Tuesday, 20 June 2017

PERGINYA SEORANG TOKOH BESAR WARTAWAN WANITA DALAM DUNIA HIBURAN

ALFATIHAH:
Dunia kewartawanan  Melayu kehilangan seorang wartawan wanita  yang telah menempah nama besar dalam dunia hiburan Bahaya Mahmud  yang lebih dikenali dengan nama kolumnya BAM  setiap minggu di Mingguan Malaysia.

Beliau meninggal dunia di Hospital Kanser Putrajaya  jam 5.17 minit pagi ini dan jenazahnya akan dibawa pulang ke rumahnya di no 17 Lorong Enggang 3  Datuk Keramat sebelum di bawa dan  dimandikann  di Masjid Al Ansar ,Keramat kira-kira jam 11 pagi.Sembahyang jenazah di jangka selepas Zuhur sebelum dikebumikan di perkuburan Datuk Keramat.

Suaminya Pengarang Mingguan Malaysia Ahmad Idris(ABI) telah mendahului pemergiannya sejak kira- kira setahun lalu dan sejak itu kesihatannya menurun dan berakhir dengan serangan kanser yang mengakhiri hidupnya pagini dalam usia lebih 70 tahun.

Kedua dua mereka memulakan karier kewartawanan di Utusan Melayu  Singapura sejak awal tahun60an.

4 comments:

  1. Semoga roh Allahyaharmah ditempatkan di kalangan orang orang beriman dan bertaqwa di sisi rasul dan Allah.

    Ketentuan dan pemergian mereka di hujung Ramadhan sangat indah, kita yang belum tahu lagi bila.

    Mahkamah dunia mungkin ada kuasa dan pengaruh boleh elak, saksi boleh dibeli.

    Tetapi di sana kita tidak lagi boleh lari atau bersembunyi.

    ReplyDelete
  2. Innalillahi wainna ilaihirojiun.

    ReplyDelete
  3. Innalillahi wainna ilaihirojiun.
    al Fatihah pada nya

    ReplyDelete