Monday, 3 July 2017

DAP BUKAN LAGI MUSUH MELAYU AKIBAT PEMESONGAN NASIONALISME UMNO

JIN ISLAM DAN NAGA CINA

PM 1 Tunku Abdul Rahman gambarkan PAS sebagai JIN ISLAM  untuk takutkan orang Cina supaya terus mengundi UMNO untuk selamat ,Tun Mahathir jadikan DAP sebagai SYAITAN CHINA supaya tidak didekati  orang Melayu dan kekal dengan UMNO dan PM NAJIB  membawa masuk JIN ISLAM dan NAGA CINA  ke dalam kelambu menyebabkan Cina, Hindu dan Melayu lari lintang pukang dari UMNO- Tan Melaka

DAP BUKAN LAGI MUSUH MELAYU....
DAP bukan lagi musuh Melayu kerana yg bukan sahaja bawa modal China,tapi kontraktor China dan pekerja China adalah UMNO.Orang Cina pun marah

Tweet saya yang ringkas diatas telah mendapat sambutan hangat. Ini  mungkin didorong oleh sentimen dan  semangat nasionalisme  yang tidak memperhitungkan  geo economic Power.

Atau mungkin juga  kerana misguided nationalism seperti pandangan  Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri  Datuk Mustapha Mohamed.

Dari pandangan rasional, penanaman modal dari China atau kerjasama ekonomi Malaysia dengan Republik Rakyat China secara besar-besaran  tidak seharusnya menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat.

Dari sejak awal kemerdekaan negara, rakyat terdidik untuk  bersikap terbuka terhadap pasaran bebas, setiap orang bebas untuk berniaga dan tiada sekatan kepada kemasukan  modal asing sebaliknya digalakan dengan pengawalan  di bawah peraturan tempatan demi untuk  kepentingan rakyat.

Malaysia dan Singapura telah jauh kehadapan dalam hal ini  berbanding dengan negara-negara lain di Asia yang berpegang kepada dasar ekonomi sosialisme atau komunisme yang  mencemburui penanaman modal asing. Malaysia melihat modal asing  sebagai lonjakan ekonomi negara tetapi negara lain menganggap sebagai penindasan dan pemerasan  terhadap rakyat untuk kepentingan kapitalis.

Tentunya kita tidak pernah terfikir negara Komunis China yang menjuarai  dasar ekonomi tertutup yang diperjuangkan oleh partinya di Malaysia(PKM)  dengan darah   akhirnya menjadi kuasa ekonomi kedua terbesar di dunia  yang bukan sahaja menakutkan Malaysia tetapi mencabar bapa kapitalis dunia Amerika Syarikat sendiri.

Rakyat Malaysia telah menerima baik penjajahan ekonomi Barat sejak merdeka tetapi kenapa  takut pula kepada penjajahan ekonomi China?

Apakah sekiranya Tun Mahathir masih berkuasa sebagai Perdana Menteri  beliau akan menyekat penanaman  modal dari China  sedangkan beliau sendiri pernah meyakinkan rakyat  bahawa China tidak pernah berperang untuk menawan negara lain.

Ini berbanding dengan kuasa  Barat yang  berselindung disebalik kemanisan  globalisasinya untuk mengembangkan tidak sahaja penguasaan ekonominya tetapi juga penjajahan politik dan tentera terutama keatas negara-negara Islam.

Faktor utama Masyarakat Melayu Malaysia lebih mencemburui dan membimbangi  penjajahan ekonomi China ini oleh kerana Cina tempatan sendiri berada dihadapan dalam  kemajuan ekonomi negara ini  yang  dianggap  sebagai ancaman kepada bangsa.

Menghadapi cabaran ini berbagai  perancangan diadakan untuk menebus maruah ekonomi Melayu  termasuk  dasar  perlindungan seperti Hak Istimewa Orang Melayu yang aktif dan dinamik  di bawah kepimpinan Tun Abdul Razak dengan Dasar Ekonomi Baru,FELDA dan  diikuti dengan ASB,pengambilan ladang British menerusi pasaran terbuka   dan sebagainya.

Umumnya orang Melayu tidak menyalahkan diri sendiri atas kemunduran mereka tetapi sebaliknya melihat kehadiran orang Cina sebagai penyebab kemunduran mereka sekalipun pada hakikatnya tanpa orang Cina, negara  dan juga orang Melayu tidak akan mendapat faedah ekonomi yang boleh  membantu kemajuan mereka sendiri.

Mahathir menyedari hakikat kejayaan orang Cina kerana sifat kerajinan dan keusahawanan mereka  tetapi beliau sendiri tidak berani untuk menyeru orang Melayu supaya mencontohi  Cina untuk kejayaan  sebaliknya melancarkan dasar Pandang ke Timur  iaitu pandang ke Jepun kerana tidak mahu menyinggong perasaan orang Melayu yang prejudis kepada orang Cina.

Najib tidak bagitu mengambil berat perasaan ini dan agresif  membawa banyak penanaman modal  dari China atau usaha sama dengan Negara China di kawasan sensitif yang dengan itu   mudah  menjadi suatu isu panas di kalangan Melayu  walaupun penanaman modal China  hanya 2% sahaja dibandingkan  dengan keseluruhan modal asing di  negara ini.

Dalam beberapa hal sikap pengasingan diri orang Cina tempatan dari aliran nasional atau aliran perdana dan  mahu mengekalkan identiti  Cina, juga  tidak memesrakan  orang Melayu dengan Cina tempatan.

Keadaan ini adalah  berbanding dengan China Singapura yang dipaksakan  oleh perdana menteri pertamanya Lee Kuan Yew  untuk bersatu menerusi  bahasa Inggeris  dengan kaum-kaum lain dengan menutup institusi-institusi pengembangan  kebudayaan China terutama  sekolah China dan Universiti China.

Sekarang nasionalisme Singapura membangkitkan masalah yang sama dengan sikap orang Melayu di Malaysia terhadap kedatangan perkerja dari negara China di bawah dasar Singapura membawa perkerja asing  untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja dan juga bagi mengatasi keruncingan  kadar kelahiran rendah di kalangan rakyat Cina Singapura.

Singaporean Chinese mempersoalkan kesetiaan Cina dari China yang walaupun sebangsa tetapi tidak  mempunyai nilai kebudayaan dan keperibadian  yang sama dengan mereka, tidak dapat berbahasa Inggeris, tidak berdiplin dan melakukan kerja-kerja yang tidak sanggup dilakukan oleh Cina tempatan seperti  berkerja di restoran Melayu atau India yang mereka anggap menjatuhkan maruah Cina Singapura.

Melayu Malaysia mempunyai asas kebimbangan yang lebih besar terhadap kedatangan Cina  dari China kerana mereka ditakuti mudah menyerap  dengan Cina tempatan yang masih kuat dengan kefahaman dan penghayatan kebudayaan China yang terbentuk dari sikap pengasingan diri menerusi sosio budaya; bahasa,persekolahan,politik dan ekonomi.

Orang Melayu bimbang perkongsian Proton Holding Berhad dengan pembuat kereta China, China's Zhejiang Geely Holding Group akan membuka peluang pekerjaan kepada orang Cina dari China  di Proton yang selama ini eksklusif kepada orang Melayu. Perkongsian ini mungkin membuka permintaan pasaran lebih besar kepada Proton yang tidak mungkin dapat dipenuhi dengan tenaga Melayu sahaja kecuali dengan membawa masuk pekerja dari China.

Demikianlah juga dalam pembinaan keretapi laju ke Pantai Timur dari Ibu Negara yang akan dibiayai oleh China dengan kos sebesar RM 55 billion.

Apakah cukup dengan tenaga tempatan  sahaja sedangkan China boleh membekalkan sebanyak mana pun tenaga kerja yang diperlukan untuk menyiapkannya  dalam jangka masa yang ditentukan. Apakah semua pekerja ini akan pulang atau menyerap masuk ke dalam masyarakat Malaysia?

Kebanyakan pendatang dari  Cina adalah miskin walaupun China digembar gemburkan sudah maju dan kaya.Tidak benar anggapan PM Najib mereka adalah dari kalangan mewah yang tidak mahu menetap di negara ini.Ini pandangan yang terlalu elitis dan tidak berjejak dibumi nyata.

Lebih menggugat keyakinan rakyat kerana perkembangan ini berlaku dalam masa Malaysia  tidak mempunyai barisan kepimpinan negara yang berwibawa dan bermaruah  sebaliknya  disyaki terlibat dengan berbagai  penyalahgunaan kuasa.

Orang Melayu sekarang  melihat UMNO sebagai menambah ancaman dan cabaran kepada mereka dibandingkan DAP yang semakin matang dalam melihat nilai-nilai politik yang diperlukan untuk  kerjasama politik yang progresif, dinamik ,bersih dan cekap yang tidak lagi berasaskan politik perkauman dan sentimen keugamaan yang sempit.

Semakin ramai Orang Melayu yang melihat,  memahami dan menghayati ancaman kepada nasionalisme Malaysia tidak lagi datang dari DAP yang mahu meMalaysiakan negara ini tetapi melihat  UMNO yang  mahu menChinakan Malaysia menerusi penjajahan ekonominya.

Disamping itu orang bukan Melayu melihat perubahan dasar sekularisme dan liberalisme UMNO  sejak permuafakatan politik  dengan Pas untuk bersama menguasai negara ini. Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah atau Akta 355) menimbulkan prasangka buruk bukan Melayu terhadap matlamat UMNO yang telah dimaktubkan oleh kepimpinan awalnya Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Islam dan lain-lain lagi.

Peguam-Peguam Islam yang terkemuka di negara ini juga bimbang pindaan ini  akan membawa kepada pencerobohan  terhadap  prinsip-prinsip asal perlembagaan negara yang mahu membina suatu bangsa atas nasionalisme Malaysia yang menolak dan perbezaan hukuman  kaum di Malaysia termasuk orang Islam sendiri yang menyemai perasaan ketidakadilan  dari segi perlembagaan.Hukuman jenayah tidak seharusnya berbeza antara Melayu Islam dan bukan Islam.

UMNO telah sanggup untuk berkerjasama dengan PAS sebuah parti yang mempermainkan agama yang  pernah bersubahat dengan DAP  untuk menjatuhkan  kerajaan Melayu UMNO bagi memenuhi nafsu serakah extresmisma agamanya  dan sekarang menyusun strategi  untuk menghancurkan UMNO dari dalam.

Anwar Ibrahim juga cuba melakukan ini tetapi kepimpinan UMNO yang bijak, berintegriti, berpengaruh, kuat, dihormati dan diyakini rakyat telah dapat mematahkannya tetapi PAS yang  belum pun berada dalam kerajaan telah berjaya mempergunakan UMNO untuk menggugat kesucian Perlembagaan Negara  menerusi Parlimen dengan mengambil kesempatan di atas kelemahan UMNO dan  pucuk pimpinannya.


PAS  bukanlah sebuah parti politik yang bodoh yang tidak menyedari hakikat bahawa Najib sedang bergantung di dahan rapuh. Penyokong-penyokong PAS di Terengganu yang membantah kerjasama dengan UMNO  telah pun diyakinkan  oleh Haji Hadi bahawa PAS boleh mencapai semua hasratnya untuk menegakkan negara Islam denga hanya  bekerjasama  dengan UMNO dan sekaranglah peluang keemasannya .

Orang Melayu tidak menolak penanaman  modal dari China kerana kesesatan dari nasionalisme  atau misguided nasionalism  tetapi kerana kehilangan keyakinan mereka terhadap nasionalimse UMNO yang  terpesong dari dasar asalnya dan juga dari Perlembagaan Negara .

22 comments:

  1. Lebih baik Berkerja sama dengan cina Komunis yg dah insaf dan kembali Pada agama dari kerjasama dengan barat yg suruh Kita jadi LGBT dan jadikan agama sebagai liberalsasi.

    Betul china memang miskin tapi dia Juga menbantu Negara miskin Berada di Afrika ,tun mahathir gagal lakukan dalam dialog langkawi dulu Hanya omong kosong aje.

    Ketika jepun jadi ekonomi kedua jepun langsung tak mahu melabur di Afrika,

    Tun mahathir lebih tertarik pada agenda barat world new order amerika dari one road one belt China

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dey bangla "kelang geta"....lu tau apa jadi sana sri lanka? Lu tau china invest africa sana apa dia sudah sapu? Lu bodoh piang, lu baik duduk diam2; jangan kasi malu lagi sama itu umno. Bila mau henti merapu?

      Delete
    2. 16:09...mabuk dedak tu....

      Delete
    3. Berikan aku fakta jepun berjaya bangunkan afrika ketika dia jadi kuasa ekonomi kedua

      berikan aku fakta dialog langkawi itu berjaya, pelaburan kita meningkat di afrika dan kilang kita berada di afrika,

      Hanya tin kosong gagal berikan jawapan aku minta. Jika cerita perkara sebenar pasti mereka akan jawab bangla dan nepal,

      Fakta di afrika menbuktikan china yg miskin bantu bina jalan, rel keretapi,kilang, pelabuhan dan kawasan industari untuk afrika.

      Barat gagal menbantu afrika barat hanya bantu afrika dengan suruh afrika beli vaksin dan ubat dari barat guna penderma dari barat seperti bill gates dan soros, tak penah kita dengar barat buat kilang di afrika, yg kita dengar barat buat lombong dan logi minyak untuk ambil hasil balik ke barat, menbiarkan afrika miskin dan kelaparan

      china menbantu afrika supaya tak minta2 dengan bantuan menbina kilang

      Barat memang hanya nak bawa manafaat pada diri mereka sendiri.

      Cuba tanya pada peminpin afrika dan rakyat mereka puas hati kerjasama dengan china, dibanding barat suruh negara2 afrika beli vaksin dan ubat ,hasilnya bumi afrika diambil, penderma bill gates dan soros berikan vaksin dari syarikat amerika hanya untungkan syarikat amerika, tak penah bill gates bagi perkerjaan pada rakyat afrika untuk menbuka kilang di afrika dan soros ajar mereka cara nak meniaga tahu perdangangan dunia,

      Delete
    4. 08.46 apahal kau ni....tajuk posting ts zam mana ada hal africa, vaksin, kelaparan... kau nak bukak tajuk sendiri baik buat blog sendiri la dol. You sound like a small penis guy with a big penis attitude. Ni la bila kita kata orang mcm kau bingai, korang marah.

      Delete
  2. Terima kasih Tan sri atas pencerahan ini.

    Penulisan tan sri membuka minda saya utk melihat dari sudut kelangsungan parti politik utk kekal relevan pada masa ini.

    ReplyDelete
  3. mamaq tongkang musuh
    melayu dulu kini selamanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Deraman Kedah.3 July 2017 at 19:25

      Zam buat apalah dimasukan tulisan ulaq ayak macam ni yang hanya mengotorkan blog you. Orang tak ada pelajaran dan taraf kucing korap macam nilah

      Delete
    2. Betul tu...otak kekampungan nak cuba komen kt sini pulak

      Delete
  4. Tan Sri, saya tak ada masalah negara mana pun nak invest dalam Malaysia. So long as it is a legitimate business and we are negotiating from a position of strength. Malangnya satu dunia tahu pee emm kita tengah tersepit sekarang ni. His government dah hilang credibility. That's why apa2 yg dia buat pun rakyat tak support. People will ask "what's in it for him?" "apa lagi harta negara dia nak gadai dan sapu?" "what is the undercounter deal yg rakyat tak tahu?".

    ReplyDelete
  5. Who says we are angry? Motherland comes to Malaysia, the more the merrier!
    Kasi itu Melayu pok kai.

    ReplyDelete
  6. Suraya Abdullah Kg Pinang Alur Setar.3 July 2017 at 19:12

    Najib akan melakukan apa sahaja termasuk menyeleweng dari dasar asal UMNO untuk kepentingan survivalnya kerana lebih takut kepada hukuman rakyat jika kalah Pilihanraya.

    ReplyDelete
  7. Perdana Menteri Malaysia pertama Almarhom Tunku Abdul Rahman membiarkan Pas terus wujud untuk menakutkan orang China terhadap hukum-hukum Islam yang mungkin dijalankan sekiranya Pas berkuasa dan dengan itu mereka akan berkerjasama untuk memperkuatkan kedudukan dan kuasa UMNO.
    Tetapi sekarang ini PM Najib telah membawa masuk PAS ke dalam UMNO untuk kepentingan dirinya dengan melupakan hakikat bahawa Pas akan menggunakan tekanan yang perlu bila keadaan mengizinkan.
    Dengan kerjasama PAS UMNO ini maka UMNO telah kehilangan kepercayan dari bukan Melayu yang sukar untuk dipulihkan. Identiti Malaysia sebagai sebuah negara yang harmony dengan toleransi agama akan hilang bila UMNO terpaksa tunduk kepada Pas tetapi Najib hanya lihat keuntungan jangka pendek bagi dirinya dan Rosmah kecintaannya sahaja.

    ReplyDelete
  8. Dari petikan 'Anwar Ibrahim juga cuba melakukan ini tetapi kepimpinan UMNO yang bijak, berintegriti, berpengaruh, kuat, dihormati dan diyakini rakyat telah dapat mematahkannya...', pada hemat saya Anwar Ibrahim tidak (saya ulangi, TIDAK) merosakkan UMNO dari dalam semasa beliau memimpin UMNO, malahan membina asas yang kukuh untuk penerapan nilai-nilai Islam yang dibangga-banggakan oleh Tun M, seterusnya menjadikan UMNO lebih perkasa ketika itu. Disebabkan oleh kepercayaan mendalam Tun M kepadanya, maka muncullah pendengki-pendengki dalam UMNO sendiri, ibarat sejarah Hang Tuah yang sangat dipercayai lagi disayangi oleh Sultan Melaka yang menerbitkan rasa iri hati dikalangan pembesar-pembesar istana lalu difitnahkan akan dia bermukah dengan dayang, maka begitulah juga nasib yang menimpa Anwar Ibrahim yang dijatuhkan oleh fitnah Khalid Jafri dan sekutunya. Bezanya Hang Tuah berjaya membuktikan dirinya tidak bersalah dengan kebijakan Bendahara Melaka tetapi malang bagi Anwar, dia terus cuba dilenyapkan oleh Rahim Noor dan para pendakwa serta hakim yang amat bimbang dengan akta rasuah yang dibawa oleh Anwar dimana akta rasuah itu masih berkuatkuasa sehingga kini. Kami tidak lupa semua itu dan jangan kelirukan fakta.

    ReplyDelete
  9. Saya percaya jika Tun Mahathir masih Perdana Menteri pun beliau pasti akan membawa pemodal China oleh kerana sosio ekonomi dunia yang berubah dan Eropah terutama US sendiri telah menunjukan sikap anti Asia dan AS sendiri mengalami keadaan ekonomi yang tidak menentu.
    Cuma masalahnya ialah rakayt tidak percaya dengan Najib kerana dia lebih terlihat membantu seorang China bernama Jho Low yang menyebabkan orang tidak nampak kroni kroni Mahathir dan disamping itu Mahathir di yakini oleh sejumlah besar rakat mempunyai kelebihan untuk berurusan dengan China dengan cara yang tidak merugikan rakyat dan negara dan tidak terlihat sebagai ada kepentingan diri.

    ReplyDelete
  10. Nasionali$ME....the $ before ME. Go figure.

    ReplyDelete
  11. CNN hari ni 4 july....USD12m chinese built bridge collapses in kenya. Macam la jugak cerita bumbung runtuh sana sini kat terengganu dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bumbung runtuh banyak kat Terengganu dulu pasal banyak sangat projek wahyu. Projek buat masjid-masjid baru dalam negeri Terengganu dalam usaha Pak Lah merampas Terengganu dari Pas yang akhirnya berjaya.

      Projek pulak dibagi kat kroni-kroni politik yang tak ada modal dan tak ada kepakaran. Dapat projek pun atas dasar kabel besar. Last-last subcon kat entah siapa-siapa.

      Nak dapat payment cepat punya pasal, masjid disiapkan secara tergesa-gesa dengan menggunakan substandard materials to cut cost. Bila siap bangunan diisytihat tidak selamat diduduki. Atap senget dan bumbung runtuh. Bukan satu, dua tapi banyak masjid-masjid yang baru dibina pada waktu tu bumbungnya senget, codong dan ada sebahagiannya runtuh terus.

      Itulah standard kontraktor yang dipilih oleh Kerajaan Umno BN. Yang dilantik bukan atas dasar kepakaran dan pengalaman tetapi atas dasar setiakawan..

      Delete
    2. Dari masa ke semasa Terdapat laporan struktur bangunan, jambatan atau jalan yang berlakunya runtuhan tidak hanya terhad berlakunya di negara kita sahaja. sebab nya mungkin disebabkan faktor bencana,rekabentuk,poor workmanship dan penyelewengan. Awal 90an dahulu niat UMNO untuk gromming Melayu mendekati industri pembinaan telah menghasilkan kuantiti yang banyak tetapi mungkin kualiti modal insannya boleh dipersoalkan.
      Kebimbangan anon 23:24 tentang kekurangan kepakaran adalah selari dengan pemahaman saya.Kalau boleh saya katakan Kontraktor2 Melayu ketika itu yang mempunyai jawatan dalam UMNO tersangatlah sibuk dengan urusan peribadi dan bukannya memantau perjalanan projek.Kecewa.?.. TETAPI apalah yang boleh kita lakukan.

      Delete
  12. Abang jo dah set up petroleum sarawak....sarawak nasionalism? Nanti sabah pulak? Ganu?

    ReplyDelete
  13. Banyak contoh China masuk jarum cara halus. Ini satu contoh saja. Bila dh dekat pilihanraya, buat hal sikit je. Pemimpin negara Afrika ni dah huru-hara. Hutang dah banyak. hehehe

    Jambatan pinjam duit China dan dibina China roboh. hihihi

    http://edition.cnn.com/2017/07/03/africa/kenya-bridge-collapse/index.html

    ReplyDelete
  14. Mungkin Umno dan para pemikirnya terlalu yakin dengan politik sentiment kaum dan agama kerana sejak sekian lama menuai hasil dgn sentimen mnjaga mlayu dan ancaman China.walaupun kini ramai melayu berpndirian lebih terbuka sesuai dgn peredaran masa,ttp bagi kebanyakan melayu di kawasan kampung dan Felda masih lagi skeptikal terhadap DAP yang dianggap sebagai mereka yang mahu menjajah melayu dan merampas kuasa politik kerana sejak sekian lama telah didotrinkan sedemikian rupa oleh Umno.maka kerana itu sehingga kini,meriam Umno masih lagi dihalakan kearah DAP walaupun musuh Umno yng sebenar bukanlah Dap tetapi parti-parti bumiputera yng lain seperti Amanah dan pribumi.Tujuan berterusan menghamburkan peluru ke arah dap adalah dgn matlamat melayu diluar bandar akan terus menganggap DAP adalah ancaman kpd kelansungan kuasa politik melayu.hakikatnya dalam PRU yng lepas hanya bbrp kerusi yng menyaksikan pertembungan antara DAP dan Umno dan selebihnya Umno bertembung dgn calon pkr atau pas.begitulah mudahnya melayu diluar bandar ini dikuasai pemikiran mereka dan dengan terus berbuat demikian Umno akan terus mendapat sokongan yng kuat diluar bandar terutama kwasan Felda.

    ReplyDelete