaza Accord sampai punca nya BNM mengambil keputusan memjalankan akviti forex trading bagi menstabilkan dan meningkatkan nilai Ringgit. Orang sekolah finance semua tahu ni. There a time Yen & Mark were very strong that Malaysia had trouble with it due to her Yen denominated external debt at the time.

    Gain or loss is the name of the game. Berniaga..adakala untung adakala rugi. Adat la tu. Susah ke nak faham ?

    Pada aku la sepatutnya bila dapat intel Soros has borrowed £10 billion to short sell the pound sterling, BNM governor SHOLD HAVE INSTRUCTED NMY to close all long position in £ meaning liquidate and stay away and cut loss. This did not happen and NMY sendiri mengaku historically Bank of England would crush speculators and BNM kept her bet and lost big time.

    Despite this huge losses, Malaysia were able to continue to grow to become what she has become today and the losses were armortized.

    Memang all central banks di dunia operate independent of the executive branch. So to link the losses to AI & MM is a silly thing to do. They may know only after it had happened. To think that MM or AI instructed NMY to undertake those bets, ini fikiran orang berdendam atau orang tak pergi sekolah atau orang pergi sekolah tak tamat belajar macam....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Anon 21:27. What you just said are true facts. Tapi susah nak faham kenapa bodoh sangat pembesar kita ni masih nak RCI benda ni...kalau nak dendam pun buat la cara smart sikit.

      Delete
  17. During the 1997/8 currency crisis when it was annouced that the offshore Ringgit would rendered void in so and so days and the Ringgit was pegged to Rm3.80 to a Dollar, this unorthodox move received mixed reaction domesrically and international. MM was condemned by many but there were a few prominent economists who thought that it might work to Malaysia's favor. Ahmad Mohd Don resigned from BNM governorship in disagreement over the pegging. So unorthodox that the pegging was, MM took a mighty gamble that it may backfire but that was an only option that may promise recovery from the crisis since MM was adamant to not go with IMF borrowings. AI was against MM and AI being AI he may have brought about some undercurrent that have irked MM. The pegging was so unorthodox that it defied conventional economics. But it worked.

    Nonetheless, Syed Akbar Ali story about once most talked about corporation that has disappeared today may bring fresh interest to investigators. Knock knock..it did not add up !

    ReplyDelete
    Replies
    1. In malaysian politics...nothing ever added up in the past...nothing adds up now...nothing will in the future.

      Take for example the rohingya issue; our politicians shed tears for them. Nothing is wrong with that. In fact it is a commendable act to condemn the myanmarese and aung san su kii. BUT...a very big but..our politicians are completely silence when the islamic SAUDIS ARE KILLING THOUSANDS OF ISLAMIC YAMENIS in Yamen in the last 3 years. Does anything add up?

      Umno says kita nie negara islam. We have syariah law for muslims against gambling. Tapi towkay genting highlands tu allayarham tan sri mohamad noah...a muslim malay; father in law of tun razak. Judi tak boleh; jadi towkay judi ok. Didnt add up!

      Delete
    2. Memang setuju bro in Malaysia nothing ever add up. Sampai kiamat kot.

      Delete
  18. Sudah-sudah cukuplah "kepimpinan melalu tembolok itu"

    Sudah cukuplah nak jadi terkenal dan klcc berdiri mega tapi sebelah rumah setinggan kubur ampang itu menjadi pilihan orang miskin berteduh 90an itu mereka hanya melihat klcc itu berdiri megah

    Kadang kita tertanya orang melayu dapat apa setelah bertahun-tahun hambakan diri, kami bukan tahu bersyukur, apa kami nak pembelaan, kami masih ingat tahun 90an ekonomi baik tapi masing masing pikir tembolok itu.

    Terus terang saya cakapkan tun mahathir berjaya jadikan malaysia terkenal seperti dia mahukan tapi dia juga perosak industari negara dia bina sendiri dan termasuk perosak jenama buatan tempatan.

    Tun mahathir kena sedar zaman sekarang bukan zaman segala mampu tutup, kalau anda tak Jaga rakyat 'rakyat akan pinggir akan anda, rakyat nak merasai apa patut mereka rasai, rakyat tak nak mereka kaya raya rasa hidup senang

    Rakyat tak nak tengok klcc berdiri mega tapi dibawahnya penuh dengan rumah setinggan yg miskin itu berlaku tahun 90an

    Hanya percaya pada kebenaran yg berani keluarkan tulisan saya tulis ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya yg bahlol paham apa kau tulis

      Delete
  19. Syabas Mahathir kerana berjaya mendirikan KLCC termasuk masjidnya di atas tanah yang dulunya adalah padang lumba kuda.

    ReplyDelete
  20. Aku rasa majoriti orng umno yakin 2.6b tu adalah derma dari raja arab, sebab tu diaorang anggap 1mdb tu satu rahmat.

    ReplyDelete