Thursday, 13 July 2017

NAZRI AZIZ DAPAT PRODUK BARU UNTUK TARIK PELANCONG KE KELANTAN.





RUU355 PINCANG HANYA MELAYU KENA SEBAT
KOMEN: sukasamasuka13 July 2017 at 13:58
Tan Sri Zam,

1. Saudi Arabia dan Brunei mempunyai penduduk beragam Islam melebihi 98%.

2. Kedua2 negara itu pada asas nya adalah dua buah negara asal...maknanya sudah ujud sekian lama yang diiktiraf sebagai "natural state or region"

3. Malaysia bukan negara asal...hanya sebuah wilayah baru...ia lahir dengan Perjanjian Antarabangsa antara 5 buah negara...dipanggil Malaysia Agreement 1963...antara Malaya, Sabah, Sarawak, Singapura dan United Kingdom...dengan persetujuan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu...bukan Kerajaan PAS atau kerajaan Perikatan atau Kerajaaan BN.

4. Secara kasarnya, mungkin Malaysia mempunyai 60% penduduk beragama Islam...maka RUU355 itu pincang dan berat sebelah sebab hanya orang Islam yang kena sebat sedangkan orang bukan Islam tidak kena.

5. Bukan ke ini bercanggah dengan Perlembagaan?
NAZRI DAPAT PRODUK BARU

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Dato' Seri Mohamad Nazri Aziz tentulah sangat gembira dengan langkah Kerajaan Pas Kelantan hendak melaksanakan hukuman sebat dikhalayak ramai terhadap pesalah RUU355 (Tatacara Hukuman Jenayah Syariah2002(Pindaan2017) bila dikuatkuasakan di Kelantan kelak.

Ini akan menjadi product baru pelancongan Malaysia untuk dijual oleh Nazri di luar negara  bagi membolehkan orang bukan Islam terutama dari negara maju menyaksikan hukuman ikut cara kuno dan barbaric di sebuah negara demokrasi dan  moden Malaysia.

Walaupun ini dilaksanakan di Brunei dan Arab Saudi tetapi perlaksanaannya di Malaysia adalah lebih menarik perhatian kerana kedua negara itu bukan negara demokrasi sebaliknya negara pemerintahan beraja.

Pelancong-pelancong bukan Islam yang tidak dapat menyaksikannya di tanah haram Arab Saudi tentulah akan bertumpu ke Malaysia kerana disini tidak ada sekatan.

Langkah ini juga boleh dipromokan oleh Nazri di kalangan negara-negara Arab  sebagai usaha  membantu memperbaiki  imej Arab Saudi  yang  masih mengekalkan cara hukuman yang tidak bertamadun. Tentunya dengan itu Arab Saudi  akan meningkatkan quota bilangan jemaah Haji Malaysia ke Mekah.

Walaupun Brunei  melaksanakan hukuman-hukuman Islam yang keras ke atas mereka yang melanggar dosa-dosa besar dalam  Islam tetapi Brunei dan Saudi bukanlah negara Islam yang democratic seperti Malaysia yang mahu dikenali sebagai negara pasaran bebas, liberal dan  berbilang kaum dan agama yang mendedahkan  rakyatnya melihat ketidakadilan undang-undang terutama atas kesalahan jenayah.

Walapun langkah ini akan dilaksanakan hanya di negeri Islam Pas tetapi ia tetap menjejaskan imej Kerajan Barisan Nasional khususnya UMNO kerana diketahui bersubahat dengan Pas bagi melaksanakan hukuman itu. Dunia tentu tertanya bagaimana sebuah kerajaan negeri yang dogmatik, mundur dan miskin boleh menekan Kerajaan Pusat dibawah pimpinan golongan terpelajar.

Lebih menyedihkan ialah penguatkuasaaan undang-undang ini kelak merupakan  pengkhianatan terhadap  perjuangan dan asas kemerdekaan negara yang diletakkan oleh  pengasas-pengasas   UMNO terutama Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail yang telah membina imej  perkongsian kuasa untuk membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang bertolransi , harmony,liberal , moden dan demokratik yang setaraf dengan negara-negara maju lain di dunia.

NAZRI: PELANCONG BOLEH ELAK "SERAMBI MEKAH" 

Tindakan Kelantan meluluskan hukuman sebat di khalayak ramai bagi kesalahan syariah di negeri itu tidak akan menjejaskan industri pelancongan Malaysia, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz.
Nazri berkata, kerana banyak lagi destinasi pelancongan yang lebih menarik berbanding Kelantan.
Malah, Nazri berkata pelancong juga boleh mengelak ke negeri "Serambi Mekah" itu.
"Ia tidak akan menjejaskan pelancongan kerana terdapat negeri-negeri lain yang lebih menarik lagi dan terpulang kepada pelancong.
"Kalau mereka tak nak pergi (Kelantan), mereka boleh tak pergi. Kalau risau tentang itu jangan datang ke Kelantan.
"Banyak lagi negeri lain mereka boleh mereka pergi seperti Sabah dan Sarawak dan kalau mereka takut datanglah negeri-negeri lain macam Selangor, Pulau Pinang atau Langkawi, Kedah," kata Nazri.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Kuala Lumpur selepas merasmikan bengkel Malaysia My Second Home (MM2H) di Kuala Lumpur, hari ini.
Nazri mengulas tindakan kerajaan Kelantan meluluskan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang antara lainnya membolehkan hukuman sebat dijalankan di khalayak ramai.
Pindaan itu dicadangkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Mengulas lanjut, anggota Majlis Tertinggi Umno itu berkata Kelantan kini bukan lagi merupakan pilihan utama pelancong.
Oleh demikian, Nazri berkata kerajaan negeri Kelantan boleh berbuat apa saja.
"Kalau risau tentang itu jangan datang ke Kelantan. Kelantan adalah negeri yang tidak sering dikunjungi jadi jika mereka mahu menjadikannya lebih kurang menarik, itu adalah masalah mereka," kata Nazri.- MALAYSIAKINI





33 comments:

  1. Saya sokong sebat umum jika kesalahan berikut turut dihukum cara yg sama: rasuah kena 1 sebat setiap rm1 nilai suapan, salahguna kuasa, jual kontrak, kontrak tak siap ikut jadual, kualiti kontrak teruk spt bumbung runtuh , kelentong rakyat, lepak di kantin waktu kerja, janji pilihanraya tidak ditepati malah dicapati, belanja boros atau tak ikut SOP spt dalam laporan ketua audit negara, lewat masuk ofis, sembang kosong di ofis, jual tupperware atau buat apa2 sale di ofis, biar anak2 main air masa banjir, seludup barang melalui sg golok; dan lain2 lagi kesalahan yg boleh menjatuhkan maruah bangsa.

    ReplyDelete
  2. Parti yang bertopeng agama hanya mau menghukum rakyat marhaen yang setiap hari berpeluh mrncari sesuap nasi. Pemimpin curi balak rasuah penipu bebas bermaharaja lela. Hukuman hanya pada golongan lemah tiada kuasa dan semua dilakukan kerana Tuhan berada dipihak mereka konon-kononnya. Konon2nya ikut mereka boleh masuk syurga. Sapa kata?? Depa yang kata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat didahulukan....

      Delete
  3. yang anaiya orang asli gua musang patut kena sebat dulu. Mesti penuh stadium orang datang tengok

    ReplyDelete
  4. "Ini akan menjadi product baru pelancongan Malaysia untuk dijual oleh Nazri di luar negara bagi membolehkan orang bukan Islam terutama dari negara maju menyaksikan hukuman ikut cara kuno dan barbaric di sebuah negara demokrasi dan moden Malaysia."

    Tan Sri, hukuman sebat adalah hukuman Allah s.w.t. Mengapa Tan Sri mengatakan hukuman ini kuno dan barbaric? Perkara ini merupakan perkara yang boleh merosakkan akidah seseorang.

    Hukuman sebat bukan hukuman yang dicipta oleh PAS. Tetapi, hukuman yang telah ditetapkan oleh syariat Islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 10:06, boleh bagi ayat Quran yg menceritakan tentang hukum sebat?

      Delete
  5. Saya setuju dengan anon 10:06 dan sangat terkejut dengan sikap dan perkataan yang zam gunakan.


    Saya sokong keputusan PAS cuma saya berharap perlaksanaan dan motifnya mengikut Al Quran dan Hadith.

    Saya menunggu komen dan ulasan ilmuan ugama yang ada integriti.

    ReplyDelete
  6. Mustapha Mohammadi13 July 2017 at 10:37

    Bebalnya awak membuat tuduhan Tan Sri Zam tidak menghormati hukuman Allah.Beliau bukan mengatakan hukuman itu barbaric tetapi cara menjalankan hukuman itu dalam sebuah dunia yang sudah moden dan terpelajar.
    Hukuman gantung kerana dadah pun orang tak takut apatahlagi hukuman yang hanya hendak memalukan seperti ini tidak juga akan berkesan. Cara yang dijalankan sekarang pun tidaklah buruk sangat dan tidaklah mengemukakan umat Islam sebagai manusia Malaysia yang banyak lakukan maksiat.
    Saya setuju jika lebih yang disebat ialah orang Pas yang sedang hidup dalam keadaan berzina walaupun suami isteri kerana keluar dari Pas walaupun bersumpah. Yang mesti disebut dulu ialah Haji Hadi kerana dia terus membiarkan keadaan ini. Nak Sebat Nik Aziz pun dia dah mati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hukuman kafirkan orang Islam pun bukan hukuman dari Allah. Orang yang kafirkan orang Islam itu sekarang sedang berkawan dengan yang dulunya dikafirkan. Eloklah dia disebat kerana menakutkan orang Islam demi politik.

      Delete
  7. Pemusnah Lebai Selekeh13 July 2017 at 10:56

    Tak lama lagi perempuan di Kelantan tak dibenarkan pandu kereta kerana itu hukum syariat Allah.

    Bahaya delusi agama keterlaluan macam ni akan memundurkan orang Melayu dari segi sosial dan ekonomi.

    Saya hanya mampu geleng kepala sambil ketawa kecil melihat kemusnahan Melayu Kelantan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penganut isle raso dirinya benar,..tapi tidak sedar dirinya menyembah berhala.Najib ketua penyamun sanggup izinkan apa sahaja asalkan dirinya terselamat.

      Delete
  8. "Beliau bukan mengatakan hukuman itu barbaric tetapi cara menjalankan hukuman itu dalam sebuah dunia yang sudah moden dan terpelajar."

    Sama la tu. Kebebalan awak dengan Zam pun sama sahaja saya rasa Pak Cik Mustapha.

    ReplyDelete
  9. "Hukuman kafirkan orang Islam pun bukan hukuman dari Allah."

    Saudara Sham, seseorang yang melaksanakan hukum selain hukum Allah s.w.t. boleh jatuh kafir. Ini dijelaskan dalam al-Quran yang menyatakan sesiapa yang berhukum selain hukum Allah adalah kafir.

    “Barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah maka mereka itulah orang-orang yang kafir.” al-Maidah : 44.

    Bukan mengkafirkan orang tetapi seseorang itu boleh jatuh kafir jika seseorang itu apatah lagi pemerintah berhukum selain hukum Allah s.w.t.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Majoriti yang tidak mampu membaca peringatan Allah dalam Al-Quran dengan teliti sangat yakin bila menghukum orang, dan mengatakan yang semua hukuman itu adalah datangnya daripada Allah.Sekarang siapa yang kafir?

      Delete
  10. "Hukuman gantung kerana dadah pun orang tak takut apatahlagi hukuman yang hanya hendak memalukan seperti ini tidak juga akan berkesan."

    Saudara Mustapha, hukuman gantung kerana dadah tidak termasuk dalam hukuman hudud dan qisas. Ia adalah jenayah takzir kerana jenayah mengenai dadah tidak disebut dalam al-Quran.

    Saya rasa pak cik Mustapha belajar al-Quran tak habis dulu. Sebab itu sama bebal dengan Zam.

    ReplyDelete
  11. "Saya sokong sebat umum jika kesalahan berikut turut dihukum cara yg sama: rasuah kena 1 sebat setiap rm1 nilai suapan, salahguna kuasa, jual kontrak, kontrak tak siap ikut jadual, kualiti kontrak teruk spt bumbung runtuh , kelentong rakyat, lepak di kantin waktu kerja, janji pilihanraya tidak ditepati malah dicapati, belanja boros atau tak ikut SOP spt dalam laporan ketua audit negara, lewat masuk ofis, sembang kosong di ofis, jual tupperware atau buat apa2 sale di ofis, biar anak2 main air masa banjir, seludup barang melalui sg golok; dan lain2 lagi kesalahan yg boleh menjatuhkan maruah bangsa."

    Ini pun cara cakap orang bodoh. Rasuah RM1 satu sebat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 11.31 ok kalu cam tu RM1.20 satu sebat....naik 20%.

      Delete
  12. "Saya setuju jika lebih yang disebat ialah orang Pas yang sedang hidup dalam keadaan berzina walaupun suami isteri kerana keluar dari Pas walaupun bersumpah."

    Saudara Mustapha, orang-orang PAS tidak berzina. Menurut Dr. Asri Zainal Abidin sumpah yang dibuat oleh orang-orang PAS yang keluar parti adalah tidak sah.

    Cakap tu biar ada ilmu sikit. Cakap jangan sembrono sahaja macam orang bebal.

    ReplyDelete
  13. Rahman Yaacob, Johor.13 July 2017 at 12:20

    Artinya orang Pas bahlol lah masa mengenakan hukuman Baiah keatas pengikutnya yang keluar dari Pas atau mereka mempermainkan agama bagi menakutkan ahli mereka supaya tidak keluar dari Pas.

    ReplyDelete
  14. Nurulhuda Maarof,Kg Kerunci.13 July 2017 at 12:23

    Oleh kerana sumpah yang dibuat oleh Pas itu tidak sah mengikut Datuk Asri maka banyaklah lagi fatwa ulama Pas yang tidak sah sebaliknya mereka menggunakan agama atau Islam untuk kepentingan atau nafsu politik yang jumud dan dogmatik. Inilah akibatnya jika kita membiarkan parti agama di negara ini

    ReplyDelete
  15. Tan Sri Zam,

    "Lebih menyedihkan ialah penguatkuasaaan undang-undang ini kelak merupakan pengkhianatan terhadap perjuangan dan asas kemerdekaan negara..."

    1. Tepat sekali penelitian Tan Sri.

    2. Malaya merdeka dahulu (31hb Ogos 1957) sebelum Malaysia kita tubuhkan )16hb September 1963).

    3. Malaysia ditubuhkan bukan untuk menegakkan sebuah negara Islam demokratik, tetapi untuk menubuhkan suatu gagasan stabil (regional stability) dikawasan Asia Tenggara, yang disertai olih Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura (yang keluar kemudian selepas menyertai "Malaysia"). Brunei pula tidak menyertai "Malaysia" sebab rakyatnya memberontak walupun Sultan Brunei setuju pada awalnya. Ini la "asas kemerdekaan negara", kalau negara itu maknanya kawasan wilayah yang tinggal 3 buah negara yang bersatu jadi "Malaysia".

    4. Ulasan Tan Sri bahawa "penguatkuasaaan undang-undang ini (RUU335) kelak merupakan pengkhianatan terhadap perjuangan..." adalah tepat sekali sebab ia bercanggah dengan salah satu asas (20 Points untuk Sabah, 18 Points untuk Sarawak) dalam Malaysian Agreement 1963.

    5. Singapura ada hak keluar Malaysia dengan alasan sendiri mengikut undang2 antarabangsa. Begitu juga Sabah dan Sarawak.

    Kita bersama2 sebagai saudara kerana Malaysia Agreement 1963.

    Mungkin satu hari nanti, kita akan tetap bersaudara juga walaupun tidak ada "Malaysia".

    Nota: Ini bukan pendapat sendiri tetapi apa yang termaktub dalam undang2.

    ReplyDelete
  16. Tan Sri Zam,

    1. Saudi Arabia dan Brunei mempunyai penduduk beragam Islam melebihi 98%.

    2. Kedua2 negara itu pada asas nya adalah dua buah negara asal...maknanya sudah ujud sekian lama yang diiktiraf sebagai "natural state or region"

    3. Malaysia bukan negara asal...hanya sebuah wilayah baru...ia lahir dengan Perjanjian Antarabangsa antara 5 buah negara...dipanggil Malaysia Agreement 1963...antara Malaya, Sabah, Sarawak, Singapura dan United Kingdom...dengan persetujuan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu...bukan Kerajaan PAS atau kerajaan Perikatan atau Kerajaaan BN.

    4. Secara kasarnya, mungkin Malaysia mempunyai 60% penduduk beragama Islam...maka RUU355 itu pincang dan berat sebelah sebab hanya orang Islam yang kena sebat sedangkan orang bukan Islam tidak kena.

    5. Bukan ke ini bercanggah dengan Perlembagaan?

    ReplyDelete
  17. Teruknya orang Melayu Islam bermain politik!

    ReplyDelete
  18. Ikut labu la. Hukuman rotan tu ikutnya beli undi jer. Rotan bersaiz apa, kekuatan rotan, tempat, tak ada dibincangkan.

    ReplyDelete
  19. Tan Sri Zam,

    "Ini akan menjadi product baru pelancongan Malaysia untuk dijual oleh Nazri di luar negara bagi membolehkan orang bukan Islam terutama dari negara maju menyaksikan hukuman ikut cara kuno dan barbaric di sebuah negara demokrasi dan moden Malaysia."

    1. Ini satu idea yang paling terbaik sebenarnya...very original...dalam keadaan negara kekurangan mata pencarian baru, harga komoditi jatuh, harga minyak rendah dan sekali gus dapat mengurangkan beban hutang negara yang hampir mencecah RM1 Trillion tidak lama lagi disebabkan olih keruntuhan nilai matawang ringgit ketahap yang paling buruk sekali.

    2. Kalau kita buat, kita tidak payah belanja satu sen pun dalam iklan pelancongan, malahan tutup saja pejabat2 pelancongan luar negara dan jimat duit sebab kita akan dapat free publicity seperti apa yang telah diusahakan olih DOJ di US yang mempromosikan Malaysia sebagai "a truly Largest Islamic Kleptocracy in the World"...bukan senang mau dapat penghormatan sedemikian rupa Tan Sri...tentu banyak negara2 Islam dan Afrika cemburu dengan pencapaian Malaysia...UMNO Boleh!

    3. "hukuman sebat dikhalayak ramai" bukan sahaja kuno tetapi awesome!...rebranded as the Ultimate of Hudud Tourism...vs Health Tourism, vs Visit Malaysia 2050...tentu ramai pelancong2 kafir dan kafir harbi suka menonton...mereka ini kaya2 disebabkan duit kita jatuh...olih itu, kafir2 ini kena bayar entrance fee RM250/person for adult 18+ only + 25% (Hudud-Special Tourism) GST + Hotel Tax...gila, bukan main ba, punya la banyak itu duit kita bolih pungut...additional charge untuk ambil hp video RM500, as venue sebat ada disediakan free WiFi untuk live telecast.

    Jual T-shirt "Sebat Malaysia" dapat GST...menjana souvenirs business baru dan pekerjaan baru.

    Ada special new East Coast train RM50 billion bolih angkat pelancong2...dapat lagi duit.

    Cantik idea Tan Sri.

    4. Untuk pelancong2 Islam...free...itu satu ibadah, bukan untuk cari duit...imagine 1 billion Muslim tourists coming to Malaysia!

    5. Malaysia itu 'democratik dan modern'????

    Yang modern itu mungkin di Kuala Lumpur dan Kelantan saja, tetapi bukan di Sabah dan Sarawak.

    Negara democracy???...I thinks that a bit too much...as there is no such thing as a democratic Islamic country in the world....because democracy is meant for kafirun only like South Korea, Japan, US, Finland, UK etc.

    Perhaps, the closest is something like, a pseudo-Islamic Malaysian-style-of-democracy...whatever.

    Please don't abuse the term democracy Tan Sri...it's too holy...perhaps one day, not our time, but in some other time, that day when no one will use anonymous and pseudonym to address himself/herself no more...that will be the day!

    ReplyDelete
  20. Tan Sri Zam,

    "Banyak lagi negeri lain mereka boleh mereka pergi seperti Sabah dan Sarawak dan kalau mereka takut datanglah negeri-negeri lain macam Selangor, Pulau Pinang atau Langkawi, Kedah," kata Nazri."

    1. Jadi kalau Sabah, Sarawak, Selangor, Pulau Pinang atau Langkawi, Kedah mau ikut macam kerajaan contoh "Serambi Mekah" tersebut, salah ke?

    2. Nampak2nya, hanya tinggal Padang Rengas saja untuk dilawati pelancong2 kafir dan Muslim...wow!...mau tambah itu Lambaorgihini lagi satu!

    3. Siapa kata pelancong2 luar negeri takut?...itu Nazri yang kata...bukan Tan Sri Zam yang kata...masih kamu tak faham idea original Tan Sri ke?

    4. Kalau Sabah ikut RUU355...jadi apa?...jadi "Serambi Mekah di Bawah Bayu"...cantik...telur penyu disini masih murah bos ku, baru RM3.00 sebiji...nampak2nya dengan status baru itu, harga telur penyu kita bulih jual RM7.35 sebiji tanpa GST!.

    5. Aku risau juga kalau pelancung takut melawat Malaysia...nanti gulung tikar pula Kementerian Pelancongan sebab kena jimat perbelanjaan...itu la kena dengar sikit cakap Menteri Pelancongan Sarawak...kau "Chief" Padang Rengas saja bos ku...belum sampai mana.

    ReplyDelete
  21. Najib mahu membina Malayisa sebagai sebuah negara Islam sederhana dan beliau sendiri yang meruntuhkan imej ini di kalangan mata dunia.
    UMNO tidak boleh membasuh tangan dengan keputusan kerajaan negeri Kelantan mahu menghukum sebat pesalah jenayah di bawah undang2 Syariah dihadapan khalayak ramai dengan tujuan untuk memalukan.
    Kerajaan BN tidak boleh menolak bahawa ia bersubahat dengan Pas untuk melaksanakan cara pelaksanaan undang2 ini secara kuno walaupun ada cara yang lebih baik dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia.

    BN yang menguasai kerajaan Pusat Malaysia tentulah dilihat lebih lemah dari hanya sebuah kerajaan negeri yang tidak mendapat dukongan rakyat berbilang kaum sebaliknya hanya orang Melahyu di Kelantan dan kelumpuk kelumpuk kecil Melayu di negeri negeri lain
    Tentunya pimpinan Najib dilihat sebagai lemah oleh dunia. Beliau telah merosakkan imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam sederhana yang dibina sejak merdeka.

    ReplyDelete
  22. 4. Secara kasarnya, mungkin Malaysia mempunyai 60% penduduk beragama Islam...maka RUU355 itu pincang dan berat sebelah sebab hanya orang Islam yang kena sebat sedangkan orang bukan Islam tidak kena.

    Apakah ZAM juga rasa pincang dan berat sebelah bagi orang islam di Malaysia yang hanya lebih kurang 60% terpaksa Solat, puasa, berzakat, memunaikan haji.sedangkan orang bukan Islam tidak kena. Minta pencerahan..

    ReplyDelete
  23. Sebat; ok, sebab sebatan adalah hukuman.

    Sebat terbuka di depan umum; tak ok, sebab ianya bukan sekadar hukuman, tetapi juga bertujuan mengaibkan pesalah. Di zaman utube dan internet, pesalah akan diaibkan sehingga akhir hayat. Apa faedahnya pada umum? Anak2 bini/suami mak bapak pun akan terasa malu sampai mati.

    Hukuman sepatutnya bertujuan untuk menyedarkan pesalah tentang kesalahannya; dan harapan agar dia insaf. Bukan nak aibkan orang. PAS tarak kerja lain ka?

    ReplyDelete
  24. Di indonesia Ache boleh lakukan hukum hudud kenapa ia kelantan tak boleh.

    Lagi satu lagi vatikan dan isreal adakah mereka lakukan hukuman taurat dan bibel mereka hanya angap agama sebagai perhiasan je.

    Tahu tak kamu semua undang2 dalam kitab bibel dan taurat
    1)siapa tak pakai tutup kapala atau tudung kepala pada wanita rambut akan di botakan dan suami akan panggil
    2)siapa mencuri tangan mereka akan potong
    3)siapa berzina akan baling batu dan hukum mati.


    Kepada puak liberal dan sayangkan agama dekat sana harus tengok video ini

    Tahu tak kamu semua dunia ini di perintah oleh dajjil yg telah berjaya rosakan semua agama kecuai islam yg tak berjaya dirosakan

    Sila tengok video ini negara germen dan american ujian pada barat ada mereka kenal pada kitab bibel mereka itu sendiri dan kenal undang2 dalam bibel itu,
    https://youtu.be/TnLunOsm-VE
    https://youtu.be/riDlxCvFZWw

    ReplyDelete
  25. Undang2 hudud kono atau takut bisnes terjejas, lihat apa belaku pada kedai serbaneka di indonesia apabila mereka mengharamkan penjual arak di kedai serbaneka 'peniagan mereka terjejas, penjual arak harus ambil lesen dan tempat dibenarkan,seluruh kedai serbaneka 7e terpaksa ditutup di indonesia itu

    Lihat apa berlaku apabila club malam terjejas apabila bila ditutup pada bulan ramadan.

    Adakah Bisnes jual arak dan club malam halal
    Kalau tanya pada puak liberal pasti mereka cakap halal kerana wang menjadi raja mereka.
    Wang bermata satu saten usd menjadi raja mereka.

    Aku pun setuju kelantan buat hukum syariah sebab 90% rakyat orang islam mesti diletak bawah raja2 melayu di pantau oleh jabatan agama kalau ia bawah mana2 parti politik ia tak akan menjadi adil

    Ramai tak sedar untuk menbuat hukum hudud kena mendapat persetujuan dari yg bukan islam terutama ketua2 agama islam dan bukan islam 'sedangkan nabi di madinah bertanya ketua2 agama bukan islam untuk melaksanakan hukum hudud dan hukuman pada kitab bibel atau taurat itu

    Negeri lain seperti perak,selangor,negeri9,johor,sabah dan serawak kurang sesuai untuk buat hukum hudud itu rakyat hanya 50-60% beragama islam

    Undang2 dinasti cina song dan sila baca sejarah justice pao"Bao Zheng"
    1)pasangan berzina akan tangkap kemudian masuk kedalam bakul rotan dikat dengan batu kemudian pasangan berzina itu akan buang ke sungai mati dalam lemas,
    2)siapa mencuri harta tuan rumah akan pukul bontot 100kali
    3)perogol dan perompak akan pancung

    Ramai orang cina angap hakim justice pao adil dan sebab ia menbawa keamanan pada rakyat dinasti song dulu.

    ReplyDelete
  26. Terpaksa laksana hukum sebat umum...sebabnya? PAS gagal semaikan nilai2 islam di kalangan rakyat kelantan. Simple jerrr.

    ReplyDelete
  27. panglimo potaseh14 July 2017 at 15:29

    Hukuman menibai dengan rotan dikhalayak ramai bagi kesalahan jenayah syariah akan di perkenalkan di Kelantan Serambi Mekah. Negeri yang di perintah oleh parti Islam PAS sejak 1990 lagi.

    Kita lihat dulu apa kesudahannye aksi menibai bontot pada Sang Penjenayah ini. Adakah Kelantan akan jadi lebih aman. Rasuah dapat dikurangkan. Sungai-sungai Kelantan dapat dijernihkan. Atau semakin ramai akan melintasi sempadan.

    Yang pasti akan ada peluang pekerjaan yang baru. Katakanlah jika terdapat 40ribu perlakuan jenayah di Kelantan ..maka 400 hingga 500 bontot perlu ditibai setiap hari termasuk sabtu dan ahad "no holiday".

    Sudah tentu sejumlah 100 kaki tibai di perlukan atau mungkin lebih. Rotan dan manau sudah tentu ada permintaan begitu juga dengan ekor ikan pari.

    Maka tanah bekas balak di Ulu Kelantan boleh lah dibuat ladang rotan. Upacara merotan ini juga boleh dikomersilkan dikenakan tikit yang minima pada penonton .. sebelum upacara menibai bontot boleh lah adakan hiburan ala padang pasir .. dikir barat, menora dan wayang kulit dengar dah tak boleh tunjuk.

    Itu lah dia serba sedikit kesan impak sosial yang positif jika hukoman menibai di khalayak ramai di praktikan.

    ReplyDelete