Saturday, 19 August 2017

TUAN IBRAHIM DALANG KEPADA HAJI HADI PRESIDEN PAS.


PAS SAMUN TABUNG WANG MEMALI
Tan Sri, kalau ikut apa yg diceritakan oleh Zainon Ahmad(Allahyarham wartawan NST) PAS awal2 lagi dah menyamun tabung memali utk anak yatim dan  balu tu... Dekat 1juta waktu tu.

Penyamun sama perompak sama aje  tak kisah la pakai kot atau berjubah.

PAS ingat org tak tahu ke hal2 duit memali... Monyet betul....
ReplyDelete

POLIS DIBUNUH KERANA PERTAHAN KERAJAAN KAFIR


Bagi mereka yang tidak berpengalaman politik, mungkin tidak menyedari Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menjadi  dalang kepada presidennya Datuk Seri  Haji Hadi untuk mententeramkan kegelisahan pemimpin- pemimpin dan juga ahli-ahli akar umbinya atas  kerjasama PAS dengan UMNO.

Tuan Ibrahim telah memainkan peranan ini dengan licin dan bijak dengan mengambil kesempatan atas isu-isu popular yang boleh menunjukkan  Pas terus dengan prinsipnya dan tetap kritikal terhadap UMNO.

Ada kalanya Tuan Ibrahim dilihat seolah-olah bersama dengan pembangkang dan membelakangi Hadi.

Yang terkini ialah beliau bertanya kenapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib  melantik Tan Sri  Isa Samad sebagai  Pengerusi Felda dan kenapa terlalu lewat dikeluarkan daripada Felda dan kemudian dihantar  ke SPAD.

Soalnya kenaapa Tuan Ibrahim tidak bertanya dari awal lagi  dan kenapa setelah  SPRM bertindak ke atas Isa maka  baru semua soalan ini dikemukakan.

 Adakah ini  kerana takut pengaruh Pas  di Felda turut  merosot seperti bertambah merosotnya  pengaruh UMNO kerana beberapa skandal dan penyalahgunaan kuasa yang melibatkan nama Felda semakin sensitif kepada peneroka- peneroka.

Malapetaka besar akan menimpa  UMNO  di kawasan-kawasan pilihanraya yang dikuasainya  sekiranya Isa Samad dibiarkan terus bebas tanpa menghadapi sebarang tindakan kerana namanya sudah terlalu busuk di kalangan peneroka.

Tuan Ibrahim juga pantas menuntut supaya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat semula peristiwa " Memali" berikutan dengan peristiwa itu ditimbulkan semula oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Mohd Zahid Hamidi di Baling walaupun Mahkamah telah menutupnya.

Kepada umum terlihat seolah-olah macam Pas memberikan sokongan kepada kebangkitan  semula isu ini untuk marakan  sentimen kemarahan pada Dr. Mahathir yang menjadi Perdana Menteri semasa kejadian itu.

Semua Ketua- Ketua  Pengarang akhbar termasuk saya sendiri telah diberikan taklimat dan ditunjukkan video  oleh pegawai-pegawai Kementerian dalam Negeri termasuk pegawai tinggi polis berhubung dengan peristiwa itu sebaik sahaja kami  kembali dari mengikuti lawatan Perdana Menteri Mahathir ke China pada tahun 1985.Kejadian itu berlaku pada hari kami akan berangkat ke China.

Video polis yang ditunjukkan kepada kami antaranya ialah bagaimana pengikut-pengkut setia Ibrahim Libya berlari pantas dengan memegang parang ke arah  polis.

Tidakkah terlintas  langsung  difikiran Tuan Ibrahim bahawa pengikut Ibrahim Libya yang  taksub kepada "Amanat Haji Hadi" percaya bahawa mereka percaya mati syahid dengan membunuh anggota polis yang mempertahankan kerajaan kafir.

Amanat H Haji Hadi yang dikelurkan kira 4 tahun sebelum kejadian Memali pada November 1985  berbunyi:



Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.

Amanat ini adalah tercipta kerana ideologi Islam mengikut pandangan fanatik dan taksub Haji Hadi. Imej dan ketaksuban beliau sebagai mahaguru Pas yang dilambangkan oleh pakaian dan retoriknya  telah membina kesepaduan dan kafanatikan   Pas sekian lama.

Tetapi kecairan telah berlaku bila  pengikut-pengikutnya  menganggap Haji Hadi " murtad" dengan kesanggupan berkawan dengan "kafir," yang tidak sahaja dirasakan oleh ahli-ahli diakar umbi tetapi juga di kalangan kepimpinan Pas yang kiranya tidak terkawal akan menyebabkan lebih ramai akan meninggalkan parti.

Langkah mengawal ini sedang dijalankan oleh Tuan Ibrahim.

Penemuan kajian  dan interviu Ketua Eskutif Yusuf Ishak Institude Singapore,Wan Saiful Wan Jan  pemimpin-pemimpin parti Pas tidak senang  hubungan dengan UMNO ada kebenarannya. Berasaskan tinjauan saya sendiri sebagai wartawan bebas yang ketara sekali diperingkat pimpinan akar umbi terutama di Kedah yang menjadi harapan Pas. Mesyuarat-mesyurat cawangannya telah tidak lagi dihadiri ramai.          

Peranan utama  Tuan Ibrahim sebagai Timbalan Presiden Pas  adalah untuk merasionalisasikan tindakan-tindakan Haji Hadi yang nampak menyokong UMNO sebagai suatu usaha untuk merungkai kekuatan UMNO.

Ia juga boleh dilihat sebagai tindakan mengawal kerosakan yang telah berlaku kepada Pas di seluruh negara kecuali di Kelantan

Dengan semakin dekatnya pilihanraya dan semakin perlunya UMNO kepada sokongan Pas maka akan semakin terserlah Tuan Ibrahim akan mengambil kesempatan dari isu-isu tertentu  bagi membersihkan kecemaran yang akan terus dilakukan oleh Haji Hadi terhadap prinsip-prinsip Pas.

Tuan  Ibahim adalah dalang wayang kulit Haji Hadi dan Haji Hadi bukanlah lagi Tokoh Pejuang Parti Islam tetapi hipokrit Islam paling besar yang pernah dimiliki oleh negara ini. Segala sesuatu mengenainya adalah palsu termasuk dalam soal mengkafirkan UMNO. Allah Maha Mengetahui.    


36 comments:

  1. Tan sri...PAS ni parti untuk orang bermentaliti mundur, kampung habis.

    ReplyDelete
  2. Pemimpin kanan PAS seolah lebih sanggup melihat rakyat dikhianati dek kegilaan mazhab Cash Is King dan rela wang rakyat dirogol dibalun dijoli puak2 pengkhianat. Lebih bising pada benda yang kurang bahaya dan malapetakanya. Mereka patut baca buku fikah keutamaan oleh Yusof Al Qardawi 10 kali !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fendi Ahmad, Mukhriz kata keahlia PPBM seluruh Malaysia baru 26k.. Mana yg awak kata berjuta2 nk isi borang PPBM dulu tu?

      Delete
  3. Amanat81, hasil ideologi wahabikhawarij, produk universiti madinah.
    Hentikan penghantaran anak anak kita ke sana. Bila mrk sedikit, mrk bertaqiyah. Bila mrk berasa ada sedikit kekuatan, itulah hasilnya. Bermusuhan sesama Islam dianggap memperjuangkan agama, berbunuh sesama Islam dianggap jihad.

    ReplyDelete
  4. panglimo potaseh19 August 2017 at 14:28

    Pak Zam.

    1. Cuba Pak Zam tanya Tuan Guru Hadi, dekat mana Ibrahim Libya ditempatkan dekarang ini?

    2. Permit saheed Haji Hadi pada Ibrahim Libya masih "on" lagi kah. Memandangkan Tuan Guru yang kita sayangi ini dah pandai main rasa.. islam sikit, kapir sikit.

    3. Cuba Pak Zam tanya Si Hadi ni lagi .. adakah berbaik dengan UMNO dah dibolehkan?

    ReplyDelete
  5. Sifat Hadi adalah jelas seorang kafir menurut apa yang diperingatkan oleh Tuhan di dalam Al-Quran.PAS adalah sebuah agama ciptaan tok-tok guru.Golongan bengong sahaja yang akan menganut agama isle ini.

    ReplyDelete
  6. Presiden parti PAS Haji Abdul Hadi AWang adalah seorang MUNAFIK. Demi untuk kelangsongan Politik beliau telah memesongkan AKIDAH ribuan Umat Islam Malaysia dengan Fatwa fatwa yang bertentangan dengan Ahli Sunnah hingga masyarakat berpecah hingga berimamkan dua imam. Rumah tangga bercerai berai kerana manusia yang berserban melilit tetapi berhati seperti Iblis.

    Inilah dia watak sebenar HAJI ABDUL HADI AWANG. MANUSIA BERHATI SYAITAN. Beliau adalah ULAMAK SUUK. PAS WAJIB DIHAPUSKAN DARI PETA POLITIK MALAYSIA. SELAGI FAHAMAN UGAMA MASIH DIGUNAKAN DALAM POLITIK KEPARTIAN DI MALAYSIA YANG MERUPAKAN NEGARA SRKULAR MAKA TUNGGULAH AKAN KEHANCURAN NEGARA.

    Parti PAS adalah Parti Musang berbulu ayam. Kalau mereka benar2 memperjuangkan Islam lebih 20 tahun memerintah Kelantan adakah mereka KELIHATAN LEBIH ISLAM DARI NEGERI NEGERI LAIN DALAM MALAYSIA. ADAKAH JEMAAH MASJID YANG BERSOLAT LIMA WAKTU DISETIAP MASJID PENOH DENGAN JEMAAH. PARTI PAS ADALAH PARTI YANG GAGAL. KERANA PEMIMPINNYA ADALAH DALANG IDIOLOGI IBLIS.




    ReplyDelete
    Replies
    1. Hujah 15:29 adalah benar.Kita tidak sepatutnya ada sikap membiarkan sahaja golongan munafik ini terus menerus merosakkan negara dengan kesesatan mereka.Serangan balas bertali arus adalah wajib.Mereka ditaja oleh iblis.Allah ada berfirman dalam Al-Quran bahawa 'syaitan itu adalah MUSUH yang NYATA".PAS sejak ditubuhkan tidak pernah berbuat baik kepada bangsa,tanahair,dan jauh sekali agama.

      Delete
  7. Tan Sri Zam,

    Konsep Taqiyah atau talam dua muka Tuan Ibrahim dan Hadi adalah konsep politik Iblis Laknatullah yang dipelopori olih ulama2 dalam PAS macam Tuan Ibrahim dan Hadi bukan saja untuk survival politik yang terumbang-ambing tetapi sekadar menumpang semangkuk wang ringgit dengan Najib.

    Ini la nasib Melayu (PAS dan UMNO khususnya), bila suka jual agama, umpama dikejar tidak dapat yang dikandung berciciran.

    ReplyDelete
  8. TS

    Bila Hadi mula berbaik baik dengan UMNO amanatnya yang dahulu itu patut di beri nafas baru. Update versi 1 kepada versi 2 dicadangkan seperti berikut.

    Amanat Haji Hadi Versi 1

    Saudara-saudara sekelian percayalah,
    Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

    Percayalah saudara-saudara sekelian,
    Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.

    Amanat Haji Hadi Versi 2 (updated)

    Saudara-saudara sekelian percayalah,

    Kita berkerjasama dengan UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita berkerjasama dengan Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita berkerjasama dengan dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita berkerjasama dengan mereka. Oleh kerana itulah kita melutut depan mereka. Oleh itulah kita cuba berkawan dengan mereka.

    Percayalah saudara-saudara sekelian,

    Perjuangan kita adalah jumud, ucapan kita adalah jumud, derma kita adalah jumud. Lupakan saje hubungan kita dengan Allah apabila berkawan dengan puak-puak ini kerana kalau kita mati berkawan dengan puak-puak ini, mati kita bukanlah syahid. Mati kita bukanlah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah ada tiga empat versi akan tercipta,
      Jadi macam malaysiakini juga orang cerita selikit benda itu ,dia akan menambah cerita bagi sedap, serupa juga media barat cerita sikit akan tambah tambah cerita bagi sedap.

      Media orang putih lagi teruk mereka akan tambah cerita bagi sedap dan akan upah pelakon krisis actor bagi Cerita nampak gempak, yg bodohnya orang kita ini percaya akan media mereka itu.

      Semua belajar dari barat kononya kebebasan media,di dalam dunia media tak benda percuma kecuai dibayar, media pun ada pelobby di amerika itu, ada wang boleh lobby media barat itu..

      Kalau baca media tempatan hanya dua versi je
      Kalau baca media barat sampai tiga ke empat versi akan dikeluarkan.
      Media pembangkang dah tiru versi yg akan dikeluarkan itu

      Delete
    2. Anon 23:00

      Orang cakap lain awak cakap lain. Orang sindir tapi awak tak faham.

      Hadi dulu tentang UMNO tapi sekarang dia berkawan. Jadi perkataan tentang pada amanat asal tu kena tukarlah jadi perkataan kerjasama pada versi 2 tu.
      Versi asal kata tentang Kafir maknanya jihad. Tapi sekarang tentang dah jadi kawan, tak kan masih jihad. Kena tukarlah jadi jumud.

      Delete
    3. 23.00 sarcasm/perli pun tak paham, mesti ahli PAS ni.

      Delete
  9. Tan Sri Zam,

    Di permulaan Amanat Hadi, berbunyi,

    "Saudara-saudara sekalian percayalah",

    Kita nak tanya Hadi Awang, adakah dia masih percaya lagi?

    Orang semacam Hadi Awang tidak lain hanya menyusahkan orang Islam.

    Amanat Hadi bukan sahaja memecah-belahkan orang Islam tetapi memberikan malapetaka kepada umat Islam dengan kejadian cerai berai, 2 imam di masjid dan pembunuhan di Memali.


    Amanat Hadi ini, patut ditampal semula dan ditunjukkan kepada ahli PAS supaya mereka sedar, pemimpin yang mereka Wala Unta ini membuat pusingan 180 darjah.


    ReplyDelete
  10. ahli pas patut desak kerajaan tubuh rci amanat hj hadi sebab memecah belahkan orang islam di negara ini. Allah tidak merestui hj hadi seorang munafik untuk menjadi pemimpin negara. malah menjadi menteri besar pun dia telah diterjang oleh rakyat terengganu. hadi berpolitik hanya untuk kepentingan diri dia sendiri. jauh sekali untuk memperjuangkan islam dan rakyat.

    ReplyDelete
  11. Tan Sri Zam,

    - Pernah terdengar pasal "Amanat Haji Hadi" pada suatu ketika dulu, tetapi ini pertama kali dapat baca. Terima kasih Tan Sri.

    - "Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'"...kalau begini la kata2 Hadi atau amanat Hadi atau 'fatwa' Hadi mengkafirkan seorang mukmin atau sekumpulan orang Islam yang lain, dikhuatiri dia sudah "dilaknati" olih fatwanya sendiri, kalau mengikut hadis2 yang sahih.

    - secara ringkasnya, Hadi mesti tau, kalau dia seorang ulama, bukan "ulama", bahawa tidak ada hukumnya yang membolihkan dia mengkafiri orang mukmin yang lain...tidak ada dan TIDAK BOLIH...di larang dan di tegah...tetapi, kurang pasti pula kalau bolih didalam ajaran2 Islam yang sempit seperti Syiah, Ahmadiyah dsbnya.

    - Islam apa PAS ini ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sukasamasuka, cuba saudara jelaskan dalam Amanah Haji Hadi ini, dimanakah perenggan atau ayat yang menyatakan bahawa Umno ini kafir?

      Delete
    2. Tan Sri Zam,

      Dari "Saudara saudara....hingga agama suku".

      Delete
    3. Hanya yang dangkal dan cetek tidak faham Haji Hadi maksudkan UMNO sebaga kafir atau orang ini fanatik dan taksub tidak dapat menerima kebenaran

      Delete
  12. Zam, mengapa Rais Yatim tidak memberi peluang kepada Haji Hadi secara live untuk menjelaskan mengenai Amanat Haji Hadi?

    Sudah tentu kerana Umno takut sehinggakan Haji Abdul Haji menyatakan bahawa "Satu langkah kita mara ke hadapan, 10 langkah Umno mundur ke belakang" apabila tidak memberikannya peluang menjawab secara live selama 1 jam di RTM.

    Saya sedih membaca artikel Zam ini termasuk komen-komen pembaca yang seolah-olah begitu jahil mengenai agama Islam. Inilah hasil didikan Umno yang gagal mendidik rakyat setelah mentadbir Malaysia lebih 50 tahun.

    Sori Zam.

    ReplyDelete
  13. Haji Hadi dan tuan Ibrahim adalah pemain politik yg berpengalaman .........mereka tau macam mana mahu mengawal fikiran rakyat supaya menyokong pas....politik tetap politik begitu jugak dengan ahlinya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka tau macam mana mengawal fikiran rakyat? ...lebih tepat kalau kata mereka tau macam mana mengawal fikiran melayu penyokong pas di kampong; jenis melayu yang mundur dari segi ekonomi, pengetahuan, pendidikan dan segalanya.

      Delete
    2. Tuan Ibrahim walaq kpd haji Hadi seperti yg ditarbiah......begitu jgk stopa Mamat dan Wahid Omar walaq pada Najib...hahaha

      Delete
  14. Tan Sri Zam,

    "...Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. "

    - Amanat orang gila.

    - Ini bukan mati cara Islam...kafir pun bukan...mungkin mati katak.

    - "Amanat Haji Hadi" ini amanat sial untuk orang sial sahaja...macam mau masuk Neraka Jahanam pula...bukan aku yang cakap.

    ReplyDelete
  15. Aku sokong sepenuhnya...
    1)RCI utk Memali
    2)RCI utk Amanat hj Hadi
    Biar dua dua kojol....aku doakan supaya pok Jib and kak nah memerintah lg negara....biar dirasakan kpd bangsa Melayu....hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengar cakap2 orang cina sejak setahun lepas, orang cina akan berubah ke bn (kecuali p pinang). Cina beruntung besar di bawah umno sekarang, dan dengan mengundi bn dan menyelamatkan umno, cina tak akan lagi jadi kambing hitam isu perkauman. Orang cina juga gembira dgn kehadiran ratusan billion pelaburan China. Ha ha hidup umno!

      Delete
  16. rci utk memali..senjata halus umeno nak kasi warning sama hj hadi kalau lawan tokeh...

    ReplyDelete
  17. Tan Sri, klu ikut apa yg diceritakan oleh Zainon Ahmad, PAS awal2 lagi dah menyamun tabung memali utk anak yatim n balu tu... Dekat 1juta waktu tu.

    Penyamun sama perompak sama aje xkisah la pakai kot atau berjubah.

    PAS ingat org xtahu ke hal2 duit memali... Monyet betul....

    ReplyDelete
  18. Kalau dah semua orang PAS yang mati dalam kejadian di Memali itu masuk surga,kenapa dok sibuk nak buat RCI pulak?Lain lah kalau kita dapat tau yang mereka semua dah masuk neraka.Tak suka ke saudara mara,anak,adik,abang,bapa,dan suami kita masuk surga?Dapat masuk surga pun masih nak komplen ke?Lebih baik mati syahid daripada mati sakit jantung,gaut,kencing manis,dan barah usus.

    ReplyDelete
  19. Jawapan aku semua ahli politik penyamum ok
    Kalau demokasi kapitalis semua itu rasuah ok sebab mendapat dokongan wang pelobby..
    Kena buat kerja yg pelobby nak kan.

    Jarang sekali kita dengar ahli politik tak pelobby,

    Zaman dulu ahli politik terpaksa pilih demokasi kapitalis satan baik sikit dari setan yg paling jahat komunis.

    Tun mahathir kena sedar diri demokasi kapitalis tak boleh kembali zaman pada zaman ini, zaman dah berubah kalau anda tak jaga rakyat, rakyat akan benci.

    Selagi tun mahathir fikir cara demokasi kapitalis dia selagi itu rakyat tak akan menyokong dia,

    Aku ingat lagi tun mahathir cakap ahli politik mesti kaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Si benak dan terencat akal dah masuk."Aku ingat lagi tun mahathir cakap ahli politik mesti kaya",....orang terencat akal ini tidak faham apa yang dia baca.Dr.Mahathir pernah buat kenyataan semasa dia masih PM lama dulu,bahawa jangan sertai politik dengan niat untuk mencari kekayaan.Sebaliknya jayakan diri anda terlebih dahulu dari segi kewangan,dan kemudian sertailah politik demi untuk membantu menjayakan rakyat.

      Delete
    2. ???!@#$/&#@???

      Delete
    3. Anon 08:13 jangan menipu dan buta fakta ia,
      Maksud ahli politik mesti kaya sebab nak bantu parti itu maksud tun mahathir, orang kaya 95% semua penyagak tun mahathir cipta tak bantu dasar deb itu, bila jatuh bankrap minta bialout ok banyak contoh dah ada anda cari sendiri ok.

      Sebab aku cakap semua ahli politik mengamalkan demokasi kapitalis yg terbesar di amerika dan euro itu anda cari sendiri ok

      Jadi rakyat terpaksa pilih domokasi komunis satan baik sikit dari satan komunis yg paling jahat itu ok

      Delete
    4. 00.31..awak ada masalah mental; atau dah kena buat orang. Pi berubat

      Delete
    5. Orang terencat akal a.k.a BOTOL(Botol&Tolol)00:31 percaya penuh dirinya seorang yang bijak.

      Delete
  20. Engkau layak berceramah kepada lembu nfc

    ReplyDelete