Monday, 7 August 2017

PEMENTASAN SEMULA DRAMA" KASIH SAYANG" NAJIB ZAHID ARAHAN PEMIMPIN TUA 92 TAHUN

  1. APAKAH TUJUAN DIBANGKITKAN SEMULA PERISTIWA MEMALI?
                      
Kami wartawan-wartawan Malaysia bersama Dr Mahathir di Beijing setelah berlakunya trajidi Memali di Baling.Kami  mengetahi meletusnya perisitwa ini ketika berada di LapanganTerbang Subang  untuk berlepas ke China.Dari kanan Zam,Dr.Munir Majid (NST)dan  Aziz Shamsuddin Setiusaha Politik PM dan dua orang yang saya tidak ingat nama mereka.
  1. sukasamasuka9 August 2017 at 09:59
  2. Tan Sri Zam,

    "Mahathir berada di China selepas pertistiwa berdarah Memali atas lawatan yg dijadualkan.Saya,Dr Munir Majid(NST), Setiausaha Politik PM Aziz Shamuddin dan Ketua SUS PM Tan Sri Azizan(Allahyarham) diantara yang mengikutinya.Wajah Mahathir muram. Kami mendapat berita ini sebelum berlepas ke China ketika masih di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang pada 19 November 1985."

    Terima kasih Tan Sri mencerahkan situasi sebenar kisah sedih dan pahit Insiden Berdarah Memali.

    Kita tau masa itu Musa Hitam sebagai Pemangku PM dan mengarah operasi itu. Entah kenapa peristiwa ini bolih diungkit2 semula semata2 untuk menyakitkan hati orang2 PAS "atas pagar" terhadap Tun dan Harapan.
    ReplyDelete


  3. INI ADALAH DARI TWITTER SAYA:

  4. PM Najib Tun Abdul Razak dan DPM Ahmad Zahid Hamidi terpaksa melakonkan semula lakonan kasih sayang utk tayangan TV3 dan Utusan Malaysia kerana ungkitan Mahathir keling menggugat perpaduan UMNO.Terima kasih generasi baru kepada pemimpin berusia 92 tahun masih dapat mengarahkan drama politik.


  5. UTUSAN MALAYSIA MUKA 1, 7 OGOS 2017: Dia (Dr.Mahathir ) tak faham,Datuk Zahid dengan saya bukan baharu,sejak tahun 1986 lag,kami susah senang bersama"- Datuk Seri Najib Tun Razak



  6. Rakyat bimbang kuasa Raja bila kuasa PM makin lemah.Maka itu rakyat mahu tubuh Institut Perundingan Diraja.Tahniah kepada penganjur Konvensyen Memeperkukuh Pasak Negara. Themanya tepat : KEARAH WASIAT LEBIH TERSURAT. Bijak, halus pendekatannya dan tepat pada masanya. Rakyat sedar apabila kuasa Menteri Besar yang mewakili rakyat pun semakin terhakis.

  7. Mahathir berada di China selepas pertistiwa berdarah Memali atas lawatan yg dijadualkan.Saya,Dr Munir Majid(NST), Setiausaha Politik PM Aziz Shamuddin dan Ketua SUS PM Tan Sri Azizan(Allahyarham) diantara yang mengikutinya.Wajah Mahathir muram. Kami mendapat berita ini sebelum berlepas ke China ketika masih di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang pada 19 November 1985.

  8. Berita Zahid ungkit TUN keturunan India dibenam , berita Zahid membela dirinya disiarkan Utusan Malaysia.Inilah yang menyebabkan pembaca dan wartawan Utusan jalan senget sebelah.

  9. FITNAH APA? ZAHID BERI BOLA CHANGGUNG MAHATHIR TENDANGLAH. LIHAT BLOG ZAMKATA TERKINI
  10. Naib President PKR Rafizi dapat kumpul RM1,585.015.49bagi hanya RM 300,000 yg diperlu utk kos hukuman mahkamah terhadapnnya atas kes NFC.Alamat buruk bagi BN
  11. Wartawan veteran PAS Subky Latif disamping anggap lucu penghinaan Zahid thp keturunan Mahathir,juga anggap tidak wajar dtg dari TPM.

  12. Veteran jurnalis Subky Latif kata sukar bg sesiapa bela TPM Zahid kaitkan Mahathir dg keturunan utk tanam kebencian.Tak sukar bg NurJazlan.

  13. Nur Jazlan kata Zahid tak Salah.Tak salah dari segi fakta tetapi tak salahkah dari segi moral TPM ungkit soal pribadi utk menghina





30 comments:

  1. Zam lebih ariff dan dekat dengan semua pwristiwa twrsebut

    Ketajaman pena wartawan tetap unggul walaupun kini beralih kepada tetikus atau tab

    Tanpa kepentingan politik dan kedudukan, perkongsian info zam lebih justified

    Terima kasih yang besar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar Pendapat Saudara Kluangman terhadap TS Zam.
      Sebab itu saya tak pernah miss posting TS Zam, sejak dari mula blog Zamkata lahir.

      Delete
  2. Masih tunggu jawapan kenapa pi jumpa tun

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu aje la... sib baik dia tak janji hari selasa...



      Delete
  3. Kenal sejak tahun 1986 ya? Susah senang bersama ya?

    Kita tengok nanti siapa yang bakal dilantik Timbalan Presiden Umno. Zahid atau Hishamuddin..tungguuuu........

    *Zahid right now is a dead man walking. It is a matter of time now when he will get his marching order..

    ReplyDelete
  4. Januari tahun ni zahid dah "dedahkan" ada usaha nak jatuhkan dia di bagan datok. So this whole thing is actually old news. Kalau ianya drama; background music paling sesuai utk drama ni ialah lagu dangdut.

    ReplyDelete
  5. Zahid bukanlah pilihan utama Najib untuk gantikannya. Zahid sekadar kambing hitam supaya Hishamuddin dapat menjadi pengganti Najib yang sebenar. Lebih banyak kesilapan Zahid lebih bagus untuk Hishamuddin.

    Jika dahulu Zahid boleh berpaling tadah semasa kejatuhan Anwar, bayangkan jika Zahid menggantikan Najib.

    Peperangan Zahid bersama Tun Mahathir juga memberi kelebihan politik kepada Najib. Zahid akan dipecat atau dilucutkan jawatan. Jika perkara ini berlaku, Zahid kehilangan platform untuk menentang Najib kecualilah ada mana-mana parti politik yang sanggup mengutip Zahid.

    Untuk keselamatan Najib setelah meletakkan jawatan , Hishamuddin adalah orang yang boleh dipercayai oleh Najib. Oleh yang demikian, permainan politik ini hanyalah sekadar satu drama arahan Najib untuk memalukan Zahid dan strategi untuk menaikkan Hishamuddin telah bermula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zahid dah bagi gambaran yang parti surga PAS adalah sesuai untuknya.

      Delete
    2. Kenapa Zahid tak minta nasihat terlebih dahulu drp TS????hehehe....

      Delete
  6. Drama lama...madey tambah kuah, lagi sedap.

    ReplyDelete
  7. Maaf yo! mencelah! kata omputih, "Let the DOG jumps over the lazy brown FOX?!?

    ReplyDelete
  8. Dont count zahid out yet...dont. This guy has said that dia buat rakaman perbualan dgn tun. I think the message was intended for others within umno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi bagus la klu 'within ameno'... lantak-pi depa la... biaq melungkup... cepat sikit, kerja nak mentekedarah duit public sahaja...


      Delete
  9. Tajuk 'win' TS! Lebih 'witty' dari tajuk2 dlm NST atau Star.

    ReplyDelete
  10. Tan Sri Zam,

    Nakal juga tajuk drama "Kasih Sayang" yang dibintangi olih Najib sebagai leading actor...nampak sangat macam dia yang beriya2 sangat, siap dengan catchphrase "kami susah senang bersama".

    Suatu kisah epic Kasih Sayang antara dua insan yang paling terunggul...I'm pretty sure "Najib's Heart Will Go On Forever” for Zahid no matter what...anything...everything...except..ooops!...the "Pink Diamond" and the "681 American Pies".

    Macam kamu, susah senang pun masih bersama2...menyindir la tu...sindiran Bugis!

    ReplyDelete
  11. Tan Sri Zam,

    "Mahathir berada di China selepas pertistiwa berdarah Memali atas lawatan yg dijadualkan.Saya,Dr Munir Majid(NST), Setiausaha Politik PM Aziz Shamuddin dan Ketua SUS PM Tan Sri Azizan(Allahyarham) diantara yang mengikutinya.Wajah Mahathir muram. Kami mendapat berita ini sebelum berlepas ke China ketika masih di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang pada 19 November 1985."

    Terima kasih Tan Sri mencerahkan situasi sebenar kisah sedih dan pahit Insiden Berdarah Memali.

    Kita tau masa itu Musa Hitam sebagai Pemangku PM dan mengarah operasi berdarah itu. Entah kenapa peristiwa ini bolih diungkit2 semula semata2 untuk menyakitkan hati orang2 PAS "atas pagar" terhadap Tun dan Harapan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sangat pelik.
      Mengapa setiap kali sesiapa saja, apabila mengungkit peristiwa Memali, 18 Nov. 1985 dan Amukan Prebet Adam, 18 Oct. 1987... atas dasar atau tujuan apa sekali pun... mesti terlupa situasi ketegangan kaum yang berlaku, sebelum kedua-dua insiden itu.

      Saya tidak ingat, atas sebab apa ketegangan-kaum terjadi ketika trajedi Memali (1985).
      Ketika itu, bapa seorang Polis di Baling dan saya baru bekerja di Sg. Way dan menyewa sebuah bilik di rumah-kedai yang didiami pasangan Cina-muda bersama dua anak kecil mereka. Awal pagi (selepas insiden), sambil bersiap untuk pergi kerja, saya mendengar radio. Hampir kesemua saluran/stesen memainkan lagu-lagu patriotic, diselangi hebahan/seruan; Jangan dengar khabar-khabar angin... sama seperti suasana selepas 13May.1969.

      Ketika Prebet Adam mengamuk (1987) pula, perhubungan Melayu-Cina menjadi tegang akibat cadangan penempatan guru-guru Melayu di SRJKC. Masyarakat Cina menganggapnya sebagai satu muslihat untuk Kebangsaan-kan Sekolah aliran Cina. Timbalan Presiden MCA, Lee Kim Sai dilucut gelaran Dato oleh Sultan Selangor kerana mempertikaikan istilah 'Bumiputera & Pendatang'.

      Berikutnya, saya copy-paste.

      "Kemuncaknya ialah Umno mengadakan perhimpunan di Stadium TPCA, Kampung Baru, manakala MCA dan DAP pula mengadakan perhimpunan di sebuah tokong Cina tidak jauh dari Stadium Merdeka.

      "Najib, Muhd Taib dan Mohamad Rahmat berucap berapi-api dengan diiringi jeritan Hidup Melayu. Bukan sahaja dalam stadium penoh sesak, tetapi kawasan sekitarnya juga dibanjir orang Melayu.

      "Kedai-kedai milik peniaga kaum Cina awal-awal lagi telah ditutup, seolah-olah mereka telah mengetahui lebih awal,"

      Read more at https://www.malaysiakini.com/news/74091#suTl7rm2CSlk2zVO.99

      Akhbar The Star, Watan & Sin Chew Jit Poh digantung penerbitan, beberapa hari selepas Amukan Prebet Adam. Manakala OPS Lalang, menyusul, dua minggu kemudian.

      Persamaan kedua-dua situasi ketegangan-kaum ini... (iaitu sehari-dua sebelum Polis menyerang Kampung Memali dan Prebet Adam mengamuk ialah):-

      1. Suasana di KL, terutamanya di Chowkit, agak lengang.

      2. Production Kilang-Kilang di Kawasan Perindustrian (FTZ) Sg.Way tergendala dan tidak dapat beroperasi kerana ramai operator takut datang Kerja atau ibubapa mereka tidak benarkan keluar rumah, lebih-lebih lagi yang terpaksa menaiki Bas-Mini melalui KL (Jln.TAR), Jln SS-222 & Pekan Sg.Way ke FTZ.

      3. Sebaik saja kedua-dua insiden itu, ketegangan-kaum serta-merta reda. Semua akhbar beralih kepada laporan & berita bergambar, bermuka-muka mengenai Memali & Amukan Prebet Adam. Tiada lagi berita-berita sensasi yang berbau hasutan untuk menaikkan kemarahan antara kedua-dua kaum.

      Pengajaran dari kedua insiden ini...

      Janganlah kita membangkitkan semangat Perkauman, KeAgamaan atau Kenegerian melampau sehingga menyebabkan kebencian dan permusuhan berpanjangan.

      Delete
    2. Tan Sri Zam,

      - Kata2 saudara RD02:51 factually correct.

      - Selepas 70 tahun UMNO berjuang hak2 orang Melayu, kita masih mundur.

      - UMNO sudah ketandusan idea baru dan gagal untuk membawa perjuangan Melayu itu kesuatu tahap suatu pemikiran bangsa yang lagi robust, maju dan daya bersaing tinggi dengan bangsa2 lain didunia. Ini kerana akidah pemimpin UMNO pada ketika ini sudah terpesong jauh...berkiblatkan wang ringgit dan rasuah sebagai gaya hidup baru.

      - Dalam pemerintahan Tun, Tun pintar menggunakan konsep Islam sebenar tanpa melaung2kan slogan2 baru untuk mengubah sifat2 Melayu itu sendiri seperti rajin bekerja dan masuk kerja on-time. Tun juga sangat berani mengubah sistem ekonomi Malaysia dari pertanian kepada industri pembuatan. Nilai2 baru yang berteraskan Islam seperti sistem perbankan Islam dan Hub Halal diperkenalakan untuk menjana pendapatan baru negara dan seterusnya dapat bersaing hebat dengan ekonomi dunia. Malaysia terkenal pasal itu dan disegani.

      - Tiba2 'kereta api yang berjalan laju' ini buat U-turn masa zaman Abdullah Badawi dengan menggunakan konsep Islam bodoh...entah dari tong sampah mana dia ambil konsep Hadhiri ini.

      - Pada ketika ini pula, bangsa Melayu hanya dikenali sebagai bangsa yang suka bersumpah2 untuk mempertahankan diri dan menjatuhkan orang lain macam zaman Arab Jahiliyah.

      Orang yang paling termiskin, yang papa kedana, orang2 tua, balu2, anak2 yatim dan yang daif2 dikenakan cukai GST untuk menjana pendapatan baru kerajaan...ini adalah HARAM, TIDAK BOLIH kita makan harta dan hak2 anak yatim dan balu...bukan aku yang cakap, tetapi pesan datuk nenek moyang aku!..katakan la aku ini salah?

      - Harga kos sara hidup melambung tinggi.

      - UMNO sudah gagal selepas 70 tahun, bukan kerana sudah tua, tetapi akidah mereka sesat...rasuah adalah gaya hidup baru yang dihalalkan...mencuri harta kerajaan...pecah amanah berleluasa dalam institusi Islam Melayu seperti Tabung Haji, LTAT, PNB, Mara, Felda, FGV, KWAP...DIMANA MARUAH MELAYU?

      - Tiada ada ubatnya, kecuali...

      - Kita ubah system kerajaan supaya politik Melayu tidak dimonopoli olih satu kaum sahaja dalam UMNO yang suka menjual agama dan bangsa untuk terus berkuasa membangsatkan bangsa sendiri. Biar la suku kaum Melayu UMNO dan PAS itu jadi bangsat, kita yang sedar jangan ikut mereka.

      - Kita berhijrah untuk mendapat keredaanNYa...hanya kita saja yang dapat mengubah nasib bangsa kita.

      - We have the right to reclaim our right to have a good Malay leader. This is my right as a Malay, I don't know about yours.

      Delete
    3. Tun mahathir mana pandang industary halal ok
      Industari tun mahathir bina semua perlukan bailout ok

      Sebut akan aje perwaja,
      proton,indahwater,lrt,bakon,mas,foxer,dan lain2 lagi

      Apa sebut kau Tabung Haji, LTAT, PNB, Mara, Felda, FGV, KWAP.. itu semuanya belum di bailout lagi oleh najib ok

      Najib dulu pun terpaksa bialout proton semata2 nak jaga suku papat tun mahathir itu.

      Zaman pak lah hanya bialout nfc je, zaman mahathir banyak lagi di bialout kau pandai cari sendiri ok.

      Tahukah anda guru nak makan fastfood pun tak mampu dizaman tun mahathir itu anda fikir sendiri, dan gaji kerani sama dengan guru Anda fikirlah sendiri, guru,polis dan tentera terpaksa buat dua Kerja untuk tampung hidup anda fikirlah sendiri ok?

      Biarkan aku bagi tahu kau "apabila najib masuki sesuatu kementerian najib berjaya ubah nasib tentera,guru walau bajet kecil yg bagi oleh kerajaan tun mahathir itu.

      Apakah kau manusia tak reti bersukur apa yg dilakukan.

      Kalau tahu tanya guru2 polis dan tentera mereka semua terpaksa buat dua kerja dizaman tun mahathir lagi,bila polis rasuah tun mahathir marah sedangkan tun mahathir tak ada nak ubah nasib mereka2 itu

      Di zaman najib aku pergi ke pasaraya makanan dibuang-buang oleh oleh rakyat malaysia, rakyat malaysia mati kerana makan ok

      Delete
    4. 13.10 lembu dan kerbau angguk setuju dgn kau

      Delete
    5. Anon 1310.

      Kalau sikap Melayu terhadap kerja tidak berubah dan hanya mengharapkan imbuhan tanpa:-
      - peningkatan productivity
      - meningkatkan kerajinan
      - membuang tabiat bersolat dalam waktu-kerja
      - kurangkan ambil MC atau cuti-emergency, terutamanya pada hujung/awal bulan, selepas terima gaji... dan lain-lain,

      lama-kelamaan bungkuslah majikan, Kerajaan mahupun swasta.

      Itu lah yang terjadi pada kerajaan hari ini... 8 tahun setelah Najib jadi PM. Demi popularity dan untuk memikat hati Rakyat/pengundi, gaji kakitangan-awam dinaikkan, secara senyap-senyap atau tanpa pengetahuan Rakyat lain yang bekerja swasta, bekerja sendiri dan tidak bekerja. Gaji Menteri-Menteri turut dinaikkan pada kadar terlalu tinggi yang tidak munasabah. Bajet PMO senantiasa meningkat begitu tinggi sekali, setiap tahun. PM dan isteri berbelanja-mewah diluar Negara... di Negara Kapir pulak tuh... secara tidak langsung mneyebabkan pengaliran keluar Ringgit.

      Akibatnya pembelanjaan kerajaan meningkat secara mendadak, melebihi pendapatan dari hasil kutipan serba-serbi cukai dan lain-lain caj perkhimatan. Setelah hutang keliling-pinggang dan bertambah teruk akibat beban-hutang 1MDB-Jho Low (termasuk interest), harga minyak dunia pula jatuh mendadak dan perolehan dari Petronas menguncup gila.

      Akhirnya, GST adalah sumber utama untuk meningkatkan pendapatan Kerajaan. Harga barangan meningkat dan bertambah teruk bila nilai ringgit menguncup akibat persepsi buruk Klepotocracy.
      Untuk merasionalisai hutang 1MDB yang tidak rasional, asset & harta-pusaka Rakyat pula tergadai kepada Negara-Asing.

      Dalam bulan puasa pun, pembuangan sisa makanan-lebihan oleh Rakyat Malaysia meningkat.
      Jika perbuatan atau tabiat... "makanan dibuang-buang di pasaraya"... adalah manifestasi kecemerlangan meningkatkan taraf ekonomi Rakyat & pengurusan Negara... maka terbuktilah bahawa Najib telah berjaya mendidik Rakyat supaya berbelanja boros dan membazir seperti beliau & isteri.

      #Hidup UMNO-Najib, Hidup Jho Low.

      Delete
  12. Wak Jahid main api terbakau tangan sendiri. Allah hanya melindungi orang yg berniat ikhlas dan jujur utk selamat kan Msia

    ReplyDelete
  13. Jawapan aku mudah je
    zahid atau Hishamuddin nak jadi pm jangan harap tun mahathir dan anak dia kembali pada umno itu ok,

    seperti tun mahathir cakapkan dulu pada ahli umno dan diajar pada orang umno "bukan untuk orang kecewa,kami ingat ajaran tun mahathir tapi tun mahathir ingat tak apa dia ajar dulu pada ahli umno itu

    dan para ahli di ingat umno bukan tong sampah boleh terima siapa saja ok

    ReplyDelete
  14. Tan Sri Zam,

    "Veteran jurnalis Subky Latif kata sukar bg sesiapa bela TPM Zahid kaitkan Mahathir dg keturunan utk tanam kebencian.Tak sukar bg NurJazlan."

    - Subky Latif bukan berjuang untuk duit dan pangkat macam Zahid dan budak NurJazlan.

    - Begitu juga jasa Tok Mat, bukan calang2...kamu kerana dia Jazlan, tetapi kamu bukan dia...jauh sekali...sayang anak muda macam kamu sudah jadi begini...ini bukan perjuangan ayah kamu Jazlan...bukan sama sekali...Pulai jatuh!

    - Sejak akhir2 ini, orang2 UMNO suka memperlekehkan jasa orang Melayu yang tua2...tidak apa. Ini masa kamu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah berpucat dari tun mahathir itu suka cakap melayu mudah lupa
      Tapi tun mahathir lupa akan alas usul dia ok


      Zahid sekadar ingatkan tun mahathir jangan belagak jadi bumiputera ok

      Tun mahathir berjuang kerana duit kalau tak kenapa seluruh anak anak kaya raya dan suadara mara dia kaya raya ok.

      Menteri mana tak wang kecuai tun dr ismail je tak ada wang ok.

      Kami tak penah memperlekah jasa orang tua, kami diingat jangan melayu jangan mudah lupa, tapi orang lupa akan pejuangan asal dia patut diingatkan seperti tun mahathir itu

      Delete
    2. Saya setuju dengan 11.27.

      Sebenarnya banyak skandal-skandal kewangan yang berlaku di zaman Dr. Mahathir lagi.

      Malangnya, apabila kita mengungkit kembali perkara-perkara zaman Dr. Mahathir jawapan typical yang diberikan penyokong Mahathir ialah 'duit tak masuk pun dalam poket Mahathir' sepertimana RM2.6 b masuk poket Najib.

      Akar umbi kemusnahan ekonomi Negara telah bermula di zaman Dr. Mahathir lagi. Pecahnya di zaman Najib. Mahathir dgn Najib 2x5 sahaja.

      Delete
    3. Saya setuju dgn anon 11.27. Teringat kata-kata Mat Sabu :

      "Kalau ada pertandingan lumba kuda, kuda Mahathir sorang je menang sebab kuda-kuda lain kena ikat."

      Ada betulnya statement ini.

      Zahid Hamidi dipertikai kerana memiliki 200 juta lebih. Tapi anak-anak Mahathir ada ratus-ratus juta pun tak apa.

      Sebab??? Mahathir ni suci.

      Delete
    4. Madey dah lama pencen. Macam la di zaman pak lah tak ada sapa2 siasat dia dan anak2 dia. Hasil siasatan mana? Pi laaaa tanya pak lah. Kami di Pakatan dari dulu lagi mau madey disiasat. Orang umno dah tak ada apa nak spin.

      Delete
    5. Family mana dapat manfaat hasil kasino genting highlands (selain family Lim Goh Tong)??? Korek orang umno, jangan tak korek....korang nak sucikan negara dari semua dosa madey kan? Apa kata mula dari dosa tunku, lepas tu razak, dan seterusnya.

      Delete
    6. 11.27 12.11 12.18, Najib sesuci embun pagi! Betul 3x...Nak tengok PRU14 nanti spesies mcm hang ni wujud lagi ke tak dalam komen2 blog..jangan jadi lalang ye..ha.ha.ha..

      Delete