Friday, 14 July 2017

SEBAT: KEGEMPARAN RAKYAT TIDAK DAPAT DITENANGKAN OLEH ZAHID

NAZRI DAN AZLINA AKAN SEDAR BILA KENA BERKHATAN SEKALI LAGI.  
 



Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi tidak menjawab dengan tepat soalan yang terpendam di kalangan masyarakat, ahli undang-undang,NGO,tokoh masyarakat,ilmuan  dan orang UMNO sendiri yang melihat penghukuman cara terbuka dikhalayak terhadap pesalah jenayah syariah  sebagai keruntuhan peradaban Malaysia.

Bahawa undang-undang itu tidak melibatkan bukan Islam telah difahami oleh semua orang tetapi  menjalankan hukuman itu cara barbaric  bukan sahaja  mengejutkan bukan Islam yang sekian lama memahami sifat- sifat toleransi Melayu  Islam negara ini  tetapi juga memalukan orang Islam yang mahu membina imej Islam sebagai agama sezaman dan progresif

Zaman mendedahkan hukuman untuk tuntonan ramai bagi memalukan atau menakutkan hanya berlaku di negara yang tidak bertamadon seperti Arab Saudi yang menolak ilmu Sains Sosial dan melaksanakan hukuman agama dengan tafsiran jumud dan  sempit.

Walaupun di peringkat ini hanya dilaksanakan  di negeri Kelantan tetapi sekaligus mencemarkan imej Malaysia sebagai negara Islam Wasatiah.

UMNO sebagai sebuah parti tunjang  pemerintah tidak boleh membasoh tangan dari terlihat dalam mencacatkan Perlembagaan Negara yang suci , dinamik,sentiasa sezaman,saksama ,harmony dan adil pada semua kaum di negara ini yang telah berjalan tanpa menimbulkan krisis besar.

Sistem perundangan  sedia ada telah dapat mengawal keadaan moral rakyat dan tidak menimbulkan prasangka buruk di kalangan bukan Islam di negara ini. Banyak kejadian pelanggaran moral yang dahsyat dan pelek berlaku di negeri Kelantan yang telah menjadi negeri tertutup  sejak di bawah pemerintahan Pas. Rujukan boleh dibuat dengan pihak polis atau mahkamah.

Menjalankan hukuman dengan tujuan untuk memalukan atas kes-kes moral bertentangan dengan  Declarasi  Hak-Hak Kemanusiaan Antarbangsa dan  di Malaysia menghalang perkembangan ketamandunan Melayu Islam  yang cuba dikembangkan menerusi pendidikan  di sekolah hingga kepada sistem perundangan dan perlembagan .

Tidak syak lagi walaupun rang undang-undang ini tidak melibatkan bukan Islam tetapi reaksi negatif  bukan Islam telah memancilkan  parti  Pas dari aliran perdana dan menjadikannya  sebuah parti terasing yang tiada lagi masa depannya di negara ini kecuali hanya di Kelantan.

Dalam hal ini kita harus melihat kembali kebelakang  usaha kerajaan untuk membentuk manusia Malaysia yang bermoral tinggi yang ukurannya tidak sahaja dari syariah tetapi dari kemampuan sosial sesaorang malayakan dirinya dengan peradaban Malaysia seperti bertoleransi,sopan santun, bertimbangrasa terhadap nilai bersama yang melampaui batas kaum dan agama dan tidak anti sosial kerana sifat sifat keugamaan sempit,jumud dan dogmatik.

Apakah tujuan kita  membatalkan hukuman sebat dihadapan umum   terhadap murid-murid sekolah seperti didepan murid dalam kelas atau  di perhimpunan sekolah?

Semasa saya menjadi pemberita Utusan Melayu di Kedah dan Perlis lima puluh tahun dahulu ,orang  tidak berpuasa di tangkap dan diarahkan membawa pinggan mangkok makanan  mereka ke  Balai Polis malah ada yang diarak mengelilingi bandar Kangar  diatas lori untuk memalukan mereka.

Kenapakah ini semua telah dihentikan.Ini adalah bukti  Malaysia berkembang selaras dengan  ajaran  Sains Social dan perundangan negara yang dipelajari dari negara-negara maju dan bukannya dari Arab  Saudi dan lain-lain negara Arab yang rakyatnya  tidak terdedah  kepada ilmu luar.

Hingga sekarang  kebanyakan negara ini melambangkan sifat-sifat tidak bertemadun malah percaya kepada penyelesaian krisis menerusi kekerasan dan keganasan berpandukan emosi.

Kajian Sains Sosial telah menunjukan  cara degrading form of punishment tidak dapat mengubah kelakuan manusia sebaliknya menanam perasaan dendam yang berpanjangan  dan pemberontakan jiwa  yang akhirnya menyebabkan manusia tidak condong untuk mencari penyelesaian mengikut proses pelajaran dan  pembelajaran sebaliknya menjadikan emosi sebagai panduan dan mudah dilagakan  oleh kuasa asing.

Ini adalah bertentangan dengan hasrat pengasas-pengasas kemerdekaan dan kepimpinan  UMNO terdahulu yang bermati -matian menentang Pas kerana boleh merosakan dasar harmony  masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.Kecendorongan mereka adalah untuk meniru Islam Arab dan Islam Iran.

Sekiranya Perdana Menteri Tun Abdul Razak masih hidup, kerjasama dengan Pas tidak mungkin akan berlaku sekiranya Pas mahu memaksakan  dasar dogmatik,fanatik, anti sosial   keatas UMNO tetapi kerana kelemahannya sekarang, UMNO  terpaksa menjual maruahnya kepada  Pas sekalipun terpaksa mengorbakan imejnya yang mulia dan  disanjung tinggi selama ini.

Suatu hal yang amat menyedihkan bila ahli undang-undang dalam UMNO sendiri seperti Datuk Nazri Aziz dan Azlina membisu seribu bahasa  dalam saat UMNO menghadapi keruntuhan peradabannya malah Azlina seolah-olah tidak dapat melihat lebih jauh bila  beliau mengatakan bahawa RUU 355  itu hanya terbatas di Kelantan sahaja

Ini adalah sifat hipokrasi di taraf yang sangat rendah  sekali  kerana hendak terus berada dipinggir kuasa dan mereka hanya akan sedar bila Pas berkuasa dan menghukum mereka untuk berkhatan sekali lagi kerana ke Islaman mereka belum cukup sempurna.

32 comments:

  1. Nurulhuda Maarof,Kg Kerunci.14 July 2017 at 16:56

    Apa yang dikatakan oleh Zam tidak mustahil akan berlaku keatas Azlina dan juga Nazri Aziz berasaskan Pas sanggup mengenakan sumpah Baiah keatas pemimpinnya yang keluar Pas atau mengkhinati Pas.Ramai bekas pemimpin Pas yang berada dalam keadaan berzina dengan isteri mereka sekarang kerana khinatkan Pas. Jadi tentulah Nazri atau Azlina sanggup berkhatan sekali lagi kerana hendak terus berada dipinggiran kuasa Pas dan UMNO lepas pilihanraya nanti.

    ReplyDelete
  2. Salam tan sri,
    Ketika umno berada dalam keadaan hampir lemas, mereka akan mencari apa saja untuk dijadikan tempat berpaut.
    Tindakan umno menyokong ruu355 adalah semata-mata untuk bermain dengan sentimen orang melayu. Tujuannya untuk menarik penyokong PAS yang mana kononnya umno pimpinan najib juga berjuang untuk menegak undang-undang islam. Jadi pas tidak boleh lagi menuduh umno pimpinan najib anti "undang-undang islam" yang dipoloporkan oleh pas.
    Akhirnya bila dewan undangan negeri kelantan meluluskan ruu355, maka menteri umno mula tersentak dengan perangkap mereka sendiri. Nak menentang sudah tidak boleh. Yang untungnya adalah pas.
    Tindakkan PAS meluluskan ruu355 adalah tindakkan terdesak dan "lelongan" terakhir PAS bagi menentang amanah dalam pru14 dikelantan.
    Selepas itu negeri terangganu pula berminat untuk mencontohi kelantan jika rakyat terangganu mahu.
    Bagi saya ini adalah permulaan. Jika agama terus dijual untuk dapat kuasa politik, nescaya kita akan terus undur kebelakang. Tak mustahil satu hari nanti pakaian ahli sukan pula akan dipersoalkan seperti acara gimnastik dan renang.
    Ada orang islam yang tak takut dosa bila tak sembahyang tapi teramat takut berdosa bila menolak atau tak menyokong ruu355, nanti murtad katanya...

    ReplyDelete
  3. Tan Sri Zam,

    "Walaupun di peringkat ini hanya dilaksanakan di negeri Kelantan tetapi sekaligus mencemarkan imej Malaysia sebagai negara Islam Wasatiah."

    1. Tangkapan Tan Sri ada silap nya.

    2. Hukum Hudud sebenarnya sudah bolih dilaksanakan di Kelantan melalui Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 yang telah diluluskan olih Kerajaan Kelantan pada bulan November tahun 1993...24 tahun yang lalu...tetapi tidak dilaksanakan hingga kesaat ini sebab hukuman sebatan maksimum tersebut belum dapat keluluskan Parlimen.

    3. Salah satu contohnya, Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 tersebut ada memperuntukkan 80 sebat kerana minum arak...bagi kesalahan zina pula, pasangan yang berkahwin boleh direjam sehingga mati, manakala belum berkahwin boleh disebat 100 kali...

    4. Itu la RUU355 (sebat maksimum 100 kali) perlu diluluskan terlebih dahulu di Parlimen untuk memberi laluan supaya Hukum Hudud di Kelantan melalui Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 tersebut dapat dilaksanakan.

    5. RU355 itu membenarkan sebatan maximum 100 kali mengikut Al-Quran, tetapi bukan dalam Perlembagaan Malaysia.

    6. Najib dan UMNO lemah kerana skandal curi duit dan pecah amanah...terpaksa berpaut pada dahan lain untuk dapat sokongan rakyat Melayu luar bandar terutama di Pahang, Kedah, Terengganu dan Kelantan dengan menjaja RU355.

    7. Hadi tau UMNO perlukan PAS untuk sokongan Melayu yang hancur akibat skandal Felda dan 1MDB...dan Najib pun tau juga PAS perlukan UMNO sebagai "pintu belakang untuk masuk Hukum Hudud" dengan mengumpan RU355 di Parlimen.

    8. Tapi umpan UMNO ini sangat bahaya...disini Tan Sri silap bila mentafsir bahawa Hukum Hudud itu akan dilaksanakan di negeri Kelantan saja.

    9. Pada lahiriahnya macam begitu la...tetapi, tidak mustahil "Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993" itu juga akan di jadikan sebagai template untuk negeri2 lain termasuk Sabah (BN Sabah sokong 100%) dan Sarawak (belum tau, itu la mereka ke London).

    10. Kelulusan setiap undangan negeri termasuk Sabah/Sarawak hanya teknikal saja...kalau PAS bolih masuk "pintu belakang", pintu depan senang saja diatur...maka berubah la Perlembagaan Federal.

    11. Sebelum ini terjadi, kita perlu jatuhkan UMNO dan BN sebab melanggar asas Malaysia Agreement 1963...satu perjanjian antarabangsa yang tidak bolih diubah kecuali ada persetujuan dengan United Kingdom, Sabah dan Sarawak...sebab "Malaysia" bukan orang UMNO dan PAS punya.

    ReplyDelete
  4. Sungguh pun saya tidak menyokong PAS mutakhir ini, tetapi kenyataan Tan Sri mengatakan hukuman sebat di hadapan khalayak ramai adalah barbaric, itu secara tidak langsung juga membawa maksud bahawa pelaksanaan hukuman sebat di hadapan khalayak ramai yang dilakukan di zaman Nabi Muhammad saw. dulu adalah barbaric. Timbul persoalan di sini, apakah hukuman oleh Nabi saw. ketika itu dikatakan barbaric? Perlu ditegaskan di sini, elakkan menghina hukuman yang mengikut syariat Islam kerana ia boleh meruntuhkan akidah sipenuturnya walaupun tiada niat ke arah itu. Ia hampir sama analoginya dengan kesan mempermainkan perkataan talak oleh suami terhadap isterinya. Apakah ajaran Sains Social itu mengatasi atau lebih baik daripada wahyu Allah? Jika hendak menghentam PAS sekalipun, hukuman yang mengikut syariat Islam janganlah sekali-kali dihina. Kita sebagai penganut agama Islam dengan berimankan bahawa agama Islam itu adalah sempurna, agama yang benar, menegakkan keadilan dll, tetapi pada masa yang sama mempertikaikan pula sebahagian kepercayaan iman yang kita pegang, apakah maksudnya itu? Paling lekeh pun, kita hanya boleh mengatakan belum tiba masanya untuk pelaksanaan hukuman mengikut syariat Islam tanpa menghina dalam apa cara sekalipun terhadap syariat Islam. Wallahu'alam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Niatnya apa pasal hukuman ni? Niatnya pasal agama, atau pasal politik? Niatnya nak hukum, atau nak aibkan pesalah, atau niatnya PAS nak pancing undi sebab PRU dah dekat? Kenapa dulu tak buat, zaman PAS kuat dulu? Bila pecah dua jadi Amanah, baru nak buat? Kalu kau nak lecture pasal keadilan, kau suruh kjaan PAS kelantan jaga hal orang asli dulu.

      Delete
    2. Saya percaya ukuran Barbaric yang dibuat oleh Tan Sri Zam adalah perbandingan dalam keadaan suasana sekarang yang lebih ramai orang terpelajar dan bertemadun.Zam tidak menolak cara barbaric itu sesuai[pada zaman Jahiliah

      Delete
  5. We are moving backwards. Inilah the consequence bila kita support pemimpin yg korup. Bala Allah dah turun.

    Ada ke dalam Quran cerita pasal hukuman sebat dibuat di khalayak ramai? Cuba orang yg kononnya pakar agama tunjukkan ayat yg mana? Ke kes sebat di khalayak ramai ni dari cerita2 hearsay a.k.a hadis yang belum tahu kebenarannya dan yang tak boleh di verify sebab kononnya berlaku lebih seribu tahun lalu.

    ReplyDelete
  6. Trima kasih Tan Sri...kerana beri alternatif view berbeza dari pandangan mereka2 yg berasaskan sudut nafsu politik baik pak2 menteri hatta org.ramai.

    ReplyDelete
  7. Tan Sri Zam,

    "Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi tidak menjawab dengan tepat soalan yang terpendam di kalangan masyarakat...yang melihat penghukuman cara terbuka dikhalayak terhadap pesalah jenayah syariah sebagai keruntuhan peradaban Malaysia."

    1. "Harussani mahu Perak ikut Kelantan rotan di khalayak...July 15, 2017...Kerajaan Perak seharusnya mempertimbangkan untuk mengikuti langkah Kelantan melaksanakan hukuman sebat di khalayak ramai bagi kesalahan syariah.

    Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata, ketika ini masih tiada undang-undang di Perak yang membenarkan hukuman sebat dilakukan di khalayak umum. (1)

    - Apa lagi Nazri, ini satu cadangan yang baik sebagai new product untuk Tourism Perak 2018.

    2. "Nazri: Sebat di Kelantan, pelancong asing boleh ke tempat lain...July 13, 2017...

    “Pelancong boleh ke negeri lain seperti Sabah, Sarawak, Pulau Langkawi, Kuala Lumpur dan lain-lain,” kata menteri pelancongan dan kebudayaan itu." (2)

    3. Ooooop!...sebenarnya dalam kita heboh2 pasal sebat di khalayak ramai, tak disangka2 pula, Sabah lagi canggih...sudah buat siang2 lagi...tanpa orang tau...Nazri pun tak tau rupa2nya...dia bilang dia "Senior Minister"...lagi senior dari Rahman Dahalan (MP Sabah...tapi dia pun tak tau, apa la kau ini Nazri...

    "Hukuman Sebat Terbuka Sudah Lama Dibuat Di Sabah...Jul 14, 2017....Pendedahan tersebut disuarakan oleh Ketua Hakim Syarie Sabah (Datuk Jasri Nasip Matjakir) itu ketika ditemui pada Majlis Pentauliahan Peguam Syarie Mahkamah Syariah Negeri Sabah.

    Beliau berkata sedemikian sebagai ulasan terhadap keputusan kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hukuman sebat di khalayak ramai, bermula September depan." (3)

    4. "Pahang mungkin boleh ikut Kelantan, kata mufti (Pahang)...14 Jul 2017...Negeri Pahang mungkin boleh mengikuti jejak langkah Kelantan dalam melaksanakan hukuman sebat di khalayak ramai bagi kesalahan syariah.

    Bagaimanapun, muftinya Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman, berkata perkara itu hanya akan dibincangkan setelah melihat kejayaan pelaksanaannya di Kelantan." (4)

    - buat apa mau belajar di Kelantan kalau Sabah sudah laksanakan begitu lama?

    - datang la melawat "Serambi Mekah di Bawah Bayu" ini...lagi sejuk dari Genting Highland...tidak ada kasino disini Datuk...konfirm semua halal dan syariah-compliant di Sabah, Datuk...walaupun Nazri cemburu dengan Sabah...dengan si Rahman Dahalan...dengan si Salleh Keruak...dengan si Pandikar...itu la sebabnya Nazri tidak mau promote Sabah padahal kami sudah ada hukum sebat di khalayak ramai yang paling lama di Malaysia.

    - badukang juga kamu 3 orang Sabah nie rupanya...nama saja duduk di Putrajaya, tetapi tidak kasi nasihat itu si Nazri...dia itu "Senior Minister" ba, kamu ini...malas sia...booooodoooooow!

    - nampak2nya mufti2 kita ini berserabut juga, tidak tau apa yang terjadi di tempat2 lain...left hand doesn't know what right hand is doing.

    - atau mungkin juga hukum syarak di Sabah berbeza dengan hukum syarak di Kelantan?

    - sejak ada Hukum Sebat di Tawau, Sabah...negeri Sabah la yang paling teraman dalam Malaysia.

    5. Kami di Sabah menunggu saja ini bila BN Sabah mau luluskan itu RUU355 di Dewan Undangan Negeri...jangan malu2 ba...kita kena cepat sikit ba, jadi Sabah akan jadi negeri yang pertama laksanakan Hukum Hudud.

    BN Sabah sokong RUU355 di Parlimen walaupun ditangguh olih si Pandikar sebab dia bilang...“Today, I don’t want to be a bloody fool.”

    6. Itu sebab la "Dr." Zahid tak bolih jawab Tan Sri...lain kali kena tanya sama Musa Aman, bukan "Dr."Zahid.

    (1) http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/07/15/harussani-mahu-perak-ikut-kelantan-rotan-di-khalayak/

    (2) http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/07/13/nazri-sebat-di-kelantan-pelancong-asing-boleh-ke-tempat-lain/

    (3) http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/hukuman-sebat-terbuka-sudah-lama-dibuat-di-sabah/

    (4) https://www.malaysiakini.com/news/388584

    ReplyDelete
  8. Sejarah menbuktikan demokasi penyebah berhala dan dewa dewi dijatuhkan oleh golongan agama,barbarian dan barbaric

    Mereka itu semua berlakon tergempar, kalau mereka semua menbaca di kitab taurat dan bibel "ada hukumun sama seakan sama"kenapa mereka semua itu tak nak ikut, tanya pada dap itu yg Kristen itu terutama tarisa kok itu,mesti tak dapat jawabnya.

    Jika tanya pada orang cina apakah hukumam dinasti song china mesti mereka akan tak akan jawab ,cuba baca buku justise pao itu dewa bulan yg adil..
    Pasti hukuman sama dijalankan.

    Setiap hukuman itu mesti dijalahkan dengan adil, kalau setakat ajar tapi tak insaf tak guna juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa kena mengena dgn DAP? Bingai macam kau bukan takat kena sebat, patut kena sula tang pungkok baru ko sedar diri.

      Delete
    2. Hanya orang islam yg bersalah je takut kena sebat sebab mimum daun ketum dan makan pil kuda di kelatan

      "dap,gerakan,mca jangan nak takut2 orang islam dan bukan islam ketika nak pilihanraya ini, yg kena sebat pun orang islam, mereka bukan islam masih bebas nak minum arak jika mereka nak akan,

      sebenarnya apa mereka takut bisnes mereka jatuh apabila orang islam tak menbeli arak dan tak lagi pergi club malam lagi itu je.

      Kalau pas dan umno nak buat hukum syriah di kelantan itu hak mereka "90% islam majority orang islam dikelantan setuju.

      Hukum bibel sila jawab "kalau tarisa kok tak pakai tutup kepala "kepala tarisa kok akan botakkan dan suami akan panggil oleh ke gereja kenapa dap takut fakta yg ada ini dalam bibel "sila jawab fakta ada.

      Delete
  9. Tan Sri Zam,

    "Zaman mendedahkan hukuman untuk tuntonan ramai bagi memalukan atau menakutkan hanya berlaku di negara yang tidak bertamadon seperti Arab Saudi..."

    1. Sebenar ada benar yang Tan Sri kata bahawa "penghukuman cara terbuka dikhalayak (ramai) terhadap pesalah jenayah syariah...itu cara barbaric..."

    2. Cuba kita teliti sikit...

    "Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka DERALAH tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka DISAKSIKAN oleh SEKUMPULAN ORANG ORANG YANG BERIMAN"...Surat An-Nur Ayat 2.

    3. "DISAKSIKAN" tidak sama dengan "tuntonan" ramai...sebab yang menyaksikan itu mungkin ada "legal standing" seperti polis, doktor, loyar, imam/ustaz yang bertauliah dan kakitangan mahkamah syariah...jadi mereka ini bukannya penonton...macam orang ramai, makcik, pakcik, tukang sapu, anak2 sekolah, pengisap gum, mat rempit dsbnya...termasuk pelancong2 dari luar negeri.

    4. "tuntonan ramai" tidak sama dengan "SEKUMPULAN ORANG ORANG YANG BERIMAN"...kecuali kita dapat pastikan semua orang ramai yang diluar masjid/surau itu tadi semuanya orang2 yang beriman.

    Mungkin, semua penonton orang Arab Saudi itu, orang2 yang beriman, itu kan tanah suci...macam Kelantan?..."mirror image" of Saudi a.k.a "Serambi Mekah".

    5. "DERALAH" tidak sama dengan sebatan...sebab ada macam2 cara mendera orang, mengikut budaya masing2.

    - ada yang kata sebat hudud dikhalayak ramai luar masjid itu mendera sambil 'mendidik' dengan cara memalukan pesalah syariah,

    - ada juga yang kata dalam mahkamah pun cukup,

    - ada juga yang kata sebat dalam penjara sivil macam Penjara Kajang, pun ok...tetapi kita kena ingat, stail sebat hudud bukan sama dengan stail sebat sivil...kalau la sama, selepas 100 kali kena sebat hudud, pesalah itu geranti konfirm jadi "minced meat"...jangankan isi dan kulit, tulang pun bolih hancur!

    - tetapi, apakah yang dimaksudkan "DERALAH" dalam AlQuran itu?...ada siapa yang tau?

    - Mari kita tinjau sikit hadis2 sahih untuk memahaminya.

    "Nabi s.a.w telah didatangi seorang lelaki yang telah minum arak, lalu telah disebatnya dengan dua pelepah tamar sebanyak 40 kali"...Riwayat Muslim.

    "Sesunguhnya dipukul ("sebat"?) bagi peminum arak dengan kasut dan pelepah tamar sebanyak 40 kali"...Riwayat Muslim.

    "Sesunguhnya Nabi s.a.w merotan ("sebat"??) dalam kes arak dengan pelepah tamar dan sepatu, kemudian Abu Bakar (di zaman nya) juga menyebat dengan 4o kali sebatan. Di ketika pemerintahan Umar, beliau meminta pandangan dari orang ramai. Apa pandangan kamu tentang sebatan bagi orang yang minum arak? Lalu Abdul Rahman bin Auf berkata: aku berpandangan kita menjadikan hudud yang paling ringan (qazaf), maka Umar membuat keputusan untuk menyebat dengan 80 kali sebatan"...Riwayat Muslim dan Abu Daud.

    6. Jadi sebat hudud itu ikut peredaran zaman, tetapi selepas 1,400 tahun, kita susah mau faham macam mana ia bolih dilakukan sebab sepatu Arab, pelepah tamar tidak sama dengan kasut Adidas dan rotan, bos ku.

    7. Itu la kata Tan Sri "barbaric" sebab kita tidak ada ilmu macam mana orang Arab Bedouin yang six-footers dan tinggal di padang pasir sebat orang kalau dibanding dengan orang Melayu yang badan kecil makan cincaluk...berbeza tu bos ku...kalau orang Arab yang sebat, taik pun bolih terkeluar!

    8. Sebat hudud Arab bukan untuk "memalukan atau menakutkan" Tan Sri, tetapi untuk "mendera".

    9. Kita orang Melayu konon mau ikut2, tetapi lalat pun tak mati!

    10. Sebab budaya kita tidak sama.

    ReplyDelete
  10. Sukasamasuka, tak payahlah nak tunjuk pandai kalau ilmu tu sekerat lutut sahaja. Inilah bahana bersama-sama orang yang menentang hukum Allah s.w.t. Kalau bercakap haru-biru sekali. SESAT LAGI MENYESATKAN!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tan Sri Zam,

      Terima kasih 06:47.

      Kita hanya bertukar pendapat.

      Aku tidak ada ilmu agama...cuba mau belajar sikit2 saja.

      Itu pun kamu sudah mau marah2.

      Macam mana la aku mau belajar kalau begini, bos ku.

      Tunjukkan ajar la yang mana tak betul jadi aku akan perbetulkan.

      Itu saja bos ku.

      Jangan marah ba.

      Delete
    2. 06.47...di mana salahnya hujah sukasamasuka? Sila bagi pencerahan, tunjukkan ilmu anda

      Delete
    3. Aku puas hati dan mudah faham dengan apa yg dihujahkan sukasamasuka. 06.47 silakan bagi pencerahan bahagian mana bah yg sesat lg menyesatkan.

      Delete
  11. Puan-puak Unta dan rakan bersongkok mereka akan terima kejutan yang amat dahsyat pada PRU akan datang

    Dia ingat orang Melayu dah boleh diperbodohkan dengan ceramah one-way lawak menyanyi mereka sahaja dengan selit sikit bahasa asing padang pasir.

    Orang Melayu adalah orang Timur dengan lengok dan budaya lemah lembut dan bertolank ansur. Dalam seloka ada kias pantunnya. Puak Taliban Salafi tak boleh cari makan disini

    ReplyDelete
  12. Biarlah mereka buat hukum syariah itu sesuai untuk kelantan dan 'kena ingat kalau nak buat hukum syariah jangan benarkan ahli politik pegang kuasa untuk mahkamah syariah, bagi bertindak adil pada semua semua rakyat kelantan, kalau tak nanti pas tak kena hukuman kalau mereka berzina, umno berzina akan kena hukuman kalau mereka berzina, nanti orang cakap tak adil..

    Kuasa mahkamah syariah mesti di letakan majis raja kelantan itu atau pihak berkecuai kalau mereka benar2 iklas nak buat hukum syariah itu di kelantan.

    Kalau seluruh negeri agak mustahil sebab mendapat tentangan dari kaum bukan islam walau pun mereka tahu ia hukum syriah bukan islam sebabnya ahli politik suka takut2 orang bukan islam dan hukum syriah akan kena pada bukan islam "semua alasan dibuat oleh ahli politik pancing undi. Walau pun orang cina tahu hukum paling adil adalah dari dinasti song dari dewa justice pao itu, dan Walau pun kristen tahu hukuman bibel amat kejam 'mereka takut nak laksanakan hukuman di bibel itu.

    Aku bersetuju kalau buat hukuman syriah, mana2 orang islam kelantan yg suka sangat pil kuda dan minum arak termasuk suka minum daun ketum 'sila pukul mereka dengan 40kali dengan rotan dan baling kasut adidas dan selipa jepun bagi nak kurangkan penagih dadah dikelantan amat membimbangkan itu, itu je cara nak kurang penagihan di kelantan aku nampak,

    Cuba tengok tun mahathir laksanakan hukuman mati pada pengedar dadah, pengedar tak berani lagi edar dadah secara terang2 di malaysia ini.

    ReplyDelete
  13. 'negara yg tak bertamadon seperti Arab Saudi' kata TAN Sri. Habis kenapa kerajaan Msia menubuhkan besama Arab Saudi the King Salman Center for International Peace di Msia??

    Pak Arab yg paling kaya.. takkan org tak bertamadon boleh kaya??

    ReplyDelete
    Replies
    1. " ..takkan org tak bertamadon boleh kaya??" Anon 23:18, saya rasa anda perlu belajar apa maksud tamadon. Pak Arab Saudi kaya raya sebab Allah kurniakan minyak tapi teknologi, pekerja mahir & kurang mahir semua dtg dari negara luar, so maknanya, org bodoh pun boleh kaya kalau ada telaga minyak atau lombong emas belakang rumah dia.

      Apa sumbangan negara2 teluk kepada perkembangan ilmu, sains & teknologi atau keamanan dunia? Ada tak org Arab menang Nobel prize? Isu Palestine tak boleh selesaikan, cari gadoh pulak dgn Yemen & Qatar. Itu ke cara bangsa yg bertamadon??

      Delete
    2. Orang tak bertamaddunlah yang rompak wang rakyat maka itu mereka kaya.

      Delete
  14. RUU 355 tak lulus lagi.

    Oleh itu sebat maksima hanya boleh dibuat sebanyak 6 kali.

    Cuma apa yang PAS hendak lakukan, pada fahaman saya adalah mengubah tempat sebatan daripada dalam bangunan ke luar bangunan. Jadi itu, hukum sebatan boleh disaksikan oleh orang ramai. Dengan sebab itu, pesalah akan menjadi malu.

    Itu saja.

    Apa sebabnya sekarang waktu sekarang hendak mengubah tempat sebatan?

    Adakan kerana sudah hampir kepada pilihanraya?

    Lebih 20 tahun PAS perintah kelantan, kenapa tidak menyebat di khalayak ramai?

    Adakah PAS tidak ada lagi idea dalam kepala mereka bagaimana hendak berkhidmat kepada rakyat selain daripada menambah hukuman, menukar tempat hukuman.

    Selain daripada hukuman, tidak ada lagi yang boleh PAS tawarkan kepada rakyat Malaysia ini, sepertimana yang ditawarkan daripada Pakatan dan BN?

    ReplyDelete
  15. Tan Sri Zam,

    1. Di Malaysia, kita ada lebih kurang 3 system perundangan.

    2. Hukum Sivil yang di baca, di ubah, di tambah, di kurangkan atau di tolak melalui Parlimen...mengikut keperluan semasa...dan, tidak ada undang2 yang bolih melebihi undang2 yang berteraskan Perlembagaan ini.

    3. Hukum Syariah...bukan Hukum Hudud...untuk orang Islam saja berpandukan AlQuran, Sunnah dan adat...dan, tidak bolih melebihi undang2 sivil yang berpelembagaan.

    Contoh terbaik ialah, RUU355 yang mesti diluluskan olih Parlimen, supaya Hukum Hudud bolih di laksanakan.

    4. Undang2 Adat atau Native Customary Laws yang ada diSabah/Sarawak/Adat Pepatih.

    Undang2 ini juga tidak bolih melanggar atau melebihi undang2 sivil.

    5. Konsep "dosa" yang ada didalam hukum hudud atau Taurat atau Injil tidak dipakai dalam undang2 sivil sebab itu antara manusia dengan Tuhannya.

    Walaupun AlQuran, Taurah dan Injil mengharamkan arak, judi dan zina...tetapi, kita dapati hanya orang Islam saja yang "want to play God"...dalam melaksanakan "hukum Hudud".

    Kenapa?

    Bagi pendapat sebahagian orang Islam...terutamanya PAS, kalau Hukum Hudud itu tidak dilaksanakan, maka itu "kafir" namanya.

    Ini yang dijaja olih PAS untuk berkuasa dengan mencampur politik dengan agama atas alasan bahawa Islam itu "ad deen" or complete way of life.

    Memang Islam itu "ad deen", tetapi bukan PAS. PAS Jual RUU355 bukan pasal Islam, sebab Islam tak perlukan sesiapa.

    Islam itu untuk aku...untuk kamu...bukan dari PAS atau UMNO.

    "Hukum Hudud" itu adalah untuk aku dan keluarga aku untuk hidup seharian sebagai panduan atau sempadan, bukan untuk di jadikan enakmen dan undang2.

    Aku tidak minum arak sebab aku percaya pada "Hukum Hudud" bukan pasal takut kena sebat. Kalau takut kena sebat, beli Carlsberg dan Scotch di kedai, puas2 la minum dirumah, siapa mau tangkap aku...kalau berani masuk la.

    Memang ada orang Islam berzina dalam 'kereta rosak' tepi jalan raya...itu yang tak ada duit...takkan mau londeh model cantik bertaraf antarabangsa macam si Atlantuya dalam 'kereta rosak' pula.

    Itu la juga Hukum Hudud kalau jadi undang2, ianya berat sebelah sebab kalau mau cari 4 saksi yang beriman sebagai saksi zina bukan senang...yang dibayar gaji sebagai saksi belum tentu dia orang yang beriman sebab dia dibayar gaji...iman mana bolih dijual beli.

    Iman seseorang itu hanya bolih ditentukan olih Allah Taala...HakNya...itu bukan hak yang yang Dia berikan pada manusia, jin, syaitan, mufi2, sultan2 dll.

    6. Lain pula bagi orang2 Kristian, mereka2 ini tidak mau "want to play God"...sebab mereka2 ini berpandukan pada...

    "They kept on asking Jesus about the woman. Finally, he stood up and said, “If any of you have never sinned, then go ahead and throw the first stone at her!”...John 8:7

    Siapa la berani?

    Itu la hadnya kita sebagai manusia.

    7. Undang2 adat Sabah/sarawak pula lain ceritanya...terutama sekali untuk masyarakat pribumi.

    Ini sebagai contoh saja: seorang Ustaz Melayu Islam dari Malaya terlanggar seekor babi kepunyaan seorang makcik beragam Pagan semasa drive di Tambunan.

    "Hukum Sagit" tetap kena walaupun tidak ada melanggar apa2 kesalahan dari undang2 sivil atau syariah.

    Kalau babi jantan murah saja. Tetapi, kalau babi betina, mampus nak bayar sagit. Tak percaya, bolih cuba ba.

    Kalau ustaz minum arak dikhalyak ramai, tidak ada sagit sebab itu adalah adat budaya pribumi sejak beribu2 tahun.

    8. Adat, agama, bangsa dan politik tidak bolih sekali2 dicampur....tidak akan ada kesudahannya.

    9. Biar la manusia itu hidup bebas dan senang...itu hak nya...bukan hak kita...dia juga makhluk dijadikan Allah Taala...maka, biar la Dia yang menghukumNya kalau bersalah.

    10. Apa ke aku tidak pernah melanggar "Hudud" semasa hidup ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa kata hukum hanya guna empat saksi gunakan hukum zina dan lain2 kes kita juga boleh gunakan hadis sebagai rujukan,

      Dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
      “Jika semua orang diberi hak hanya dengan dakwaan klaim mereka semata2, niscaya akan banyak orang yang mendakwakan mengklaim harta orang lain dan darah-darah mereka. Namun, bukti wajib didatangkan oleh pendakwa , dan sumpah harus diucapkan oleh orang yang mengingkari tidak mengaku ”.

      Ini ada dalam undang2 islam. Pas dan umno masih mentah tentang hukum hudud,pas dan umno harus belajar apa bukti dalam sesuatu kes.






      Delete
    2. Undang2 islam bukan hanya empat saksi je
      Saudara baca hadis dan al quran

      Ibnu `Abbās radhiyallahuanhā menyampaikan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

      Kalaulah diberikan (kebebasan) kepada manusia untuk mendakwa; nescaya akan ada manusia yang mendakwa miliknya harta orang yang lain dan darah mereka, oleh itu (dalam Islam), Pembuktian menjadi tanggungjawab pertama ke atas pendakwa, dan (apabila telah sabit bukti), sumpah menolak adalah bagi mereka yang mengingkari (bukti tadi).

      (HR al-Baihaqi di dalam al-Sunan al-Kubrā: 21201)

      Kita merujuk pada al quran pulan dalam surah yusuf 12:26

      "Yusuf pula berkata: "Dia lah yang memujukku berkehendakkan diriku". (Suaminya tercengang mendengarnya) dan seorang dari keluarga perempuan itu (yang ada bersama-sama) tampil memberi pendapatnya dengan berkata:" "Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang-orang yang dusta.

      Yusuf 12:27
      Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu, dan Yusuf adalah dari orang-orang yang benar"


      Dalam surah (Yusuf 12:26,27) menunjukan bukti boleh digunakan.

      Silap tun mahathir mendapat pemahaman yg salah tentang hukum islam, anwar pandai cuba nak lepaskan diri guna mahkamah syariah yg tak mahir bidang dengan dna sedang al quran sebut dna pembaca darah SURAT AL-ALAQ (1-5) ,anwar hanya pandai pakai empat saksi, kalau mahkamah syriah gunakan "bukti dan saksi 'anwar pasti tak berani berdolak dalik tentang dna dan air mani dalam bontot itu

      Delete
    3. Tan Sri Zam,

      1. 23.58 dan 12.44...bukti memang penting dalam Hukum Islam...saya tidak mempertikaikan unsur2 mendapatkan bukti tersebut, seperti apa yang terdapat dari Surah Yusof yang bermula dari ayat 12.25...dimana ayat ayat itu membawa erti tidak lain dan tidak bukan, bahawa setiap TUDUHAN mesti ada BUKTI untuk dihukum kalau salah...walaupun Nabi Yusof TIDAK WAJIB buktikan tidak bersalah kerana dia memang tidak bersalah KECUALI ada bukti sebaliknya.

      2. Apa yang saya pertikaikan adalah 4 saksi itu sebab bukan senang mau cari...kerana mereka harus atau mesti ada mempunyai ciri-ciri berikut:

      1. Lelaki...kenapa bukan perempuan?

      2. Baligh...ok.

      3. Berakal...ok.

      4. Adil (Tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa kecil)...macam mana la kita mau tau siapa orang ini?...pakai SD?

      5. Islam...ok la, kalau kita rasa saksi itu Islamnya cukup sedangkan kita tau bukan semua yang lahir Islam itu betul2 Islam.

      6. Keempat-empat saksi mestilah benar-benar melihat dengan matanya sendiri...kira ok juga la tu, walaupun agak ramai sikit nak intip orang lain buat kerja zina macam dia orang nie tak ada kerja lain.

      Kalau salah satu 4 saksi itu orang Islam dari Brunei bolih ke>

      7. Keterangan saksi mestilah jelas.
      ..ok...kena orang fasih Bahasa atau Inggeris la...Bangla konfirm tak bolih?

      8. Keempat-empat saksi mestilah melihat ditempat dan masa yang sama...aku pun mau jadi saksi, siok kerja dia nie...kalau bukan dalam 'kereta buruk' macam mana?...senang ke masuk hotel 6 bintang?...atau Genting Highland?...kalau anak/bapa/adik sendiri, macam mana?

      9. Pengakuan - Pengakuan sendiri dari orang yang membuat tuduhan dengan sekali pengakuan di mahkamah...ok.

      10. Sumpah...ok la kalau semua saksi takut pada sumpah, bukan sumpah pasal kena bayar.

      Jika orang yang dituduh tidak mempunyai sebarang bukti untuk menolak dan mengenepikan tuduhan dari penuduh, maka orang yang kena tuduh itu hendaklah meminta kepada orang yang membuat tuduhan supaya bersumpah di atas kebenaran tuduhannya.

      3. Pada hakikatnya, Hukum Syariah di Malaysia ini selari dengan Pelembagaan Malaysia dan hanya tertumpu pada hukum2 kekeluargaan sahaja, bukan untuk tukar Perlembagaan Persekutuan...ini tidak bolih sama sekali sebab "Malaysia" bukan Islamic country tetapi sekular...bukan aku yang cakap.

      4. Ini Tuanku Abdul Rahman yang cakap dalam Legislative Council pada satu ketika dulu....

      “I would like to make it clear that this country is not an Islamic state as it is generally understood, we merely provided that Islam shall be the official religion of the State.”

      5. Jadi kalau ada yang masih tidak puas hati, why not ask the BN Government to call for a national referendum to settle this issue once for all...very much like BREXIT...why not?

      Delete
  16. Kita mesti konsisten dengan kenyataan "menghukum di depan khalayak ramai adalah barbaric dan perlu dihentikan!"
    Jadi kenapa kesalahan DS Najib di sebarkan di khalayak ramai, dalam media dan tulisan-tulisan bercetak? Sedangkan DS Najib belum dibicara dan dihukum lagi?
    Jika orang yang sudah sah berzina disaksikan oleh 4 saksi (hakikatnya penzina itu memang tidak malu @daring kerana bukan senang zina itu disaksikan oleh 4 saksi Islam yang boleh diterima), itu pun tidak layak kita laksanakan di khalayak ramai, inikan pula DS Najib yang kita tiada saksi yang adil, sekadar orang kata.
    Konsistenlah! Jangan kalau kena pada kita tidak betul tapi kalau kena pada musuh/orang yang kita benci betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. labu labu....merapuuuu yelahhh.....

      Delete
    2. 4 orang saksi yang kononnya orang warak belaka dok tengok orang tengah berzina?Kemudian mereka ini akan sahkan yang itu adalah zina?Inilah contoh kemampuan fikir orang bodoh semulajadi yang tidak pernah mampu faham Al-Quran,tetapi mereka hanya merapu sahaja.Inilah golongan yang menyimpang dari kebenaran,dan tiada kesedaran.Hanya suka menghukum.

      Delete
    3. Muhammad Danish, apa merapunya? Hari-hari asyik memalukan DS Najib takpa ka? Ini melebihi dari hukuman di depan segolongan orang beriman (tho ifatun minal mukminin). Menghukum DS Najib melalui internet bermakna di saksikan oleh rakyat seluruh dunia!!!!

      Delete
  17. Salam TS Zam, maaf tentang apa yg saya nak kata tapi kebenaran. Di kelantan, buat hukum hudud macam bagus tapi akn datang pasangan nak berzina akn ke seberang thailamd saja. mereka bukan bodoh mcm PAS. Di Kedah, kalau kita ke Danok, ramai student2 UUM berpasangn ke sana utk overnight sama2. tak percaya, sila pergi dn lihat sendiri. Ada juga couples lain yg happy2 di danok. nak sebat apanya? sebat pungkoq nik albodoh anak lelaki nik aziz, si bodoh pianggg

    ReplyDelete