Saturday, 24 June 2017

NEGERI YANG TAK TAHU MENILAI KEINDAHANNYA

SELAMAT AIDILFITRI MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN


Semua sudah berkampung untuk menyambut Aidilfitri esok,yang tidak dapat pulang atau tiada siapa lagi  yang masih ada untuk pulang ,tetap merindui kampung halamannya dalam kenangan yang memilukan.

Ada kalanya kerinduan tidak seindah realiti yang kita hadapi.Oleh kerana tidak dapat pulang ke kampung tahun ini kerana hendak berhari raya bersama anak dan cucu-cucu di Dungun Terengganu maka saya pun pulang ke Kedah di bulan puasa untuk menziarahi lebih dahulu kubur ibu bapa  yang biasanya di ziarahi di pagi raya di Bedong dan di Alor Setar.

Dan seperti kebiasaannya saya kembali ke Kota Kuala Muda Kedah tanah tumpah kelahiran saya yang bersejarah dan Indah dengan harapan untuk berbuka puasa di Masjid Kota yang meriah di bulan puasa semasa  kecil di kampung,di sinilah kami  bersembahyang tarawih bersama kawan-kawan tetapi alangkah sedihnya masjid ini gelap ketika kami hendak pergi  berbuka puasa baru baru ini malah tidak ada azan berbuka puasa ketika kami menunggu berbuka di sebuah kedai kopi berhampiran. Apakah masjid ini tidak ada bilal dan imam. Bukankah mereka  di bayar gaji atau adakah mereka merasa tidak pernah diawasi oleh Pejabat Agama Daerah?

Adakah ini hanya berlaku di masjid Kota Kuala Muda sahaja atau di masjid-masjid lain juga di Kedah yang di bawah pengawasan Jabatan Agama?

Maka itu apa yang  dikhayalkan tentang kampung saya yang indah,meriah dan damai untuk dirasakan kembali sempena puasa dan Hari raya tidaklah lagi dalam realiti.

Kota pun  tidak banyak berubah,masih dengan pasar lama sejak 70 tahun lalu malah keindahannya telah dirosakan dengan rumah-rumah haram  dalam pekan di bekas stesen bas lamanya. Kotor sekali pandangan disini.

Sayang sekali ini terjadi kepada bandar tertua di negeri Kedah dengan sejarah gemilangnya sebagai tempat bermulanya kesultanan bagi negeri-negeri Melayu (Lihat Sejarah Alor Setar)

Bagaimanapun saya tetap akan kembali ke Kedah kerana tidak ada negeri yang seindahnya di semenanjung dengan kehijauan sawahnya, kebiruan Gunung Jerainya dan sekarang diindahkan pula oleh tanaman pokoko-pokok besar yang berbunga warna-warni di beberapa batang jalanraya termasuk di bandar Alor Serar, tetapi sayang kerajaan negeri tidak tahu untuk mempromosikannya sebagai tarikan pelancong. Bila berbunga, indahnya lebih daripada sakura di Jepun tetapi kita tidak dapat merasakan nyaman dan segar udaranya kerana negara kita panas. Demikianlah sedikit catatan dari seorang yang tetap merindui kampung halamannya kerana tidak dapat pulang ke kampung di Hari Raya walaupun lebih lama tinggal di Kuala Lumpur.

Sawah hijau dikaki gunung,
Sungai mengalir  ke muara,
Sepinya  hati di pantai Dungun,
Badan di sini hati di Kota.




20 comments:

  1. Rasa bangga TSZ beraya di Dungun kerana Dungun merupakan daerah kelahiran saya dan tempat saya dibesarkan.. Selamat Hari Raya TSZ

    ReplyDelete
  2. Dungun juga sangat indah dan tenang. Sesuai untuk kediaman persara. Selamat Hari Raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam TS Zam. TS berhari raya di Dungun rupanya. Kampung halaman saya tu. Saya bekerja dan menetap di Putrajaya. Biasa berkunjung di Zamcafe pada hujung minggu dan sekali sekala terserampak dengan TS Zam sedang beristirehat di di salah sebuah restoran di Presint 8 selepas solat Maghrib.

      Apabila melihat TS Zam muncul dan solat di masjid di kampung saya pada pagi Syawal terasa begitu aneh sekali. I was like 'what he's doing in Terengganu? Bukankah kampung halaman beliau di Kedah?..Terasa begitu kecil dunia ini.

      Patut la saya nampak kelibat seseorang seolah-olah seperti TS Zam di Masjid Sura Tengah Dungun pada pagi 1 Syawal. Ingatkan pelanduk dua serupa. Apabila membaca posting blog ini rupa-rupanya memang benar TS berada di Terengganu pada pagi 1 Syawal. Apa-apa pun Selamat Hari Raya Tan Sri. Maaf zahir batin..

      Delete
    2. Saya amat menghargai perhatian yang diberikan oleh saudara kepada saya.Kenapa tak menyapa? Untuk makluman saudara cafe saya itu telah ditutup setelah bertahan tiga tahun.
      Selamat HariRaya. Jika bertemu lagi tegurlah saya.

      Delete
  3. Selamat Aidilfitri Mohon maaf pada semua pengikut fanatik A,M,N itu di mohon maaf ke kesar bahasa, ,mohon ampun zam jika terkasar bahasa, nanti lepas raya boleh politik balik

    ReplyDelete
  4. Tahun 70an hari raya mesti pergi rumah Tengku Sulaiman kat Kota Kuala Muda..duit raya seringgit .kira yang paling hebat masa tu..pi pulak rumah Mahadi Iskandar abang Tun Mahathir.rumah mewah .tapi duit raya bagi 5duit..he he he
    (Pakat maki lepas dpt duit raya)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak akan tak faham keluarga tun mahathir kedekut sama macam tun mahathir. Bagi 50sen je untuk budak2 ini,aku pergi open house tun mahathir semasa dia rumah pm puterajaya tahun 2000 itu 'ada ke bagi hanya ketupat dalam bekas makan, kuway tak ada, sate tak ada, candol tak,mee dan laksa tak ada,nampak sangat kedekut tun mahathir 'ini melalui pengalaman aku pergi rumah pm tun mahathir itu, nampak tak meriah sangat rumah dr mahathir ketika dia jadi pm itu, melalui pengalama aku pergi di open house kawan2 dulu pada tahun sama rumah lebih kecih dari rumah pm puterajaya itu lebih meriah semua ada, macam ini tun mahathir layan orang pergi di rumah pm di puterajaya itu lepas kejadian itu aku dah tak nak dah pergi rumah tun mahathir di puterajaya itu lagi.

      Zam saya cerita melalu pengalaman saya semasa pentakbiran tun mahathir dulu

      Bak kata p ramlee budak2 tak boleh bagi duit banyak

      Delete
    2. ZAM, ini betul -betul celaka punya orang. Pembohongan paling baghal, beribu orang pergi berharaya di rumah Tun Mahathir dapat makan macaam2.Barangakali orang nampak dia macam paria maka di halau dan tak diberi makan.
      Inlah jenis penyokong Najib untuk dihakimkan oleh orang ramai yang hadhir setiap tahun berhari raya di rumah Tun.Saya percaya Zam sendiri pun tahu.Bodohnya manusia ini yang dipenuhi dengan kebencaian sehingga dia ingat Zam tak pernah pergi raya rumah Mahathir dan percaya apa yang dia kata.Barua.

      Delete
    3. Memang barua mamat ni. Madey tak pernah kedekut, zaman jadi doktor di kedah dulu , yg tak ada duit pun dia rawat.

      Delete
  5. Tengku Sulaiman tu rapat dengan keluarga saya tapi saya tak pernah ke rumahnya di Hari Raya.Yang saya ingat kakak atau adiknya Kak Raja

    ReplyDelete
  6. Kat pekan Kota Kuala Muda semasa tahun 70an masih segar dalam ingatan saya mengenai individu-individu dan pemilik kedai berikut yang menjadi ikon pekan Kota di waktu tersebut.

    Kedai Mi Pak Awang Meh
    Kedai Runcit Din Atap
    Kedai Makan Mid Toge
    Kedai Be Wak
    Kedai Cheng Kooi
    Kedai Makan Pak Din
    Bas Sekolah Tengku Sulaiman
    Ali Tiuk
    Salleh Belian
    Kedai Ba Subang
    Kedai Kopiah
    Paling Tak lupa Kedai Makan Maidin, ayahanda TSZAM
    Dan banyak lagi ....

    Sungguh Nostalgia.....

    ReplyDelete
  7. Kami sekolah dulu kat sungai petani naik bas Tunku Sulaiman yg kami panggil pak ku.
    Hari raya tak da menu lain ..mesti laksa

    ReplyDelete
  8. SAYA percaya apa yang matnoor kata tentang Mahadi tetapi saya samasekali tidak percaya tentang apa yang ditulis oleh seorang manusia yang saya tidak kenal yang tujuannya semata-mata nak buruk Tun Mahathir. Kenapa manusia kadang kadang meanggap orang lain terlalu bodoh sehingga tidak dapat melihat kebodohannya sendiri?

    ReplyDelete
  9. Amin Shah, Shah Alam.25 June 2017 at 11:42

    TS ZAM.Ini jenis bahlol kafir dan bukannya bahlol Islam

    ReplyDelete
  10. Apa jenis manusia Tun Mahathir pulak dicacinya..kita berkongsi cerita secara santai.kisah masa kanak kanak , memang lumrah begitu.masa kami kecik kecik jalan kaki pergi masjid kat Pekan Sungai Petani tengah panas terik.arwah Mahadi Iskandar yang tumpangkan kami hantar sampai jalan depan rumah.bangga tak terkira.. soal dia bagi duit raya 5duit tu hanya mengimbau nostalgia lama.

    ReplyDelete
  11. Kota Kuala Muda memang menggamit kerinduan hidup aman dan ukhwah bg yg tau menghargainya
    sesama melayu.
    Hijau sawah dwngan biru langitnya
    .

    ReplyDelete
  12. Dulu saya selalu jumpa TSZ di Merang sbb saya selalu guna laluan pantai ke Kubang Krian (HUSM). Saya tahu TSZ ada anak dan cucu di Merang sbb Zambri adik ipar TSZ pernah bertugas bersama saya di Kuantan dulu pernah beritahu begitu. Saya berasal dari Dungun dan selalu pula berjumpa TSZ di Dungun. Setiap tempat ada keistimewaan yg tersendiri apapun terima kasih TSZ kerana memilih Dungun sebagai tempat menyambut Hari Lebaran.

    ReplyDelete
  13. Tan Sri Zam and all fellow readers. Selamat Hari Raya.

    ReplyDelete
  14. Terima Kasih kerana mengingati saya.Selamat Hari Raya

    ReplyDelete
  15. Selamat Hari Raya Tan Sri...moga2an sihat walafiat.

    ReplyDelete