Thursday, 10 August 2017

BAHASA MELAYU UNTUK PEKERJA BANGLA SAHAJA



Humbankan saja bahasa Melayu ke tepi

(Petikan dari website  KUSEMAN.COM)

Satu perkembangan yang membanggakan berlaku di negara kita semalam. Berita gembira ini harus disambut dengan kegembiraan juga apabila usaha kita menghumban bahasa Melayu ke tepi berjaya dilaksanakan. Apalah yang kita harapkan kepada bahasa yang hanya digunakan oleh peminta sedekah?

Itupun tidak semua peminta sedekah menggunakan bahasa Melayu untuk meminta kepada yang tidak berbahasa Melayu. Ada yang berbahasa Cina untuk meminta sedekah dengan China yang sangat tegar setianya kepada bahasa. Saudara-saudara Muslim kita dari Bangladesh berusaha bercakap Melayu kerana mahu berkerja di sini.

Sebenarnya mereka ini tidak tahu yang bahasa Melayu sudah tidak ada tempat di negara asal namanya Tanah Melayu ini. Bahasa Melayu hanya bernilai kepada pekerja Bangla saja. Kalau mereka tanya, dengan jujur saya nasihatkan  supaya belajar bahasa Cina (Mandarin atau Kantonis). Untung-untung boleh bekerja di Bandar Malaysia atau Forest City.

Saya akan pesan berkali-kali, jangan belajar bahasa Melayu. Pandai Bahasa Melayu macam pandai membuat bubu, tidak berguna zaman ini. Tengoklah Bangla yang pandai cakap Melayu hanya layak bekerja sebagai tukang sapu atau buruh saja di negara ini. Dari belajar bahasa Melayu lebih baik mereka ajar bahasa ibunda kepada orang Melayu. Berguna juga kalau kita nak melancong ke Dhaka. Di sana bahasa ibunda lebih utamakan.

Semalam telah berlangsung acara pecah tanah projek mega Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kuantan oleh Perdana Menteri Najib Razak. Projek itu menelan belanja RM55 bilion “dibiayai” (baca hutang) oleh China Communications Construction Group (CCCG).

Tetapi dalam media arus perdana tidak dinyatakan “dibiayai” oleh China cuma disebut antara yang hadir ialah Ahli Majlis Negeri China sebagai wakil khas Presiden China, Pengerusi CCCG dan pegawai kanan China. Ada yang lurus bendul bertanya, “kenapa banyak orang China datang?”

Ada sesetengah pihak marah apabila imej China daripada gegantung (banner) hingga bahasa Cina digunakan dalam majlis rasmi negara asal Tanah Melayu ini. Ada pihak yang apologetik pula berkata, “Najib Razak berucap dalam bahasa Melayu cuma diterjemah dalam bahasa Cina.”

Tidak kisahlah Najib bercakap Melayu atau apa. Yang pentingnya sangat wajar didominasikan bahasa Cina kerana China memberi hutang RM55 bilion untuk projek mega ini. Sedarlah diri kita sikit, kita ini sudah melarat dan hampir papa kedana. Orang sanggup bagi hutang pun sudah nasih baik, jangan paksa orang berduit ikut bahasa orang tidak berduit.

Kenapa hendak bising acara yang dihadiri oleh pemberi hutang RM55 bilion dari China tenggelamkan bahasa Melayu?  Banyak orang Melayu,  Menteri Melayu dan tokoh korporat Melayu pun tidak menghormati (menutur dan menulis dengan baik) bahasa Melayu.  Terimalah hakikat bahawa kita ini lemah iman terhadap bahasa Melayu.

Saya percaya inilah adalah antara kesan pantas Kongres Budaya 2017 yang baru lalu di mana antara lain memperkasakan  Dual Language Programme (DLP)  yang khabarnya panel kongres terdiri daripada sasterawan dan budayawan tidak tahu kewujudan resolosi mengenai DLP ini. Ada tangan ghaib memasukkannya.

Oleh yang demikian penganjur acara besar itu tidak harus rasa apologetik kerana memberi ruang kepada bahasa Cina. Anda telah melakukan yang sewajarnya. Anda sedar diri anda. Pedulikan persatuan-persatuan penulis, kemarahan boleh diuruskan dengan wang. Cash is king.


end


KOMEN: Eloklah Penasihat Kerajaan Bidang Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Rais Yatim anjurkan Kongres Budaya ke 18 untuk menghiburkan orang Melayu yang dalam kepedihan ditampar pembohongan Kongres Melayu ke 17- TAN MELAKA

Utusan can ask again, ‘Apa lagi Cina mahu?’
(Pandangan umum ini dipetik dari Malaysiakini)


  • Chinese language banners at ECRL launch infuriates Perkasa
    Clever Voter: As they say, you cannot have the cake and eat it. China funds almost 90% of the East Coast Railway Line (ECRL).
    They have the say on everything from food to procurement of materials, labour and suppliers. Almost all except one or two screwdrivers will be imported from China. Perkasa should know this. That has been the way things are done.
    What's interesting here is the lack of attention to the financial arrangement. It is expensive and opportunity costs are high. What's the point of complaining about signposts in Chinese language when someone is benefitting financially from once again a so-called national project?
    Grey Matter: This was exactly what happened in Sri Lanka. The leaders were too busy allegedly enjoying their kickbacks that they forgot one day 95% of the country’s revenue ends up being used to repay the country’s debts.
    Then the Chinese could dictate terms to us and we would be like Laos and Cambodia, which did not want Asean to use strong words to denounce China's action in claiming territories in South China Sea. Even Malaysia did not protest although we had competing claims.
    Eventually, China will claim all the oil and gas reserves that we laid claim to. Sorry to say, Malays have no more 'maruah' (dignity).
    Wg321: In the 15th century, the Emperor of China gave protection to the Malacca sultanate. Otherwise, Malacca would have been conquered by the powerful King of Siam and today Tanah Melayu will be just a province of Thailand like Yala, Narathiwat or Pattani.
    Today the new "Emperor of China" – that is, the Communist Party of China – saved Malaysia under PM Najib Razak from bankruptcy as a result of 1MDB scandal and the government’s acute financial mismanagement of the country's resources.
    Iiiizzzziiii: Perhaps it is time for all Malaysians to wake up. We are where we are today because we have done this to ourselves.
    Our so-called leaders have failed us miserably. Our national resources and wealth have been badly mismanaged due to corruption, cronyism, nepotism, abused of power, etc (too many to mention) after Independence.
    Today we are witnessing the effects of those who have destroyed the country. The social re-engineering policy introduced has been a disaster.
    The Malay supremacy, or whatever you want to call it, is just a nice slogan because this ethnic group lack the required discipline to build a prosperous future for all, safe themselves. So what is Perkasa barking about?
    They should take a deep look at themselves and their 'ketuanan Melayu' attitude. You had your chances, and you deserve what you get - scraps and handouts from China.
    Odin Tajué: Perkasa secretary-general Syed Hassan Syed Ali, it is plainer than daylight that you all at Perkasa are just a bunch of cowards.
    When it came to the minority groups in Malaysia, you were braver than the lion and stronger than iron. You threatened and demonstrated and lashed out.
    Now that you are facing China, you only have the guts to squeal behind your wives’ sarongs. You didn’t march to the construction site and flex your flaccid muscles and exercise your mealy mouths to frighten the Chinese.
    Pawning the country’s dignity, you say? What dignity? Clearly, you all are delusional as well. Get used to it, busters. China is now your lord and master. Know your place and be subservient.
    Mahsuri: I would laugh but I realise that it will be our children and grandchildren that will bear the cost of repaying China for the building of this costly railway line. We should all be crying.
    10 reasons why we don’t need RM55b east coast rail link
    David Dass: Each nation sets its own priorities. We must set our own. The ECRL project is part of China's One Belt One Road initiative. It may serve China's purpose.
    Does it serve our purpose? Did we conduct a viability study for it? Are there other projects that are more important to us at this point in time? Can we afford this project? What kind of debt burden do we incur?
    There are problems with Kenya, Sri Lanka, Kazakhstan, Pakistan and Russia over such China projects. We should be careful. Every major infrastructure project not only involves massive capital expenditure but also requires money for operations and maintenance.
    If there is insufficient revenue to service loans and meet operational expenses including maintenance expenditure, the government would have to find money elsewhere to help the railway.
    Blurblur: When the double-track line from Padang Besar was at the planning stage, those who were in the logistic industry expressed concern as the volume of traffic from southern Thailand and the northern parts of Malaysia will not be sufficient to generate the freight revenue to pay for its operation.
    The nearest port by truck is less than four hours, in this case, Penang Port. Ipoh’s industrial areas are also less than four hours by road to Port Klang. Time and cost-wise, there is not much difference between road and rail.
    Can ECRL have enough volume/freight viable to pay the monthly interest on the massive loan, let alone pay the principal loan?
    Wira: Indeed, we do not have the economic activities nor the ridership from those three east-coast states to justify such a project.
    The magnificent east coast highway is already a sufficient transport link for the movement of goods and people from those states to Kuala Lumpur and the west.
    RM2.6 Billion Turkey Haram: Yes, any one with some economic senses, would know that railway business is not profitable. And with such huge financial cost of RM55 billion, one need not be a world-class economist to tell that it won't be profitable. 






    38 comments:

    1. TS...jangan lagi bagi ruang pada mamat yang tulis tunggang langgang merapu di blog tan sri.

      ReplyDelete
      Replies
      1. Takut fakta aku bagi ix ix ix
        Banyak menbaca baru kau tahu Fakta sebenar ok.

        Bagi aku, biarlah china nak melabur di malaysia ini

        Kalau jepun dan korean boleh bawa budaya syarikat dia, kenapa syrikat china tak boleh

        Kamu semua kerja di syarikat jepun" Tiap tiap pagi kena lakukan hormati pembukanan pasaraya akan lakukan hormati bon dan cakap selamat datang dalam bahasa jepun..

        Delete
      2. 20.37 perasan tak orang dah tak layan awak.

        Delete
    2. Long pan..cheng cheng cheng

      Long lau...cheng cheng cheng

      Nak tanya soalan...apalagi China mau

      ReplyDelete
    3. Akan ku simpan kenangan hutang china

      Yang tak akan terbayar selamanyaaaa

      Kehangatan hutang ku masih aku terasa

      Seperti baru semalam ia berbunga

      Lagu Man Bhai tahun 2050.

      ReplyDelete
    4. Kamu kena semak fakta yg betul...tgk bukti2 video pelancaran bahasa melayu diguna,kompang dimainkan,persembahan kebudayaan...banner ditulis dlm 3 bahasa melayu china dan english..kaji lah dulu sblum buat cerita yg nampak meroyan tak bertempat..nampak memperlekehkan diri sendiri.

      ReplyDelete
      Replies
      1. Sejak bila majlis rasmi negara ada banner bahasa cina?

        Delete
      2. Kenapa 3 bahasa di acara rasmi, protokol baru? Adat cina pentingkan "symbolism"; terpacak banner cina di atas tanah melayu apa simbolnya?

        Delete
      3. Awak adakah di majlis itu nak berbohohng kering pada orang ramai

        Delete
    5. Amiruddin Salleh Ampang Jaya.10 August 2017 at 16:24

      Tidakkah para profesor,ahli bahasa,akademik dan fanatik-fanatik Bahasa dan Budaya merasa malu dan terhina telah membiaran dirikita m dipergunakan oleh Rais Yatim untuk kepentingannya melukut ditepi gantang sedangkan tiada hasel seleas Kongres Budaya ke 17 sebaliknya penghinaan terhadap Bahasa Melayu dilakukan dengan ganas dan sewenang-wenang.
      Kita harus bertaubat dari terus menjadi alat Rais Yatim yang hanya mahu menunjukan ada kerja yang dibuatnya sebagai penasihat kerajaan. Cukupklah kita diperbodohkan dan dilembukan oleh tokoh berbudaya yang tidak megenal budaya demi untuk berada dalam kedudukan yang tinggi.

      ReplyDelete
    6. Tidak ada sepatah pun komen dari Tokoh Besar Budaya Negara Rais Yatim bila Bahasa Malaysia dihina dan Bahasa China dimuliakan di upacara bersejarah di Kuantan Semalam.

      Inikah sikap seorang anak Minang yang pandai berpantun tetapi tidak pandai bersantun menghormati adat bangsa yang bila berjanji menunaikan janji.
      Kita tunggu bila dia nak pantun membela dirinya.

      ReplyDelete
    7. Nasib banner2 tu tak diangkut askar berkuda macam cerita dalam cerita maharaja cina

      ReplyDelete
    8. Dalam keadaan tertekan ni (untuk dapat wang) 'who cares..'. Yang penting dapat duit untuk selesai masaalah2 1MDB ni, sebelum PRU.

      Biaq pi depa nk kata apa pun. Aku perlu duit, duit, duit, duit....

      ReplyDelete
    9. Sepanjang laluan hanya ada banner bahasa China.Bila Bahasa China digunakan di majlis-majlis di Malaysia.Adakah dengan adanya kumpulan kompang berarti bahasa Melayu dan budaya Melayu telah dihormati. Awak nak jadi lembu atau kerbau biarlah jadi binatang yang sihat

      ReplyDelete
    10. Kita masih bernostalgia, terkongkong dan masih berangan dengan ketuanan Melayu, hakikatnya negara berada di taraf yang paling teruk dari segi moral dan maruah di mata dunia.

      Apabila negara sudah di status kletopkrasi, kerajaan masih menguasai kerana rakyat takut keluar dari keselesaan sementara, ertinya segala peradaban dan moral Malaysia sudah jatuh ke bawah.

      Janganlah masih berangan untuk Islam dan Melayu terus dihormati.
      Bukan salah Negara Cina atau orang cina atau orang India.

      ReplyDelete
    11. Nie kalau terjadi di majlis kerajaan p.pinang, 3 hari 3 malam masuk tv3. PERKASA dan baju merah mungkin siap dengan demo sekali. Itu pun nak guna lagi modal DAP untuk takutkan melayu. Apa jadi kalau orang cina pakat ramai ramai undi bn, lagi kuat mca, lagi kuat bn, berapa banyak lagi nak jual kat China? "Pelaburan" China memang sedap didengar, tapi untung kah melayu? Berapa kerat tahu mandarin? Dapat peluang kerja takat jaga store dan kawal trafik lori keluar masuk tapak pembinaan tu boleh la kot.

      ReplyDelete
    12. Jangan KITA susah susah hendak berhujjah ....

      HUMBANKAN SAJA NAJIB RAZAK SERTA SELURUH ANGGOTA KABINETNYA DAN SELURUH CALON CALON PILIHAN RAYA MEWAKILI UMNO DAN BARISAN NASIONAL DALAM PILIHAN RAYA UMUM ke 14 NANTI.

      BARISAN NASIONAL SUDAH HILANG KELAYAKAN UNTUK MEMERINTAH MALAYSIA. HARAPKAN PAGAR TRTAPI PAGAR MAKAN PADI. UMNO KINI BUJAN PEMBELA BANGSA TETAPI MEREKA ADALAH PETUALANG BANGSA.

      ReplyDelete
    13. Tak nak salahkan cina DAP kerr? Cina mca semuanya patriotik, bawa masuk pelaburan hasilkan peluang pekerjaan untuk rakyat. Melayu sekarang dah kategori full employment, tiada yang menganggur. MCA bawak ong...ong ka ting..kih kih kih

      ReplyDelete
    14. panglimo potaseh11 August 2017 at 00:24

      Bahasa Melayu dah lama sangat di perlekehkan. Diperlekehkan dalam keadaan Tanah Melayu ini di tadbir sendiri oleh Sang Melayu. Raja, Sultan, Agong, Perdana Menteri semua Melayu. Menteri, Pengarah Jabatan Kerajaan hampir kesemuanya Melayu.

      Prihal untaian kain pemidang bertulisan China semasa Mappadulung merasmikan ECRL.. sebenarnye perkara biasa.

      Hari tu saya lalu di pekan Semenyih .. dah tak jumpa "signboard" dalam Bahasa Melayu .. semuanye di balun dengan Bahasa Inggeris dan China.

      Macam tu juga jika kita bersiar-siar di Jln Silang .. bersepah papan tanda bertulisan Bangla. Kita dah tahu yang papan tanda mesti dalam Bahasa Melayu .. bukan ke penguasa DBKL pun Melayu.

      Jadi kalau dah Melayu pun nak gadai bahasa sendiri, kita tak usah pikir sangat lah kalau China pacakan pemidang dgn tilisan China .. lagi pun mereka akan berbelanja RM55 biliyun?

      Kita pun tahu memang ada undang-undang yang papan tanda mesti dalam Bahasa Melayu. Itu lah dia jika kita amalkan "kepimpinan melalui teladan" .. bila ikan kepala dah busuk maka badan ikan tu pasti busuk.

      Saya pernah hadir satu mesyuarat di DBKL pada 2009, utk dapatkan kelulusan nama pusat bandar yang dicadangkan .. namanye ala Perancis sikit. Datuk Bandar masa itu tidak mau meluluskan nama tersebut .. katanya nama-nama tempat di KL mesti berciri tempatan, selaras dengan peraturan Kerajaan Tempatan. Datuk Bandar DBKL masa tu sgt tegas .. seperti biasa kontraknye tak disambung. Akhirnye pusat bandar cadangan tu berjaya di palitkan dengan nama ala peranchis selepas KL diteraju dgn Datuk Bandar baru.. "happy ending".

      Tu lah di tempat saya di Sungai Buloh byk kawasan perumahan dah dipalitkan dengan nama seperti Notting Hill, Sieramas, Hill Park, Coalfield, Havada, The Amverton yang terletak disebelah Kg. Kubu Gajah.

      Apa nak jadi .. betul ke ada undang-undang yang nama pusat bandar dan perumahan mesti ditaruk nama berciri tempatan.

      Jadi apa yang berlaku semasa perasmian ECRL tu .. saya dah tak heran. Yang saya bertanya perlu sangat ke ECRL tu dibina cara tergesa-gesa yang melibatkan RM55 biliyun.

      ReplyDelete
    15. Warna baju pun bertukar tukar dari merah ke hijau dari hijau ke putih...fahamkan

      ReplyDelete
    16. Tan Sri Zam,

      - Ini adalah satu muslihat Najib, sengaja pacak sepanduk2 berbahasa China bila lancar ECRL. Dia pasang bukan satu, tapi lima jerat.

      1. Bahasa Melayu..."Bahasa Jiwa Bangsa"...ini la yang sedang menular dan diviralkan saat ini...Najib dapat tidur lena tanpa diganggu. Dia biarkan Melayu sibuk pasal hal ini...dia tau.

      Najib bolih pacak sepanduk sepanjang 668km dari Gombak ke Kota Baru, 100% dalam Bahasa Melayu...bermula dengan ..."Hidup Melayu! Hidup Onn Jaafar! Hidup Zahidi! Hidup Hadi! dan berakhir dengan "Hidup Najib!...masuk Gunness Record.

      Terbela ke nasib Bahasa Melayu dan maruah Bangsa Melayu dengan jerat ini?

      Tidak sama sekali.

      2. UMNO...3 juta ahlinya 'nganga mulut dan jilir lidah' macam anjing kelaparan tunggu makanan...tunggu habuan sebelum PRU14 dan bakinya selepas...ini bukan aku yang cakap, tetapi orang UMNO.

      3. PAS dapat MusangKing runtuh...'nganga saja la mulut lebar2 dan jilir lidah panjang2 sikit' macam beruk keluar dari hutan cari makan...itu lah orang sudah kata "tuah Hj. Hadi tumpang semangkuk nampak di tengkolok, tuah Harapan siapa yang tahu".

      4. Party2 Cina komponen BN dan pengundi Cina, sudah tetapi undi BN...itu hak mereka...lagi pun bukan orang Cina yang bawa masuk orang dari China...jangan mereka disalahkan.

      5. China menj"OBOR" banyak negara2 di Afrika dan Sri Lanka...Najib kena j"OBOR" sebab sembelit skandal 1MDB...Najib tau, sukanya dia, bila lagi!

      - Nah, itu lah lima jerat Najib untuk bayar hutang 1MDB pada IPIC yang masih sangkut.

      - 1MDB kata sudah bayar, IPIC kata belum terima. Siapa cakap benar?

      - Kemana itu duit hilang begitu saja, Najib? Kenapa kamu terus mendiam diri? Suruh Polis dengan pertolongan Interpol cari itu duit, susah ke?

      - Tiada apa yang nak dibanggakan dengan teknology ECRL...bukan teknologi kita..bukan dari kilang kita...bukan untuk 55,000 pekerja kita...tetapi, yang kita tau 30 juta rakyat akan jadi macam "menyusukan kera di hutan, anak di rumah mati kebuluran"?

      - UMNO jaga maruah Melayu?

      - Bolih ke kamu orang Malaya saja yang bayar itu hutang RM55 billion? Jangan kamu heret orang Sabah dan Sarawak dalam masaalah kamu. Kembalikan itu duit minyak dan gas. Itu bukan hak kamu.

      - Kita 3 orang nie kawan baik ba, sudah 54 tahun, jangan kamu buat kawan sampai begini.

      - INI BUKAN ISU BAHASA MELAYU!

      ReplyDelete
    17. Tan seri yg eloknya kain rentang tu letak gambar kepala babi lagi baik dari tulisan cina ha ha

      ReplyDelete
    18. Memang patut dibakul sampahkan pon. Tengok saja perbicaraan di mahkamah walau pon sudah 60 tahun merdeka, masih menggunakan jurubahasa bila orang kena tuduh itu bukan melayu. Sedangka merdeka warga Malaysia yang lahir Dan bersekolah di sini.

      ReplyDelete
    19. Mari kita 3,000 perserta Kongres Budaya ke 17 berhimpun dan berarak beramai-ramai ke rumah Rais Yatim untuk membantahsikp dia mendiamkan diri diatas penghinaan terhadap Bahasa Melayu oleh negara China yang berlaku secara bebas tanpa menghormati etika negara ini.

      Kita boleh tanya dia apa sudah jadi pada keputusan Konggres17 dan adakah kita hanya menjadi alat untuk popularitinya.

      ReplyDelete
    20. Saya menyokog cadangan ini tapi mesti ada pihak yang sanggup untuk organise

      ReplyDelete
    21. Sekarang baru tau apa China boleh buat? Orang PERKASA tak pernah baca ke apa terjadi di afrika dan sri lanka?. Patutnya dari awal tentang habis habisan. Ni dok sibuk pasal ruu. Korang kena main laaa.

      ReplyDelete
    22. Laporan thestar hari ni: MCA trengganu chief kata ecrl akan bantu pertumbuhan ekonomi negeri2 pantai timur. Dia kata "mca would assist to formulate strategeis to help....". Would assist to formulate strategies?....maknanya mca belum ada formula atau strategi untuk bantu negeri2 pantai timur; tapi ecrl dah start. Nampak sangat ecrl ni dibuat tanpa perancangan ekonomi yang betul. Kalau tak sudah tentu mca akan roll out dah semua strategi untuk kukuhkan ekonomi hasil ecrl. Sekarang baru nak formulate strategi? Nampaknya sama jugak la janji 500,000 rumah PR1MA menjelang 2018. Hari tu shahidan baru bagitau parlimen setakat ni 8000 lebih jerrr yang siap. Macam mana nak percaya janji bn?

      ReplyDelete
      Replies
      1. Ada juga dari pakatan 0 ok, dap dan pkr hanya buat rumah mampu tengok

        Delete
    23. Tan Sri Zam yang mulia,

      Panji2 China itu bukan bertujuan menghina Bahasa Melayu.

      Landasan 668km itu adalah simbol penghormatan pada Chin Peng...seorang Pejuang Nasionalis Malaya.

      Tugu Pusaranya di pacak dengan panji-panji China merintasi Banjaran Besar Titiwangsa...tempatnya bertarung nyawa melawan penjajah,

      Chin Peng gadai nyawanya untuk Malaysia.

      Yang 'itu' gadai nyawa 30 juta rakyat Malaysia untuk bayar hutang'nya'!

      Sudah tiba masanya kita bawa Chin Peng balik ke Malaysia...ini tanah airnya...dia anak Malaysia...100 kali baik dari 'yang itu'.

      Note: Di bumi Negara Sabah, tiada Komunis.

      ReplyDelete
    24. Laluan keretapi itu sebenarnya untuk memudahkan pergerakkan bala tentera Cina.

      ReplyDelete
    25. saya rasa mcm kita byk buang masa membaca perihal DSN ni. tak ada sapa pun boleh buat apa2. Byk baca byk pening byk gaduh byk stress tentang DSN 1mdb dll.

      Umno yg konon nya selama ni parti keramat melayu pun mcm tak ambil kisah psl DSN.

      Nampak nya kita dan anak cucu tanggung jer musibat ini.

      Dah nasib org Melayu dan Malaysia.. di sebabkan oleh seorang Melayu.

      Saya tidak lagi bangga jadi melayu dan juga pada negara yg di panggil Malaysia..

      ReplyDelete
      Replies
      1. Banyak boleh kita buat anon 10.30 Saya selalu save screenshot artikel2 di web, balik kampung tunjuk sedara mara. Ramai dah baca malaysiakini, keadilan, rocket, zam, akadirjasin, chedet shahbuddin dll. Orang kampung pun dah baca pandangan2 dalam blog, tau beza pandangan rakyat prihatin dan pemakan dedak.

        Delete
      2. Orang Melayu juga mesti berani untuk membaca dan meneliti apa sebenarnya yang Allah peringatkan di dalam Al-Quran.Kita tidak beriman dengan kebenaran,sebaliknya mengikut telunjuk ostad,tok guru dan ulamak palsu.Mereka ini yang melayu sembah,dan selamanya lah kita akan terbelenggu.Islam sebenarnya membebaskan manusia.Sedari kecil kita diajar menyembah selain daripada Allah.Orang Melayu mesti ada keberanian untuk melihat dan menyoal pihak istana sekiranya kita percaya kepada Allah dan beriman denganNYA.Adakah golongan ulamak dan para cendekiawan beriman dengan Al-Quran,lantas mereka rasa ada amanah yang perlu dilaksanakan tanpa rasa gentar demi kehidupan rakyat dan warganegara Malaysia?Benarkah rakyat juga ada kuasa?

        Delete
    26. Baru sekarang aku nampak ketuahan melayu tun mahathir itu

      Dulu bahasa melayu dihina 'mana tun mahathir itu?
      Dulu can speaking mandarin 'mana tun mahathir itu?
      Dulu chinases only 'mana tun mahahtir itu?
      22tahun orang cina masil gagal berbahasa melayu dengan baik walau pun ber i/c biru.
      22tahun Tendar tendar kerajaan pun berbahasa inggirs mana tun mahathir itu

      Itu ketuhanan melayu bukan bumiputera yg tun mahathir tunjukan

      Dah berubah rupa nya tun mahathir itu
      Hidup tun mahathir
      Hidup tun mahathir
      Hidup tun mahathir

      Semoga tun mahathir berjaya dalam cakap itu

      ReplyDelete
    27. Tan Sri Zam,

      The biggest casualty, unknown to many is Zahid Hamidi.

      Apparently, """he was not even invited""" to officiate UMNO Libaran...the heartland of UMNO Sabah, ruled by the Most Powerful UMNO's Warlord in Sabah, Musa Aman (of Pakistani descent)... and, perhaps in Malaysia too?

      The writing is on the wall...Adios Zahid!

      Umno Vice President cum Defence Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein officiated the event on Saturday, August 12, 2017...*

      Long Live Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein!


      *http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=119356

      ReplyDelete
    28. Seperti dijangka...PERKASA bising ssehari jerrr.

      ReplyDelete
    29. Welcome Motherland. Your children had suffered the humiliation of living under the thumb of Ketuanan for the last 60 years.

      Please park your aircraft carrier off the coast of Kuantan. Ignore Perkasa, they are just some tiny cockroaches.

      Thank you MCA. If you work from the inside and we attack from the outside, we can finally do it.

      ReplyDelete